assignment 1 ctu

Upload: diankhairunnisa9596

Post on 07-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

NURUL AFIQAH BINTI ASME2013252394ASSIGNMENT 1 CTU 242S3 CS112 3B

SOALANTerdapat beberapa unsur dalam Takaful yang berlainan dengan Insurans Konvensional dalam operasi yang dijalankan.Berdasarkan pernyataan berikut, huraikan perkara-perkara berikut:a) Wakalahb) Insurable Interestc) Takaful Semula

a) Wakalah bermaksud penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseoramh (muwakkil) kepada kepada seseorang (wakil) dengan lafaz tertentu agar wakilnya itu menguruskan segala tanggungjawab yang diwakilkan. Dalam industri Takaful,wakalah merupakn salah satu konrak yang diguna pakai dalam operasi Takaful. Pengendali Takaful dilantik sebagai wakil oleh peserta. Pengendali Takaful akan menjalankan tanggungjawab dengan menyumbang segala kepakaran untuk memastikan segala tugasan yang diwakilkan dilaksanakan dengan sempurna. Kedua-dua pihak yang berkontrak iaitu peserta dengan pengendali Takaful terikat antara satu sama lain dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

b) Dalam suatu pertanggungan/insurans terdapat lima prinsip yang mendasari suatu pertanggungan dan salah satunya adalah insurable interest. Insurance interest (Prinsip kepentingan yang dipertanggungkan) merupakan suatu prinsip yang penting dalam insurans di mana insurable interest membawa maksud tertanggung harus mempunyai kepentingan atas subjek yang diinsuranskan (subject matter of insurance) atau dengan kata lain tertanggung akan mengalami kerugian kewangan jika subjek yang diinsuranskan rosak, hilang atau meninggal. Seseorang mempunyai kepentingan boleh diinsurans (insurable interest) dalam sesuatu apabila kerugian atau kerosakan ke perkara yang menyebakan seseorang itu mengalami kerugian kewangan atau kehilangan jenis lain. Kepentingan boleh insurans ditubuhkan oleh pemilikan atau hubungan langsung. Sebagai contoh, orang yang mempunyai kepentingan boleh menginsuranskan dalam rumah sendiri dan kenderaan mereka tetapi tidak di rumah-rumah dan kenderaan-kenderaan jiran-jiran mereka, dan sudah tentu bukan orang-orang yang asing.

c) Takaful semula (retakaful) ialah salah satu daripada alat pengurusan risiko yang digunakan pengendali takaful untuk berkongsi sebahagian risiko di bawah kumpulan wang takaful kepada pengendali takaful atau syarikat takaful semula yang lain. Jumlah risiko yang ditanggung oleh kumpulan wang takaful untuk akuannya sendiri dipanggil had bendungan. Secara amnya, takaful semula merupakan satu kaedah iaitu pengendali takaful yang diistilahkan syarikat pemberi, melanggani khidmat takaful daripada sebuah syarikat takaful yang lain yang dipanggil syarikat penerima bagi melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta-peserta syarikat pemberi. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat yang dtubuh khas untuk menyediakan khidmat takaful bagi melindungi perniagaan takaful oleh syarikat pemberi. Syarikat seumpama ini dikenali sebagai syarikat takaful semula yang khusus. Syarikat ini tidak berurusan secara dilanggani oleh pengendali takaful sahaja.