document ctu553

Upload: mazhar93

Post on 09-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Document ctu553

    1/16

    Masyarakat Majmuk di Malaysia - Sejarah

    Assalammualaikum wbk.

    Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat

    Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan

    untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati.

    Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw.,

    kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan

    tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan

    dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya

    doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan danbantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua

    sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan

    akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam

    ceria dan sejahtera diucapkan.

    PENGENALAN

    1. MASYARAKAT MAJMUK

    Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan

  • 8/7/2019 Document ctu553

    2/16

    etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit

    politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan mempunyai budaya

    yang tersendiri.Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai

    sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih

    80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut,

    terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina.Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan

    manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut

    aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa

    kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat

    majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada

    pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam

    aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu

    kumpulan yang bersatu padu.Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau

    mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-

    dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut

    keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-

    kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok

    ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat

    berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup

    yang tersendiri.

    Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan

    semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya

    ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai

    kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi

    melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapunkehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat

    majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula

    pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia

    yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga

    negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita

    akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui

    penjajahankuasa asing.

    2.Penjajahan di Tanah Melayu

    a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

    Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah

    kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan

    Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah

    menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi

    membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai

    1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang

  • 8/7/2019 Document ctu553

    3/16

    Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah

    menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan

    600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah

    menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika

    itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

    b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

    Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606

    - Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan

    selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada

    tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan

    dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor

    Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa

    pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

    c)PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIAKEDUA

    Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British di

    Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang

    berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British

    untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian

    Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan

    oleh Belanda kepada pihak British.

    Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang

    dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu

    bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri

    barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru

    untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan

    pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar

    dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.

    Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan

    dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk

    beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan

    pekerja.Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah

    menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi danpembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah

    menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar

    bandar bertambah besar.

    Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk

    yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina

    diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala

  • 8/7/2019 Document ctu553

    4/16

    masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula

    ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.

    Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi,

    namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal

    serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnyakeadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara

    kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-

    19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.

    Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

    c)PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit

    terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini.

    Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepundan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang

    berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai

    Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi

    pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau

    Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan.

    Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di

    bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa

    Siam.

    Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan

    antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi

    pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk

    hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah

    Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina

    ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina .

    Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka

    membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaanmasalah setinggan di Tanah Melayu.Ini membawa kepada pertembungan

    dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi.

    Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di

    antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba

    dan Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini.

  • 8/7/2019 Document ctu553

    5/16

    Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi

    terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun.

    Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara

    beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku

    sungguhpun dalam kadar yang rendah.

    Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah

    Melayu.

    c)PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

    Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali

    memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan

    melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu

    sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan

    mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahunpenaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan

    kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak

    British.

    Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk

    mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan

    bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai

    warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima

    pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun denganberlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang

    menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong

    dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah

    balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada

    keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan

    darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik

    mewujudkan

    kerjasama menentang komunis.

    Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara

    automatik kepada

    penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh

    orang

    melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun

  • 8/7/2019 Document ctu553

    6/16

    1957 ,

    British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan

    kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya

    dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi

    impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang

    dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

    3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan

    majmuk di Malaysia.

    Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat

    dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya,zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak

    berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi

    kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British

    hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor

    yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial.

    Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan

    penduduk asal serta Dasar Pecah Perintah yang dijalankan British sewaktu

    penjajahanya.

    Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal

    ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti

    Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya

    (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti

    politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu

    payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini

    membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah

    Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku

    selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan

    Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu

    dengan Cina kembali tergugat.

    2. SEBAB - SEBAB PENGHIJRAHAN KAUM CINA DAN INDIA KE TANAH

    MELAYU

    i. Faktor Tarikan (Luaran)

    a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan

  • 8/7/2019 Document ctu553

    7/16

    bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan

    b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British

    membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan

    buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh

    c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan

    dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di

    Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai

    d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh

    asing. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan

    imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga

    Sin Kheh

    e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

    ii. Faktor Tolakan (Dalaman)

    a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik

    yang tidak stabil di negara asal imigran

    b. Kekurangan rangsangan ekonomi

    c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

    3. KESAN - KESAN PENGHIJRAHAN

    i. Pewujudan masyarakat yang majmuk

    a. Kemajmukkan budaya/adat

    b. Kemajmukkan agama

    c. Kemajmukkan pendidikan

    d. Kemajmukkan bahasa

    e. Kemajmukkan ras

    f. Kemajmukkan politik kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili

    setiap kaum

  • 8/7/2019 Document ctu553

    8/16

    ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur

    Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan

    peladangan dan perdagangan seperti Raub pelombongan emas, pembinaan

    jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan

    Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi

    yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu

    iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum

    Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO Melayu, MCA Cina, MIC

    India, Pasok Kadazan Dusun, AMCJA gabungan pertubuhan dan keahlian

    yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan

    kesejahteraan kaum masing-masing

    iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu

    Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris

    serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-

    negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri

    Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu

    negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan

    kuasa Inggeris

    v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi

    vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu

    vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme

    viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi

    ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India

    menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentukorganisasi sosial dan budaya masing-masing

    x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa

    kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu

    xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang

    menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan

  • 8/7/2019 Document ctu553

    9/16

    bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain

    xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah

    semakin pesat

    xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan

    keretapi

    xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan

    bahasa pengantar yang berbeza

    xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

    mewujudkan pengasingan kaum

    SEJARAH KEDATANGAN KAUM INDIA KE TANAH MELAYU

    Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu.

    Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamakmerupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan

    kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

    Perolehan Negeri-negeri Selat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh

    pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk

    tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan

    yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan,

    pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India

    secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

    * peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di

    pantai barat sejak dekad 1870-an; dan

    * pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.

    Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri

    terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga

    mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan

    mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901,

    bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah

    bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri

    Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilanganpenduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan

    mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk

    Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian.

    Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah

    penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

  • 8/7/2019 Document ctu553

    10/16

    SEJARAH KEDATANGAN KAUM CINA KE TANAH MELAYU

    Menurut catatan sejarah, perhubungan antara Negara China dengan Tanah

    Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan. Pada

    peringkat awal, kedatangan para pedagang cina ke Tanah Melayu bukan

    bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi untuk menjalankan aktivitiperniagaan semata-mata. Tambahan pula, pada masa itu wujud hubungan

    diplomatic yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan

    kerajaan Tanah Besar China. Apabila berlaku campur tangan Inggeris di Pulau

    Pinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri-negeri Selat (1826), bermula

    satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Pihak British

    membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina untuk bekerja

    dan menjadi buruh kasar untuk kepentingan mereka. Pihak British amat

    berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah

    rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja. Penghijrahan

    beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19

    hingga kurun ke-20. Pada masa itu, kebanyakan orang Cina yang datang keTanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung,

    Fuchien dan Kwangsai. Mereka berhijrah berdasarkan dialek daerah. Oleh itu,

    imigran Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang

    berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Kwangsi dan

    Teowchew. Kawasan tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai

    peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan. Kepesatan

    kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir

    separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripada

    orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai

    enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orangCina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran

    seperti kesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa

    di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China,

    terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan

    getah dan bijih timah di Tanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah

    Melayu.

    KESAN-KESAN KEDATANGAN KAUM CINA DAN INDIA KE TANAH

    MELAYU

    Sebelum tahun 1848 , bilangan masyarakat Cina dan India adalah kecil

    sahaja. Terdapat petempatan-petempatan kecil pedagang Cina di kelantan,

    Melaka, Kuala Terengganu muara sungai Johor dan Sungai Pahang. Bilangan

    orang India juga kecil hanya mendiami ladang tebu dan kopi di Pulau Pinang

    dan Privince Wellesley. Namun demikian, menjelang pertengahan abad ke-19

    hingga awal abad ke-20 perkembangan perusahaan getah dan timah telah

  • 8/7/2019 Document ctu553

    11/16

    membawa pertambahan penduduk di Tanah Melayu.

    1 Kesan Imigrasi orang Cina ke atas sosioekonomi

    Kedatangan Orang Cina di Tanah Melayu telah mendatang kesan dari sudutsosio ekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan mereka telah menyumbang

    kepada pertumbuhan sosio ekonomi Tanah Melayu.

    Pada awal abad ke-19 orang-orang Cina telah berhijrah ke Negeri-Negeri

    Selat (NNS) (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka). Kebanyakan mereka

    menyumbang kepada kegiatan sebagai buruh, peniaga-peniaga, dan tukang-

    tukang yang mahir.

    Masyarakat Cina menyumbang kepada pertanian perdagangan. Orang Cina

    dalam tahun 1840 an telah membuka ladang-ladang gambir dan lada hitam

    di Johor di bawah Sistem kangchu. Pada tahun 1910 lada hitam dan gambirmerupakan eksport utama negeri Johor.

    Orang Cina juga menanam ubi kayu pada tahun 1870 an. Melaka

    merupakan pengeksport utama. Pada tahun 1880 an tanaman ini diperluas

    ke Negeri Sembilan dan dieksport ke Britain.

    Menjelang pertengahan abad ke-19 penghijrah dari negeri China datang

    ke Tanah Melayu untuk membuka lombong-lombong bijih timah. Mereka

    tinggal berdekatan dengan kawasan perlombongan bijih timah seperti di

    Larut, Kuala Kangsar, Kinta, Larut Lukut, Linggi , Kuala Langat dan lain-lain.

    Suku Hokkien merupakan peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai manakala

    suku Kantonis merupakan pelombong-pelombong dan tukang-tukang mahir

    ( tukang kayu, tukang besi dan tukang kasut). Suku Teochew pula merupakan

    pekedai-pekedai dan peladang-peladang. Mereka membuka ladang-ladang

    tebu di Province Wellesley dan Pulau-Pinang.

    Orang Teochew menjadi buruh dalam pertanian dagang seperti lada hitam,

    gambir, tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai. Orang hailam

    bekerja sebagai peniaga kedai runcit, kedai makanan, dan buruh-buruh di

    ladang-ladang getah.

    Pada tahun 1921 jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu dianggarkan 1.2

    juta. Daripada jumlah itu 380656 orang terdiri daripada golongan Hokkien

    mewakili 32.4% Kantonis 28.3%, Hakka 18.6%, Teochew 11.1% dan Hailam

    5.9%.

    Menjelang Perang Dunia Kedua ,1945 penduduk Cina berjumlah 43%

    berbanding penduduk Melayu sebanyak 41%. Namun demikian mereka

  • 8/7/2019 Document ctu553

    12/16

    bukan warga negara dan akan kembali semula ke negara asal mereka di

    China.

    Sementara itu, kesan kedatangan orang Cina telah menyebabkan

    tertubuhnya sekolah-sekolah Cina. Sistem pendidikan orang Cina di Tanah

    Melayu kurang diberi perhatian oleh Inggeris. Mereka telah mendirikansekolah sendiri dengan dibiayai oleh persatuan sukarela, dan persatuan

    orang Cina. Mereka menggunakan bahasa pengantar, sukatan , buku-buku

    teks dan guru-guru yang dibawa dari China.

    Kedatangan Orang Cina juga turut memberi kesan ke atas perkembangan

    akhbar. Akhbar Cina menyebarkan berita untuk kaum Cina sahaja. Berita

    yang dimuatkan hanyaa berkisar kepada pergolakkan yang berlaku di negara

    China sahaja.

    2. Kesan Imigrasi orang India ke atas sosioekonomi

    Orang India juga telah memberikan kesan ke atas sosio ekonomi kepada

    Tanah Melayu pada abad ke-19.

    Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah bermula sejak awal tahun

    masihi lagi. Zaman kesultanan Melaka kedatangan mereka semakin

    bertambah. Mereka mendirikan Perkampungan Keling di Melaka.

    Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 telah

    menambah jumlah penduduk Pulau Pinang.

    Pada awal abad ke-19 kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di

    ladang-ladang tebu di Pulau Pinang dan seberang Perai . sejak 200 tahun

    yang lalu askar sepahi telah sampai ke Pulau Pinang.

    Sebelum tahun 1867 banduan-banduan India telah dihantar ke Negeri-

    Negeri Selat oleh Kerajaan Inggeris untuk membina jalan raya , jalan kereta

    api, menjadi buruh di pelabuhan dan terlibat dalam bangunan pentadbiran.

    Menjelang tahun 1860 an terdapat 15000 orang banduan India yang

    berada di Tanah Melayu.

    Menjelang tahun 1870an kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukanburuh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan

    pertanian perdagangan , kerajaan Inggeris menghadapi masalah kekurangan

    tenaga buruh. Kerajaan akan rugi kerana hasil tanaman dagangan merosot

    akibat ketiadaan buruh.

    Pada tahun 1891, jumlah penduduk India meningkat 622 000 pada tahun

    1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba berasal dari Madras, dan India

  • 8/7/2019 Document ctu553

    13/16

    Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada etnik Sindi, Malayali, Telugu dan Sikh.

    Dalam bidang pentadbiran awam kebanyakan etnik Malayali yang mewakili

    7% masyarakat India menceburinya. Sementara etnik Sindi, Benggali,

    Gujerat, Parsis dan Marwaris bekerja sebagai polis dan penjaga.

    Selepas Perang Dunia Kedua, orang India yang menetap di Tanah Melayu

    mendiami kawasan ladang, atau estet getah. Sebahagiannya menetap di

    bandar-bandar di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.

    Dari segi pendidikan Tamil, ia amat terhad di peringkat rendah sahaja . Di

    kawasan bandar sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang , mubaligh kristian

    dan persatuan orang India.

    Pada tahun 1957 penduduk India di Tanah Melayu dianggarkan berjumlah

    696000 orang yang mewakili 11% jumlah penduduk Tanah Melayu.

    Kesimpulan

    Secara tidak langsung kehadiran masyarakat India dan Cina telah mengubah

    corak ekonomi dan kegiatan sosial di Tanah Melayu. Orang Cina memberi

    kesan kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi dagang di Tanah Melayu pada

    abad ke-19 dan 20. Begitu juga kedatangan orang India turut menyumbang

    kepada kegiatan sosio ekonomi Tanah Melayu.

    KESAN KEMASUKAN KAUM CINA DAN INDIA KE ATAS KEMERDEKAAN

    MALAYSIA

    Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya telah diisytiharkan

    oleh Tunku Abdul Rahman tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1956.

    Bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pengisytiharan kemerdekaan

    ini dibaca di hadapan Raja-Raja Melayu dengan disaksikan oleh 20,000 rakyat

    tempatan, 26 perwakilan asing serta 21 tetamu khas. Selepas membaca

    Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tunku mengangkat

    tangan dan melaungkan MERDEKA sebanyak tujuh kali dengan penuh

    semangat dan laungan itu mendapat sambutan daripada hadirin dengan

    pekikan gemuruh sehingga menggegarkan suasana stadium. Majlis

    diteruskan dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu olehAngkatan Tentera Laut diiringi lagu kebangsaan Negaraku dan bedilan

    meriam sebanyak 101 das. Acara penuh emosi disambung dengan laungan

    azan sebagai tanda kesyukuran berakhirnya sebuah penderitaan yang

    panjang. Peristiwa ini juga menandakan lahirnya sebuah negara bangsa yang

    merdeka dan berdaulat.

    Pengorbanan Hati dan Perasaan

  • 8/7/2019 Document ctu553

    14/16

  • 8/7/2019 Document ctu553

    15/16

    bumiputera dan kesemua pengorbanan ini dimaktubkan dalam Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini telah memberi hak yang tepat

    kepada rakyat dan pada hari ini dalam 1Malaysia, perjuangan membentuk

    perpaduan juga berlandaskan apa yang sudah termaktub dalam

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    Prinsip Kenegaraan dan Keadilan Sosial

    Selain prinsip penerimaan, dua lagi prinsip teras dalam 1Malaysia iaitu

    kenegaraan dan keadilan sosial, memang sudah terlihat dalam perjuangan

    kemerdekaan. Kenegaraan yang dikaitkan dengan semangat nasionalisme

    dan cintakan negara telah membuatkan Tunku Abdul Rahman bersama-sama

    UMNO bangkit menentang Malayan Union. Semangat kaum Melayu ini

    akhirnya berjaya meresapi dua kaum lagi iaitu Cina dan India untuk sama-

    sama bangun berjuang membebaskan tanah air dari belenggu penjajah.

    Walaupun pada peringkat awalnya, migrasi Cina dan India menumpahkan

    taat setia mereka kepada negara asal masing-masing, namun apabilamereka suda lama bertapak di tanah Melayu, perasaan sayang dan cintakan

    negara mula timbul dan melalui MIC dan MCA, mereka bergabung dengan

    orang Melayu berjuang demi negara tercinta.

    Dalam prinsip keadilan sosial pula, semua rakyat Tanah Melayu akan terbela

    nasibnya dan tidak akan ada mana-mana kaum yang akan dipinggirkan. Hal

    ini jelas dapat dilihat di awal pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

    khususnya dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan

    Persekutuan merupakan satu dokumen yang memelihara hak semua kaum

    dan ia merupakan satu dokumen undang-undang yang tertinggi. Dalam

    usaha mencapai kemerdekaan, perbincangan antara kaum yang dikenalidengan kontrak sosial ini membuahkan hasil di mana semua kaum bersetuju

    bahawa mereka telah dan akan mendapat hak masing-masing dan hak itu

    terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan

    lagi.

    1Malaysia, Satu Kesinambungan

    Ketiga-tiga prinsip dalam gagasan 1Malaysia sudah terbukti berjaya

    membawa Tanah Melayu mengecap kemerdekaan setelah berada di bawah

    penjajah selama 446 tahun. Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini juga

    membuktikan bahawa gagasan 1Malaysia adalah satu kesinambungandaripada perjuangan generasi lampau. Ia juga membuktikan bahawa gagasan

    1Malaysia memberi satu penyelesaian yang baik bagi sebarang pertikaian

    yang melibatkan perpaduan kaum. Elemen 1Malaysia nampaknya telah

    berjaya membawa Tanah Melayu berdiri megah sebagai satu negara yang

    merdeka dan berdaulat. Hari ini, kita dalam perjuangan membawa 1Malaysia

    untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang berpendapatan tinggi

  • 8/7/2019 Document ctu553

    16/16

    seterusnya mencapai status negara maju menjelang 2020.

    4. Kesimpulan.

    Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesandaripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman

    dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia

    menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri

    yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu

    ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan

    sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting.

    Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu

    ukuran erti sebenar perpaduan.

    Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa.

    Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepadasejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan

    yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti

    Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti

    dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.