REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN
KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA
TAHAN KARDIOVASKULAR
TAI CHU PING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: REKA CIPTA ALAT STEP UP BERELEKTRONIK BAGIUJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN UNTUKMENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya TAI CHU PING
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 2H, LANE 5, P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR SELADAH ROAD, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK.
Tarikh: 17 FEBRUARI. 2004 Tarikh: 17 FEBRUARI 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan :___________________________
Nama Penyelia :_PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR
Tarikh : 5 MARCH 2004
ii
REKACIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN
KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR .
TAI CHU PING
Laporan projek ini dikemukaan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
5 MARCH 2004
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tipa satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :__________________
Nama Penulis : TAI CHU PING
Tarikh : 5.03.2004
iv
DEDIKASI
Kepada ibu bapaku yang disanjungi
(TAI SING CHEE & NGU MEE YUNG)
Serta
Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi sokongan ke arah kejayaan ini
(LINDA TIONG MING MING, TAI CHU TIONG, TAI CHU TOH, TAI JOO
HUA, TAI CHU KEE, TAI CHU MING, TAI CHU LING, TAI CHU KIONG,
TAI CHU KOUK, TAI CHU LUNG)
dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa
pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana
muda ini.
Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima
kasih kepada penyelia projek, PM. DR. Abdul Hafidz Bin Haji Omar atas bimbingan
dan perbincangan yang diberikan dalam menjayakan projek ini.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada Encik Mazan Bin Aridin dari Fakulti
awam dengan membantu menyiapkan alat “Step Up”. Seterusnya saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Arief Ruhullah Bin Abdul Haris dari
Fakulti Elektrik atas bantuan menyiapkan alat elektronik.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
di Universtiti Teknologi Malaysia atas sokongan dan teguran yang bernas dalam
menyempurnakan projek sarjana muda ini.
vi
Abstrak
Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat “Step Up” Berelektronik
untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat “Step Up” Berelektronik
yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular
seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan tekanan.
Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat “Step Up” Berelektronik
untuk menguji daya tahan kardiovaskular dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik
juga mendapatkan persepsi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia terhadap alat ini. Namun begitu, sepuluh
orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat
yang direka cipta. Data-data deskritif dikumpulkan menggunakan kaedah menjawab
borang soal selidik yang telah dijawab oleh 90 responden. Mereka terdiri daripada
pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara
rawak kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Mikrosoft Exel
berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat “Step
Up” Berelektronik berkesan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang dalam
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik
juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan
tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan
penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil
penyelidikan pada masa akan datang.
vii
Abstract
This research conducted to design Electronic Step up Equipment for the use of
National Physical Fitness Test (UKJK). The equipment designed by researcher was used
for individual cardiovascular test. Electronic device technology (sensor) was
implemented in this equipment to detect the pressure in step up. The main purpose of
this research was to determine the effectiveness of the Step Up Equipment in the
cardiovascular test for UKJK in addition, perception of undergraduate student of sport
science course UTM on this step up equipment were collected. Descriptive data was
collected and the instrument used questionnaire created by researcher. The samples of
this research were 90 undergraduate student from sport Science course. Ten samples also
do the step up test with the stair and the equipment that have been designed. Data
collected was analysis using the Microsoft Excel software to obtain frequency and
percentage. From the analysis, it can be concluded that the step up equipment designed
by researcher can to be used to carry out the cardiovascular test in the National Physical
Fitness Test (UKJK) effectively. The equipment obtained a good response from the
undergraduate students of Sport Science course, University Technology Malaysia,
Skudai, Johor. Problem faced by researcher during the process of design the Electronic
Step Up Equipment were discussed in this research. Recommendation further studies
were also suggested to improve and stabilize the future research.
viii
KANDUNGAN
SENARAI PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Penyelia i
Judul ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xiv
Senarai Rajah xvi
Senarai Lampiran xvii
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang masalah 5
1.3 Pernyata Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Limitasi Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 “Step Up Test” 11
1.9.2 Daya Tahan 12
1.9.3 Daya Tahan Kardiovaskular 12
1.9.8 Peningkatan 12
1.8.9 Kecergasan Fizikal 12
1.9.10 Keberkesanan 13
1.9.11 Kuasa 13
1.9.12 Kecergasan Kardiovaskular 13
1.9.13 Ujian Kecergasan Fizikal 13
1.9.14 Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan 13
1.10 Penutup 14
x
BAB II SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori Rekacipta 15
2.3 Kajian Mengenai Daya Tahan Kardiovaskular 17
2.4 Kaedah Rekacipta 22
2.5 Penutup 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Subjek Kajian 25
3.4 Tempat Kajian 26
3.5 Intrumen Kajian 27
3.5.1 Kemudahan dan Pealatan 27
3.5.1.1 Borang soal selidik 27
3.5.1.2 Pen atau Pensel 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Prosedur Mejalankan Latihan 28
3.8 Kaedah Pengumpulan 30
3.9 Kaedah Penganalisis Data 30
3.10 Penutup 30
xi
BAB IV PENGANALISAAN DATA 31
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data 32
4.2.1 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan
Menggunakan Tangga Dan Alat “Step
Up” Berelektronik
4.2.2 Persepsi responden 34
Latar Belakang Responden 34
4.2.1.1 Jantina 34
4.2.1.2 Umur 35
4.2.1.3 Bangsa 36
4.2.1.4 Bidang Sukan Yang Diminati 37
4.2.1.5 Kekerapan menggunakan alat
Gym dalam Makmal Sain Sukan
Dalam seminggu 38
4.2.2 persepsi Terhadap Alat “Step Up
Berelektronik 39
4.2.2.1 Tahap kesukaan responden
terhadap alat “Step Up”
Berelektronik 39
4.2.2.2 Kesesuai Alat “Step Up”
Berelektronik kepada latihan
Responden 40
4.2.2.3 Alat “Step Up” berelektronik
membantu responden untuk
meningkatkan kekuatan
otot kaki. 41
4.2.2.4 Alat “Step Up” Berelektronik
selamat digunakan oleh
responden 42
xii
4.2.2.5 Kesesuaian Penggunaan Alat
“Step Up” Berelektronik di
peringkat sekolah. 43
4.2.2.6 kesesuaian Alat “Step Up”
Berelektronik dalam
perancangan UKJK atau
dalam kelas pendidikan
Jasmani 44
4.2.2.7 Alat “Step Up” Berelektronik
membantu responden
meningkatkan daya tahan
kardiovaskular. 45
4.2.2.8 Alat “Step Up” Berelektronik
mendapat sambutan baik
di sekolah. 46
4.2.2.9 Alat “Step Up” Berelektronik l
ebih baik daripada alat yang
sedia ada di sekolah. 47
4.2.2.10 Alat “Step Up” Berelektronik
memudahkan jurulatih atau
guru menjalani UKJK. 48
4.2.2.11 Alat “Step Up” yang direkacipta
adalah lebih canggih daripada
alat yang sebelum ini. 49
4.2.2.12 Alat “Step Up” Berelektronik
boleh meningkatkan prestasi
seseorang atlit 50
4.3 Penutup 50
xiii
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 52
5.2.1 Perbincangan Hasil Kajian Berkaitan
Dengan Keberkesanan Alat “Step Up”
Berelektronik Yang Telah Direkacipta
Untuk Menguji Daya Tahan Kardiovaskular 52
5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian
Mengenai Pandangan Responden
Terhadap Alat Step Up Berelektronik
Yang Telah Direkacipta. 53
5.3 Masalah Yang Dihadapi 57
5.3.1 Masalah Alat “Step Up”
Yang Direkacipta 57
5.4 Cadangan 59
5.5.1 Peralatan Yang Lebih Canggih 59
5.5.2 Kumpulan Subjek 60
5.5.3 Bilangan Subjek 60
5.5.4 Kajian Akan Datang 60
6.0 Kesimpulan 61
BIBIOGRAFI 62
LAMPIRAN 65-77
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan
Menggunakan Tangga Dan “Alat Step”
Up Berelektronik (Lelaki) 32
4.2 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan
Menggunakan Tangga Dan Alat “Step
Up” Berelektronik (Perempuan) 32
4.3 Umur Responden 35
4.4 Tahap Kesukaan Responden Terhadap
Alat “Step Up” Berelektronik 39
4.5 Kesesuaian Alat “Step Up” Berelektronik
kepada latihan responden 40
4.6 Alat “Step Up” Berelektronik membantu
responden untuk meningkatkan
kekuatan otot. 41
4.7 Alat “Step Up” selamat digunakan oleh
Responden 42
4.8 Kesesuaian penggunaan Alat “Step Up”
Berelektronik di peringkat sekolah 43
4.9 Kesesuaian Alat “Step Up” Berelektronik
dalam perancangan UKJK atau dalam
kelas pendidikan jasmani. 44
xv
4.10 Alat “Step Up” Berelektronik membantu
responden meningkatkan daya tahan
kardiovaskular. 45
4.11 Alat “Step Up” Berelektronik mendapat
sambutan baik di sekolah 46
4.12 Alat “Step Up” Berelektronik lebih baik
daripada alat yang sedia ada di sekolah 47
4.13 Alat “Step Up” Berelektronik memudahkan
jurulatih atau guru menjalani (UKJK) 48
4.14 Alat “Step Up” Berelektronik yang
direkacipta adalah lebih canggih daripada
alat yang sebelum ini. 49
4.15 Alat “Step Up” Berelektronik boleh
meningkatkan prestasi seseorang atlit. 50
xvi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jantina responden 30
4.3 Bangsa responden 32
4.4 Bidang sukan yang diceburi 33
4.5 Kekerapan responden menggunakan
peralatan “gym” dalam seminggu 34
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Lakaran Alat “Step Up” Berelektronik 60
B Senarai Harga dan Kos Pembuatan 62
C Borang Ujian Individu 63
D Borang Soal selidik 64
E Gambar Alat Yang direka Cipta 67
F Gambar Pelajar Sains Suka Yang 69
mencuba Alat “Step Up” 70
G Nom Latihan “Step Up” 71
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sukan merupakan satu tabiat yang baik bagi semua lapisan masyarakat di dunia
ini. Sukan bukan sahaja boleh menyihatkan badan seseorang dan ia juga boleh
memajukan mengeratkan hubungan sesebuah negara. Negara-negara yang jarang
dikenali oleh kebanyakkan negara biasanya boleh diperkenalkan melalui sukan yang
mereka ceburi. Sukan Olimpik merupakan termasya sukan yang terbesar di dunia dan
sukan Olimpik sememangnya akan disertai oleh kebanyakkan negara di bumi ini dan ada
beberapa negara yang tidak menyertainya diatas sebab-sebab tertentu.
Sukan Olimpik sememangnya akan melahirkan jaguh-jaguh yang terhandal di
bumi. Perkara ini berlaku kerana adanya saingan yang wujud semasa sesuatu acara
bermula. Adakah kita berfikir kenapa jaguh-jaguh sukan olimpik kebanyakkan dikuasai
oleh masyarakat di negara-negara barat dan juga negara-negara Eropah? Jawapannya
muda sahaja, perkara ini berlaku kerana jaguh-jaguh barat dan Eropah ini telah
menerima latihan yang saintifik dan sistematik.
Latihan-latihan yang tersusun sememangnya berkaitrapat dengan peralatan yang
mereka gunakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peralatan sukan yang
digunakan oleh mereka adalah yang janggih jika dibandingkan di Asia. Peralatan yang
2
mereka gunakan tidak kurangnya melibatkan sistem elektronik. Mereka menggunakan
peralatan sukan berelektronik dalam latihan bukan sahaja boleh meningkat taraf latihan
seseorang atlit malah juga boleh menjimatkan masa, tenaga, dan juga kewangan.
Mungkin banyak yang akan bertanya mengapa peralatan sukan berelektronik
boleh meningkatkan taraf seseorang alit. Jawapannya ialah dengan adanya peralatan
sukan berelektronik, atlit-atlit yang menjalani latihan tahu akan kelemahan mereka
sendiri tanpa disedarkan oleh jurulatih mereka. Sebagai contoh, latihan “step up” yang
biasa bagi alit untuk meningkatkan kardiovaskular dengan hanya membuat latihan
tersebut dalam keadaan yang betul dan tepat, apabila atlit tersebut tidak membuat
dengan betul maka kiraan yang dibuatnya secara automatik dibatalkan dan perlu dibuat
semula.
Mengapa peralatan sukan berelektronik boleh menjimat masa, tenaga dan
kewangan, ini kerana dengan adanya eletronik, jurulatih tidak perlu membuat kiraan
yang dibuat oleh atlit secara manual iaitu dengan kiraan mulut atau melalui kertas kerana
elektronik yang digunakan boleh mengiranya. Dengan ini, sememangnya atlit-atlit
Asian tidak dapat mengikut jejak mereka dengan hanya membeli peralatan sukan
berelektronik yang sudah ketingalan zaman dan tidak digunakan lagi di negara-negara
barat dan Eropah kerana merekan telah mencipta alat-alat yang lebih canggih dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu sukan mereka.
Alat “Step Up” Berelektronik yang direkacipta adalah untuk memudahkan
jurulatih dalam penyediaan latihan dan dengan alat yang direkacipta, jurulatih boleh
menjimatkan tenaga manusia, masa dan kewangan. Ini berlaku kerana alat yang
direkacipata ini dalam kadar kos yang lebih rendah jika dibandingkan dengan alat
elektronik yang direkacipta di luar negara. Dengan adanya Alat “Step Up”
Berelektronik yang direkacipta maka jurulatih boleh menggunakan masa yang lebih
untuk menyediakan latihan kecergasan yang lain. Alat yang direkacipta mempunyai
3
kebaikan berkembal iaitu boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan
otot-otot kaki seseorang atlit dalam masa yang sama.
Malaysia sedang menuju ke arah kemajuan dalam apa jua bidang. Sukan
merupakan salah satu bidang yang sedang membangun dari semasa ke semasa. Banyak
jenis sukan yang telah membanggakan Malaysia tetapi ada juga sukan yang telah
mengecewakan Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa atlit-atlit Malaysia tidak
berjaya dalam sukan antarabangsa seperti Olimpik bukan disebabkan mereka lemah atau
tidak mahir dalam sukan tersebut tetapi sebab utama mereka ialah kurang dari segi
latihan yang saintifik dan sistematik. Latihan yang sistematik semestinya memerlukan
bantuan daripada peralatan sukan yang canggih yang telah dicipta dengan tujuan
meningkatkan mutu seseorang atlit.
Malaysia jarang menekan atlit-atlit berlatih dengan menggunakan peralatan
sukan berelektronik. Ini kerana peralatan-peralatan ini sunguuh mahal harganyanya dan
jarang ada jurulatih tahu mengendalikan peralatan yang canggih ini. Malaysia jarang
mempunyai bilik “gym” yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan hanya
mereka yang kaya sahaja boleh menjadi keahlian dan berniat untuk mengaut
keuntungan. Dengan kos keahlian yang mahal kebanyakkan atlit tidak mampu
melakukannya. Latihan biasa yang mereka lakukan hanya tergantung di padang bola
sepak ataupun dewan-dewan.
Atlit-atlit Malaysia berpeluang berlatih dalan bilik “gym” hanya pada peringkat
kesediaan pergi bertanding yang dikenali sebagai latihan pusat. Latihan yang dijalankan
juga tertumpu pada satu tempat sahaja iaitu di Majlis Sukan Negara. Denga Majlis
Sukan Negeri biasanya hanya boleh digunakan oleh atlit yang mewakili negeri masing-
masing, itu pun peralatan yang digunakan kurang lengkap dan kebanyakkan tiada
menggunakan sistem elektronik. Jadi Majlis Sukan Negara perlu menyelesaikan perkara
ini dengan menyelidik daripada negara-negara barat atau Eropah demi meningkatkan
mutu sukan negara.
4
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) merupakan satu ujian yang akan
menguji tahap kecergasan pelajar diperingkat sekolah-sekolah. Ujian ini boleh
dijalankan dalam bilik kecergasan mahupun di padang atau di dewan. Tujuan utama
ujian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah
dan juga untuk kesihatan pelajar di sekolah. Pada masa sekarang alat yang digunakan
untuk menjalani (UKJK).hanya secara manual dan tidak melibatkan peralatan elektronik
ini kerana pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membeli peralatan yang canggih
dengan harganya yang mahal.
Selain daripada itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) turut boleh
meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Menurut Sheikh Kamaruddin dan Sarjit singh
(1987) menyatakan yang daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting
dalam profil fisiologi manusia. Ia melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
Kecergasan kardiovakular bergantung kepada kombinasi kecekapan salu darah, jantung
dan paru-paru.
Menurut Hockey (1981) pula telah mendefinisikan daya tahan kardiovaskular
sebagai kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang berat dengan
melibatkan kumpulan otot besar dalam jangka masa yang lama. Aktiviti yang berat
memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap kerana situasi seperti ini
memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen
membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Peningkatan kecergasan
kardovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat.
Hasil daripada ini, peredaran darah menjadi lebih cekap serta peningkatan kebolehan
paru-paru ke kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan oksigen boleh
dikekalkan ke otot-otot untuk melambatkan keletihan dan kelesuan.
5
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) jarang
dijalankan di sekolah oleh kerana kekurangan guru yang opsyen dalam Pendidikan
Jasmani. Oleh itu, guru yang bukan opsyen Pendidikan Jasmani yang mengajar
Pendidikan Jasmani tentu tidak akan tahu kebaikan menjalani latihan kecergasan ini.
Selain itu, ada pula sesetengah guru yang malas mengendalikan latihan ini kepada
pelajar mereka kerana latihan ini akan memakan masa yang lama dan perlu
menyediakan banyak prosedur sebelum latihan diberikan.
Ada sesetengah sekolah pula hanya mementingkan dari segi akademik dan
mengabaikan kelas Pendidikan jasmani dengan menggantikan kelas Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan kepada kelas matapelajaran yang lain untuk bertujuan meningkatkan
prestasi sekolah dari segi akademik apatah lagi Ujian Kecergasan jasmani Kebangsaan
(UKJK). Walaubagaimanapun ada juga sekolah yang dapat mengimbangkan kedua-
duanya sekali iaitu akademik dan sukan.
Tambahan pula, ada sebilangan ibu bapa dan guru-guru juga menganggapkan
bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini juga tidak penting.
Mereka juga berpendapat bahawa kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini lebih
baik digantikan dengan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran Sains atau Matematik.
Bagi mereka, mata pelajaran ini lebih penting dan lebih berguna untuk para pelajar jika
dibandingkan dengan kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.
Dalam pemikiran mereka, kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang
diadakan di sekolah hanyalah untuk pelajar bermain sahaja dan mereka tidak
mempelajari apa-apa daripada kelas tersebut. Ini bermaksud mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan tidak memberikan faedah kepada pelajar-pelajar.
6
Sebenarnya kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang diadakan di sekolah
memainkan peranan yang penting untuk perkembangan pelajar dan juga untuk kesihatan
pelajar. Kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bukanlah satu mata pelajaran yang
diadakan untuk pelajar bermain semata-mata. Mata pelajaran ini bukan sahaja dapat
menyumbangkan pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya kesihatan
kepada diri mereka malah ia juga dapat membentuk sahsiah pelajar yang baik.
1.2 Pernyataan Masalah
Kekurangan peralatan untuk mengajar kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
sememangnya menyusahkan guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru
tidak dapat memberi pelajarnya bermain dengan sepenuhnya. Pelaiar-pelajar mungkin
perlu menunggu giliran mereka untuk bermain atau menggunakan sesuatu peralatan itu.
Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran untuk bermain maka ini juga
merupakan salah satu faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti
kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di sekolah
Selain itu, kebanyakan peralatan yang ada di sekolah juga telah lama dan
mungkin ada yang sudah rosak. Apabila sesuatu peralatan itu rosak atau telah lama
digunakan, maka berkemungkinan besar peralatan itu tidak lagi selamat untuk
digunakan. Peralatan itu mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.
Oleh kerana peralatan memainkan peranan yang amat penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, maka mereka cipta sendiri atau membina
sendiri sesuatu peralatan itu adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak
cukup atau menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang
guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan yang boleh digunakan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
7
Pelajar-pelajar sebenarnya adalah aktif dan mereka juga suka bermain-main
selain daripada belajar di dalam bilik darjah. Mereka juga akan berasa letih dan penat
jika sentiasa belajar dan tidak bersenam. Otak para pelajar akan menjadi kurang aktif
jika mereka tidak mempunyai badan yang sihat. Secara tidak langsung, mereka juga
tidak boleh menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada pelajaran mereka.
Sebenarnya pelajar-pelajar juga suka melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan
apabila mereka berpeluang melakukannya. Mereka suka bermain dengan alat-alat
yang boleh memberikan mereka kepuasan setelah melakukannya. Alat-alat yang
boleh memberikan mereka kepuasan adalah seperti peralatan gym, bola dan
sebagainya.
Pada masa dahulu, latihan naik turun bangku (step up test) hanya dijalankan di
atas kerusi atau tangga di sekolah. Pada ketika itu, guru-guru atau jurulatih jarang
membuat ujian tersebut kerana memerlukan tenaga manusia untuk mengambilmasa dan
jumlah langkah yang dibuat oleh pelajar. Dengan itu, guru atau jurulatih juga tidak pasti
sama ada pelajar itu menjalankan ujian dengan betul atau tidak. Dalam keadaan yang
sukar ini, guru atau jurulatih memilih jalan pendek iaitu tidak perlu mengendalikan
latian ini dengan menjimatkan masa untuk menbuat latihan-latihan yang lebih
memudahkankan. Oleh yang demikian memang tidak dapat dinafikan bahawa latihan
naik turun tangga (step up test) jarang dilakukan di sekolah.
Selain daripada itu, banyak sekolah yang tidak mampu untuk membeli peralatan
elektronik yang memerlukan peruntukan yang banyak. Peralatan yang mahal hanya
digunakan sekali sekala di sekolah. Oleh sebab itu, pihak sekolah beranggapan
peralatan yang mahal tidak diperlukan di sekolah dan peruntukan yang diberi oleh
kementerian hanya digunakan di bidang akademik.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti yang berikut.
1. Melihat keberkesanan alat ciptaan untuk menguji daya tahan
kardiovaskular.
2. Mendapat persepsi mengenai alat yang direkacipta daripada pelajar Sains
Sukan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
1.5 Persoalan Kajian
Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:
1. Sejauhmanakah keberkesanan alat ciptaan untuk menguji daya tahan
kardiovaskular?
2. Adakah pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor menyukai alat yang direkacipta?