iii - faculty of education · three out of four aspects which state in questionnaire form. there...
Post on 04-Jan-2020
6 Views
Preview:
TRANSCRIPT
iii
KEPUASAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
NOR HANIMAH BT HASHIM
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iv
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….....
Nama Penulis : NOR HANIMAH BINTI HASHIM
Tarikh :........................................................
vi
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah
Pembimbing iaitu Cik Sarimah Binti Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat
dan idea dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
DEDIKASI
Kepada bonda dan ayahanda tercinta,
Hajjah Suminah Bt Haji Hussein dan Haji Hashim Bin Ahmad;
Jutaan terima kasih buat bonda dan ayahanda atas segala pengorbanan, sokongan,
bantuan dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-
citanya. Semoga bonda dan ayahanda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T
selalu hendaknya.
Kepada keluarga tercinta;
Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang diberikan selama ini adalah amat dihargai.
Semoga Allah S.W.T panjangkan umur kalian dan dirahmati oleh-Nya selalu.
Kepada semua saudara dan sahabat handai;
Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pandangan, tunjuk ajar dan kata-kata
semangat yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah S.W.T
sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille –
vii
ABSTRAK
Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen
yang sangat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan
pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan, Kemahiran Hidup (SPH) sesi
II 2007/2008 terhadap kesesuaian kursus, pengagihan kursus bagi setiap semester,
kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian telah
dijalankan ke atas 397 orang pelajar di Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan tahun satu
hingga empat di Fakulti Pendidikan. Data yang dikumpul menggunakan set borang soal
selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sciences
(SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan
kajian menunjukkan responden berpuas hati dengan tiga daripada empat aspek yang
dikaji. Cadangan telah dikemukakan bagi menambah kepuasan belajar khusus kepada
pelajar-pelajar SPH, Fakulti Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini
seperti kajian yang berfokuskan kepada kepuasan pelajar dalam mewujudkan
perkhidmatan warga universiti yang berkesan, kepuasan bagi bilik kuliah atau dewan
kuliah yang boleh menarik minat pelajar dan kepuasan pelajar mengenai peranan
khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan dalam membantu
pencapaian akademik dan bukan akademik mereka.
viii
ABSTRACT
The most important element in institution is a studies satisfaction by the students.
This research was purposely done to identify the studies satisfaction and for Degree
Technology’s Education, Living Skill (SPH) students, session II 2007/2008 base on four
aspects that is appropriate courses, courses divided in each semester, practical workshop
and relationship between SPH students and academic staff. The research was done to
397 students under JPTK from first to fourth years in Faculty of Education. The data
was analyzed by using Statistical Package for Sciences (SPSS) computer software
version 15.0 to gain the frequencies, percentage and mean. From data analyzed, the
result shown that the respondents were feel satisfaction during they studied towards
three out of four aspects which state in questionnaire form. There are numbers of
suggestions were represented especially dedicate to the SPH students, Faculty of
Education and the Ministry of Education Malaysia whereby to increase the studies
satisfaction level. The extended opinion research also stated for the next researcher who
is interested to continue the topic about studies satisfaction, focused on the university
community a service-oriented to all students, satisfaction on focused effort to create
optimal classroom learning environments marked by enthusiasm and effective, creative
instructional practices and also satisfaction on counselor services for student in faculty
of education as well.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
x
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Pelajar Di Bawah JPTK 12
1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan 12
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 12
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Operasional 14
1.8.1 Kepuasan 14
1.8.2 Pelanggan 15
1.8.3 Pelajar 15
1.8.4 Belajar 16
1.8.5 Program 16
1.9 Rumusan 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Model Kepuasan Pengguna 19
2.3 Faktor-faktor Penentu Kepuasan Pengguna 22
2.4 Kepentingan Kepuasan Pekanggan 24
2.5 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Belajar 25
2.6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan
Belajar
2.6.1 Kesesuaian Kursus 27
2.6.2 Pengagihan Kursus 27
2.6.3 Kemudahan Bengkel 28
2.6.4 Staf Akademik 31
2.7 Rumusan 32
xi
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.5.1 Bahagian A 36
3.5.2 Bahagian B 36
3.6 Keesahan Item Soal Selidik 38
3.7 Kajian Rintis 39
3.8 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 39
3.9 Analisis Data 40
3.10 Prosedur Kajian 42
3.11 Rumusan 45
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data 47
4.2.1 Bahagian A 47
4.2.2 Bahagian B 49
4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 62
4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian A 62
4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian B 63
4.4 Rumusan 64
xii
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 66
5.2.1 Rumusan Bedasarkan Item Yang
Dikemukakan 66
5.3 Perbincangan
5.3.1 Apakah pelajar-pelajar puas terhadap
kesesuaian mata pelajaran yang di
tawarkan bagi setiap semester? 67
5.3.2 Apakah pelajar-pelajar puas terhadap
pengagihan mata pelajaran setiap
semester? 69
5.3.3 Apakah pelajar-pelajar puas terhadap
bengkel amali yang disediakan? 67
5.3.4 Apakah pelajar-pelajar puas terhadap staf
akademik dalam membantu pencapaian
pelajar? 71
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 73
5.6 Kesimpulan 74
BIBILIOGRAFI 76
LAMPIRAN
Lampiran A 79
Lampiran B 80
Lampiran C 81
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Senarai kursus mengikut semester 7
1.2 Senarai beban tugas staf akademik JPTK 10
2.1 Tahap kepuasan pelanggan 23
2.2 Jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh
pelajar di Yavapai College 26
2.2 Perkhidmatan yang digunakan, kepuasan
dan kepentingannya. 26
3.1 Taburan saiz populasi 35
3.2 Pembahagian item mengikut persoalan
kajian 37
3.3 Skala Likert 38
3.5 Perubahan skala likert lima mata kepada
tiga mata 41
3.6 Penentuan terhadap peratusan 42
3.7 Skala min 42
4.1 Jantina responden 47
4.2 Tahun pengajian responden 48
4.3 Bangsa responden 48
4.4 Item-item mengikut persoalan kajian 49
4.5 Pengkelasan skala terhadap item 49
xiv
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.6 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi kepuasan pelajar
terhadap kesesuaian kursus yang di tawarkan
bagi setiap semester 50
4.7 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi kepuasan pelajar
terhadap pengagihan kursus setiap semester 53
4.8 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi kepuasan pelajar
terhadap kemudahan bengkel yang disediakan 56
4.9 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min terhadap peranan staf
akademik pembelajaran pelajar 59
4.10 Nilai purata pembolehubah dikaji 63
5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian
mengenai kepuasan pelajar terhadap
kesesuaian kursus yang di tawarkan bagi
setiap semester 66
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model kepuasan pelanggan oleh
Profesor Kano (1984) 19
2.2 Tiga faktor pertama oleh Profesor Kano 20
2.3 Tiga faktor kedua oleh Profesor Kano 21
3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 44
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
ABM Alat Bantu Mengajar
CAD Computer Aided Design
FP Fakulti Pendidikan
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
PSM Projek Sarjana Muda
SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 79
B Surat pengesahan soal selidik 80
C Borang kebenaran PSM 81
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kepuasan secara khususnya dapat menentukan apa barangan atau perkhidmatan
yang diperlukan oleh pelanggan, berapa banyak yang perlu dibayar dan di mana
pelanggan boleh mendapatkan barangan tersebut. Istilah kepuasan pelanggan sangat
penting bagi sesebuah syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk atau yang
menawarkan perkhidmatan. Kepuasan pelanggan juga sangat memberi kesan bukan
hanya terhadap produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh
sesebuah syarikat, tetapi juga kepuasan secara keseluruhannya terhadap syarikat itu
sendiri (http://www.d-e-q.com).
Kepuasan boleh ditakrifkan mengikut situasi yang berbeza. Kepuasan bermaksud
reaksi, balasan atau jawapan pencapaian dari pelanggan atau pengguna. Kepuasan juga
adalah penghakiman atau pertimbangan melalui ciri-ciri produk atau perkhidmatan itu
sendiri, sama ada secara sedar atau sebaliknya. Kepuasan juga didefinisikan sebagai
tahap menyenangkan, yang berkaitan dengan pencapaian penggunaan, termasuklah
pencapaian di bawah aras yang sepatutnya atau pun pencapaian yang sangat
memuaskan. Kepuasan berkait rapat dengan perasaan yang diperolehi antara pengguna
dengan syarikat berbanding dengan persetujuan melalui perjanjian atau interaksi.
Sekiranya para pelanggan berasa berpuas hati, secara tidak langsung ia akan
menyumbang kepada peningkatan jualan. Untuk memuaskan hati pengguna pula, pihak
pengeluar perlu berusaha untuk mengkaji dan memahami apa yang mereka perlukan
(James, 2001).
Pelanggan mempunyai maksud yang jauh lebih luas kerana merangkumi mereka
yang mendapat manfaat dari suatu kegiatan ataupu produk dan juga perkhidmatan.
Kebanyakan orang mendefinisikan pelanggan sebagai pembeli semata-mata dan
sehingga maksud pelanggan itu sendiri menjadi sempit. Namun yang demikian,
pelanggan sebenarnya boleh dikategorikan sebagai; pembeli untuk kegiatan jual-beli,
warga pendidik, orang dewasa, pengusaha, kementerian dalam bidang pendidikan dan
sebagainya (Ratnawati, 2001).
Pelanggan juga bermaksud sekumpulan atau individu yang melakukan kegiatan
jual beli dengan sesuatu organisasi, menerima dan menggunakan barangan atau
perkhidmatan secara terus dari organisasi tersebut. Pelanggan juga merupakan orang,
unit atau pihak dan dengan siapa mereka berurusan, sama ada secara langsung atau pun
tidak langsung dalam penyediaan produk. Umumnya terdapat dua jenis pelanggan, iaitu
pelanggan luaran dan pelanggan dalaman. Pelanggan luaran adalah orang di luar industri
yang menerima suatu produk iaitu juga dipanggil produk akhir. Pelanggan luaran setiap
industri yang jelas ialah masyarakat umum yang menerima produk industri tersebut.
Beberapa perkara yang diperlukan dari pelanggan luaran adalah kesesuaian dengan
kepentingan tentang sesuatu produk, harga yang berpatutan, kualiti dan keboleh
2
percayaan produk tersebut, penghantaran yang tepat pada waktunya serta perkhidmatan
yang disediakan. Pelanggan dalaman pula adalah orang yang melakukan proses
selanjutnya dari suatu pekerjaan kepada suatu proses seterusnya. Di dalam industri,
pelanggan dalaman merupakan seluruh tenaga kerja industri tersebut. Perkara yang
diperlukan dari pelanggan dalaman adalah kerja dan semangat berpasukan, struktur dan
sistem pengurusan yang cekap, pekerjaan yang berkualiti dan khidmat penghantaran
yang tepat waktunya (http://www.investordictionary.com/definition/customer.aspx).
Kepuasan pelanggan didefinisikan sebagai kepuasan atau kekecewaan yang
dirasakan oleh pelanggan setelah membandingkan antara harapan dengan kenyataan
yang ada (Kottler, 1997). Menurut Day dalam Tjiptono (1998), pula mengatakan,
kepuasan atau ketidakpuasan pelanggan adalah respon pelanggan terhadap penilaian
ketidakpuasan yang dirasakan antara harapan mereka (pelanggan) sebelumnya atau
harapan pelaksanaan yang lain dan pelaksanaan produk yang sebenar yang dirasakan
setelah menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kepuasan pelanggan ditentukan oleh dua variasi kognitif iaitu yang pertama
ialah jangkaan sebelum proses pembelian dilakukan, iaitu keyakinan mengenai
pelaksanaan yang terdapat dari suatu perkhidmatan produk. Manakala yang kedua ialah
perbezaan antara tanggapan sebelum proses pembelian dan tanggapan selepas proses
pembelian dilakukan (Ratnawati, 2001).
Menurut Ratnawati (2001) juga, kepuasan dan ketidakpuasan ini memberi kesan
sama ada kebaikan atau keburukan dalam kehidupan manusia sendiri. Kesan
kebaikannya ialah perasaan untuk memenuhi kepuasan ini akan mendorong seseorang
itu untuk lebih bemotivasi dan berusaha untuk mecapai kepuasan, selain itu ianya dapat
meningkatkan perasaan gembira kepada seseorang itu jika kepuasan dapat dicapai.
Kebaikan lain ialah ianya dapat meningkatkan ekonomi apabila berlakunya penjualan
3
produk atau perkhidmatan hasil dari pembelian yang berulang-ulang oleh pelanggan dan
pemanjangannya kepada pengguna lain, apabila berlakunya aktiviti jualan maka ini akan
meningkatkan peluang pekerjaan dan ianya menyumbang kepada sosioekonomi negara.
Kesan keburukannya pula adalah perasaan bagi memenuhi ini tidak dapat mendorong
seseorang itu menjadi kurang bermotivasi dalam mencapai kepuasannya perasaan tidak
gembira seringkali menyelubungi mindanya. Keburukan yang lain pula ialah penurunan
ekonomi adalah hasil daripada tiada sambutan oleh pengguna terhadap barangan atau
produk yang ditawarkan dan seterusnya menutup peluang pekerjaan di dalam sektor
perindustrian serta tidak dapat menyumbang kepada sosioekonomi negara.
Kepuasan pelanggan dapat dilihat dalam pelbagai bidang contohnya dibidang
pendidikan. Di dalam sektor pendidikan, pelajar merupakan pelanggan kepada institusi
ini. Sebagai seorang pelanggan mereka berhak untuk mendapatkan produk dan
perkhidmatan yang baik dan memuaskan dan mereka juga mengharapkan pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Di UTM, pelanggan-pelanggannya adalah terdiri daripada pelajar yang
mengikuti sesuatu program dalam satu jangka waktu tertentu. Oleh kerana para pelajar
dikenakan yuran pengajian pada setiap semester, mereka berhak mendapat kepuasan
belajar di fakulti masing-masing, khususnya di Fakulti Pendidikan. Kepuasan belajar ini
sangat memberi kesan kepada pihak kepada pihak pentadbir dan juga ke atas diri para
pelajar itu secara individu.
4
1.2 Latar Belakang masalah
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti dimana ia memerlukan
penambahbaikan dalam usaha mencapai tahap kepuasan belajar bagi pelajar-pelajar
program Sarjana Muda serta Pendidikan, Kemahiran Hidup (SPH), Perdana di Fakulti
Pendidikan, UTM.
Di bawah program SPH, terdapat beberapa kursus yang dipelajari di Fakulti
Pendidikan tetapi tidak diaplikasikan ketika para pelajar keluar mengajar pada masa
akan datang. Contoh kursus-kursus tersebut ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (SPL
2012) pada semester keempat dan juga Asas Pneumatik dan Hidraulik (SPE 4612) pada
semester ketujuh (rujuk Jadual 1.1). Kedua-dua kursus ini kurang sesuai dipelajari oleh
pelajar SPH kerana mereka tidak akan ditempatkan di sekolah-sekolah teknik dan tidak
akan mengajar kursus tersebut apabila mereka keluar mengajar di sekolah kelak.
Bagi kemudahan bengkel yang disediakan oleh JPTK pula, terdapat beberapa ciri
keselamatan yang tidak dipraktikkan sepenuhnya. Contohnya kondisi bagi bengkel kayu,
bengkel kimpalan, studio reka cipta, bilik auto CAD, bilik lukisan dan bilik grafik
mempunyai satu pintu sahaja. Walhal bengkel atau bilik kuliah yang menepati piawai
keselamatan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu iaitu untuk laluan
pelajar dan perkhidmatan (Yahya, 2007). Bangunan N30 mula dibina pada tahun 2000
hingga 2001 dan mula digunakan pada 13 Mei 2002. Oleh kerana peruntukkan membina
bengkel ini terhad, maka banyak pengubahsuaian dari segi rekabentuk telah dilakukan
oleh pihak Harta Bina untuk disesuaikan dengan peruntukan yang ada (Kertas Kerja,
Menambah dan mengubah suai bengkel N30, JPTK, Fakulti pendidikan, UTM Skudai,
2007). Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan
uji kaji atau aktiviti kerja amali. Di dalam bengkel pula terdapat peralatan atau bahan-
bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalamnya. Terdapat ruang-
5
ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruang-ruang ini hendaklah
dilengkapi dengan keperluan minima pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1989).
Bagi pengagihan kursus yang disusun pada setiap semester pula menunjukkan
ketidakseimbangan dari segi teori dan amali (rujuk Jadual 1.1). Contohnya kursus-
kursus yang ditawarkan pada semester kelapan, terdapat hanya tiga subjek teori iaitu
Elektif Pendidikan, Teknologi Pembuatan dan PSM II jika dibandingkan dengan empat
subjek amali iaitu Teknologi Automotif, Perkhidmatan Makanan, Agroteknologi dan
Prinsip Pengeluaran Ternakan. Pengagihan yang tidak seimbang ini menyebabkan
bebanan kepada pelajar untuk mereka memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan
untuk mata pelajaran yang lain. Beban tugas yang tidak seimbang akan menyebabkan
para pelajar menjadi kurang minat dan tidak fokus kepada program yang sedang diikuti.
Sebagai bakal guru, mereka perlu mengetahui cara bagaimana untuk mengaplikasikann
segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi di Institut Pengajian Tinggi. Penghayatan
ilmu juga perlu kukuh agar bakal guru ini dapat menyampaikan isi pelajaran dengan baik
dan sempurna ketika mereka keluar mengajar kelak.
6
Jadual 1.1: Senarai kursus mengikut semester
Sem Kod Kursus Jam Pertemuan Kredit Kuliah Amali
I
ULT 1112 TITAS I SPP 1002 Falsafah Pendidikan SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan SPE 1032 Keselamatan Bengkel SPL 1002 Teknologi Kayu SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan & Pemakanan SPL 1302 Asas Perdagangan
2 2 2 2 1 2
3 3
2 2
2 2 2
2 2
Jumlah 11 6 14 II UHS 1124 TITAS II
UHB 1412 English for Academic Communication
SPP 1012 Psikologi Pendidikan SPM 1002 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran SPE 1002 Lukisan Kejuruteraan I SPL 1012 Asas Elektrik dan Elektronik SPL 1122 Pakaian & Fabrik SPL 1212 Pembiakan & Pengurusan Tanaman
2 2 2 2 2 2 2
4 3
2
2 2
2 2 2 2
2
Jumlah 13 7 16 III
UQ- ---1 Ko-Kurikulum I ULT 2132 Islam dan Isu-Isu Semasa SPP 2002 Asas Pedagogi SPM 1012 Telekomunikasi dan Rangkaian SPE 2022 Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional SPE 2062 Penilaian dan Pengukuran Dalam PTV SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer SPL 2112 Pengajian Pakaian SPL 2412 Asas Pemasaran
2 2 2 2 2 2 1 2
2 3 3
1 2 2 2
2
2
2 2 2
Jumlah 13 8 17 IV
UHS 2- -2 Elektif Kenegaraan UHB 2422 Advance English for Academic Communication SPE 2012 Kaedah Mengajar PTV SPA 2001 Pengajaran Mikro SPE 2032 Asas Rekacipta SPE 2622 Rekabentuk Industri SPE 2012 Kimpalan & Fabrikasi Logam SPL 2122 Penyediaan Makanan SPL 2402 Rekabentuk Berbantukan Komputer
2 2 2 1 1
4 2 3 3 3 3
2
2 2 1 2 2 2 2
2 Jumlah 8 18 17
7
Sem Kod Kursus Jam Pertemuan Kredit
Sumber Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM (2004)
Kuliah Amali Tutorial
V
SPA 3008 Latihan Mengajar
8
Jumlah 8 VI SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam
Pendidikan SPE 3002 Perdagangan dan Keushawanan SPE 3022 Industri dan PTV SPE 3512 Asas Robotik & Mekatronik SPL 3002 Perkhidmatan Bangunan: Perpaipan SPL 3212 Hortikultur Hiasan SPL 3412 Aplikasi Komputer Grafik SPL 3422 Kajian Konsumer & Amalan SPA 3003 Latihan Industri (HW)
2 2 2 2 1 1
2
3
2 2 2 2 2
3 3
2 2 2 3
Jumlah 12 9 16 VII UQ- ---1 Ko-Kurikulum II
UHB 3- -2 Elektif Bahasa Inggeris SPP 4052 Sosiologi dan Profesionalisme Pendidikan SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel SPE 4612 Asas Pneumatik & Hidraulik SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I SPL 4402 Asas Pengurusan Inovasi & Pengluaran Produk SPL 4403 Rekacipta SPU 4902 Projek Sarjana Muda I
2 2 2
1
2
2 4 3 6 4
1 2 2 2 2 2 2 3 2
Jumlah 18 SPP 4- - 2 Elektif Pendidikan SPE 4602 Teknologi Pembuatan SPL 4002 Teknologi Automatif SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Pemakanan II SPL 4202 Agroteknologi SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan SPU 4904 Projek Sarjana Muda II
2 2 1
1 1
1
3 3 3 3 8
2 2 2 2 2 2 4
VIII
Jumlah 8 20 16 Jumlah Kredit Keseluruhan 125
8
Staf akademik merupakan tenaga pengajar yang paling banyak memberi
sumbangan kepada kejayaan para pelajar. Namun demikian kesibukan para pensyarah di
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan. Jadual 1.2 menunjukkan beban kerja pensyarah JPTK di Fakulti Pendidikan.
Jadual 1.2: Senarai beban tugas staf akademik JPTK
Bil. Tugas Perkara 1 Beban pengajaran
Kuliah, Tutorial, Amali, Penyeliaan (Projek Sarjana Muda dan Latihan Mengajar), Tesis (Sarjana dan Ph.D), Praktikum (Latihan Industri, Kaunseling dan Kerja Lapangan).
2 Beban pentadbiran akademik
Jawatan pentadbiran (Ketua)
3 Beban pembangunan diri Penyelidikan, Penulisan mengikut kursus, Perundingan, Keanggotaan dalam jawatan kuasa dan Pembacaan sendiri
4 Lain-lain Mengajar Program Space, Membuat dan menanda kertas peperiksaan, Menanda tugasan pelajar, Program E-learning, Penasihatan akademik, Felo asrama, Penyelaras latihan industri, Penyelaras jadual waktu dan Penyelaras anugerah kualiti.
Sumber Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai (2007).
1.3 Penyataan masalah
Masalah kepuasan oleh pelajar-pelajar SPH perlu di beri perhatian yang serius
oleh pihak Fakulti Pendidikan. Dalam melahirkan bakal-bakal guru yang cemerlang,
kepuasan belajar adalah menjadi satu keutamaan kerana ia akan memberi impak yang
besar sekiranya matlamat yang hendak dituju boleh dicapai atau sebaliknya. Justeru,
pelbagai kemahiran seperti generic skills dan soft skills perlu dimiliki oleh bakal guru
ini. Oleh yang demikian, sekiranya pelajar-pelajar SPH mempunyai ilmu serta
kemahiran yang terhad ekoran dari masalah kepuasan belajar dan seterusnya akan
menyukarkan proses penyampaian pengajaran serta kemungkinan ilmu yang
9
disampaikan juga sukar dihayati oleh murid-murid di sekolah. Di sini pengkaji ingin
mengkaji kepuasan belajar berdasarkan empat aspek utama iaitu kesesuaian kursus,
pengagihan kursus bagi setiap semester, kemudahan bengkel yang disediakan dan
peranan staf akademik dalam membantu pembelajaran staf. Sasaran utama pengkaji
untuk menjalankan kajian ini adalah pelajar pendidikan program Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan, Kemahiran Hidup (SPH), Perdana di Fakulti Pendidikan,
UTM pada sesi II 2007/2008. Terdapat empat persoalan kajian yang dikemukakan yang
akan menjawab penyataan masalah ini.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti:
1. kepuasan pelajar terhadap kesesuaian kursus yang di tawarkan bagi setiap
semester.
2. kepuasan pelajar terhadap pengagihan kursus setiap semester.
3. kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel yang disediakan.
4. kepuasan pelajar terhadap peranan staf akademik dalam membantu
pembelajaran pelajar.
10
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian ini untuk menjawab persoalan:
1. Apakah pelajar-pelajar merasa puas terhadap kesesuaian kursus yang di
tawarkan bagi setiap semester?
2. Apakah pelajar-pelajar merasa puas terhadap pengagihan kursus setiap
semester?
3. Apakah pelajar-pelajar merasa puas terhadap kemudahan bengkel yang
disediakan?
4. Apakah pelajar-pelajar merasa puas terhadap peranan staf akademik dalam
membantu pembelajaran pelajar?
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti kepuasan dan ketidakpuasan
pelajar-pelajar khususnya dari kursus SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Hasil
daripada kajian dari penyelidikan ini, diharap ianya akan dapat dijadikan panduan oleh
pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:
11
1.6.1 Pelajar di bawah JPTK
Kajian ini dapat membantu pelajar JPTK yang bakal bergelar guru, dimana
secara langsung mereka terlibat di dalam program latihan kemahiran serta mengenal
pasti kelemahan dalam strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya
tindakan susulan dapat diambil untuk tujuan pembaikan. Melalui kajian ini juga ia dapat
mengesan kelemahan kaedah penilaian hasil kerja pelajar agar mematuhi kaedah
pelaksanaan penilaian yang telah ditetapkan.
1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak JPTK akan keberkesanan
dalam pelaksanaan kursus-kursus pendidikan teknikal yang ditawarkan di Fakulti
Pendidikan. Seterusnya dapat memperbaiki kelemahan dan mengemaskini perancangan
serta kaedah pelaksanaan yang lebih teratur bagi meningkatkan keberkesanan kursus
yang ditawarkan ini.
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia
Diperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kajian ini diharap dapat
memberikan informasi akan keberkesanan pelaksanaan program latihan kemahiran
dengan mengkaji dan membuat penilaian terhadap kesesuaian kurikulum latihan
kemahiran. Kajian ini penting kerana kurikulum latihan kemahiran yang dilaksanaan
mestilah selaras dengan keperluan pekerjaan semasa khususnya dan kehendak negara
12
amnya. Penumpuan juga dapat diberikan terhadap program-program pendidikan guru
untuk meningkatkan kualiti guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran.
Selain itu, hasil kajian ini juga akan dapat memberikan sumbangan maklumat
dan pengetahuan dalam memajukan dan meningkatkan kredibiliti Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan di Malaysia agar setanding dan seiring dengan perkembangan semasa.
1.7 Skop dan batasan kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM. Ia hanya membabitkan pelajar
Perdana dari kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH),
dari tahun satu hingga tahun empat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor
kepuasan atau ketidakpuasan belajar bagi pelajar di bawah JPTK. Aspek yang dikaji
hanyalah ditumpukan kepada empat faktor iaitu kesesuaian kursus, pengagihan kursus
bagi setiap semester, kemudahan bengkel yang disediakan dan peranan staf akademik
dalam membantu pembelajaran pelajar.
13
1.8 Definisi operasional
Di dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh penulis
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Diantara istilah-istilah yang digunakan ialah;
1.8.1 Kepuasan
Satu tindakan yang memuaskan, kenyataan yang akan memuaskan; pemuasan
bagi kehendak; kepuasan hati dalam kehendak dan kegembiraan; ketenangan dalam
minda yang datangnya dari segala kemahuan, kehendak dan permintaan. Tuntutan
penyelesaian, patut dibayar, atau permintaan; pembayaran; jaminan ganti rugi; ganti rugi
yang memadai (http://www.brainyquote.com/words/sa/satisfaction215655.html).
Menurut Kamus Dewan (2004), kepuasan membawa maksud kelegaan,
kenikmatan, kesenangan: mencari dan ketenteraman jiwa. Maksud kepuasan dari
konteks kajian ini adalah ukuran yang digunakan untuk mengetahui tahap kepuasan oleh
pelajar SPH dari segi program dan kursus yang diikuti sepanjang berada di Fakulti
Pendidikan, UTM.
14
1.8.2 Pelanggan
Menurut Kamus Dewan (2004), pelanggan bermaksud pembeli (surat khabar,
majalah, dan lain-lain) yang tetap: semakin ramai pelanggan dan kedainya pula
bertambah besar. Maksud pelanggan juga ialah orang (syarikat) dan sebagainya yang
membayar kepada seseorang seperti peguam (pembina dan sebagainya) untuk
mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Pelanggan di dalam kajian ini ialah
para pelajar dari JPTK yang sedang mengikuti program di Fakulti Pendidikan, UTM.
1.8.3 Pelajar
Orang yang terlibat dalam pelajaran; seseorang yang menumpukan kepada
pembelajaran; penuntut; murid; orang yang terpelajar; khususnya, seseorang yang hadir
ke sekolah, atau orang yang mencari ilmu pengetahuan dari guru-guru profesional atau
dari buku-buku; contoh seperti pelajar di sesebuah akademik, kolej, atau universiti;
pelajar bidang perubatan; seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu yang bermanfaat
atau yang mengambil peperiksaan di dalam apa jua bidang; seseorang yang tekun atau
yang menumpukan sepenuh perhatian dan pemantau yang sistematik; contoh seperti
pelajar yang mengkaji sifat-sifat manusia ataupun sifat-sifat fizikal manusia
(http://www.brainyquote.com/words/st/student224972.html).
Mengikut Kamus Dewan, istilah pelajar bermaksud orang yang belajar untuk
mencari ilmu pengetahuan. Perkataan pelajar di sini merujuk kepada pelajar-pelajar
Perdana program SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM dari tahun satu hingga tahun empat
bagi sesi II 2007/2008.
15
1.8.4 Belajar
Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan atau maklumat; pencarian sesuatu melalui
penyelidikan, belajar, atau penyiasatan; untuk mendapatkan berkenaan dengan arahan;
untuk meneguhkan dalam fikiran; untuk memperolehi sesuatu pemahaman atau
kemahiran; untuk mengetahui cara; untuk mengetahui sesuatu pelajaran; untuk
mengetahui sesuatu tarian; bermain violin dan sebagainya.
(http://www.brainyquote.com/words/le/learn184114.html)
Untuk belajar berkomunikasi, dan untuk mengajar. Untuk mendapatkan
pengetahuan atau kemahiran; membuat persediaan dalam mendapatkan pengetahuan
atau kemahiran; untuk menerima maklumat atau arahan; seperti kanak-kanak yang
belajar dengan cepatnya. Dalam konteks kajian ini, responden adalah terdiri daripada
pelajar Perdana yang mengikuti program SPH yang belajar di Fakulti Pendidikan, UTM.
1.8.5 Program
Sesuatu yang ditulis atau dicetak dan dijadikan sebagai arahan atau iklan; satu
skim; prospektus; sesuatu yang khusus; panduan yang jelas atau pernyataan mengenai
sesuatu arahan untuk diikuti, atau meliputi sesuatu perkara, dalam pelbagai latihan
umum, pertunjukan, hiburan; permulaan lakaran.
(http://www.brainyquote.com/words/pr/program207126.html)
Dalam kajian ini, program adalah pengkhususan bidang yang diikuti oleh
responden iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan, Kemahiran Hidup
(SPH).
16
1.9 Rumusan
Di dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan serba sedikit tentang latar
belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Terdapat beberapa kelemahan yang telah
dikenal pasti di Fakulti Pendidikan khususnya JPTK dan tujuan kajian kes ini dijalankan
adalah untuk memberi ruang dan peluang bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan
tersebut. Namun yang demikian, kajian ini memerlukan komitmen yang padu dari semua
pihak yang berkenaan agar kebaikan tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh
warga Fakulti Pendidikan khususnya.
top related