“sharing knowledge, innovative solutions”. forms... · kos pembangunan projek adalah di bawah...
Post on 31-Aug-2019
5 Views
Preview:
TRANSCRIPT
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 2
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 (MAKLUMAT UMUM)
1.1 Pengenalan 3
1.2 Kumpulan Sasar 4
1.3 Skop 4
1.4 Objektif 4
1.5 Prosedur Pelaksanaan 5
1.6 Komitmen dan Mekanisme Pembiayaan Projek 5
1.7 Manfaat PPRN 6
1.8 Sekretariat PPRN 7
BAHAGIAN 2 (PERMOHONAN)
2.1 Industri/Perusahaan 8
2.2 Penyelidik 9
BAHAGIAN 3 (PENILAIAN)
3.1 Jawatankuasa PPRN 11
3.2 Projek yang tidak dipertimbangkan 11
3.3 Penaziran 12
BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
4.1 Prestasi dan Pemantauan Projek 13
4.2 Prestasi Kewangan 14
4.3 Pelanjutan Tempoh Projek 15
4.4 Pengendalian Projek Bermasalah 16
BAHAGIAN 5 (KEPUTUSAN)
5.1 Pemberitahuan Keputusan dan Pengagihan Peruntukan 18
BAHAGIAN 6 (PERANAN)
6.1 Peranan dan Tanggungjawab Industri/Perusahaan 19
6.2 Peranan dan tanggungjawab Penyelidik 20
6.3 Peranan dan Tanggungjawab Institusi 20
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 3
BAHAGIAN 1
MAKLUMAT UMUM
1.1 Pengenalan
1.1.1 Public-Private Research Network atau PPRN ialah inisiatif
inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu model
kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan
sokongan perantara yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk
meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan
ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan
yang berpacukan permintaan.
1.1.2 PPRN merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11) di bawah Teras Strategik 6: Merekayasa
Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran yang
bertujuan untuk menjana kekayaan melalui inovasi dengan
memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademia melalui
perantara.
1.1.3 Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) [PPPM(PT)], PPRN adalah inisiatif di bawah Lonjakan 7:
Ekosistem Inovasi yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem
inovasi dalam bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan
ekonomi negara dengan meningkatkan peranan Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penyelesai masalah pelbagai
pihak berkepentingan.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 4
1.2 Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi projek yang dilaksanakan oleh PPRN ialah industri/
perusahaan pelbagai sektor ekonomi dan penyelidik tempatan (Ahli Akademik
atau Ahli Bukan Akademik) dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institusi
Penyelidikan (RI)
1.3 Skop
Skop projek PPRN melibatkan inovasi produk dan inovasi proses sepertimana
berikut:
i. inovasi produk untuk menambahbaik atau menambah nilai produk
sedia ada industri/perusahaan itu untuk keperluan pasaran; dan
ii. inovasi proses/perkhidmatan untuk menambahbaik proses
pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah
penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan pengeluaran
untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen.
1.4 Objektif
Berikut adalah objektif PPRN;
i. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan
inovasi daripada IPT dan RI kepada industri;
ii. Meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang
bersesuaian; dan
iii. Menggalakkan penyertaan ahli akademik dan bukan akademik untuk
melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan industri.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 5
1.5 Prosedur Pelaksanaan
1.5.1 Industri/perusahaan yang mempunyai masalah boleh mendaftar
projek kepada Sekretariat PPRN di Kementerian atau menerusi
Pusat Pendaftaran Permohonan Projek PPRN di Peringkat Institusi
pendidikan Tinggi berhampiran dengan mengisi Borang PPRN – B1.
Sekiranya permohonan tersebut layak dan memenuhi skop projek,
industri/perusahaan akan dijemput menghadiri Sesi Pemadanan
dengan penyelidik di mana industri/perusahaan akan
membentangkan permasalahan dan penyelidik pula akan
membentangkan cadangan penyelesaian.
1.5.2 Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN yang terdiri daripada pakar
dalam bidang-bidang tertentu akan mencadangkan pemadanan
projek untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN. Surat
Penawaran Projek akan dikeluarkan oleh Sekretariat setelah
mendapat keputusan daripada Jawatankuasa tersebut.
1.5.3 Pihak industri/perusahaan dan penyelidik perlu menghantar Akuan
Setuju Terima (PPRN – A2 dan PPRN – B2) tawaran tersebut dengan
kos pembangunan projek adalah di bawah tanggungan
industri/perusahaan dan Kementerian mengikut pecahan yang telah
ditetapkan pada para 1.6.3. Carta alir pelaksanaan PPRN adalah
seperti pada Lampiran A.
1.6 Komitmen dan Mekanisme Pembiayaan Projek
1.6.1 PPRN menawarkan geran pemadanan untuk projek inovasi
berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah
berdasarkan saiz perniagaan masing-masing.
1.6.2 Saiz perniagaan industri/perusahaan ditentukan mengikut sektor
perniagaan berdasarkan nilai jualan tahunan atau bilangan pekerja
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 6
sepenuh masa, mana-mana yang lebih rendah sebagaimana
dinyatakan dalam garis panduan definisi baharu Perusahaan Kecil
Sederhana yang dikuatkuasakan oleh SME Corporation Malaysia
mulai 1 Januari 2014 seperti di Jadual 1 dalam Lampiran B.
1.6.3 Nisbah peratus pecahan komitmen antara PPRN dan
industri/perusahaan/Koperasi adalah seperti berikut:
i. PPRN : Syarikat bersaiz mikro = 90%:10%;
ii. PPRN : Syarikat bersaiz kecil = 70%:30%;
iii. PPRN : Syarikat bersaiz sederhana = 50%:50%;
iv. PPRN : Syarikat bersaiz besar = 30%:70%;dan
v. PPRN :Koperasi bersaiz kecil = 70%:30%
1.7 Manfaat PPRN
Manfaat PPRN adalah kepada industri/perusahaan, penyelidik serta pihak
kerajaan seperti berikut:
1.7.1 Industri/Perusahaan
i. Permasalahan teknologi yang dihadapi dapat diatasi dan
diselesaikan dengan bantuan pengetahuan dan kepakaran
penyelidik tempatan secara berkesan dengan kos efektif dan
cepat.
ii. Produktiviti semakin meningkat dengan pengurangan kos operasi
dan peningkatan pengeluaran melalui bantuan teknologi terkini.
1.7.2 Penyelidik
i. Kepakaran dan pengetahuan teknologi dapat diaplikasikan secara
terus kepada industri/perusahaan dengan kadar langganan yang
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 7
tinggi dan memenuhi keperluan mereka kerana ia berpacukan
permintaan (demand driven).
ii. Pengalaman bekerjasama dengan industri/perusahaan boleh
dijadikan sebagai input kajian kes dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai
tenaga pengajar.
1.7.3 Kerajaan
i. Menggalakkan sektor swasta untuk turut sama menyumbangkan
komitmen dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi
(R&D&I) dan mengurangkan kebergantungan dana daripada
Kerajaan.
ii. Mewujudkan knowledge friendly ecosystem di Malaysia dapat
dicapai secara berperingkat apabila pasaran pengetahuan
teknologi semakin meluas dan jurang pengetahuan teknologi
dalam kalangan industri/perusahaan dapat diminimumkan bagi
membolehkan mereka terus bergerak atas rantaian nilai ekonomi.
1.8 Sekretariat PPRN
Pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai PPRN boleh berhubung terus
dengan Sekretariat di Kementerian Pendidikan Malaysia sepertimana berikut:
Sekretariat PPRN
Unit Penyelidikan & PPRN
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Tel.: 03-8870 5090/6984/6875
Emel : pprn@moe.gov.my
Laman web : www.pprn.moe.gov.my
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 8
BAHAGIAN 2
PERMOHONAN
2.1 Industri/Perusahaan
2.1.1 Syarat Umum Permohonan
i. Terbuka kepada kategori berikut;
a. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016
atau Pihak Berkuasa Tempatan dengan nilai jualan
tahunan melebihi RM50,000;
b. Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993
dengan nilai jualan tahunan RM200,000 –
RM1,000,000;
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%) bagi
perniagaan bertaraf Multinational Company (MNC); dan
iii. Industri/perusahaan mestilah mendaftar permohonan projek
PPRN dengan melengkapkan borang yang disediakan
(PPRN – B1).
2.1.2 Kriteria Pertimbangan Permohonan
i. Borang permohonan projek hendaklah lengkap (PPRN –
B1);
ii. Permasalahan mestilah jelas dan berbentuk teknikal /
teknologi (technological / technical problem) bagi tujuan
penambahbaikan dan penambahan nilai;
iii. Projek perlu disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan;
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 9
iv. Tiada pembiayaan lain bagi projek yang sama;
v. Industri/perusahaan perlu bersedia menerima penyelesaian
penyelidik yang dipadankan;
vi. Kementerian akan membiayai sebahagian daripada kos
keseluruhan projek PPRN dan industri/perusahaan perlu
bersedia untuk turut bersama-sama membiayai kos
pelaksanaan projek. Walau bagaimanapun, had maksimum
pembiayaan Kementerian adalah sebanyak RM50,000
setiap projek;
vii. Pembiayaan tidak melebihi satu (1) projek pada satu-satu
masa; dan
viii. Keputusan permohonan adalah muktamad.
2.2 Penyelidik
2.2.1 Syarat Umum Permohonan
i. Permohonan terbuka kepada ahli akademik dan bukan
akademik;
ii. Ketua penyelidik dan penyelidik merupakan pekerja bertaraf
tetap atau kontrak di Institusi Pendidikan Tinggi atau Institusi
Penyelidikan;
iii. Tempoh perkhidmatan ketua penyelidik dan penyelidik
hendaklah berbaki sekurang-kurangnya enam (6) bulan
daripada tarikh projek bermula;
iv. Ketua penyelidik mestilah warganegara Malaysia;
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 10
v. Ketua penyelidik bukan dalam tempoh cuti belajar/ sabatikal/
menyambung pengajian/ latihan industri atau yang sama
taraf dengannya; dan
vi. Penyelidik yang mengetuai satu (1) projek dan masih dalam
pelaksanaan, tidak dibenarkan membida projek baru
sehingga projek sedia ada selesai.
2.2.2 Kriteria Pertimbangan Permohonan
i. Kertas cadangan yang dikemukakan perlu lengkap dan
dihantar pada masa yang ditetapkan (PPRN – C2);
ii. Mencadangkan implikasi kos dan tempoh projek yang efektif
serta penyelesaian yang praktikal dan cepat;
iii. Penyelidik tidak mempunyai konflik kepentingan (conflict of
interest) terhadap perniagaan dan projek yang dipohon; dan
iv. Keputusan permohonan adalah muktamad.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 11
BAHAGIAN 3
PENILAIAN
3.1 Jawatankuasa PPRN
3.1.1 Permohonan PPRN akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian
Teknikal yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh
seorang pengerusi dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli
Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai pakar dalam bidang-bidang
berkaitan.
3.1.2 Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal adalah berdasarkan
kepada syarat, peraturan dan kriteria yang dinyatakan di Bahagian 2
serta melihat kepada kesesuaian penyelesaian masalah, kos yang
lebih efektif dan tempoh masa projek yang bertepatan.
3.1.3 Jawatankuasa Penilaian Teknikal memperakukan permohonan
projek yang telah dinilai kepada Jawatankuasa Pengurusan Dana
PPRN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk diluluskan.
3.2 Projek yang tidak dipertimbangkan
PPRN merupakan program yang hanya melibatkan inovasi produk dan inovasi
proses sahaja. Berikut adalah antara projek yang tidak dipertimbangkan oleh
PPRN;
i. Permasalahan yang melibatkan penyelesaian off-the-shelve solutions
atau penyelesaian teknologi telah ada dipasaran.
ii. Permasalahan yang melibatkan pemasaran dan pengurusan
perniagaan.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 12
iii. Projek yang berbentuk penyelidikan asas (fundamental) dan ekploratif.
iv. Projek yang berbentuk ujian klinikal.
v. Projek yang berbentuk perundingan semata-mata.
vi. Projek yang melibatkan persijilan seperti Halal, ISO dan lain-lain.
vii. Projek yang melibatkan perjalanan ke luar negara.
viii. Projek yang melibatkan pembelian fasiliti dan aset sebagai
penyelesaian.
ix. Projek yang di luar skop PPRN.
3.3 Penaziran
3.3.1 PPRN menawarkan geran pemadanan projek inovasi berpacukan
permintaan dengan pecahan komitmen tertentu antara PPRN dan
industri/perusahaan, pelaksanaan projek adalah perlu teratur dan
dilaksanakan dengan baik.
3.3.2 Penaziran boleh dilakukan oleh Sekretariat PPRN di Kementerian
atau Pusat Pengurusan Projek PPRN di Peringkat Institusi.
3.3.3 Sekiranya pelaksanaan projek tersebut dikategorikan di dalam para
4.4, Kementerian berhak mengambil tindakan penalti sepertimana
yang dinyatakan dalam para 4.4.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 13
BAHAGIAN 4
PEMANTAUAN
4.1 Prestasi Kemajuan Projek
4.1.1 Bagi memastikan geran yang diberikan digunakan sebaiknya, pihak
Kementerian akan melaksanakan pemantauan projek dengan kedua-
dua pihak perlu mematuhi tanggungjawab masing-masing seperti
mana berikut;
i. Industri/Perusahaan
a. Mengisi Borang Maklum Balas Kemajuan Projek yang
disediakan (PPRN – E3);
b. Mengisi Borang Maklum Balas Akhir Projek (PPRN – E4);
dan
c. Mengisi Borang Kaji Selidik Produktiviti daripada Malaysia
Productivity Corporation (MPC) dan agensi/institusi/individu
yang mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.
ii. Penyelidik
a. Mengisi dan menghantar Laporan Kemajuan Projek (PPRN
– E1) dengan pengesahan daripada Pusat Pengurusan
Projek PPRN kepada Sekretariat pada tarikh yang telah
ditetapkan;
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 14
b. Mengisi dan menghantar Laporan Akhir Projek (PPRN – E2)
dengan pengesahan oleh Pusat Pengurusan Projek PPRN
kepada Sekretariat pada tarikh yang telah ditetapkan;
c. Menyediakan rakaman video pendek kejayaan pelaksanaan
projek dan dihantar bersekali dengan Laporan Akhir Projek.
4.1.2 Sekretariat PPRN akan mengeluarkan Surat Penamatan Projek
setelah Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN berpuas hati dengan
pencapaian projek oleh kedua-dua pihak.
4.2 Prestasi Kewangan
4.2.1 Dalam pelaksanaan Projek PPRN ini, Kementerian dan
Industri/Perusahaan akan membiayai kos projek mengikut pecahan
sepertimana pada para 1.6.3, namun sumbangan Kementerian adalah
sehingga maksimum RM50,000 sahaja untuk setiap projek.
4.2.2 Sebagai panduan perbelanjaan implikasi kos keseluruhan yang
diluluskan, 70% daripadanya hendaklah diutamakan untuk kos
pembangunan projek, 25% untuk bayaran profesional kepada
penyelidik (termasuk kos menggaji pegawai penyelidik) dan 5% untuk
kos pentadbiran kepada institusi.
4.2.3 Penyaluran penuh bagi pembayaran profesional penyelidik sehingga
maksimum 25% hanya boleh dibuat setelah penyelidik menerima
surat penamatan projek daripada Kementerian. Walau
bagaimanapun, kos yang terlibat untuk mengupah pegawai penyelidik
boleh disalurkan semasa pelaksanaan projek.
4.2.4 Akaun di institusi perlu kekal aktif bagi tujuan penyaluran bayaran
profesional penyelidik sehingga surat penamatan projek diterima.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 15
4.2.5 Pusat Pengurusan Projek PPRN boleh menggunakan peruntukan
bayaran pentadbiran institusi sehingga maksimum 5% bagi
pengurusan projek termasuk melantik staf bertaraf kontrak untuk
menguruskan semua projek PPRN, bayaran pengurusan perjanjian
projek, bayaran proses pengurusan intellectual property (IP) dan
proses pengurusan pengkomersilan hasil projek. Pembayaran
pentadbiran institusi ini hanya akan dibuat selepas Kementerian
mengeluarkan surat penamatan projek.
4.2.6 Bagi pelaksanaan pengurusan kewangan di peringkat Institusi untuk
projek PPRN ini, pihak Kementerian menetapkan kaedah pengurusan
kewangan semua projek PPRN sepertimana pada para 4.2.2 dan
tertakluk kepada peraturan kewangan Kerajaan yang sedang berkuat
kuasa.
4.2.7 PPRN menggalakkan pelaksanaan projek yang cepat, penyelidik
adalah dibolehkan untuk mendahulukan penggunaan wang dan
membuat tuntutan balik. Walau bagaimanapun, penyelidik perlu
mengikut kaedah dan peraturan kewangan Kerajaan yang sedang
berkuat kuasa.
4.2.8 Penggunaan peruntukan projek bagi para 3.2 (viii) iaitu perjalanan ke
luar negara dan para 3.2 (ix) iaitu pembelian fasiliti dan aset adalah
tidak dibenarkan.
4.2.9 Sekiranya geran projek berkenaan masih berbaki setelah projek
selesai, penyelidik dibenarkan menggunakan baki peruntukan
tersebut untuk menjalankan apa-apa kajian atau latihan berkaitan
pembangunan produk projek berkenaan dengan kelulusan Pusat
Pengurusan Projek PPRN di Institusi masing-masing sekiranya wajar
dan bersesuaian.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 16
4.3 Pelanjutan Tempoh Projek
4.3.1 Sekiranya penyelidik mendapati projek yang akan dilaksanakan
tersebut tidak mengikut garis waktu (timeline) yang ditetapkan,
penyelidik menerusi Pusat Pengurusan Projek PPRN di Institusi boleh
memohon pelanjutan tempoh dengan justifikasi yang kukuh serta
memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Penyelidik perlu memohon pelanjutan projek sekurang-kurangnya
30 hari sebelum tamat tempoh projek;
ii. Penyelidik perlu mendapatkan persetujuan permohonan
pelanjutan projek dari rakan kerjasama industri/perusahaan;
iii. Tempoh maksimum pelanjutan projek yang dibenarkan adalah
tidak melebihi separuh daripada tempoh asal projek; dan
iv. Tempoh keseluruhan projek termasuk pelanjutan adalah tidak
boleh melebihi 12 bulan.
4.3.2 Sekiranya penyelidik tidak mematuhi syarat-syarat tersebut,
penyelidik boleh dikenakan surat tunjuk sebab dan dalam kes tertentu
boleh disenarai hitam.
4.4 Serahan Hasil Projek
4.4.1 Penyelidik perlu mengemukakan borang serahan hasil projek (PPRN –
F1) kepada Sekretariat PPRN dalam tempoh 7 hari selepas hasil projek
diserahkan kepada industri/perusahaan.
4.4.2 Penyelidik bertanggungjawab membaiki hasil projek jika Sekretariat
menerima sebarang aduan daripada industri/perusahaan dalam
tempoh 30 hari daripada tarikh serahan projek.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 17
4.5 Pengendalian projek bermasalah
Projek bermasalah dikategorikan sebagai projek Sakit. Berikut adalah
masalah dan penalti yang akan dikenakan namun, pindaan/penambahan
penalti tertakluk kepada permasalahan yang akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN dari masa ke semasa.
i. Projek Sakit
a. Sesuatu projek yang diberikan kepada penyelidik namun projek
tersebut tidak mempunyai kemajuan berdasarkan laporan interim
(PPRN –E1), projek tersebut akan ditamatkan serta penyelidik /
rakan industri akan di senarai hitam untuk projek PPRN bagi
tempoh dua tahun.
b. Sebarang projek yang tidak mengikut spesifikasi tawaran,
penyelidik dan syarikat akan disenarai hitam bagi tempoh 2 tahun.
c. Sekiranya berlaku konflik antara penyelidik dan rakan
industri/perusahaan, projek tersebut akan ditamatkan dengan kos
kerugian ditanggung oleh kedua-dua pihak.
d. Sekiranya rakan kerjasama industri/perusahaan tidak dapat
memberikan komitmen seperti dalam perjanjian, projek tersebut
akan ditamatkan dan industri/perusahaan terlibat akan disenarai
hitam untuk projek PPRN selama dua tahun.
e. Sekiranya penyelidik tidak berjaya menyelesaikan permasalahan
industri/perusahaan, penyelidik tidak boleh membida projek baru
dalam tempoh tertentu dan tindakan institusi untuk menggantikan
penyelidik baru, jika perlu.
f. Keputusan untuk penyelidik/industri yang di senarai hitam adalah
secara case by case basis.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 18
BAHAGIAN 5
KEPUTUSAN
5.1 Pemberitahuan Keputusan dan Pengagihan Peruntukan
5.1.1 Surat kelulusan projek PPRN akan dihantar kepada penyelidik dan
industri/perusahaan serta disalinkan kepada Pusat Pengurusan
Projek PPRN di Institusi penyelidik.
5.1.2 Pihak Kementerian akan memaklumkan kepada Penyelidik setelah
penyaluran peruntukan ke Institusi dibuat dan disalinkan kepada
Pusat Pengurusan Projek di Institusi berdasarkan jumlah peruntukan
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN.
5.1.3 Garis Panduan ini adalah terpakai untuk semua projek PPRN berkuat
kuasa mulai 1 Januari 2019.
5.1.4 Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN adalah
muktamad.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 19
BAHAGIAN 6
PERANAN
6.1 Peranan dan Tanggungjawab Industri/Perusahaan
i. Menghadiri sesi taklimat dan penyerahan surat tawaran projek;
ii. Memberikan maklum balas setuju terima tawaran dengan mengisi
Borang PPRN – B2 pada masa yang ditetapkan oleh Kementerian;
iii. Mengemukakan maklum balas kemajuan projek (PPRN –E3) pada
pertengahan projek dan maklum balas akhir (PPRN –E4) selepas
penyerahan teknologi daripada penyelidik;
iv. Memberikan komitmen pembiayaan sebagaimana yang dipersetujui
dalam setuju terima tawaran (PPRN – F1) ;
v. Memberikan kerjasama sewajarnya terhadap pelaksanaan projek
termasuk memberi akses fasiliti, premis dan maklumat berkaitan projek
kepada penyelidik;
vi. Menerima lawatan tapak bagi projek yang terpilih dan mengambil
bahagian dalam kaji selidik oleh Sekretariat dan Malaysia Productivity
Corporation (MPC) yang dilantik untuk kajian produktiviti sepertimana
pada para 4.1.1 (c) serta perunding yang dilantik oleh Kementerian untuk
menjalankan kajian atau mengutip data berkaitan projek;
vii. Menghadiri Bengkel Pemantauan Projek; dan
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 20
viii. Menjaga kerahsiaan maklumat yang diperoleh daripada penyelidik dan
PPRN.
6.2 Peranan dan Tanggungjawab Penyelidik
i. Menghadiri sesi taklimat dan penyerahan surat tawaran projek;
ii. Memberikan maklum balas setuju terima tawaran pada masa yang
ditetapkan (PPRN – A2);
iii. Mengemukakan laporan kemajuan projek (PPRN – E1) dan laporan akhir
projek (PPRN – E2) dengan pengesahan oleh institusi pada masa yang
ditetapkan dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh Kementerian;
iv. Menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan;
v. Menyediakan manual/standard operating procedure serta latihan untuk
hasil projek yang diserahkan kepada syarikat;
vi. Sentiasa memaklumkan rakan kerjasama industri/perusahaan tentang
kemajuan projek;
vii. Menghadiri Bengkel Pemantauan Projek; dan
viii. Menjaga kerahsiaan maklumat yang diperoleh daripada
industri/perusahaan dan PPRN (PPRN – C1).
6.3 Peranan dan Tanggungjawab Institusi
i. Pusat Pendaftaran Permohonan Projek PPRN
(Focal Point : PPRN Resource Centre)
a. Memastikan borang permohonan Industri/Perusahaan (PPRN –
B1) adalah lengkap;
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 21
b. Membantu Industri/Perusahaan dalam urusan pendaftaran dan
kemukakan kepada Sekretariat PPRN Kementerian;
c. Memastikan permasalahan industri/perusahaan jelas, berbentuk
teknikal/teknologi (technological/technical problem) dan
memenuhi skop projek PPRN; dan
d. Membantu Sekretariat PPRN di Kementerian mempromosi dan
mendapatkan penyertaan industri/perusahaan yang mempunyai
permasalahan teknikal/teknologi (technological/technical
problem).
ii. Pusat Pengurusan Projek PPRN
(Focal Point : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi IPT)
a. Mengedarkan permasalahan teknologi daripada Sekretariat
PPRN Kementerian kepada penyelidik yang berpotensi;
b. Memastikan penyelidik memenuhi syarat kelayakan permohonan;
c. Memastikan penyelidik menyediakan kertas cadangan
penyelesaian (PPRN – C2) yang lengkap;
d. Memastikan penyelidik melaksanakan projek PPRN mengikut
terma, syarat dan garis masa yang ditetapkan;
e. Menguruskan dana pembiayaan PPRN sewajarnya;
f. Memastikan kerja projek telah diselesaikan dan surat penamatan
projek diterima sebelum bayaran profesional penuh 25% dibayar
kepada penyelidik;
g. Mengesahkan laporan kemajuan projek (PPRN – E1) dan laporan
akhir projek (PPRN – E2) penyelidik;
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 22
h. Mengemukakan laporan berkala (April, Julai dan Oktober) kepada
Sekretariat PPRN Kementerian mengenai status projek PPRN di
institusi masing-masing;
i. Menguruskan isu teknikal berbangkit seperti pemilikan harta
intelek (IP) dan lain-lain yang berkaitan; dan
j. Memastikan industri/perusahaan turut memberikan komitmen
sewajarnya dalam pelaksanaan projek sebagaimana terma dan
syarat yang dipersetujui.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 23
Lampiran A
CARTA ALIR PELAKSANAAN PPRN
Syarikat mendaftar permohonan dengan PPRN (PPRN - B1)
(Sekretariat KPT / Pusat Pendaftaran Permohonan Projek di Institusi)
Sekiranya layak dan memenuhi skop projek, syarikat dijemputmenghadiri sesi pemadanan dengan penyelidik
Penilaian Teknikal
Kelulusan dan penawaran projek
Setuju terima tawaran oleh syarikat dan penyelidik
(PPRN - A2 dan PPRN - B2)
Industri/Perusahaan dan PPRN bersama-sama membiayai kospembangunan projek.
Pemantauan oleh Sekretariat KPM
Projek Ditamatkan setelah Permasalahan diselesaikan
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 24
Lampiran B
GARIS PANDUAN BAGI DEFINISI BAHARU PERUSAHAAN KECIL DAN
SEDERHANA (PKS)
SEKTOR PKS MIKRO KECIL SEDERHANA
Pembuatan <RM50 juta <200 orang
<RM300,000 <5 orang
RM300,000-<RM15 juta 5-75 orang
RM15 juta- <RM50juta
75-200 orang
Perkhidmatan <RM20 juta <75 orang
<RM300,000 <5 orang
RM300,000-<RM3 juta 5-30 orang
RM3 juta- <RM20 juta 30-75 orang
Pertanian Asas <RM20 juta <75 orang
<RM300,000 <5 orang
RM300,000-<RM3 juta 5-30 orang
RM3 juta- <RM20 juta 30-75 orang
Pembinaan <RM20 juta <75 orang
<RM300,000 <5 orang
RM300,000-<RM3 juta 5-30 orang
RM3 juta- <RM20 juta 30-75 orang
Perlombongan dan
Pengkuarian
<RM20 juta <75 orang
<RM300,000 <5 orang
RM300,000-<RM3 juta 5-30 orang
RM3 juta- <RM20 juta 30-75 orang
NOTA:
Sesebuah perniagaan diklasifikasikan sebagai PKS jika memenuhi salah satu daripada dua kriteria
kelayakan iaitu nilai jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang lebih
rendah.
SUMBER :
SME Corp. Malaysia, Oktober 2013
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 25
LAMPIRAN
1. Borang PPRN – B1 (Borang Pendaftaran Syarikat)
2. Borang PPRN – C1 (Non – Disclosure Agreement Form)
3. Borang PPRN – E1 (Laporan Kemajuan Projek-Penyelidik)
4. Borang PPRN – E2 (Laporan Akhir Projek-Penyelidik)
5. Borang PPRN – E3 (Maklum balas kemajuan projek industri)
6. Borang PPRN – E4 (Maklum balas akhir projek industri)
7. Borang PPRN – F1 (Borang serahan hasil projek)
8. Borang PPRN – F1 (Nota Komitmen Syarikat)
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 26
MAKLUMAT SYARIKAT
PENDAFTARAN PERMOHONAN SYARIKAT
1. Nama Syarikat/Koperasi Company/Co-operative Name
:
2. Alamat Syarikat/Koperasi Company/Co-operative Address
:
3. Nombor Pendaftaran Syarikat/Koperasi Company/Co-operative Registration No.
:
Tarikh Pendaftaran Syarikat/Koperasi/Persatuan Company Registration Date
:
4. Bilangan pekerja sepenuh masa No. of full time employees
:
5. Bilangan pekerja lepasan ijazah Number of employees with degrees
:
6. Bilangan Pekerja No. of Employees
: ( ) Warganegara Malaysia / Citizen ( ) Bukan Warganegara / Non Citizen
7. Jumlah jualan tahunan pada 2018 Sales turn over in year 2018
:
8. Jumlah jualan tahunan produk/servis berkaitan projek pada 2018 Sales in 2018 from the product/service related to the project
:
9. Jangkaan jualan tahunan pada 2019 Expected sales turn over in year 2019:
:
10. Jenis perniagaan didaftarkan Type of Business
: *please √ ( ) Pembuatan / Manufacturing ( ) Perkhidmatan / Services ( ) Pertanian Asas / Primary Agriculture ( ) Pembinaan / Construction ( ) Perlombongan & Pengkuarian / Mining & quarrying ( ) Lain-lain.
Borang PPRN – B1
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 27
11. Jenis pemilikan perniagaan Type of business ownership
: *please √ ( ) Enterprise (Tunggal) ( ) Partnership (Perkongsian) ( ) Private limited (Sendirian berhad) ( ) Limited liability (Perkongsian liabiliti terhad)
12. Produk/ perkhidmatan utama Main product/ services
:
13. No. Tel Phone No.
:
14. Emel E-mail Address
:
15. Nama Pemilik Syarikat Company Owner
:
16. Pengarah Syarikat Company Director
:
17. Nama & No. tel Pegawai untuk dihubungi Person in Charge & Contact No.
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PERMOHONAN SYARIKAT
1. Satu (1) Salinan SSM atau setaraf 2. Satu (1) Salinan penyata kewangan/bank
3. Borang Permohonan (Diisi dengan lengkap, ditandatangan dan dicop)
Saya mengaku dan mengesahkan bahawa semua maklumat dalam permohonan ini adalah
benar dan lengkap. Saya faham dan bersetuju sekiranya maklumat yang diberikan dalam
borang ini atau dokumen yang dikepilkan tidak benar atau tidak lengkap, maka permohonan
saya boleh ditarik balik/ditamatkan/dibatalkan.
Tandatangan & Cop Rasmi Syarikat:
………………………………………….
Tarikh:
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 28
Maklumat Masalah/ Isu Berkaitan Teknologi Description of technological problem
1. Latar belakang produk/ perkhidmatan yang memerlukan penambahbaikan.
Background of product/ services that needs improvement.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 29
2. Masalah/isu yang dihadapi dan keperluan syarikat: Jelaskan masalah/isu yang dihadapi oleh syarikat. (cth: proses, kapasiti, masa, tenaga kerja) Problem statement: Explain in non-technical jargon the nature of the technological problem/needs of the company. (e.g.: process, capacity, time, manpower)
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 30
Penyelesaian Teknologi sedia ada di pasaran Solution available in the market
3. Jelaskan penyelesaian teknologi yang terdapat di pasaran.
Describe what alternatives to the technological solution found in the market.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 31
4. Nyatakan pendapat anda mengapa penyelesaian sedia ada di pasaran tidak memenuhi keperluan syarikat Contoh: penyelesaian sedia ada tidak memenuhi keperluan syarikat, penyelesaian sedia ada tidak kos efektif, tidak boleh diubahsuai, syarikat tidak mempunyai kepakaran, tidak bertepatan dengan kapasiti pengeluaran dan lain-lain.
Describe why, in your opinion, the market does not provide the ideal solution e.g: not cost effective, the company requires greater customization than what the market provides, the market solution is too complex/ inflexible, the company needs the solution more promptly than what the market can provide, companies are lacking of expertise, does not match the production capacity and others.
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 32
NON-DISCLOSURE AGREEMENT
CONFIDENTIAL INFORMATION OF DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT
UNDER THE PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK
BETWEEN
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA c/o RESEARCH AND PPRN UNIT
POLICY PLANNING AND COORDINATION DIVISION LEVEL 13, NO. 2, TOWER 2, P5/6
AVENUE 5, PRECINCT 5 62000 W.P. PUTRAJAYA
AND
Name :
NRIC / Passport No. :
I (RECEIVED PARTY) hereby agree to use confidential information solely in connection with
the current all contemplate business relationship between the
party and not for any purpose other than as authorized without the prior concern
of an authorized representative of Ministry of Education (MOE) (disclosing party).
No other right or license whether express or implied, in the confidential
information granted to the receiving party hereunder. Title to the confidential information will
remain solely in the MOE. All use of confidential information by
the receiving party shall be for the benefit of MOE and any modification and improvements
thereof by the receiving party shall be the sole property of MOE.
Signed by (Receiving Party)
………………………………………………………………………..
Name :
NRIC / Passport No. :
Designation :
Institution :
Contact No. :
Date :
Borang PPRN – C1
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 33
PROGRESS REPORT
DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT
A
PROJECT TITLE :
COMPANY NAME :
RESEARCH INSTITUTION :
PROJECT DURATION : START DATE : END DATE : PROJECT LEADER :
PROGRESS OF PROJECT
B
ACHIEVEMENT PERCENTAGE
Project progress according to
milestones achieved up to this
period
0 - 25% 26 - 50% 51 - 75% 76 - 100%
Percentage (please state %)
PROJECT OUTPUT
Fully Solved Problem (% completion)
1. Frequency of face-to-face project discussion/meetings at institutional/company:
Other forms of communication e.g.: email, telephone, mail (please elaborate)
………………………………………………………………………………………………………
2. Total industry contribution that has been given: RM …………..
If it is not in monetary please state: ……………………………………………………….
PROGRESS REPORT DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT
0 1-3 4-6 > 6
Borang PPRN – E1
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 34
3. Level of satisfaction regarding cooperation given by industry :
Not satisfied Satisfied Very satisfied
SUMMARY OF PROJECT FINDINGS / PROBLEM SOLVED ** ( Researcher may attach seperate additional report, if any)
C
PROBLEMS / CONSTRAINTS IF ANY
D
PLAN OF ACTION (How to solve the problem/constraint)
E
EXPENDITURE**
F
Budget Approved : RM
Amount Spent : RM (as of August 2019)
Balance : RM
Percentage of Amount Spent :
Date : Project Leader’s Signature
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 35
** Note: Researcher may attach supporting documents and seperate additional report, if any.
COMMENTS, IF ANY / ENDORSEMENT BY THE DESIGNATED AUTHORITY OF THE INSTITUTION (e.g. RMC/HoD)
G
...............................................................................................................................................................................
.....
...............................................................................................................................................................................
.....
...............................................................................................................................................................................
.....
Name: Signature:
Date:
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 36
FINAL REPORT
DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT
A
PROJECT TITLE :
COMPANY NAME :
RESEARCH INSTITUTION :
PROJECT DURATION :
START DATE :
END DATE :
PROJECT LEADER : PROJECT MEMBERS : 1.
2.
DELIVERY DATE OF SOLUTION TO INDUSTRY:
BACKGROUND OF PROJECT
B
PROJECT OBJECTIVE
C
DESCRIPTION OF PROJECT OUTPUT INCLUDING ADOPTION OF SOLUTION **(including expected increase in productivity, reduce labour, reduce cost, reduce time). Insert picture/video
D
FINAL REPORT DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT
Borang PPRN – E2
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 37
PROJECT OUTCOME
E
EXPENDITURE
F
Budget Approved : RM
Amount Spent : RM
Balance : RM
Percentage of Amount Spent : %
PROBLEM FACED (if any)
ADDITIONAL INFORMATION
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 38
** Note: Researcher may attach supporting documents and seperate additional report, if any.
3. Frequency of face-to-face project discussion/meetings at institutional/company:
Other forms of communication e.g.: email, telephone, mail (please elaborate)
……………………………………………………………………………………………………………………
4. Total industry contribution that has been given: RM …………..
If it is not in monetary please state: ……………………………………………………….
3. Level of satisfaction regarding cooperation given by industry :
Not satisfied Satisfied Very satisfied
Date : Project Leader’s Signature:
COMMENTS, IF ANY/ ENDORSEMENT BY THE DESIGNATED AUTHORITY OF THE INSTITUTION (e.g. RMC/HoD)
G
....................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................
Name: Signature:
Date:
0 1-3 4-6 > 6
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 39
SEKSYEN A: DEMOGRAFIK Section A: Demographic
Tajuk Projek : ………………………………………………………………………………………….. Project Title
Nama Syarikat : ……………………………………………………………………………………... .. Company’s Name
Ketua Penyelidik : ………………………………………………………………………………………... Principal Researcher/ Project Leader
Institusi Penyelidik : ………………………………………………………………………………………... Researcher Institutional
Tarikh Mula Projek : …………………………… Tarikh Tamat Projek: ……………………………...
Project Start Date Project End Date
SEKSYEN B: PENILAIAN KEMAJUAN PROJEK OLEH INDUSTRI
Section B: PROJECT PROGRESS ASSESSMENT BY INDUSTRY
1. Projek bermula mengikut tarikh yang ditetapkan : Ya/Tidak Project starts according to specified date:
2. Penyelidik telah berbincang dengan industri berhubung aspek teknikal dan spesifikasi projek: Ya/Tidak Researcher had discussed with industry regarding the technical aspects and specification of the project
3. Penyelidik telah melawat premis industri untuk mendapatkan maklumat dan melihat proses penghasilan produk : Ya/Tidak Researcher had visited the premise to get information on production process of the product
4. Kekerapan perbincangan projek secara bersemuka bersama penyelidik bertempat di institusi/syarikat: Frequency of face-to-face project discussion/meetings at institutional/company
Bentuk komunikasi lain seperti emel, telefon, surat (sila jelaskan): Other forms of communication e.g.: email, telephone, mail (please elaborate)
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
5. Jumlah sumbangan oleh industri yang telah diberikan: RM …………..
Total industry contribution that has been given
Jika bukan dalam bentuk wang sila nyatakan: ………………………………………………………. If it is not in monetary please state:
6. Tahap kepuasan pelaksanaan projek: Level of satisfaction on project implementation:
Tidak puas hati Not satisfied
Puas hati Satisfied
Sangat puas hati Very satisfied
0 1-3 4-6 > 6
Nama:
COP RASMI SYARIKAT
Tarikh:
MAKLUMBALAS KEMAJUAN PROJEK OLEH INDUSTRI BAGI PROJEK PUBLIC–PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN)
Borang PPRN – E3
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 40
i) Tempahan Jualan Meningkat : Ya/Tidak Sales of product increased: Yes/No
Jika ‘Ya’ /If ‘Yes’:
Jumlah tempahan sebelum projek: ............... kg/paket/kotak/botol
Total orders before innovation adaptation kg/packet/box/bottle
Jumlah tempahan selepas projek : ............... kg/paket/kotak/botol
Total orders after innovation adaptation kg/packet/box/bottle
ii) Hasil Jualan meningkat : Ya/Tidak Total Sales increase : Yes/No
Hasil jualan selepas projek : RM ………
Sales revenue after innovation adaptation:
iii) Mendapat sijil/pengiktirafan (HALAL,MESTI,GMP dll) dari agensi/institusi/kerajaan: Ya/Tidak Recognition from agency / institution / government: Yes / No
Jika ‘Ya’ If ‘Yes’ :
Jenis Pengiktirafan: ……………………….
Type of Recognition
Pengiktirafan diberikan oleh: …………………..
Recognition awarded by
iv) Mendapat maklumbalas positif dari pelanggan: Yes/No Receive positive feedback/testimonial from customers: Yes/No
Jika ‘Ya’, nyatakan secara ringkas: ………………………………………………
If ‘Yes’, state briefly:
v) Sila nyatakan impak/dapatan selain dari di atas (i-iv) Please indicate the impact / findings other than the above (i-iv)
………………………………………………………………………………………………
SEKSYEN A: DEMOGRAFIK Section A: Demographic
Tajuk Projek : ………………………………………………………………………………………….. Project Title
Nama Syarikat : ……………………………………………………………………………………... .. Company’s Name
Ketua Penyelidik : ………………………………………………………………………………………... Principal Researcher/ Project Leader
Institusi Penyelidik : ………………………………………………………………………………………... Researcher Institution
Tarikh Mula Projek : …………………………… Tarikh Tamat Projek: ……………………………... Project Start Date Project End Date
1. Projek ini disiapkan mengikut tarikh tamat asal seperti dalam perjanjian: Ya/Tidak Project is completed according to the original deadline as in the agreement: Yes / No
Jika Tidak sila jelaskan: …………………………………………………………………………………………
If No, please give reason:
2. Hasil projek telah diserahkan kepada industri: Ya/Tidak Project output has been delivered to industry: Yes/No
Jika ‘Ya’, sila nyatakan tarikh serahan: ……………………..
If ‘Yes’, please state date of delivery:
3. Tahap penerimaan industri terhadap hasil projek yang telah dibangunkan oleh penyelidik: Acceptance level by industry for the project output that has been developed by researchers
Jika ‘Tidak Sesuai’ sila jelaskan ………………………………………………………………………………
If ‘Not Suitable’, please give reason
Jika ‘Ya’ nyatakan tarikh mula penggunaan hasil projek: ……………………………
If ‘Yes’, state the date of project output used:
4. Jumlah Keseluruhan sumbangan oleh industri dalam projek ini: RM …………..
Overall total industry contribution (in monetary) for this project:
Jika bukan dalam bentuk wang sila nyatakan: ……………………………………………………….
If it is not in monetary please state:
5. Tahap kepuasan kerjasama antara industri dan penyelidik dalam pelaksanaan projek: Satisfaction level of cooperation between industry and researchers in the implementation of the project:
Jika ‘Tidak berpuas hati’ sila jelaskan: …………………………………………………………….
If ‘Not satisfied ’, please give reason
Baik / Good Amat Baik / Very Good Tidak Sesuai / Not Suitable
Borang PPRN – E4
MAKLUMBALAS AKHIR PROJEK OLEH INDUSTRI BAGI PROJEK PUBLIC–PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN)
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 41
6. Impak dan dapatan kepada industri hasil dari penggunaan hasil projek yang dibangunkan oleh penyelidik:
vi) Tempahan Jualan Meningkat : Ya/Tidak Sales of product increased: Yes/No
Jika ‘Ya’ /If ‘Yes’:
Jumlah tempahan sebelum projek: ............... kg/paket/kotak/botol
Total orders before innovation adaptation kg/packet/box/bottle
Jumlah tempahan selepas projek : ............... kg/paket/kotak/botol
Total orders after innovation adaptation kg/packet/box/bottle
vii) Hasil Jualan meningkat : Ya/Tidak Total Sales increase : Yes/No
Jika ‘Ya’ If ‘Yes’:
Hasil jualan sebelum projek: RM ………
Sales revenue before innovation adaptation
Hasil jualan selepas projek : RM ………
Sales revenue after innovation adaptation:
viii) Mendapat sijil/pengiktirafan (HALAL,MESTI,GMP dll) dari agensi/institusi/kerajaan: Ya/Tidak Recognition from agency / institution / government: Yes / No
Jika ‘Ya’ If ‘Yes’ :
Jenis Pengiktirafan: ……………………….
Type of Recognition
Pengiktirafan diberikan oleh: …………………..
Recognition awarded by
ix) Mendapat maklumbalas positif dari pelanggan: Yes/No Receive positive feedback/testimonial from customers: Yes/No
Jika ‘Ya’, nyatakan secara ringkas: ………………………………………………
If ‘Yes’, state briefly:
x) Sila nyatakan impak/dapatan selain dari di atas (i-iv) Please indicate the impact / findings other than the above (i-iv)
………………………………………………………………………………………………
Nama:
COP RASMI SYARIKAT
Tarikh:
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 42
PERAKUAN PENYERAHAN HASIL PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK
(Dilengkapkan oleh Ketua Penyelidik)
Saya…………………………………………………………(No.K.P.:………………………....)
dengan ini memperakui telah menyerahkan hasil projek yang dibangunkan daripada Inisiatif
PPRN melalui Surat Tawaran No. Rujukan.
………………………...bertarikh…………………………… seperti butiran berikut :
(1) Tajuk Projek :
……………………………………………………………………………………
(2) Hasil projek yang diserahkan : (Sila nyatakan)…………………………………………….
………………………………….....
(Tandatangan Ketua Penyelidik)
Nama Penuh :
Cop Rasmi : …………………............
Tarikh :
PERAKUAN PENERIMAAN HASIL PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK
(Dilengkapkan oleh Industri)
Saya…………………………………………………………(No.K.P.:………………………....)
dengan ini memperakui telah menerima hasil projek yang dibangunkan daripada Inisiatif PPRN
melalui Surat Tawaran No. Rujukan. ………………………...bertarikh……………………………
Hasil projek telah diuji lari (sekiranya berkaitan) dan berfungsi dengan baik.
………………………………… …………………………
(Tandatangan Penerima) (Cop Rasmi)
Nama Penuh :
No. K.P :
Jawatan :
Nama Syarikat :
Tarikh :
Borang PPRN – F1
P u b l i c P r i v a t e R e s e a r c h N e t w o r k
Page 43
NOTA KOMITMEN SYARIKAT
Project :
Company :
Research Institution :
Saya ………………………………………………….(No.KP: …………………..……….)
daripada Syarikat ................................... akan memberikan komitmen bernilai
sebanyak RM............... bagi pelaksanaan projek ........................................... oleh
penyelidik ..................................... Butiran pembiayaan tersebut adalah seperti berikut:
Bil Perkara Anggaran (RM)
1. Pembayaran awal
2. Pembayaran pertengahan
3. Pembayaran akhir
(14 hari selepas hasil projek diterima)
…………………………………………….
(Tandatangan)
……………………………………………
(Cop Rasmi)
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Nama Syarikat :
Borang PPRN – G1
top related