210329 e-book reversal candlestick
Post on 05-Nov-2021
33 Views
Preview:
TRANSCRIPT
E-BOOK
REVERSALCandlestick
SAHAM KAJIAN
+6
1 | T h e K a p i t a l . m y
E-BOOK REVERSAL CANDLESTICK
Isi Kandungan Kenyataan Penafian ............................................................................................................................................. 2
Pengenalan .......................................................................................................................................................... 3
BAB 1 : JENIS TREND ........................................................................................................................................... 5
Uptrend ........................................................................................................................................................ 7
Downtrend ................................................................................................................................................... 9
Sideways ..................................................................................................................................................... 11
Memahami Trend ....................................................................................................................................... 12
BAB 2 : SUPPORT & RESISTANCE ...................................................................................................................... 14
Support ....................................................................................................................................................... 17
Resistance................................................................................................................................................... 18
4 Langkah Untuk Tentukan Support & Resistance ..................................................................................... 19
Kegunaan Support & Resistance ................................................................................................................ 24
BAB 3 : JENIS-JENIS CARTA ANALISA TEKNIKAL ............................................................................................... 26
Line Chart ................................................................................................................................................... 27
Bar Chart..................................................................................................................................................... 28
Heikin Ashi .................................................................................................................................................. 30
Candlesticks ................................................................................................................................................ 32
BAB 4 : SEJARAH CANDLESTICK ......................................................................................................................... 34
BAB 5 : APA ITU CANDLESTICK .......................................................................................................................... 36
Pembentukan Candlestick .............................................................................................................................. 37
Pop Kuiz .......................................................................................................................................................... 40
BAB 6 : TAHAP KEKUATAN CANDLESTICK BULLISH & BEARISH ....................................................................... 43
BAB 7 : DOJI ....................................................................................................................................................... 45
5 Jenis Candlestick Doji .................................................................................................................................. 47
BAB 8 : BULLISH REVERSAL CANDLESTICK ........................................................................................................ 53
8 Bullish Reversal Candlestick ........................................................................................................................ 55
BAB 9 : BEARISH REVERSAL CANDLESTICK ........................................................................................................ 81
8 Bearish Reversal Candlestick ....................................................................................................................... 82
BAB 10 : CONTOH KES KAJIAN REVERSAL CANDLESTICK ............................................................................... 107
6 Contoh Kes Kajian ...................................................................................................................................... 108
2 | T h e K a p i t a l . m y
KENYATAAN PENAFIAN
Buku ini telah disediakan sebagai rujukan umum sahaja. Maklumat yang terkandung di
dalamnya bukan merupakan nasihat kewangan, dagangan atau pelaburan serta ia juga
tidak menyarankan atau menyokong mana-mana produk pelaburan yang disebutkan di
sini.
Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam
buku ini, pengarang tidak memberi jaminan sama ada secara nyata atau tersirat, terdapat
ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Penulis tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-mana keputusan dagangan
atau pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda adalah dinasihatkan agar
mendapatkan khidmat nasihat professional dan/atau merujuk undang-undang, syarat dan
peraturan yang berkaitan sebelum melakukan dagangan/pelaburan.
“TRADE AT YOUR OWN RISK” (TAYOR)
3 | T h e K a p i t a l . m y
PENGENALAN
Dalam dunia pelaburan saham, setiap pelabur perlu kuasai dua ilmu utama iaitu Analisa
Fundamental (Fundamental Analysis) dan Analisa Teknikal (Technical Analysis). Analisa
Fundamental akan menjawab saham apa yang kita boleh beli berdasarkan kepada
kedudukan kewangan syarikat, potensi keuntungan syarikat pada masa akan datang dan
bermacam-macam lagi. Kita kena rajin baca penyata kewangan syarikat untuk
mendapatkan jawapannya. Analisa Fundamental ini lebih kepada pelaburan jangka masa
panjang. Kalau nak pilih saham daripada sudut analisa fundamental haruslah
menggunakan teknik CANSLIM dan 5 Magic Numbers. Jika anda berjaya menjumpai
saham dengan menggunakan teknik CANSLIM dan 5 Magic Numbers, percayalah bahawa
saham yang anda kaji tersebut adalah saham yang berkualiti.
4 | T h e K a p i t a l . m y
Manakala Analisa Teknikal pula akan menjawab bila masa terbaik nak beli saham,
berdasarkan kepada carta (chart), corak carta (chart pattern), candlestick dan bermacam-
macam lagi. Ada bermacam-macam teknik yang boleh digunakan seperti Buy on Breakout,
Buy on Support, Buy on Reversal dan banyak lagi. Analisa Teknikal ini lebih kepada
pelaburan jangka masa pendek dan sederhana.
5 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 1 : JENIS TREND
6 | T h e K a p i t a l . m y
Jenis-Jenis Trend
Pasaran saham dan harga saham pada biasanya akan bergerak dalam tiga jenis trend iaitu
uptrend (menaik), downtrend (menurun) dan mendatar (sideways). Kebolehan memahami
trend sangat penting bagi memastikan kita membeli saham pada waktu dan membuat
entry yang betul.
Contoh:
Sumber: Trading View
7 | T h e K a p i t a l . m y
Uptrend
Sesebuah uptrend terdiri daripada Higher High dan Higher Low daripada yang
sebelumnya. Selagi harga saham belum mematahkan paras support uptrend, selagi itulah
kita boleh memegang saham tersebut, bak kata mat salleh ‘Ride the trend’. Ada juga
pepatah yang sering didengari iaitu ‘The Trend Is Your Friend Until It End When It Bends’.
Sumber: Trading View
Berdasarkan carta Greatec ini, harga saham membuat uptrend sejak membuat comeback
pada hujung bulan Mac 2020. Beruntung bagi para pelabur yang membeli dan
menyimpannya sejak daripada tarikh tersebut. Bagi yang faham konsep berkawan dengan
trend, tiada sebab bagi para pelabur untuk menjual kaunter ini walaupun telah mendapat
keuntungan yang tinggi kerana saham ini belum ada tanda-tanda trend akan bertukar arah.
Greatec merupakan sebuah syarikat yang memiliki asas fundamental yang amat kukuh
sekali.
8 | T h e K a p i t a l . m y
Baru-baru ini juga, ada seorang pelabur telah meraih pulangan lebih daripada RM1 juta
hanya dengan kaunter Greatec ini. Dengan menggunakan teknik simpan dan peram, beliau
berjaya mendapat pulangan pelaburan atau ROI lebih daripada 1,000% dalam masa 18
bulan.
9 | T h e K a p i t a l . m y
Downtrend
Sumber: Trading View
Carta menunjukkan penurunan harga saham syarikat penerbangan tambang murah
terkemuka dunia iaitu AirAsia. Harga saham AiraAsia berada dalam fasa downtrend sejak
tahun 2018 lagi dan kejatuhan ini agak tragis kerana saham AirAsia pernah mencecah paras
RM4.50 pada tahun 2018 dan kini ianya berharga tak sampai RM1.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya sesebuah saham mula menunjukkan tanda-tanda
downtrend akan berlaku?
Perkara yang perlu dilakukan adalah dengan melukis garisan trend line dan lihat sekiranya
saham tersebut telah mematahkan support trend line tersebut. Kebiasaannya pada situasi
ini reversal bearish candlestick telah pun muncul pada carta candlestick. Apabila reversal
bearish candlestick telah muncul dan harganya telah menembusi paras sokongan, kita
10 | T h e K a p i t a l . m y
wajib menjual saham tersebut kerana saham tersebut mungkin akan meneruskan
penurunan.
11 | T h e K a p i t a l . m y
Sideways
Trend sideways adalah pergerakan harga saham secara melintang (horizontal). Sideways
terjadi disebabkan tekanan belian dan tekanan jualan adalah seimbang atau pun sama kuat.
Sideways biasanya berlaku ketika fasa consolidation sebelum harga meneruskan trend
sebelumnya atau memulakan trend yang baru.
Sumber: Trading View
Kenapa terjadinya sideways?
1. Tiada volume yang tinggi dalam pasaran
2. Kurang minat terhadap kaunter tersebut
3. Tiada catalyst yang mampu mempengaruhi pembeli dan penjual
Boleh beli tak ketika sideways?
12 | T h e K a p i t a l . m y
Jawapan: Tidak digalakkan kerana sideways boleh terjadi untuk satu jangka masa yang
lama.
Memahami Trend
Trend menaik memberi peluang kepada pelabur untuk mendapat keuntungan daripada
kenaikan harga saham. Menjual saham setelah ianya gagal membuat higher high dan
higher low yang baru adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelakkan
kerugian yang terjadi akibat daripada perubahan trend. Sekiranya kita memahami trend ini,
mudah bagi kita untuk membuat keputusan sama ada nak beli, simpan atau jual sesuatu
saham.
Sumber: pxfuel
13 | T h e K a p i t a l . m y
14 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 2 : SUPPORT & RESISTANCE
15 | T h e K a p i t a l . m y
ASAS SUPPORT DAN RESISTANCE
Support dan Resistance boleh diumpamakan sebagai rumah bertingkat.
Tahap Support dan Resistance wujud kerana pasaran saham mempunyai daya ingatannya
yang tersendiri. Sama seperti manusia yang akan ingat tentang jatuh bangun di dalam
kehidupan.
Dengan melukis garisan pada carta di mana tahap Resistance pernah terbentuk, kita akan
menjadi lebih peka di mana harga berkemungkinan untuk melantun, dan di mana kita perlu
meraih keuntungan.
16 | T h e K a p i t a l . m y
1. SUPPORT
Lantai dianggap sebagai Support atau paras harga Sokongan. Kalau harga
saham memecah Support, maka kita akan jatuh ke dalam tanah, silap- silap
rumah tersebut akan runtuh.
2. SUPPORT/RESISTANCE
Untuk harga saham naik, ia perlu memecah Resistance (lantai kedua) atau
harga rintangan. Ianya memerlukan daya yang kuat (iaitu Volume) untuk
menujah naik baru boleh pecah Resistance tersebut.
3. RESISTANCE
Kini kita telah berjaya naik ke tingkat 2 rumah tersebut, akibat daripada
kombinasi harga + volume yang telah memecahkan resistance tadi.
Sekarang, Support berada di lantai tingkat 2, manakala Resistance pula
berada di siling tingkat 2.
Kalau pecah Support, jatuh semula ke tingkat 1.
Pecah Resistance pula, naik tingkat ke atas.
Begitulah keadaannya BERULANG-ULANG….
17 | T h e K a p i t a l . m y
SUPPORT
Support merupakan satu paras harga, di mana pada paras tersebut Demand adalah cukup
besar untuk menahan daripada harga turun (Demand > Supply). Pada paras ini, harga
cenderung berhenti daripada bergerak turun dan kemungkinan besar akan naik semua.
Secara mudahnya, support adalah paras yang akan menahan pergerakan harga daripada
bearish (turun). Disebabkan itu, ianya dipanggil lantai.
Sumber: Trading View
Semasa berlakunya pembetulan harga (Retracement), sekiranya harga menyentuh support,
harga seperti memantul kembali ke atas. Jika support ini tertembus (Breakdown), maka
harga akanjatuh sehingga wujudnya paras support yang terbaru.
18 | T h e K a p i t a l . m y
RESISTANCE
Manakala Resistance pula merupakan paras harga di mana pada paras tersebut, SUPPLY
cukup besar untuk menghentikan kenaikan harga (Supply>Demand).
Pada paras ini, harga cenderung untuk berhenti bergerak naik dan kemungkinan besar
akan turun semula.
Secara mudahnya, resistance adalah paras yang akan menahan pergerakan bullish (naik).
Disebabkan itulah, ianya dipanggil siling.
Jika saham berjaya tembus resistance level (Breakout), harga akan naik sehingga
membentuk paras resistance yang baru sebelum berlakunya Retracement (pembetulan)
semula.
19 | T h e K a p i t a l . m y
4 LANGKAH UNTUK TENTUKAN SUPPORT & RESISTANCE
Langkah 1:
Tentukan time frame carta yang dikehendaki (15 minit, 30 minit, 1 jam, daily, weekly,
monthly).
Langkah 2:
Kenal pasti trend sama ada sedang menaik atau menurun.
Langkah 3:
Lihat dari kanan ke kiri, tentukan paras harga saham terendah dan tertinggi.
Langkah 4:
Lukis garis melintang di paras harga terendah dan tertinggi.
20 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh:
Langkah 1: Tentukan time frame carta yang dikehendaki (15 minit, 30 minit, 1 jam, daily,
weekly, monthly).
Pilih time frame yang dikehendaki. Sebagai contoh: daily
21 | T h e K a p i t a l . m y
Langkah 2:
Kenal pasti trend sama ada sedang menaik atau menurun.
Scomnet membuat rally kenaikan sejak bulan Mac dan tidak pernah patah
trend line support sepanjang itu sehingga bulan November.
Scomnet dilihat telah patah uptrend line dan mula membuat penurunan.
Sampai ke mana penurunan tersebut tidak kita ketahui, namun sekurang-
kurangnya kita dapat membuat jangkaan sekiranya kita melukis garisan
support kerana harga saham cenderung untuk membuat lantunan semula ke
atas setelah mencecah paras support.
Namun begitu, ada juga ketika di mana sekiranya paras support ditembusi, ini
memberi signal kepada kita bahawa saham berpotensi untuk jatuh lebih
teruk.
22 | T h e K a p i t a l . m y
Langkah 3:
Lihat dari kanan ke kiri, tentukan paras harga saham terendah dan tertinggi.
23 | T h e K a p i t a l . m y
Langkah 4:
Lukis garis melintang di paras harga terendah dan tertinggi.
Lukis garisan melintang untuk support dengan melihat harga terendah dan
paras di mana harga saham membuat beberapa cubaan untuk turun namun
bertahan dengan kuat.
Kemudian, cari paras di mana harga sebelum-sebelumnya pernah beberapa
kali membuat percubaan untuk naik namun gagal.
Lukis garisan melintang untuk resistance tersebut.
Garisan di dalam carta adalah contoh-contoh paras resistance yang perlu
ditembusi oleh Scomnet untuk meneruskan kenaikan.
24 | T h e K a p i t a l . m y
KEGUNAAN SUPPORT & RESISTANCE
Apabila garis support dan resistance tersebut berulang kali disentuh tetapi ia masih tidak
dapat ditembusi, ini bermakna support level atau resistance level saham tersebut sangat
kuat. Maka, ianya boleh digunakan untuk menentukan Entry Level (Buy) atau Exit Level (Sell)
bagi mendapatkan keuntungan semaksima mungkin.
Kajian Kes 1 (Semasa Sideways):
Sumber: Trading View
Ketika sideways pun sebenarnya pelabur boleh mengambil kesempatan untuk membuat
keuntungan. Teknik ini adalah beli pada paras support dan jual pada paras resistance. Inilah
cara untuk mendapatkan keuntungan semaksima mungkin.
25 | T h e K a p i t a l . m y
Kajian Kes 2 (Semasa Uptrend):
Sumber: Trading View
Sebagai contoh, beli ketika harga saham berada di support terendah dan baru hendak
membuat pertukaran trend daripada downtrend kepada uptrend. Kalau terlepas pun tak
mengapa kerana masih boleh beli ketika breakout.
Bila sudah tembus resistance, maka bolehlah beli saham tersebut. Adakah kita kena jual
saham tersebut pada paras resistance yang seterusnya?
Tidak semestinya, kerana saham tersebut sedang membuat uptrend, kita boleh
menumpang uptrend tersebut sehinggalah harganya patah trend tersebut.
Sauk dari bawah dan jual ketika harga telah mematahkan support trendline.
Selain daripada itu, Support dan Resistance yang terdekat juga amat berguna untuk
dijadikan sebagai Stop Loss, sekaligus membantu untuk meminimakan kerugian.
26 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 3 : JENIS–JENIS CARTA ANALISA TEKNIKAL
27 | T h e K a p i t a l . m y
JENIS – JENIS CARTA ANALISA TEKNIKAL
1. CARTA GARISAN / LINE CHART
Sumber: Trading View
Carta garisan adalah cara yang mudah untuk kita melihat sesebuah trend tidak kira sama
ianya adalah uptrend, downtrend mahupun sideways. Tetapi, harus diingatkan harga yang
dipaparkan adalah harga penutup bagi setiap hari. Maka tidak hairanlah ia juga dikenali
sebagai ‘close only chart’.
Kelebihan:
1. Data ini paling mudah dibaca.
Kelemahan:
1. Sukar untuk mengetahui volatility pada hari tersebut.
2. Tidak dapat membaca emosi pelabur.
3. Maklumat tidak menyeluruh.
28 | T h e K a p i t a l . m y
2. CARTA BAR / BAR CHART
Sumber: Trading View
Carta bar adalah antara carta yang menjadi pilihan para penganalisa. Rupa bentuk carta bar
ini seperti sebatang lidi yang mempunyai garisan pendek di sebelah kiri dan kanannya.
Juga dikenali OHLC chart (Open-High-Low-Close).
Di dalam carta bar, paparan maklumatnya adalah seperti berikut:
Harga pembukaan
Harga tertinggi
Harga terendah
Harga penutup
29 | T h e K a p i t a l . m y
Cara Membaca Bar Chart
Bar ada dua warna iaitu hijau dan merah.
Bar hijau bermaksud harga ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan, di mana
pembeli menguasai pasaran.
Bar merah bermaksud harga ditutup lebih rendah daripada harga pembukaan, di
mana penjual menguasai pasaran.
Garisan kecil melintang menghala sebelah kiri menunjukkan harga pembukaan.
Garisan kecil melintang menghala sebelah kanan menunjukkan harga penutup.
Kelebihan:
1. Boleh membaca emosi pelabur pada hari tersebut.
2. Dapat menunjukkan trend reversal pattern apabila menggabungkan dua atau tiga
bar chart
Kelemahan:
1. Lebih susah dilihat.
30 | T h e K a p i t a l . m y
3. Carta Heikin Ashi
Sumber: Trading View
Berasal dari Bahasa Jepun iaitu terma ‘Heikin Ashi’ yang bermaksud average bar. Ianya juga
sering digunakan untuk mengenal pasti trend.
Kelebihan:
1. Dapat mengenal pasti trend dengan mudah.
2. Beri confirmation pergerakan trend.
3. Menunjukkan kekuatan pasaran/market strength.
4. Menyingkirkan ‘noise’ pada pembetulan harga dalam sesebuah trend.
31 | T h e K a p i t a l . m y
Nak Tengok Contoh Kelebihan Heiken Ashi?
Japanese Candlestick
Heiken Ashi
32 | T h e K a p i t a l . m y
4. Carta Candlestick
Sumber: Trading View
Carta candlestick memaparkan simbol yang menyerupai sebatang lilin. Ianya
mempamerkan maklumat yang sama dengan carta bar namun berbeza daripada segi carta
tersebut divisualkan. Sesetengah pelabur lebih menyukai candlestick kerana ianya lebih
mudah untuk ditafsirkan dan memudahkan pelabur baru untuk memahami carta tersebut.
Carta yang diasaskan oleh pedagang Jepun ini adalah dengan berpandukan kepada 4
harga pada hari tersebut iaitu:
1. Harga Pembukaan
2. Harga Penutup
3. Harga Tertinggi
4. Harga Terendah
33 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 4 : SEJARAH CANDLESTICK
34 | T h e K a p i t a l . m y
SEJARAH CANDLESTICK
Sejarah Candlestick ini bermula di Sakata, Jepun pada sekitar tahun 1700 dan diasaskan
oleh Munehisa Homma. Seperti di negara Asia yang lain, makanan ruji di negara Jepun
adalah nasi. Beras merupakan komoditi penting pada zaman itu.
Pada zaman tersebut, beras didagangkan sebagai kontrak sahaja sebelum ia didagangkan
secara fizikal. Melihat harga beras berubah-rubah bergantung pada supply & demand,
Munehisa Homma yang merupakan seorang pedagang beras telah mencipta candlestick
untuk mengetahui pergerakan harga beras. Untuk berniaga beras dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, Munehisa Homma dikatakan mempunyai orang di setiap 6km dari Osaka
ke Sakata untuk berkomunikasi mengenai harga beras.
Di dalam versi awal analisa teknikal, ianya sedikit berbeza dengan versi yang diasaskan oleh
Charles Dow pada sekitar tahun 1900. Namun, pada dasarnya ia adalah tetap sama iaitu:
1. Price action adalah lebih penting daripada catalyst.
2. Kesemua maklumat yang diketahui akan tertera pada harga semasa.
3. Pembeli & penjual menggerakkan pasaran berdasarkan harapan dan emosi.
4. Pasaran boleh naik dan turun.
5. Harga semasa mungkin tidak menggambarkan nilai sebenar saham tersebut.
Menurut Steve Nison carta candlestick di Barat muncul setelah tahun 1850.
35 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 5 : APA ITU CANDLESTICK
36 | T h e K a p i t a l . m y
APA ITU CANDLESTICK
Daripada nama candlestick sendiri pun kita sudah boleh membayangkan bagaimana rupa
candlestick, iaitu jika kita menterjemahkan kepada Bahasa Melayu ianyabermaksud
sebatang lilin.
37 | T h e K a p i t a l . m y
PEMBENTUKAN CANDLESTICK
Sebelum ingin memahami chart pattern, adalah penting untuk kita faham bagaimana
candlestick terbentuk terlebih dahulu. Mari belajar bagaimana sesebuah candlestick
terbentuk.
Candlestick ada dua set warna iaitu hijau & merah / putih & hitam.
Candlestick Hijau/Putih = Tekanan belian. Harga pasaran ditutup tinggi daripada harga ia
dibuka pada hari tersebut.
Candlestick Merah/Hitam = Tekanan jualan. Harga pasaran ditutup rendah daripada harga
ia dibuka pada hari tersebut.
38 | T h e K a p i t a l . m y
Mari belajar bagaimana candlestick terbentuk……………
Contoh :
Pasaran saham dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang. Cuba
bayangkan candlestick sebenarnya hanya bermula dengan satu garisan horizontal
menandakan harga pasaran tersebut dibuka.
39 | T h e K a p i t a l . m y
40 | T h e K a p i t a l . m y
POP KUIZ…….
Anda rasa anda dah faham bagaimana pembentukan candlestick???
Cuba lukis candlestick berdasarkan maklumat di bawah. Jangan lupa warnakan juga
candlestick yang anda lukis tersebut…
1. Harga pembukaan = RM 1.00
Harga penutup = RM 1.40
2. Harga pembukaan = RM 1.00
Harga penutup = RM 0.70
3. Harga pembukaan = RM 0.50
Harga penutup = RM 0.60
Harga tertinggi = RM 0.80
Harga terendah = RM 0.30
4. Harga pembukaan = RM 0.50
Harga penutup = RM 0.40
Harga tertinggi = RM 0.60
Harga terendah = RM 0.30
MARI SEMAK JAWAPAN ANDA DI MUKA SURAT SEBELAH…
41 | T h e K a p i t a l . m y
JAWAPAN POP KUIZ….
42 | T h e K a p i t a l . m y
43 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 6 : Tahap Kekuatan Candlestick Bullish & Bearish
44 | T h e K a p i t a l . m y
Tahap Kekuatan Candlestick Bullish & Bearish
Empat candlestick di sebelah kiri adalah candlestick bersifat bullish manakala empat
candlestick di sebelah kanan adalah bersifat bearish. Kekuatan setiap candlestick adalah
berbeza-beza. Candlestick Marubozu berwarna hijau adalah candlestick yang mempunyai
sifat bullish yang terkuat manakala candlestick Marubozu berwarna merah adalah
candlestick yang mempunyai sifat bearish yang terkuat.
Semakin kuat pembeli menolak harga tersebut ke harga yang lebih tinggi, semakin panjang
badan marubozu berwarna hijau. Manakala, semakin kuat penjual menolak harga tersebut
ke harga yang lebih rendah semakin panjang badan marubozu berwarna merah.
45 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 7 : DOJI
46 | T h e K a p i t a l . m y
APA ITU DOJI?
Doji adalah candlestick di mana ia mempunyai harga buka dan harga tutup yang sama. Doji
ada pelbagai bentuk dan gambar rajah di bawah adalah doji yang paling asas dan doji yang
menunjukkan pembeli dan penjual adalah seimbang pada hari tersebut.
Semakin panjang batang sumbu/bayang-bayang candlestick, semakin kuat penolakan
harga pada hari tersebut.
APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CANDLESTICK DOJI?
Doji sering ditemui di bawah atau atas sebuah trend dan dianggap sebagai kemungkinan
pertukaran arah harga. Tetapi, Doji turut boleh dilihat sebagai kesinambungan pattern/
trend. Doji sering ditemui ketika tempoh saham tersebut berehat setelah kenaikan atau
kejatuhan yang kuat. Ada kalanya setelah berehat, ia akan meneruskan pergerakan
mengikut arahnya.
47 | T h e K a p i t a l . m y
JENIS-JENIS CANDLESTICK DOJI
Candlestick Doji ada 5 jenis iaitu:
I. Four Price Doji
II. Long-Legged Doji
III. Dragonfly Doji
IV. Gravestone Doji
V. Classic Doji
48 | T h e K a p i t a l . m y
1. FOUR PRICE DOJI
CONTOH:
Sumber: Trading View
*Saham yang ada banyak doji ini menandakan pelabur kurang berminat dengan saham ini dan kurang / tiada urusan jual beli berlaku.
49 | T h e K a p i t a l . m y
2. LONG-LEGGED DOJI
CONTOH:
Sumber: Trading View
50 | T h e K a p i t a l . m y
3. DRAGONFLY DOJI
CONTOH:
Sumber: Trading View
51 | T h e K a p i t a l . m y
4. GRAVESTONE DOJI
CONTOH:
Sumber: Trading View
52 | T h e K a p i t a l . m y
5. CLASSIC DOJI
CONTOH:
Sumber: Trading View
53 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 8 : BULLISH REVERSAL CANDLESTICK
54 | T h e K a p i t a l . m y
Apabila harga saham telah jatuh banyak, apa yang boleh kita lakukan? Adakah kita boleh
terus membeli saham tersebut hanya kerana ianya telah jatuh dan murah berbanding harga
normal? Itu namanya teknik menangkap pisau.
Teknik tangkap pisau ini bahaya kerana silap-silap pisau tersebut boleh menembusi tangan
kita (harga saham jatuh lebih teruk). Kita ingatkan saham tersebut tak akan jatuh lagi, tetapi
rupanya dia jatuh dengan lebih jauh.
Apa yang kita perlu lakukan adalah menunggu dengan sabar sehingga bullish reversal
candlestick muncul pada carta.
Bullish Reversal Pattern
Candlestick reversal pattern atau juga dikenali sebagai candle reverse signal merupakan
tanda-tanda bahawa harga saham akan berubah arah. Apakah dia Bullish Reversal Pattern
ini?
Secara ringkasnya ianya adalah candlestick pattern, dan sekiranya terjadi pattern sebegini;
ada kemungkinan yang besar harga berubah dari downtrend kepada uptrend. Ianya akan
terjadi di penghujung fasa downtrend.
55 | T h e K a p i t a l . m y
Bullish Reversal Candlestick
Di sini kami kongsikan 8 jenis bullish reversal candlestick yang ada:
1. HAMMER
2. INVERTED HAMMER
3. BULLISH ENGULFING
4. BULLISH HARAMI
5. PIERCING PATTERN
6. MORNING STAR
7. TWEEZER BOTTOM
8. THREE WHITE SOLDIERS
56 | T h e K a p i t a l . m y
1. HAMMER
Hammer adalah signal bullish yang terjadi semasa downtrend. Ekornya mesti sekurang-
kurangnya dua kali lebih panjang daripada saiz body candle.
Gambar Hammer
57 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Hammer
Hammer mempunyai rupa bentuk seperti penukul. Badan candlestick adalah kepala
tukulnya manakala ekornya adalah pemegangnya.Ekornya menghala ke bawah dan lebih
panjang daripada ketinggian badan candlestick.
Bagaimana Hammer Terbentuk?
Hammer terbentuk apabila harga ditolak ke bawah paras harga pembukaan.
Setelah itu, pembeli mula masuk ke dalam pasaran dan menolak kembali harga tersebut ke
atas dan berhampiran dengan harga pembukaan.
58 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Hammer Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Candlestick Hammer
1. Digunakan ketika downtrend.
2. Jika Hammer terbentuk, ianya merupakan isyarat bahawa trend akan bertukar arah.
3. Pada keesokan harinya, tunggu pengesahan candlestick hijau sebelum membeli.
4. Pengesahan candlestick tersebut boleh dalam bentuk gap up atau candlestick hijau
yang panjang.
5. Jika tidak, tunggu lagi sehingga candlestick berjaya memecahkan downtrend line.
59 | T h e K a p i t a l . m y
2. INVERTED HAMMER
Jika Hammer tadi berbentuk seperti penukul, Inverted Hammer juga berbentuk seperti
penukul. Bezanya Inverted Hammer adalah penukul yang terbalik dengan pemegangnya
menghala ke atas.
Gambar Inverted Hammer
60 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Inverted Hammer
Bayang-bayangnya menghala ke atas dan lebih panjang daripada ketinggian badan
candlestick. Warna badan candlestick tidak penting. Badan candlestick di bahagian bawah
dan hampir dengan harga penutup.
Bagaimana Inverted Hammer Terbentuk?
1. Selepas pasaran dibuka, harga naik secara mendadak dan mencecah ke suatu tahap
yang tinggi.
2. Ketika harga telah naik tinggi, penjual mula mengambil keuntungan.
3. Harga kemudian jatuh dan ditutup hampir dengan harga pembukaan.
61 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Inverted Hammer Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Candlestick Inverted Hammer
1. Inverted hammer tidak memberi isyarat yang kuat bahawa trend akan berubah.
2. Ia menunjukkan pembeli sedang menahan harga tersebut daripada jatuh dan
memberi petanda bahawa ramai pembeli berminat pada harga yang rendah
tersebut.
3. Tunggu hari keesokannya dan lihat sekiranya terdapat volume yang tinggi daripada
pembeli.
62 | T h e K a p i t a l . m y
3. BULLISH ENGULFING
Bullish engulfing terdiri daripada dua candlestick dan terjadi setelah dua hari dagangan.
Bullish engulfing boleh terbentuk semasa uptrend dan juga downtrend.
Bullish engulfing yang terbentuk semasa uptrend memberitahu pedagang bahawa
continuation uptrend tersebut. Manakala Bullish engulfing yang terbentuk semasa
downtrend memberi signal reversal yang kuat.
Gambar Bullish Engulfing
63 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Bullish Engulfing
Ianya terdiri daripada dua candlestick di mana candlestick pertama berwarna merah dan
candlestick kedua berwarna hijau. Candlestick kedua haruslah lebih besar daripada
candlestick pertama. Nama pun “engulf”, ianya bermakna candlestick kedua akan lebih
besar dan seolah-olah menelan candlestick pertama.
Bagaimana Bullish Engulfing Terbentuk?
1. Di hari pertama, penjual menguasai pasaran lalu membentuk candlestick bearish
berwarna merah.
2. Di hari kedua, pembeli pula menguasai pasaran sehingga harga saham ditutup
tinggi daripada hari sebelumnya.
3. Pada hari kedua tersebut, harga dibuka di bawah harga terendah pada hari
sebelumnya. Tetapi mungkin terdapat catalyst menarik yang menyebabkan harga
melonjak lebih tinggi berbanding paras tertinggi pada hari sebelumnya.
64 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Bullish Engulfing Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Candlestick Bullish Engulfing
1. Bullish engulfing memberitahu kita bahawa pasaran tidak lagi di bawah kawalan
penjual, dan pembeli mula menguasai pasaran.
2. Apabila candlestick bullish engulfing terbentuk semasa sedang uptrend, ini
menunjukkan continuation signal. Apabila candlestick bullish engulfing terbentuk
semasa downtrend, kemungkinan besar perubahan trend kepada uptrend akan
berlaku.
3. Tunggu sehingga keesokan harinya dan peluang untuk membeli sekiranya masih
ada volume beli yang tinggi.
65 | T h e K a p i t a l . m y
4. BULLISH HARAMI
Perkataan harami berasal dari Jepun yang bermaksud mengandung. Bullish harami adalah
penunjuk carta candlestick yang menunjukkan bahawa trend penurunan mungkin akan
berakhir. Sebilangan pelabur mungkin memandang bullish harami sebagai petanda baik
bahawa mereka boleh masuk ke dalam pasaran.
Gambar Bullish Harami
66 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Bullish Harami
Candlestick ini kelihatan seperti ibu mengandung kerana candle positif yang kecil akan
terbentuk selepas kejatuhan yang kuat pada hari sebelumnya. Candlestick pertama
mempunyai badan yang besar panjang (ibu candlestick) manakala candlestick kedua
mempunyai badan yang kecil (bayi candlestick).
Bagaimana Bullish Harami Terbentuk?
1. Trend masih berada di dalam fasa downtrend.
2. Pada hari pertama, penjual menguasai pasaran dan sebuah candlestick panjang
berwarna merah terbentuk.
3. Pada hari kedua, harga dibuka lebih tinggi dari harga penutup hari sebelumnya.
4. Namun pada hari kedua tersebut, harga penutup masih berada dalam badan
candlestick hari sebelumnya.
67 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Bullish Harami Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Candlestick Bullish Harami
1. Bullish Harami bukanlah bullish signal yang kuat, namun ia memberi isyarat bahawa
pedagang perlu peka kerana trend mempunyai potensi untuk bertukar arah.
2. Tunggu sehingga candlestick pada hari-hari seterusnya berjaya melonjak lebih
tinggi daripada kedua-dua candlestick ini.
68 | T h e K a p i t a l . m y
5. PIERCING PATTERN
Piercing Pattern adalah candlestick pattern yang terbentuk daripada dua candlestick.
Candlestick pertama bersifat bearish dan candlestick kedua bersifat bullish.
Gambar Piercing Pattern
69 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Piercing Pattern
1. Candlestick pertama berwarna merah dan bersifat bearish
2. Pada hari kedua, harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup hari
sebelumnya.
3. Setelah pasaran ditutup, harga ditutup melebihi separuh badan candlestick yang
pertama.
4. Candlestick kedua berwarna hijau dan melebihi separuh badan candlestick pada
hari pertama.
Bagaimana Piercing Pattern Terbentuk?
1. Trend menurun pada hari pertama kerana penjual mendominasi pasaran,sehingga
harga ditutup rendah berbanding harga pembukaan.
2. Pada sesi berikutnya, penjual masih berkuasa di awal pembukaan pasaran.
3. Terjadinya gap down kerana harga dibuka sedikit rendah daripada hari penutupan
sebelumnya.
4. Setelah pasaran dibuka, minat belian kembali timbul dan harga melonjak naik.
5. Minat belian perlahan-lahan naik sehingga ke sesi petang, lalu melepasi separuh
badan candlestick pertama.
70 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Piercing Pattern Pada Carta
Sumber: Trading View
71 | T h e K a p i t a l . m y
Tips Menggunakan Piercing Line Candlestick
1. Pastikan Piercing Line ini terbentuk di penghujung downtrend.
2. Satu tips untuk tahu sekiranya trend tersebut di penghujung trend atau tidak,
adalah dengan menggunakan indikator.
3. Indikator dapat membantu kita dengan memberitahu sekiranya saham tersebut
berada dalam keadaan oversold (terlebih jual) atau overbought (terlebih beli).
4. Apabila indikator menunjukkan saham tersebut adalah oversold, kemudian muncul
pula candlestick piercing line, maka kita boleh bersiap sedia untuk masuk ke
pasaran.
5. Tunggu sehingga candlestick pada hari ketiga melebihi candlestick hari pertama,
maka kita sudah boleh membeli saham tersebut.
Sumber: Trading View
72 | T h e K a p i t a l . m y
6. MORNING STAR
Morning star adalah bullish reversal pattern yang terdiri daripada 3 candlestick. Ianya mirip
kepada Evening Star. Morning Star terbentuk di penghujung downtrend manakala Evening
Star pula terbentuk di penghujung uptrend. Kedua-duanya memberi signal trend reversal.
Gambar Morning Star
73 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Morning Star
1. Melibatkan 3 hari dagangan dan 3 candlestick terbentuk.
2. Candlestick pertama berwarna merah dan ditutup rendah berbanding harga
pembukaan.
3. Candlestick kedua adalah candlestick yang mempunyai badan yang pendek dan
kebiasaannya adalah doji.
4. Candlestick ketiga berwarna hijau dan ada kalanya membuat gap up pada hari
tersebut.
5. Morning star yang cantik adalah apabila candlestick ketiga ditutup sekurang-
kurangnya melebihi separuh badan candlestick pertama.
Bagaimana Morning Star Terbentuk?
1. Candlestick pertama menunjukkan penjual menguasai pasaran dan menolak harga
ke bawah.
2. Candlestick kedua pula berlaku indecision (ketidakpastian) di antara pembeli dan
penjual, lalu terbentuknya doji pada hari tersebut.
3. Doji terhasil kerana penjual ingin menjual saham mereka, namun pembeli menahan
harga tersebut daripada jatuh ke bawah.
4. Candlestick ketiga menunjukkan pembeli kembali ke pasaran dan merasakan ianya
adalah harga yang baik untuk dibeli, lalu menolak harga saham untuk naik kembali.
74 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Morning Star Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Morning Star
1. Antara faktor penting bagi candlestick morning star ini adalah volume yang
membantu menghasilkan pembentukan formasi ini.
2. Lazimnya, pedagang akan melihat volume sepanjang tiga hari dagangan tersebut.
3. Pedagang ingin melihat peningkatan volume dari hari pertama ke hari ketiga
dengan hari ketiga menyaksikan volume tertinggi di antara ketiga-tiga hari tersebut.
4. Volume yang tinggi pada hari ketiga sering dilihat sebagai pengesahan pattern
tersebut.
5. Pedagang atau pelabur boleh mengambil tempat dalam pasaran apabila melihat
candlestick morning star ini.
75 | T h e K a p i t a l . m y
7. TWEEZER BOTTOM
Tweezer bottom dianggap sebagai bullish reversal pattern kerana pattern ini berlaku di
bawah downtrend.
Gambar Tweezer Bottom
76 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Tweezer Bottom
Kedua-dua candlestick harus mempunyai ekor candlestick pada paras yang sama atau
hampir sama.
Bagaimana Tweezer Bottom Terbentuk?
1. Berlaku di bawah downtrend iaitu penjual menolak harga saham ke paras yang
rendah lalu memberi gambaran bahawa harga sedang menurun.
2. Pada sesi dagangan keesokkannya, candlestick ditutup pada harga yang lebih tinggi
atau sama dengan bearish candlestick sebelumnya.
3. Ini bermaksud pembeli mengambil alih dan cuba mengawal pasaran.
77 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Tweezer Bottom Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Tweezer Bottom
1. Bersedia sekiranya pattern ini muncul di penghujung downtrend.
2. Boleh beli sekiranya keesokan harinya terdapat volume yang besar masuk ke dalam
pasaran.
3. Letakkan stop loss di paras bawah ekor candlestick tweezer bottom.
78 | T h e K a p i t a l . m y
8. THREE WHITE SOLDIERS
Three White Soldiers adalah corak candlestick dengan 3 candlestick yang bullish. Ia sering
muncul ketika harga sedang naik.
Gambar Three White Soldiers
79 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Three White Soldiers
Ciri pembentukan Three White Soldiers adalah kemunculan tiga candlestick berurutan
dengan harga penutupan selalu lebih tinggi dan sudah tentu haruslah warna hijau
kesemuanya.
Bagaimana Three White Soldiers Terbentuk?
Candlestick Pertama
1. Mempunyai badan candlestick berwarna hijau
2. Candlestick tersebut boleh terbentuk sebaik sahaja downtrend berakhir
3. Candlestick tersebut juga boleh terbentuk ketika hendak uptrend
Candlestick Kedua
1. Mempunyai badan candlestick berwarna hijau
2. Harga pembukaan dalam badan candlestick sebelumnya
3. Harga penutupan atas daripada harga penutup sebelumnya
Candlestick Ketiga
1. Mempunyai badan candlestick berwarna hijau
2. Harga pembukaan dalam badan candlestick sebelumnya
3. Harga penutupan atas daripada harga penutup sebelumnya
80 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Three White Soldiers Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Three White Soldiers
1. Bila berdagang menggunakan three white soldiers, adalah penting untuk tahu
bahawa kenaikan yang kuat selama tiga hari berturut-turut ini boleh menyebabkan
saham menjadi terlebih beli (overbought).
2. Indikator Relative Strength Index (RSI) mungkin telah berada di atas paras 70 yang
menandakan ianya telah overbought.
3. Para pedagang harus lebih berhati-hati di sini kerana saham yang telah naik tiga hari
berturut-turut mungkin akan membuat pullback dalam masa terdekat.
4. Bagi pedagang yang berdagang dalam masa yang singkat, pedagang mungkin
boleh bersedia untuk keluar daripada pasaran.
5. Bagi pelabur jangka masa panjang pula, three white soldiers boleh menjadi entry
yang baik kerana ianya menunjukkan minat belian yang tinggi.
81 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 9 : BEARISH REVERSAL CANDLESTICK
82 | T h e K a p i t a l . m y
Bearish Reversal Pattern
Candlestick reversal pattern atau juga dikenali sebagai candle reverse signal merupakan
tanda-tanda market akan berubah arah. Apakah dia Bearish Reversal Pattern ini?
Secara ringkasnya, ianya adalah candlestick pattern bila mana terjadi pattern sebegini, ada
kemungkinan yang besar harga berubah daripada uptrend kepada downtrend. Ia akan
terjadi di penghujung fasa uptrend.
Bearish Reversal Candlestick
Di sini kami kongsikan 8 jenis bearish reversal candlestick yang ada.
1. SHOOTING STAR
2. HANGING MAN
3. BEARISH ENGULFING
4. BEARISH HARAMI
5. DARK CLOUD COVER
6. EVENING STAR
7. TWEEZER TOP
8. THREE BLACK CROWS
83 | T h e K a p i t a l . m y
1. SHOOTING STAR
Candlestick Shooting Star mempunyai rupa bentuk yang sama seperti Inverted Hammer.
Perbezaannya adalah shooting star muncul selepas uptrend manakala Inverted Hammer
muncul selepas downtrend. Shooting Star memberi signal yang pasaran uptrend sudah
kepenatan dan kenaikan harga berkemungkinan akan bertukar arah.
Gambar Shooting Star
84 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Shooting Star
1. Rupa bentuk seperti Inverted Hammer.
2. Badan candlestick yang kecil, berdekatan dengan harga penutup.
3. Mempunyai sumbu/bayang-bayang sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz badan
candlestick.
4. Warna badan candlestick tidak penting.
5. Harga ketika di dalam uptrend.
Bagaimana Shooting Star Terbentuk?
1. Ketika pasaran dibuka, minat belian masuk dengan kuat yang datangnya daripada
pembeli.
2. Harga naik dengan mendadak sehingga mencapai harga tertinggi pada hari
tersebut.
3. Apabila harga telah naik tinggi, penjual mula mengambil tempat dan mengambil
keuntungan di atas kenaikan tadi.
4. Apa yang terjadi setelah itu adalah harga menjunam turun sehingga hampir ke harga
sekitar harga pembukaan.
5. Itulah sebabnya candlestick shooting star mempunyai sumbu yang panjang di
sebelah atas badannya.
85 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Shooting Star Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Shooting Star
1. Shooting Star sering terjadi apabila terdapat catalyst yang menarik pada sebelah
malam setelah pasaran ditutup.
2. Apabila pasaran dibuka, orang ramai berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan
membeli saham tersebut.
3. Setelah harga saham naik dengan banyak, pedagang yang beli awal akan keluar
daripada pasaran untuk mendapatkan keuntungan.
4. Sekiranya kita seorang yang cekap, kita boleh masuk ke dalam pasaran seawal
mungkin.
5. Namun, setelah nampak bentuk candlestick seolah-olah ingin membentuk shooting
star, pedagang sebaik-baiknya keluar daripada pasaran.
86 | T h e K a p i t a l . m y
2. HANGING MAN
Candlestick Hanging Man mempunyai rupa bentuk yang sama seperti Hammer.
Perbezaannya adalah Hanging Man muncul selepas uptrend manakala Hammer muncul
selepas downtrend. Hanging Man memberi signal yang pasaran uptrend sudah kepenatan
dan kenaikan harga berkemungkinan akan bertukar arah.
Gambar Hanging Man
87 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Hanging Man
1. Mempunyai badan candlestick yang kecil.
2. Mempunyai sumbu/bayang-bayang yang panjang di bawah badan candlestick.
3. Tidak mempunyai sumbu/bayang-bayang di atas badan candlestick.
4. Warna badan candlestick tidak penting.
5. Harga di dalam uptrend.
Bagaimana Hanging Man Terbentuk?
1. Ketika pasaran dibuka, penjual terus mendominasi pasaran dan sesi penjualan
berlaku sehingga menyebabkan harga menjunam jatuh.
2. Harga terus jatuh sehingga ke suatu tahap yang dianggap sebagai paras sokongan.
3. Pembeli menahan harga daripada jatuh dengan lebih teruk dan masuk ke dalam
pasaran.
4. Selepas itu, harga pun naik semula.
5. Harga ditutup hampir dengan harga pembukaan dan menyebabkan badan
candlestick yang terbentuk kecil dan sumbu di bawah badan candlestick menjadi
panjang.
88 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Hanging Man Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Hanging Man
1. Hanging Man sering terjadi ketika harga sesuatu saham telah naik banyak selama
beberapa hari berturut-turut.
2. Psikologi manusia akan berfikir apabila sesebuah saham telah naik banyak akan
timbul kerisauan bahawa harga tersebut akan jatuh pada bila-bila masa sahaja.
3. Hanging Man juga sering terjadi pada paras resistance kerana penjual merasakan
harga akan sukar untuk menembusi paras tersebut lalu memilih untuk mengambil
keuntungan dahulu.
4. Tunggu pengesahan candlestick pada hari seterusnya.
5. Pedagang boleh membuat keputusan menjual sekiranya keesokan harinya berlaku
gap down atau candlestick bearish terbentuk.
89 | T h e K a p i t a l . m y
3. BEARISH ENGULFING
Bearish engulfing terdiri daripada dua candlestick dan terjadi setelah dua hari dagangan.
Bearish engulfing terbentuk semasa uptrend.
Bearish engulfing yang terbentuk semasa uptrend memberi signal reversal yang kuat.
Gambar Bearish Engulfing
90 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Bearish Engulfing
1. Terdiri daripada dua candlestick, di mana candlestick pertama berwarna hijau dan
candlestick kedua berwarna merah.
2. Candlestick kedua haruslah lebih besar daripada candlestick pertama.
3. Nama pun “engulf”, ia bermakna candlestick kedua akan lebih besar dan seolah-olah
menelan candlestick pertama.
4. Harga saham sedang uptrend.
Bagaimana Bearish Engulfing Terbentuk?
1. Terjadi ketika uptrend.
2. Pada hari pertama, tiada yang ketara berlaku kerana pembeli masih menguasai
pasaran dalam fasa uptrend.
3. Candlestick yang pertama ditutup tinggi dan candlestick bullish berwarna hijau
terhasil.
4. Pada hari kedua, harga dibuka tinggi berbanding harga penutup hari sebelumnya.
5. Setelah itu, sesi jualan berlaku dan menyebabkan harga turun di bawah harga
pembukaan hari sebelumnya.
6. Ini menyebabkan candlestick pada hari kedua lebih besar daripada candlestick pada
hari pertama.
91 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Bearish Engulfing Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Bearish Engulfing
1. Volume jualan pada hari kedua biasanya tinggi.
2. Seperti biasa, kita perlu menunggu sehingga bearish engulfing ini terbentuk dengan
sempurna sebelum membuat keputusan.
3. Pada keesokan harinya pedagang sudah boleh mula merancang keputusan
sekiranya volume jualan berterusan pada hari ketiga.
92 | T h e K a p i t a l . m y
4. BEARISH HARAMI
Perkataan harami berasal dari Jepun yang bermaksud mengandung. Bearish harami adalah
penunjuk carta candlestick yang menunjukkan bahawa uptrend mungkin bakal berakhir.
Sebilangan pelabur mungkin memandang bearish harami sebagai petanda buruk.
Gambar Bearish Harami
93 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Bearish Harami
1. Candlestick kelihatan seperti ibu mengandung kerana candlestick yang kecil akan
terbentuk selepas kenaikan pada hari sebelumnya.
2. Candlestick pertama mempunyai badan yang besar panjang (ibu candlestick)
manakala candlestick kedua mempunyai badan yang kecil (bayi candlestick).
3. Harga di dalam uptrend.
Bagaimana Bearish Harami Terbentuk?
1. Trend masih berada dalam fasa uptrend.
2. Pada hari pertama, pembeli menguasai pasaran dan sebuah candlestick panjang
berwarna hijau terbentuk.
3. Pada hari kedua, harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup hari
sebelumnya.
4. Namun pada hari kedua tersebut, harga penutup masih berada dalam badan
candlestick hari sebelumnya.
94 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Bearish Harami Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Bearish Harami
1. Bearish harami memberi amaran bahawa harga mungkin sudah berada di tahap
yang agak tinggi.
2. Harga dibuka rendah berbanding hari sebelumnya sudah memberi petanda jelas
bahawa bearish sudah pun menguasai pasaran.
3. Setelah bearish harami terbentuk dengan sempurna, para pedagang boleh mula
merancang untuk membuat keputusan yang seterusnya.
95 | T h e K a p i t a l . m y
5. DARK CLOUD COVER
Bunyinya seperti awan yang mendung yang memberi petanda bahawa cuaca mungkin
kurang baik. Apabila cuaca kurang baik, maka trend pergerakan saham pun mungkin akan
bertukar.
Gambar Dark Cloud Cover
96 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Dark Cloud Cover
1. Pattern yang terdiri daripada dua candlestick.
2. Candlestick pertama bersifat bullish dan berwarna hijau.
3. Candlestick kedua lebih tinggi sedikit kerana harga dibuka tinggi berbanding harga
penutup hari sebelumnya dan membuat gap up di sebelah pagi.
4. Candlestick kedua bersifat bearish dan berwarna merah.
5. Harga saham sedang uptrend.
Bagaimana Dark Cloud Cover Terbentuk?
1. Hari pertama pembeli masih menguasai pasaran kerana sentimen pasaran
memihak kepada saham tersebut.
2. Pada hari kedua, harga saham dibuka tinggi pada sebelah pagi tetapi di sebelah
petang, pasaran menjadi lemah lalu menyebabkan harga turun.
3. Ia memberi petanda bahawa pasaran sudah sampai ke puncak dan penjual mula
menjual pegangan mereka.
4. Dark cloud cover sering ditemui di paras resistance dan juga pada paras All-Time
High.
97 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Dark Cloud Cover Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Dark Cloud Cover
1. Dark Cloud Cover sering muncul apabila syarikat tersebut mengeluarkan berita baik
pada sebelah malam hari pertama selepas pasaran ditutup.
2. Jadi pada sebelah pagi harga pembukaannya menjadi gap up.
3. Tapi ada juga yang menggunakan ‘buy on rumours sell on news’.
4. Tidak lama selepas itu, penjual mula mendominasi pasaran dan menjual pegangan
masing-masing.
5. Apabila pedagang nampak dark cloud cover muncul pada carta, seeloknya
pedagang boleh membuat tindakan dengan menjual pegangan masing-masing
terlebih dahulu.
98 | T h e K a p i t a l . m y
6. EVENING STAR
Evening Star mempunyai rupa yang hampir sama dengan Morning Star. Perbezaannya
adalah Morning Star terbentuk di penghujung downtrend, manakala Evening Star
terbentuk di penghujung uptrend.
Gambar Evening Star
99 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Evening Star
1. Candlestick yang pertama bersifat bullish.
2. Candlestick yang kedua mempunyai badan yang kecil dan kadang-kadang boleh
terbentuk doji. Warnanya tidak penting. Ini menunjukkan ketegangan di antara
penjual dan pembeli.
3. Candlestick ketiga bersifat bearish di mana ianya ditutup melebihi separuh badan
candlestick yang pertama.
4. Harga di dalam uptrend.
Bagaimana Evening Star Terbentuk?
1. Pada hari pertama, pembeli menguasai pasaran lalu membentuk candlestick
berwarna hijau. Pada kebiasaannya ‘New High’ akan berlaku.
2. Pada hari kedua, kebiasaannya akan berlaku gap up. Terdapat minat belian di awal
hari dagangan.
3. Namun, pembeli tidak menolak harga tersebut ke paras yang lebih tinggi sehingga
akhir dagangan.
4. Candlestick pada hari kedua selalunya kecil. Boleh jadi bersifat bullish, bearish dan
juga doji. Ini memberi petanda bahawa adanya tanda-tanda reversal.
5. Pada hari ketiga, kebiasaannya akan berlaku pula gap down. Penjual mula
mengambil tempat dan menolak harga ke bawah.
100 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Evening Star Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Evening Star
1. Apabila corak candlestick Evening Star muncul, ianya menimbulkan ketakutan orang
ramai.
2. Sekiranya candlestick kedua muncul dengan ekor atas yang panjang, momentum
kenaikan telah tersekat.
3. Terdapat kemungkinan besar bahawa harga akan turun.
4. Walaubagaimanapun, kita harus menunggu candlestick ketiga muncul sehingga
Evening Star terbentuk dengan sempurna sebelum membuat keputusan.
101 | T h e K a p i t a l . m y
7. TWEEZER TOP
Tweezer Top adalah bearish reversal pattern kerana pattern ini berlaku di penghujung
uptrend.
Gambar Tweezer Top
102 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Tweezer Top
Tweezer top mempunyai dua candlestick iaitu bullish (hijau) candlestick dan diikuti dengan
bearish (merah) candlestick.
Bagaimana Tweezer Top Terbentuk
1. Tweezer top terbentuk semasa uptrend apabila pembeli menolak harga menjadi
tinggi lalu memberi gambaran bahawa harga saham sedang naik.
2. Apa yang terjadi pada hari seterusnya adalah penjual menolak pula harga hampir ke
paras harga pembukaan pada hari sebelumnya.
103 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Tweezer Top Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Tweezer Top
1. Adalah sangat penting untuk memastikan badan candlestick mempunyai saiz
candlestick yang hampir sama tinggi.
2. Apabila tweezer top muncul pada carta, harga tertinggi tweezer top secara tidak
langsung menjadi paras resistance.
3. Apabila telah wujudnya paras resistance, sudah tentu ia akan menjadi paras yang
sukar untuk ditembusi. Maka harga saham berpotensi untuk melantun kembali ke
bawah.
104 | T h e K a p i t a l . m y
8. THREE BLACK CROWS
Mirip seperti Three White Soldiers, cumanya Three White Soldiers muncul ketika sedang
bullish manakala Three Black Crows pula muncul ketika bearish. Candlestick ini bersifat
bearish.
Gambar Three Black Crows
105 | T h e K a p i t a l . m y
Ciri-Ciri Three Black Crows
Formasi Three Black Crows adalah kemunculan tiga candlestick berurutan dengan harga
penutupan selalunya lebih rendah dan sudah tentu semuanya berwarna merah.
Bagaimana Three Black Crows Terbentuk?
Candlestick Pertama
1. Mempunyai badan candlestick berwarna merah.
2. Candlestick tersebut boleh terbentuk sebaik sahaja uptrend berakhir.
3. Candlestick tersebut juga boleh terbentuk ketika hendak downtrend.
Candlestick Kedua
1. Mempunyai badan candlestick berwarna merah.
2. Harga pembukaan dalam badan candlestick sebelumnya.
3. Harga penutupan rendah daripada harga penutup sebelumnya.
Candlestick Ketiga
1. Mempunyai badan candlestick berwarna merah.
2. Harga pembukaan dalam badan candlestick sebelumnya.
3. Harga penutupan rendah daripada harga penutup sebelumnya.
106 | T h e K a p i t a l . m y
Contoh Candlestick Three Black Crows Pada Carta
Sumber: Trading View
Tips Menggunakan Three Black Crows
1. Pengesahan Three Black Crows ini adalah kemunculan candlestick ketiga.
2. Jika candlestick yang ketiga adalah sebuah marubozu merah, maka candlestick ini
semakin kuat.
3. Setelah candlestick ketiga terhasil sempurna, pedagang sebaiknya membuat
keputusan melepaskan pegangan dahulu kerana trend menunjukkan bahawa
bearish telah menguasai pasaran.
107 | T h e K a p i t a l . m y
BAB 10 : CONTOH KES KAJIAN REVERSAL
CANDLESTICK
108 | T h e K a p i t a l . m y
#1 - Contoh Kes Kajian 1
Jenis Reversal Candlestick: Bearish Engulfing dan Hammer
Saham: Visdynamics Holdings Berhad (VIS)
Sumber: Trading View
Dalam carta ini terdapat dua jenis reversal candlestick. Yang pertama adalah bearish
engulfing dan yang kedua adalah hammer.
Uptrend Visdynamics bermula pada 22 Disember 2020 dan hanya berehat selama
beberapa hari sebelum meneruskan uptrend semula. Jika anda telah membeli
saham tersebut ketika uptrend maka beruntunglah anda sekiranya anda peram
saham ini.
Harga saham VIS terhenti di RM1.29 dan paras ini dilihat sebagai paras rintangan
yang baru.
109 | T h e K a p i t a l . m y
Ketika VIS telah sampai ke puncak harganya iaitu RM1.29, keesokan harinya berlaku
sesi penjualan dan sebatang candlestick merah terbentuk. Saiz badan candlestick
merah ini lebih panjang daripada candlestick sebelumnya dan seolah-seolah
candlestick merah ini memakan candlestick berwarna hijau tersebut. Candlestick
pattern yang terbentuk di sini adalah bearish reversal candlestick dengan nama
‘Bearish Engulfing’.
Jika bearish engulfing muncul ketika uptrend, ia menandakan uptrend tersebut
mungkin akan berakhir dan ia juga menandakan trend mungkin akan bertukar arah
daripada uptrend kepada downtrend.
Sekiranya saham telah naik tinggi seperti ini adakah kita boleh terus membelinya?
Kita tidak perlu mengejar pasaran kerana saham yang naik tinggi pasti akan berehat
juga.
110 | T h e K a p i t a l . m y
Persoalan yang timbul adalah bila pula masa terbaik untuk membelinya? Saham
yang membuat uptrend pasti akan membuat pullback terlebih dahulu.
Setelah 4 hari membuat pullback, pada hari kelima sebuah bullish reversal
candlestick iaitu ‘Hammer’ telah muncul pada carta. Hammer memberi petanda
bahawa pullback tersebut mungkin akan berakhir dan trend akan bertukar arah
daripada downtrend kepada uptrend pula.
Katakanlah anda membeli saham VIS pada hari hammer tersebut terbentuk. Mari
lihat berapa keuntungan atau kenaikan yang diperolehi pada hari tersebut sahaja.
Harga pembukaan : RM1.12
Harga penutup : RM1.25
Kenaikan sehari : RM0.13
Peratus ROI : 11.61% sehari!
Dengan menggunakan teknik yang betul, anda mampu menjana keuntungan
sebanyak 11.61% sehari.
111 | T h e K a p i t a l . m y
#2 – Contoh Kes Kajian 2
Jenis Reversal Candlestick: Inverted Hammer
Saham: Serba Dinamik Holdings Berhad (SERBADK)
Sumber: Trading View
Daripada harga RM1.74, SERBADK membuat pullback yang sihat. Pullback yang
sihat bermaksud setiap uptrend yang baik akan terjadi pullback terlebih dahulu
sebelum meneruskan kenaikan.
Apabila berlakunya pullback, kita mungkin tidak tahu sejauh mana saham tersebut
akan turun melainkan terdapat paras sokongan yang kuat di harga sekitarnya. Ini
membolehkan kita membuat jangkaan bahawa saham tersebut akan terhenti di
paras support dan akan kembali membuat lantunan ke atas semula.
112 | T h e K a p i t a l . m y
Dalam kajian kes yang kedua ini, saham yang akan dikaji adalah Serba Dinamik,
sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor minyak dan gas.
Pada 2 Disember 2020, Inverted Hammer terbentuk pada saham Serba Dinamik.
Bagaimana inverted hammer boleh terbentuk?
Inverted hammer boleh terbentuk apabila pada awal dagangan, saham ditolak
tinggi oleh buyer, namun pada pertengahan hari dagangan seller pula masuk dan
cuba menolak saham ke bawah. Di penghujung pasaran buyer cuba menahan harga
daripada jatuh jauh lebih ke bawah dan ini menyebabkan harga penutup berada
hampir dengan harga pembukaan.
Walaupun inverted hammer adalah satu reversal signal yang menandakan
perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend akan berlaku, berdasarkan
pengalaman dalam pasaran saham adalah lebih baik sekiranya kita menunggu
sehingga keesokan harinya sebelum membuat keputusan.
Untuk kes kajian saham Serba Dinamik ini, saham Serba Dinamik masih lagi ditolak
ke atas oleh buyer. Sebuah candlestick dengan badan yang panjang beserta dengan
sumbu yang kecil terbentuk. Volume pada hari tersebut juga dilihat tinggi. Ini adalah
masa terbaik untuk masuk ke dalam Serba Dinamik kerana confirmation perubahan
trend telah pun jelas.
Jom kita tengok carta sekali lagi.
113 | T h e K a p i t a l . m y
Sumber: Trading View
Jika anda membuat entry pada harga RM1.66, Serba Dinamik telah memecahkan
downtrend line dan membuat breakout downtrend line.
Katakan anda membeli pada harga RM1.66.
Kemudian, dua hari kemudian paras tertinggi yang berjaya dicecah oleh Serba
Dinamik adalah RM2.09. Berapakah peratusan pulangan anda?
Harga beli : RM1.66
Harga jual : RM2.09
Kenaikan : RM0.43
Peratus ROI : 25.90% ; hanya dalam masa 2 hari.
114 | T h e K a p i t a l . m y
#3 – Contoh Kes Kajian 3
Jenis Reversal Candlestick: Morning Star
Saham: Petra Energy (PENERGY)
Candlestick Morning Star terdiri daripada tiga candlestick di mana akan ada satu
candle yang kecil menyerupai bintang kecil berada di tengah, di antara dua candle
panjang berwarna merah sebelumnya dan candlestick hijau selepasnya.
PENERGY adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan servis dan
perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas. PENERGY turut terkesan dengan
pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
PENERGY adalah syarikat yang mempunyai fundamental yang baik. Sebagai seorang
pelabur bijak, kita boleh perhati rapat-rapat syarikat ini.
115 | T h e K a p i t a l . m y
Sumber: theedgemarkets.com
Candlestick Morning Star yang sempurna akan terbentuk setelah 3 hari. Ini kerana
Morning Star terbentuk daripada 3 batang candlestick.
Sumber: Trading View
116 | T h e K a p i t a l . m y
PENERGY pernah mencecah harga RM1.80 namun jatuh sehingga ke paras 40 sen 3
bulan selepas itu. Pada 18 Mac 2020, sebatang candlestick berwarna merah
terbentuk pada hari pertama.
Sumber: Trading View
Ketika sesebuah saham membuat downtrend, kita boleh lukis garisan downtrend
yang bertindak sebagai resistance ketika saham tersebut menurun. Selagi
candlestick tidak berjaya memecahkan garisan downtrend tersebut, selagi itu saham
tersebut akan meneruskan downtrend.
Sama seperti support dan resistance, trendline juga boleh berlaku breakout.
Bagaimana caranya?
Breakout ketika trendline boleh terjadi apabila candlestick memecahkan garisan
downtrend.
117 | T h e K a p i t a l . m y
Ketika PENERGY membuat downtrend, candlestick hari pertama ‘Morning Star’
dilihat membuat percubaan untuk menembusi garisan downtrend.
Penjual dilihat menguasai pasaran pada hari tersebut.
Pada hari kedua, pasaran berada dalam keadaan indecisive, lalu menyebabkan doji
terbentuk.
Indecisive bermakna pembeli dan penjual tidak dapat membuat keputusan sama
ada ingin menolak harga naik ataupun menolak harga saham turun ke bawah. Oleh
itu, pasaran pada hari tersebut dianggap seimbang di antara pembeli dan penjual.
Pada hari ketiga, gap up terjadi kepada saham PENERGY. Ianya memberikan
petanda bahawa minat belian yang tinggi wujud pada hari tersebut.
Pada hari ketiga, sebatang candlestick marubozu berwarna hijau juga terbentuk hasil
daripada pembeli masuk ke dalam pasaran secara beramai-ramai.
Confirmation bagi reversal candlestick ‘Morning Star’ pada saham PENERGY ini ialah
apabila badan candlestick yang terbentuk pada hari ketiga adalah lebih besar
daripada candlestick pada hari pertama. Ini disokong lagi dengan gap up yang
terhasil di sebelah pagi.
Tips apabila saham membuat downtrend, kita perhatikan dulu dan sekiranya saham
tersebut memecahkan downtrend dan bullish reversal candlestick terhasil; maka ia
adalah satu buy signal kerana perubahan trend mungkin akan berlaku.
118 | T h e K a p i t a l . m y
#4 – Contoh Kes Kajian 4
Jenis Reversal Candlestick: Shooting Star
Saham: Cypark Resources Berhad (CYPARK)
Sumber: tradingsim
Dalam beberapa kes kajian sebelum ini, reversal candlestick yang dikongsikan
adalah bullish reversal candlestick. Bullish reversal candlestick bermaksud pattern
candlestick yang memberi signal bahawa trend berpotensi untuk berubah daripada
downtrend kepada uptrend.
Dalam kes kajian yang keempat ini, pattern reversal candlestick yang ingin
dikongsikan adalah bearish reversal candlestick. Bearish reversal candlestick pula
bermaksud trend berpotensi untuk berubah daripada uptrend kepada downtrend.
119 | T h e K a p i t a l . m y
Shooting Star sering terbentuk kerana pembeli menolak harga saham naik di awal
hari dagangan. Ianya sering terjadi apabila terdapat catalyst yang kuat sebelum
pasaran dibuka.
Namun, pada sesi dagangan tengah hari para pembeli akan menjual pegangan
masing-masing dan ini dinamakan profit taking.
Sumber: Trading View
Cypark pernah menyentuh harga RM1.17 sebanyak dua kali, menunjukkan bahawa
paras tersebut adalah paras support yang kuat. Ketika Cypark menyentuh paras
RM1.17, Cypark kembali melantun ke atas.
120 | T h e K a p i t a l . m y
Pada 19 Januari 2021, saham Cypark berjaya memecahkan dua resistance sekaligus
pada sebelah pagi dan berjaya mencecah paras RM1.60 iaitu paras tertinggi pada
hari tersebut.
Di sesi sebelah petang pula, para penjual masuk ke dalam pasaran dan mula menjual
saham Cypark untuk mengambil keuntungan yang telah dibuat.
Shooting star yang terbentuk bermaksud saham tersebut mungkin akan
menghentikan uptrendnya dan membuat reversal. Shooting star memberi
gambaran bahawa penjual lebih kuat dalam pasaran dan harga akan cenderung
untuk jatuh.
121 | T h e K a p i t a l . m y
#5 – Contoh Kes Kajian 5
Jenis Reversal Candlestick: Bearish Engulfing
Saham: Iris Corporation Berhad (IRIS)
Sumber: Trading View
Apa itu bearish engulfing? Pattern Bearish Engulfing adalah sebuah pattern di mana
candlestick kedua adalah lebih besar daripada candlestick pertama dan ia seolah-
olah memakan candlestick yang pertama.
Pada Mac 2020 ketika semua saham mengalami kejatuhan yang dahsyat, harga
saham Iris turut jatuh sehingga mencecah paras 6 sen. Setelah bertahan pada harga
tersebut, Iris membuat kenaikan semula dan terus membuat uptrend sehingga ke
paras 44 sen.
122 | T h e K a p i t a l . m y
Sekiranya kita telah membeli saham Iris sejak awal lagi, perkara yang kita boleh
lakukan ketika saham tersebut uptrend adalah layan sahaja uptrend tersebut.
Bak kata pepatah, “ride the trend until it ends when it bends”. Salah satu sell signal
yang jelas pada Iris adalah kemunculan Bearish Engulfing pada puncak trend
tersebut. Bearish engulfing terbentuk kerana saham dijual pada volume yang besar
pada hari kedua.
Candlestick pada hari kedua telah menelan seluruh badan candlestick pertama. Ini
jelas memberi gambaran bahawa penjual telah mula mengambil tempat dan para
pemegang saham cenderung untuk melepaskan pegangan masing-masing.
Para pelabur boleh mula merancang keputusan sekiranya volume jualan berterusan
pada hari ketiga.
Carta juga menunjukkan saham Iris terus membuat kejatuhan sejak Bearish Engulfing
muncul pada carta.
Bearish reversal candlestick memberi petanda awal bahawa harga saham akan
membuat reversal. Sell signal yang seterusnya adalah jika saham tersebut membuat
reversal dan mematahkan trend.
123 | T h e K a p i t a l . m y
#6 – Contoh Kes Kajian 6
Jenis Reversal Candlestick: Three Black Crows
Saham: UEM Sunrise Berhad (UEM)
Sekiranya anda faham pattern candlestick Three White Soldiers maka mudah untuk
anda faham candlestick Three Black Crows kerana pattern ini adalah berlawanan
dengan Three White Soldiers.
Apa yang anda kena faham dengan candlestick Three Black Crows adalah harga
penutup setiap candlestick adalah rendah berbanding candlestick hari sebelumnya.
Three Black Crows juga memberi gambaran bahawa pengaruh bearish amat kuat
dalam pasaran kerana penjual telah menguasai pasaran selama tiga hari berturut-
turut.
Secara psikologinya, para pemegang saham sudah tidak berminat untuk memegang
sahamnya lagi dan mula melepaskan pegangan masing-masing.
124 | T h e K a p i t a l . m y
Three Black Crows juga boleh terjadi apabila pemegang saham menjual saham yang
dipegang dengan jumlah volume yang sangat tinggi.
Sumber: Trading View
Pattern candlestick Three Black Crows muncul pada carta UEM Sunrise Berhad di
puncak uptrend saham tersebut.
UEM membuat uptrend yang cantik sehingga ke paras 52 sen. Pada keesokan
harinya, UEM cuba membuat kenaikan lagi namun gagal lalu harga saham ditutup
lebih rendah daripada harga pembukaan. Maka sebab itulah, candlestick pada hari
pertama berwarna merah.
Situasi sama berlaku pada hari kedua dan ketiga disebabkan tekanan jualan yang
kuat.
Jika dilihat pada carta, sesi jualan bukan hanya berlangsung selama 3 hari namun ia
berterusan selama 5 hari.
125 | T h e K a p i t a l . m y
Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita nampak Three Black Crows pada carta?
Sebaiknya kita lepaskan dahulu pegangan kerana ia adalah satu signal bearish yang
sangat kuat. Sekiranya anda tidak lepaskan pegangan, saham tersebut cenderung
untuk teruskan kejatuhannya. Kalau tak percaya cuba lihat pada carta di atas.
UEM terus membuat downtrend sejak itu dan jatuh ke paras 37 sen.
126 | T h e K a p i t a l . m y
SINGLE CANDLE PATTERNS
TWO CANDLE PATTERNS
BULLISH CANDLESTICK PATTERNS
Hammer
BullishKicker
BullishEngulfing
BullishHarami
TweezerBottom
PiercingLine
BullishSpinning on Top
InvertedHammer
Dragonfly Doji
CANDLESTICK CHEAT SHEET
127 | T h e K a p i t a l . m y
NEUTRAL/BASIC PATTERNS
CANDLESTICK BASICS
High UpperShadow
RealBody
LowerShadow
Open
Close
Low
Close
Open
Star
Spinning Top MarubozuDoji
128 | T h e K a p i t a l . m y
SINGLE CANDLE PATTERNS
TWO CANDLE PATTERNS
BEARISH CANDLESTICK PATTERNS
Hanging Man
BearishKicker
BearishEngulfing
BearishHarami
TweezerTop
Dark CloudCover
BearishSpinning Top
Shooting Star Gravestone Doji
127 | T h e K a p i t a l . m y
TERIMA KASIH KERANA MEMBELI E-BOOK INI DAN SEMOGA
E-BOOK INI BERMANFAAT KEPADA SEMUA PEMBACA. SEKIRANYA
ANDA INGIN MENAMBAH ILMU ANDA DI DALAM PELABURAN
SAHAM, KAMI TURUT MEMPUNYAI PRODUK E-BOOK YANG LAIN
BERTAJUK ‘RAHSIA TEKNIK BUY ON BREAKOUT’,
‘LEADERS AND LAGGARDS’ DAN CANSLIM.
129 | T h e K a p i t a l . m y
128 | T h e K a p i t a l . m y
130 | T h e K a p i t a l . m y
129 | T h e K a p i t a l . m y
131 | T h e K a p i t a l . m y
top related