assigment linus

10
Rancangan Pelajaran Harian ( LINUS )

Upload: liyana-mohmad

Post on 28-May-2017

216 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Linus
Page 2: Assigment Linus

Rancangan Pelajaran Harian ( LINUS )

                                                                           

Tarikh / Hari    :  9 . 10 . 2014 (Rabu)                                  

Masa            :  10. 35 – 11.05 ( 30 minit )

Kelas :   2 gemilang                                             

Bil. Pelajar :   15  orang                         

Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia Literasi ( LINUS )

Tema :    Certa Rakyat

Tajuk :   Si Tanggang

Objektif :    Pada akhir pelajaran murid akan dapat.

i.              Memadankan 5  perkataan berimbuhan  dengan  kata dasar .

ii.             Menyebut 5 perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan betul.

Pengetahuan Sedia ada 

                               i.       Murid pernah dengar cerita rakyat

                              ii.       Murid pernah melihat cerita Si Tanggang dalam filem

                             iii        Murid tahu maksud imbuhan

Konsep                 :     Memahami cerita Si Tanggang  

Bahan                 :      Radio,  kad perkataan,  petikan dialog, lembaran kerja

Nilai                      :      Menghargai , berterima kasih

Kemahiran  / Unit :    5.0 Membaca dan memahami  ayat

Page 3: Assigment Linus

5.8 Membaca dan memahami ayat  tunggal yang mengandungi  kata

imbuhan awalan dan akhiran.

Sistem bahasa          :   a)    Tatabahasa    -  imbuhan awalan  .imbuhan akhiran 

                                        b)     kosa kata      -   ampun , maaf  , sayang

Pengisian Kurikulum  :

                                     a) Ilmu     -  Pendidikan   Agama / Moral

                                     b) Nilai    -   kasih sayang

                                     c ) KBT    -  konstektual

                                      d) KB      -  membuat kesimpulan

Page 4: Assigment Linus

LANGKAH /

MASAISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

Set induksi

( 5 minit )

Memperdengar sedutan cerita 1.Guru memperdengarkan sedutan cerita Si Tanggang .

2.Guru meminta murid meneka cerita  tersebut

1.Mendengar sedutan  cerita

yang  perdengarkan

2.Murid meneka cerita tersebut.

BBM -radio

Perkembangan

Langkah 1

(  10 minit )

Membaca dialog

Si Tanggang anak yang dilahirkan dan disusuinya telah melukakan

hatinya. Dia memandang ke langit sambil mengangkat kedua-dua belah

tangan dan berseru,"Oh,Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang

bahawa akulah ibu kandungannya."

1.Guru mengedarkan

petikan dialog

 2. Guru  mengarahkan

murid membaca senyap

dan menggariskan

perkataan yang ada

imbuhan awalan dan

1.Murid mengambil petikan

dialog.

2.Murid membaca senyap

petikan dialog dan menggaris

perkataan yang ada imbuhan

Petikan dialog

Page 5: Assigment Linus

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup dengan kencang. Kapal yang

sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut.

Perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

DILAHIRKAN

DISUSUINYA

MELUKAKAN

akhiran.

3. Guru membaca dan

murid mengajuk bacaan

guru.

4..Kemudian guru

meminta  dua orang   

murid membaca kuat

dialog tersebut dengan

sebutan   dan intonasi

yang betul .

5   Guru meminta murid

menyebut perkataan

berimbuhan  yang telah

digariskan  secara lisan.

6. Guru meminta murid

memilih perkataan

berimbuhan dan

menampal pada papan

tulis.

7.Guru meminta murid

menyebut perkataan yang

awalan dan akhiran..

3. Murid mengajuk bacaan guru

4. Dua orang murid membaca

petikan dialog di hadapan kelas.

 5. Murid menyebut perkataan

berimbuhan yang telah mereka

digariskan itu.

6.Murid memilih kad perkataan

berimbuhan awalan dan akhiran

serta menampal di papan tulis..

7. Murid menyebut perkataan

berimbuhan  yang telah murid

tampal.

BBM

Kad perkataan

Page 6: Assigment Linus

telah siap ditampal oleh

murid.

Langkah 2

( 9 minit )

Pertandingan lakonan 1.Guru mengadakan

pertandingan lakonan .

2. Murid melakonkan

watak secara berpasangan

dasarkan petikan dialog

tersebut.

3.Guru menyampaikan

hadiah kepada tiga

pemenang terbaik.

1.Murid memilih pasangan

masing-masing..

2. Murid melakonkan watak

berdasarkan petikan dialog yang

diberi.

3. Kumpulan yang menang

menerima hadiah daripada guru.

Hadiah

disediakan guru

Langkah 3

( 5 minit )

Membuat latihan 1. Guru mengedarkan

lembaran kerj

1.Murid mengambil lembaran

kerja dan menulis nama masing-

BBM – kad

perkataan

Page 7: Assigment Linus

2.Murid diminta

memadankan kata dasar

dengan kata berimbuhan.

3.Guru meminta murid

memberi yang telah

mereka jawab.

    masing.

2. Murid memadankan kata

dasar dengan kata berimbuhan .

3,Membincang jawapan

bersama-sama guru.

Penutup

( 5 minit )

Menyanyi lagu ‘Dengar Pesanan’ 1. Murid diperdengarkan

lagu  ‘Dengar Pesanan’

2.Murid menyanyikan lagu

   tersebut.

3.Murid menyatakan

perkataan

   berimbuhan yang telah

dipelajari.

1.Murid mendengar lagu.

2. Murid menyanyi lagu.

3.Murid menyebut perkataan

    berimbuhan yang telah dpelajri

Carta seni kata

lagu

Radio

Page 8: Assigment Linus
Page 9: Assigment Linus

REFLEKSITajuk tugasan yang diberi iaitu Pendekatan Pengajaran Literasi Dan Numerasi , diteliti

dan untuk memastikan semua aspek yang diperlukan dalam kerja projek ini menepati dengan

kehendak soalan. Tugasan dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama kerja

berkumpulan dan bahagian kedua adalah untuk individu.

Bahagian kedua saya memilih cerita rakyat “Si Tenggang Anak Derhaka” yang

disediakan dalam bentuk grafik video”. Cerita ini merupakan aktiviti pemulihan bagi

kemahiran bacaan murid – murid tahun 2. Jenis bacaan yang saya pilih ialah bacaan mekanis.

Bacaan mekanis merupakan bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang

jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul. Ia juga harus

boleh mengelompokkan kata- kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para

pendengar. Jalan cerita yang menarik, tulisan yang diwarnakan mengikut suku kata dan

grafik yang menarik, pastinya murid– murid akan berminat untuk membaca.

Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti bacaan,mengingatkan saya akan

betapa pentingnya murid–murid menguasai kemahiran ini selaras dengan saranan Pusat

Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan terancang dan

berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti saya amat perlu

menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Saya

percaya melalui kreativiti guru,seperti penyediaan bahan bacaan cerita rakyat menerusi “video

grafik “ amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid – murid agar keupayaan

kognitif mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi. Cerita rakyat “si

tanggang” merupakan cerita yang banyak mengandungi nilai moral. malah ia juga telah

difilemkan untuk tujuan hiburan yang telah dimasukkan unsur – unsur pengajaran.Ini akan

menambahkan pengetahuan sedia ada murid.

Page 10: Assigment Linus