pengintegrasian teknologi maklumat dan … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam...
Post on 01-Feb-2018
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
1
TAJUK 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan konsep, teori dan amalan dalam pengintegrasian kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran;
pemilihan dan penggunaan, serta kemahiran teknikal tentang beberapa aplikasi
komputer termasuk pemproses perkataan, persembahan elektronik, hamparan
elektronik, pangkalan data dan alat pengarangan. Turut dibincang adalah penghasilan
dan penggunaan pakej pembelajaran berbentuk multimedia dan penggunaan media
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan
dapat:
i. Menghuraikan peranan dan implikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
ii. Memilih dan menggunakan aplikasi komputer yang sesuai dengan pengajaran
dan pembelajaranyang hendak dilaksana
iii. Mengaplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai aplikasi komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Menghasilkan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan standard pembelajaran
v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
2
KERANGKA TAJUK
11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
11.2 Pemprosesan Perkataan
11.3 Persembahan Elektronik
11.4 Hamparan Elektronik
11.5 Pangkalan Data
11.6 Penggunaan Perisian Alat Pengarangan
11.7 Penghasilan Pakej Multi Media Pembelajaran
11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
11.1 PENGENALAN KEPADA PENGINTEGRASIAN TMK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua
pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam
senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi
penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara
kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa
kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan
TMK khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.
11.1.1 Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning
media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini
telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut
guru memahami aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori
pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi
komputer bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan
pembelajaran.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
3
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru
seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian.
Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Era Baru
Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid
Stimulasi melalui satu deria Stimulasi melalui pelbagai deria
Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan
Menggunakan satu media Menggunakan pelbagai media
Kerja berasingan Kerja secara kolaboratif
Menyampaikan maklumat Bertukar maklumat
Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif berasaskan penerokaan
dan inkuiri penemuan
Pembelajaran berasaskan fakta dan
pengetahuan
Pemikiran kritikal dan membuat keputusan
dengan bermaklumat
Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / terancang
Konteks buatan (artificial) dan terpisah Konteks dunia sebenar dan tulen (authentic)
Sumber : National Educational Technology Standards for Students (June, 1998),
published by the InternationalSociety for Technology in Education (ISTE), NETS Project.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
4
Perbincangan
Bincangkan perkembangan teknologi yang pernah anda gunakan dalam bilik
darjah.
Fikirkan
Bagaimanakah mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran dijalankan?
11.1.2 Peranan Guru Dalam Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya
berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang
penting dan utama ialah bagaimana guru dapat menghasil dan menggunakan bahan
atau media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran
murid.
Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati
kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui
dan memahami aspek-aspek rancanganpengajaran (instructional planning), rekabentuk
pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran
(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan
adalah, semasa melakukan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
guru tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa
yang dilakukan adalah menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu wahana yang
dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan murid memahami
dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk kemahiran.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
5
Fikirkan
Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran?
11.1.3 Keperluan MengintegrasikanTMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan TMK secara bijak, dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan
membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan.
Oleh itu golongan pendidik perlu menimbang potensi mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang terbaik.
“ICT is more than a teaching tool. Its potential for improving the quality
and standards of pupils’ educationis significant. Equally, its’ potential is
considerable for supporting teachers, both in their everyday classroom
role, for example by reducing the time occupied by administration
associated with it, and in their continuing training and
development.”(DfEE 1998)
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk tujuan
berikut:
i. Menarik perhatian murid
ii. Memotivasikan murid
iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran
vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid
viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
6
11.1.4Kesan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan TMK secara intensif boleh
meningkatkan pencapaian murid. Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT)
(1995) mendapati murid yang menggunakan TMK secara intensif semasa persekolahan
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk
ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial
iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks
iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri
v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain
vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan
vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.
11.1.5 Piawaian Ciri Murid Dari Aspek Penggunaan TMK
Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk murid yang berkualiti, yang
mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam penyelesaian
masalah, banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan guru. Persekitaran
pembelajaran yang efektif merupakan gabungan pendekatan tradisional dengan
pendekatan baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata pelajaran di samping
mengambil kira keperluan individu. Gabungan berkenaan dapat menyediakan murid
yang berupaya (International Society for Technology in Education 1998):
i. berkomunikasi menggunakan pelbagai bentuk media
ii. mencapai dan bertukar maklumat dalam berbagai cara
iii. mengumpul, menganalisa, menyusun dan mensintesis maklumat
iv. membuat rumusan berasaskan maklumat yang dikumpul
v. menggunakan maklumat dan menggunakan alat yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah
vi. mengetahui kandungan mata pelajaran dan berupaya mencapai maklumat
tambahan apanila diperlukan
vii. menjadi murid yang terarah kendiri
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
7
viii. melakukan kolaborasi dengan orang lain dan bertindak cemerlang dalam
pasukan
ix. berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang bersesuaian dan beretika
11.1.6 Pendekatan Belajar Menggunakan TMK
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah
menggariskan tiga kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran
murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat dan
komunikasi merentas kurikulum):
11.1.6.1 Belajar MENGENAI TMK
Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK termasuk Sistem
Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan.
Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid
dilakukan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan
keupayaan mereka.
11.1.6.2 Belajar DENGAN TMK
Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk
belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. Antara perisian
yang boleh digunakan seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Paint,
Geometer’s Sketchpad dan perisian percuma (freeware) belajar menaip Typing
Tutor. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera
digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, menarik dan
seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK sebagai alat dalam
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah akan dapat
menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif pada tahap yang sesuai mengikut
tahap pemikiran mereka.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
8
11.1.6.3 Belajar MELALUI TMK
Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat
menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan
Internet. Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat melalui penggunaan bahan
seperti ensaiklopedia, kamus, video pembelajaran, Portal E-bahan, EduwebTV
dan Google Earth.
Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK boleh
digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh
diimplimentasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.
Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau
tugasan seperti tugasan menghasil kad ucapan. Dalam penghasilan kad ucapan, murid
boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak. Murid juga dapat
meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri apabila mereka membuat persembahan
hasil tugasan mereka terutama yang berbentuk multimedia. Mereka akan berasa
seronok belajar dan menunjukkan kreativiti mereka melalui persembahan yang
menggunakan pelbagai fitur perisian seperti penggunaan warna, jenis fon, saiz fon dan
animasi dalam hasil tugasan mereka.
11.1.7 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah mengkategorikan
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kepada empat mod (Pusat
Perkembangan Kurikulum 2001: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran) iaitu:
i. Mod Tutorial
ii. Mod Penerokaan
iii. Mod Aplikasi, dan
iv. Mod Komunikasi
1
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
9
1.1.7.1 Mod Tutorial
Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi;
i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori)
ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem
iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem
11.1.7.2 Mod Penerokaan
Melalui mod penerokaan, murid dapat menentukan dan mengawal maklumat
yang diterima berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan
pembelajaran yang ditentukan dan dikawal oleh sistem. Tujuan utama mod
penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada
penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu
perkara.
Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk
i. mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CDROM, portal maklumat dan internet
ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di
bawah kawalan murid sendiri
iii. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi di bawah kawalan sistem
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:
Akses kepada sumber yang pelbagai di Internet melalui enjin gelintar
Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan
berbentuk simulasi
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
10
11.1.7.3 Mod Aplikasi
Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai medium untuk membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang
lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan yang mana TMK hanya digunakan
sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.
Dengan bantuan perisian aplikasi murid dapat memberi tumpuan kepada aktiviti
pembelajaran yang sebenar.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:
Pemproses kata untuk menghasilkan karangan
Hamparan elektronik untuk memaparkan carta
Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik,
dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan
Perisian mereka bentuk berbantukan komputer untuk mencipta reka bentuk
bahan.
11.1.7.4 Mod Komunikasi
Dalam mod komunikasi, TMK digunakan sebagai medium perhubungan oleh
guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat
antara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik,
audio, video atau pelbagai kombinasi.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod komunikasi termasuk:
Chat
Audio conference
Video conference
Pembinaan laman web untuk akses melalui internet
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
11
11.1.8 Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menjelaskan terdapat tiga mod bagaimana
TMK dapat digunakan oleh guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011:
Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum) iaitu:
11.1.8.1 Mod Guru dan Murid bersama-sama
Guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran interaktif di makmal
komputer sekolah. Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
guru boleh menggunakan komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD.
Guru boleh meminta murid untuk mencuba aktiviti yang disediakan di dalam
komputer riba guru. Guru juga boleh memuat turun bahan dari laman web lebih
awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran.
.
11.1.8.2 Mod Guru sahaja
Guru mengajar dengan bantuan perisian pengajaran dan pembelajaran dan
modul pengajaran yang mana guru telah menyediakan bahan tersebut sebelum
masuk ke kelas.
11.1.8.3 Mod Murid sahaja
Dengan menggunakan perisian kursus yang bersifat interaktif dan berpandukan
kepada modul pembelajaran, murid boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran
menggunakan komputer tanpa bantuan guru. Dalam situasi ini, guru bertindak
sebagai fasilitator kepada pembelajaran murid .
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
12
Latihan
Muat turun Buku Panduan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari laman web Bahagian
PembangunanKurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
(http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/) . Baca dengan teliti kelebihan dan
kelemahan setiap mod penggunaan TMK yang dicadangkan. Pilih satu standard
kandungan dalam dokumen standard mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu
rancangan mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dengan menggunakan salah satu mod penggunaan TMK yang dicadangkan.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
13
11.2 PEMPROSESAN PERKATAAN
Pemprosesan perkataan bermaksud penggunaan aplikasi komputer bagi tugas menaip,
membina, mengolah, membentuk teks, menyimpan, menyunting dan mencetak sesuatu
dokumen. Pemprosesan perkataan juga merupakan aplikasi komputer bagi
mewujudkan satu fail dokumen, menyimpannya secara elektronik, mempamerkan di
skrin, mengeditnya melalui arahan dan aksara dari papan kekunci dan mencetaknya
dengan menggunakan pencetak. Aplikasi pemprosesan perkataan juga membolehkan
pengguna menyelitkan perkataan atau perenggan dalam sesuatu dokumen atau ke
dokumen lain.
Aplikasi pemprosesan perkataan boleh menyokong kebanyakan tugas berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dibuat dengan mesin taip atau
dengan tangan. Aplikasi ini memberikan ruang dan peluang untuk para pendidik
mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Antara aplikasi pemprosesan perkataan termasuklah Microsoft Word dari Microsoft
Corporation, Word Perfect, Word Star, Chiwriter, , Kingsoft Office Writer, Atlantis Word
Processor dan aplikasi lain berasaskan windows, manakala iWork berasaskan
Macintosh serta OpenOffice, AbiWord, EZ Word berasaskan perisian terbuka (Open
Source).
Rajah 11.1.1: Pelbagai Aplikasi Pemprosesan Perkataan
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
14
Fikirkan
Sejauh manakah perisian pemprosesan perkataan penting dalam proses
pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?
11.2.1 Ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan
i. Insert text (selit teks) – membolehkan anda menyelit teks di mana-mana
dokumen anda
ii. Delete text (memadam teks) – membolehkan anda memadam perkataan, teks,
baris dan paragraph dengan mudahnya.
iii. Cut and paste (mencantas dan memindahkan teks) – membolehkan anda
mencantas perkataan atau perenggan daripada satu tempat dan memindahkan
ke tempat lain.
iv. Copy (menyalin) - membolehkan anda menyalin perkataaan, teks atau
perenggan yang diperlukan.
v. Save (menyimpan) – setelah menghasilkan sesuatu dokumen, boleh disimpan
dan diedit semula.
vi. Font (fon) – anda boleh menukar fon teks anda
vii. Page size and margins (halaman dan margin) – anda boleh menetapkan saiz
halaman, supaya aplikasi pemprosesan perkataan akan disesuaikan secara
automatik.
viii. Search and replace (dicari dan diganti) – membolehkan anda mengarah
pemproses perkataan untuk mencari perkataan atau ayat dan anda juga boleh
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
15
menggantikan perkataan atau ayat tersebut dengan perkataan lain dalam teks
anda.
ix. Word wrap (menyusun baris) – aplikasi pemprosesan perkataan secara
automatik akan bergerak ke baris seterusnya selepas baris telah dipenuhi, juga
akan menyusun menyusun teks tersebut.
x. Print (cetak) – membolehkan anda menghantar dokumen anda untuk dicetak.
xi. Font specifications (spesifikasi fon) – aplikasi pemprosesan perkataan
membolehkan anda menukar fon serta ciri fon seperti italic, bold, saiz, warna dan
shadow.
xii. Graphics (grafik) – membolehkan anda menyisipkan gambar dan carta dalam
dokumen anda.
xiii. Spell check (semak ejaan) – satu kemudahan untuk menyemak ejaan yang
diragui oleh perisian.
xiv. Thesaurus (tesaurus) – satu kemudahan aplikasi pemprosesan perkataan yang
membolehkan anda mencari makna perkataan dokumen anda.
xv. Header, footer and pagination – aplikasi pemprosesan boleh meletak teks secara
automatik di atas lembaran (header) atau di bawah (footer) serta penomboran.
xvi. Table (jadual) – membolehkan anda menyisip jadual untuk menyokong
penyusunan data anda dalam baris dan lajur.
Ciri-ciri di atas adalah sebahagian dari keupayaan aplikasi pemprosesan perkataan.
Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat bahan edaran, lembaran kerja,
ujian dan latihan, membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
16
Fikirkan
Apakah ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan yang biasa anda
gunakan yang menyebabkan anda kekal menggunakan aplikasi
tersebut?
11.1.2 Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Seseorang guru boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataaan untuk
menyokong peranannya dalam aktiviti dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan
pengajaraan dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan
pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran:
i. Menjimatkan masa – aplikasi pemprosesan perkataan membantu guru mengurus
masa lebih efisien dalam penyediaan pengajaran, terutamanya mengubah suai
teks (bahan) berulang kali, tidak perlu membina teks baharu, membuat
pembetulan dan penyemakan dengan lebih cepat dan cekap.
ii. Hasil kerja lebih kemas dan menarik – bahan pengajaran yang disediakan
dengan pemprosesan perkataan lebih tersusun, kemas, dan menarik, nescaya
lebih mudah difahami.
iii. Perkongsian maklumat – guru dapat berkongsi rancangan pengajaran, bahan
bacaan, jadual, teks, template soalan dan pelbagai lagi bahan pengajaran.
Rakan boleh menyalin, mengubah suai, menambah baik bahan pemprosesan
perkataan untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran – penggunaan aplikasi
pemprosesan perkataan boleh membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, terutama penyediaan bahan pengajaran seperti nota edaran,
lembaran kerja, kertas ujian danbahan sokongan pengajaran lain seperti
rancangan pengajaran harian, laporan, dan bulletin.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
17
v. Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran – murid boleh dirangsang
untuk menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan dalam kebanyakan tugas
penulisan untuk apa-apa juga mata pelajaran yang sebelum ini ditulis dengan
tangan. Murid akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas sekiranya hasil
yang diperoleh oleh mereka lebih kemas dan menarik serta menjimatkan masa.
vi. Menyokong proses penulisan – murid boleh menggunakan aplikasi pemprosesan
perkataan untuk menulis, mengedit, ilustrasi cerita, menghasilkan bahan
pembentangan bagi tajuk yang dipelajari dan membuat nota sebagai
rujukan.Murid boleh dirangsang untuk mencetuskan idea dalam penulisan kreatif
dengan menggunakan pelbagai fon, warna, reka letak, sisipan gambar dan
pelbagai grafik.
vii. Mengukuhkan kemahiran berbahasa – murid boleh belajar bahasa melalui
pelbagai fitur aplikasi pemprosesan perkataan termasuk spell check, grammar
checker dan thesaurus.
AMALI
Dengan menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan pilihan anda,
sediakan satu nota edaran yang sesuai untuk menarik minat murid
mempelajari satu standard pembelajan matapelajaran yang anda ajar.
Sediakan juga satu lembaran kerja yang bersesuaian bagi menilai
pencapaian murid.
Hasilan kerja perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Kandungan pembelajaran yang selaras dengan satu
standard pembelajaran
ii. Tema : Lestari alam sekitar
iii. Menggunakan font dan graik yang pelbagai dengan olahan yang
kemas dan menarik
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
18
11.3 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Pengenalan
Persembahan elektronik merupakan aplikasi komputer yang dapat menyampaikan
maklumat berbentuk teks dan visual yang dapat diintegrasikan dengan elemen
multimedia yang lain seperti audio, video, animasi. Ia biasanya memaparkan maklumat
dalam bentuk persembahan paparan. Ia juga berupaya mengadakan pautan (hyperlink)
dengan sumber maklumat di luar seperti imej, dokumen, hamparan elektronik, video,
audio, laman web dan sebagainya. Keistimewaan aplikasi ini dapat mengayakan lagi
sumber rujukan penontonnya bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai sesuai topik
ataupun konsep yang dihuraikan oleh penyampai.
Menurut Gregory (2012), persembahan eletronik merupakan “A computer-generated
program capable of communication text, drawings, photos, video, and audio.”
Contoh aplikasi persembahan elektronik yang biasa digunakan termasuklah Microsoft
PowerPoint, Harvard Graphics, Open Office Impress dan Kingsoft Presentation.
Persembahan elektronik digunakan dalam perniagaan, bidang perubatan, pendidikan
dan pelbagai bidang yang lain untuk tujuan tunjukcara, membuat penerangan,
mencerakin fakta, membentangkan laporan, menyampaikan mesej, perkongsian idea
dan lain-lain lagi.
Fikirkan
Apakah kelebihan menggunakan persembahan elektronik semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbanding media lain seperti
poster, gambar, slaid dan carta?
11.3.1 Ciri-ciri persembahan elektronik
Kebanyakan aplikasi persembahan elektronik mempunyai fitur-fitur asas yang
membolehkan penyampai memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan pelbagai
kesan khas bagi menghidupkan lagi persembahan tersebut dan menarik perhatian
EDU3
peno
fitur a
i. Fi
meng
ii. K
mewu
iii. S
mem
Aplila
kesan
105T11 - PENGI
ntonnya kep
asas persem
tur pempros
gubah forma
Rajah 11
pada apl
Kemudahan
ujudkan kes
Rajah 11
persemba
Sistem pers
aparkan pa
asi persemb
n-kesan anim
INTEGRASIAN T
pada idea ut
mbahan elekt
sesan perka
at teks.
.3.1: Conto
ikasi persem
untuk mem
an animasi.
.3.2: Contoh
ahan elektro
sembahan p
paran meng
bahan elektr
masi tersebu
TMK
tamanya.Ans
tronik sepert
ataan yang
oh fitur-fitur
mbahan elek
masukkan d
h fitur-fitur p
onik Microsof
paparan bera
gikut turutan
ronik juga
ut sebelum a
swer.com (2
ti berikut:
membenark
memasukka
ktronik Micro
dan membu
enyuntingan
ft PowerPoin
asaskan sla
n slaid, isi k
menyediak
anda membu
2012) telah m
kan penggun
an dan men
osoft PowerP
uat penyunt
n grafik yang
nt.
aid (slide sh
kandungan d
kan kemuda
uat pemiliha
menyenaraik
nanya mem
gedit teks y
Point.
ingan imej
g tersedia u
how engine)
dan olahan
ahan pratont
an terakhir.
1
kan beberap
asukkan da
yang terdapa
grafik, sert
ntuk aplikas
) yang dapa
yang terpilih
ton (preview
19
pa
an
at
ta
si
at
h.
w)
EDU3
iv. S
yang
Fikirk
105T11 - PENGI
Rajah 11
dalam ap
Sistem peng
telah diteta
Rajah 1
pengurus
kan
Berdas
elektro
persem
Bagaim
kepada
INTEGRASIAN T
.3.3: Contoh
likasi hampa
urusan susu
pkan dan me
1.3.4:Conto
an susun let
sarkan pen
onik, apakah
mbahan ele
manakah an
a persembah
TMK
h fitur-fitur u
aran elektron
un letak (lay
engubahsua
h templat
tak paparan
galaman a
h fitur-fitur
ektronik sela
nda menari
han elektron
untuk meno
nik Microsof
yout) yang m
ainya mengik
susun let
aplikasi Mic
anda mengg
yang ter
ain daripad
k perhatian
nik yang and
nton persem
ft PowerPoin
membenarka
kut keperlua
ak yang t
crosoft Powe
gunakan ap
rdapat pada
a fitur yan
n murid ata
da gunakan?
mbahan yan
nt 2010
an anda me
an semasa.
terdapat da
erPoint 2010
plikasi pers
a sesebuah
g tersebut
aupun peno
?
2
ng disediaka
emilih templa
alam sistem
0.
sembahan
h aplikasi
di atas?
onton lain
20
an
at
m
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
21
11.3.2 Kriteria persembahan elektronik yang baik
Persembahan elektronik yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Aplikasi prinsip reka bentuk grafik membantu penyediaan persembahan eklektronik
yang mudah dibaca dan mempunyai nilai estetik. Antara prinsip-prinsip reka bentuk
grafik tersebut termasuk:
a. Prinsip Mudah (Simplicity)
Menggunakan latar belakang yang mudah, supaya penonton tidak tertarik
kepada latar belakang yang berwarna-warni ataupun yang lebih kompleks.
(Smaldino et al., 2012; Jones, 2005)
A B C
Rajah 11.3.5: Aplikasi Prinsip Mudah
Fikirkan
b. Prinsip Kontras
Warna latar paparan perlu menyebabkan mesej utama kelihatan lebih menonjol
(Jones, 2005; Smaldino, 2012). Penggunaan latar belakang berwarna gelap dan
teks yang berwarna cerah juga akan menghasilkan kesan kontras yang baik
(Clark, 2004).
Antarapaparan A, B dan C dalam Rajah 11.3.5, latar belakang yang
manakah paling berkesan dalam menonjolkan mesejnya?
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
22
1 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras
2 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras
Rajah 11.3.6: Aplikasi Prinsip Kontras
Pada Rajah 11.3.6 di atas, baris 1 merupakan kombinasi warna latar belakang
dan teks yang kontras manakala baris 2 merupakan kombinasi warna yang perlu
dielakkan.
c. Prinsip Penegasan (Dominant)
Menggunakan saiz fon ataupun objek yang lebih besar, penggunaan warna
yang kontras bagi menonjolkan subjek ataupun idea utama.
A B
Rajah 11.3.7: Aplikasi Prinsip Penegasan
Pada Rajah 11.3.7 di atas, penggunaan saiz fon yang besar dan warna yang
kontras dalam paparan A lebih berkesan dalam menarik perhatian penonton
terhadap idea utama sekiranya dibandingkan dengan paparan B.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
23
d. Gunakan banyak ruang kosong (white space) di keliling subjek ataupun
idea utama supaya ia dapat menarik perhatian penontonnya.
A B
Rajah 11.3.8: Aplikasi Penggunaan Ruang
Dalam Rajah 11.3.8 di atas, paparan A yang padat dengan teks dengan
paparan B yang banyak kosong. Reka bentuk paparan B memudahkan
penontonnya membaca dan memahami teksnya.
e. Setiap paparan fokus kepada satu konsep sahaja.
A B
Rajah 11.3.9: Perbandingan paparan dari segi muatan konsep:
Dalam Rajah 11.3.9 di atas, Paparan A mengandungi beberapa konsep
manakala B mengandungi satu konsep sahaja. Yang manakah lebih senang
difahami dan dihayati?
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
24
ii. Menggunakan mesej anda dengan tepat dan seringkas yang mungkin (Smaldino,
2012; Microsoft, 2012; Markowitz, 2011; Mayer 1998).
A B
Rajah 11.3.10: Mesej yang ringkas dalam bentuk kata kunci (B)
lebih mudah dibaca dan difahami daripada penggunaan ayat
yang panjang lebar (A).
Peraturan 6X6 (Rule of Six) merupakan panduan penyediaan paparan yang
mencadangkan supaya menggunakan teks berbulet yang ringkas bagi
memudahkan pemerolehan maklumat yang optimum. Peraturan ini
mengesyorkan penggunaan teks berbulet pada setiap paparan dimuatkan tidak
melebihi enam baris manakala pada setiap baris pula mengandungi tidak
melebihi enam perkataan (Clark, 2004).
iii. Mengemukakan idea ataupun penerangan mengikut turutan yang logikal. Amalkan
prinsip dari yang mudah ke yang kompleks, dari yang diketahui kepada yang belum
diketahui, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, dll. aMenggunakan visual untuk
mewakili konsep yang abstrak ataupun apabila paparan teks dan angka mungkin
kelihatan kompleks dan mengelirukan.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
25
A B
Rajah 11.3.11: Perbandingan paparan berbentuk teks sahaja
dengan paparan berbentuk imej.
Merujuk kepada Rajah 11.3.11 di atas, visual berbentuk gambar rajah dan imej
(B) dapat menerangkan sesuatu konsep ataupun proses dengan lebih baik
daripada menggunakan teks sahaja (A).
iv. Mengintegrasikan elemen multimedia ataupun rangsangan multisensori dalam
penyampaian anda. Menurut Mayer (1998; 1999) dalam teori pembelajaran
multimedianya, telah menyarankan prinsip-prinsip berikut yang boleh dijadi garis
panduan penyediaan bahan pembelajaran multimedia:
a. Prinsip multimedia (Multimedia representation principle): Lebih baik
membuat penerangan dengan kombinasi teks dan imej daripada
menggunakan teks sahaja.
b. Prinsip gabungan ataupun bersebelahan (Spatial Contiguity Principle): Kesan
pembelajaran yang melibatkan gabungan teks dan imej yang berdekatan
adalah lebih baik daripada dibuat secara berasingan.
c. Prinsip penumpuan perhatian melalui saluran deria penglihatan (Visual Split-
Attention Principle) mencadangkan agar penerangan dibuat secara lisan bagi
menggantikan penggunaan teks yang panjang lebar yang dipapparkan
melalui skrin.
d. Prinsip saiz maklumat yang minimum (Chunking principle): Gunakan teks dan
gambar yang minimum.
e. Prinsip koheren (Coheren principle): Elakkan penggunaan isitilah ataupun
perkataan yang tidak releven.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
26
f. Prinsip penumpuan perhatian melalui deria auditori (Auditory Split-Attention
Principle): Semasa membuat penerangan secara verbal bersama animasi
(elemen visual), elakan penggunaan muzik latar dan kesan bunyi yang
berlebihan supaya murid dapat menghubungkaitkan animasi dengan huraian
yang dipersembahkan.
v. Membuat penerangan, memperkenalkan konsep dan idea secara progresif.
vi. Mengelakkan penggunaan kesan animasi yang berlebihan (Smaldino, 2012; Clark,
2004).
Fikirkan
(A) (B)
Bandingkan cara memuatkan kesemua langkah dalam sebuah paparan (A)
dengan olahan di mana setiap langkah didedahkan secara langkah demi
langkah (B). Yang manakah lebih membantu murid untuk menguasai
konsep? Apakah justifikasi bagi jawapan anda?
Bacaan Lanjutan
Baca rujukan yang dinyatakan di bawah untuk mendapatkan penerangan
lanjut tentang aplikasi persembahan elektronik.
Mayer, Richard. (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer.
Dalam International Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623.
melalui URL=
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&ty
pe=pdf.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
27
11.3.3 Prinsip penghasilan persembahan elektronik
Fikirkan
Persembahan elektronik merupakan media pengajaran yang popular dalam kalangan
guru. Ia dapat dihasilkan dengan cepat dengan adanya kemudahan mencapai sumber
maklumat elektronik daripada ebook, aritkel yang dilayari melalui laman web, elemen
multimedia berbentuk digital yang boleh dihasilkan melalui pelbagai peralatan elektrik
dan elektronik. Namun, penghasilan persembahan elektronik yang bermutu semestinya
produk yang dihasilkan melalui perancangan dan persediaan yang rapi.
Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan media pengajaran dan penggunaan Model
ASSURE semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah adalah penting bagi memastikan kejayaan penyaluran maklumat dan perubahan
tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Namun perlu diingat bahawa setiap media
pengajaran yang dihasilkan adalah memenuhi keperluan kumpulan sasaran yang
tertentu. Oleh itu jika media pengajaran yang sama hendak digunakan kepada kumpulan
sasaran yang lain, media tersebut perlu diubahsuai mengikut kebolehan, minat dan
kecenderungan kumpulan sasaran berkenaan.
Bagaimakah anda mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
khususnya aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran dan
pembelajaran? Apakah pendekatan persembahan elektronik yang boleh
digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, konsep, kemahiran ataupun
nilai murni yang tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran suatu topik
satu mata pelajaran yang anda ajar?
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
28
Langkah-langkah perancangan, penghasilan dan penggunaan persembahan elektronik
boleh diterangkan secara ringkas seperti yang berikut:
1. Analisis Keperluan mengenai keperluan sukatan pelajaran dari segi skop isi
kandungan, hasil pembelajaran, objektif pembelajaran, keperluan dan kebolehan
murid.
2. Reka bentuk persembahan elektronik dalam menetapkan pendekatan, papan
cerita, fitur-fitur yang boleh menarik perhatian dan meningkatkan penangkapan
konsep, aktiviti pembelajaran sehubungan itu dan lain-lain lagi.
3. Pengumpulan bahan, media (ataupun aplikasi yang bersesuaian) dan
membuat kajian literatur mengenai topik yang dikaji.
4. Pemilihan bahan, media, pendekatan dan kaedah yang bersesuai dengan
topik kajian dan kumpulan sasaran anda.
5. Menghasilkan persembahan elektronik dengan mematuhi prinsip-prinsip reka
bentuk grafik dan reka bentuk mesej supaya penyampaian mesej pendidikan
berjaya menarik perhatian murid dan membantu mereka menyimpannya dalam
ingatan jangka panjang dan mengundur kembali maklumat tersebut dengan
cekap.
6. Prebiu ataupun pratonton hasil anda. Anda perlu memastikan ketepatan fakta
dan laras bahasanya bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada serta
keupayaan murid anda. Raptai bagi memastikan penggunaan media itu lancar.
7. Menggunakan persembahan elektronik dengan mengamalkan Model
ASSURE dan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.
8. Mengadakan penilaian dan penyemakan bagai membuat penambahbaikan.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
29
Perbincangan
Bincangkan keberkesanan penggunaan persembahan elektronik jika
dibandingkan dengan penggunaan alat-alat maujud dalam proses
penyampaian idea, konsep dan kemahiran tertentu?
Setujukah anda bahawa persembahan elektronik ini jauh lebih berkesan
daripada media tayang seperti video dan filem? Apakah hujah-hujah yang
menyokong jawapan anda?
Mungkinkah persembahan elektronik dijadikan sebagai media
pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid anda tanpa kehadiran
guru? Apakah hujah-hujah yang menyokong jawapan anda?
Amali
Dengan menggunakan aplikasi persembahan elektronik pilihan anda,
hasilkan satu persembahan bagi membolehkan anda menyampaikan
kandungan pembelajaran berkaitan satu standard pembelajaran mata
pelajaran yang anda ajar. Persembahan yang dihasilkan perlu
merangkumi pelbagai fitur, elemen dan ciri tentang reka bentuk dan
pembangunan persembahan elektronik yang dibincangkan dalam tajuk ini.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
30
11.4 HAMPARAN ELEKTRONIK
Hamparan elektronik merupakan aplikasi komputer yang berfungsi mengurus maklumat
dalam grid yang terdiri dari sel-sel yang terbentuk dari lajur dan baris. Pengguna
memasukkan data ke dalam sel-sel dan memproses data tersebut menggunakan
pelbagai fitur yang ada pada aplikasi hamparan elektronik (ehow.com 2012).
Ciri-Ciri Asas Hamparan Elektronik:
i. Mengurus maklumat dalam lajur dan baris
ii. Menyediakan platform untuk pengguna memasukkan data
iii. Membenarkan pengguna melakukan perkiraan matematik seperti
tambah dan tolak serta rumus matematik ke atas data
iv. Membenarkan pengguna menggunakan fungsi matematik seperti ke
atas data
v. Membenarkan penyalinan olahan matematik dan
vi. Membenarkan perkiraan semula secara automatik apabila pengguna
mengubah data
vii. Menyediakan keupayaan melakukan mempersembahkan data dalam
bentuk carta dan graf
Kelebihan Hamparan Elektronik Berbanding Hamparan Manual:
i. Kesilapan kemasukan data atau rumus dapat dikesan dan diperbetulkan
dengan mudah menggunakan fitur edit
ii. Membolehkan pengguna sampai ke jawapan tanpa perlu menaip rumus
dan fungsi matematik yang kompleks hasil mempunyai rumus dan fungsi
matematik yang siap bina dalamnya bagi melakukan rumus dan fungsi
matematik ke atas data secara automatik.
iii. Menjimatkan masa dan memudahkan kerja hasil keupayaan memproses
data pada beberapa hamparan secara serentak
iv. Mempersembahkan data dalam bentuk yang kemas dan menarik hasil
mempunyai keupayaan automatic formating
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
31
v. Membolehkan interpretasi data dibuat dengan lebih mudah hasil
mempunyai keupayaan bagi membina graf
vi. Menyediakan satu kaedah menjejak dan menyampaikan maklumat dalam
bentuk yang terurus.
vii. Menjimatkan masa melakukan perkiraan dan fungsi matematik sekiranya
perlu melakukan perkiraan semula.
viii. Capaian semula data adalah cepat dan mudah kerana data disimpan
dalam bentuk fail digital.
ix. Data dan maklumat boleh dikongsi dengan mudah dan cepat
menggunakan internet hasil sifat storan yang berbentuk fail digital.
x. Fail storan boleh dikunci menggunakan password bagi mengelakkan data
diubah tanpa kebenaran.
Contoh aplikasi hamparan elektronik:
Microsoft Excel
Apple VisiCalc
Kingsoft Spreadsheets
OpenOffice Calc
LibreOffice Calc Corel
Quattro Pro
Bacaan Tambahan
Dengan melayari internet, dapatkan maklumat tentang cara menggunakan
hamparan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Amali
Dengan menggunakan satu aplikasi hamparan elektronik pilihan anda,
hasilkan satu carta yang sesuai bagi menunjukkan komposisi media yang
ada dalam koleksi pusat sumber sekolah anda.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
32
11.5 PANGKALAN DATA Pangkalan data merupakan satu koleksi data yang disusun supaya mudah diakses, diurus, dan dikemas kini (http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database). Dalam suatu pangkalan data, data disusun secara berstruktur dalam jadual-jadual yang mempunyai medan-medan yang berkaitan dengan sifat data yang hendak disimpan. Aplikasi pangkalan data merupakan perisian komputer yang digunakan oleh pengguna untuk menyimpan, mengurus, mengubah suai dan mencapai kembali data apabila perlu (techterms.com 20012b) 11.5.1 Ciri-Ciri Asas Aplikasi Pangkalan Data
i. Terbentuk dari jadual atau beberapa jadual yang boleh dihubungkan antara satu sama lain. Setiap jadual mempunyai medan untuk dimasukkan data.
ii. Menyimpan data dalam medan pada jadual. Satu medan boleh menyimpan satu data dan keseluruhan data tentang satu objek atau perkara dikenali sebagai rekod.
iii. Membenarkan pengguna menyimpan, mengedit dan mencapai kembali data yang disimpan.
11.5.2 Kegunaan Pangakalan Data Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
i. Data tentang murid boleh disimpan dan diurus dengan teratur menjadikan proses menguruskan maklumat murid cekap dan tepat.
ii. Capaian kembali maklumat boleh dibuat menggunakan kata kunci dan rekod murid dipapar secara automatik. Maklumat murid boleh disaring dan dirumus secara automatik. Dengan itu guru dapat menjimatkan masa berbanding cara lama menyimpan maklumat murid menggunakan kertas dan fail.
iii. Boleh digunakan untuk tempat menyimpan soalan-soalan ujian yang mana jika koleksi soalan adalah besar, guru berpeluang mencapai kembali soalan-soalan yang relevan melalui proses saringan
iv. Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran misalnya dengan menggalakkan pemikiran aras tinggi hasil
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
33
meminta murid mengkaji pelaporan yang dikeluarkan hasil saringan data dari pangakalan data
Contoh aplikasi pangkalan data
Microsoft Access MySQL Oracle
Perbincangan
Teroka dan bincangkan ciri-ciri utama beberapa aplikasi pangkalan data.
Amali
Dengan menggunakan satu aplikasi pangkalan data pilihan anda, hasilkan
satu bank soalan (question bank) bagi mata pelajaran yang anda ajar.
Soalan-soalan yang terkumpul dalam bank soalan perlu terdiri daripada
soalan-soalan yang sesuai dijadikan pilihan apabila hendak menjalankan
ujian kepada murid-murid yang anda ajar
EDU3
11.6
Peng
dalam
menc
alat p
dicipt
grafik
Dalam
untuk
peris
pemb
(Lect
Ber
Ber
105T11 - PENGI
PENGGUN
garangan me
m proses yan
cipta suatu a
pengarangan
ta dengan m
k, audio, vide
m konteks p
k membangu
ian tersebut
bangunan pe
tora.com 201
Jenis
rasaskan Iko
1. Elemen
interakt
pada ke
kerangk
2. Menunj
yang be
kerangk
rasaskan Ga
1. Elemen
(event)
2. Peristiw
berasas
3. Kelajua
4. Penzah
INTEGRASIAN T
NAAN PERIS
embawa pen
ng mengabu
aplikasi Mult
n merupakan
menggabung
eo dan teks
endidikan, a
unkan perisia
membolehk
erisian kursu
12).
s Alat Peng
on
n multimedia
tif diurus seb
erangka bers
ka process
ukkan carta
erlaku pada
ka
aris Masa
n multimedia
diurus pada
wa yang berl
skan masa
an peristiwa
hiran elemen
TMK
SIAN DAN A
ngertian satu
ungkan teks
imedia. Aplik
n aplikasi ko
gkan pelbag
ke dalam se
alat pengara
an kursus un
kan guru me
us yang men
garangan
a dan arahan
bagai objek-o
struktur atau
alir tentang
cabang-cab
a dan peristiw
a satu garis m
aku adalah
boleh dikaw
n boleh dilak
ALAT PENG
u ciptaan ata
, grafik, anim
kasi pengara
omputer yan
ai media dig
esuatu aplika
ngan meruju
ntuk tujuan e
engintegrasik
ndorong pen
n
objek
u
aktiviti
bang
AU
wa
masa
wal
kukan
DI
GARANGAN
au hasil krea
masi, audio d
angan atau
g memboleh
gital termasu
asi.
uk kepada p
e-pembelaja
kan pelbaga
nglibatan dan
CONT
UTHORWAR
IRECTOR
N
ativiti minda s
dan video un
lebih dikena
hkan aplikas
uk bunyi, per
perisian yang
aran. Keban
i media dala
n interaktivit
TOH PERISI
RE
3
seseorang
ntuk
ali sebagai
si multimedia
rgerakan,
g digunakan
nyakan
am
i murid
IAN
34
a
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
35
Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN
pada masa atau mana-mana tempat
pada garis masa
5. Boleh dipautkan ke mana-mana
bahagian pada garis masa
Berasaskan Halaman Atau Kad
1. Elemen diurus sebagai halaman-
halaman sebuah buku atau sebagai
sekumpulan kad
2. Halaman disusun seperti halaman-
halaman sebuah buku
3. Pautan ke halaman/kad ke
halaman/dan adalah secara jujukan
4. Boleh dipautkan ke mana-mana
halaman/kad lain berdasarkan arahan
interaktif
TOOLBOOK
(berasaskan halaman)
HYPERSTUDIO
(berasaskan kad)
Jadual 11.6.1: Jenis-Jenis Alat Pengarangan
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
36
Fikirkan
Apakah contoh perisian lain yang boleh dikategorikan sebagai alat
pengarang?
Ciri Umum Alat Pengarangan
i. Mengedit dan mengurus
mencipta, mengedit dan menukar format element multi media
mengurus dan mereka bentuk berdasarkan papan cerita dan carta alir
ii. Pengaturcaraan
Menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tinggi tapi mudah kerana
berbentuk visual
iii. Interaktif
Pengaturcaraan yang komplek menjadi mudah kerana menggunakan
konsep pengaturcaraan berstruktur yang menggunakan arahan IF-THEN
dan GO TO menjadikan pengguna berupaya mengawal aliran maklumat
dan kandungan
iv. Memain semula dan memperkemas produk
Pembangunan boleh dilakukan mengikut segmen dan setiap segmen
boleh dibina dan diuji secara berasingan
Waktu satu-satu elemen dilaksanakan boleh ditetapkan dengan rapi dan
tepat
v. penyampaian merentas pelbagai platform dan internet
produk boleh bergerak sendiri (standalone)
produk boleh merentas pelbagai platform
produk boleh ditukar format untuk dimainkanpada platform internet
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
37
11.7 Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran
Definisi Multimedia
Multimedia merupakan pengintegrasian pelbagai bentuk media. Ini termasuk teks, grafik,
audio, video dan animasi. Sebagai contohnya sebuah persembahan yang merangkumi
audio dan video dikatakan sebagai persembahan multimedia. Perisian pendidikan yang
merangkumi animasi, audio dan teks dikatakan sebagai perisian multimedia.
Kebanyakan bentuk multimedia memerlukan banyak ruang dalam cakera storan
(techterms.com 20012a)
Dalam konteks TMK bahan multimedia selain merupakan integrasi pelbagai elemen
termasuk teks, grafik (termasuk imej), audio, video dan animasi, merupakan subset
kepada hipermedia. Hipermedia mencantumkan elemen-elemen multimedia dengan
hipertext (dikenali juga sebagai hiperlink) yang menjadi pautan antara elemen-elemen
tersebut (Microsoft Press 1994).
Dalam konteks pendidikan sebuah pakej multimedia adalah satu pakej pembelajaran
yang menggabungkan strategi pembelajaran dengan kandungan pembelajaran yang
dipersembahkan menggunakan pelbagai elemen multimedia bagi membolehkan objektif
pembelajaran dicapai oleh murid.
Latihan
Pilih satu unit pengajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah.
Sediakan Papan cerita bagi pembangunkan pakej multimedia
pembelajaran bagi satu standard pembelajaran mata pelajaran yang
anda ajar.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
38
11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Media Interaktif
Media Interaktif ialah integrasi pelbagai media termasuk teks, grafik, imej, audio, dan
video dalam suasana berstruktur supaya pengguna dapat berinteraksi untuk tujuan
tertentu. Media interaktif biasanya memerlukan kawalan, input, respon aktif pengguna.
Kebanyakan media interaktif masa kini menggunakan teknologi digital. Contoh bentuk
media interaktif ialah seperti laman web, perakam video digital (DVR), permainan
komputer, forum atas talian, E-Mail dan rangkaian sosial (Social network).
Multimedia Interaktif
Apabila pengguna berupaya mengawal elemen-elemen dalam pakej multimedia dari
segi jenis, masa dan cara ia menjadi multimedia interaktif.Penggunaan khusus
multimedia interaktif ialah untuk;
Latihtubi dan latihan untuk menguasai kemahiran asas
Perkembangan kemahiran menulis
Penyelesaian masalah
Pemahaman konsep-konsep matematik dan sains
Simulasi dalam sains dan matematik
manipulasi data
menguasai kemahiran komputer
akses dan komunikasi
akses guru dan murid dari jarak jauh
pembelajaran koperatif dan perseorangan
pengurusan dan pentadbiran aktiviti di bilik darjah.
Fikirkan
Sejauh manakah pakej multimedia interaktif penting bagi murid dan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
39
Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran Interaktif
Pembinaan Multimedia Interaktif melibatkan satu proses yang sistematik dan teliti.
Terdapat banyak model proses yang digunakan dalam projek pimbinaan multimedia
Interaktif. Model ADDIE merupakan model yang popular digunakan dalam rekabentuk
pengajaran. Dalam konteks pembinaan pakej multimedia interaktif pendidikan, model ini
adalah amat sesuai digunakan. Model ini merangkumi fasa seperti berikut;
i. Analisis (Analysis)
ii. Rekabentuk (Design)
iii. Pembangunan (Development)
iv. Implimentasi (Implimentation)
v. Penilaian (Evaluation)
PROSES KERJA
A - Peringkat Analisis (Analysis):
i. Analisis murid anda (buat andaian bagaimana keadaan murid anda);
ii. Sikap, pengetahuan sedia ada, kemahiran, dan juga gaya pembelajarannya.
iii. Buat analisis sukatan, tajuk atau subtajuk bagi bahan P&P yang akan dibina.
iv. Kaji struktur konsep tajuk tersebut
v. Firkirkan yang mana dahulu perlu dikuasai oleh murid
vi. Fikirkan bahan sokongan yang perlu?
vii. Fikirkan bahan-bahan (media) yang boleh dibina atau dicari berdasarkan konten
utama dan bahan sokongan
viii. Tentukan hasil pembelajaran bagi tajuk tersebut Selari dengan kurikulum dan
berdasarkan apa yang boleh dilakukan oleh murid serta hasil pembelajaran
ix. Fikir dan bincangkan bagaimana pembelajaran tersebut seharusnya akan
berlaku?
x. Fikirkan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang sesuai supayamenghasilkan
pembelajaran yang bermakna, seronok, berkaitan,sesuai dan memenuhi hasil
pembelajaran.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
40
B. Peringkat Rekabentuk (Design)
i. Pertimbangkan aspek reka bentuk Kandungan, Aspek susun/reka letak(paparan
Skrin) dan Antaramuka (Interface)
ii. Bina pelan Navigasi (Navigation)
iii. Bina pelan kisah (story boarding – papan cerita).
iv. Pastikan Juga tahap Interaktiviti yang hendak dimasukkan
C. Peringkat Pembangunan (Development)
i. Cari dan pilih bahan/media yang bersesuaian
ii. Ubahsuai media yang sedia ada jika boleh digunakan.
iii. Bina media sediri jika dirasakan lebih perlu dan sesuai audio; grafik; animasi;
video; dll
iv. Gunakan perisian-perisian penyuntingan Grafik, Audio, Video dan animasi yang
sesuai.
v. Tukarkan semua bahan media ke bentuk digital.
vi. Pilih perisian pengarangan yang sesuai.
vii. Berdasarkan pelan kisah yang telah dibina, mengarang dengan menggunakan
perisian pengarangan yang telah diplih.
viii. Masukan elemen multimedia yang telah ditetapkan
ix. Bina Menu untuk membuat capaian ke tajuk-tajuk, aktiviti,latihan dan sumber
x. Buat pautan dari tajuk, aktiviti, tugasan, latihan, sumber dan lain-lain; dan pautan
semula ke Menu
D. Peringkat Implimentasi (Implimentation)
i. Jalankan Pakej Multimedia yang telah dibangunkan untuk mencari kecacatan.
Peringkat ujian ini dipanggil ‘Alfa Testing’.
ii. Aplikasikan Pakej Multimedia anda kepada murid anda dan betulkan kekurangan
yang timbul. Peringkat ujian ini di panggil sebagai ‘Beta testing’.
E. Peringkat Penilaian (Evaluation)
i. Buat penilaian ke atas keberkesanan media yang telah anda sediakan.
ii. Buat penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran yang telah anda
rancang.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
41
Reka Bentuk Interaktiviti
Menurut Shedroff (1994), reka bentuk interaktiviti dari segi multimedia merangkumi
enam komponen utama seperti berikut:
i. Maklumbalas (respon prestasi pengguna)
ii. Kawalan (navigasi dan interaktiviti)
iii. Kreativiti (pengguna menghasilkan sesuatu)
iv. Produktiviti (isi kandungan)
v. Komunikasi (komunikasi dengan orang lain)
vi. Mudah disesuaikan
Latihan
Pilih satu koswer pendidikan dan kenalpasti elemen-elemen media
interaktif yang terdapat didalamnya.
Kelebihan penggunaan media interaktif
Penggunaan media interaktif dalam pendidikan membawa banyak kelebihan.
Antaranya ialah:
ia memudahkan pembelajaran berpusatkan murid. Memberikan pilihan
pembelajaran yang banyak serta memperkenalkan banyak bahan baru.
Ia memenuhi kehendak stail pembelajaran yang pelbagai dengan memberikan
banyak pilihan pendekatan pembelajaran.
Ia motivasikan interaksi, eksperimen dan pembelajaran koperatif murid.
Ia membantu dalam proses pembelajaran berasaskan tema.
Ia menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
42
Media interaktif sangat sesuai digunakan dalam situasi pembelajaran yang rumit seperti
berikut.
Bahan atau kandungan yang susah untuk divisualkan contohnya seperti proses-
proses rumit.
Kandungan tiga dimensi yang susah untuk belajar secara visual dengan
menggunakan bahan dua dimensi.
Proses-proses dinamik yang memerlukan kefahaman tentang hubungan antara
objek-objek yang bergerak.
Kandungan yang merangkumi isi yang menyeluruh dimana beberapa idea perlu
digabungkan untuk memahami keseluruhan.
Simulasi proses yang kompleks atau mahal dimana tiada peluang untuk
menggunakan peralatan yang sebenar.
Bacaan
Tambahan
Dengan melayari internet, dapatkan idea-idea tambahan tentang cara
penggunaan media interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Amali
Dengan menggunakan satu perisian pengarangan pilihan anda, hasilkan
sebuah persembahan multimedia Interaktif bagi pengajaran dan
pembelajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
43
RUMUSAN
Bab ini menerangkan tentang pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran, juga topik-topik berkaitan aplikasi komputer termasuk pemproses
perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik dan pangkalan data serta
tentang penggunaan aplikasi alat pengarangan. Turut diterangkan ada tentang
penghasilan pakej multimedia pembelajaran dan penggunaan media interaktif dalam
pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI:
Answer.com (2012). What are the features of presentation softwares? Akses pada
November 11, 2012 daripada
[http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_features_of_presentation_software]
Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995). A report on 10 years of ACOT
research. Cupertino, CA: Apple Computers Inc.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Buku panduan teknologi maklumat dan
komunikasi merentas kurikulum. Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Akses
pada November 8, 2012 daripada
[web access: http://kssr.bpk.my/dokumen_kurikulum/emk_kemahiran_menaakul]
Bowling Green State University (n.d.). Microsoft PowerPoint 2010 tutorial. Akses pada
Oktober 22, 2012 daripada [ http://www.bgsu.edu/downloads/cio/file85354.pdf]
Clark, Nancy B. (2004). Criteria for professional presentations. Akses pada November
11, 2012 daripada [http://www.dmu.edu/wp-content/uploads/2011/02/Criteria-for-
Professional-Presentations-with-PowerPoint.pdf]
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
44
Customeguide.com (2011). Microsoft PowerPoint 2010 quick reference card.Akses
pada October 22, 2012 daripada [http://customguide.com/wp-
content/themes/customguide/pdf/qr/powerpoint-quick-reference-2010.pdf]
DfEE. (1998) Teaching: high status, high standards. Requirements for courses of initial
teacher training. Circular 4/98.
ehow.com (2012). What Is an Electronic Spreadsheet? Akses pada November 13, 2012
daripada [http://www.ehow.com/facts_6736821_electronic-spreadsheet_.html]
Gregory, Hamilton (2012). Public speaking for college and career. 6th ed. Akses pada 11
November 2012 daripada
[http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072400536/student_view0/glossary.html]
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.
International Society for Technology in Education (1998). National education technology
standards for students. Eugene, Oregon: ISTE
Jones, David (2005). How to make good presentation. Akses pada November 11, 2012
daripada [http://www.cmos.ca/presentationse.html]
Lectora.com (2012), What is an Authoring Tool? Akses pada November 13, 2012
daripada
[http://lectora.com/resources/authoring-tool/ ]
Markowitz, Eric (2011). How to create a great PowerPoint presentation. Akses pada
November 11, 2012 daripada
[http://www.inc.com/guides/201102/how-to-create-a-great-powerpoint-presentation.html]
Mayer, Richard (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer. dalam International
Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623. Akses pada November 12, 2012
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
45
daripada
[http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&type=pdf]
Mayer, Richard & Moreno, Roxana (1998).A cognitive theory of multimedia learning:
Implications for design principles. Akses pada November 12, 2012 daripada
[http://spnd423.com/SPND%20423%20Readings/A%20Cognitive%20Theory.pdf]
Microsoft (2012). 12 tips for creating better PowerPoint presentations. Akses pada
November 11, 2012 daripada
[http://www.microsoft.com/atwork/skills/presentations.aspx#fbid=ddC-RB9pjwi]
Microsoft Office.com (2012). What is presenter view? Akses pada October 22, 2012
daripada
[http://office.microsoft.com/en-us/powerpoint-help/what-is-presenter-view-
HA010360578.aspx]
Microsoft Press (1994). Computer dictionary. 2nd Edition. Washington: Microsoft Press
Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran
dan pembelajaran. UTM.
Ngui Kuan Sang (1989). Teknologi Pendidikan:penggunaannya dalam pengajaran
geografi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia.
Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam. Oxford Fajar.
Noriati, A.Rashid (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
46
Percival , H.T., Ellington, H.I. dan Race, P. (1993).Handbook of educational technology.
Edisi ke 3. London: Kogan Page.
Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan
sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Malaysia: Pusat Perkembangan
Kurikulum . Akses pada November 4, 2012 daripada
[web access: http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf ]
Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: Komponen teknologi pendidikan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shedroff, Nathan (1994). Interaction Design. Akses pada November 13, 2012 daripada
[http://www.nathan.com/thoughts/recipe/inter.html]
Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R.& Molenda, M. (2002). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Pearson & Merrill Prentice-
Hall.
Smaldino,S.,Russell,J.,Heinnich, R,& Molenda, M. (2005). Instructional technology and
media for learning, edisi ke-8. New York: Pearson Prentice Hall.
Smaldino, Sharon E., Lowther, Deborah L. & Russell, James D. (2012). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 10. Boston: Pearson.
Techtarget.com. SearchSQLserver. Akses pada November 13, 2012 daripada
[http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database]
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
47
techterms.com 2012a. The tech terms computer dictionary. Akses pada November 13,
2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/multimedia]
techterms.com 2012b . The tech terms computer Dictionary. Akses pada November 13,
2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/database]
Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:
OUM.
top related