Download - 52982521 Pkk Assignment
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
1/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
1
IPGKTAA/2011
1.0 PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat kami
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam jangka masa
yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada
dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, kami
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Fazli Bin Mohd
Bazin kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap
permasalahan yang kami utarakan. Tanpa beliau, kami tidak mungkin mampu
menyelesaikan tugasan ini.. Beliau sentiasa memberi kata semangat dan sentiasa
memberikan maklumat yang kami perlukan. Beliau juga tidak kedekut ilmu dengan
berkongsi pendapat dengan kami. Sekiranya kami mempunyai persoalan mengenai
tugasan ini, beliau sentiasa memberi penjelasan yang jelas sehinggalah kami faham
dan tahu menyelesaikan masalah yang timbul.
Tidak kami lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi
menyempurnakan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya
tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan
pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika
tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan tidak
dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringansama dijinjing. Sesungguhnya,hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa
kalian. Akhir sekali,kami pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak yang terlibat
sekiranya terdapat silap dan salah yang telah kami lakukan. Sesungguhnya manusia
tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, Yang baik datangnya daripada
Tuhan yang buruk datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
2/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
2
IPGKTAA/2011
2.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 , kanak-kanak boleh ditakrifkan sebagai budak
lelaki atau perempuan yang masih kecil yang kebiasaannya berumur lebih daripada
tujuh atau lapan.
Dalam konteks tugasan ini, kanak-kanak tergolongan dalam lingkungan
6 -12 tahun. Peringkat ini merupakan antara peringkat umur yang penting dalam
membina hubungan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat ini akan
berusaha bagi mewujudkan hubungan antara dirinya dengan orang lain kerana
kanak-kanak akan mencuba dan terus berusaha bagi membentuk tingkahlaku yangmembolehkan dirinya diterima oleh orang lain. Di samping itu, kita dapat melihat
proses tersebut sekaligus dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak tersebut
untuk berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat sekitarnya.
Berdasarkan kepada pemerhatian, pada peringkat usia ini kanak-kanak akan
mula menunjukkan minat terhadap beberapa perkara dalam hubungan sosial.Contohnya, mereka akan membina sikap yang positif serta belajar untuk
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Kanak-kanak pada peringkat ini juga akan
belajar memainkan peranan sosial yang sesuai dengan sifat kejantinaan mereka
dalam pada masa yang sama akan mula membentuk konsep yang perlu bagi
kehidupan sehariannya dan berusaha membentuk sikap terhadap kumpulan
masyarakat dan institusi masyarakatnya.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
3/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
3
IPGKTAA/2011
3.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KONSEP
Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mensifatkan
pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal,
ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan
bilangan saraf-saraf otak.Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah
perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-
perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia.Mok Soon Sang (2009) pula
menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.
Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara
kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan
yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku
ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan
sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai
pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif
yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak
dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,
perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan
hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan
berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
4/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
4
IPGKTAA/2011
perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat
sesuatu organisma.Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia
terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi
sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar
serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut
susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
PRINSIP
Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka,
Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat lima prinsip asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Tambahan pula, perkembangan itu juga
bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
Sebagai huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum
belajar menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan
pula berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot
halus
Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan
merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam
proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
5/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
5
IPGKTAA/2011
sedia ada. Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan
perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza
mengikut individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada
umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini
merupakan satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang
dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik darjah.
Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi
di antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan
kemunculan potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu.
Sebagai contoh, merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati
dalam diri setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik.
Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi
yang memerlukan usaha.
Justeru, tersimpullah bahawa pembelajaran membantu kepada
perkembangan potensi setiap individu. Sebagai contoh, pekembangan otot dan saraf
anggota badan yang lengkap dan sempurna memungkinkan seseorang itu berlari
pecut, akan tetapi, dia hanya boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan
peniruan teknik-teknik untuk berlari pecut
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
6/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
6
IPGKTAA/2011
Rajah1.1: Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
Perkembangan
Rohani(Berkaitan
dengan Tuhan)
Perkembangan Sosial
(Perubahan dalam
berhubung dengan
orang lain)
Perkembangan
Emosi
(Perubahan
Personaliti
Individu)
Prinsipperkembangan
Perkembangan
Kognitif
(Perubahan
Perkembangan Fizikal
(Perubahan tubuh)
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
7/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
7
IPGKTAA/2011
Persamaan
Proses ini membabitkan manusia.
Mempunyai corak tertentu.
Susunan sama bagi semua ahli berlaku secara berterusan
Perbezaan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan
gigi,urat daging dan saraf
pancaindera
Kemahiran menggunakan anggota
badan seperti merangkak, berjalan,
melompat dan berlari.
Mental Keupayaan berfikir bertambah
termasuk perkara yang subjektif.
Kemahiran menggunakan bahasa,
angka dan membuat penaakulan.
Emosi Memiliki pelbagai ragam perasaan
sayang, gembira, riang, cemburu,
duka, marah dan takut.
Memahami konsep perasaan,
menguasai dan mengawal perasaan
ketika marah, takut dan cemburu.
Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.
Struktur Mengikut pola dari kepala ke kaki dan
dari tengah ke sisi.
Mengikut kematangan dan
pengalaman pembelajaran
Rajah1.2 : Perbezaan dan persamaan konsep pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
8/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
8
IPGKTAA/2011
4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Rajah1. 1 :Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak menurut Dr. Ragbir Kaur (2008)
FAKTOR-FAKTORMEMPENGARUHIPERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
SEKOLAH
KELUARGA
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
9/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
9
IPGKTAA/2011
Dewan Bahasa memberikan definasi faktor sebagai unsur atau sebab yang
menyumbang kepada hasil (Kamus Dewan: 2005). Sementara Merrian-Webster
Medical Dictonary(2002) pula menjelaskan faktor sebagai something that actively
contributes to the production of a result. Dengan demikian faktor merupakan asas
kepada satu tingkahlaku yang memungkinkan satu kesan dari tindakan yang
dilakukan oleh sesuatu perkara atau seseorang. Asas tersebut mungkin merupakan
niat, keinginan, motif dan dorongan yang berbentuk subjektif dari dalam diri manusia
yang mendorong kepada sesuatu tindakan atau tingkah laku. Mempengaruhi pula
diberi makna sebagai pengaruh atas, pengunaan pengaruh kepada sesuatu.
Mempengaruhi juga memperlihatkan satu tindakan atau proses yang subjektif
dimana terdapat unsur yang lebih dominan dan berkuasa menguasai beberapa
unsur lain sehingga menjadikan sesuatu itu memperlihatkan ciri penguasaan unsur
dominan itu. Tindakan dan proses tersebut akhirnya producing effects on the
actions, behavior, opinions, of another or others
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi dua faktor utama iaitu baka dan persekitaran.
BAKA
Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui
ibubapa kepada anak-anaknya. Trait yang kita warisi daripada ibubapa terkandung
dalam gen-gen ini. Ia menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi
setiap individu. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan,
ketinggian, rambut dan warna mata. Faktor-faktor kebakaan ialah kromosom, gen,
kelenjar dan hormon.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
10/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
10
IPGKTAA/2011
I. KROMOSOM
Badan organisma dibina daripada berjuta-juta unit asas dinamakan sel. Setiap sel
terdiri daripada sitoplasma dan nuklues. Nukleus sel mengandungi pelbagai struktur
halus dan salah satu jenis itu dinamakan kromosom yang membawa bahan baka.
Kromosom wujud secara berpasangan. Setiap ahli pasangan itu mempunyai rupa
bentuk yang seiras. Berlainan pasangan kromosom berbeza dari segi saiz, bentuk
dan bahan baka. Setiap sel haiwan atau tumbuhan dalam sesuatu sepsis
mempunyai bilangan kromosom yang sama, tetapi berbeza daripada spesis yang
lain. Misalnya, manusia mempunyai 23 pasangan kromosom dalam sel badannya.
Dalam proses persenyawaan, semasa sperma bercantum dengan ovum untuk
membentukkan zigot, bilangan kromosom dalam sel zigot menjadi 46. Jantina
seseorang pula ditentukan oleh sepasang kromosom seks disebut kromosom X dan
Y
Rajah1. 2: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan
perempuan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
11/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
11
IPGKTAA/2011
II. GEN
Gen ialah bahan baka dalam kromosom. Kromosom dibina daripada DNA yang
menyimpan sifat-sifat keturunan dalam kod baka. Gen diatur disepanjang kromosom
seperti susunan manic pada rantai. Sel manusia mempunyai kira-kira 100 000 gen
yang wujud secara berpasangan. Gen mengawal bagaiman aorganisma berfungsi
dan rupa bentuk organisma itu. Gen menentukan sifat seseorang individu seperti
warna mata, kulit, rambut, rupa bentuk badan dan pertumbuhan tisu.
III. KELENJAR ENDOKTORIN DAN HORMON
Badan kita mempunyai dua sistem pengawalan dan koordinasi yang disebut sistem
saraf dan sistem endokrin. Sistem saraf mempunyai jaringan saraf yang mengawal
serta menyelarasakan gerak balas dan aktiviti badan. Setiap kelenjar endokrin
mengeluarkan sesuatu hormon yang mempunyai fungsi spesifik.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
12/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
12
IPGKTAA/2011
PERSEKITARAN
Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir
merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan
selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap
pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan
ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkanperanan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2
mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh
mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada
kanak-kanak yang kekurangan peluang.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
13/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
13
IPGKTAA/2011
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan
pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara,
kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang
pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman
dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
14/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
14
IPGKTAA/2011
Rajah 1.4: Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu
rumah dan sekolah
Perkembangan kognitif kanak-kanak
Guru dan sekolahIbu bapa dan rumah
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
15/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
15
IPGKTAA/2011
5.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK ( 6 -12 )
Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue
(1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-
kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran
mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah
keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation).
Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan
mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan
dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran
kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.
Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan
kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan
kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses
pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi
kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal
kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.
Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti
dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam
kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu
pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam
sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
16/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
16
IPGKTAA/2011
Pada peringkat umur 6-12 kadar pertumbuhan dan perkembangan pada
peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan
peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini
lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan
diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10
tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki
mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan
mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya
kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak
menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai
keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.
Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk
kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti
piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang,
tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak
misalnya permainan di padang.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
17/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
17
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : NAGANTHARI A/P M.TAMIL SELVAM
JANTINA : PEREMPUAN
TARIKH LAHIR : 7 JAN 2005
TEMPAT LAHIR : JOHOR
NO. SIJIL BERANAK : BK O5176
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : NO.23,LADANG NAM BEE,AIR KUNING SELATAN.
BIL. ADIK-BERADIK : 5
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
18/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
18
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
117 27 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
19/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
19
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : THIVINAASH A/L SANDERAN
JANTINA : LELAKI
TARIKH LAHIR : 2 SEPTEMBER 2005
TEMPAT LAHIR : MELAKA
NO. SIJIL BERANAK : BN76739
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : NO.59,TAMAN SRI AIR KUNING
BIL. ADIK-BERADIK : 5
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
20/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
20
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
121 30 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
21/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
21
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : LOGESWARI A/P KANAN
JANTINA : PEREMPUAN
TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 2004
TEMPAT LAHIR : KUALA PILAH
NO. SIJIL BERANAK : BH 97145
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : AF 2 RUMAH KILANG NAM BEE,AIR KUNING SELATAN.
BIL. ADIK-BERADIK : 7
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
22/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
22
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
106 15 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
23/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
23
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : AGELAN A/L THABY RAJAN
JANTINA : LELAKI
TARIKH LAHIR : 16 SEPTEMBER 2003
TEMPAT LAHIR : MELAKA
NO. SIJIL BERANAK : BE 84170
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : -
BIL. ADIK-BERADIK : 6
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
24/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
24
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
118 16 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
25/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
25
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : PRAMANAYEGIH A/P PERIAMALANDAR
JANTINA : PEREMPUAN
TARIKH LAHIR : 24 APRIL 2002
TEMPAT LAHIR : MELAKA
NO. SIJIL BERANAK : AZ 97416
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : NO 555,TAMANA SEMARAK,AIR KUNING SELATAN.
BIL. ADIK-BERADIK : 3
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
26/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
26
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
136 35 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
27/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
27
IPGKTAA/2011
PROFIL MURID
NAMA : KESAVAN A/L SANIASY
JANTINA : LELAKI
TARIKH LAHIR : 21 MAC 2001
TEMPAT LAHIR : MELAKA
NO. SIJIL BERANAK : AS03880
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : NO.522,TAMAN SEMARAK 2,AIR KUNING.
BIL. ADIK-BERADIK : 4
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
28/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
28
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
124 26 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
29/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
29
IPGKTAA/2011
NAMA : THURGADEVI A/P MAHESWARAN
JANTINA : PEREMPUAN
TARIKH LAHIR : 19 OGOS 2000
TEMPAT LAHIR : MELAKA
NO. SIJIL BERANAK : AS 02379
AGAMA : HINDU
BANGSA : INDIA
WARGANEGARA : MALAYSIA
ALAMAT RUMAH : NO.92,LADANG NAM BEE,AIR KUNING,AIR KUNING
SELATAN.
BIL. ADIK-BERADIK : 6
BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH : BAHASA TAMIL
PROFIL MURID
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
30/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
30
IPGKTAA/2011
MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( / ) di dalamruang yang berkenaan sekiranya murid pernah atau sedangmenghadapi masalah kesihatan berikut :
Sawan alahan cacar air campak penyakit kuning
Jantung berlubang lelah/asma demam
lain-lain (nyatakan)
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
MAKLUMAT FIZIKAL
Data berat dan tinggi murid
*TINGGI(CM)
*BERAT(KG)
STATUS KESIHATAN
136 35 BAIK
* catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan
Sila rujuk carta pertumbuhan untuk status kesihatan
** tandakan ( / ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
31/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
31
IPGKTAA/2011
HASIL KAJIAN DAN DATA
Berikut adalah data yang telah diambil daripada murid-murid sekolah yang saya
telah ambil daripada SK SRI LABIS yang telah saya membuat kesimpulannya
Peringkat 1 ( 6-7 tahun)
BIL NAMA UKUR LILITKEPALA
(CM)
TINGGI(CM)
BERAT(KG)
PERKEMBANGANSAIZ BADAN
1 HABRI WAFI BIN MOHD
SA'ARI
50 117 27 19.7
2 AHMAD DARWISY BIN
AZMAN
45 106 15 13.3
Peringkat 2 ( 8-10 tahun )
BIL NAMA UKUR LILITKEPALA
(CM)
TINGGI(CM)
BERAT(KG)
PERKEMBANGANSAIZ BADAN
1 NADIA SYUHADAH BT.
AHMAD
48 118 16 11.5
2 MUHAMMAD DARWIS
IZZUDIN BIN JUMAAT
50 121 30 20.5
Peringkat 3 ( 11-12 tahun )
BIL NAMA UKUR LILITKEPALA
(CM)
TINGGI(CM)
BERAT(KG)
PERKEMBANGANSAIZ BADAN
1 NURSYAHID HAZEM BIN
AHMAD
53 136 35 18.9
2 NUR NAJWA BINTI
DZULKARNAIN
49 124 26 16.9
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
32/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
32
IPGKTAA/2011
100
105
110
115
120
125
130
135
Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3
Purata bagi berat
Tinggi (cm)
0
5
10
15
20
25
30
35
Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3
Purata bagi tinggi
Berat (kg)
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
33/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
33
IPGKTAA/2011
45
46
47
48
49
50
51
Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3
Purata bagi ukur lilit kepala
ukur lilit kepala (cm)
0
20
40
60
80
100
120
140
Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3
Purata keseluruhan
Tinggi (cm) Berat (kg) ukur lilit kepala (cm)
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
34/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
34
IPGKTAA/2011
Hasil kajian
Kajian yang telah kami lakukan bagi melihat perkembangan fizikal kanak-kanak
melalui 3 peringkat usia iaitu peringkat pertama yang melibatkan kanak-kanak
berusia 6 sehingga 7 tahun. Manakala peringkat kedua bagi kanak-kanak yangberusia 8 sehingga 10 tahun manakala peringkat ketiga bagi kanak-kanak yang
berusia dari 11 hingga 12 tahun. Kami telah melakukan kajian ini di SK Sri
Labis,Johor. Setiap peringkat umur ini saya telah mengambil seramai 2 orang
sebagai sampel kepada kajian kami mengenai perkembangan fizikal kanak-kanak.
Kajian saya tertumpu kepada berat, tinggi dan juga ukur lilit kepala kanak-kanak
tersebut. Graf-graf yang telah terbentuk diatas adalah berdasarkan maklumat yang
telah sekolah. Bagi setiap graf, kita dapat lihat perkembangan fizikal meningkatdaripada peringkat 1 sehingga peringkat 3. Ini bermakna perkembangan fizikal
kanak-kanak berkembang dan otot-otot yang terlibat semakin kuat dari kanak-kanak
itu kecik sehingga dewasa. Akan tetapi perkembangan fizikal yang berlaku adalah
pada kadar yang berbeza bagi setiap peringkat umur. Seperti yang kita tahu,
pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan juga otak menjadi asas
kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Semasa pembesaran, kanak-kanak
akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan
juga dapat melibatkan diri dengan kegiatan fizikal yang menjadi lebih kompleks.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
35/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
35
IPGKTAA/2011
Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,
pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana
akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa,
dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses
tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana
ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek
seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan
pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal
sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,
merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak
boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan
oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari
dan berkembang secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada
peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran
yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali
atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating).
Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti
mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan
pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil.
Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan
alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10
hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
36/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
36
IPGKTAA/2011
menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa
seperti bermain alat muzik.
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga
menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka
Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan
kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam
perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat
dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di
sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang
perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan
dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini,
menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan
antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan
melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh,
seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet
walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka
menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba
menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan
perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
37/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
37
IPGKTAA/2011
perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan
kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan
pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang
dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor,
operasi nombor dan pengukuran.1
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk
melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk
meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah
mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan
warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami
apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk
menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan
perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.
1Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
38/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
38
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : NURSYAHID HAZEM BIN AHMAD
UMUR : 11-12 TAHUN
PEMERHATI : MOHAMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAIN
TARIK PEMERHATIAN : 22 MAC 2011
UJIAN KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI
NOMBOR
Adakah sama bilangan bulatan disetiap baris ?
Jawapan kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
Sekarang adakah jumlah bilanganbulatan masih sama ataupun ada yanglebih banyak ?
Jawapan Kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
JARAK
Adakah panjang kedua-dua kayu inisama ?
Jawapan kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
Sekarang adakah kedua-duanya samapanjang ataupun salah satunya lebihpanjang ?
Jawapan kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
CECAIR
Adakah jumlah air dalam kedua-duabekas ini sama ?
Jawapan kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
Sekarang adakah jumlah air dalamkedua-dua bekas ini masih samaataupun salah satunya lebih banyak?
Jawapan kanak-kanak : Sama ( / )Tidak ( )
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
39/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
39
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : NADIA SYUHADAH BT. AHMAD
UMUR : 8-10 TAHUN

Jawapan kanak-kanak : Sama ( )Tidak ( / )
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
40/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
40
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : MUHAMMAD DARWIS IZZUDDIN BIN JUMAAT

41/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
41
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : AHMAD DARWISY BIN AZMAN
UMUR : 6-7 TAHUN

42/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
42
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : HABRI WAFI BIN MOHD SAARI

43/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
43
IPGKTAA/2011
NAMA KANAK-KANAK : NUR NAJWA BINTI DZULKARNAIN

44/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
44
IPGKTAA/2011
Rumusan Ujian Intelektual Piaget
Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua
bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang
yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang
dapat dilihat dalam persekitarannya.
Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan
sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur
dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya
kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain
adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk
menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu
dan memahami konsep keabadian bilangan.
Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan
dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah
boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah
boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan
kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara
abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di
dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
45/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
45
IPGKTAA/2011
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga
boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang
abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik
untuk menyelesaikan masalah matematik.
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
46/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
46
IPGKTAA/2011
6.0 IMPLIKASI KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia
melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di
antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah
adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang
aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru
harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari
segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka,
program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang paling berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di
dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.
Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah
tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini
ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk
-
8/2/2019 52982521 Pkk Assignment
47/47
PISMP PS/PJ/BM SEM 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak
berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan
perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan
membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi
untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping
tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus
asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan
banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara
individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu
mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.