Download - Folio Ting.3
-
8/2/2019 Folio Ting.3
1/9
Nombor 1) TAJUK :
PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR TAMU)
DI PEKAN SIPITANG, SABAH
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )
(Nombor 3) PENGHARGAAN
1)Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMPO 1 iaitu
kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus
ini.
2) Cikgu ____________________ iaitu guru Geografi saya yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
3) Kepada kedua ibu bapa saya iaitu (nama bapa dan nama ibu) yang memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
-
8/2/2019 Folio Ting.3
2/9
(Nombor 4) PENDAHULUAN
1) Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu
pasar tamu yang diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis di Pekan Sipitang,Sabah.
2) Saya pilih tajuk ini kerana pasar minggu ini berdekatan dengan rumah saya.
3) Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan
Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar tamu pekan
Sipitang
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan
Sipitang
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit dipekan Sipitang
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Sipitang
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan
runcit di Sipitang
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat
bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan
Sipitang
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Sipitang, Sabah
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam . pagi hingga
. petang. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan sipitang, Sabah
-
8/2/2019 Folio Ting.3
3/9
4) Pekan Sipitang ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan
utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar Kota
Kinabalu dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Sipitang
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian)
= kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk
kampung untuk _________
3) Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan _____________________
-
8/2/2019 Folio Ting.3
4/9
(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah
perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir
dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah
atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit
kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual
aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang
didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat
ke tempat yang lain.
8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat
memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
- perniagaan pasar tamu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk
meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
- pasar tamu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke
bandar Kota Kinabalu.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
- pasar tamu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan
barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-
lain.
5) menyediakan barangan segar
- pasar tamu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan
buah-buahan dengan harga yang berpatutan.
-
8/2/2019 Folio Ting.3
5/9
Unsur patriotisme
_____________________________________________________
8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
1) Governan
- Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin
menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar tamu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga
mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM 300 untuk berniaga di pasar
tamu ini.
3) Infrastruktur
- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan
kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar tamu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah.
Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
- lokasi pasar tamu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan
Sipitang dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga
- pasar tamu ini menjalankan perniagaan pada hari Rabu iaitu bermula pada pukul
. pagi dan berakhir pada petang
Unsur patriotisme
__________________________________________
-
8/2/2019 Folio Ting.3
6/9
8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah
dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar tamu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan
perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian
yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai
runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan
mengalami kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar tamu ini akan
dipenuhi dengan sampah sarap.
4. Kesesakan lalu lintas
- masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka
meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang
mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
- kebanyakan harga barang di pasar tamu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan.
Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang
menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Unsur patriotisme
__________________________________
-
8/2/2019 Folio Ting.3
7/9
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di
Kawasan Kajian
1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada
peniaga.
2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di
pasar tamu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran
kepada pengunjung dan peniaga.
4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan
perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam
tong tersebut.
Unsur patriotisme
___________________________________
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
-
8/2/2019 Folio Ting.3
8/9
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.
(Nombor 9) RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan
pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli
barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.
(Nombor 10). LAMPIRAN
Surat pengenalan diri calon
Surat kebenaran membuat kajian
Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
Borang soal selidik
Gambar / foto yang berkaitan
Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet
(Nombor 11). RUJUKAN (ditulis mengikut format yang betul)
1) Buku Teks
2) Buku Rujukan
3) Internet
4) Orang Sumber
-
8/2/2019 Folio Ting.3
9/9
(Nombor 11). PENILAIAN UMUM
Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Tamu, Pekan sipitang
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan
Jenis Barangan
Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran
Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk
menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar tamu, sipitang