16246561 bab 1 pengantar fiqh sirah

Upload: aleeya-maisara

Post on 06-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PPPY1272 FIQH SIRAH (Bab 1)

Pengantar Fiqh Sirah

Objektif Bab 1

Mengenal pasti maksud dan perbezaan di antara Sejarah dan Fiqh al-Sirah. Memahami tujuan mempelajari Fiqh al-Sirah dan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Mengenal pasti karya-karya mengenai Fiqh al-Sirah yang dihasilkan oleh para sarjana Islam.K1 / B1 2

PENGERTIAN SEJARAH

Apa itu Sejarah?

Asal-usul (keturunan), silsilah. Peristiwa yang benar berlaku pada waktu lampau. Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa lalu. Laporan atau cerita. Apa yang berlaku dalam kehidupan atau perkembangan manusia, negara dan institusi. Antara bidang keilmuan yang membicarakan peristiwa silam secara sistematik.K1 / B1 3

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)Pentakrifan Sarjana Sejarah/Sejarawan: Herodotus (m.424SM)

Fakta dan perkara yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa agar tidak diluput zaman. Pemaparan sesuatu peristiwa secara kronologi dengan menjelaskan human causes. Suatu proses yang mempunyai tahap permulaan dan tahap pengakhiran.K1 / B1 4

Thucydides (m.400SM)

St. Augustine (m.430SM)

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)

Al-Masudi (m.956M)

Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu pengetahuan manusia, sains termulia. Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman Islam Berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan; keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. Kesenian yang memerihalkan peristiwa dari sudut masa dan isu perbahasan.K1 / B1 5

Ibn Khaldun (m.1406M)

Al-Sakhawi (m.1497M)

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)

Sementara itu, pada abad-abad seterusnya, muncul beberapa tokoh yang membicarakan tentang disiplin sejarah seperti:Rousseau (1712-1778M) Von Herder (1744-1803M) Hegel (1770-1831M) Von Ranke (1795-1886M) Croce (1866-1925M) Bury (1861-1927M) Collingwood (abad ke-20M) Carr (abad ke-20M)K1 / B1 6

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)

Definisi sejarah:

Pengertian secara umum: masa

lalu atau peristiwa yang telah berlaku.

Pengertian secara khusus: catatan

atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu. kajian atau penyelidikan tentang peristiwa yang telah berlaku.K1 / B1 7

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)

Persoalan sejarah menurut sekular: berkaitan dengan alam dan manusia sahaja. Persoalan sejarah menurut Islam: berkaitan dengan Allah, alam dan manusia, TETAPI Tuhan bukan sebagai pelakon sejarah sbgmana praGreek. Subdisiplin sejarah bersifat

Thematic Paradigmatic GeographicalK1 / B1 8

PENGERTIAN SEJARAH (Sambungan)

Sejarah dan al-tarikh ada kaitan. Dengan demikian, sirah amat berkait rapat dengan sejarah. Hasil penulisan awal: sirah ialah biografi Nabi Muhammad (s.a.w.) dan sering dikaitkan dengan maghazi. Namun sirah juga tidak semestinya hanya untuk Baginda, bukti: Kitab Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah. Maghazi: Peperangan yang disertai Nabi Muhammad (s.a.w.).K1 / B1 9

PENGERTIAN FIQH SIRAH

Fiqh Sirah merupakan gabungan dua kalimah Arab (faqiha dan sara). Fiqh: memahami secara baik dan mendalam. al-Sirah: sunnah; keadaan atau perjalanan Nabi Muhammad (s.a.w.), sebelum dan sesudah Bithah. Fiqh al-Sirah: memahami secara terperinci dan teliti mengenai sejarah hidup Baginda dari pelbagai perspektif, sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.K1 / B1 10

FAEDAH MEMPELAJARI FIQH SIRAH

Mendapat tasawwur sebenar tentang hakikat Islam berdasarkan kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w.). Memahami sahsiah Baginda. Menjadikan Baginda sebagai contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Memahami ajaran al-Quran secara lebih mendalam. Menambah pengetahuan dan kebudayaan Islam yang sebenar.K1 / B1 11

FAEDAH (Sambungan)

Mengetahui bentuk pelaksaaan sistem perundangan Islam. Mendalami perihal mukjizat dan bukti kenabian yang dapat meningkatkan keimanan. Memahami perjuangan Baginda dalam menegakkan kalimah Tauhid. Mengenal pasti bentuk hubungan yang terjalin antara pihak pemerintah dengan rakyat jelata. Mengetahui tahap perkembangan dakwah yang diusahakan Baginda.K1 / B1 12

SUMBERSUMBER-SUMBER PENGAJIAN FIQH SIRAH

Al-QuranSumber terpenting dan berautoriti. Mengandungi maklumat tepat, sahih dan tidak diragui. Tiada unsur khayalan. Merangkumi kehidupan Baginda, sebelum dan selepas Bithah. Untuk memahami lebih jelas, rujuk juga kitab-kitab tafsir seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Ibn al-Jawzi dan al-Suyuti.

K1 / B1 13

SUMBER FIQH SIRAH (Samb)

Al-Sunnah

Bermakna perjalanan hidup, sama ada terpuji atau tercela. Takrif: apa jua yang disandarkan kepada Baginda, sama ada perkataan atau perbuatan atau taqrir atau kejadian atau sifat akhlak atau riwayat hidup Baginda, sebelum dan selepas Bithah. Sebahagian besar maklumat mengenai Fiqh Sirah terdapat dalam kitab hadith, merangkumi aspek agama, sosial, ekonomi dan politik.K1 / B1 14

SUMBER FIQH SIRAH (Samb)

Kitab-kitab al-Shamail dan Dalail al-Nubuwwah

Ia membicarakan adab, sifat, akhlak, sahsiah, kelakuan dan keperibadian terpuji Baginda. Antara kitab tersebut ialah:

Kitab al-Shamail oleh al-Turmudhi. Kitab Akhlaq al-Nabi oleh al-Asfahani. Kitab al-Huda al-Nabi oleh al-Mutaghafari Kitab al-Anwar fi Shamail al-Nabi alMukhtar oleh al-Bughawi. Sifat al-Nabi oleh Ismail al-Qadi.K1 / B1 15

SUMBER FIQH SIRAH (Samb)

Kitab-kitab Sirah dan Maghazi

Ahli-ahli hadith yang menyampaikan riwayat-riwayat berkaitan Sirah. Antara mereka ialah seperti:

Abu Rafi Mawla Rasulillah (s.a.w.) Sahl b. Abi Hathmah Abd Allah b. Amr b. al-As Abd Allah b. Abbas

Penulisan sirah diteruskan oleh Ibn alZubayr, al-Zuhri, Ibn Ishaq, al-Waqidi, Ibn Hisham, Ibn Sad, al-Tabari. Ia diteruskan pula oleh Ibn Hazm, alQadi Iyad, al-Dhahabi dan Ibn Hajar.K1 / B1 16

PERBANDINGAN PENULISAN SIRAH

Sejarawan awal: panjang lebar dan huraian; kurang memberi ulasan. Penulis moden: sering memberi ulasan dan penjelasan untuk menerangkan faedah daripada sirah. Sejarawan awal: mengutamakan penyebutan isnad. Penulis moden: tidak lagi gunakan. Penulisan sirah zaman moden disertai pelbagai aliran sarjana Islam: mereka menghasilkan pelbagai pendekatan.K1 / B1 17

TULISANTULISAN-TULISAN MODEN FIQH SIRAH (Muslim)

Fiqh al-Sirah oleh Shaykh Muhammad al-Ghazali. Fiqh al-Sirah oleh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti. al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha (alSirah al-Nabawiyyah) oleh Said Hawa. al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa Ibar oleh Dr. Mustafa al-Sibai. al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ali alHasani al-Nadwi. al-Rahiq al-Makhtum, al-MubarakfuriK1 / B1 18

TULISANTULISAN-TULISAN MODEN FIQH SIRAH (Orientalis)

Antara golongan orientalis ini ialah seperti Becker, Sachau dan Jones. Ada motif positif dan juga negatif. Terdapat beberapa fakta yang sengaja diselewengkan:

Mengada-adakan cerita palsu. Menokok-tambah dan mengurangkan fakta. Mentafsir sejarah tidak menggunkan pentafsiran Islam. Menonjolkan aspek lemah dan silap.K1 / B1 19

TULISANTULISAN-TULISAN MODEN FIQH SIRAH (Orientalis)

Antara orientalis yang begitu ketara menyelewengkan sirah ialah Muir dan Dermengham. AKAN TETAPI, ada pandangan mereka yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan Prof. Dr. Abd alRahman al-Hajji. Antara tokoh orientalis lain ialah Watt, Gibb, Margoliouth, Glubb, Armstrong, Pirenne, Lane Poole, Andrae dan Sarjent serta ramai lagi.K1 / B1 20

RUMUSAN

Perbezaan pengertian Sejarah dan Fiqh Sirah. Terdapat beberapa faedah mempelajari Fiqh Sirah. Sumber-sumber Fiqh Sirah ialah al-Quran, al-Sunnah, Kitab alShamail dan Kitab Sirah. Terdapat beberapa karya yang telah dihasilkan oleh para sarjana Islam, sama ada karya klasik mahu pun moden.K1 / B1 21