E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 174
IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI PELAJAR
PINTAR DAN BERBAKAT DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SUBJEK BIOLOGI
Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli & Noriah
Mohd Ishak
Pusat PERMATApintar® Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected],
ABSTRAK
Pengajaran Terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang memenuhi keperluan
pembelajaran di kalangan pelajar pintar dan berbakat kerana ianya memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada setiap pelajar. Disebabkan adanya penekanan terhadap kepelbagaian pengajaran,
guru-guru di Pusat PERMATApintar®Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengaplikasi
kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas. Pelajar pintar dan berbakat berbeza daripada segi
kesediaan, minat dan profil pembelajaran mereka. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza
berdasarkan keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat supaya dapat
melibatkan setiap pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian
sebelum ini mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Di
dalam kajian ini, soal selidik motivasi pelajar telah diedarkan ke atas 60 orang pelajar pintar dan
berbakat pada tahun akhir sesi akademik Semester 2, 2017. Data telah dikumpulkan dan dianalisis
dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis data menggunakan
Ujian-t dan ANOVA. Analisis ini memberi pendedahan mengenai motivasi pelajar pintar dan berbakat
terhadap kaedah Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi. Hasil analisis mendapati bahawa
Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar pintar dan berbakat dan ianya juga
menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam
subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan umur.
Kata kunci: Pengajaran Terbeza, motivasi, pelajar pintar dan berbakat, Biologi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan
Di dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa
pelajar yang mengikuti kelas pembelajaran mempunyai persediaan yang mencukupi, minat yang
mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar ianya selari dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran serta prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setiap pelajar mempunyai minat dan cara
tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Pelajar-
pelajar juga ini mempunyai kecenderungan dan tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu
yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam
kelas agar ianya dapat melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.
Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini adalah untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Secara umum, terdapat pendapat yang meluas untuk
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 175
mendifinisikan pelajar pintar dan berbakat. Menurut Gagne (1991), kepintaran didefinisikan sebagai
satu kecekapan di atas purata daya keupayaan manusia seperti kebolehan intelektual dan kreativiti.
Beliau mendifinisikan bakat sebagai prestasi di atas purata dalam bidang tertentu seperti muzik dan
kesusasteraan. U.S. Congress (1988) memberi takrifan pelajar pintar dan berbakat sebagai “Pelajar
pintar dan berbakat bermaksud anak-anak dan remaja yang telah membuktikan keupayaan prestasi yang
tinggi di dalam bidang-bidang tertentu seperti intelektual, kreatif, artistik, kepimpinan atau dalam
bidang akademik tertentu, yang memerlukan layanan dan aktiviti yang biasanya tidak disediakan oleh
sekolah untuk membangunkan keupayaan tersebut”.
Dengan merujuk kepada definisi di atas, dapat dinyatakan bahawa pelajar pintar dan berbakat perlu
mempunyai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan tahap intelektual dan
keupayaan yang dimiliki oleh mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu
mempertimbangkan faktor-faktor seperti kesediaan, minat dan profil pembelajaran setiap pelajar pintar
dan berbakat. Oleh yang demikian, Pengajaran Terbeza adalah satu kaedah dan pendekatan pengajaran
yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Rajah 1 di bawah menunjukkan peta konsep
Pengajaran Terbeza atau di dalam istilah bahasa Inggerisnya Differentiated Instruction yang
diperkenalkan oleh Carol Ann Tomlinson.
Rajah 1: Peta Konsep Pengajaran Terbeza
Sumber daripada: Tomlinson, C. A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of
all learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 176
Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya
pusat kecemerlangan di Malaysia yang menawarkan program bagi pelajar pintar dan berbakat. Pusat ini
bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh Malaysia dan
memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka. Pusat ini juga mula
beroperasi pada bulan Januari 2011. Di antara program yang diuruskan pusat ini adalah: Pencarian dan
Pengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan
PERMATApintar® dan Program ASASIpintar, iaitu program pra-universiti selama satu tahun. Salah
satu daripada keistimewaan proses pengajaran dan pembelajaran yang ada di Pusat PERMATApintar®
Negara, UKM adalah pelaksanaan kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas pembelajaran. Kualiti
pengajaran yang baik serta aktiviti-aktiviti menarik di dalam kelas adalah kunci untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Oleh itu, guru memainkan peranan
yang amat penting di dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza di dalam kelas.
Di antara kayu ukur yang boleh digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pengajaran
Terbeza adalah dengan melihat tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap kaedah pengajaran
ini. Salah satu daripada subjek yang mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas pengajaran dan
pembelajaran adalah subjek Biologi. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas
dengan mengambil kira faktor minat, kesediaan dan cara pembelajaran pelajar. Penilaian terhadap
keberkesanan Pengajaran Terbeza ini penting untuk memastikan bahawa pelajar sentiasa mempunyai
motivasi yang tinggi terhadap kaedah pengajaran ini, sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan
prestasi akademik mereka secara konsisten dan dari semasa ke semasa.
2. Sorotan Literatur
2.1 Pengajaran Terbeza
Pengajaran Terbeza ditakrifkan sebagai pendekatan pengajaran di mana guru-guru secara proaktif
mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumber-sumber, aktiviti pembelajaran, dan hasil pelajar
untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk memaksimumkan
peluang pembelajaran untuk setiap pelajar di dalam kelas (Tomlinson, 1999). Tomlinson (2001) telah
menyatakan Pengajaran Terbeza sebagai falsafah pengajaran yang menyediakan pelbagai cara dalam
menyampaikan kandungan, memahami ide-ide dan menilai hasil pembelajaran. Selain itu, Tomlinson
& Imbeau (2010) dalam kajian mereka menyatakan, kesediaan pelajar, minat dan profil pembelajaran
adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza.
Guru-guru pada masa kini perlu belajar untuk mengembangkan rutin di dalam kelas, dengan tidak
mengabaikan kepelbagaian pelajar di dalam kesediaan, minat dan profil pembelajaran (Tomlinson et
al., 2003). Tomlinson et al. (2003) di dalam kajian mereka juga mengatakan rutin yang dimaksudkan
adalah dengan membezakan kurikulum dan pengajaran.
2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Subjek Biologi
Secara umumnya, terdapat pelbagai keterangan dan huraian yang berkait dengan definisi motivasi.
Smith dan Smith (2010) di dalam kajian mereka mendefinisikan motivasi sebagai keadaan dalaman
yang menggerakkan dan mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah mencapai matlamat.
Ormrond (1995) dan Stipek (1996) di dalam kajian mereka mengatakan bahawa input pembelajaran di
sekolah yang diberikan kepada pelajar jarang memberi pertimbangan terhadap aspek afektif, motivasi
dan keperluan individu pelajar, dan hanya memberi penekanan proses kognitif. Menurut Maeng (2011)
dan Burkett (2013) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017), kajian-kajian mengenai
Pengajaran Terbeza yang dijalankan sebelum ini banyak melibatkan kajian berbentuk kualitatif dengan
menunjukkan hasil emosi yang positif daripada segi motivasi, komitmen tugas dan keseronokan untuk
belajar. Maeng (2011) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017) menyatakan bahawa kajian-
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 177
kajian mengenai Pengajaran Terbeza kebanyakannya tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan
menengah rendah, dan sangat jarang berlaku di peringkat sekolah menengah atas. Tobin dan Tippet
(2014) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa Pengajaran Terbeza kerap digunakan di dalam kelas
yang melibatkan pembacaan, penulisan dan matematik dan jarang diaplikasi di dalam bidang subjek
yang lain, termasuk bidang sains. Oleh itu, masih terdapat sorotan literatur yang terhad mengenai
motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam bidang sains, termasuk Biologi. Tambahan pula,
kajian mengenai motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi di Malaysia
belum pernah dijalankan sebelum ini, dan ini merupakan antara faktor yang mendorong untuk kajian
ini dilakukan.
3. Persoalan Kajian
Empat persoalan kajian yang cuba untuk dijawab di dalam kajian ini adalah:
1. Apakah hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat dengan Pengajaran
Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?
2. Adakah terdapat peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi melalui
ujian pra dan ujian pasca?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan
jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan
umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?
4. Metod Kajian
4.1 Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini telah melibatkan 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi
akademik 2017 di Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jika
dilihat jumlah responden mengikut pecahan umur, seramai 52 orang pelajar berusia 17 tahun, 7 orang
pelajar berusia 16 tahun dan seorang pelajar berusia 15 tahun telah terlibat di dalam kajian ini. Di dalam
kesemua 60 orang responden tersebut, 35 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 25 orang adalah
pelajar perempuan. Rajah 2.1 menunjukkan bilangan responden mengikut umur, manakala Rajah 2.2
menunjukkan bilangan responden mengikut jantina.
Rajah 2.1 : Bilangan Responden Mengikut Umur
17
52
15 16 17
UMUR RESPONDEN
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 178
Rajah 2.2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina
4.2 Metod Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang telah diedarkan kepada 60 orang pelajar pintar dan
berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi akademik 2017. Pada permulaan kajian ini, kesemua 60
orang pelajar telah diminta untuk memberikan alamat emel mereka. Alamat emel ini digunakan untuk
memberi jemputan atas talian kepada pelajar untuk menjawab soal selidik motivasi ini. Setelah
jemputan atas talian dihantar kepada pelajar, satu makluman telah diberikan kepada pelajar untuk
mengisi soal selidik motivasi tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selama dua hari. Peringatan
secara berkala juga telah diberikan dalam tempoh dua hari tersebut terhadap pelajar yang belum
memberikan respons dan belum mengisi soal selidik motivasi. Selepas tempoh dua hari, soal selidik
motivasi ke atas 60 orang pelajar ini telah berjaya dilakukan dan pengumpulan data telah ditamatkan.
4.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian di dalam kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang diadaptasi daripada soal
selidik Motivational Orientation of Differentiated Instruction in English Language Teaching
(MoDiELT) yang telah dibina oleh Mohd Hasrul Kamarulzaman (Unpublished Doctoral Thesis). Soal
selidik beliau mengukur tahap motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Bahasa
Inggeris. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah diukur dengan menggunakan pekali alfa
dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Nilai Cronbach’s Alpha bagi kesemua elemen soal selidik
motivasi ini adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Instrumen ini mempunyai sembilan elemen
untuk mengukur tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Di antara sembilan elemen tersebut adalah: Minat,
Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Aktiviti Berkumpulan, Hasil, dan
Penilaian dan Penyesuaian. Soal selidik motivasi ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu Demografi,
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Biologi serta Elemen Motivasi. Jumlah keseluruhan item yang
mengukur tahap motivasi ini adalah 68 item dan dibina dengan menggunakan skala Likert lima mata.
Cronbach's Alpha N of Items
.958 68
Jadual 1: Nilai Cronbach’s Alpha Kebolehpercayaan Item
25
35
Perempuan Lelaki
JANTINA RESPONDEN
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 179
Berdasarkan Jadual 1, nilai kebolehpercayaan keseluruhan bagi soal selidik motivasi ini adalah sangat
baik dan boleh digunakan di dalam kajian ini untuk menentukan tahap motivasi pelajar pintar dan
berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.
4.4 Penganalisisan Data
Setelah tempoh pengumpulan data ditamatkan, soal selidik motivasi telah disemak sebelum data
dimasukkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Analisis yang dilakukan di
dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan
untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah seperti demografi responden dan bertujuan untuk
mendapatkan nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Statistik inferensi di dalam kajian ini
menggunakan kaedah Ujian – t sampel tak bersandar, Ujian t- sampel berpasangan serta ANOVA. Ujian
– t sampel tak bersandar dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan
berbakat di kalangan pelajar yang berlainan jantina. Ujian t – sampel berpasangan pula dijalankan untuk
menilai tahap peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam ujian pra dan ujian pasca
Biologi, manakala ujian ANOVA dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi dan umur
pelajar.
5. Dapatan Kajian
Analisis Deskriptif dan Inferensi
Dapatan kajian diterangkan dengan terperinci dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab
persoalan kajian di dalam kajian ini.
5.1 Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Subjek Biologi
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran
Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.
Elemen Motivasi N Skor Min Sisihan Piawai
Minat 60 83.60 8.579
Kesediaan 60 76.37 7.145
Profil Pembelajaran 60 79.70 8.302
Peranan Guru 60 86.80 8.376
Kandungan 60 84.23 9.856
Proses 60 81.90 9.075
Aktiviti Berkumpulan 60 77.87 14.127
Hasil 60 77.02 8.131
Penilaian dan Penyesuaian 60 78.73 9.744
Jadual 2: Tahap Motivasi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Biologi
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran
Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat
bahawa skor min tertinggi adalah Peranan Guru (86.80), diikuti dengan Kandugan (84.23) dan Minat
(83.60). Skor min yang paling rendah adalah Kesediaan (76.37). Dapatan ini menunjukkan bahawa guru
memainkan peranan yang paling penting di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 180
Pengajaran Terbeza. Selain daripada itu, kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
serta bersesuaian juga memainkan peranan yang penting di samping mengetahui minat pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini adalah untuk memastikan pelajar sentiasa
melibatkan diri secara aktif di dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti
yang dilakukan melalui pelaksanaan Pengajaran Terbeza ini. Secara keseluruhannya, perbezaan skor
min adalah kecil dan ianya menunjukkan bahawa Pengajaran Terbeza ini menyumbang kepada motivasi
pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.
5.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi
Salah satu daripada faktor yang menentukan keberkesanan kaedah Pengajaran Terbeza terhadap tahap
motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan melihat
kepada perubahan prestasi akademik, sama ada terdapat peningkatan atau penurunan dalam ujian pasca
berbanding ujian pra di dalam subjek Biologi. Ujian t-sampel berpasangan telah dijalankan untuk
mengkaji perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pasca. Jika terdapat perbezaan, analisis ini akan
mengenal pasti sama ada pelajar pintar dan berbakat telah melakukannya dengan lebih baik atau
sebaliknya di dalam ujian mereka. Hasil analisis bagi Ujian-t berpasangan dinyatakan di dalam Jadual
3.
N Korelasi, r p
60 0.898 0.000
Jadual 3.1: Korelasi di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pengetahuan
Ujian N
Skor
Min
Sisihan
Piawai Ujian t Df Sig.
Pra 60 68 12.13
-8.319
59
0.000 Pasca 60 73.9 9.57
Jadual 3.2: Ujian-t sampel berpasangan bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi
Jadual 3.1 dan 3.2 bagi ujian-t sampel berpasangan di atas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan di dalam ujian pra dan ujian pasca subjek Biologi sebelum dan selepas kaedah
Pengajaran Terbeza dijalankan dengan nilai t=-8.319 dan sig = 0.000 (p<0.05). Hasil korelasi mendapati
bahawa ujian pra dan ujian pasca adalah berkorelasi secara signifikan pada p < 0.05. Dari segi skor min,
ianya menunjukkan bahawa pengetahuan ujian selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan
(min=73.9 dan sp =9.57) lebih tinggi berbanding dengan pengetahuan ujian sebelum kaedah Pengajaran
Terbeza dijalankan (min =68, sp=12.13 ). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan prestasi akademik
pelajar pintar dan berbakat lebih tinggi selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan di dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.
5.3 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Jantina
Ujian-t sampel tak bersandar telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara
pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran
dan pembelajaran subjek Biologi. Hasil analisis ujian-t tersebut ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 181
Elemen Motivasi t df Sig.
Minat -.061 58 .952
Kesediaan .333 58 .740
Profil Pembelajaran .235 58 .815
Peranan Guru .279 58 .781
Kandungan .180 58 .858
Proses 1.084 58 .283
Aktiviti Berkumpulan -.043 58 .966
Hasil .590 58 .558
Penilaian dan Penyesuaian .463 58 .645
Jadual 4.1: Ujian-t sampel tak bersandar: Perbandingan Tahap Motivasi di antara Pelajar
Pintar dan Berbakat yang Berlainan Jantina
Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, dapat dilihat bahawa apabila nilai p pada 0.05, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan bagi tahap motivasi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan ini
menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai tahap motivasi yang
sama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi.
Jadual 4.2 di bawah menunjukkan hasil ujian perbezaan skor min untuk setiap elemen motivasi dalam
kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina. Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa
kedua-dua pelajar dalam kategori lelaki dan perempuan mempunyai tahap motivasi yang hampir sama,
walaupun terdapat sedikit perbezaan, di mana ianya menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap
motivasi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan di dalam tujuh elemen motivasi iaitu
Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Hasil serta Penilaian dan
Penyesuaian. Pelajar perempuan pula bagaimanapun menunjukkan tahap motivasi yang lebih tinggi
sedikit berbanding pelajar lelaki, iaitu pada aspek Minat dan Aktiviti Berkumpulan.
Elemen Motivasi Jantina N Skor
Min
Sisihan
Piawai
Minat Lelaki 35 83.54 8.276
Perempuan 25 83.68 9.159
Kesediaan Lelaki 35 76.63 7.042
Perempuan 25 76.00 7.416
Profil Pembelajaran Lelaki 35 79.91 7.192
Perempuan 25 79.40 9.798
Peranan Guru Lelaki 35 87.06 8.433
Perempuan 25 86.44 8.456
Kandungan Lelaki 35 84.43 8.603
Perempuan 25 83.96 11.567
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 182
Jadual 4.2: Perbezaan Skor Min bagi Tahap Motivasi Pelajar Berlainan Jantina
5.4 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Umur
Ujian ANOVA telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara pelajar pintar
dan berbakat yang berlainan umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Biologi. Di dalam kajian ini, responden terdiri daripada seorang pelajar berusia lima belas tahun,
tujuh orang pelajar berusia 16 tahun dan 52 orang pelajar berusia 17 tahun, yang mana kesemuanya
adalah pelajar tahun akhir sesi akademik 2017. Hasil analisis ujian ANOVA tersebut ditunjukkan di
dalam Jadual 5 di bawah.
Elemen Motivasi Jumlah Kuasa
Dua df
Min
Kuasa
Dua
F Sig.
Minat Antara Kumpulan 343.279 2 171.640 2.446 .096
Dalam Kumpulan 3999.121 57 70.160
Jumlah 4342.400 59
Kesediaan Antara Kumpulan 150.307 2 75.153 1.497 .232
Dalam Kumpulan 2861.626 57 50.204
Jumlah 3011.933 59
Profil Pembelajaran Antara Kumpulan 111.993 2 55.996 .807 .451
Dalam Kumpulan 3954.607 57 69.379
Jumlah 4066.600 59
Peranan Guru Antara Kumpulan 146.224 2 73.112 1.044 .359
Dalam Kumpulan 3993.376 57 70.059
Jumlah 4139.600 59
Kandungan Antara Kumpulan 254.038 2 127.019 1.322 .275
Dalam Kumpulan 5476.695 57 96.082
Jumlah 5730.733 59
Proses Antara Kumpulan 125.958 2 62.979 .758 .473
Dalam Kumpulan 4733.442 57 83.043
Jumlah 4859.400 59
Proses Lelaki 35 82.97 8.913
Perempuan 25 80.40 9.269
Aktiviti Berkumpulan Lelaki 35 77.80 15.777
Perempuan 25 77.96 11.745
Hasil Lelaki 35 77.54 8.378
Perempuan 25 76.28 7.882
Penilaian dan
Penyesuaian
Lelaki 35 79.23 9.369
Perempuan 25 78.04 10.402
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 183
Aktiviti Berkumpulan Antara Kumpulan 137.095 2 68.548 .336 .716
Dalam Kumpulan 11637.838 57 204.173
Jumlah 11774.933 59
Hasil Antara Kumpulan 51.577 2 25.788 .382 .684
Dalam Kumpulan 3849.407 57 67.533
Jumlah 3900.983 59
Penilaian dan
Penyesuaian
Antara Kumpulan 213.961 2 106.981 1.132 .330
Dalam Kumpulan 5387.772 57 94.522
Jumlah 5601.733 59
Jadual 5.1: Ujian ANOVA: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang
Berlainan Umur
Elemen Motivasi Umur N Skor Min Sisihan Piawai
Minat 15 1 100.00 .
16 7 86.29 9.759
17 52 82.92 8.198
Jumlah 60 83.60 8.579
Kesediaan 15 1 86.00 .
16 7 78.86 7.105
17 52 75.85 7.083
Jumlah 60 76.37 7.145
Profil Pembelajaran 15 1 88.00 .
16 7 81.86 9.616
17 52 79.25 8.165
Jumlah 60 79.70 8.302
Peranan Guru 15 1 98.00 .
16 7 88.14 7.925
17 52 86.40 8.421
Jumlah 60 86.80 8.376
Kandungan 15 1 100.00 .
16 7 83.57 9.796
17 52 84.02 9.803
Jumlah 60 84.23 9.856
Proses 15 1 93.00 .
16 7 82.00 10.214
17 52 81.67 8.974
Jumlah 60 81.90 9.075
Aktiviti Berkumpulan 15 1 89.00 .
16 7 78.86 9.668
17 52 77.52 14.738
Jumlah 60 77.87 14.127
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 184
Hasil 15 1 70.00 .
16 7 77.57 8.018
17 52 77.08 8.241
Jumlah 60 77.02 8.131
Penilaian dan Penyesuaian 15 1 93.00 .
16 7 79.43 9.761
17 52 78.37 9.718
Jumlah 60 78.73 9.744
Jadual 5.2: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang Berlainan Umur
Berdasarkan jadual 5.1 di atas, dapat dilihat bahawa p<0.05 bagi kesemua elemen motivasi, maka tidak
wujud perbezaan yang signifikan daripada segi tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat
yang berlainan umur. Ini menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap
Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi adalah sama dan tidak dipengaruhi oleh faktor umur. Ini
juga membuktikan bahawa Pengajaran Terbeza sesuai diaplikasi di dalam sesebuah kelas pembelajaran
walaupun wujud perbezaan umur di kalangan pelajar di dalam kelas tersebut.
7. Kesimpulan dan Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa Pengajaran Terbeza menyumbang kepada
motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi. Di antara elemen utama yang
menyumbang kepada motivasi pelajar pintar dan berbakat adalah peranan guru, kandungan bahan
pengajaran dan juga minat. Kesemua elemen motivasi dalam penerapan Pengajaran Terbeza di dalam
kelas memainkan peranan yang penting dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi
akademik pelajar pintar dan berbakat. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak
mempengaruhi motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran
dan pembelajaran subjek Biologi. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih menyeluruh berkaitan
motivasi dan Pengajaran Terbeza di dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dalam
konteks yang lebih luas seperti melihat kepada aspek motivasi ekstrinsik dan intrinsik secara lebih
mendalam.
Penghargaan
Kajian ini adalah dibawah peruntukan kewangan Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 185
Rujukan
Gagne, F. (1991). Toward a differential model of giftedness and talent. In N. Colangelo and G. A. Davis
(Eds.) Handbook of gifted education. Boston, MA: Allyn & Bacon
Kamarulzaman, M. H. (Unpublished Doctoral Thesis). The Practice of Differentiated Instruction in
English Language Teaching among the Gifted Students. [email protected]
Ormrond, J. E. (1995). Educational psychology: Principles and applications. Englewood Cliffs, NJ:
Merrill.
Pablico, J., Diack, M., & Lawson, A. (2017). Differentiated Instruction in the High School Science
Classroom: Qualitative and Quantitative Analyses. International Journal of Learning, Teaching
and Educational Research Vol. 16, No. 7, pp. 30-54
Smith, J. K., & Smith, L. F. (2010). Educational creativity. In J. C. Kaufman & R. J. Sternberg (Eds.),
Cambridge Handbook of Creativity (pp. 250–264). New York, NY: Cambridge University Press.
Stipek, D. J. (1996). Motivation and instruction. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.), Handbook of
Educational Psychology (pp. 85 - 113). New York: Simon & Schuster Macmillan.
Tobin, R., & Tippett, C. D. (2014). Possibilities and Potential Barriers: Learning to Plan for
Differentiated Instruction in Elementary Science. International Journal of Science and
Mathematics Education, 12(2), 423-443.
Tomlinson, C.A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners.
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Tomlinson, C. (2001). How to differentiate instruction in mixed ability classrooms (2nd Ed.).
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Tomlinson, C. A., Brighton, C., Hertberg, H., Callahan, C. M., Moon, T. R., Brimijoin, K., Conover, L.
A., & Reynolds, T. (2003). Differentiating Instruction in Response to Student Readiness, Interest,
and Learning Profile in Academically Diverse Classrooms: A Review of Literature. Journal for
the Education of the Gifted. Vol. 27, No. 2/3, 2003, pp. 119-145.
Tomlinson, C., & Imbeau, M. (2010). Leading and managing a differentiated classroom. Alexandria,
VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
U.S. Congress. (1988). Jacob K. Javits Gifted and Talented Education Act of 1988 (P.L. 100-297).
Washington, DC: U.S.