definisi tali
Post on 10-Jan-2016
290 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PowerPoint Presentation
Definisi Tali
Diperbuat daripada sabut, dawai, kapas,rami,hemp,dan bahan-bahan campuran(sintetik ).
Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dandigunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.
Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut,menarik, mengikat dan menyelamat
Tentang Simpulan dan Ikatan
Empat perkara yang berkaitan:i. Simpulan ( Knotting)ii. Ikatan ( lashing)iii. Sambat (splicing)iv. Mematikan hujung tali (whipping)
SimpulanSimpulan menggunakan tali yang kecil dansederhana saiznya.Ia digunakan pada benda-benda yang kecildan sederhana
SambatSambat digunakan untuk menyambung duatali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan selamat semasa digunakan.
Ikatan yang dibuat pada hujung tali supaya tidak terurai. Penyambatan semula dilakukan dengan ikatan mahkota dan setiap bebenang diselitkan di bawah dan seterusnya di atas bebenang sehingga hujungnya kukuh dan tidak terbuka. Biasanya memadai dengan menyelitkan kali untuk bebenang yang lengkap dan sekali untuk separuh bebenang. Ikatan ini dilakukan agar tali tahan lama dan senang digunakan
Mematikan hujung taliPerlu untuk mengelakkan tali terbutai dihujungnya
Fungsi Ikatan dan Simpulan
Antara beberapa penggunaannya seperti:1. Mendaki2. Kehidupan sehArian3. Memancing4. Seni5. Pengakap6. Mencari dan Menyelamat7. Bidang Perkapalan dan sebagainya.
SIMPULAN BUKU SILAUntuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
TINDIH KASIHDigunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.
BUNGA KETI BERGANDA Kegunaannya : - Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.
SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
IKATAN MANUKIkatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
IKATAN BALAKIa digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPANMerupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.
SIMPULAN RAMA-RAMASimpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk keamanan.
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang
SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut.
SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.
SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.
IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.
IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
IKATAN SILANG GUNTINGUntuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh untuk membuat kaki yang bersilang.
SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.
LILIT PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
Kegunaan : digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Ahli pengakap perlu mempelaji supaya apabila sesat didalam hutan, ahli pengakap boleh memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu, rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
top related