definisi catan
DESCRIPTION
catanTRANSCRIPT
Definisi Catan
1. Catan ialah proses menghasilkan seni 2D dengan menggunakan bahan pewarna 'pigment' terlarut dalam pelarut (atau medium) dengan agen pengikat (gam) kepada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding.
2. Aktiviti catan membolehkan seorang pelukis meluahkan perasaan dengan berus dan warna. Aktiviti catan dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.
3. Komponen alat yang digunakan dalam catan:
Pewarna - cat air, cat minyak, cat poster, akrilik, gouch, tempera dan fresko.
Agen Pelarut- gam arab, minyak linsid, turpentin, air.
Alatan - pembancuh warna, berus cat, kanvas, kertas.dinding.
Sejarah CatanSejarah catan dikatakan bermuala sejak Zaman Yunani Purba. Pada masa itu catan dihasilkan bertujuan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media catan pada masa itu ialah mozek dan fresko.
Zaman kelahiran semula atau zaman pembaharuan atau Zaman Renaissance (Bahasa Perancis) merupakan zaman kemuncak senilukis di Eropah.
Pelukis-pelukis tersohor pada zaman itu ialah Leonardo da Vincci yang menghasilkan karya 'Monalisa', Albrecht Durer dengan catannya bertajuk ' The Great Piece of Turt). Albrecht Durer mendapat gelaran "Bapa Catan Air Eropah". Pelukis-pelukis zaman itu menghasilkan catan realistik.
Title: Great Piece of Turf, Study of Weeds
By: Albrecht Durer (1471 - 1528)
Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches
Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum
'Monalisa'
Leonardo da Vincci.
Pada abad ke 2 hingga ke 20, muncul aliran baru dalam seni catan. Pelukis-pelukis mula mempersembahkan catan dalam semi abstrak dan abstrak.
Pelukis-pelukis pada masa itu ialah Paul Cezzane, Vincent van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain.
Pelukis tempatan yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Young ManSeng. Mereka banyak menghasilkan catan air yang berkisar kepada lanskap tanah air.
Beach Beauty, 1961.
Mohd. Hoessein Enas (1924-1995);
Oil on canvas; 63cm x 84cm.
Malayan Rural Scene
Abdullah Ariff (Malaysia (1904-1962)
Medium : Cat air
Saiz : 11 1/2x 15in (29cm x 39cm)
Zaman, Aliran dan Perkembangan Seni Barat.
1. Zaman Pertengahan
Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian
Kebanyakan karya arca dinding
Seni Neo Klasik, Seni Romantik, Seni Medieval'
Pelukis: Giotto, Duccio
Seni Neo Klasik
2. Zaman Renaisancce
Zaman Pembaharuan seni catan
Figuara menjadi tumpuan utama dalam pengkaryaan
Karya seni mendapat tempat dikalangan bangsawan dan istana
Seni Romantik, Klasik, Naturalisme
Pelukis : Leonardo da Voncci, Albrecht Durer, Rephael, Micheiangelo
3. Zaman Baroque dan Rococo
The Militia Company of Captain Frans Banning Cocq
Karya Rembrandt
Dikenali zebagai zaman Renaissance tinggi
Baroque membawa maksud 'mutiara yang tidak sempurna tetapi indah'
Menekankan komposisi, aksi, warna dan pencahayaan
Latar belakang karya gelap dan cahaya tertumpu pada objek
Seni Barroque, Dutch Painting
Pelukis : Berlini, Rembrandt, Rubens
4. Abad ke 18 Romantisne Neo-KlasikTeknik-teknik Cat Air1.Teknik basah atas basah
menghasilkan kesan lut sinar.
teknik paling istimewa dan dramatik.
paling sukar dikawal sapuan warnanya.
2.Teknik basah atas kering
merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media senang dikawal dari segi sapuan warna
dapat menghasilkan kesan lut sinar.
3.Kering atas basah
permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu
kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.
4.Kering atas kering
memberikan kesan legap
menimbulkan kesan jalinan.
Bahan ABM Catan dari Karya Guru
Tokoh Catan Tanah Air dan Karyanya
Pelukis : Dzulkifli Buyong
Tajuk : 'KAPAL KERTAS' (1966)
Media : Kapur Pastel
Pelukis : Dzulkifli Buyong
Tajuk : 'MEMBAKAR SEMUT' (1967)
Media : Kapur Pastel
Pelukis : LatiffMohiddin
Tajuk : 'PAGO-PAGO' ( 1964)
Media : Cat Minyak
Pelukis : Peter Harris
Tajuk : RUMAH RAKIT (1956)
Pelukis : Patrick Ng Kah Onn
Tajuk :' SEMANGAT BUMI, AIR DAN UDARA'