33080755-teori-konflik

Upload: ahmad-yusuf

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    1/20

    TEORI KONFLIK

    Teori konflik telah diasaskan. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan

    ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti

    oleh Weber. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan

    mengenai teori konflik ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu the Communist

    Menifesto. Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah determinisme di

    mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di

    dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti,

    persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. konflik ialah sesuatu yang

    semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku boleh

    mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok

    sosial. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep

    dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi

    bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama

    yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula

    bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-

    persaingan ekonomi. Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama

    analisisi sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran

    Marx dan aliran Weber. t

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    2/20

    a)TEORI KONFLIK ALIRAN MARX.

    Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran

    sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori

    aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai

    satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana

    sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah

    materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori

    atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup

    seakan agama . Fatimah Daud (1992).

    Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan

    sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti

    tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah

    struktur masyarakat adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan

    pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan

    dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan

    yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat

    perubahan pada asasnya.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    3/20

    b) TEORI KONFLIK ALIRAN WEBER.

    Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber.

    Walaupun teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun

    pandangan aliran ini banyak bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran

    Marx. Weber menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah

    hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor

    ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor.

    Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor pengeluaran

    sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan ( Weber (1958).

    Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep

    iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx

    kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan

    pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor

    ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status

    merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang

    tersendiri.

    Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial

    tetapi ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan

    yang menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai

    matlamat individu ataupun organisasi.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    4/20

    Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud

    dalam hubungan sosial dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status

    dan kelas akan menggunakan parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan

    objektif mereka.

    Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan

    perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi

    semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya

    dipandang tingi oleh masyarakat.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    5/20

    HUBUNGAN TEORI KONFLIK DALAM ORGANISASI

    Perbincangan berikutnya berkaitan dengan konflik di dalam sesebuah

    organisasi di dalam masyarakat. Biasanya dalam sesebuah organisasi terdapat

    3 bentuk perbalahan yang mungkin akan wujud. Perbalahan pendapat iaitu satu

    cara pertukaran pendapat yang mempunyai pendekatan positif untuk mencapai

    sesuah keputusan. Persanagn iaitu persaingan yang konstrukftif antara pekerja

    yang boleh mewujudkankan kesan yang positf.

    Walaubagaimana pun, persaingan yang melampau boleh mengakibatkan

    keadaan yang tidak sihat apabila keadaan menjadi zero some game yang bererti

    pihak yang menang akan memeperolehi semuanyan, manakala yang kalah akan

    hilangsemuanya.

    Dengan cara berkonflik iaitu satu satu keadaan yang boleh dilihat apabila

    bila wujud fenomena,: hubungan yang renggang , pertelingkahan natara

    kumpulan atau sesama kumpulan dan ikap cemburu yang keterlaluan,

    perbalahan antara individu, penggunaan perantara atau pendamai dan merayu

    pihak atasan. Dan kurang kelonggaran dan tidak menerima perubahan.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    6/20

    Selain itu konflik juga berlaku apabila wujud perbezaan dalam mencapai

    kehendak-kehendak kumpulan yang berbeza atau individu. Adalah menjadi

    fungsi pihak pengurusan untuk mengelak berlakunya konflik. Pihak pengurusan

    perlu mewujudkan satu sistemperancangan dimana individu atau kumpulan

    dapat bekerja dalam kerangka kerja ang telah ditetapkan dalam perancangan,

    Perancangan yang kurang rapi boleh mendedahkan kepada konflik sesama

    sendiri. Pemimpin perlu mewujudkan keadaan seperti apa yang diingini oleh

    individu selari dengan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.

    Disamping itu konflik juga berkemungkinan wujud disebabkan oleh

    perbalahan mengenai bidagkuasa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh

    seorang pengurus bahagian sumber manusia telah cuba mencampuri urusan

    jabatan logistik atau sebuah jabatan cuba mengambil alih kerja yang djalankan

    oleh jabatan lain.

    PENGERTIAN KONFLIK

    Konflik sebagai proses interaktif diwujudkan dalam Ketidakcocokan,

    percanggahan, atau disonansi dalam atau entiti sosial (iaitu, individu,

    kumpulan, organisasi, dll). (M. Afzalur Rahim, 2002)

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    7/20

    JENIS-JENIS KONFLIK.

    Dalam membicarakan perihal berkaitn konflik teradpat 3 bentul konflik

    yang di kenalpasti. Konflik tersebut alah Konflik interpersonal iaitu konflik yang

    berifat persendirian dan konflik dalaman.nkonflik dalaman biasanya berlaku

    disebabkan dalam tugas dan kehidupan seharian individu itu perlu dan terpaksa

    membuat keutusan yang melibatkan banyak altenatif kan kesan tersendiri.

    Konflik interpersonal merupakan konflik antara seorang dengan seorang

    yang lain dan juga konflik yang yang melibatkan antara individu dengan

    kumpulan. Konflik ini boleh berlaku dimana-mana terutama di tempat kerja dan

    didalam sesebuah komuniti masayrakat. Anatar penyebab yang menimbulkan

    onflik berpunca dari sumber yang tidak mencukupi. Contoh yang paling jelas

    berkaitan dengan kenaikan pangkat. Dua orang pengurus bersaing untuk

    kenaikan pangkat sedangkan jawatan terssbut disediakan untuk hanya seorang

    individu sahaja.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    8/20

    Konflik kumpuln adalah konflik yan tercetus anatara satu kumpulan

    dengan kumpulan yang lain dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh

    kumpulan yang menguskan kerja-kerja dbahagian sumber manusia dengan

    kerja-kerja unit kewangan sering bercanggah pendapat tentang perkara

    berkaiatan perbelanjaan dan faedah kakitagan . Konflik jenis ini perlu di urus

    dengan baik demi kenaikan dan peningkatan prestasi pasukan dan organisasi.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    9/20

    SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KONFLIK

    Pelbagai sebab telah dikenalpasti sebagai fator dan penyebab berlalkunya

    sesebuah konflik. Terdapat empat sebab yang utama dikenalpasti iaitu

    Persainagn mendapatkan sumber yang terhad merupakan faktor yang

    utama. Ini kerana sumber yang terhad dalam sesuha organisasi merangkumi

    jawatan , kewangan, kelengkapan pejabat, dan kelengkapan peribadi. Setiap

    unit dalam organisasi cenderung cenderung untuk mendapatkan pengagihan

    kepada jabatan masing-masing hinggakan timbul ketidakadilan dalam

    pengagihan sumber. Kadangkala terdapat individu yang nhanya mementigkan

    jabatan atau unit mereka sendiri tanpa menyedari hak jabatan atau unit lain.

    Faktor yang kedua penyebab konflik ilaha terdapatnya matlamat yang

    berbeza. Ini biasanya terdapat matlamat yang berbeza antara unit-unit atau

    jabatan dalam sesebuah organisasi. Matlamat yang berbeza juga boleh dilihat

    daruipada individu dan kumpulan . Perbezaan ini wujud disebabkan oleh

    individu yang bekerja di unit berbeza dan mempunyai matlamat sendiri.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    10/20

    Faktor yang ketiga ialah perbezaan pendapat . Pendapat yang berbeza

    anatara individiu tentang sesuatu perkara sama ada berhubung dengan kerja

    atau sebaliknya. Inaya juga boleh menimbulkan konflik dalam sesebuah

    organisasi. Perbzaan pendapat ini biasanya akan berlaku disebabkan mereka

    mempunayai latarbelakang yang berbeza.

    Faktor yang terakhir inalah kesamaran dalam menjalankan tugas.

    Kesamaran bermaksud dalam sesebuah organisasi terdapata natara pekerja dan

    pengurus sendiri yang kurang pasti dalam melaksanakan tanggungjawap yang

    diamanahkan. Ini disebabkan ada diantara mereka yang sentiasa

    mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Jadi apa bila berkakunya

    sesuatu masalah yang timbul dalam menyelesaikan sesuatu tanggung

    jawap.jika berlaku sesuatu kesiapan, akan berlaku tunding menunjing dan

    seterusnya menimbulankan konflik.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    11/20

    PANDANGAN TENTANG KONFLIK

    Walaupun konflik sering dikaitkan dengan kesan negatif, tetapi konflik

    yang berlaku dalam organisasi kadangkala mempunyai kebaikan yang

    tersendiri. Berikut adalah pandangan ahli pemikir tentang konflik yang

    melibatkan pandangan tradisi dan pandangan semasa.

    Pandangan Tradisi

    Konflik dalam sesebuah organisasi boleh dielakkan. Ini boleh berlaku

    sekiranya pengurus bijak mengawal keadaan dan kakitangan dalam sesebuah

    pejabat berkemungkinan tidak akan berkalu konflik dalam organisasi. Ia

    mengammbarkan pernana pengurus amat penting dalam memainkan perana

    dalam mengawal serta mengelaknya berlakunya sebarang konflik.

    Konflik juga berlaku kerana berpunca daripada kesilapan pengurus.

    Apabila berlakunya konflik didalam sesebuah organisasi, pandangan tradisi akan

    menyalahkan pengurusan dalam sesebuah organisasi berkenaan tanpa melihat

    kepada faktor-faktor lain samada faktor dalaman mahupun luaran yang berlaku

    pada masa tersebut.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    12/20

    Konflik menggugat organisasi atau menyekat prestasi yang optimum.

    Konflik yang belaku dalam organisasi boleh menyebabkan prestasi terjejas yang

    mana mungkin perkhidmatan atau barangan yang di keluarkan tidak mencapai

    kehendak pelanggan organisasi.

    Tugas utama pihak pengurusan ilah mengelakkan konflik. Pihak

    pengurusan mempunyai perana utama dalam menangani konflik. Antara salah

    satu tugas berhubung konflik mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk

    mengelak berlakunya konflik daam organisasi mereka.

    Prestasi organisasi yang optimum memerlukan konflik dihapuskan.

    Inanya penting untuk mewujudkan atau mencapai satu tahap prestasi yang

    tinggi terhadap sesuatu perkhidmatan atau pengeluaran. Konflik mestilah

    dihapuskan terlebih dahulu.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    13/20

    Pandangan Semasa

    Konflik tidak dapat dielakkan. Walaupun pihak pengurusan boleh

    memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi untuk menyelaraskan

    unit-unit dan jabatan tertentu. Tetapi menurut pandangan semasa konflik dalam

    sebuah pejabat sememangnay tidak dapat dielakkan.

    Konflik berpunca daripada pelbagai sebab seperti struktur organisasi,

    perbezaan matlamat , persepsi dan nilai-nilai personal. Berbeza dengan

    pandangan tradisi, pandangan semasa berpendapat konflik bukan hanya

    berpunca daripada kesiapan pengurus tetapi banyak lagi faktor-faktor lain yang

    boleh menyebabkan konflik seperti perbezaan pendapat antara pekerja dan

    juga disebabkan struktur organisasi.

    Konflik boleh mengurangkan dan menambah prestasi organisasi. Konflik

    yang berlaku dalam organisasi boleh memmawa kesan yang positif dan negatif

    bagi sesbuah organisasi berkenaan. Konflik yang membawa kesan positif boleh

    membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan sesebuah organisasi berkenaan.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    14/20

    Tugas pengurusan ialah mengurangkan tahap konflik bagi mendapatan

    prestasi organisasi yang optimum. Piha pengurusan perlu memainkan peranan

    yang penting dalam mengurangkan konflik bagi mendapatkan prestasi yang

    optimum.

    Prestasi organisasi yang optimum memerlukan tingakt konflik yang

    sederhana. Untuk mendapatkan presatasi yang baik bagi sesbuah organisasi,

    konflik masih lagi diperlukan. Walaubagaimana pun tahap konflik yang

    diperlukan adalah konflik yang sederhana.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    15/20

    PENGURUSAN KONFLIK

    Dalam pengurusan konflik, adalah menjadi tanggungjawap pihak

    pengurusan untuk mengelak berlakunya konflik. Oleh yang demikian adalah

    menjadi satu kewajaran piha pengurusan mewujudkan sati sistem perancangan

    dimana individu atau kumpulan yang bekerja dalam kerangka kerja yang telah

    ditetapkan dalam perancangan. Perancangan yang kurang rapi boleh

    mendedahakan kepada konflik semsama sendiri. Pengurus perlu mewujukan

    keadaan yang mana apa yang diahajat oleh individu selari dengan matlamat

    yang hendak dicapai oleh organisansi. Sekiaranya dengan perancangan yang

    telah dibuat masih lagi berlakunya konflik pengurus harus mengambil tindakan

    yang sewajarnya untuk mengurus atau mengawal konflik tersebut.

    Konflik boleh dikawal oleh pengurus dengan cara seperti

    Mewujudkan pendamai untuk menyelesaikan konflik tersebut

    Mewujudkan peraturan dan prosedur untuk diikuti oleh pekerja

    Melatintik sesorang untuk menyelesaikan sesuatu konflik

    Mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan konflik

    Cuba memisahkan mereka yang berbalah ke jabatan lain

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    16/20

    KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK DALAM PEJABAT

    Terdapat dua keadah yang dikenalpasti dalam menyelesaikankan atau

    mengurangkan tahap konflik dalam pejabat.

    Kaedah Melenyapkan dan Menguasai

    Melalui cara paksaan. Pihak pengurusan adakan menggunakan kuasa

    yang ada pada mereka untuk memaksa pihak-pihak yang berkonflik supaya

    berhenti berkonflik dan berdamai. Ia juga boleh dilakukankan dengan

    pendekatan pimpinan cara autokrasi

    Kaedah Pelicinan. Dimana pengurus menggunakan cara diplomasi untuk

    menghapuskan konflik. Sebagai contoh, pengurus akan meminta salah satu

    pihak supaya mengalah dengan cara menggunakan saranan yang munasabah.

    Beliau juga akan meminta kedua-dua pihak supaya menumpukan perhatian

    kepada matlamat dan pencapaian organisasi.

    Kaedah Pengelakan. Pengurus akan cuba mengurangkan tahap konflik

    dengan cara tidak membuat sebarang keputusan atau ketetapan dan tidak

    menyebelahi mana-mana pihak. Pengurus mungkin memilih untuk tidak

    menyentuh tentang isu konflik tetapi berbincang perkara lain seolah-olah tiada

    apa yang berlaku antara pihak yang berkonflik.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    17/20

    Kaedah Tolak Ansur

    Melalui kaedah Penimbangtaraan, keadah ini menggunakan pihak ketiga untuk

    menyelesaikan konflik yang berlaku. Pengurus mungkian akan melantik individu

    tertentu untuk berbincang dengan kedua belah pihak dengan memmastikan

    idividu tersebut tidak memihak kepada mana-mana. Pengurus boleh bertindak

    sebagai orang tengah.

    Kaedah yang dinamakan Pengasingan juga dilakukan. Pengurus boleh

    mengasingkan pihak yang berkonflik atau bertelingkah sehingga kedua-dua

    pihak bersedia untuk berdamai. Sebagai contoh mudah, pengurus

    mengarahkan seorang yang berkonflik bertukar ke jabatan lain untuk sementra

    waktu.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    18/20

    KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ANTARA PENGURUS DAN PEKERJA

    Konflik terbuka merupakan pihak yang berbalah akan meluahkan isi hati dengan

    menyerang secara habis-habisan. Ini penting kerana setelah kedua-dua pihak

    berpuashati dan tahu kehendak masing-masing kemungkinan konflik akan

    berkuarangan. Ini biasanya dilakukan seperti mesyuarat tertutup dan dialog

    terbuka.

    Pendamaian bersenjata ialah berkaitan dengan undang-undang. Perbalahan

    terus berlaku dimana kedua belah pihak akan menggunakan peraturan dan

    undang-undang bagi menjatuhkan pihak lawan bagi membuktikan mereka

    benar. Jadi disini undang-undang atau peraturan adalah senjata utama mereka.

    Kaedah Tawar Menawar Kuasa boleh dilakukan dengan pihak pengurusan

    menggunakan kusa yang ada pada ereka untuk berunding. Perindungan ini

    biasanya diantara Kesatuan Sekerja melalui beberapa tawaran alternatif

    dengan tujuan mengimbangi kuasa diantara mereka. Dengan cara ini, pha

    berbalah akan mencapai persetujuan kembali kepada kerja-kerja rutin dan cuba

    memenuhi sebahagian daripada tuntutan atau kehendak pihak lawan

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    19/20

    Dengan kaedah bekerjasama kedua belah pihak sering bantu membantu kerana

    mereka sebenarnya sedang menghadapai masalah yang memerlukan kerjasama

    antara satu sama lain.

    Dengan kaedah Pakatan pula, kedua-dua pihak akan cuba melindungi

    kepentingan masing-masing dan berpakat menggunakan tindakan tidak beretika

    seperti contohnya memberi rasuah.

    KESIMPULAN

    Konflik boleh berlaku dimana sahaja dan ianya memberi kesan yang

    berbeza beza terhadap individu tertentu. Konflik biasanya wujud dalam

    organisasi dan boleh membawa kesan yang negatif jika tidak dikawal dengan

    bijak. Pihak pengurusan harus memainkan peranan penting dalam mewujudkan

    koordinasi antara jabatan atau unit dalam organisasi suapaya dapat

    mengurangkan konflik disamping menggunakan cara yang betul dalam

    menguruskan konflik yang berlaku. Sesungguhnya saranan teori konflik oleh

    Marx dan Weber boleh diaplikasikan oleh pengurus dalam menangani konflik

    dalam organisasi mereka.

  • 7/30/2019 33080755-TEORI-KONFLIK

    20/20

    RUJUKAN

    Ismail Yusuff (2001). Pengenalan sains sosial. Sintok: Penerbit Universiti

    Utara Malaysia

    Omardin Ashari (1998) . Pengurusan pejabat. Kuala Lumpur: Utusan publications

    & Distributers Sdn Bhd.