banduan wanita di negeri-negeri selat, 1800-1880 ... · banduan wanita di negeri-negeri selat,...

22
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 1 BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN LANGKAH BRITISH MENGATASINYA (FEMALE PRISONERS IN THE STRAITS SETTLEMENTS, 1800-1880: RESEARCH ON MANAGEMENT PROBLEMS AND BRITISH MEASURES TO OVERCOME THEM) Siti Alwaliyah Binti Mansor 1 [email protected] Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus 2 Universiti Malaya Abstrak : Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 seiring dengan kemajuan ekonomi secara langsung memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan kolonial British. Dalam perkembangan ekonomi itu, antara institusi tempatan yang berkembang adalah penjara. Penubuhan penjara dilihat amat signifikan dari konteks keselamatan kerana menjalankan operasi sebagai kurungan pesalah, walaubagaimanapun sesuatu yang lebih mustahak adalah banduan itu sendiri menjadi tunggak pekerja yang utama ke arah kelancaran pembangunan ekonomi British. Justeru kemasukan banduan meliputi pelbagai bangsa seperti India dan China, dalam masa yang sama banduan wanita sebagai kelompok minoriti turut diangkut untuk dikenakan hukuman di Penjara NNS. Meskipun demikian, di sebalik kemasukan banduan yang konsisten, pihak British telah mengabaikan pengurusan banduan wanita sehingga menimbulkan pelbagai masalah sehingga menjejaskan pengurusan penjara. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti masalah-masalah pengurusan banduan wanita dan mengesan langkah British mengatasinya di Penjara Negeri-Negeri Selat dalam tempoh 1800 hingga 1880. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, justeru penelitian dilakukan dengan melihat sumber dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Straits Settlements Files (SSF), Colonial Office (C.O), laporan-laporan tahunan bagi jabatan penjara dan jabatan perubatan. Analisis yang dilakukan mendapati, usaha British membuahkan hasil apabila masalah pengurusan banduan wanita membawa pengenalan dasar pengasingan melalui Undang-undang Penjara 1867 yang baru, ia sekaligus berupaya memperbaiki pengurusan populasi banduan secara umum dan mengasingkan banduan wanita secara khususnya serta dapat memastikan pelaksanaan undang-undang penjara berjalan lancar. Kata Kunci : Banduan, Wanita, Hukuman, Kawalan, Masalah, Undang-Undang. 1 Penulis merupakan Tutor di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Kenegaraan Malaysia serta merupakan calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Malaya. 2 Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam bidang Sejarah Sosial dan Pentadbiran Malaysia.

Upload: others

Post on 08-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

1

BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880:

PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN

LANGKAH BRITISH MENGATASINYA

(FEMALE PRISONERS IN THE STRAITS SETTLEMENTS, 1800-1880: RESEARCH ON

MANAGEMENT PROBLEMS AND BRITISH MEASURES TO OVERCOME THEM)

Siti Alwaliyah Binti Mansor1

[email protected]

Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus2

Universiti Malaya

Abstrak : Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 seiring dengan kemajuan

ekonomi secara langsung memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan

kolonial British. Dalam perkembangan ekonomi itu, antara institusi tempatan yang

berkembang adalah penjara. Penubuhan penjara dilihat amat signifikan dari konteks

keselamatan kerana menjalankan operasi sebagai kurungan pesalah, walaubagaimanapun

sesuatu yang lebih mustahak adalah banduan itu sendiri menjadi tunggak pekerja yang utama

ke arah kelancaran pembangunan ekonomi British. Justeru kemasukan banduan meliputi

pelbagai bangsa seperti India dan China, dalam masa yang sama banduan wanita sebagai

kelompok minoriti turut diangkut untuk dikenakan hukuman di Penjara NNS. Meskipun

demikian, di sebalik kemasukan banduan yang konsisten, pihak British telah mengabaikan

pengurusan banduan wanita sehingga menimbulkan pelbagai masalah sehingga menjejaskan

pengurusan penjara. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti masalah-masalah pengurusan

banduan wanita dan mengesan langkah British mengatasinya di Penjara Negeri-Negeri Selat

dalam tempoh 1800 hingga 1880. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif

berdasarkan penelitian disiplin sejarah, justeru penelitian dilakukan dengan melihat sumber

dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Straits Settlements Files (SSF), Colonial

Office (C.O), laporan-laporan tahunan bagi jabatan penjara dan jabatan perubatan. Analisis

yang dilakukan mendapati, usaha British membuahkan hasil apabila masalah pengurusan

banduan wanita membawa pengenalan dasar pengasingan melalui Undang-undang Penjara

1867 yang baru, ia sekaligus berupaya memperbaiki pengurusan populasi banduan secara

umum dan mengasingkan banduan wanita secara khususnya serta dapat memastikan

pelaksanaan undang-undang penjara berjalan lancar.

Kata Kunci : Banduan, Wanita, Hukuman, Kawalan, Masalah, Undang-Undang.

1 Penulis merupakan Tutor di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah di Universiti Utara Malaysia

dalam bidang Kenegaraan Malaysia serta merupakan calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di

Universiti Malaya. 2 Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya

dalam bidang Sejarah Sosial dan Pentadbiran Malaysia.

Page 2: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

2

Abstract:The formation of the Straits Settlements (SS) in 1826 together with the economic

progress directly affected the social environment and domestic institutions during the British

colonisation. In that economic development, one of the growing local institutions is prison.

Prison formation was seen as significant in the context of security as it operates as a

confinement for offenders, but more important is that the prisoners itself is the main pillar of

the workforce towards the smooth development of the British economy. Thus, the incarceration

of prisoners encompassing various ethnicities such as the Indians and the Chinese, while

women prisoners as a minority are also being sentenced to serve their imprisonment at the SS

Prison. However, despite the consistent inclusion of prisoners, the British neglected the

management of female prisoners causing a host of problems affecting prison management. The

aim of this study is to examine the issues of female prisoner management and trace the British

measures to overcome them in the Straits Settlements in the period from 1800s to 1880s. The

research methodology uses qualitative methods based on historical discipline research,

therefore research is done by examining sources from the National Archives of Kuala Lumpur.

These include the Straits Settlements Files (SSF), Colonial Office (C.O), annual reports on

prison and medical departments. The analysis found that the British efforts bore success when

the issue of female prisoner management brought about the introduction of the policy of

separation under the new Prisons Act 1867, further enhanced the general management of the

prisoner population and specifically segregated the female prisoners and ensured the

implementation of prison laws in a smooth manner.

Keywords: Prisoners, Women, Punishment, Control, Problem, Laws.

2019 JHLCB

PENGENALAN

Pada abad ke 17 dan abad 18, seiring dengan penubuhan Penjara Negeri-Negeri Selat (NNS),

berlaku kemasukan banduan dari luar. Ia bermula tahun 1790 hingga tahun 1857, sebanyak

20,000 banduan dibawa masuk ke NNS. NNS menjadi jajahan British yang telah menerima

banduan paling ramai berbanding wilayah kolonial yang lain.3 Banduan-banduan ini terdiri

daripada bangsa India dan Cina yang merangkumi banduan wanita dan banduan lelaki. Dalam

hal ini, kemasukan banduan wanita hanya sedikit berbanding banduan lelaki tetapi kehadiran

mereka sentiasa meningkat secara konsisten. Kemasukan mereka berterusan kerana pihak

British menganggap banduan wanita merupakan golongan yang perlu dipulihkan, justeru

Penjara NNS diberikan fungsi penting untuk memulihkan tingkahlaku seseorang wanita. Status

banduan wanita sebagai pelaku jenayah atau pesalah menjadikan penempatan mereka di dalam

penjara adalah satu kewajaran. Ini menjadikan penjara menjadi institusi kawalan sosial utama

di NNS dalam usaha mengendalikan banduan wanita ini. Lantaran itu, sejak abad ke 19, pihak

penjara British meletakkan pemulihan banduan wanita sebagai ciri asas hukuman di penjara.

Mereka diberikan pekerjaan dengan konsep hal ehwal rumah tangga. Hal ini membolehkan

perilaku dan sikap seseorang banduan wanita pulih dari tindakan tidak bermoral dan kegiatan

jenayah. Perbezaan pekerjaan antara banduan wanita dan banduan lelaki telah diwujudkan.

Namun, sehingga pertengahan abad ke 19, pihak British tidak memberikan perhatian yang

serius terhadap golongan ini. Justeru, masalah demi masalah telah timbul dan menjejaskan

keadaan mereka. Antaranya seperti masalah percampuran banduan wanita dengan banduan

3 C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of The Royal Asiatic

Society, Vol. 43, No. 1 (217).

Page 3: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

3

lelaki, banduan wanita melarikan diri, masalah pengurusan penjara dan lain-lain. Ini telah

memberi kesan terhadap kelancaran pengurusan penjara NNS. Situasi sebegini membuatkan

pihak British mula mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap banduan wanita. Oleh itu,

beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah-masalah pengurusan yang muncul di

Penjara NNS. Justeru, perbincangan ini akan meneliti masalah-masalah pengurusan berkaitan

banduan wanita dan langkah mengatasinya di Penjara NNS. Perbincangan akan dimulakan

dengan latar belakang banduan wanita di Penjara NNS, kemudian melihat masalah-masalah

yang timbul berkaitan dengan pengurusan banduan wanita, diikuti dengan perbincangan

langkah mengatasi yang dilakukan British ke arah usaha memastikan pentadbiran penjara

berjalan dengan berkesan.

Latar Belakang Banduan Wanita Di Penjara NNS

Penubuhan penjara-penjara di NNS pada abad ke-18 dan abad ke-19 bermula sejak Pulau

Pinang diduduki British pada tahun 1786. Pihak British terus menjajah Singapura pada tahun

1819, diikuti Melaka pada tahun 1824.4 Seterusnya, pada tahun 1825 ketiga-tiga buah negeri

ini disatukan di bawah satu unit pentadbiran lalu dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).

Perkembangan ekonomi yang berkembang pesat sekaligus membawa kepada keperluan buruh

banduan yang tinggi. Justeru, banduan dilihat sebagai sumber tenaga kerja yang penting untuk

tujuan pembangunan ekonomi British. Kemasukan mereka ke NNS diperlukan secara

berterusan. Ini secara tidak langsung menyebabkan penjara menjadi sebuah keperluan penting

untuk menempatkan banduan dan dalam masa yang sama membolehkan pelaksanaan hukuman

ke atas banduan dijalankan. Justeru dalam tempoh ini terdapat banyak penjara dibina secara

peringkat demi peringkat.

Ini bermula dengan beberapa penjara di Pulau Pinang iaitu dikenali sebagai Penjara

Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1790 seterusnya Penjara di Chowrasta Lines pada

tahun 1811 dan penubuhan Penjara Pulau Pinang yang baru pada tahun 1849. Selain itu negeri

Pulau Pinang, Singapura dan Melaka turut menubuhkan penjara masing-masing. Di Singapura,

beberapa penjara ditubuhkan seperti Penjara Bras Basah (1825), Penjara Outram (1847), dan

seterusnya Penjara Pearl Hill (1882). Manakala Penjara Melaka iaitu HM Prison (Her Majesty)

ditubuhkan pada tahun 1860.5

Perkembangan ekonomi yang berlaku secara rancak di NNS membawa kepada

perubahan dalam bidang pentadbiran British. Pada tahun 1830, masalah jenayah semakin

berleluasa di NNS berikutan tindakan kerajaan British di India yang telah menjadikan NNS

terutamanya Singapura sebagai pusat penjara bagi penjenayah. Ia dikenali sebagai Penal

Settlement. Hal ini menyebabkan kemasukan beramai-ramai banduan dari India dan Hong

Kong yang terdiri daripada banduan wanita dan banduan lelaki.6

Walaupun begitu, kemasukan banduan wanita yang diangkut masuk ke NNS adalah

dalam jumlah yang kecil dan mereka dilihat oleh British sebagai kelompok minoriti. Populasi

banduan wanita hanya 5% berbanding 95% dari keseluruhan populasi penjara.7 Jumlah

populasi banduan wanita yang sedikit ini sekaligus menyebabkan tiada keperluan yang

mendesak untuk menyediakan ruangan pengasingan buat banduan wanita. Semua banduan

4 Nordin Hussin. Trade And Society In The Straits Of Melaka: Dutch Melaka And English Penang, 1780-1830,

Singapore : National University Of Singapore, 2007, H. 7. 5 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 6 C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic

Society, Vol. 43, No. 1 (217). 7 Ee Heok Kua. Focus On Psychiatry In Singapore. British Journal Of Phsychiatry. 2004, 185, h.79-82

Page 4: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

4

wanita diletakkan di dormitori dan juga di pondok-pondok seperti banduan lelaki.8 Mereka

dihimpunkan dalam ruang yang luas seperti asrama. Ini menyebabkan tiada sebarang

pengasingan dilakukan ke atas banduan wanita di penjara NNS. Hakikatnya, pengasingan

adalah salah satu ciri asas yang penting untuk pemulihan banduan wanita. Ia merupakan

instrumen utama dalam pengendalian sebuah institusi hukuman seperti penjara di NNS.

Pelaksanaannya dapat memisahkan banduan wanita dari populasi tertentu untuk beberapa

tujuan seperti pemulihan dan menjaga keselamatan. Selain itu, pengasingan juga digunakan

sebagai cara untuk mengeluarkan banduan daripada populasi tertentu di dalam penjara yang

dianggap membawa risiko keselamatan.9

Walaupun begitu, bagi tujuan keselamatan, pihak penjara telah menggariskan larangan

dan teguran supaya hasrat pengasingan dapat dilaksanakan. Namun percampuran sering tidak

dapat dielakkan. Menurut pihak British sendiri, konsep penempatan sebegini hakikatnya

dicorakkan oleh banduan itu sendiri. Ia tidak ditentukan oleh pihak penjara. Ini kerana pihak

British telah menyatakan peraturan, bahawa banduan wanita tidak dibenarkan masuk ke

penempatan banduan lelaki. Namun kebiasaannya peraturan agak sukar untuk dipatuhi

disebabkan kawalan dan penyeliaan yang longgar menjadikan banduan lelaki dan banduan

wanita mudah bergerak dengan bebas. Kawalan yang lemah dan tidak sistematik berlaku di

semua penjara NNS dan sehingga tahun 1820, tiada sebarang pengasingan dilaksanakan. Pihak

British tidak mengambil sebarang tindakan serius untuk mengawal kemasukan banduan yang

berbeza jantina.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1830 hingga 1860, kadar kemasukan banduan wanita

berlaku secara ketara. Kemasukan bukan sahaja dari banduan wanita yang diangkut dari

India,10 China, dan Eropah, akan tetapi ia juga disebabkan peningkatan jenayah dalam kalangan

wanita tempatan.11 Peningkatan jumlah banduan wanita secara tidak langsung membawa lebih

banyak masalah timbul. Pada tahun 1840, menurut H.G Bonham, Residen Kousilor Singapura,

selaku ahli jawatankuasa Prison Discipline Committee menyatakan, percampuran banduan

menyebabkan banyak banduan yang berkahwin sesama mereka.12 Pada tahun 1845 pula,

berdasarkan laporan Inspektor (Pelawat) Penjara NNS, setiap penjara NNS yang menempatkan

banduan wanita, pasti menghadapi pelbagai masalah jika dibandingkan dengan mengendalikan

20 banduan lelaki. Kenyataan beliau menunjukkan menguruskan banduan lelaki yang ramai

adalah lebih mudah berbanding menguruskan banduan wanita akibat pelbagai masalah. Dalam

tahun 1845, percampuran banduan wanita dan banduan lelaki masih berlaku. Peraturan

kemasukan penjara terlalu longgar menyebabkan banduan bebas untuk keluar masuk ke mana-

mana kawasan dari satu tempat ke satu tempat. Kelonggaran ini dapat dilihat berdasarkan

laporan pihak pengurusan penjara ke atas semua penjara di NNS.

8 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.

9 M. Charleroy, H. Maryland. Prisoners of Solitude: Bringing History to Bear on Prison Health Policy.

Endeavour. 2016. 40(3): H. 141–147. 10 V.Purcell. The Chinese In Malaya, London. 1948. H. 39. 11 C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic

Society, Vol. 43, No. 1 (217). 12 IOR P/141/1 (13 September 1836): Bonham To J.P Grant, Sec.Prison Discipline Committee, 5 April 1836;

PDC, Para 118, h.51.

Page 5: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

5

Sebagai contoh, pihak pengurusan Penjara Pulau Pinang, melaporkan tiada sebarang

sekatan dilaksanakan buat banduan wanita untuk masuk ke kawasan banduan lelaki. Mereka

bebas masuk dan keluar kerana kebenaran masuk diperolehi dengan sangat mudah. Manakala

di Penjara Melaka, kebenaran bagi banduan wanita masuk ke kawasan lelaki hanya terletak

pada budi bicara. Jika kebenaran diperolehi, tiada halangan untuk kedua banduan lelaki dan

wanita saling bercampur. Manakala di Penjara Singapura pula, pihak penjara Singapura tidak

menetapkan sebarang sekatan bagi kemasukan banduan wanita ke kawasan pondok banduan

lelaki. Ini kerana pihak penjara amat menggalakan percampuran sosial sesama jantina.13

Antara keadaan yang sukar dielakkan, banduan wanita sering kehilangan hak asasi

mereka. Ini boleh menyebabkan banduan wanita merosakkan tingkah laku mereka. Sikap dan

sifat kelembutan bertukar menjadi pemberontakan dan serangan dalam penjara, mencederakan

diri sendiri bahkan terdapat banduan yang mendapat sakit mental di dalam penjara. ini

menunjukkan wujud masalah yang serius dalam isu pengendalian banduan wanita.

Macnair pula selaku Jurutera Kolonial menyatakan, di Penjara Pulau Pinang dan

Penjara Singapura, banduan wanita adalah kelompok yang perlu diberikan perhatian yang lebih

khusus berbanding kelompok banduan lelaki. Ini kerana banduan wanita memerlukan lebih

banyak keperluan asas seperti kemudahan kebersihan dan pakaian.14 Clare Anderson pula

menyatakan, selama penguasaan kolonial British di penjara-penjaranya, banduan wanita tidak

pernah diasingkan dengan banduan lelaki sehinggalah tahun 1870.15 Berdasarkan kenyataan-

kenyataan ini menunjukkan, terdapat kewujudan masalah berkaitan dengan banduan wanita di

dalam penjara. Ini kerana sejak abad ke 19, kebanyakan penjara yang menempatkan banduan

wanita gagal menyediakan kemudahan yang bersesuaian mengikut kepentingan banduan

wanita. Hal ini sekaligus menunjukkan pengabaian terhadap banduan wanita di bawah

pentadbiran penjara British. Oleh itu, untuk menangani isu pengurusan banduan wanita ini,

perbincangan seterusnya akan meneliti masalah-masalah pengurusan banduan wanita diikuti

dengan langkah yang diambil untuk mengatasinya.

MASALAH-MASALAH PENGURUSAN BANDUAN WANITA

Masalah-masalah yang wujud dalam hal-ehwal pengurusan banduan wanita secara tidak

langsung telah mengurangi keberkesanan pentadbiran penjara di NNS. Terdapat beberapa

masalah yang wujud melibatkan isu keperluan dan hak kemanusiaan banduan wanita secara

keseluruhannya. Oleh itu, huraian seterusnya akan membincangkan masalah-masalah yang

berkaitan dengan pengurusan banduan wanita di penjara ini yang dimulakan dengan masalah

kekurangan sel pengasingan banduan wanita.

Kekurangan Sel Pengasingan Banduan Wanita

Masalah kekurangan sel pengasingan banduan wanita ini secara umumnya berlaku dalam

tempoh yang panjang iaitu sejak penubuhan penjara terawal di NNS. Seterusnya isu ini

13 I. Brown, F. Dikotter. Cultures of Confinement: A History of the Prison in Africa, Asia, and Latin America.

New York: Cornell University Press. 2007, H.23. 14 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 15 Clare Anderson. Gender, Subalternity, And Silence : Recovering Convict Womens Experiences From

Histories Of Transportation, C,1780-1857, Behind the Veil: Resistance, Women and the Everyday in Colonial

South Asia. H.139-161.

Page 6: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

6

berulang di penjara-penjara NNS yang lain. Sepanjang penubuhan NNS sebagai Penal

Settlement sehingga tahun 1835, hanya Penjara Singapura sahaja yang mempunyai sebuah sel

pengasingan untuk banduan wanita. Ia dibina buat kali pertama dengan peruntukan ruang yang

terhad dan saiz yang kecil.16 Manakala bagi Penjara Pulau Pinang dan Penjara Melaka pula,

dilihat tiada sebarang penyediaan sel pengasingan banduan wanita. Kekurangan sel

pengasingan menyebabkan banduan lelaki dan banduan wanita diletakkan secara bercampur.

Oleh yang demikian, pihak British merasakan tindakan untuk menyediakan sel pengasingan

yang mencukupi adalah sesuatu tindakan yang amat sukar. Ini menyebabkan pihak British

menggalakkan banduan wanita berkahwin dengan banduan lelaki. Ia juga bertepatan dengan

tujuan pelaksanaan hukuman ke atas banduan wanita supaya dapat mendidik seseorang itu

menjadi lebih bertanggungjawab dalam urusan hariannya. Pihak British melihat perkahwinan

sebagai hukuman yang sesuai berikutan kebanyakan mereka menerima hukuman panjang dan

mendiami penjara dalam tempoh yang lama. Justeru masa yang panjang dapat dihabiskan di

penjara dalam masa yang sama ia dapat mengajar banduan wanita mengenai erti

tanggungjawab dan melibatkan diri dengan tugasan dan hal ehwal keluarga dan rumahtangga.17

Selain itu, kaedah mengahwinkan banduan wanita secara tidak langsung dapat menjadi satu

unsur pemulihan buat banduan lelaki. Ia dapat menyelesaikan isu keperluan seksual banduan

lelaki memandangkan mereka adalah sumber buruh utama kerajaan.18 Tindakan ini juga dapat

menjadi satu usaha mencegah sebarang hubungan homoseksual sesama banduan lelaki. Oleh

itu, pihak pengurusan di Penjara NNS menjadikan perkahwinan banduan lelaki dan banduan

wanita sebagai satu kemestian.19

Walau bagaimanapun, tidak semua banduan wanita menerimanya dengan rela hati.

Mereka merasa tertekan dan enggan berkahwin dengan banduan lelaki. Kebanyakan banduan

wanita memilih untuk berdikari dan melibatkan diri dalam bidang perdagangan. Namun

terdapat juga sebahagian banduan wanita yang berkahwin secara rela dengan banduan lelaki

seterusnya membina kehidupan berkeluarga di NNS. Tindakan ini sesuai memandangkan

sebelum tahun 1860, tiada sebarang peruntukan untuk menghantar banduan pulang ke tanah

air mereka.20 Ia secara tidak langsung menggalakkan kebanyakan banduan menetap di NNS

dan memulakan kehidupan baru dengan mengahwini wanita tempatan.21

Selain itu, kekurangan sel pengasingan wanita telah menyebabkan mereka mudah

terdedah dengan ancaman bahaya disebabkan gangguan banduan mental. Sebagai contoh pada

tahun 1825, terdapat 25 orang banduan mental di sekitar pondok banduan di Penjara Pulau

Pinang. Penempatan mereka sangat dekat dengan kedudukan pondok banduan wanita.

Keselamatan yang tidak dikawal rapi sering menyebabkan banduan mental menuju masuk ke

pondok banduan wanita.22 Ini menyebabkan mereka berasa tidak selamat. Selain mencederakan

banduan wanita, banduan mental juga terlibat dengan kesalahan mencederakan orang lain

16 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891.

17 R.Cross. Punishment, Prison And The Public. An Assessment Of Penal Reform In Twentieth Century England

By An Armchair Penologist. 1971. London ; Steven & Sons. Hlm.,8 18 Satadru Sen. The Female Jails Of Colonial India. The Indian Economic And Social History Review, 39, 4

2002 SAGE New Delhi/ Thousand Oaks/London. Washington University, St. Louis. 19 Satadru Sen. The Female Jails Of Colonial India. H. 39, 4 20 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 21 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 22 Straits Settlements Records. H 14. 10.5.1825.

Page 7: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

7

sehingga membunuh. Terdapat laporan yang menyatakan, keadaan penjara yang tidak selamat

menyebabkan banduan wanita merasa tekanan (stress) serta berisiko tinggi untuk mendapat

penyakit mental akibat trauma yang berterusan.23 Keadaan sebegini semakin bertambah buruk,

di mana dalam keadaan tiada sel pengasingan, pihak British juga kurang melakukan

pemantauan kesihatan menyebabkan banduan wanita sering terabai. Hal ini kerana pihak

British tidak mempunyai sumber kewangan penjara yang mencukupi untuk memperuntukkan

tenaga perubatan. Oleh yang demikian, sejak awal penubuhan penjara sehingga tahun 1835,

terdapat seorang sahaja Pegawai Perubatan yang berkelayakan iaitu seorang Pembantu Pakar

Bedah (Assistant Surgeon). Namun pegawai tersebut bekerja di hospital berdekatan dengan

berek tentera. Tiada pegawai perubatan dan tiada kakitangan perubatan di penjara dan wad-

wad banduan di penjara NNS.

Seterusnya ancaman bahaya dari banduan mental bukan sahaja menimbulkan ketakutan

kepada banduan wanita tetapi turut dirasai masyarakat tempatan. Pada tahun 1838, masyarakat

mula menyuarakan kebimbangan atas kebebasan yang diperolehi banduan mental di NNS.24

Kebimbangan ini semakin meningkat apabila pada tahun 1840, seorang banduan mental telah

menyerang banduan yang lain sehingga membawa maut.25 Keadaan ini amat merisaukan

keselamatan banduan wanita. Ini kerana pada tahun itu, hanya tiga orang banduan mental

sahaja yang menunjukkan sikap tenang dan tidak agresif, selebihnya seramai 19 orang lagi

menunjukkan perilaku sebaliknya.26 Pada tahun 1856, Dr Oxley yang melawat penjara

menyeru supaya tindakan diambil pihak kerajaan berkaitan penjagaan pesakit mental. Terdapat

75 pesakit mental dalam bangunan yang sepatutnya diperuntukkan hanya untuk 45 orang.

Dalam kalangan 45 orang ini terdapat dua orang pembunuh berbahaya. Sehubungan dengan

itu, empat orang banduan wanita sangat memerlukan sel pengasingan. Dr Oxley menyeru

dengan menyatakan, “keperluan pengasingan melebihi segalanya dan penyusunan semula yang

lebih sistematik diperlukan.”27 Justeru, sel pengasingan banduan wanita sememangnya

merupakan satu keperluan asas yang sangat penting di penjara NNS.

Kelemahan Pengurusan penjara

Di samping itu, masalah pengurusan penjara yang lemah menjejaskan keadaan banduan wanita,

antaranya ialah kegagalan menyediakan kemudahan asas buat banduan wanita. Antara

kemudahan asas yang penting di penjara adalah sebuah ruang bekerja untuk banduan wanita.

Ketiadaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita terbiar tanpa sebarang aktiviti. Ini

kerana banduan wanita hanya diberikan kerja-kerja mencuci dan pembersihan penjara sahaja.

Ia berbeza dengan banduan lelaki, terdapat pelbagai kemudahan bekerja memandangkan

mereka diletakkan sebagai buruh kasar dan dikenakan hukuman berat dengan pelbagai

pekerjaan buruh. Tindakan pihak British memberikan banduan wanita dengan tugasan

membersih ini selaras dengan prinsip penjara pada abad ke-18. Ia meletakkan pekerjaan

bercirikan latihan kerja rumah dan hal ehwal kekeluargaan buat banduan wanita.28 Ini akan

menjadikan perilaku dan sikap seseorang banduan wanita itu lebih dekat dengan peranan

semulajadi seseorang wanita sekaligus menghindari pemberontakan. Namun disebabkan

kekurangan kos untuk pembinaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita hanya

menghabiskan masa di penjara. Kekurangan kemudahan dan ruangan untuk melakukan kerja-

23 Straits Settlements Records. AA 7. 1835. 24 Singapore Free Press. 21 Jun 1838. 25 Straits Settlements Records. R 6. 28.11.1840. 26 Straits Settlements Records S 8. 17.2.1841. 27 S.S.R., W 34. 30.4.1860. 28 Carlen, Pat. Women's Imprisonment: A Study in Social Control. London: Routledge. 1983. H, 17-19

Page 8: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

8

kerja industri seperti banduan lelaki menyebabkan banduan wanita diberi kerja-kerja

pembersihan dan cucian semata-mata sebagai hukuman.

Pihak British telah mewujudkan jurang pekerjaan yang luas antara banduan lelaki dan

banduan wanita.29 Pelbagai tugasan luar dan tugasan industri dikenakan kepada banduan lelaki

sebagai tenaga buruh kasar utama pihak kerajaan. Penjara NNS juga telah memperuntukkan

mesin, gergaji, pemotong, meja gergaji bulat, pengisar dan pelbagai alatan lain untuk kerja

industri. Mereka juga diajar dengan kemahiran membuat batu bata untuk kegunaan Jabatan

Kerja Awam kerajaan British. Justeru, sebahagian besar banduan lelaki melakukan kerja-kerja

sebagai tukang kayu, tukang besi dan beberapa kerja buruh yang lain.30 Pembangunan ekonomi

NNS yang berkembang pesat merancakkan lagi permintaan guna tenaga buruh banduan lelaki

sebagai pekerja.31 Hal ini berbeza dengan banduan wanita. Sebahagian besar pekerjaan mereka

pula adalah mencuci wad penjara, menjaga kebersihan penjara, mengangkut najis dan

membersihkan seluruh penjara.

Sehingga pertengahan abad ke 19, setiap penjara NNS berdepan dengan masalah

persekitaran yang kotor dan tidak bersih. Keadaan penjara yang sesak dan keadaan cuaca panas

dan lembap, ditambah dengan keadaan banduan yang bersifat sedentari (tidak produktif)

menjadikan banduan wanita mudah diserang pelbagai penyakit. Antaranya penyakit yang

menyerang banduan yang tinggal di dalam penjara adalah beri-beri dan malaria. Hujan yang

turun berlebihan menyebabkan kawasan penjara berudara lembap dan persekitaran penjara juga

sering dilanda banjir. Keadaan ini menyebabkan banduan wanita yang kekurangan aktiviti

dalam penjara akhirnya tersekat dalam suasana sedentari. Keadaan semakin memburuk apabila

tiada banyak peluang pekerjaan yang boleh dilakukan di dalam penjara sekaligus banduan

wanita terkurung dalam persekitaran yang tidak sihat. Kesesakan yang berlaku di penjara NNS

amat kronik. Ini dapat dilihat sebagaimana satu dormitori sepatutnya hanya boleh memuatkan

purata 90 orang banduan tetapi telah dipenuhi sehingga 170 orang banduan.32 Selain itu, kerana

kebanyakan banduan wanita melakukan kerja pembersihan di dalam penjara, ditambah dengan

ketiadaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita tidak mampu melakukan pekerjaan

yang sepatutnya. Mereka hanya termenung dan menghabiskan masa tanpa melakukan kerja-

kerja yang produktif. Keadaan ini menyebabkan mereka seringkali dilabel sebagai bermalas-

malasan oleh pegawai penjara.

Berikutan isu ini, Macnair selaku Superintenden Penjara Pulau Pinang merangkap

Jurutera Kolonial mencadangkan supaya banduan-banduan wanita ini dihantar ke ladang-

ladang pertanian yang dibuka. Mereka diberikan pekerjaan yang mana ianya sekaligus

menjadi sebuah peluang berharga buat banduan wanita untuk keluar dari suasana penjara.33

Namun masalah yang sering berlaku adalah banduan wanita kerap terlibat dengan isu

melarikan diri sewaktu bekerja di luar. Mereka akan menyelinap dan melarikan diri ke dalam

30 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 31 C.M Turnbull. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic

Society, Vol. 43, 1970. No. 1 (217).

32 Straits Times Overland Journal. The Annual Medical Report 1878. 10 September 1879, 12 Julai 1880, h. 3 33 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.

Page 9: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

9

kumpulan masyarakat. Tambahan pula keadaan kawalan yang longgar memudahkan banduan

wanita melarikan diri.

Hal-hal sebegini menyebabkan pihak penjara mewujudkan perusahaan industri secara

kecil-kecilan buat banduan wanita. Ia dilakukan supaya wujud suasana kerja yang disibukkan

dengan pelbagai tugas. Setiap banduan wanita wajib terlibat dengan mana-mana pekerjaan.

Mereka tidak dibenarkan berehat dan bermalas-malasan lagi dan risiko mereka melarikan diri

sewaktu bekerja juga dapat dielakkan. Terdapat beberapa kemahiran telah diajarkan kepada

banduan wanita termasuk kemahiran dagangan. Pada tahun 1860 pula, sebuah mesin cetak dan

alatan fotografi telah diperkenalkan di Penjara NNS. Terdapat seorang mandur berbangsa

Portugis mengajar banduan wanita dalam kerja mencetak dan melakukan fotografi. Seterusnya,

kerja penjilidan buku pula diwujudkan dan diberikan seorang pengajar dari Calcutta untuk

mengajar banduan. Namun walaupun beberapa pekerjaan industri diajarkan kepada banduan

wanita, alatan dan kemudahan bekerja masih tidak mencukupi untuk kegunaan semua banduan

wanita. Ini menyebabkan banduan wanita diajar kerja menapis simen yang selalunya adalah

tugasan banduan lelaki. Simen adalah bahan utama digunakan pihak kerajaan untuk membuat

batu bata bagi membina pelbagai bangunan di NNS. Namun kerja menampal, membuat jubin,

membuat bata, membuat simen, menukang besi dan lain-lain tidak dibenarkan untuk dilakukan

oleh banduan wanita. Hanya kerja menapis simen sahaja diberikan kepada banduan wanita

memandangkan kerja ini lebih ringan berbanding kerja buruh yang lain.34

Kelemahan pengurusan yang kedua memberi kesan terhadap banduan wanita adalah

pihak British gagal dalam menyediakan tandas wanita. Hakikatnya tandas merupakan sebuah

keperluan asas yang amat penting. Oleh itu, sejak awal penubuhan penjara hingga tahun 1850,

tiada sebarang kemudahan tandas yang disediakan buat banduan wanita. Ini kerana pembinaan

tandas yang berasingan akan memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, tandas dan tempat mandi

banduan wanita sering dikongsi bersama banduan lelaki.35 Hal ini menyebabkan setiap kali

banduan wanita ingin ke tandas, mereka akan diiringi oleh wadar lelaki. Ini secara tidak

langsung mendedahkan diri mereka kepada bahaya dari banduan dan kakitangan penjara lelaki

dan berisiko tinggi diserang secara seksual.

Dalam masa yang sama, berlaku pertindihan isu antara masalah ketiadaan tandas wanita

yang terasing dengan isu tiada bekalan air bersih di penjara NNS. Dalam hal ini, pihak penjara

lebih melihat isu bekalan air bersih sebagai isu penting. Ia terpaksa diutamakan memandangkan

ketiadaan saliran air yang bersih menjadikan penjara berada dalam keadaan kotor sehingga

mengundang pelbagai penyakit dan mengganggu kelancaran pengurusan penjara.36 Oleh itu,

bekalan air bersih dianggap isu kritikal kerana penjara sudah menjadi ejen penularan penyakit

yang utama di NNS.37 Maka, tindakan pihak British memberikan tumpuan sepenuhnya

terhadap isu air bekalan air bersih secara tidak langsung menjadikan isu pengasingan tandas

wanita diabaikan.

Ketiadaan Spesifikasi Pakaian Banduan Wanita

Seterusnya, ketiadaan spesifikasi pakaian banduan wanita juga merupakan salah satu masalah

dihadapi British. Sejak pembukaan penjara NNS, tiada sebarang penetapan pakaian dilakukan.

34 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 35 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. h. 87. 36C.O Minute To Ord To C.O, 5 Jun 1868, C.O 273/19. 37 The Public Health Of The Straits Settlements Medical Report For 1896

Page 10: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

10

Justeru sehingga tahun 1850, tiada sebarang pakaian yang spesifik ditetapkan oleh pihak

penjara. Banduan yang diangkut membawa bersama pakaian mereka sendiri termasuk pakaian

tambahan.38 Oleh kerana tiada sebarang penetapan untuk jumlah pakaian, maka kebanyakan

banduan yang tiba ke NNS membawa pakaian yang banyak untuk kegunaan harian. Oleh

kerana dalam tempoh awal hingga penghujung abad ke 18, majoriti banduan dibawa dari India,

justeru kebanyakan banduan wanita berbangsa India dan Cina. Justeru mereka membawa

pelbagai jenis pakaian.

Pihak British tidak menghalang tindakan banduan wanita membawa pakaian yang

banyak. Ini disebabkan pihak penjara sendiri menghadapi kekurangan kos untuk peruntukan

pakaian banduan. Oleh itu, mereka dibiarkan untuk membawa pakaian milik mereka tanpa

sebarang sekatan. Pihak British juga menyatakan keadaan cuaca yang panas dan lembap

sepanjang tahun menjadikan banduan memerlukan pakaian tambahan untuk digunakan.

Banduan wanita yang tidak mempunyai pakaian yang mencukupi akan menyebabkan risiko

kematian berkurangan.

Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke 19, pihak British tidak memberikan sebarang

tumpuan terhadap isu pakaian banduan wanita. Ini ditambah kerana pihak British tidak

menghadapi sebarang kesukaran untuk mengenalpasti banduan wanita. Sebagai contoh, pada

tahun 1850, kebanyakan banduan yang diangkut masuk dari India sudah mempunyai tatu yang

ditandakan pihak British di India dibahagian dahi mereka. Tatu ini telah memperincikan nama,

jenayah, dan tarikh hukuman banduan wanita ini. Ini secara langsung telah menjadi satu kaedah

untuk membezakan banduan mengikut jenis kesalahan mereka.39

Selain itu, banduan India yang diangkut masuk ke NNS merupakan banduan yang

terdiri daripada pelbagai rantau yang berbeza. Malah kebiasaannya, banduan ini sudah

mempunyai kumpulan etnik mereka tersendiri. Selain, pihak British juga tidak menghadapi

kesukaran untuk mengecam banduan India. Ini kerana secara jelasnya mereka mempunyai kulit

gelap yang lebih berbeza daripada penduduk tempatan. Oleh itu, banduan India mudah dikenal

pasti dan dibezakan dengan golongan hamba, dan populasi pedagang India.40

Penggunaan kos pembuatan pakaian banduan akan memerlukan peruntukan yang

tinggi, dalam masa yang sama, pihak British mempunyai sumber kewangan yang terhad. Oleh

itu tindakan membenarkan banduan memakai pakaian sendiri ini secara tidak langsung dapat

membantu menjimatkan kewangan pengurusan penjara dan kerajaan British. Ini juga berupaya

mengurangi kos perbelanjaan banduan dari segi bajet pakaian. Justeru, pelbagai jenis pakaian

yang dikenakan banduan mendatangkan kemudahan buat pihak British untuk membezakan

banduan sesama banduan. Ini ditambah dengan tatu yang bertanda di dahi banduan dari India

juga memudahkan urusan pengecaman identiti dan kategori banduan.41

Walaubagaimanapun, masalah mulai timbul apabila kebanyakan banduan wanita

melakukan urusan jual beli pakaian secara haram. Semua banduan di Penjara Singpura, Pulau

38 IOR P/402/32 (17 April 1839). J.M. Short, Superintendent of Police Bombay, to J.P. Willoughby, Secretary to

Government Bombay, 3 April 1839. 39 Clare Anderson, ‘Godna: Inscribing Indian Convicts’, H. 102-17.

40 Clare Anderson. Fashioning Identities: Convict Dress in Colonial South and Southeast Asia. History

Workshop Journal, Volume 2001, Issue 52, 1 January 2001 41 Clare Anderson. Fashioning Identities: Convict Dress in Colonial South and Southeast Asia. History

Workshop Journal, Volume 2001, Issue 52, 1 January 2001

Page 11: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

11

Pinang dan Melaka membuat transaksi pakaian mengikut sistem barter. Ini kerana dalam

keadaan serba kekurangan di penjara, jualan pakaian secara seludup kepada banduan-banduan

wanita yang lain dapat memberikan mereka sedikit keuntungan. Situasi ini mula dicegah pada

tahun 1845, apabila pihak British telah mengharamkan jualan pakaian mahupun barangan

lain.42

Selain itu, disebabkan tiada penetapan pakaian banduan ia sekaligus memberikan kesan

terhadap isu kepentingan agama dan sistem kasta dalam kalangan banduan India. Banduan-

banduan wanita bersama banduan-banduan lelaki mempunyai pelbagai jenis pakaian secara

tidak langsung telah mengundang kepada pergaduhan. Kebiasaanya sewaktu sambutan

perayaan mereka, mereka akan berpakaian lebih menarik dan menonjol. Setiap banduan terdiri

daripada pelbagai bangsa, justeru perbezaan budaya dan tradisi pakaian juga menggalakkan

pergaduhan disebabkan perbezaan. Kejadian pergaduhan sewaktu perayaan sering terjadi di

ketiga-tiga Penjara NNS. Pihak British pula tiada menetapkan sebarang larangan untuk

banduan merayakan sambutan perayaan masing-masing. Mereka dibenarkan untuk menyambut

meraikan perayaan mereka dan berarak melalui bandar ke bandar setiap tahun.43

Pada tahun 1855, sebuah pergaduhan telah tercetus semasa sambutan perayaan Awal

Muharram dan Hindu Dusserah. Kekecohan dan pergaduhan menyebabkan ramai banduan

tercedera. Keadaan ini menyebabkan Gabenor Blundell mengambil keputusan untuk

mengharamkan sambutan perayaan dan aktiviti perarakan ini. Pihak British juga telah

menguatkuasakan arahan ini bermula dengan Penjara Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.

Namun usaha membuat penyeragaman undang-undang ini berhadapan dengan penentangan

dan penolakan banduan.44

Keadaan ini telah menimbulkan masalah apabila kelompok banduan lelaki dan banduan

wanita telah menyerang pihak penjara di Pulau Pinang. Situasi begini membuatkan Residen

Kounsilor terpaksa mengumumkan arahan pengharaman ini ditarik balik bagi mengelakkan siri

penentangan yang berterusan terhadap pihak penjara. Banduan bukan sahaja menyerang pihak

British tetapi turut menyerang Askar Sepoi yang menjaga keselamatan di penjara.45 Selain itu,

tindakan membenarkan perayaan disambut semula ini telah menimbulkan bantahan oleh

golongan pedagang Eropah dan pedagang Cina. Mereka tidak bersetuju banduan dibenarkan

untuk meraikan semula perayaan mereka dan menimbulkan situasi berbahaya kepada orang

awam.46

Di samping mencetuskan pergaduhan, melalui pakaian yang menarik juga

menyebabkan banduan mudah menyelinap diri dengan masyarakat biasa dan memudahkan

mereka bersembunyi secara sulit. Kegiatan melarikan diri merupakan situasi yang agak sukar

dikawal. Justeru terdapat banyak kejadian banduan wanita yang melarikan diri sewaktu bekerja

dengan memakai pakaian yang menarik. Tambahan pula, kawalan pengawal penjara yang

longgar memudahkan mereka melepaskan diri dan melarikan diri dari penjara. Di samping itu,

42 IOR P/142/37 (17 September 1845). W.J. Butterworth, Governor of Prince of Wales’ Island, Singapore and

Malacca, to A. Turnbull, Under Secretary to Government Bengal, 26 February 1845. 43 C.M. Turnbull. Convicts In The Straits Settlements 1826-1867. Journal Of The Malaysian Branch Of The

Royal Asiatic Society, Vol. 43, No. 1 (217) (1970), Pp. 87-103 44 Lucy Carroll, ‘Colonial Perceptions of Indian Society and the Emergence of Caste(s) Associations’, Journal of

Asian Studies, 37, 2 (February 1978), pp. 233 45 R.G. Penang To India, 6 June 1857, In India To Blundell, 21 Aug. 1857, Ssr, S 25, Item 220. 46 C.M. Turnbull. Convicts In The Straits Settlements 1826-1867. Journal Of The Malaysian Branch Of The

Royal Asiatic Society, Vol. 43, No. 1 (217) (1970), H. 87-103

Page 12: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

12

terdapat juga banduan wanita yang mengggunakan peluang mempunyai pakaian yang banyak

untuk mencari pasangan dengan berhias cantik. Kebanyakan banduan wanita mempunyai jenis

pakaian yang pelbagai dan ini memudahkan mereka kelihatan bergaya dan menarik pasangan

yang sesuai. Justeru, sebahagian banduan wanita yang berkahwin dengan banduan lelaki, selain

terdapat sebahagian banduan wanita yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan membina

kehidupan sendiri di NNS.

Kekurangan Kakitangan Wanita

Masalah pengurusan banduan wanita yang seterusnya adalah kekurangan kakitangan wanita.

Keadaan ini menimbulkan beberapa masalah yang serius terhadap pengurusan penjara British.

Antaranya adalah kekurangan kakitangan wanita menyebabkan banduan wanita dikawal dan

diselia oleh kakitangan lelaki. Pihak British tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi

untuk kos pembayaran gaji pengawal penjara wanita. Ini kerana kos bayaran pengawal penjara

sedia ada mencatatkan jumlah yang tinggi. Sebagai contoh, pada tahun 1860, pihak British

perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak $100 bagi bayaran kawalan maksimum manakala

$60 untuk kawalan keselamatan setiap hari. Seorang pengawal diperlukan untuk menjaga tujuh

orang banduan.47 Manakala bagi kos untuk keseluruhan penjara NNS pula adalah sebanyak

$28,000 setahun. Anggaran kira-kira yang diperlukan bagi kos kawalan banduan adalah

$21,600 jika kakitangan ditambah terutama kakitangan wanita.48 Justeru, isu kekurangan

kakitangan wanita ini telah menjadi satu isu yang sukar sejak awal penubuhan penjara. Tiada

sebarang usaha maksimum boleh dilakukan walaupun pihak British menyedari ia menjejaskan

kelancaran pentadbiran di penjara NNS.

Oleh itu, sehingga tahun 1860, tiada pengambilan kakitangan wanita di penjara NNS.

Justeru, sebelum tempoh itu, semua banduan wanita diletakkan di bawah kawalan kakitangan

lelaki. Pada tahun 1862, terdapat 120 orang banduan wanita dalam populasi 2000 orang

banduan lelaki.49 Pada tahun 1869, beberapa kakitangan lelaki dengan latar belakang tentera

terus ditambah dan diserap sebagai kakitangan penjara. Ia bertujuan untuk menerapkan aspek

jagaan dalam disiplin yang tinggi terhadap keseluruhan banduan. Di Penjara Singapura,

terdapat seorang korporal dan enam orang prebet manakala di Penjara Pulau Pinang

mempunyai seorang korporal dan tiga orang prebet. Selain itu Penjara Melaka mempunyai

seorang korporal dan enam orang prebet.50 Tindakan British mengambil kakitangan tentera ini

supaya mereka dapat mengawal banduan wanita dengan pendekatan yang lebih berdisiplin.

Selain itu, kekurangan kakitangan wanita menyebabkan pihak British melantik banduan wanita

yang berkelayakan sebagai pengawal penjara wanita. Banduan wanita yang terpilih diberikan

tugasan untuk mengawal banduan wanita yang lain. Kebiasaanya banduan yang dipilih menjadi

pengawal banduan wanita adalah banduan wanita dari Eropah.51

Dalam masa yang sama, kekurangan kakitangan wanita bukan sahaja berlaku di penjara

tetapi British juga memerlukan kakitangan wanita untuk menguruskan kerja-kerja pembantu

dan jururawat di hospital-hospital kerajaan NNS. Oleh itu akibat tindakan yang mendesak,

pihak British telah menggunakan banduan wanita yang terpilih sebagai kakitangan hospital. Ini

juga dikaitkan dengan lebihan sumber banduan wanita, banduan-banduan ini juga diletakkan

sebagai pembantu di Lunatic Asylum (penempatan pesakit mental). Tindakan British ini

47 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 48 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 49 Annual Report On The Administration Of The Straits Settlements For The Year 1861/62. 50 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 51 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. H. 87.

Page 13: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

13

berikutan berlaku peningkatan ketara terhadap kemasukan pesakit ke hospital. Situasi hospital

dan Lunatic Asylum yang memerlukan jagaan seorang wanita menjadikan banduan-banduan

wanita yang dlihat sesuai dijadikan sebagai pembantu-pembantu pegawai perubatan.

Masalah yang timbul adalah sewaktu banduan wanita diberikan tugasan. Hal ini kerana

seringkali banduan wanita ini melakukan pelanggaran tugasan. Antaranya mereka mencuri

ubat-ubatan hospital. Kes kecurian seringkali berlaku sejak banduan wanita diambil sebagai

pembantu di hospital. Selain itu, banduan wanita juga sering menggalakkan golongannya lebih

ramai. Mereka terus mengharapkan lebih ramai puak-puak mereka diletakkan bekerja di

hospital-hospital ini. Berikutan keadaan ini, hospital-hospital ini sering dilihat tempat yang

menakutkan dan mempunyai pengurusan hospital yang lemah.52 Terdapat beberapa aduan yang

dinyatakan mengenai tindakan banduan wanita yang menggari tangan pesakit di katil

hospital.53 Masalah yang dicetuskan banduan wanita ini mendesak pihak British mencari jalan

penyelesaian dengan kadar segera termasuk desakan membuat pencarian calon wadar wanita

yang sesuai.54 Ia merupakan satu isu pengurusan yang perlu diselesaikan walaupun mempunyai

pelbagai cabaran ke arah memastikan kelemahan pengurusan banduan wanita tidak

menjejaskan pengurusan penjara secara keseluruhannya.

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN BANDUAN WANITA

Kemunculan pelbagai masalah pengurusan ini seterusnya mendorong pihak British

memberikan perhatian terhadap banduan wanita. Dalam usaha mengatasi masalah-masalah

pengurusan banduan wanita ini, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memperbaiki

pengurusan banduan wanita di penjara NNS. Langkah ini melibatkan usaha secara berperingkat

dimulai dengan pembinaan bangunan sel, kemasukan kakitangan, menambahbaik penempatan

banduan wanita dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang disiplin di penjara NNS

secara menyeluruh. Oleh itu, antara langkah pertama yang dilakukan British adalah pembinaan

sel pengasingan banduan wanita.

Pembinaan Sel Pengasingan Banduan Wanita

Langkah ini dimulakan dengan membuat pembinaan sel pengasingan wanita yang dimulakan

bermula tahun 1850 hingga 1860. Dalam tempoh lima tahun dari tahun 1850 hingga 1855,

hampir 40% populasi banduan telah diletakkan dalam sel pengasingan. Melalui penubuhan sel

pengasingan wanita, pengasingan banduan wanita telah dilaksanakan. Pada tahun 1850 hingga

1860, kawalan dan isolasi mula dijadikan salah satu alat pengurusan dan disiplin penjara.

Seterusnya pada tahun 1869, kemudahan sel kurungan untuk banduan wanita dilaporkan

mencukupi. Ini membolehkan pengasingan dilakukan buat semua banduan wanita secara

menyeluruh. Secara keseluruhannya, jumlah banduan pada tahun itu seramai 1318 orang

termasuk banduan wanita dan banduan lelaki.55

Walau bagaimanapun, sel kurungan banduan lelaki hanya sebanyak 987 sel sahaja.

Kekurangan sel lelaki yang masih berlaku ini menyebabkan pihak penjara mengasingkan waktu

makan banduan lelaki bagi mengelakkan pertembungan masa dan kesesakan. Seramai 304

orang banduan lelaki diberi makan antara jam empat petang hingga enam pagi. Tetapi bagi

banduan kategori gelandangan (vagrant) hanya disediakan empat buah sel sahaja secara

sementara. Setiap satu sel mampu memuatkan 100 orang banduan lelaki. Namun bagi banduan

52 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 53 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 54 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 55 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891.

Page 14: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

14

wanita, tiada isu sel kurungan tidak mencukupi. Ini memandangkan jumlah banduan wanita

tidak seramai banduan lelaki.

Pada tahun 1872, beberapa sel ditambah di wad wanita dan peruntukan telah

dikeluarkan untuk membina sel pengasingan wanita dengan konsep Kurungan Berasingan.56

Bagi tujuan menubuhkan sel-sel pengasingan dan beberapa penambahan fasiliti penjara,

Kapten Innes telah menyatakan anggaran kos yang diperlukan mengikut negeri masing-masing

pada tahun 1872. Bagi bangunan Penjara Singapura kos sebanyak $98,560, manakala Penjara

Pulau Pinang $71,650 selain Penjara Melaka pula sebanyak $8,980.57 Dapat dilihat,

perbelanjaan kos yang diperlukan untuk merealisasikan aspek pengasingan Kurungan

Berseorangan memerlukan belanja yang banyak.

Di samping sel pengasingan diusahakan, pihak British juga membebaskan banduan

wanita dengan lebih awal dan terdapat sebahagiannya diangkut ke luar negeri. Banduan wanita

juga tidak diletakkan terlalu lama di dalam penjara berbanding banduan lelaki. Tindakan ini

diteruskan sehingga tahun 1861 sebagaimana dinyatakan oleh Residen Kousilor Pulau Pinang,

walaupun kesalahan yang dilakukan banduan wanita adalah membunuh namun mereka tidak

akan dipenjarakan melebihi dua atau tiga tahun.58 Justeru, walaupun kesalahan serius dilakukan

banduan wanita, mereka tidak akan dipenjarakan dalam tempoh yang panjang. Tujuan banduan

wanita ini dibebaskan awal adalah bagi membolehkan mereka berkahwin sekaligus dapat

mengurangi populasi banduan wanita serta mengatasi masalah kekurangan ruang sel

pengasingan. Tambahan pula selepas tahun 1860, kemasukan banduan India dihentikan begitu

juga pengangkutan banduan Cina. Oleh itu, penjara-penjara wanita di NNS berjaya

mengurangkan jumlah banduan wanita di dalam kurungan mereka.

Selain pembebasan awal, pihak penjara juga mengangkut banduan wanita ke luar dari

NNS. Pada 8 Mei 1873, tiga orang banduan wanita dihantar ke Port Blair bersama 65 orang

banduan lelaki. British juga menghantar banduan-banduan wanita ini ke Koloni Penal yang

lain seperti Madras dan Ceylon.59 Mereka diangkut dengan kapal dan dikawal oleh 35 orang

anggota Regimen ke 10. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Ceylon dan India.60

Tujuan pemindahan ini dibuat adalah untuk mengurangi jumlah banduan wanita di penjara

NNS kerana kesesakan akibat ketiadaan ruang yang mencukupi. Hakikatnya pengurangan

jumlah banduan wanita telah dilakukan sejak awal tahun 1840-an lagi. Pada tahun 1845 hingga

1855 tempoh pemenjaraan banduan wanita telah dikurangkan dengan tujuan mengurangi

jumlah banduan wanita di penjara. Selain penyediaan ruang khusus untuk sel kurungan

banduan wanita, ianya tidak mencukupi untuk memastikan pengasingan banduan wanita dapat

berjalan dengan lancar. Sebuah dasar perlu diperkenalkan bagi memastikan aspek pengasingan

banduan wanita berjalan lancar. Ia perlu dilaksanakan bersama pelaksanaan undang-undang

disiplin. Oleh itu, Dasar Pengasingan Penempatan disuarakan kepada pihak Pejabat Tanah

Jajahan British.

Bagi banduan wanita, mereka masuk dalam kelompok kelas keenam. Kelas ini adalah

kategori banduan lelaki yang uzur dan tidak mampu melakukan pekerjaan. Banduan dalam

kelas ini dianggap tidak begitu kuat menjalankan kerja-kerja buruh kasar.61 Mereka juga

56 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 57 Straits Times Overland Journal, The Jails. 24 October 1872, h, 3 58 Straits Settlements Records (SSR) Dd 34, Item 86; R.C. Penang To Governor, 26 June 1861 59 C.O 273/58. 60 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 61 Ord To C.O, 10 Julai 1867, C.O 273/19

Page 15: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

15

dibenarkan untuk mendapat Ticket of leave iaitu mendapatkan tiket untuk mendapat kebebasan.

Pada tahun 1862, 120 orang banduan wanita telah mendapat tiket ini.62 Oleh itu, ia merupakan

satu kelebihan buat banduan wanita untuk dibebaskan lebih awal dari hukuman penjara dan

dalam masa yang sama memberikan ruang kepada kekosongan sel wanita.

Membawa Kemasukan Matron Ke Penjara NNS

Seterusnya, dalam usaha memastikan banduan wanita selamat daripada gangguan seksual atau

serangan fizikal banduan lelaki, pihak British mengambil langkah dengan membawa

kemasukan Matron ke Penjara NNS. Berdasarkan bajet belanjawan pada tahun 1872, Kapten

Innes telah mengumumkan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk bayaran

kakitangan penjara NNS termasuk peruntukan untuk pengambilan Matron. Secara

keseluruhannya, sebanyak $4373.00 telah digunakan untuk Penjara Singapura manakala

$3,052.68 untuk Penjara Pulau Pinang dan $1,342.08 untuk Penjara Melaka. Kapten Innes juga

mengeluarkan anggaran kos bagi penambahan kakitangan yang diperlukan. Antaranya, seramai

72 orang kakitangan lagi diperlukan di Penjara Singapura dengan kos sebanyak $12,366.

Manakala Penjara Pulau Pinang memerlukan seramai 28 orang kakitangan dengan bayaran

keseluruhan sebanyak $5,220 dan Penjara Melaka pula adalah $1890 untuk bayaran seramai

sembilan orang kakitangan. Secara keseluruhannya lebih $20,000 lagi diperlukan untuk

memenuhi kekurangan pengawal di penjara NNS.63 Berdasarkan peruntukan kakitangan yang

diumumkan ini, ia termasuk perbelanjaan untuk membawa masuk Matron dari England ke

Penjara NNS. Oleh itu, bermula tahun 1873, banduan wanita mula diletakkan di bawah jagaan

Matron.

Selain itu, telah ditetapkan bahawa tiada wadar atau banduan lelaki yang dibenarkan

untuk mengawal dan memasuki sel banduan wanita.64 Ini kerana jagaan banduan wanita adalah

sepenuhnya di bawah kawalan Matron demi menjamin keselamatan mereka. Matron juga

bertanggungjawab memegang tugasan Ketua Wadar Wanita. Matron mempunyai tugas yang

setara dengan seorang Gaoler. Selain itu, Matron juga memegang jawatan sebagai Ketua

Jururawat.65 Di bawah kawalan Matron pula, terdapat beberapa wadar wanita yang telah

ditugaskan untuk mengawal banduan wanita.66

Wadar Wanita yang bertugas perlu berada dalam kawasan penjara sepanjang tempoh

tugas dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan penjara semasa waktu bertugas tanpa sebarang

kebenaran bertulis daripada Setiausaha Jajahan mahupun Residen. Selain itu Pegawai

Perubatan bagi setiap negeri juga diperlukan untuk melawat banduan seminggu sekali, namun

bagi banduan yang diasingkan iaitu mereka yang dihukum mati (corporal punishment) atau

kurungan berseorangan (solitary confinement) perlu dilawat setiap hari. Selain itu, infirmari

juga diberikan di setiap penjara NNS bagi memantau kesihatan banduan dan penggunaan

62 Cavenagh To Mccausland, 21 Jan. 1860, Straits Settlements Record, W 33, Item 57. 63 Straits Times Overland Journal, The Jails. 24 October 1872, H.3. 64 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 65 No 1 In I.P.O.89/1937. Headquarters Office Prisons Department Straits Settlements And Federated Malay

States 20 January 1937. A Detailed Statement Showing The Duties Of The Staff Of The Penang Prisons.Hlm.,1 66Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.

Page 16: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

16

infirmari bagi merawat banduan wanita perlu melalui pemantauan Matron di penjara NNS.67

Justeru, dengan kemasukan Matron di Penjara NNS dapat menjamin keselamatan banduan

wanita daripada gangguan lelaki dan dalam masa yang sama dengan kehadiran Matron dapat

memantau kesihatan banduan wanita sekaligus memastikan pengabaian kesihatan dapat

dielakkan.

Pelaksanaan Pengasingan Penempatan Wanita

Langkah seterusnya yang dilakukan adalah melaksanakan usaha pengasingan penempatan

banduan wanita. Berikutan usaha penubuhan wad banduan wanita, Sistem Pengasingan

Penempatan juga telah disuarakan. Pada tahun 1868, Pejabat Tanah Jajahan British telah

menyatakan persetujuan terhadap sistem pengasingan. Ini sebagaimana dinyatakan:

“Generally, the separate system was accepted as the foundation of prison discipline. Next in

importance was the penal efficacy of the labour exacted from offenders under sentence of

imprisonment with hard labour and the methods by which that efficacy could be ensured. It

was believed that the object of sentence would inevitably be sacrificed when industrial and

productive employment was substituted for labour strictly penal either in short terms of

imprisonment or in the earlier stages of long terms.”68

Menurut pihak mereka, secara umum sistem pengasingan diterima sebagai asas penjara.

Oleh itu, pihak Pejabat Kolonial sendiri menyokong sistem yang mengasingkan banduan di

dalam penjara termasuk pengasingan semasa bekerja. Banduan akan dibahagikan mengikut

klasifikasi dan kelayakan tertentu. Sistem ini sekaligus menyebabkan berlaku pengasingan

di antara banduan lelaki dan banduan wanita. Sistem Pengasingan secara rasminya diumumkan

ke atas banduan wanita. Oleh itu, pada tahun 1872, pengasingan penjara dilaksanakan secara

menyeluruh di semua penjara NNS. Pengasingan banduan wanita dan banduan lelaki

direalisasikan bahkan pengasingan dengan klasifikasi jenis kategori banduan mengikut

kesalahan jenayah dan kelas banduan turut dilaksanakan.

Selain mengasingkan banduan wanita secara rasmi, penjara wanita juga akan dilawat

oleh Lembaga Pelawat Hakim. Tujuan lawatan ini dibuat bagi memantau keadaan dan penjara

banduan wanita. Ia diperuntukkkan oleh Badan Perundangan Negeri-Negeri Selat yang telah

meluluskan Ordinan Penjara IX pada tahun 1868 selepas menerima arahan dari Pejabat

Kolonial. Melalui pengenalan ordinan ini sekaligus membawa beberapa perubahan lain.

Penjara akan dilawat oleh Lembaga Pelawat Hakim (Board of Visiting Justices) bukan sahaja

untuk meninjau keadaan penjara tetapi juga untuk memastikan pemeriksaan kesihatan

dilaksanakan. Banduan wanita akan dilawat oleh Pembantu Pakar Bedah Kolonial (Assistant

Colonial Surgeons). Lawatan ini dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Apabila sistem pengasingan penempatan dilaksanakan, ia sekaligus membawa kepada

peningkatan kos perbelanjaan untuk tujuan penambahbaikan bangunan penjara. Pelaksanaan

pengasingan juga memberi kesan kepada peningkatan jumlah kakitangan penjara. Berdasarkan

penyusunan yang baru Singapura akan menjadi penjara pusat yang membolehkan semua sistem

disiplin boleh dijalankan di penjara NNS. Penjara yang sama juga akan dibina di Pulau Pinang

dan Melaka. Walau bagaimanapun, semua banduan yang dihukum lebih daripada tempoh enam

bulan akan dihantar ke Singapura. Pihak Dewan Perundangan Negeri-Negeri Selat meluluskan

sejumlah wang sebanyak $73,700 untuk digunakan bagi penambahan penjara yang sedia ada

67 Ord To C.O, 24 Disember 1870., C.O 273/36. 68 C.O Circular Dispatch Dated 16 Januari 1865, Enclosure In C.O To Ord, 15 Disember 1868, C.O 273/19.

Page 17: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

17

dan juga bersetuju menambah kos berjumlah $179,200 yang diperlukan bagi kesemua penjara

negeri di NNS. Peningkatan kekuatan kakitangan penjara juga telah diluluskan.69 Melalui

undang-undang yang baru ini juga diputuskan kawalan dan jagaan seluruh banduan diletakkan

di bawah tanggungjawab Penguasa (Superintendent) Penjara. Oleh itu, kuasa pengurusan yang

dipegang oleh Jabatan Kerja Raya dan Pegawai Polis berpangkat Sherif dipindahkan kepada

penguasa-penguasa penjara Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.70 Pihak Pejabat Kolonial

telah memuji laporan suruhanjaya dan merasakan Dewan Perundangan telah bertindak

bijaksana dalam melaksanakan pelaksanaan sistem pengasingan dengan berkesan. Sehingga

tahun 1878, beberapa jenis sel pengasingan telah diwujudkan di Penjara Singapura. Ia

dilakukan mengikut fungsinya yang ditetapkan. Antara wad pengasingan yang telah siap dibina

adalah meliputi wad selular, wad berpersatuan (association), sel biru (blue cells), dan termasuk

wad berpersatuan wanita (female association wards).71

Penguatkuasaan Undang-Undang Disiplin

Selepas langkah pelaksanaan Sistem Pengasingan dilakukan, langkah yang paling penting

dilaksanakan British adalah penguatkuasaan undang-undang disiplin. Laporan suruhanjaya

telah membincangkan di dalam mesyuarat Dewan Perundangan yang berlangsung pada bulan

Jun dan Julai 1872. Dewan telah menyatakan hasil perbincangan dengan menyatakan keperluan

untuk memperkenalkan sistem yang lebih baik terhadap aspek pengurusan penjara secara

menyeluruh dan melaksanakan disiplin penjara yang lebih ketat. Laporan Kapten Innes telah

dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Perundangan pada bulan Oktober 1872. Pihak

Jawatankuasa Pilihan telah mengistiharkan persetujuan mereka mengenai semua perkara yang

dibincangkan termasuk laporan Kapten Innes. Seterusnya Ordinan XIV 1872 telah diluluskan

untuk membolehkan pihak kerajaan memperkenalkan pembaharuan mereka.72

Perubahan ini sekaligus mewujudkan beberapa sistem pengurusan banduan wanita

yang lebih sistematik. Semua banduan wanita diletakkan dalam kategori tahanan selamat. Oleh

itu, semua banduan wanita diletakkan dalam kategori ini bahkan mereka ditetapkan dalam kelas

keenam daripada keseluruhan kelas banduan. Kelas ini juga merangkumi golongan

penghutang, menanti perbicaraan ataupun orang yang memerlukan jagaan selamat sahaja.

Melalui usaha pengasingan banduan ini membawa kepada perubahan sistem penjara

yang lebih sistematik. Pengasingan lebih terperinci dilakukan yang meliputi empat kategori

banduan iaitu yang pertama, banduan hukuman ringan (Simple imprisonment). Banduan

kategori ini tidak akan dilayan sebagaimana peraturan biasa, mereka akan dikurung bersama

dengan mereka yang melalui rigorous imprisonment iaitu mereka yang dikenakan hukuman

kerja keras (hard labour). Mereka tidak perlu melakukan sebarang kerja tetapi perlu menjaga

bilik, perabot dan membuat kerja pembersihan. Manakala kedua, adalah jenis tahanan

sebagaimana banduan wanita yang lebih terjamin keselamatan mereka.

Seterusnya banduan kategori ketiga pula adalah mereka yang diberikan tumpuan utama

untuk pelaksanaan pengasingan. Mereka meliputi banduan di bawah kesalahan ringan

(rigorous imprisonment), perhambaan (penal servitude) dan hukuman berat (hard labour).

Mereka dibahagikan kepada banduan hukuman pendek dan hukuman panjang. Pengasingan

banduan lelaki ini penting bagi memudahkan kerja-kerja industri dan perburuhan oleh tenaga

kerja banduan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Banduan akan menghabiskan dua jam

69 Ord To C.O 3 Disember 1872, C.O 273/62. 70 Ord To C.O, 3 April 1873, C.O 273/66. 71 Laporan Penjara Kriminal Singapura. 1878. 72 Ord To C.O, 3 Disember 1872, C.O 273/62.

Page 18: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

18

setiap hari dalam kerja-kerja “shot-drill, tread-wheel ataupun crank” yang merupakan mesin

jentera hukuman semata-mata. Banduan kategori ini wajib dikenakan pengasingan dengan

ketat.73 Mereka tidak dibenarkan bersosial dan mengeluarkan sebarang bunyi. Manakala bagi

banduan hukuman panjang pula adalah mereka yang menerima hukuman melebihi enam bulan.

Mereka diklasifisikasikan kepada tiga gred. Mereka akan diberikan gred untuk menentukan

promosi dari satu gred ke gred lain dan bahagian hukuman dapat ditebus sepenuhnya.

Pengasingan banduan ini bergantung kepada aspek disiplin. Oleh itu, penentuan sama

ada banduan berada dalam kumpulan atau diasingkan terletak pada gred dan promosi. Banduan

juga menerima setengah sen bagi setiap markah tingkah laku yang baik dan wang akan

diberikan kepada mereka ketika selesai menjalani hukuman penjara.74 Namun bagi banduan

hukuman mati dikenakan pengasingan dalam sel secara berseorangan dan dikenakan kawalan

yang ketat di bawah penyeliaan pegawai penjara siang dan malam. Pengasingan secara total

dikenakan terhadap banduan kategori ini malah mereka tidak dibenarkan bersosial atau

menerima pelawat melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Leftenan Gabenor atau

Setiausaha NNS.75

Perubahan selepas pengenalan Ordinan ini sekaligus membawa pengenalan undang-

undang secara menyeluruh. Antara perubahan yang berlaku selepas pengenalan kepada ordinan

adalah kemasukan banduan wanita ke penjara secara tidak langsung melalui proses kemasukan

dan discaj. Selain itu bermula tahun 1850-1860, pengurusan banduan dalam aspek pakaian

telah diperbaiki dan disusun semula. Banduan-banduan di semua penempatan hukuman

diberikan jenis pakaian standard yang baru. Pakaian mereka akan ditentukan jenis kelas yang

ditetapkan. Sistem pengelasan ini diperkenalkan oleh W.J.Butterworth selaku Gabenor NNS di

bawah pengenalan kod undang-undang sejak tahun 1845. Seterusnya banduan mula ditetapkan

pakaian mengikut pembahagian kelas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan semua

banduan dikehendaki mematuhi undang-undang berpakaian yang baru mengikut penetapan

kelas masing-masing. Pembahagian kelas ditetapkan mengikut kriteria tertentu seperti jenis

kesalahan dan jenis kelakuan banduan.

Manakala khusus buat banduan wanita, mereka mendapat keistimewaan yang berbeza

dengan banduan lain dan dikelompokkan sebagai banduan kelas pertama. Mereka dibenarkan

untuk memakai sebarang pakaian. Rambut banduan wanita juga tidak akan dipotong tanpa

kebenaran melainkan wujud keperluan kerana dilihat ada kutu atau terlalu kotor.76 Selain itu,

banduan wanita yang menunjukkan kelakukan yang baik akan diberikan kelonggaran untuk

keluar dari penjara dan mencari kerja. Peluang diberikan sama ada mereka ingin bekerja

dengan syarikat swasta atau pihak kerajaan. Ini dibenarkan dan dikatakan termasuk dalam

aspek pemulihan (rehabilitasi). Ini juga memudahkan proses integrasi banduan bersama

masyarakat biasa dengan matlamat membebaskan banduan wanita daripada sistem banduan

dan sistem penjara.

Selain itu berdasarkan lawatan MacNair ke penjara-penjara England pada tahun 1861

mendapati sistem pengurusan banduan di Negeri-Negeri Selat adalah jauh lebih maju. Menurut

Macnair, melalui skim latihan yang betul ke arah memastikan banduan menjalankan

73 Berdasarkan Peraturan 65 Dan 72. peraturan ini diubahsuai semenjak Pejabat Kolonial menolak kebenaran

penggunaan gari (gari) sebagai ciri biasa disiplin penjara. C.O To Ord, 22 Ogos 1873, C.O 273/66. 74 One Week Diligent And Meritorious Conduct Could Earn Nine Marks. Rule 69. 75 Rules And Regulation For Management Of Prisons And Prisoners In The Straits Settlements. 76 Rules and regulations for prisons, straits settlements, Government Gazzette, 12 Disember 1868.

Page 19: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

19

tanggungjawab mereka sepanjang tempoh hukuman dan memperolehi kehidupan yang lebih

baik apabila dibebaskan, mereka tidak lagi akan terpengaruh dengan jenayah dan salah laku.77

Pada tahun 1867, kerajaan merasa sukar untuk merangka pekerjaan untuk banduan.78 Oleh itu,

dalam tahun yang sama, NNS telah dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan yang baru,

menjadikan sistem banduan wanita telah diberi tumpuan. Banduan wanita mula bekerja dalam

pelbagai sektor pekerjaan di luar penjara dengan menggalas tugasan seperti tukang bersih,

kerani, pembantu dan sebagainya.79 Namun kebiasaanya, kebanyakan banduan wanita ini

digajikan oleh majikan swasta, sama ada di ladang-ladang, di rumah-rumah peribadi, pembantu

rumah, pembersih, tukang kebun, tukang jahit, dan sebagainya.80

Kesimpulan

Banduan wanita yang merupakan kelompok minoriti menyebabkan kewujudan mereka tidak

begitu diberi perhatian dalam aspek pengurusannya. Bahkan wanita kehilangan hak asasi

sebagai seorang manusia disebabkan kewujudan pelbagai masalah yang timbul. Namun akibat

beberapa isu yang melibatkan banduan wanita ini membawa kepada usaha British mencari

jalan penyelesaian. Hal ini kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan isu pentadbiran penjara

NNS yang tidak sistematik. Kegagalan menangani masalah-masalah banduan wanita ini

hakikatnya memberi kesan terhadap aspek keselamatan penjara. Percampuran banduan berlaku

kerana ketiadaan pengasingan yang sistematik disebabkan kekurangan sumber kewangan dan

fasiliti banduan wanita.

Namun, disebabkan keperluan yang tinggi terhadap tenaga buruh sama ada banduan

buruh lelaki atau wanita mendesak pihak British mengambil tindakan serius bagi memperbaiki

dan memberikan tumpuan seimbang antara kedua jenis jantina. Justeru, aspek pengasingan

mula dijadikan isu khusus dalam melaksanakan disiplin penjara berpandukan pengenalan

undang-undang Penjara 1867 yang baru. Ia digariskan bagi memastikan pengurusan penjara

secara umumnya dan pengurusan banduan wanita berjalan lancar. Justeru itu, pengasingan

digunakan untuk mengawal atau menghukum banduan yang berpotensi mengancam

keselamatan penjara. Pengurusan banduan wanita diperbaiki dan dikemaskini ke arah

pengurusan yang lebih baik. Melalui pengenalan ordinan ia sekaligus dapat memastikan

pelaksanaan undang-undang penjara berjalan lancar sekaligus mengekalkan keamanan dan

keselamatan persekitaran penjara.

77 Mcnair (Supt. Convicts S'pore), 1 1 June 1862, Ssr , W 42, Item 220. 78 Cavenagh To India, 25 April & 4 June 1864, Шд 45, Pp. 204-210, 228-231. 79 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. H. 87. 80 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits

Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict

Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.

Page 20: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

20

RUJUKAN

Anand A.Yang. 1987. Disciplining Natives Prison And Prisoners In Early

Nineteenth Century India, South Asia, Vol.10 (2).

C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch

of the Royal Asiatic Society, Vol. 43, No. 1 (217).

Cavenagh To Mccausland, 21 Jan. 1860, Straits Settlements Record, W 33, Item 57.

C.O 273/58.

C.O Circular Dispatch Dated 16 Januari 1865, Enclosure In C.O To Ord, 15 Disember

1868, C.O 273/19.

C.O Minute To Ord To C.O, 5 Jun 1868, C.O 273/19.

C.O To Ord, 15 Disember 1868, C.O 273/19.

C.O To Ord, 18 Febuari 1873, C.O 273/62.

C.O To Ord, 22 Ogos 1873, C.O 273/66.

Clare Anderson. 2000.Convicts In The India Ocean; Transportation From South

Asia To Mauritius, 1815-53.

Clare Anderson. 2008.Gender, Subalternity, and Silence: Recovering Convict

Women’s Experiences From Histories of Transportation, c. 1780–1857. In: Ghosh A.

(eds) Behind the Veil. Palgrave Macmillan, London

Clare Anderson, ‘Godna: Inscribing Indian Convicts’, H. 102-17.

Clare Anderson. Fashioning Identities: Convict Dress in Colonial South and Southeast Asia.

History Workshop Journal, Volume 2001, Issue 52, 1 January 2001

Colonial Secretary To C.O, (Telegram) 15 Febuari 1875, C.O 273/79.

Carlen, Pat. 1983. Women's Imprisonment: A Study in Social Control. London: Routledge.

David Arnold.1994. The Colonial Prison : Power, Knowledge And Penology In

Nineteenth-Century India, In David Arnold And David Hardiman, Eds, Subaltern

Studies Viii Delhi.

Ee Heok Kua. 2004. Focus On Psychiatry In Singapore. British Journal Of Phsychiatry.

Gautam Chatterjee. 1995. Child Criminals And The Raj: Reformation In British Jails

Delhi, Akshaya Publications.

George Behlmer, 1974. Summary Justice And Working-Class Marriage In England:

1870-1940’, Law And History Review.

Governor Jervois, Speech In The Legislative Council, 7 Oktober 1875, C.O273/81.

IOR P/141/1 (13 September 1836): Bonham To J.P Grant, Sec.Prison Discipline

Committee, 5 April 1836; PDC, Para 118.

IOR P/142/37 (17 September 1845) : C.H.Lushington, Resident Councillor Malacca,

To Butterworth, 23 January 1845.

IOR P/142/37 (17 September 1845): Butterworth To Turnbull, 26 Gebruary 1845, Enc.

Report A:Present System Of Management And Discipline Of Convicts At Singapore,

Suptd. D.A. Stevenson, 9 January 1845.

IOR P/142/37 (17 September 1845); Butterworth To Turnbull, 26 February 1845,

Enc, Regulations For Convicts Management, 23 June 1825

I. Brown & F.Dikotter.2007. Cultures of Confinement: A History of the Prison in

Africa, Asia, and Latin America. New York: Cornell University Press.

I.P.O.89/1937. Headquarters Office Prisons Department Straits Settlements And

Federated Malay States 20 January 1937. A Detailed Statement Showing The Duties

Of The Staff Of The Penang Prisons.

IOR P/142/37 (17 September 1845). W.J. Butterworth to A. Turnbull, 26 February 1845

Page 21: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

21

J. Kernial Singh Sandhu, Tamil And Other Indian Convicts In The Straits Settlements,

A.D. 1 790-1873", Proceedings Of The First International Conference Seminar Of

Tamil Studies, 1966, Vol. I.

J. Galtung. 1958. The Social Functions of a Prison. Social Problems 6: 127-40.

Lucy Robertson. 2013.Discipline At Changi: Crime, Punishment And Keeping Order

Inside The Prison Camp. Australian War Memorial. Summer Vacation Scholarships.

Mary Carpenter. 1970. Juvenile Delinquents: Their Condition And Treatment

1807-1877. Publisher Montclair, N.J, Patterson Smith.

Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At

Singapore In The Straits Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together

With A Cursory History Of The Convict Establishments At Bencoolen, Penang And

Malacca From The Year 1797.

Michel Foucault.1975. Discipline And Punish The Birth Of The Prison. Translated

From The French By Alan Sheridan. New York.

M. Charleroy, H. Marland. 2016. Prisoners of Solitude: Bringing History to Bear on Prison

Health Policy. Endeavour. 40(3): 141–147.

Nordin Hussin, 2007. Trade And Society In The Straits Of Melaka: Dutch Melaka And English

Penang, 1780-1830, Singapore : National University Of Singapore.

Ord To C.O 3 Disember 1872, C.O 273/62.

Ord To C.O, 24 Disember 1870., C.O 273/36.

Ord To C.O, 3 April 1873, C.O 273/66.

Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66.

Philippa Levine. 1996. Rereading The 1890’s: Venereal Disease As "Constitutional

Crisis" In Britain And British India’, Journal Of Asian Studies, 55(3).

P. Curtin, 1984. Cross Cultural Trade In World History. Cambridge : Cambridge

University Press.

Report Of The Committee On Prison Discipline, 8 January 1838, (Calcutta: 1838),

Singha, A Despotism Of Law.

Rules And Regulations For Management Of Prisons And Prisoners In

The Straits Settlements, Enclosure In Ord To C.O, 29 Mei 1873, C.O 273/66.

Rules And Regulations Under Ordinance No XIV Of 1872, For The Guidance Of

All Persons Concerned In The Care And Management Of Prisons And Prisoners In The

Straits Settlements. By The Governor In Council On The 18 June 1881.

R. J. W. Selleck. 1985. Mary Carpenter: A Confident And Contradictory Reformer.

History Of Education, Vol 14, No 2. h. 101-115.

Richards & L. E. Howe.1916. Elizabeth Fry : The Angel Of The Prisons. 1850-1943.

New York : D. Appleton And Co.

R. Cross. 1971. Punishment, Prison And The Public. An Assessment Of Penal Reform

Twentieth Century England By An Armchair Penologist. London ; Steven & Sons.

Satadru Sen. 2002. The Female Jails Of Colonial India. The Indian Economic And

Social History Review, 39, 4. Washington University, St. Louis

Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891.

Straits Settlements Records. AA 7. 1835.

Straits Settlements Records. R 6. 28.11.1840.

Straits Times Overland Journal, 12 July 1880, Page 2 Dari Daily Times, 8 Julai.

Beri-Beri In The Criminal Gaol.

Singapore Free Press. 21 Jun 1838.

The Straits Observer 25 Januari 1876.

The Straits Observer. 15 Februari 1875

The Straits Times. Cost of guarding the Convicts. 27 March 1869,

Page 22: BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

22

Tim Allender. 2016. Learning femininity in colonial India, 1820-1932, Vol. 1.

Manchester, UK: Manchester University Press.

The Public Health Of The Straits Settlements Medical Report For 1896

Victor Bailey. 2000. The Death Penalty In British History, Punishment and Society.

Vol 2(1), h.106-113.

V. Purcell, 1948. The Chinese In Malaya, London : Oxford University Press.

Y. K. Lee. 1973. Lunatics And Lunatic Asylums In Early Singapore 1819-1869.

Medical History. 1973 Jan. 17(1): 16–36.

Y.K Lee.1992.The Mental Diseases Hospital, Singapore. Singapore Medical Journal

1992; Vol 33: 500-509

Biodata

Siti Alwaliyah Binti Mansor. Beliau memperolehi ijazah pertama dari Universiti Kebangsaan

Malaysia dalam bidang Sejarah. Kemudian menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di

universiti dan bidang yang sama. Kini sedang menyiapkan tesis kajian penjara di peringkat

Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Malaya.

Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda (1989), Ijazah

Sarjana (1994) dan Ijazah Doktor Falsafah (2006) di Universiti Malaya, berkhidmat sebagai

Pensyarah Kanan. Bidang kepakaran beliau adalah Sejarah Sosial Dan Sejarah Pentadbiran

Malaysia serta Perbandaran.