abpg1103
DESCRIPTION
arehTRANSCRIPT
FACULTY OF BUSINESS & MANAGEMENT
NAME : MOHD. SAFRI BIN JAMIRIN
MATRIC NO : RF141339001
NRIC : RF141339
TEL NO : 019-8246808
EMAIL ADDRESS : [email protected]
TUTOR’S NAME:
LEARNING CENTRE: PPT MIRI
Senarai Kandungan
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI PSIKOLOGI 2-3
3.0 KAEDAH-KAEDAH
PENYELIDIKAN 4-8
4.0 LAPORAN TEMUBUAL 9-12
5.0 RUMUSAN 13
RUJUKAN 14
i
1.0 PENGENALAN
Psikologi merupakan bidang pengajian dan aplikasi yang melibatkan kajian saintifik
tentang fungsi mental dan tingkah laku manusia. Matlamat utama dalam bidang psikologi
adalah untuk memahami individu dan kumpulan melalui prinsip-prinsip umum berdasarkan
teori dan kajian saintifik bagi memberi faedah kepada manusia sejagat.
Pakar psikologi juga boleh dikenali sebagai saintis sosial, saintis tingkah laku atau saintis
kognitif kerana mereka cuba memahami peranan dan fungsi mental dan tingkahlaku sosial
individu tatkala meneroka proses fisiologi dan neurobiologi yang menjadi asas kepada fungsi
kognitif dan tingkah laku individu. Antara konsep-konsep penting yang mendapat perhatian
ahli psikologi adalah persepsi, kognisi, tumpuan perhatian, emosi, motivasi, fenomenologi,
fungsi otak, personaliti, tingkah laku dan hubungan interpersonal.
Konsep-konsep ini banyak dikaji melalui kajian empirikal yang menyiasat hubungan
antara konsep atau pemboleh ubah-pemboleh ubah psikologi ini. Bidang psikologi ini banyak
memberi manfaat kepada penyelesaian masalah di peringkat individu, organisasi dan
masyarakat.
1
2.0 DEFINISI PSIKOLOGI
Perkataan ‘psikologi’ berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘Psyche’
yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan ‘–logos’ yang bermakna kajian.
Sebagai satu perkataan, ia membawa maksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia.
Daripada makna perkataan ini sahaja, beberapa definisi telah disarankan oleh pakar-pakar
psikologi dari seluruh dunia. William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains
kehidupan mental. Selain itu, bidang psikologi juga menekankan kepentingan unsur-unsur
subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John
Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi
membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh
didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden
boleh kita definisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku
manusia.
Pengertian Psikologi menurut Muhibbin Syah (2001) ialah psikologi adalah ilmu
pengetahuan yang mempelajari tingkah laku terbuka dan tertutup pada manusia baik selaku
individu mahupun kelompok, dalam hubungannya dengan lingkungan. Tingkah laku terbuka
adalah tingkah laku yang bersifat psikomotor yang meliputi perbuatan berbicara, duduk ,
berjalan dan lain sebagainya, sedangkan tingkah laku tertutup meliputi berfikir,
berkeyakinan, berperasaan dan sebagainya.
Pengertian Psikologi menurut Ensiklopedi Nasional Indonesia Jilid 13 (1990), Psikologi
adalah ilmu yang mempelajari perilaku manusia dan binatang baik yang dapat dilihat secara
langsung maupun yang tidak dapat dilihat secara langsung manakala Psikologi menurut
Dakir (1993) ialah psikologi membahas tingkah laku manusia dalam hubungannya dengan
lingkungannya.
2
Psikologi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pertama, psikologi sebagai satu
kajian yang saintifik. Ini bermakna kajian-kajian yang dilakukan dalam disiplin psikologi
menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang saintifik seperti kajian penyelidikan,
peninjauan, korelasi, pemerhatian, kes kajian, dan lain-lain. Kesemua metodologi tersebut
mempunyai ciri-ciri tertentu dan menggunakan prosedur-prosedur yang saintifik.
Kedua, psikologi mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia ialah perbuatan
yang boleh dilihat menggunakan mata kasar. Dalam erti kata lain, semua tingkah laku ini di
dalam bentuk fizikal seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul, dan lain-lain
lagi.
Bahagian yang ketiga dan yang terakhir ialah pakar-pakar psikologi juga menjalankan
kajian-kajian ke atas proses-proses mental manusia, yang lebih dikenali sebagai tingkah laku
terselindung. Ini merupakan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat kita lihat seperti
bayangan, perasaan, mimpi, fantasi, khayalan, dan lain-lain.
Secara konklusinya, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Kadangkala,
kajian-kajian ke atas binatang juga dilakukan, seperti melihat kesan dadah ke atas tingkah
laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas manusia. Walau
bagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang tinggi ke atas
penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung atau pun tidak. Tugas manusia pula
ialah untuk memahami sedikit sebanyak tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis
proses dan perasaan-perasaan yang dialami serta menghayatinya dengan secara keseluruhan.
3
3.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN
Dalam bidang psikologi, terdapat pelbagai kaedah penyelidikan yang dapat digunakan
bagi mengkaji dan memahami fenomena yang meliputi segala aspek tingkah laku manusia
disekeliling kita. Pengertian penyelidikan berkaitan rapat dengan bidang pengajian seseorang
pengkaji tersebut. Dikalangan pendidik, pengertian penyelidikan boleh diertikan sebagai satu
proses memperolehi maklumat secara saintifik untuk membantu membuat keputusan dalam
satu-satu masalah yang hendak diselesaikan.
Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan oleh pakar-pakar
psikologi untuk melakukan penyelidikan bagi mengkaji tingkah laku manusia di sekeliling.
Dalam topik ini, pengkaji akan mengupas tiga kaedah penyelidikan yang sering digunakan
iaitu kaedah tinjauan, kaedah pemerhatian dan kaedah eksperimen.
3.1 Kaedah Tinjauan
Kaedah pertama yang biasa digunakan oleh pakar-pakar psikologi ialah kaedah
tinjauan. Tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai
pembolehubah-pembolehubah. Tinjauan diguna untuk mengukur pembolehubah yang
berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut
wujud. Tinjauan terhadap seluruh ahli populasi dikenali sebagai bancian.
Dalam kaedah tinjauan, penyelidik memilih sampel dari populasi yang
dikenalpasti, kumpul maklumat, kemudian menganalisa untuk menjawab persoalan
kajian. Kaedah tinjauan kerap digunakan dalam pelbagai bidang penyelidikan bagi
tujuan pemerihalan. Kaedah tinjauan juga digunakan untuk menyiasat perhubungan
diantara pembolehubah, melalui kaedah perbandingan atau korelasi.
4
Kaedah Tinjauan juga merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang paling
popular dan sering digunakan kerana versetaliti, effisiensi dan generalisasi. Makna
versetaliti dalam konteks ini ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah berkaitan
sikap, perspektif, nilai dan kepercayaan responden berkaitan dengan penyelidikan.
Kaedah tinjauan boleh dijalankan dengan menjalankan soalselidik ataupun temubual.
Kajian tinjauan digunakan bagi mengukur pembolehubah yang berkait dengan
sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah itu wujud. Selain itu,
tujuan tinjauan adalah mengumpul data bagi menghuraikan sifat atau ciri pada
responden. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik bagi mengumpul
maklumat berkaitan populasi. Justeru itu pengkaji perlu menyelaraskan teknik
tinjauan terlebih dahulu bagi menentukan cara khas dan alat penyelidikan yang sesuai
dan praktikal dengan mengambil kira kriteria, seperi masa, kos dan peraturan tempat
kajian dijalankan.
Umumnya terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan apabila pengkaji memilih
kaedah tinjauan. Di antara kebaikan kaedah tinjauan ialah amat berguna khasnya
dalam menghuraikan ciri-ciri bagi satu populasi yang besar. Hal ini adalah kerana
kajian melalui soalselidik dapat mengendalikan kajian yang sangat besar. Selain itu
kaedah tinjauan juga mempunyai kadar respon yang tinggi dan kaedah ini dapat
menentukan keadaan responden sama ada normal atau tidak normal. Melalui kaedah
ini juga responden akan diberi galakan untuk bercakap.
Kelemahan yang terdapat dalam kaedah tinjauan ialah kelemahan yang terdapat
dalam kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi. Kaedah tinjauan juga tidak boleh
mengukur tingkah laku atau perbuatan sosial kerana kaedah ini hanya boleh
mengumpul laporan yang telah dibuat. Selain itu, responden yang ditemubual juga
mungkin tidak sesuai dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat teruatamanya
soalselidik melalui telefon. Kelemahan lain kaedah tinjauan ialah penemubual boleh
mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh responden melalui cara soalan diajukan.
5
3.2 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Dengan menggunakan kaedah pemerhatian, penyelidik atau pemerhati perlu
rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah
pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan
tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku
kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan
kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang
menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan
praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang
baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan
secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.
Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Terdapat dua jenis pemerhatian yang boleh dilakukan dalam kaedah pemerhatian
ini iaitu pemerhatian peserta dan pemerhatian bukan peserta. Pemerhatian peserta
melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak
diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah
6
pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah
dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-
maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat
awal.
Pemerhatian bukan peserta pula memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti
terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian
boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong,
kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan
kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan
tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang
kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang
pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan yang terdapat dalam Kaedah Pemerhatian ialah pemerhatian terhadap
sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan
menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Selain itu,
maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik juga boleh memastikan
bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel
yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
Kelemahan dalam Kaedah Pemerhatian pula ialah responden yang diperhati
mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. responden
7
mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Selain itu, pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat
pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati juga mungkin
bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras,
budaya, fahaman, dan nilai.
3.3 Kaedah Eksperimen
Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam bidang
psikologi ialah kaedah eksperimen. Kaedah eksperimen mula digunakan dalam
pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji keberkesanan berbagai jenis
rawatan seperti baja, air dan cahaya matahari terhadap pertumbuhan dan penghasilan
tanaman. Kaedah ini juga digunakan dalam bidang perubatan untuk menguji
keberkesanan rawatan seperti ubatan, kaedah dan prosedur terhadap pesakit. Kini
kaedah eksperimen juga digunakan dengan meluas dalam bidang psikologi.
Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati
fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal.
Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan penggunaan kaedah inkuiri dalam
pengajaran mata pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah
dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi.
Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau
rawatan yang sengaja diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti markah ujian,
jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar dalam kelas.
Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal, iaitu faktor-faktor selain daripada
rawatan yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud disingkirkan.
8
4.0 LAPORAN TEMUBUAL
Pengkaji telah menjalankan satu sesi temubual terhadap 5 orang responden. Temubual
telah dilaksanakan terhadap mahasiswa di sebuah IPTA yang berumur di antara 21-24 Tahun.
Soalan yang diberikan ialah apa yang mereka tahu mengenai psikologi. Berikut merupakan
hasil temubual dan laporan temubual yang dilaksanakan :
Responden 1
Nama : Muhammad Faiz Bin Abdullah
Umur : 21 Tahun
Responden menyatakan bahawa apa yang dia faham mengenai psikologi ialah kajian
tentang pemikiran yang mana ianya berkait rapat dengan perlakuan atau perbuatan seseorang.
Menurut responden lagi, perlakuan seseorang manusia itu adalah hasil daripada keputusan
yang dibuat setelah berfikir.
Responden 2
Nama : Mohd Hafiz Bin Mohd Hanapiah
Umur : 22 Tahun
Responden berpendapat bahawa psikologi ialah fungsi mental kepada manusia. Selain itu,
psikologi ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tingkah laku dan fungsi
mental. Psikologi juga merupakan ilmu tentang jiwa manusia.
9
Responden 3
Nama : Grace Baun Chien Siew Ming
Umur : 21 Tahun
Menurut responden, apa yang responden faham mengenai psikologi ialah kemampuan
berfikir seseorang individu itu. Setiap manusia memiliki tahap pemikiran yang berbeza-beza
sama ada tahap berfikir logikal atau mengikut emosi.
Responden 4
Nama : Dominic Anak Henry
Umur : 23 Tahun
Responden memberi pendapat bahawa psikologi ialah satu permainan minda yang
merangkumi perasaan dan tingkah laku seseorang manusia itu. Kemahiran psikologi ini juga
penting kepada seseorang guru untuk mempelajarinya untuk membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan mengawal kelas.
Responden 5
Nama : Abdul Munir Bin Jamil
Umur : 24 Tahun
Responden memberikan pendapat bahawa psikologi boleh membawa erti sebagai tingkah
laku mental seseorang. Selain itu, psikologi juga adalah satu proses dimana seseorang akan
mengawal tingkah laku dan mental samaada kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
10
Daripada hasil temubual yang dilakukan, pengkaji telah mendapati bahawa rata-rata
kesemua responden menyatakan bahawa psikologi adalah berkaitan dengan tingkah laku,
mental dan perbuatan seseorang manusia itu. Pengkaji juga dapat membuat kesimpulan hasil
daripada temubual ini bahawa sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang manusia itu
adalah berkait rapat dengan mental dan pemikiran seseorang.
Sebagai contoh dalam satu-satu situasi, otak akan memproses maklumat dan menentukan
sesuatu tindakan yang akan dibuat. Sistem saraf akan menyalurkan maklumat itu dan anggota
badan akan mengikut arahan otak dan melaksanakan sesuatu tingkah laku atau perbuatan
dalam sesuatu situasi.
11
5.0 KESIMPULAN
Daripada huraian-huraian yang dibuat, pengkaji dapat merumuskan bahawa psikologi
ialah ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia ialah perbuatan
yang boleh kita lihat. Dalam erti kata lain, semua tingkah laku ini di dalam bentuk lampau
atau overt behavior seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul, dan lain-lain
lagi. Daripada definisi tersebut, kita boleh membahagikan psikologi kepada beberapa
bahagian. Pertama, psikologi sebagai satu kajian yang saintifik. Ini bermakna kajian-kajian
yang dilakukan dalam disiplin psikologi menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang
saintifik seperti kajilidikan, peninjauan, korelasi, pemerhatian, kes kajian, dan lain-lain.
Kesemua metodologi tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu dan menggunakan prosedur-
prosedur yang saintifik.
Penyelidikan adalah satu proses mencari dan meningkatkan ilmu pengetahuan atau
kebenaran yang boleh diterokai melalui kaedah pemikiran saintifik yang berdisiplin. Ilmu
tidak akan berkembang tanpa kajian dan penyelidikan. Begitu juga dengan penyelidikan
psikologi, di mana ahli psikologi boleh menggunakan satu pendekatan atau lebih di dalam
sesuatu bidang kajian. Setiap daripada kaedah penyelidikan ini mempunyai keistimewaan
dan kelemahannya sendiri. Kaedah yang dipilih untuk menyelidiki sesuatu masalah
ditentukan oleh keistimewaan kaedah tersebut dan juga oleh masalah itu sendiri. Maka, tidak
semua daripada kaedah penyelidikan ini boleh dikatakan sebagai saling mengenepikan yang
lain. Misalnya, data yang didapati melalui penggunaan satu atau lebih daripada pelbagai
teknik tersebut mungkin perlu dianalisis secara kaedah perangkaan.
Penemuan-penemuan serta kesimpulan yang diperolehi daripada sesuatu penyelidikan
psikologi tidak semestinya muktamad kerana terdapat teori, kaedah dan kecenderungan
kajian lampau yang telah berubah pada masa itu. Sebagai contoh, cara pengasuhan kanak-
kanak yang disarankan oleh John B. Watson pada tahun 1930-an di Barat adalah cenderung
kepada ketegasan tetapi cara pengasuhan sudah berubah sekarang. Justeru itu, kajian atau
penyelidikan terpaksa dijalankan bagi mencari formula atau rumusan baru yang lebih sesuai
dengan perubahan persekitaran berkenaan. Huraian ini membawa kita kepada kesimpulan
12
bahawa kajian dan penyelidikan psikologi perlu dijalankan secara berterusan dengan
penggunaan teknik atau kaedah yang dapat menghasilkan data yang objektif berserta dengan
satu tujuan unggul iaitu untuk membaiki, menyesuaikan, meningkatkan kecemerlangan dan
kesempurnaan amalan.
13
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. KualaLumpur:
Universiti Malaya.
Belsky & Michael Pluess. (2009). The Nature (and Nuture) of Plasticity in EarlyHuman
Development, Perspectiveon Psychological Science. Volume 4 (4) 345-351
Belmont: Wadsworth.John, W. S. (2006). Educational Psychology 2nd Edition. New York:
McGraw-Hill Higher Education.Mc Devitt, T., & Ormrod, J. (2004).
Shaharudin, A. A. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Kuala Lumpur:
UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahbudin Hisham, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2003). Siri PendidikanPerguruan:
Psikologi Pendidikan.
Sang, M. S. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
1.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
14