tahap kefahaman kemahiran mereka …€¦ · aroused the interest of researchers in the science...
Post on 29-Aug-2018
214 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN
DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN EMPAT PROGRAM PENDIDIKAN SAINS
NURAZAM BIN MOHAMAD POAT
BP 050137
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
780610-02-5177
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN
DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT PENDIDIKAN SAINS
NURAZAM BIN MOHAMAD POAT
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
ii
iii
DEDIKASI
Buat emak dan abah yang dikasihi dan dihormati:
En Mohamad Poat bin Mohamad Saad
Pn Ruhani binti Abdul Ghani
Juga kepada insan yang banyak membantu, menyokong dan prihatin pada diri ini:
Kamariah binti Abdul Majid
Zainab binti Mat Saad
Adik-adik yang dikasihi
Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pembimbing yang saya kasihi
Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan kelas Norliza binti
Adrus yang banyak membantu, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan
baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang
terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.
v
ABSTRAK
Kefahaman pelajar terhadap kemahiran saintifik telah mendapat perhatian
dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Tahap kefahaman
kemahiran proses sains iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains di
Universiti Teknologi Malaysia telah dijalankan. Seramai 52 orang peserta kajian
daripada Program Pendidikan Sains-Perdana dan Program Pendidikan Sains-Program
Khas Pensiswazahan Guru terlibat dalam kajian ini.Terdapat dua pembolehubah
bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian. Kajian ini
berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap
Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan Mengeksperimen dengan
nilai kebolehpercayaan iaitu ά=.82. Terdapat 40 item dalam alat kajian ini yang
berbentuk objektif. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan
markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk
eksperimen dan mengeksperimen secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga
mendapati terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk
eksperimen dan mengeksperimen merentas jantina iaitu pelajar lelaki berada pada
tahap kefahaman cemerlang dan tahap kefahaman pelajar perempuan adalah baik.
Manakala merentas program pengajian pula Program Pendidikan Sains-Program
Khas Pensiswazahan Guru berada pada tahap kefahaman cemerlang dan Program
Pendidikan Sains-Perdana berada pada tahap kefahaman baik. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa penerapan kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
mengeksperimen terhadap pelajar masih kurang mencukupi dan ini seterusnya boleh
mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman pelajar Program Pendidikan Sains.
vi
ABSTRACT
The level of understanding among students towards scientific skills has
aroused the interest of researchers in the science education field. A study was
conducted among Year Four Science Education Program Universiti Teknologi
Malaysia students to determine the level of understanding in the science process
which involved the skill of the students in desingning and conducting experiments.
Fifty two students from the Science Education Program-Prime Students and the
Science Education Program-Program Khas Pensiswazahan Guru students were
involved in this study. The two independent variables for this survey were across
gender and the type of program. This was an exploration survey and the research
instrument used was the Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka
Bentuk Eksperimen dan Mengeksperimen. The reliability of the test was ά=.82. The
test comprises 40 items. The Descriptive Statistical Analysis in the form of mean,
standard deviation and maximum and minimum score were used in analyzing the
data of the survey. The results in general indicated that the skill level of the students
in designing the experiment and conducting the experiment was good. In addition the
study has also identified that there exist a difference in the level of understanding in
designing the experiment and conducting the experiment across gender. The male
students’ level of understanding was at the excellent level whereas the female
students’ level of understanding was good. It was also observed that with respect to
across program, the understanding level of the Science Education Program-Program
Khas Pensiswazahan Guru students was excellent compared to the Prime students’
level which was at the good level. Finally, the result also illustrated that the
inculcation of the skill in designing and conducting experiment among students were
still insufficient and thus it will influence the achievement and understanding level of
the Science Education Program students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xiii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Rangka Kerja Konsep 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Andaian Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 8
1.10 Takrifan 9
viii
1.10.1 Tahap Kefahaman 9
1.10.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 10
1.10.3 Kemahiran Mengeksperimen 11
1.10.4 Program 11
1.11 Rumusan 12
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 13
2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 13
2.1.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen 13
2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen 15
2.2 Kemahiran Mengeksperimen 17
2.2.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran
Mengeksperimen 17
2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengeksperimen 22
2.2.3 Langkah Menguasai Kemahiran
Mengeksperimen 23
2.3 Kajian Tentang Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Di Dalam Negara 25
2.4 Kajian Berkaitan Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Di Luar Negara 27
2.5 Rumusan 30
3 PENGKAEDAHAN
3.0 Pendahuluan 31
3.1 Reka Bentuk Kajian 31
3.2 Peserta Kajian 32
ix
3.3 Alat Kajian 32
3.4 Tatacara Kajian 36
3.4.1 Kajian Rintis 36
3.4.2 Kajian Sebenar 37
3.5 Analisis Data 37
3.6 Rumusan 41
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 42
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen 42
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina 44
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Program Pengajian 45
4.4 Rumusan 47
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 48
5.1 Ringkasan 48
5.2 Kesimpulan 50
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen Dan
Kemahiran Mengeksperimen 52
5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen Dan
Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina 55
x
5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen Dan
Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Program Pengajian 57
5.4 Implikasi 61
5.5 Cadangan 63
5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 64
5.7 Rumusan 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN 70
xi
SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 2.1 Contoh Penjadualan Data Yang Diambil 17 2.2 Markat Pencapaian Guru Pelatih Dalam Aspek
Mereka Bentuk Eksperimen 26
3.1 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut
Program Dan Jantina 32
3.2 Item-item Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Mengikut Aspek Yang Dinilai 35
3.3 Jadual Sistem Gred Dan Nilai Universiti
Teknologi Malaysia 38
3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Setiap
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan
Kemahiran Mengeksperimen 39
3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Kedua-dua
Kemahiran 39
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan
Kemahiran Mengeksperimen 43
xii
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen
Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina 45
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen
Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Program Pengajian 46
xiii
SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 1.1 Rangka Kerja Konsep 6 3.1 Aspek-aspek Yang Terlibat Dalam Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen 33
3.2 Aspek-aspek Yang Terlibat Dalam Kemahiran
Mengeksperimen 34
xiv
SENARAI SINGKATAN
IEA International Association For The Evaluation Achievement
KM Kemahiran Manipulatif
KPS Kemahiran Proses Sains
KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS Kemahiran Saintifik
LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
NG Bilangan Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru
NL Bilangan Pelajar Lelaki
NN Bilangan Pelajar Program Pendidikan Sains
NP Bilangan Pelajar Perempuan
ORES Objective Referenced Evaluation in Science
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
PP Penunjuk Prestasi
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
PUM Pembolehubah manipulasi
PUR Pembolehubah bergerak balas
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
SPSS Statistical Package For Sosial Science
SISS Second International Science Study
TISP Test Of Integgrated Science Process
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UTAHAP Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
xv
LAMPIRAN
SENARAI TAJUK
1) UTAHAP LAMPIRAN A
2) SENARAI JAWAPAN LAMPIRAN B
3) TABURAN PILIHAN JAWAPAN LAMPIRAN C
4) PENGESAHAN ITEM LAMPIRAN D
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamed, pada 28 Februari 1991, telah mengumumkan satu rangka kerja
rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa 30 tahun yang
akan datang. Salah satu cabaran yang termaktub dalam wawasan 2020 ialah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif agar dapat
menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi dan bukan sekadar pengguna
teknologi. Untuk mencapai hasrat ini, mutu pendidikan negara harus ditingkatkan.
Lantaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan dalam
penambahbaikan kurikulum kebangsaan dalam beberapa mata pelajaran termasuk
mata pelajaran Sains.
Matlamat pengajaran sains di peringkat sekolah menengah ialah mencapai
pemahaman secara saintifik di semua peringkat (Losada dan Barros,2005). Seiring
dengan perkembangan sains seluruh dunia, kurikulum sains telah digubal dan lebih
memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif ) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada
prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni. Dalam objektif
kurikulum sains, dengan jelas menggariskan mengenai pengetahuan dan kemahiran
saintifik iaitu, “Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kreatif dan kritis
berasaskan sikap saintifik dalam membuat keputusan dan mengkonsepsikan” (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003:5). Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam
2
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif serta dapat
menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi.
Kemahiran saintifik (KS) terdiri daripada dua kemahiran iaitu kemahiran
proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Maka, guru adalah tonggak
utama dalam merealisasikan hasrat pendidikan untuk melahirkan masyarakat
saintifik. Aspek KS perlu terlebih dahulu dikuasai oleh guru dan bakal guru bagi
memungkinkan pembelajaran berlaku dalam kalangan pelajar secara optimum.
Kegagalan guru menguasai KS mengakibatkan pembelajaran sains berlaku secara
hafalan berbanding kefahaman yang dibina sendiri oleh pelajar beserta bimbingan
guru. Justeru, guru dan bakal guru serta individu yang terlibat dalam pembangunan
pendidikan negara perlu memahami dan menguasai KS agar KS dapat diterapkan dan
seterusnya diaplikasikan oleh pelajar seperti yang digariskan dalam objektif
kurikulum.
1.1 Latar Belakang Masalah Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2000)
jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi
penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam proses P&P
sains (Zurida,1998). Ini bermaksud pelajar tidak diberi peluang secara aktif dalam
proses pembelajaran mereka. Penekanan seharusnya diberikan lebih dalam
penguasaan kemahiran proses sains (KPS) berbanding penguasaan fakta dan prinsip
asas sains semata-mata. Jika masalah ini terus berlaku, hasrat untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif tidak akan dapat
dicapai.
Menurut (Wellington, 1989), “kemahiran proses sains yang dipelajari akan
kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai”. Pernyataan ini menunjukkan
3
kaedah eksperimen atau kerja amali memberi pengalaman langsung kepada pelajar
dan dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran sains.
Oleh itu, guru perlu mengubah persepsi dan kaedah P&P agar ia selari dengan
objektif kurikulum sains iaitu untuk “membolehkan pelajar menguasai kemahiran
saintifik (KS), memperkukuhkan teori dan konsep sains serta memupuk amalan sikap
saintifik dan nilai murni”, (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:5).
Menurut ( Radford, 1992), sikap guru yang lebih menumpukan pengajaran
secara berpusat tanpa penglibatan pelajar secara aktif adalah punca mengapa
berlakunya penyampaian maklumat yang tidak betul, jika guru mengharapkan pelajar
mempelajari KPS, sekurang-kurangnya tiga syarat perlu ada iaitu guru mesti
mempunyai kecekapan dan kefahaman dalam KPS, pelajar mesti diajar dan diberi
peluang untuk mempraktikkan kemahiran tersebut dan kemajuan pelajar dalam
melaksanakan kemahiran tersebut perlu dinilai. Jika ini dilakukan, hasrat untuk
melahirkan pelajar yang berfikiran saintifik dan progresif dapat dicapai seperti yang
ditetapkan.
Berdasarkan permasalahan di atas, dapat disimpulkan bahawa kemahiran
saintifik sememangnya penting ditekankan dalam kurikulum sains. Justeru, guru
perlu menguasai kemahiran saintifik untuk dipraktikkan dalam P&P. Maka kajian ini
dijalankan untuk mengukur tahap kefahaman kemahiran saintifik dalam aspek
kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam
kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN/SPN-PKPG)
Universiti Teknologi Malaysia.
1.2 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik
memikirkan satu kajian perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran
4
mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains
(SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.
1.3 Objektif Kajian Merujuk kepada pernyataan masalah di atas, di antara objektif kajian ini
ialah:
1. Menilai tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat
Program Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi
Malaysia.
2. Menilai tahap kefahaman mereka bentuk eksperimen dan kemahiran
mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program
Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi Malaysia
merentas jantina.
3. Menilai tahap kefahaman mereka bentuk eksperimen dan kemahiran
mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program
Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi Malaysia
merentas program pengajian.
top related