kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam pengajaran
Post on 16-Oct-2021
73 Views
Preview:
TRANSCRIPT
21
Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Dr. Raudhah Binti Ali IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Malaysia
Abstract
This paper discusses the need for interpersonal and intrapersonal skills in teaching and learning process. The previous review of the literature concerned with interpersonal and intrapersonal skills for every individual, including teachers and students. Interpersonal skills are the ability to understand others to interact, collaborate, guide and manage communication with others. Intrapersonal skills are the ability to understand themselves and allow them to make decisions based on their own experiences and feelings. These skills need to be mastered by teachers and students so that they can become a good speaker and a good listener. With these mastered skills will assist individuals in determining the success and perfection in every action to be taken because of the mastery of interpersonal communication skills and interpersonal skills is the starting point for further action. The success or failure of a lot of things depend on the level of mentality and thinking ability in managing the communication within oneself. Keywords: Communication, interpersonal, intrapersonal, teaching, learning.
Pengenalan
Kemahiran berkomunikasi boleh
dikuasai melalui proses pembelajaran
(Sulaiman et al, 2002). Melalui interaksi,
seseorang itu dapat bertukar pendapat
dan berkongsi pengalaman dengan
individu lain. Individu yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi mempunyai
peluang yang lebih baik untuk
menyesuaikan dirinya dengan
persekitarannya.
Manusia melakukan komunikasi
setiap saat dalam kehidupan seharian.
Proses komunikasi yang dilakukan oleh
manusia berlaku setiap masa tanpa
disedari. Komunikasi amat penting
samada dalam memuaskan keperluan
hayat atau biologi seperti makanan dan
minuman ataupun keperluan sosial dan
psikologi. Maka komunikasi merupakan
satu kehendak dasar selagi manusia ingin
hidup bermasyarakat (Narimah & Wok,
2002).
Selain itu, komunikasi juga
bertindak sebagai penyebaran dan
penyampaian maklumat di mana manusia
sering memberitahu atau diberitahu
tentang sesuatu perkara. Guru biasanya
akan memberi taklimat dan arahan
tentang tugasan yang akan diberikan
kepada pelajar, begitu juga dengan cara
melaksanakan tugasan. Pelajar perlu
mendapatkan matlumat melalui
komunikasi dengan guru, rakan sekelas
ataupun dengan pihak ketiga yang lain
(Rahman, 2010).
Komunikasi interpersonal
merupakan komunikasi antara individu
yang berlaku dalam keadaan yang
membolehkan individu itu membalas
secara terus antara satu sama lain atau
lebih tepat lagi interaksi dua hala (Faridah
& Lilia Halim, 2002). Ia melibatkan
22
pasangan atau dalam bentuk kumpulan
kecil. Proses komunikasi interpersonal
juga boleh dikaitkan dengan kemahiran
psikomotor yang mana ia meliputi
penerimaan dan penterjemahan setiap
persepsi, serta memberi maklum balas
yang bersesuaian secara verbal atau non-
verbal (Argentin, 2003).
Menurut Cooley (2009), perbualan
merupakan contoh komunikasi dua hala
yang baik iaitu selepas orang yang
bercakap berhenti maka si pendengar
akan terus memberi reaksi terhadap apa
yang telah diperkatakan dan seterusnya.
Kesimpulannya, komunikasi
interpersonal ialah salah satu dari
komunikasi yang sering digunakan untuk
memenuhi keperluan kita dan orang lain.
Ia di gunakan untuk mendapatkan
informasi, mengenali orang lain,
memahami situasi dan persekitaran,
menyesuaikan diri dengan masyarakat
dan peranan kita dalam masyarakat serta
untuk memenuhi keperluan asas
interpersonal (Abdullah & Ainon, 2004).
Maka kemahiran komunikasi
interpersonal yang tinggi merupakan asas
kepada kewujudan komunikasi yang
berkesan kerana setiap individu mampu
menyampaikan matlumat dan menerima
maklumat yang disampaikan dengan jelas
dan tepat.
Komunikasi yang efektif bukan
sahaja dapat membantu kita
menyelesaikan masalah tetapi juga
membantu dalam memperbaiki
perhubungan. Pakar dalam bidang
komunikasi percaya bahawa komunikasi
yang lemah merupakan punca kepada
kebanyakan masalah dan komunikasi yang
efektif adalah penyelesaian kepada
kebanyakan masalah (Pearson, 2000).
Justeru, dengan memahami prinsip dan
teori komunikasi yang baik dan
menggabungkannya dalam praktikal boleh
menyelesaikan permasalahan antara
rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh,
guru dan pelajar. Dengan erti kata lain,
komunikasi yang efektif tidak boleh
menyelesaikan semua masalah di dunia
tetapi boleh menyelesaikan atau
mengelak kebanyakan daripada
permasalahan tersebut.
Komunikasi merupakan satu
proses yang berjalan terus-menerus tanpa
henti (Mansor et. al 1998). Begitu juga
dengan komunikasi yang merupakan satu
proses yang pastinya bermula dan tidak
tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti
kita berkomunikasi samada secara
langsung atau tidak langsung, samada
sedar atau tidak. Komunikasi boleh
berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi
bukan hanya melibatkan pertuturan atau
percakapan dengan diri kita semata-mata
tetapi kita juga berkomunikasi dengan
alam sekitar.
Dalam komunikasi interpersonal
terdapat sembilan unsur penting yang
perlu diberi perhatian. Ia adalah seperti
komunikasi mata, posisi tubuh dan
pergerakan badan, gerak isyarat atau air
muka, pakaian dan perawakan, suara dan
kepelbagaian, bahasa dan berhenti
sejenak dan mendapat penglibatan
pendengar (Zulkifli, 2000). Dalam konteks
sekolah, berkomunikasi ialah proses
bagaimana guru berkongsi pengalaman
dengan murid-muridnya dan begitu juga
23
sebaliknya. Apabila guru menyampaikan
pengetahuan dan pengalaman kepada
anak muridnya, ia dinamakan
berkomunikasi (Abdullah & Ainon, 2000).
Dalam proses guru dan murid-murid
bertukar-tukar pengalaman dan
pengetahuan, mereka mencipta makna
antara satu sama lain. Jika seseorang itu
ingin menjadi guru yang berkesan,
popular dan disukai ramai pelajar, salah
satu kemahiran yang mesti ada pada diri
guru itu ialah kemahiran berkomunikasi.
Ramai orang fasih dan petah bercakap.
Ramai orang menyangka asal mereka
pandai bercakap, mereka tentu sudah
berkomunikasi. Ini tidak benar. Bercakap
adalah sejenis bakat. Tetapi komunikasi
bukan setakat bercakap. Tanpa bercakap
pun kita boleh berkomunikasi (Abdullah &
Ainon, 2000).
Kebanyakan individu salah
memahami konsep dengan menganggap
diam sebagai bukan petunjuk komunikasi.
Sebenarnya, apabila manusia berkeadaan
diam, dia sudah pun memberi mesej
tertentu. Dalam sesetengah keadaan,
diam adalah merupakan satu bentuk
komunikasi yang sangat berkesan.
Kegembiraan, kesedihan, kegirangan,
kemarahan dan perasaan tertarik hati
misalnya banyak ditunjukkan oleh mimik
muka dan bahasa bukan lisan (body
language).
Oleh itu, manusia tidak boleh
berada dalam keadaan tidak
berkomunikasi kerana setiap gerak-geri
dan posturnya memberi mesej tertentu
kepada orang lain bergantung kepada
tanggapan dan interpretasi pihak-pihak
lain kerana hal inilah manusia perlu
belajar bagaimana untuk berkomunikasi
dengan lebih berkesan (Zulkifli, 2000).
Oleh yang demikian, penulis berpendapat,
faktor komunikasi interpersonal ini sangat
penting terutamanya di sekolah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Dua jenis komunikasi interpersonal
yang penting dalam PdP ialah komunikasi
lisan dan komunikasi bukan lisan yang
juga akan dilihat dari aspek kemahiran
komunikasi interpersonal yang perlu ada
pada seseorang guru itu untuk
membolehkannya membina keyakinan
ketika berkomunikasi dengan pelajar.
Menurut Mok (2000), pengajaran
boleh dihuraikan sebagai suatu proses
yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan dan kemahiran supaya
murid dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan. PdP
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan
tanpa komunikasi yang berkesan. Dalam
mana-mana pun sistem pendidikan
seluruh dunia, komunikasi merupakan
perkara atau elemen yang penting. Jadi
tidak hairanlah kebanyakan daripada guru
dan pelajar membina kemahiran
berkomunikasi mereka di sekolah. Oleh
yang demikian, untuk memastikan
pengajaran dapat disampaikan dengan
berkesan, guru-guru harus mempunyai
kemahiran komunikasi interpersonal
untuk menarik perhatian pelajar
memahami apa yang cuba disampaikan.
Dengan erti kata lain, baik atau buruknya
kaedah PdP yang dilahirkan boleh
dihubungkait dengan corak komunikasi
yang berlaku antara guru dan juga murid.
Lazimnya, komunikasi di sekolah berlaku
antara guru dengan guru, guru dengan
24
murid, guru dengan pentadbir, murid
dengan murid, guru dengan masyarakat
sekeliling dan murid dengan masyarakat.
Jaringan komunikasi ini dikatakan amat
kompleks.
Kemahiran Interpersonal
Kemahiran interpersonal ini
membawa maksud kebolehan bagi
seseorang individu bekerja secara
kooperatif di dalam kumpulan, termasuk
kebolehan berkomunikasi secara lisan
ataupun bukan lisan, dapat membezakan
individu dari segi emosi, motivasi,
perangai dan niat, mempunyai perasaan
empati serta dapat mengetahui
kepercayaan, ketakutan dan harapan
individu lain iaitu sensitif terhadap
perasaan dan emosi orang lain yang
berada di sekelilingnya.
Terdapat empat jenis aspek bagi
interpersonal, iaitu kemahiran
komunikasi, kemahiran berhubung,
kemahiran komputer dan kemahiran
berbudaya. Kemahiran komunikasi
terbahagi kepada tiga elemen iaitu
kemahiran komunikasi interpersonal,
kemahiran komunikasi intrapersonal dan
kemahiran komunikasi bukan lisan
(Gardner, 1983). Komunikasi yang
dimaksudkan di dalam kemahiran
interpersonal seperti kemahiran
mendengar, kemahiran bertanya,
kemahiran bertutur, kemahiran memberi
maklum balas, unsur bahasa, mengubah
sikap dan tingkah laku, penampilan dan
komunikasi bukan lisan (Abdullah &
Ainon, 2002).
Menurut Teori Multiple
Intelligences (Gardner,1993), kemahiran
interpersonal didefinisikan sebagai
keupayaan untuk berinteraksi dengan
orang lain dan memahami mereka.
Terdapat enam kategori kemahiran
interpersonal iaitu keupayaan untuk
menerima perasaan dan idea, bertanya
soalan, menyampaikan maklumat dan
pertunjuk dan yang paling penting ialah
kemahiran komunikasi. Kemahiran
berkomunikasi boleh dikuasai melalui
proses pembelajaran. Melalui interaksi
seseorang itu dapat bertukar pendapat
dan berkongsi pengalaman dengan
individu lain. Individu yang mempunyai
kemahiran komunikasi mempunyai
peluang lebih baik dalam menyesuaikan
dirinya dengan persekitaran.
Komunikasi Interpersonal berlaku
apabila dua, tiga atau kumpulan kecil
(biasanya 4 hingga 8 orang) berbual
menyampaikan perasaan. Komunikasi
berlaku samada dengan perantaraan
media seperti telefon atau berlaku secara
berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi
Interpersonal kadangkala dipanggil juga
komunikasi muka ke muka atau
komunikasi antara individu. Komunikasi
interpersonal ini berlaku apabila dua atau
beberapa individu berkomunikasi muka ke
muka tanpa menggunakan perantaraan
saluran atau medium yang kompleks dan
berorganisasi. Pengirim dan penerima
komunikasi itu menggunakan lebih dari
satu pancaindera untuk menanggap
maklumat, mesej dan tindakbalas yang
dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi
komunikasi begini adalah pantas, rancak
dan segera (Mansor, 1998). Komunikasi
Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab
iaitu untuk menyelesaikan masalah,
25
menyelesaikan konflik, berkongsi
maklumat, membaiki persepsi diri atau
memenuhi keperluan sosial seperti ingin
menyayangi dan disayangi (Pearson,
2000).
i- Komunikasi Lisan (Verbal)
Bahasa merupakan unsur penting
dalam komunikasi verbal. Pearson (2000)
mengatakan bahawa bahasa adalah
merupakan kod simbol, huruf atau
perkataan dengan pelbagai makna yang
disusun mengikut peraturan susunan ayat
yang digunakan untuk berkomunikasi.
Menurut Sulaiman (2002), pula
komunikasi jenis ini boleh berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual
secara bersemuka. Komunikasi lisan juga
dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim
antara manusia dan boleh menjalinkan
hubungan peribadi antara dua manusia.
Komunikasi jenis ini boleh
biasanya berlaku secara informal.
Komunikasi formal pula adalah seperti
mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga
dan pengucapan awam. Misalnya untuk
mengajar, seseorang guru bukan sahaja
perlu membuat persediaan dari segi
rancangan pelajaran dan alat bantu
mengajar, malah ia perlu melakukan
dengna baik untuk menarik perhatian
pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya
pasti membosankan. Che Su dan Mohd
Fo’ad (1993), mengatakan untuk
menjadikan pengajaran yang berkesan,
guru mestilah memiliki ciri-ciri positif
seperti pertuturan yang jelas, pertuturan
yang bersemangat dan komunikasi dua
hala.
ii- Komunikasi Bukan Lisan (Non -
Verbal)
Dalam usaha untuk mencapai
matlamat PdP yang baik, komunikasi
tanpa lisan adalah perlu. Komunikasi
tanpa lisan boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat
dan komunikasi visual (Ivy Deirdre, 2012).
Komunikasi isyarat ialah makna yang
dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota
badan, mimik muka, objek atau sebarang
rekabentuk yang di luar daripada
penggunaan biasa oleh sistem bahasa
yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-
beza maknanya mengikut budaya bangsa.
Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan
oleh orang Melayu adalah berbeza
maksudnya apabila dilihat dan ditafsir
oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain
itu, komunikasi visual pula membolehkan
kita berkomunikasi menggunakan imej-
imej visual seperti gambar, lukisan atau
illustrasi tertentu. Komunikasi visual
boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
komunikasi grafik, imej bergerak dan
komunikasi bertulis. Komunikasi grafik
biasanya disampaikan melalui media masa
seperti akhbar, risalah majalah dan
sebagainya. Sementara komunikasi imej
bergerak lazimnya digunakan oleh
televisyen dan video. Media ini berfungsi
unutk rancangan pendidikan dan
demonstrasi. Kelebihan media ini
menggunakan kombinasi imej visual,
perkataan dan audio untuk
menyampaikan mesej yang realistik.
Joseph (1982) mengatakan
bahawa semasa kita berkomunikasi secara
bersemuka, kurang daripada 10 % impak
terhadap komunikasi kita datang daripada
26
apa yang kita kata tetapi lebih 90 % impak
adalah ditentukan oleh komunikasi “non-
verbal”. Komunikasi “non-verbal”
merangkumi mimik muka, tumpuan mata,
pergerakan kaki dan badan, pakaian,
penampilan umum dan intonasi suara.
Oleh itu, semasa berkomunikasi kita
hendaklah kongruen. Ini bermaksud
pergerakan tubuh badan atau bahasa
pergerakan tubuh badan dan intonasi
suara mestilah seiring dengan apa yang
kita hendak kata atau sampaikan.
Memahami bahasa pergerakan tubuh
badan amat penting dalam hubungan
interpersonal. Lebih daripada 50% kesan
atau impak keberkesanan mesej kita
adalah daripada bahasa pergerakan tubuh
badan. Untuk menjadikan komunikasi kita
efektif dan berkesan, kita perlu tingkatkan
pemahaman dan kesedaran kita terhadap
pergerakan tubuh badan kita dan orang
lain.
Salah satu masalah untuk
memahami “non-verbal” komunikasi ialah
kita telah membuat tanggapan atau
andaian terhadap “non-verbal”
komunikasi berdasarkan budaya kita.
Sebagai contoh kajian yang dibuat oleh
Littlejohn ( 2001) mengatakan cara orang
Asia berkomunikasi dengan menggunakan
Bahasa Ingeris dalam loghat Britian
selalunya disalah tafsir atau dibuat
penilaian awal yang salah terhadap
maksud mereka berdasarkan “non-verbal”
komunikasi mereka iaitu budaya Asia
(Gorsky & Caspi, 2005).
Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran Komunikasi
Intrapersonal adalah penting dalam diri
seseorang individu. Walaupun kita
menggunakan masa yang banyak
berkomunikasi dengan orang lain,
sebenarnya Komunikasi Intrapersonal
mendominasi majoriti daripada
komunikasi kita dan memberi impak yang
terbesar kepada sikap individu serta
mempengaruhi kejayaan atau kegagalan
kita (Buntat, 2004).
Menurut Schulz, B. (2008), jika
tafsiran terhadap komunikasi
Intrapersonal dari sudut ruang lingkup
kognitif, kita cirikan kemahiran ini sebagai
suatu simbol terhadap kemahiran yang
melibatkan sifat dalaman seperti
mengkod atau menyahkodkan.
Seterusnya jika kita tafsirkan komunikasi
Intrapersonal dari segi operasi kognitif, ia
melibatkan pemikiran terhadap konsep.
Kemahiran Intrapersonal
merangkumi “Sense-making” seperti
mentafsir peta, teks, gambar dan symbol,
mentafsir “non-verbal” komunikasi seperti
pergerakan dan komunikasi mata,
komunikasi antara anggota badan seperti
“Perut saya mengingatkan saya masa
untuk makan”, khayalan, mimpi dan lain-
lain (Fisher, B., 1986).
Kajian telah dilakukan dan
mendapati terdapat atau wujud
perbezaan kemahiran Komunikasi
Intrapersonal mengikut jantina.
Perbezaaan ini wujud disebabkan oleh
persekitaran serta didikan awal semasa
zaman kanak-kanak serta penekan
terhadap perwatakan yang perlu ada
27
mengikut jantina serta norma sosial
(Dyrud M., 2008).
Persepsi intrapersonal kita
bermula daripada perhubungan dengan
dunia sebenar. Pengalaman dari segi
visualisasi sangat mempengaruhi
Intrapersonal komunikasi. Persepsi
intrapersonal banyak bergantung kepada
realiti daripada keadaan sebenar atau
dunia sebenar (Hurley, 2008). Selain
daripada itu, persepsi suatu masyarakat
juga mempengaruhi persepsi
Interpersonal seseorang individu.
Tindakan dalam diri seorang individu yang
telah sebati dengan cara atau sosial suatu
masyarakat akan mempengaruhinya.
Kemahiran Intrapersonal banyak
bergantung kepada kesediaan fikiran atau
otak kita. Berikut adalah beberapa aktiviti
yang dapat membantu kita meningkatkan
kemahiran intrapersonal dengan cara
mengawal pemikiran kita yang mana
setiap kali kita merasa risau atau
gementar, tarik nafas dan perlahankan
pernafasan serta tarik nafas yang dalam
dan hembuskan perlahan-lahan.
Kemudian, tumpukan perhatian dan fokus
kepada satu item dan secara perlahan
sebelum tumpukan kepada item lain.
Seterusnya, pejamkan mata dan fikirkan
tentang tubuh anda. bukan kepada
bentuk tubuh, tetapi apa yang
dirasakannya. Dengan perlahan kenali
seluruh tubuh anda dan
rehatkan/tenangkan bahagian yang terasa
tekanan atau bebanan. Tetapkan masa
5,10,15 atau 20 minit. Pilih satu tajuk dan
fikirkan tajuk tersebut. Apabila fikiran
mula menular, bawa kembali kepada topik
pertama kali melakukan aktiviti
intrapersonal. Ini akan membawa anda
berfikir berapa banyak masa yang masih
ada (Verderber R. P, 1999).
Devito (2002) menjelaskan bahawa
komunikasi intrapersonal merupakan
komunikasi dengan diri sendiri dengan
tujuan untuk berfikir, membuat refleksi,
menganalisis dan merenung. Begitu juga
Wertheim, E.G., 2008) menjelaskan
komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi yang terjadi pada diri
manusia, meliputi proses sensasi, asosiasi,
persepsi, memori dan berfikir. Rahman,
M.M (2010) mengatakan bahwa
komunikasi intrapersonal merupakan
komunikasi yang berlaku dalam diri
seseorang individu. Individu itu
berperanan sebagai jurucakap yang
berbicara kepada dirinya sendiri. Dia
berdialog dengan dirinya sendiri. Dia
bertanya dengan dirinya sendiri dan
dijawab oleh dirinya sendiri. Seterusnya
Rahman, M.M (2010) mengatakan
bahawa komunikasi intrapersonal adalah
suatu proses pengolahan informasi,
meliputi sensasi, persepsi, memori dan
berfikir.
Berdasarkan konsep intrapersonal
yang telah dihuraikan oleh beberapa ahli
komunikasi dapat dirumuskan bahawa
komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi pada diri sendiri atau dengan
dirinya sendiri. Setiap komunikasi
intrapersonal seiring dengan proses
berfikir, iaitu ketika seseorang secara
sedar (sengaja) mengirimkan informasi
pada dirinya untuk menganalisis sebuah
situasi dan mengambil sikap atau sesuatu
keputusan. Ketika kita ingin memecahkan
suatu masalah, membuat keputusan,
28
ataupun mencari sebab dan akibat, kita
akan berinteraksi dengan diri kita sendiri
apa yang baik, apa yang buruk, serta apa
yang dapat kita lakukan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
komunikasi seseorang dengan dirinya
sendiri (communication with the self).
Setiap kali komunikasi intrapersonal
seiring dengan proses berfikir, iaitu ketika
seseorang secara sedar (sengaja)
menghantar maklumat kepada dirinya
untuk menganalisis sesuatu situasi dan
membuat keputusan.
Kajian Literatur
Kemahiran komunikasi
interpersonal adalah satu elemen penting
yang harus dikuasai oleh pelajar samada
dalam aspek akademik, interaksi sosial
dan kerjaya. Kajian deskriptif secara
tinjauan telah dilaksanakan oleh Mohd
Safiee et al (2013) untuk mengenalpasti
tahap penguasaan pelajar dalam tiga
komponen kemahiran komunikasi
interpersonal iaitu komunikasi secara
lisan, komunikasi bukan lisan dan
kemahiran mendengar. Sampel kajian ini
melibatkan seramai 185 orang pelajar
tahun akhir dari Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Hasil kajian
mendapati tahap penguasaan kemahiran
komunikasi interpersonal pelajar berada
pada tahap tinggi di mana komponen
mendengar mencatatkan min tertinggi
iaitu 3.98 diikuti kemahiran komunikasi
secara lisan sebanyak 3.91 dan kemahiran
komunikasi bukan lisan sebanyak 3.80.
Menurut satu kajian yang
dijalankan oleh National Association Of
College and Employer pada tahun 2001
juga mendapati bahawa kemahiran
komunikasi merupakan kemahiran yang
paling diperlukan oleh majikan dalam
pemilihan pekerja. Kajian yang dijalankan
oleh Mazdalifah (2010) juga mendapati
bahawa 71% daripada para majikan
menitikberatkan kebolehan mahasiswa
mengikuti arahan, bercakap dengan jelas,
mampu mengemukakan idea dengan
yakin dan memberikan tumpuan semasa
perbincangan atau mesyuarat. Kemahiran
bertutur dalam pelbagai bahasa juga
dititikberatkan.
Selain itu, Argentin, P. A. (2003)
menyatakan bahawa komunikasi adalah
salah satu aktiviti penting dalam sesebuah
organisasi kerana pengurus misalnya
menggunakan 85-90% daripada masa
kerjanya untuk kerja-kerja yang berkaitan
dengan komunikasi. Lapan puluh peratus
manusia yang gagal dalam kerjayanya
disebabkan satu faktor iaitu mereka gagal
untuk berhubung dengan orang lain. Ia
disokong dengan kenyataan Abdullah, S.
S. (2008) bahawa dalam kehidupan
seharian, kita kadangkala berhadapan
dengan kesukaran untuk memahami
maksud yang cuba disampaikan oleh
orang lain atau mungkin orang lain
menghadapi kesukaran yang sama dengan
cara kita berkomunikasi. Keadaan ini
timbul kerana beberapa faktor, antaranya
mendengar secara sambil lewa sahaja dan
tidak berusaha untuk benar-benar
memahami mesej yang disampaikan.
Kebanyakan individu hanya menadah
telinga ketika orang lain bercakap, kita
sebenarnya tidak mendengar tetapi
29
menunggu masa untuk menyambung
percakapan orang lain semula.
Selain daripada kemahiran dari
aspek teknikal dalam bidang
pengkhususan masing-masing, kemahiran
generik (kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, kemahiran penyelesaian
masalah, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berkerja secara berkumpulan
dan lain-lain lagi) merupakan atribut yang
amat perlu dikuasai dan diamalkan oleh
graduan universiti, khususnya di era
persaingan global berasaskan
pengetahuan dan k-ekonomi ini. Di
samping aspek teknikal, kebanyakan
majikan menggunakan penguasaan
kemahiran generik ini sebagai asas dalam
pengambilan graduan untuk berkerja
dalam institusi atau syarikat mereka.
(Buletin PDP UTM, 2004).
Justeru, pelajar pada hari ini sudah
tidak boleh lagi bergantung kepada
pengetahuan akademik semata-mata
malah juga memerlukan kemahiran yang
dapat meningkatkan peluang mereka
untuk mendapatkan pekerjaan (Jamil, N.
& Chidambaram, P., 2010). IPT perlu lebih
kompeten dalam menawarkan kursus-
kursus yang dapat melengkapkan para
pelajar dengan kemahiran dan atribut
pekerjaan yang diperlukan. Seringkali
cabaran utama yang dihadapi oleh IPT
ialah dalam pemilihan kemahiran di luar
kurikulum akademik yang perlu
diterapkan dalam proses pengajaran.
Aplikasi Kemahiran Interpersonal dan
Intrapersonal dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Seorang guru harus mahir dalam
menyampaikan maklumat dengan
berkesan kepada pelajar dan
membimbing mereka dalam pencapaian
akademik yang baik. Guru tersebut juga
harus menilai kaedah pengajaran diri
sendiri dan berusaha untuk memperbaiki
kelemahan. Ini melibatkan kemahiran
interpersonal dan intrapersonal yang
mantap.
Kajian Jamil, N. & Chidambaram, P.
(2010) turut menyokong kepentingan
kemahiran komunikasi di kalangan
pelajar. Mereka ada menyatakan bahawa
bagi memastikan sesebuah organisasi
terus maju kehadapan, kemahiran
insaniah amat dititik beratkan oleh
majikan semasa mencari calon-calon yang
layak dan bersesuaian dengan kriteria
yang dikehendaki seperti calon yang boleh
mengendalikan orang ramai, bekerja
dengan orang ramai dan berkomunikasi
dengan orang ramai. Apabila menyalurkan
sesebuah maklumat, masyarakat lebih
suka komunikasi secara lisan berbanding
secara bertulis. Hal ini kerana, apabila
maklumat itu disalurkan secara bercakap
akan mengurangkan masa penyampaian,
tidak memerlukan komputer, penyalinan
semula dan pengedaran. Melihat kepada
kepentingan komunikasi yang berkesan,
organisasi pada masa kini mengambil
pekerja yang sudah mempunyai
kemahiran komunikasi dan melatih
pekerja yang sememangnya sudah
berkhidmat di dalam syarikat supaya
mereka dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi yang ada di dalam diri
mereka.
30
Kemahiran interpersonal dan
kemahiran intrapersonal mempengaruhi
cara seseorang individu itu
berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran juga dicadangkan bagi
kedua-dua kemahiran ini untuk
memudahkan guru mengaplikasikannya di
dalam bilik darjah. Unsur-unsur
bekerjasama, toleransi dan
bertanggungjawab serta komited perlu
diterapkan untuk memantapkan
kemahiran interpersonal dan
intrapersonal.
Kemahiran Intrapersonal boleh
dibincangkan berkenaan nilai menghargai
diri, pengawalan emosi dan mengapa
seorang guru itu perlu menjadi prihatin.
Cara kita berinteraksi berbeza mengikut
tempat, individu yang dilawan
berkomunikasi dan situasi yang wujud
ketika interaksi berlaku. Sebagai guru, kita
tahu pelajar mempunyai keperluan
berbeza dan cara belajar berbeza.
Sebahagian pelajar sukakan angka
manakala sebahagian lagi sukakan warna
dan ada pula yang suka bercerita atau
menyanyi. Terdapat juga pelajar yang
suka bekerja dalam kumpulan, manakala
sebahagian kecil pula akan menghasilkan
tugasan yang baik jika bersendirian.
Justeru itu, untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang lebih berkesan dan mencapai
objektifnya, pelbagai aktiviti perlu
digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar
yang pelbagai dengan cara belajar yang
pelbagai juga dapat ditangani.
Howard Gardner (1983)
memberikan definisi kemahiran
interpersonal di dalam bukunya Frames of
Mind sebagai kebolehan memahami
orang lain dan menggunakan kebolehan
ini dalam berinteraksi, bekerjasama,
membimbing dan menguruskan
komunikasi. Kemahiran interpersonal
membolehkan seseorang memahami
perasaan, tabiat serta hasrat orang lain.
Individu ini dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan
dapat memberi motivasi kepada orang
lain.
Seorang guru perlu menjalinkan
semangat kerjasama dengan guru-guru
yang lain, kakitangan sekolah, dan ibu
bapa kepada pelajar-pelajarnya.
Kerjasama dengan guru-guru lain sangat
diperlukan, bermula dari merancang
pengajaran hinggalah kepada
melaksanakan aktiviti sekolah yang
lainnya; yang diarahkan oleh pentadbir
dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama
ini, hasrat atau matlamat yang dirancang
tidak akan tercapai. Contohnya Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di
semua sekolah. Ahli-ahlinya terdiri
daripada semua guru dan ibu bapa
pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti
dirancang dan dilaksanakan demi
meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari
segi akademik dan akhlak. PIBG juga dapat
mengeratkan hubungan antara guru dan
ibu bapa. Kerjasama yang erat antara
keduanya akan membantu semua pihak
dalam membentuk pelajar menjadi insan
berguna kepada bangsa dan negara.
Pelajar yang mempunyai
kecerdasan interpersonal akan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakan lain di
31
dalam kelas. Pelajar yang belajar secara
kumpulan koperatif sentiasa mendapat
pencapaian akademik yang lebih tinggi
daripada mereka yang bekerja secara
individu. Tugasan yang dihasilkan secara
kumpulan juga didapati lebih berkualiti.
Kerjasama kumpulan membuktikan
masalah perkauman dapat dikurangkan di
samping meningkatkan kemahiran sosial
ahli-ahli yang terlibat. Secara bekerjasama
di dalam kumpulan kecil, bincangkan
aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan
oleh PIBG untuk menjayakan tujuan
kerjasama antara guru dan ibu bapa.
Kemahiran intrapersonal adalah
keupayaan kognitif seseorang untuk
memahami dan mengenali diri sendiri.
Kemahiran ini membolehkan seseorang
itu mempelajari siapa dirinya, apakah
perasaannya, apa yang ingin
dilakukannya, apa yang perlu
dielakkannya dan mengapa dirinya begitu.
Mereka sangat pasti tentang kehendak
dan tahap keupayaan sendiri.
Individu yang mempunyai
kemahiran intrapersonal dapat mengenali
diri sendiri secara mendalam serta
mempunyai tanggapan tentang kekuatan
dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini
menjadikan mereka mempunyai
keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri. Mereka boleh
menentukan hala tuju kehidupan dan
mempunyai prinsip serta azam yang kuat
dan boleh berdikari. Secara luarannya,
seseorang yang mempunyai kemahiran
intrapersonal itu kelihatan murung dan
mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa
berwaspada dan mempunyai wawasan.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan untuk pelajar-pelajar bagi
memperbaiki kemahiran intrapersonal
ialah: (a) membuat catatan dalam jurnal
atau diari; (b) menghuraikan perasaannya
terhadap sesuatu mata pelajaran; (c)
menilai kerja sendiri; (d) mengisi borang;
(e) menulis pengalaman manis atau pahit
yang pernah dialami; (f) Menghuraikan
kekuatan/kelemahan sendiri; (g)
Melaksanakan projek secara individu; (h)
Menulis berkenaan sejarah keluarga
sendiri; (i) membuat refleksi secara
senyap; (j) menggunakan teknik
metakognitif (menyedari teknik
pembelajaran sendiri dan dapat
menjelaskannya); (k) menggunakan
kemahiran memerhati atau memfokus;
dan (l) menggunakan kemahiran
menaakul.
Seseorang individu yang
menghargai dirinya akan dapat menerima
dirinya sendiri seadanya dan tidak
membandingkan dengan orang lain yang
dirasakan jauh lebih baik darinya. Individu
ini akan sentiasa bersyukur dengan
kelebihan ataupun kekurangan yang
dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian
daripada unsur dalam konsep kendiri.
Harga diri adalah bahagian yang menilai
diri sendiri dan mempunyai kaitan yang
amat kuat dengan keyakinan diri dan
kejayaan.
Seseorang yang menghargai diri
dapat menerima hakikat bahawa kejayaan
dan kegagalan adalah perkara lumrah di
dalam kehidupan seseorang. Misalnya,
jika beliau pernah mengalami kegagalan di
sekolah; keadaan ini tidak akan
melemahkan semangatnya atau
32
menjadikan beliau merasa rendah diri.
Beliau akan terus berusaha untuk berjaya.
Setiap individu tidak dilahirkan
dengan konsep diri atau harga diri tetapi
ia terbentuk melalui cara orang lain di
sekeliling bertutur, bertindak balas dan
melayan mereka. Sebelum seorang kanak-
kanak menjejakkan kaki ke sekolah untuk
mendapatkan pendidikan secara formal,
ibu bapa atau orang yang terdekatlah
yang mempengaruhi pembentukan harga
diri seseorang itu. Kemudian peranan itu
akan diambil pula oleh guru-guru dan
rakan sebaya yang berhubungan rapat
dengannya.
Guru mempunyai pengaruh sama
ada meningkat atau mengurangkan harga
diri kanak-kanak tanpa disedarinya.
Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas,
bodoh, lembab dan bermasalah akan
mengalami penurunan harga diri. Guru
sendiri akan menjadi penghalang kepada
pembentukan harga diri yang lebih tinggi
apabila mereka dibanding-bandingkan,
dikritik atau diberikan perlindungan
berlebihan. Sebaliknya jika mereka sering
diberi pujian dan galakan, harga diri akan
terbentuk dan harga diri inilah yang akan
menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Individu yang menghargai dirinya
akan sentiasa menyukai dirinya walaupun
bukan kerana kejayaan memperoleh
sesuatu. Menghargai diri adalah satu
daripada taktik untuk memberikan nilai
yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya
untuk keyakinan diri. Kita menyukai diri
kita seadanya bukan kerana apa yang
boleh kita lakukan atau sebaliknya. Bagi
individu ini, sebarang pujian tidak
diperlukan untuk mengenal kekuatan diri,
sebab diri sendiri telah yakin dengan apa
yang dipunyai.
Kemahiran interpersonal adalah
kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam
berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi.
Kemahiran intrapersonal adalah
kebolehan memahami diri dan dapat
membuat keputusan berdasarkan
pengalaman dan perasaan diri sendiri.
Seseorang yang mempunyai kemahiran
interpersonal mempunyai sifat
kepimpinan yang baik, dapat bekerja
dalam pasukan dan mengekalkan
perhubungan yang baik. Bagi memupuk
kemahiran intrapersonal guru harus
melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti
menguruskan jurnal pembelajaran,
menggunakan teknik metakognitif,
membincangkan kelemahan dan kekuatan
diri sendiri dan sebagainya.
Kesimpulan
Sekolah dan Institusi pengajian
tinggi memainkan peranan penting dalam
mewujudkan perkembangan sosial
dengan menekankan kepentingan
komunikasi yang berkesan dalam
kalangan pelajar. Sebagai suatu proses
interaktif, pembelajaran yang berkesan
dapat memberi peluang pelajar
berinteraksi, bekerjasama dan membina
keyakinan diri. Apabila pengajaran
menjadi menarik dan menyeronokkan,
pelajar akan lebih mudah untuk
menyalurkan fikiran dan pandangan
mereka secara terbuka. Apabila pelajar
dapat berkomunikasi dengan berkesan
33
maka ini akan memudahkan seseorang
individu dan kelompok melaksanakan
peranan dan tanggungjawab masing-
masing sebagai satu organisasi atau
komuniti. Kemahiran komunikasi yang
berkesan sebenarnya memerlukan
kesungguhan , pengalaman dan minat
terhadap profesion atau bidang yang
mereka ceburi kelak. Di samping itu dapat
meningkatkan nilai-nilai yang positif
dalam kemahiran sosial dan
memantapkan emosi pelajar.
Rujukan
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004), “Komunikasi Untuk Pendakwah”. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd.
Abdullah, H. & Ainon, M. (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.
Abdullah, S. S. (2008). Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Penerbit: Universiti Utara Malaysia.
Argentin, P. A. (2003). Corporate Communication, 3rd Education. New York: McGraw-Hill Companies Inc.
Ab. Rahman Abu Bakar (1996). “Komunikasi Bilik Darjah”. Kelantan: Jurnal Akademik, Maktab Perguruan Kota Bahru, Pengkalan Chepa.
Buntat, Y. (2004). Integrasi Kemahiran “Employability” (soft skills) dan Kepentingan Penerapannya di Kolej-
kolej Kediaman Pelajar. University Teknologi Malaysia.
Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.
Cooley, A. H. (2009). “Piggybacking” on Business Communication Through Interdisciplinarity: Developing Student Communication Skills in Legal Environment of Business Courses. Business Communication Quartely, 72(4), 431-438.
Dyrud, M. (2008). Cross-disciplinary Approaches, part 2. Business Communication Quarterly, 71(4), 338-339.
Faridah Serajul Haq dan Lilia Halim (2002). “Development Of Interpersonal Skill Among Trainee Teachers”. Volume 1. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fisher, B. A. (1986). Teori-teori Komunikasi. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Gardner, C.R. (1983). Motivational Variables In Second Language Acquisition.
Gorsky, P. & Caspi, A. (2005). Dialogue: A theoretical framework for distance education instructional systems. Bristish Journal of Educational Technology, 36(2), 137-144.
Hurley (2008). The Importance of Strong Business Communication Skills. McGraw Hill Inc.
Ivy Deirdre Mangkau (2012), Penguasaan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)”
34
Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke-2, 2012 13 Jun 2012
Jamil, N. & Chidambaram, P. (2010). Industry’s need on oral communication skills among tourism students in a polytechnic. Polytechnic Johor Bahru.
Joseph A. Devito (2002), “The Interpersonal Communication Book”, New York: Longman. Ninth Edition.
Littlejohn ( 2001). Theories of Human Communication, Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. [21] Markley, R. (2004). Communication’s Role. Rock Products. 107(3).
Mazdalifah (2010). Komunikasi Interpersonal Ditinjau Dari Sudut Pandang Psikologi Komunikasi. Department Ilmu Komunikasi: FISIP USU. 123-127. [23] Mok S. S. (1996). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). “Penghantar Komunikasi”. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mohd Safiee Hj. Idrisa, Hj. Ashari Sikorb & Siti Zahara Binti Mohd Ariff (2013) “Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka”
Mok, Soon Sang (2000). “Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran.” Shah Alam: Fajar Bakti.
Narimah, I. & Wok, S (2002), Kursus Komunikasi Organisasi. Bentong: PTS Publications and Distribution Sdn Bhd.
Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication Understanding dan Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition.
Rahman, M.M (2010). Teaching oral communication skills: A task based approach. ESP World.
Rosidayu Hj Sahran (2006). Kepentingan Audit Komuniksi. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). ] Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). The Importance of Oral Communication among UPM Business Students. University Putra Malaysia Press.
Richard A. Fiordo (1996), “Communication in Education”, Canada: Detselid Enterprises Ltd. Calgary, Alberta.
Schulz, B. (2008). The Importance of Soft Skills: Education Beyond Academic Knowledge. Polytechnic of Namibia.
Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.
Verderber R. P (1999). “Communicate”. United Kingdom: Wadsworth Publishing Company. Ninth Edition.
Zulkifli Yusof (2000)., “Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung dengan Orang Lain”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.
Wertheim, E.G. (2008). The Importance of Effective Communication. College of Business Administration: Northeastern University.
35
top related