bbm 3402 - nota (1)

Upload: haynnif

Post on 08-Jul-2015

344 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

.

.

'Saya jatuh cinta seni tulisan Jawi' BH 29/6/08

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok

OBJEKTIFSelepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat: mengaplikasikan kemahiran menulis dan membaca Jawi dengan lancar (pengetahuan), menghargai warisan agama, bangsa, dan negara dalam konteks pembinaan jati diri (sosial), dan mengemukakan saranan penyelesaian berdasarkan bukti yang kukuh dengan menyempurnakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan (kemahiran insaniah).

SINOPSIS Kursus ini melibatkan perbincangan mengenai sejarah dan perkembangan tulisan Jawi, bentuk-bentuk huruf Jawi, jenis-jenis ejaan Jawi, kaedah mengeja kata dasar bahasa Melayu asli, kata-kata pinjaman, kata berimbuhan, dan latihan membaca Jawi klasik.

KANDUNGAN 1 Sejarah tulisan Jawi, perkembangan dan penyebaran tulisan Jawi Huruf Jawi dan padanannya dengan huruf Rumi, dan bentuk huruf Jawi Jenis ejaan Jawi: ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum.

KANDUNGAN 2 Kaedah mengeja Jawi: diftong, glotis, geluncuran, gelinciran, kata gabungan, kata ulang, homograf, mengeja daripada hurufhuruf tertentu, kata pinjaman, dan kata berimbuhan. Latihan menulis dan membaca Jawi Tulisan khat dan Jawi klasik Masa hadapan tulisan Jawi

PENILAIANSetiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan dinilai mengikut peratusan di bawah: Ujian Pertengahan Semester Tugasan (Kertas Kerja) Peperiksaan Akhir : 30% : 30% : 40%

PEPERIKSAAN Peperiksaan Pertengahan Semester. Mengandungi 60 soalan berbentuk objektif yang merangkumi unit 1 topik 1 hingga unit 3 topik 5 dalam Modul Pembelajaran BBM 3402: Sistem Tulisan Jawi. Nilaian markah: 30 Markah Masa menjawab: 1 jam 15 minit.

PEPERIKSAANContoh Soalan: Huruf Jawi yang dipinjam daripada huruf Arab berjumlah: a. 25 b. 30 c. 31 d. 35 e. 40

Peperiksaan Akhir Mengandungi dua bahagian: Bahagian A: Objektif, mengandungi 60 soalan (30 markah) Soalan yang diberikan merangkumi keseluruhan isi kandungan Unit 4 hingga 7 dalam Modul Pembelajaran BBM 3402: Sistem Tulisan Jawi.

Peperiksaan Akhir Bahagian B: Esei, mengandungi 2 soalan (10 markah) yang mesti dijawab. Ia bertujuan menguji kemahiran menulis dan membaca Jawi. Soalan pada Bahagian B berbunyi: Jawikan petikan berikut (tidak melebihi 50 patah perkataan). Rumikan petikan berikut (tidak melebihi 50 patah perkataan).

Masa menjawab 1 jam 30 minit. *Tarikh, masa dan tempat bagi kedua-dua peperiksaan akan dimaklumkan oleh pihak PPL.

Peperiksaan Akhir Contoh soalan: 1. Jawikan petikan berikut: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

Peperiksaan Akhir 2. Rumikan petikan berikut:

,

9

.

RUJUKAN Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi, 2008 (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlob, 2003. Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publication. Hamdan Abdul Rahman, 1999. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaba, 2009. Rahsia Ejaan Jawi (edisi ejaan Rumi). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

RUJUKAN Al-Azim.com, 1421 H. Jawi Multikey (dalam talian) http://www.al-azim.com/masjid/jawi.htm Konvensyen Tulisan Jawi, 1991. (dalam talian) Koleksi Digital, http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/d efault&s=1&oid=61.htm Next-Q Technologies. Keistimewaan Jawi Translater Versi 5.0 dan Kamus 3 Bahasa! (dalam talian) http://www.next-q.com.my/site/ Nik Muhammad Nik Abdul Kadir, 2006. Ejawi.net. (dalam talian) http://www.ejawi.net/converter.php?go=jawi

Unit 1: Ejaan TradisionalBil.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Rumi Ada Tiada Pada Kepada Dari Daripada Maka Ia

Jawi

Bil. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Rumi Kita Lima Manusia Ini Itu Jika Dia Demikian

Jawi

Ralat dalam ModulHalaman 15: Bentuk (tatkala) ini...semestinya berkembang sehingga sampai kepada diubah kepada: Bentuk menjadi (tatkala) ini telah berkembang dalam ejaan sekarang.

.

Ralat dalam ModulHalaman 33: Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 30 abjad termasuk huruf ta marbutah ( ). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 36 huruf. diubah kepada: Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 31 abjad termasuk huruf ta marbutah ( ), hamzah ( ), dan alif maqsurah atau ye ( ), tetapi tidak termasuk lam alif ( ). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 37 huruf.

Ralat dalam ModulHal. 46 61 64 67 70 74 75 75 76 Perkataan Beta Wahyu Pola u + i Gu Seru Panaroma Habuan Haluan Dirgahayu Perubahan Demikian Talu Pola u + u Gol Serbu PanoramaDimasukkan ke dlm. senarai pertama Dimasukkan ke dlm. senarai pertama

Dipadamkan

PENUTUP Nota kuliah pertemuan bersemuka pertama dan peperiksaan pertengahan semester merangkumi unit 1 hingga 3 dalam modul BBM3402. Jika terdapat percanggahan antara modul BBM3402 dengan nota/tugasan terkini yang disediakan pensyarah, sila gunakan nota/tugasan terkini. Semoga pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan jujur dengan ilmu akan berjaya.