borang pengesahan status tesisטּ - fp.utm.my hafiza binti... · maintaining the same teacher in...

35
PSZ 19:16 (Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : STRATEGI KE ARAH KECEMERLANGAN PENCAPAIAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH SESI PENGAJIAN : 2011/2013 Saya NADZLIN HAFIZA BINTI No. Matriks MP 101593 MOHD YASIN Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR Nama Penyelia No. 38, Jalan Mewah, Taman Limbong Mewah, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor. Tarikh: 31 JANUARI 2013 Tarikh : 31 JANUARI 2013 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: hoangbao

Post on 27-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : STRATEGI KE ARAH KECEMERLANGAN PENCAPAIAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya NADZLIN HAFIZA BINTI No. Matriks MP 101593 MOHD YASIN

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR Nama Penyelia No. 38, Jalan Mewah, Taman Limbong Mewah, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor. Tarikh: 31 JANUARI 2013 Tarikh : 31 JANUARI 2013

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

2

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ………………………………………….….

Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh :

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

3

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penuh : NADZLIN HAFIZA BINTI MOHD YASIN

Tarikh : 31 JANUARI 2013

DEDIKASI

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

4

Istimewa Untuk

Ibu Bapa Dan Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakan Dan Kerjasama

Juga

Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SK Bukit Naning Yang Amat

Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta Kelonggaran

Kepada Saya Untuk Mengikuti Kelas Pada Hujung Minggu.

Penyelia Yang Dihormati Dr. Lokman bin Mohd Tahir Yang Sentiasa Memantau

Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.

Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakan

Dorongan Dan Komitmen Kalian Telah Menguatkan Semangatku

Untuk Meneruskan Perjuangan Jihad Yang Tidak Berkesudahan Ini

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

5

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya yang membenarkan saya

menyelesaikan tesis ini dan memberkati saya sepanjang tempoh mencabar kursus

sarjana ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya,

Dr. Lokman bin Mohd Tahir kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar

kepada saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga

ucapan terima kasih saya kepada semua pensyarah UTM yang pernah mencurahkan

bakti mereka di kelas Pesisir Muar ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di lima buah sekolah

kajian di daerah Muar, iaitu sebuah sekolah menengah bagi Kajian Rintis dan 4 buah

bagi Kajian Sebenar kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian mengenai sekolah mereka. Terima kasih yang tidak terhingga di

atas kerjasama daripada responden temubual iaitu Guru Penolong Kanan ko-

Kurikulum di kelima-lima buah sekolah kajian ini erana mereka sudi meluangkan

masa untuk mendengar dan menjawab soalan temubual saya untuk kajian saya ini.

Akhir sekali, kepada suami, ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang telah

sama-sama sepanjang proses pembelajaran ini. Pengorbanan ahli keluarga dan sikap

rakan-rakan yang sering menghulurkan bantuan akan saya kenang buat selamanya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

6

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi yang menjadi amalan sekolah-sekolah yang cemerlang dalam daerah Muar dalam bidang ko-kurikulum. Strategi yang ingin dikenalpasti ialah strategi mencapai kecemerlangan, strategi mendapatkan penyertaan murid dan strategi menarik minat guru dalam aktiviti ko-kurikulum. Kajian ini melibatkan sampel seramai empat orang guru penolong kanan ko-kurikulum di empat buah sekolah cemerlang ko-kurikulum di daerah Muar. Data dikumpul melalui kaedah kualitatif melalui instrumen temubual, analisis dokumen dan pemerhatian. Analisis data mendapati bahawa terdapat lima strategi yang telah dikenalpasti bagi objektif kajian pertama iaitu strategi mencapai kecemerlangan ko-kurikulum iaitu perancangan yang menarik, tugasan berdasarkan minat guru, memastikan ada pelapis, memberi makanan tambahan kepada peserta dan menawarkan insentif kepada pemenang. Bagi objektif kajian kedua iaitu strategi meningkatkan penyertaan murid mempamerkan tiga strategi iaitu memberi penjelasan tentang elemen pemarkahan ko-kurikulum, mewujudkan persekitaran cemerlang dan memberi penghargaan kepada murid. Bagi objektif kajian ketiga iaitu strategi meningkatkan minat guru terhadap aktiviti ko-kurikulum, terdapat dua strategi yang telah dikenalpasti iaitu memberi perancangan dan penjelasan lengkap tentang tugasan dan mengekalkan guru-guru dalam sesuatu unit dan pasukan. Sebagai penutup, cadangan bagi mengatasi beberapa kelemahan yang dikenalpasti turut dikemukakan dalam kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

7

ABSTRACT

The purpose of this research was to investigate the strategies used by the school leaders which have become the usual practice in excellent schools. The schools are selected from the schools that has excellent achievement in co-curricular in Muar district. The strategies that inquire in this study were strategies on how to achieve the excellent performance in co-curricular; strategies to improve student involvement in co-curricular activities and strategies that could improve teachers’ interests in co-curricular activities. This study involved four Senior Assistant of Co-curricular in four schools. The data were collected by qualitative method through interviews, document analyses and observations. The data analysis revealed that there are five strategies involved for the first objective which are plan activities that will interest the student, task given should be suits with teachers’ interest, make sure that there will always junior athletes, provide supplement and offer incentives for winners. For the second objective, data showed three strategies which explain about the marking elements for co-curricular, the school itself should come up with

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

8

excellent surroundings and the school and community should show appreciation towards students. The last objective revealed the strategies on how to improve teachers’ interest in co-curricular activities. There were two strategies found, the first one is the excellent in planning the co-curricular activities and complete explanation towards teachers on all co-curricular tasks and programmes. The second strategy is maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. For closure, some suggestions are given in order to improve several weaknesses in this study.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

9

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Ko-kurikulum 12

1.8.2 Strategi Kecemerlangan 14

1.8.3 Penyertaan 15

1.8.4 Minat 16

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

10

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep Ko-kurikulum 19

2.3 Strategi Kecemerlangan 21

2.4 Penyertaan Murid dalam Ko-kurikulum 22

2.5 Minat Guru dalam Ko-kurikulum 23

2.6 Kajian-kajian Lepas 24

2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Sampel 32

3.4 Lokasi Kajian 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

11

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Temubual 34

3.5.2 Analisis Dokumen 37

3.5.3 Pemerhatian 37

3.6 Pengumpulan Data 38

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 41

3.8.1 Kesahan 42

3.8.2 Kebolehpercayaan 43

3.9 Analisa Data 44

3.9.1 Analisa Dapatan Temubual 45

3.9.2 Analisa Dokumen 47

3.9.3 Analisa Pemerhatian 50

3.10 Penutup 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Latar Belakang Sekolah dan Responden 55

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

12

4.2.1 Sekolah 55

4.2.2 Responden 57

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 59

4.3.1 Strategi bagi Mencapai Kecemerlangan

ko-Kurikulum 60

4.3.1.1 Perancangan Pengisian yang Menarik,

Berkesan dan Sistematik 60

4.3.1.2 Memberi Tugasan Berpandu Kepada Minat

Dan Kelebihan Guru 66

4.3.1.3 Memastikan Ada Pelapis Dalam Pasukan

Sekolah 69

4.3.1.4 Memberi Makanan Tambahan Kepada

Atlit Dan Pasukan Sekolah 71

4.3.1.5 Menawarkan Insentif Kepada Pemenang 72

4.3.2 Strategi Meningkatkan Penyertaan Murid Dalam

Aktiviti Ko-Kurikulum 72

4.3.2.1 Memberi Penjelasan Tentang Elemen

Pemarkahan Kepada Murid-Murid Dan

Ibubapa 73

4.3.2.2 Mewujudkan Suasana Kecemerlangan

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

13

Di Persekitaran Sekolah 76

4.3.2.3 Memberi Penghargaan Kepada Murid 76

4.3.3 Strategi meningkatkan minat guru terhadap

aktiviti ko-kurikulum 79

4.3.3.1 Memberi perancangan dan penjelasan

lengkap mengenai sesuatu tugasan 80

4.3.3.2 Mengekalkan guru-guru dalam sesuatu unit

dan pasukan 82

4.4 Rumusan Analisis Data 83

4.5 Penutup 85

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Rumusan Kajian 87

5.3 Perbincangan 88

5.3.1 Strategi bagi mencapai kecemerlangan ko-kurikulum 89

5.3.2 Strategi meningkatkan penyertaan murid dalam

aktiviti ko-kurikulum 94

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

14

5.3.3 Strategi meningkatkan minat guru untuk melibatkan

diri dalam aktiviti ko-kurikulum 97

5.4 Cadangan penambahbaikan Strategi kecemerlangan

Ko-kurikulum 100

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.6 Penutup 103

RUJUKAN 104

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

15

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Proses Analisa Dapatan Temubual 46

3.2 Fail-fail Pengurusan ko-Kurikulum di Sekolah 47

3.3 Borang Analisa Dokumen 48

3.4 Borang Pemerhatian 50

3.5 Rumusan Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51

4.1 Jadual Pemerhatian 54

4.2 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK A 61

4.3 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK B 62

4.4 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK A 64

4.5 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK B 65

4.6 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK B 66

4.7 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK A 67

4.8 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK B 68

4.9 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK A 70

4.10 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK A 70

4.11 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK B 73

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

16

4.12 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK A 74

4.13 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK B 75

4.14 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK A 77

4.15 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK B 78

4.16 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK A 80

4.17 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SK B 81

4.18 Dapatan Analisis Dokumen dan Pemerhatian SMK A 82

4.19 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Objektif Kajian 84

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

17

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Triangulasi Kaedah Pengumpulan Data 34

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

18

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Instrumen Temu Bual 113

B Surat-surat Kebenaran 115

C Transkripsi Temu Bual

Dapatan Analisis Dokumen

Dapatan Pemerhatian 120

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

19

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan

pelaksananya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara. Visi Kementerian

Pelajaran Malaysia berperanan menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf

dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu (Omardin Ashaari

, 1996).

Seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelaksanaan ko-

kurikulum juga turut diambil berat. Ko-kurikulum berperanan dalam mengukuhkan

ilmu pengetahuan yang diperoleh di dalam bilik darjah (Mak Soon Sang , 2009).

Aktiviti yang dijalankan secara proaktif diyakini dapat membantu pihak sekolah

mengatasi masalah sosial dalam kalangan pelajar. Khairol Anuar (2009) berpendapat

bahawa aktiviti ko-kurikulum sama ada sukan, badan beruniform, atau persatuan

diberi penekanan yang sama seperti akademik kerana ia dapat menghasilkan pelajar

generasi akan datang yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik malah

turut berpengetahuan luas di dalam bidang ko-kurikulum. Namun, secara

kebiasaannya, sekolah-sekolah lebih menitikberatkan hal akademik dan tidak

dinafikan bahawa masih terdapat sekolah yang tidak mewajibkan aktiviti ko-

kurikulum kepada pelajar. Penumpuan terhadap akademik semata tidak dapat

melahirkan modal insan holistik seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

20

Menurut Najib dan Jamaliah (2011), sekolah-sekolah di Malaysia merupakan

tempat bagi pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui sistem pendidikan

yang terancang. Bagi memperlengkapkan lagi sistem pendidikan, pelajar-pelajar juga

diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang antara matlamatnya

membolehkan pelajar mempraktikkan amalan teori di bilik darjah ke luar bilik

darjah. Dengan ini proses pembelajaran, pelajar akan lebih sempurna dan bermakna.

Dalam sistem pelaksanaan ko-kurikulum di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menggariskan bahawa setiap sekolah mempunyai bidang pengajian yang sama

iaitu:

a) Pendidikan berdasarkan kepada kurikulum

Menurut Ishak (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang

didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik

darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:

� Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

� Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara

praktikal di dalam kelas

� Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan

pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Yusuf (2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi

sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan

kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud

laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau

metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini iaitu laluan dan jelmaan

menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Terdapat pelbagai

sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum dengan lebih kompleks. Namun,

secara ringkasnya, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah (Salleh, 1996).

Beliau berpendapat bahawa subjek-subjek yang ditawarkan di sekolah seperti subjek

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

21

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya merupakan bidang pengajian di

sekolah.

.

b) Pendidikan berasaskan kepada ko- kurikulum.

Pendidikan berasaskan ko-kurikulum pula terbahagi kepada tiga pecahan

iaitu:

i) Sukan dan permainan – Sukan adalah diwajibkan di semua sekolah.

Kegiatan sukan seperti olahraga malah turut meliputi permainan-

permainan popular seperti bola jaring, bola sepak, hoki, ragbi dan

sebagainya. Sukan merupakan satu saluran yang berkesan untuk

memupuk persefahaman serta perpaduan dalam kalangan murid-

murid.

ii) Pakaian seragam – Laporan Kabinet (1979), mencadangkan semua

murid sekolah mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu

pasukan pakaian seragam seperti berikut, iaitu :

� Pasukan Anak Serigala, Pasukan Pengakap, Pasukan Brownie dan

Pasukan Pandu Puteri.

� Pasukan Pertolongan Cemas seperti Pasukan St. John dan Pasukan

Bulan Sabit Merah.

� Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis.

iii) Persatuan dan kelab – dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

� Kelab dan Persatuan yang berasaskan sesuatu mata pelajaran dan

bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran murid-murid

dalam mata pelajaran itu. Persatuan-persatuan di dalam kategori

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

22

ini adalah seperti Persatuan Sains, Persatuan Bahasa Inggeris,

Persatuan Sejarah dan sebagainya.

� Kelab dan Persatuan yang berunsur hobi dan bertujuan untuk

menarik minat serta memberi ilmu pengetahuan dalam sesuatu

bidang atau hobi yang tertentu. Sebagai contoh, Persatuan

Senifoto, Persatuan Koir, Persatuan Seni Teater dan sebagainya.

Laporan Kabinet (1979), menyatakan matlamat penubuhan sesebuah kelab

atau persatuan di sekolah adalah bertujuan menggalakkan murid-murid berkenalan

sesama sendiri dan membolehkan murid-murid mencapai kemahiran di dalam

sesuatu lapangan. Dalam usaha kerajaan melahirkan insan yang bersepadu dan

seimbang, paradigma yang sepatutnya digunakan ialah memberikan penekanan

seimbang terhadap kedua-dua komponen akademik dan kokurikulum (Saifuddin,

2008). Beliau berpendapat, keseimbangan dalam kedua-dua komponen itu perlu

diberikan perhatian sewajarnya. Pendapat ini adalah berasaskan inti pati Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan individu yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks ini, membuktikan bahawa

kokurikulum memainkan peranan sebagai pelengkap kepada kurikulum. Ini kerana,

melalui kurikulum semata-mata, adalah mustahil bagi sebarang institusi pendidikan

melahirkan individu yang seimbang secara sempurna.

Kepentingan kedua-dua komponen kurikulum dan ko-kurikulum ini telah

terbukti apabila kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi Julai

2006/2007, buat pertama kali Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kira markah

kokurikulum sebagai 10 peratus daripada keseluruhan markah yang dimiliki calon

(Hishammuddin, 2009). Kementerian Pelajaran Malaysia mula menilai dan memberi

markah kepada kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah. Pembabitan

pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab/persatuan akan

diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah, daerah, negeri, negara), jawatan

(presiden, setiausaha, bendahari, jawatankuasa) dan tempoh masa penglibatan dan

kehadiran. Markah kokurikulum juga dicatatkan pada sijil peperiksaan, misalnya Sijil

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

23

Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu sama seperti kelulusan ujian lisan dicatatkan.

Menurut Panduan Penilaian Aktiviti kokurikulum yang digunakan, jelas

membuktikan bahawa untuk pertama kali dalam sejarah pendidikan negara, satu skim

kokurikulum yang komprehensif berjaya diwujudkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Muhammad Faisal (2009), kebanyakan sekolah kini mewajibkan

pelajarnya menyertai aktiviti ko-kurikulum namun pelaksanaannya masih perlu

dipertingkatkan kerana aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di sekolah masih

mempunyai kekurangan dari aspek nilai, kualiti dan penekanan terhadap aspek

kerohanian. Aktiviti ko-kurikulum bertujuan memperkembang potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu, namun perancangan, pengurusan dan pelaksanaan

yang lemah akan menjadikan murid-murid hilang minat terhadap aktiviti yang

dijalankan. Pengisian aktiviti ko-kurikulum yang mantap berperanan di dalam

pembinaan modal insan terbaik dalam diri pelajar. Modal insan terbaik akan

mencerminkan bahawa seseorang pelajar itu mampu berdikari dan mampu bersaing

dalam sebarang masa dan keadaan.

Ramai pelajar beranggapan bahawa kegiatan ko-kurikulum tidak penting dan

banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang

melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna.

Sebagai contoh, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum yang hanya dikendalikan

oleh sekumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa

pemantauan daripada guru-guru yang seharusnya terlibat. Sebagai kesan, pelajar-

pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990), walaupun

sumbangan ko-kurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

24

difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa ko-kurikulum sebagai

kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara

sambil lewa dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan

seperti matapelajaran akademik.

Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang

penglibatan iaitu :

� Faktor struktur iaitu faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan,

peralatan, masa, wang dan maklumat.

� Faktor interpersonal iaitu faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau

hubungan antara individu. Sebagai contoh, kesulitan mencari

pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan badminton.

� Faktor intrapersonal iaitu faktor melibatkan keadaan psikologi

individu yang bertindak sebagai penghalang penglibatan aktiviti

bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap,

keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999) yang menyatakan

bahawa antara alasan guru-guru tidak bergiat aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum

ialah apabila guru merasakan aktiviti ko-kurikulum membuang masa pelajar, guru

tinggal jauh dari sekolah dan banyak memikul tanggungjawab. Mereka juga

berpendapat bahawa pengendalian kegiatan kokurikulum dilaksanakan oleh guru

yang kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ko-kurikulum yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah membuatkan guru sukar melibatkan diri dalam

aktiviti ko-kurikulum. Perlaksanaan ko-kurikulum di sekolah yang tidak

mengalakkan dan tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya

guru akan mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian.

Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian

terhadap kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti ko-kurikulum seperti

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

25

pergerakan unit beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak

memberangsangkan.

Menurut Syed Anuar (2009) pula, masalah yang timbul dalam aktiviti ko-

kurikulum adalah dari segi tempoh pelaksanaan, masa yang diperuntukkan untuk

aktiviti ko-kurikulum amat terhad. Pengisian aktiviti ko-kurikulum di sekolah ketika

ini lebih kepada asas untuk membentuk disiplin pelajar. Long (1977) juga

menyatakan bahawa terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga

terlatih yang terhad di bidang ko-kurikulum. Situasi ini menggambarkan bahawa

tahap pengisian aktiviti ko-kurikulum di Malaysia masih tidak setanding dengan

negara-negara maju yang lain. Hasrat Kementerian Pelajaran untuk menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia masih memerlukan

lonjakan yang drastik.

Azizah (1990) menyatakan ko-kurikulum bukan idea baru tetapi ia telah

terabai disebabkan kurangnya perhatian, perancangan dan penekanan yang diberi

kepada bidang ini. Sehingga pelajar merasakan sekolah sebagai tempat yang sepi dan

membosankan. Matlamat sistem pendidikan negara yang berhasrat mengembangkan

potensi pelajar secara holistik tidak dapat terlaksana sepenuhnya yang mana akhirnya

menghasilkan pelajar yang tidak seimbang dari segala aspek.

Para pendidik di Malaysia pula berpendapat apabila didapati pencapaian

seseorang pelajar merosot dalam bidang akademik, maka penglibatan pelajar tersebut

di dalam bidang kokurikulum akan dipersalahkan. Fokus para pendidik seharusnya

ditumpukan kepada kualiti akademik yang ditawarkan kepada para pelajar. Menyekat

pelajar terhadap aktiviti ko-kurikulum yang diminatinya bukan langkah yang bijak

bagi meningkatkan minat pelajar tersebut terhadap akademik. Sensitiviti para

pendidik seharusnya digunakan untuk menimbal balik tentang permasalahan di

sekolah-sekolah kini yang mana dapat dirumuskan bahawa kegiatan ko-kurikulum

kurang dititik beratkan. Kegiatan ko-kurikulum di anggap sebagai aktiviti yang

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

26

membuang masa dan hanya dijalankan apabila masa terluang tanpa melihat kepada

objektif kewujudannya (Azizi Yahaya, 1998).

Malangnya, sebelum wujud Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), sistem pendidikan kita terlalu

menekankan akademik malah terlalu berorientasikan peperiksaan. Sistem sebelum ini

amat memberi tekanan bukan sahaja kepada guru-guru dan para pelajar malah

ibubapa turut merasakan tekanan yang sama. Persaingan dalam bidang akademik

membina pelajar yang kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar.

Kajian yang telah dijalankan olah Mustafa Kamal (2000) ke atas pelajar

Melayu tingkatan empat di Rancangan Felda Daerah Segamat Selatan yang

mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam

kegiatan kokurikulum. Hasil kajian beliau disokong oleh Azizah (1990) dalam

kajiannya yang bertajuk Mengenalpasti masalah-masalah dalam pelaksanaan aktiviti

ko-kurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak juga mendapati kebanyakan

pelajar terpaksa menolong ibu bapa di rumah di waktu petang ketika kegiatan ko-

kurikulum dijalankan. Sampel kajian yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80

orang guru dan 270 orang pelajar dengan menggunakan perbincangan, temubual dan

soal selidik untuk melihat kekerapan dan ‘chi square’. Dapatan kajian beliau

menunjukkan masalah yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan

kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian mendapati

pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat mengikut

ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Masalah yang dihadapi

ialah seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada

kemahiran dan juga tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang

dijalankannya. Pelajar-pelajar juga tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan

beruniform. Jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah

didorong oleh diri sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa. Alasan yang diberikan oleh

pelajar, guru hanya memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

27

sahaja dan ada antara mereka yang terpaksa menolong ibu bapa di rumah pada waktu

aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

Bermula dengan langkah mengkaji semula sistem peperiksaan yang

dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Hishammuddin (2008)

menegaskan bahawa sistem pendidikan pada masa tersebut terlalu berorientasi

peperiksaan. Kenyataan beliau telah membuka mata banyak pihak, masyarakat kini

sedar bahawa pendidikan perlu menitik beratkan pelbagai aspek bagi memenuhi

aspirasi negara dalam pembentukan modal insan. Pendidikan tidak hanya bersandar

kepada aspek akademik semata-mata, gred akademik yang cemerlang tidak dapat

menjamin keseimbangan dan kesepaduan individu tanpa sahsiah yang mantap.

Walaupun dengan penyelarasan terhadap sistem kurikulum terbaru iaitu KSSR dan

KSSM telah dilaksanakan namun, sekiranya perhatian terhadap kokurikulum masih

kurang, maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan itu masih juga tidak dipenuhi.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang berlaku di dalam bidang ko-kurikulum ialah kelemahan di

dalam pengisian aktiviti kokurikulum. Pengisian aktiviti ko-kurikulum yang kurang

menarik dan tidak terancang akan membuatkan pelajar bosan dan kecewa apabila

menghadiri aktiviti ko-kurikulum. Masalah ini bukan sahaja memberi impak kepada

pelajar-pelajar namun kepada nama baik pihak sekolah. Masalah seterusnya yang

perlu dirungkai ialah, masalah yang berkaitan dengan guru penasihat unit. Tidak

dinafikan bahawa terdapat guru-guru yang tidak berminat untuk menceburi bidang

ko-kurikulum, kurang berpengetahuan dan tidak mempunyai kemahiran. Guru-guru

ini sering memberi alasan untuk tidak menyertai aktiviti atau akan mencari sebarang

peluang yang membolehkan mereka terlepas daripada terlibat dengan aktiviti ko-

kurikulum. Impak daripada kurangnya minat guru terhadap aktiviti ko-kurikulum

ialah tahap penyertaan murid rendah dalam aktiviti ko-kurikulum. Sikap guru yang

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

28

mengambil mudah tentang aktiviti ko-kurikulum ini membuatkan murid-murid

merasakan bahawa aktiviti ko-kurikulum hanya membuang masa dan tidak

berfaedah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti strategi kecemerlangan ko-kurikulum.

1.4.2 Mengenalpasti strategi meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti ko-

kurikulum.

1.4.3 Mengenalpasti strategi meningkatkan minat guru terhadap aktiviti ko-

kurikulum.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk merungkai persoalan berikut:

1.5.1 Apakah strategi bagi mencapai kecemerlangan ko-kurikulum?

1.5.2 Apakah strategi bagi meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti ko-

kurikulum?

1.5.3 Apakah strategi bagi meningkatkan minat guru terhadap aktiviti ko-kurikulum?

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

29

1.6 Kepentingan Kajian

Strategi kecemerlangan ko-kurikulum dapat dipraktikkan di pelbagai jenis

sekolah bagi tujuan menambah baik mutu ko-kurikulum pelajar. Pengisian ko-

kurikulum yang lebih baik akan membantu membina model pelajar yang holistik.

Pengenalpastian strategi meningkatkan penyertaan murid untuk aktiviti ko-kurikulum

memberi idea kepada guru-guru dan pihak sekolah untuk mengambil tindakan

bersesuaian berdasarkan punca yang dikenalpasti.

Punca kurangnya minat guru terhadap aktiviti ko-kurikulum juga membuka

jalan kepada para pentadbir untuk mengambil langkah yang berkesan kepada

permasalahan tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan oleh penyelidik

untuk membantu guru, Guru Besar atau Pengetua, Jawatankuasa Kerja Sekolah, Unit

Ko-kurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri dan agensi yang

berkaitan dalam merancang program ko-kurikulum di sekolah agar lebih teratur dan

efisien. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu menggalakkan penglibatan

pelajar dan guru dalam kegiatan ko-kurikulum seterusnya masyarakat akan lebih

prihatin terhadap kepentingan ko-kurikulum demi masa depan pelajar.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Lokasi kajian yang dipilih ialah sekolah-sekolah di dalam daerah Muar,

Johor. Kajian ini bakal melihat strategi keberkesanan pencapaian ko-kurikulum,

maka sekolah-sekolah yang dipilih merupakan sekolah-sekolah yang mempunyai

rekod yang cemerlang di dalam bidang ko-kurikulum. Sekolah-sekolah yang

dimaksudkan adalah 4 buah sekolah iaitu 2 daripadanya adalah sekolah rendah dan

selebihnya adalah sekolah menengah.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

30

Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian, iaitu mengenalpasti strategi

kecemerlangan ko-kurikulum dan seterusnya mengenalpasti strategi meningkatkan

penyertaan pelajar dan strategi meningkatkan minat guru terhadap bidang ko-

kurikulum, kajian berbentuk kualitatif akan dilaksanakan. Kajian ini akan dijalankan

dengan menemubual Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah-sekolah

berkenaan, seterusnya analisis dokumen yang berkaitan akan dijalankan dan

pemerhatian turut dilaksanakan berkenaan aspek-aspek yang perlu dinilai.

1.8 Definisi Istilah

Definisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa

temubual berkaitan strategi mencapai kecemerlangan ko-kurikulum, strategi bagi

meningkatkan penyertaan murid-murid dan strategi bagi meningkatkan minat guru-

guru terhadap aktiviti kokurikulum.

1.8.1 Ko-Kurikulum

Menurut Kamus Dewan (2000), ko-kurikulum ialah merupakan sebahagian

daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Selain mata pelajaran

yang diajar di dalam bilik darjah, ko-kurikulum juga dianggap sebagai sebahagian

daripada kursus pendidikan (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan dan kegiatan

sukan). Zaimi Abu Bakar (1996) pula menerangkan ko-kurikulum adalah aktiviti yang

dilaksana di luar sesi persekolahan. Perkataan ko-kurikulum boleh juga diaplikasi

kepada aktiviti kurikulum tambahan, aktiviti kelas tambahan, aktiviti pelajar, aktiviti

pelajar membentuk hubungan sosial, aktiviti membentuk perpaduan dan pelbagai aktiviti

di bawah program sekolah.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

31

Kreps (2002) pula merumuskan bahawa terdapat banyak aktiviti berkaitan ko-

kurikulum, antaranya ialah projek penyelidikan luar, peluang belajar ke luar negara,

projek khidmat masyarakat, penglibatan dalam persatuan, pembentukan organisasi,

penglibatan pelajar sebagai atlet, kehadiran pelajar di dalam sesuatu program atau

pertandingan dan bekerja sambil belajar semasa di kampus juga dianggap sebagai aktiviti

ko-kurikulum. Ab. Alim (1999) pula, mendefinisikan ko-kurikulum sebagai aktiviti yang

berbentuk pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan

pengalaman-pengalaman pengajaran. Komponen ko-kurikulum termasuklah badan

beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan. Menurut Vasudevan (1988) pula,

kokurikulum pada amnya dapat dibahagikan kepada kegiatan di dalam kelas dan di luar

kelas. Kegiatan ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Tujuan

ko-kurikulum ialah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam

akademik tetapi juga di dalam bidang bukan akademik.

Abd. Hamid (1998) telah mengupas pengertian ko-kurikulum dalam konsep

Islam. Menurutnya aktiviti ko-kurikulum perlu sesuai dengan ajaran Islam. Antara yang

perlu wujud dalam pengisian aktiviti kokurikulum ialah berkaitan dengan

tanggungjawab manusia menyubur dan memelihara alam, aspek kerohanian dan

bermatlamat supaya pelajar dapat memimpin diri berpandukan ajaran Islam.

Rumusannya, ko-kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah sebagai

satu aktiviti pembelajaran yang sistematik dan terancang yang menyokong dan

melengkapkan kurikulum dan dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah,

sama ada pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan serta diuruskan oleh

organisasi sekolah atau organisasi yang mendapat keizinan daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia. Ko-kurikulum sewajarnya mempunyai kurikulumnya sendiri yang

selari dengan ajaran Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam

konteks melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek dan dimanifestasikan menerusi sukan, permainan, persatuan, kelab dan unit

beruniform yang dilaksanakan sama ada dalam lingkungan sekolah, dalam dan di luar

sekolah.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

32

1.8.2 Strategi Kecemerlangan

Keperluan aktiviti ko-kurikulum adalah sangat penting pada masa kini. Ko-

kurikulum merupakan satu aktiviti yang berfaedah dan penting kepada para pelajar

sekolah. Dengan adanya aktiviti sebegini, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan

aktiviti yang berkualiti. Ko-kurikulum dalam sistem persekolahan sebelum ini sering

diketepikan. Walaupun kegiatan aktiviti ko-kurikulum sudah lama wujud, tetapi

penilaian kecemerlangan pelajar berdasarkan prestasi akademik menyebabkan

kebanyakan kegiatan kokurikulum dilakukan secara sambil lewa.

Walaubagaimanapun, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), National Key-

Result Area (NKRA) dan seterusnya sistem pendidikan terbaru iaitu Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM) bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap situasi negatif ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menambahkan peruntukan bagi

membiayai kegiatan ko-kurikulum setiap murid dan pelajar di negara ini, supaya

sekolah dapat menganjurkan aktiviti ko-kurikulum yang lebih berkesan. Peruntukan

yang ditambah membolehkan pihak sekolah menjalankan kegiatan dengan lebih baik

dan berkesan untuk ketiga-tiga pecahan di dalam ko-kurikulum iaitu, sukan dan

permainan, pasukan unit beruniform dan kelab dan persatuan. Ini bagi menghidupkan

semula intipati yang seharusnya wujud di dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum

selain dapat mengisi masa lapang pelajar dan mengelakkan gejala sosial. Masalah

disiplin berlaku berikutan pelajar tiada ruang melepaskan perasaan mereka, jadi

dengan bergiat aktif dalam ko-kurikulum dapat membantu pelajar daripada terjebak

dengan masalah disiplin.

Kepimpinan, sahsiah diri dan unsur kemasyarakatan dapat diterapkan di

dalam kalangan pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum supaya mereka lebih dapat

menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Melalui aktiviti ko-kurikulum,

perkembangan dan kematangan sosial seseorang boleh dibentuk. Secara tidak

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

33

langsung pelajar akan terdedah kepada pergaulan dan komunikasi sesama rakan

sebaya ataupun dengan kumpulan individu yang lebih berusia.

1.8.3 Penyertaan

Penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum di alam persekolahan bermula dari

tahun 3 di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan 6 di peringkat menengah.

Pelajar digalakkan terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum yang diceburi bagi

memperoleh faedahnya.

Menurut Suhara (2010), penyertaan murid dalam kokurikulum bermaksud

keaktifan murid mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah menetapkan

masa minimum penglibatan murid dalam aktiviti tersebut. Merujuk kepada Surat

Keliling Ikhtisas Bil.2/2007, bagi murid tahun 3 dan tahun 4, mereka perlu terlibat

dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah sekurang-kurangnya selama 60 minit

seminggu manakala murid tahun 5 dan 6 perlu terlibat selama 120 minit seminggu.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, peruntukan masa penglibatan mereka lebih

panjang iaitu antara 120 minit hingga 180 minit seminggu. Peruntukkan masa

tersebut merangkumi penglibatan murid dalam aktiviti persatuan, kelab, permainan,

sukan dan pasukan badan beruniform. Konsep pelaksanaannya adalah berasaskan

prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa unsur diskriminasi atau paksaan tetapi

berfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

34

1.8.4 Minat

Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Rahim, 2006). Setiap individu yang berminat dalam

perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapaian yang tertinggi dalam perkara

yang diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat

penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1971) dalam kajiannya

yang bertajuk Pemilihan Kerjaya adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat

seseorang. Minat juga membawa pengertian keinginan, kecenderungan kepada

sesuatu.

Guru merupakan elemen yang penting dalam pendidikan. Pengajaran

berkualiti hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan di dalam suatu disiplin ilmu. Kenyataan ini disokong oleh Ryan, D.G

(1983) iaitu guru yang efektif ialah guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang

tinggi di dalam matapelajaran yang diajarnya, mempunyai imaginasi yang tinggi bagi

membolehkan ia membuat pelbagai contoh yang memudahkan para pelajar

memahami sesuatu perkara dan guru tersebut berkebolehan menggunakan alatan dan

bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya. Kesemua aspek yang terdapat

pada seorang guru yang efektif adalah hasil daripada minat dan kecenderungan

seseorang guru itu.

1.9 Penutup

Pada masa kini, profesion perguruan berhadapan keadaan yang berbeza

berbanding dengan dekad yang lalu. Guru diamanahkan untuk membentuk generasi

muda bagi mengisi keperluan negara sebagai aset yang bukan hanya menyumbang

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Hafiza Binti... · maintaining the same teacher in specified co-curricular unit or a school team. ... 4.3.1.1 Perancangan Pengisian

35

kepada perkembangan ekonomi tetapi juga mempunyai sikap patriotisme serta

berpendirian dengan nilai moral yang tinggi. Kejayaan murid atau student learning

outcome akan terjejas sekiranya aspek di dalam bidang ko-kurikulum tidak diambil

berat. Hak murid untuk menyertai aktiviti berpersatuan, sukan dan pelbagai cabang

ko-kurikulum sama sekali tidak boleh dinafikan. Sekiranya permasalahan yang cuba

dirungkai di dalam kajian ini tetap timbul, maka sudah pasti kualiti keberhasilan

murid akan terbantut.

Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti strategi ke

arah keberkesanan pencapaian ko-kurikulum dan sekaligus mencungkil kaedah

penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid untuk aktiviti

ko-kurikulum dan bagaimana pihak pentadbiran dapat menarik minat guru untuk

bersama-sama memikul tanggungjawab membimbing dan mendidik murid dalam

aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, penyelidik berminat untuk

meninjau sejauh manakah strategi dan kaedah ini dilaksanakan di sekolah-sekolah

cemerlang ko-kurikulum di daerah Muar khususnya. Dengan adanya kajian ini,

ianya sedikit sebanyak membantu kita melihat dengan lebih jelas lagi senario

pelaksanaan, pengendalian dan pengurusan unit ko-kurikulum yang berlaku di

sekolah rendah dan sekolah menengah.