atiqah

9
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH) DISEDIAKAN OLEH: ATIQAH BT MOHD AZMI D20081032227 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Upload: afaf-cynofa

Post on 23-Jun-2015

1.146 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Atiqah

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)

DISEDIAKAN OLEH:

ATIQAH BT MOHD AZMI

D20081032227

PENSYARAH:

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 2: Atiqah

Apakah masalah tersebut?

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi

melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.

Pengurusan masa yang berkesan merupakan cirri penting dalam gaya hidup manusia.

Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk

merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut

bertujuan untuk meningkatkan eberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat

penting bagi membantu remaja terutamanya pelajar mengurus dan mengendalikan masa

dengan bijak dan bertanggunajawab.

Masa pengajaran dan pembelajaran (p&p) bermaksud masa yang cukup untuk pelajar

mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru di

pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihak

sekolah kepada guru–guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time–on-

task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa

yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Kajian oleh The Beginning Teacher Evaluation Study (1998) menunjukkan masa yang di

peruntukan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar

apabila masa itu diukur pada peringkat kelas (Marliave, Fisherdan Dishaw, 1978). Kajian

tentang engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di

dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik (Kavweit, 1989).

ISUKegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan pembelajaran

(p&p) yang kurang berkesan

TAJUK

Pendekatan Pengajaran

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Page 3: Atiqah

Mengapa masalah tersebut berlaku?

Masalah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan adalah disebabkan kegagalan

daripada guru menguruskan masa dengan betul. Guru tidak memahami keadaan murid iaitu

guru tidak mengetahui sama ada p&p guru dan kaedah yang telah digunakan oleh guru pada

hari tersebut membuatkan murid faham atau tidak. Sekiranya murid tidah memahami

pembelajaran pada hari tersebut, maka guru terpaksa mengulang kembali p&p pada kelas

yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut Sabri

Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah seterusnya adalah guru mahu menghabiskan silibus tanpa menyedari tahap

kefahaman murid. Keadaan ini berlaku kerana guru tidak mahu membuat kerja lebih masa

sekiranya silibus yang mereka ajar tidak habis. Bagi guru adalah menghabiskan silibus

sebelum tarikh peperiksaan. Menurut Rohaida bt Mat Rasat (2005), kadangkala kita

merasakan subjek ini terlalu mudah bagi kita dan tidak memahami mengapa pelajar-pelajar

tidak dapat memahami apa yang telah  kita cuba sampaikan berkali-kali. 

Masa yang diperuntukkan untuk mengajar juga adalah sedikit. Menurut Lai Kim

Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), guru kekurangan masa dalam pelaksanaan

aktiviti berpusatkan pelajar dan guru-guru juga mempunyai masa yang terbatas untuk

memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar terutama pelajar yang lemah dalam masa yang

singkat. Keadaan ini mungkin berlaku kerana terdapatnya beban tugas sampingan seperti

tugas pengkeranian yang terpaksa disiapkan seterusnya membataskan masa dan fokus guru

terhadap penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru tidak cukup masa menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar.

Penggunaan komputer akan menarik minat pelajar tetapi penyediaan sebagai alat bantu

mengajar amat sukar dan memerlukan masa yang lama kerana guru perlu belajar terlebih

dahulu dan cekap dalam menggunakan komputer. Menurut Norhayati Abd Mukti (2000)

dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati

bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna

yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas.

Page 4: Atiqah

Kelebihan :Guru akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan tidak hanya terikat pada kaedah chalk and talk sahaja.

Pengajaran lebih tersusun dan sistematik. Pengajaran dapat tercapai sekiranya guru mengajar secara sistematik. Pelajar lebih memahami sekiranya guru mengajar daripada aras mudah, sederhana dan yang terakhir adalah susah

Pengajaran yang menarik dapat dihasilkan. Tidak semua pengajaran perlu menggunakan komputer. Sekiranya guru merancang pengajaran dengan sesuai dan menarik, kaedah chalk and talk sahaja sudah memadai.

Langkah 1 : Merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar

Kelemahan :Pengajaran yang dirancang kadang-kala tidak disokong oleh pentadbiran sekolah. Guru kanan matematik tidak percaya dengan kaedah yang dirancang oleh guru dan mengatakan kaedah-kaedah ini hanya membunagkan masa.

Perancangan ini juga boleh terhalang sekiranya kelengkapan yang terdapat di sekolah kurang daripada yang dijangkakan. Keadaan ini bertambah buruk sekiranya guru mengajar di sekolah pedalaman yang kebanyakkannya tidak mempunyai kemudahan ICT.

Masalah : Kegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran (p&p) yang kurang berkesan

Page 5: Atiqah

Kelebihan :Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif adalah kemahiran membuat keputusan secara kreatif. Sebagai contoh sekiranya masa yang tinggal hanya sedikit, latihan yang sepatutnya diberikan di kelas boleh diberikan sebagai kerja rumah.

Sekiranya guru dapat menbuat keputusan dendan kreatif dah tepat maka pengajaran dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan atau mungkin akan lebih cepat daripada dijangkakan. Keadaan ini akan membuatkan guru mempunyai masa yang lebih dan boleh mengulangkaji pelajaran sebelum menjelangnya peperiksaan.

Langkah 2 : Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif

Kelemahan :Tidak semua manusia mempunyai kemahiran yang begitu tinggi dalam membuat keputusan yang betul dan tepat dalam masa yang pendek.

Kadang-kala kita tidak boleh menghalang masalah yang dihadapi di sekolah contohnya terdapat latihan kebakaran yang membuatkan kelas guru tertangguh.

Page 6: Atiqah

Kelebihan :Kebanyakkan guru perlu menghadiri kursus dan dibebani oleh kerja-kerja selain daripada mengajar. Jadi sekiranya guru mempunyai masa yang lapang, guru harus menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan.

Sekiranya tugasan-tugasan tersebut telah disiapkan, maka guru mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan pengajaran yang menarik atau menggunakan perisian Matematik. Ini kerana perisian Matematik perlu menggunakan masa yang lama untuk memahaminya.

Langkah 3 : Menghapuskan tabiat “tangguh dan tunggu”

Kelemahan :Kebanyakkan guru sudah bekerluarga, jadi kebanyakkan masa mereka telah dipenuhi dengan aktiviti keluarga.

Kebanyakkan guru lebih berminat untuk berehat daripada menghabiskan masa mereka memahmi perisian Matematik atau mencuba kaedah pengajaran yang lain. Mereka anggap bahawa semua itu hanya membuang masa.

KESIMPULA

Page 7: Atiqah

Rujukan

Page 8: Atiqah

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki (2000). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di beberapa Sekolah Menengah di Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya