bless e-newsletter vol 1 2019 version 5 · 2020. 1. 13. · bermula pada ogos 2017 sehingga kini...

3
e-Newsletter Vol.1 Julai - September 2019 e-Newsletter BL E SS Pitching Session Bersama Pihak Berkuasa Melesen (PBM) Pada 15 Julai 2019, seramai 61 orang pegawai PBM serta wakil daripada Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU JPM) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) hadir ke BLESS Pitching Session sebagai wadah libat urus BLESS bersama rakan-rakan strategik dalam mengenal pasti penambahbaikan dan hala tuju Sistem BLESS. Di dalam sesi yang sama, Bahagian BLESS dan MAMPU JPM turut membentangkan perancangan hala tuju BLESS, cadangan-cadangan penambahbaikan serta pengenalan mengenai portal MalaysiaBiz yang dibangunkan oleh MAMPU JPM di bawah Program Berimpak Tinggi 1 PKS (SME HIP 1). oleh Muhammad Firdaus Mohd Nazam LATAR BELAKANG Pembangunan sistem atas talian bersepadu bagi lesen-lesen perniagaan di peringkat Persekutuan adalah cetusan idea Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pada tahun 2007. Mulai bulan Ogos pada tahun 2019, Bahagian BLESS selaku bahagian yang bertanggungjawab membangunkan Business Licensing Electronic System (BLESS) telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). JUMLAH PERMOHONAN TERTINGGI DITERIMA MELALUI SISTEM BLESS (Sepanjang Januari ~ Oktober 2019) KPDNHEP LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA JABATAN PERUMAHAN NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA 1 2 3 4 5 38,114 21,108 5,241 4,914 2,970 Pihak Berkuasa Melesen Jumlah Permohonan

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • e - N e w s l e t t e r

    V o l . 1

    J u l a i - S e p t e m b e r 2 0 1 9

    e - N e w s l e t t e r

    BLESS Pitching SessionBersama Pihak BerkuasaMelesen (PBM)

    Pada 15 Julai 2019, seramai 61 orang pegawai PBM serta wakil daripadaUnit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia, JabatanPerdana Menteri (MAMPU JPM) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)hadir ke BLESS Pitching Session sebagai wadah libat urus BLESS bersamarakan-rakan strategik dalam mengenal pasti penambahbaikan dan hala tujuSistem BLESS. Di dalam sesi yang sama, Bahagian BLESS dan MAMPU JPM turutmembentangkan perancangan hala tuju BLESS, cadangan-cadanganpenambahbaikan serta pengenalan mengenai portal MalaysiaBiz yangdibangunkan oleh MAMPU JPM di bawah Program Berimpak Tinggi 1 PKS(SME HIP 1).

    oleh Muhammad Firdaus Mohd Nazam

    LATAR BELAKANGPembangunan sistem atas talian bersepadu bagi lesen-lesen perniagaan di peringkatPersekutuan adalah cetusan idea Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan(PEMUDAH) pada tahun 2007. Mulai bulan Ogos pada tahun 2019, Bahagian BLESS selakubahagian yang bertanggungjawab membangunkan Business Licensing Electronic System(BLESS) telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).

    JUMLAH PERMOHONANTERTINGGI DITERIMAMELALUI SISTEM BLESS

    (Sepanjang Januari ~ Oktober 2019)

    KPDNHEP

    LEMBAGAPEMBANTU PERUBATAN

    JABATAN BOMBA &PENYELAMAT MALAYSIA

    JABATAN PERUMAHANNEGARA

    POLIS DIRAJA MALAYSIA

    1

    2

    3

    4

    5

    38,114

    21,108

    5,241

    4,914

    2,970

    Pihak Berkuasa Melesen Jumlah Permohonan

  • AG

    ENSI

    STR

    ATE

    GIK

    KOLA

    BORA

    TIF

    BLES

    SKursus BLESS TrainingFor Trainers (BTFT)

    BTFT adalah merupakan siri latihan kursus yang dibangunkan untuk melatih pegawai-pegawai Single Point of Contact (SPOC) BLESS yang terdiri daripada pegawai-pegawaiagensi pihak berkuasa melesen (PBM) bagi menyelaras urusan permohonan lesenperniagaan di semua peringkat penyampaian perkhidmatan merangkumi aspek peraturan,dasar dan prosedur permohonan lesen perniagaan melalui Aplikasi BLESS secara cekap danberkesan. Pegawai SPOC di agensi berperanan sebagai pegawai yang bertanggungjawab menguasaipenggunaan aplikasi BLESS secara menyeluruh, memberi khidmat runding kepada pegawai-pegawai pemproses di agensi, bertindak sebagai pegawai perantara agensi dan BahagianBLESS MED, serta berperanan melatih tatacara penggunaan BLESS kepada pegawai-pegawai pemprosesan lesen di agensi sama ada di peringkat ibupejabat, negeri atau daerah. Bermula pada Ogos 2017 sehingga kini kursus BTFT telah diadakan dengan penglibatansebanyak 20 PBM dari seluruh negara. Sehingga 2019, seramai 283 orang pegawai telahmenghadiri kursus BTFT seterusnya dilantik sebagai pegawai SPOC bagi PBM masing-masing.

    oleh Nursyafarina Jaafar

    eINFOIoT mencipta kecerdikan,rangkaian yang boleh mengesan,mengawal dan memprogramdengan sendirinya. IoTmembolehkan peranti komputermenggunakan teknologi yang adapadanya yang membenarkanmereka berkomunikasi secaralangsung atau tidak langsungmelalui internet.

    - Jim Chase (2013)

    Internet of Things (IoT)

    Halaman 02/03

    JUMLAH PANG

    GILAN

    DITERIMA

  • eINFO

    Latihan BLESS KepadaPegawai KPDNHEP Labuan

    Bahagian BLESS telah menerima jemputan untukmemberi latihan kepada pegawai pemproses lesen diKPDNHEP Labuan pada 7 Ogos 2019 di WP Labuan.Latihan diberikan merangkumi aspek pemprosesanlesen barang kawalan berjadual (CSA) dan permitbarang kawalan berjadual.

    Kunjungan BLESS keMajlis PerbandaranBentong 

    Susulan daripada sesi Taklimat BLESSkepada pentadbiran kerajaan negeri Pahang,Bahagian BLESS turut mengadakankunjungan mesra ke Majlis PerbandaranBentong, Pahang (MPBentong) pada 12 Julaiuntuk mengenalpasti amalan pemprosesanlesen perniagaan di peringkat daerahtersebut.

    BLESS @ Minggu UsahawanNasional (MUN) 2019

    Bahagian BLESS turut serta sebagai pempamer sempena MUN2019 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 29Ogos hingga 1 September. Penyertaan BLESS bertujuan memberikhidmat konsultansi kepada pemohon lesen perniagaan yangingin membuat permohonan lesen-lesen perniagaan. Selainmenerima aduan dan pertanyaan daripada pemohon, pameranBLESS @ MUN turut membantu pemohon membuat permohonanbaharu lesen dan pembaharuan lesen/permit perniagaan.

    Halaman 03/03

    Peluasan Penggunaan SistemBLESS ke Peringkat Negerio l e h M u h a m m a d F i r d a u s M o h d N a z a m

    Selaras dengan keputusan Mesyuarat PEMUDAH Bil.1/2015 bertarikh 30 Januari 2015, peluasansistem BLESS ke peringkat negeri telah dipersetujui dan melibatkan beberapa negeri antaranya negeriMelaka, Pahang, Johor, Perak, dan Negeri Sembilan. Tahun ini, Bahagian BLESS telah meneruskan usahaini dengan mengadakan sesi taklimat kepada pentadbiran negeri-negeri yang terlibat (Melaka - 20 Jun,Pahang - 12 Julai, Perak - 18 September, Negeri Sembilan - 27 September) dan secara dasarnya,pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, Pahang, Perak, dan Negeri Sembilan bersetuju untuk menggunakanSistem BLESS di peringkat PBT bagi urusan permohonan dan pemprosesan lesen perniagaan. Susulan ini,Bengkel Kajian Kesesuaian Pelesenan PBT telah diadakan di Melaka pada 4-5 September sebagaipersediaan awal pembangunan sistem BLESS di peringkat PBT negeri Melaka.

    Revolusi Industri 4.0(IR 4.0)Era IR 4.0 ditandai dengankemunculan supercomputer, robotpintar, kenderaan tanpapengemudi, suntikan genetik danperkembangan neuroteknologiyang memungkinkan manusiauntuk lebih mengoptimumkanfungsi otak.

    - Klaus Schwab

    B a h a g i a n B L E S S , K e m e n t e r i a n P e m b a n g u n a n U s a h a w a nA r a s 5 , B l o k D 5 , K o m p l e k s D , 6 2 5 0 2 P u t r a j a y a

    Sistem ini(BLESS) akanmenjimatkanmasa selain

    mengelakkanmasalah

    ketirisan.- YB Datuk Dr. Razali AbMalik, Setiausaha KerajaanNegeri Sembilan(Sumber : BERNAMA)