Download - Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
1/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/1
4
Un
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK
OBJEKTIF AM
Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan,kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa.
Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu).
Menyatakan jenisjenis aksesori dalam pemasangan
Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan
Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungandi dalam kabel
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
2/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/2
4.0 LITAR PENGGUNA
Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama
pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi
melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus
ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.
4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna
Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat
perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen
tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah:
1 2 3 4 5
Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan
1. Fius pemutus dan perangkai neutral
- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
2. Meter kWj
- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.
3. Suis utama
- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan
4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus
- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar.
5. Papan agihan
- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
kWj
INPUT
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
3/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/3
4.0.2 Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik
terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ;
a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan
bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak
melebihi daripada sepatutnya.
b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan
bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa
mengganggu litar lain.
c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang
lain.
4.0.3 Permintaan maksima
Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat
perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus
keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.
4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar
Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a) Litar jejari
litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar
yang di hujung sekali.
b) Litar gelang
litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca
masukannya di papan fius agihan.
c) Sulur
merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.
4.0.5 Litar akhir lampu
Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban
lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban
penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkandari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.
4.0.6 Litar akhir alat pegun
Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh
disambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu
dipasang untuk beban tersebut.
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
4/21
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
5/21
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
6/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/6
a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang
boleh dikeluarkan dari tapak fius.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari
kuprum tulin.
c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.
Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.
Kebaikan Keburukan
1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat
2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius
4.1.8 Fius Katrij
Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap
sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;
a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.
b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.3
Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij
Kebaikan Keburukan
1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat
2. Kapasiti pemutus tidak merosot
3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang
tertentu.
4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang
kuat.
1. Jika elemen fius putus, keseluruhan
fius tidak boleh digunakan.
2. Pemegang fius hanya sesuai dengan
saiz kartrij yang tertentu.
4.1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
7/21
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
8/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/8
AKTIVITI 4A
1.1 Takrifkan:-
a) litar pengguna
b) litar kawalan turutan
c) litar akhir
1.2 Lukiskan gambar rajah berlabel satu litar kawalan utama
1.3 Nyatakan fungsi peralatan pemasangan yang berikut
a) fius pemutus
b) meter kWj
c) papan agihan
1.4 Senaraikan 2(DUA) kebaikan dan 2(DUA) keburukan fius boleh dawai semula.
4.5 Apakah yang dimaksudkan dengan litar pintas?
Semoga
Berjaya !!
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
9/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/9
MAKLUM BALAS 4A
4.1
a. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan
beban pengguna
b. litar kawalan turutan adalah berfungsi sebagai alat pengawalan danperlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri
dari alat-alat pengasingan dan penyuisan, alat perlindungan arus lebihan dan
perlindungan arus bocor ke bumi
c. Llitar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkantenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.
4.2 Rajah litar kawalan turutan
4.3a. Fius pemutus- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna
b. Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan
kadarc. bayaran tarif.
d. Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan
4.4 Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula
Kebaikan Keburukan
Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat
Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius
4.5 Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini
menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindunganmengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.
kWj
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
10/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/10
4.2 KABEL
Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang
membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya :
a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik
ataumesin elektrik dengan selamat.
b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.
4.2.1 Binaan
Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah.
4.2.1.1 Pengalir/Teras
a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari
aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang
tinggi.b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan
yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses
pemetrian.
c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.
Contoh ukuran kabel,
7/1.04 mm 7= 7 lembar
1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir
luas keratan rentas keseluruhan pengalir
4.2.1.2 Penebat.
Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus
keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak,
varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah.
6.0 mm2
INPUT
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
11/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/11
4.2.1.3 Pelindung mekanikal.
Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan
mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau
galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.
3
2
1
Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel .
4.2.2 Teras Kabel
Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam
Rajah 4.5.
1. Teras tunggal 2. Kabel 2 teras
3. Kabel 3 teras 4. Kabel teras berbilang.
Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
12/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/12
4.2.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel
Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa
syarat/peraturan perlu diambil kira:a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan
susutan voltan dalam had yang ditetapkan.
b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.
c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.
d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang
teruk
e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan
yang digunakan.
4.2.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel
a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling
b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan
c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki
d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi
e) Perbelanjaan yang dianggarkan
f) Rupabentuk
g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.
4.2.5 Kord Dan Kabel Boleh LenturIa merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan
halus.
Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual 4.5 adalah
perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur.
Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur
Kord boleh lentur Kabel boleh lentur
1. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir
bagi kord ialah 4.0 mm2 atau kurang
Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi
kabel ialah lebih 4.0 mm2
2. Disambung di antara siling ros dan
pemegang lampu anting-anting
Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih
besar
3. Disambungkan antara plug atau palam dan
alat-alat mudah alih
Disambungkan di antara palam dan alat-alat tetap
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
13/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/13
Nama kabel adalah bergantung kepada;
a) Perlindungan mekanikalnyab) Penebatan yang digunakan
c) Teras pengalir kabel tersebut
4.2.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur
1. Penebat PVC kembar selari
penebat pengalir
2. Penebat PVC kembar berpintal
3. Penebat PVC beranyam
iii ivi ii
i. pengalir
ii. salut PVCiii. anyaman benang
iv. salut PVC
Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
14/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/14
4.2.7 Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna
Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabel
FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA
Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam
Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB
JENIS VOLTAN
PVC INSULATED
-Single core
-Twin core
-Multicore
LV
LV
LV
PAPER INSULATED
-Single core
-Belted
-Screened
6.6kV, 11kV, 22kV,33kV
LV, 6.6kV, 11kV
22kV, 33kV
OIL FILLED
-3 Core self contained
-Single core self contained
22kV, 33kV, 132kV
132kV
XLPE
-Aerial cable
-Single core
-XLPE 3 core
11kV, 33kV{SAXKA)
11kV, 22kV,33kV,132kV
11kV
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
15/21
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
16/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/16
AKTIVITI 4B
4.6 Berikan takrifan istilah yang berikut :-
i. Kabel ii. Pengalir kabel
iii. penebat kabel iv. Pelindung mekanikal
4.7 Lakarkan dan labelkan rajah binaan kabel penebatan PVC.
4.8 Nyatakan DUA faktor utama yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan saiz
kabel.
4.9 Berikan TIGA sebab mengapa pengalir kabel biasanya diperbuat dari kuprum.
4.10Tukarkan saiz kabel 7/2.14mm dalam bentuk luas keratan rentas. Tunjukkan pengiraan
anda.
Semak jawapan andapada maklum balas di
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
17/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/17
MAKLUM BALAS 4B
4.6 i. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik
ii. Berfugsi membawa bekalan elektrik
iii. Penebat adalah bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arusmengalir keluar
iv. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan
mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya
44.7 2 3
1
1. pengalir
2. salut PVC
3. anyaman benang4. salut PVC
4.8 Faktor pemilihan saiz kabel
i. suhu/kepanasanii. tahap voltan
4.9 Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah,mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian(soldering)
4.10 d= 7 x 2.14mmA= d2 = (7 x 2.14)2 = 176.24 mm2
4 4
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
18/21
SELAMAT
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/18
Penilaian Kendiri
1. Takrifkan:-
i. litar pengguna
ii. litar akhir
iii. kabel
2. Lukiskan gambar rajah satu litar kawalan turutan serta nyatakan fungsi bagi setiap
komponen
dalam litar tersebut.
1. Berikan sebab-sebab berlakunya arus lebihan
2. Senaraikan kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi
3. Lukiskan binaan utama kabel serta nyatakan fungsi bagi setiap binaan tersebut.
4. Nyatakan 2(DUA) kegunaan kord boleh lentur.
5. Nyatakan 4 (EMPAT) faktor pemilihan jenis kabel.
Untuk mengukur prestasi, anda mestilah menjawab semua soalanpenilaian kendiri ini untuk dinilai oleh pensyarah anda
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
19/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/19
MAKLUM BALAS KENDIRI
1 ( i). Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban
penggunaii. litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada peralatan elektrik.iii. Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang
membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik
2.
1 2 3 4 5
1. fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan danmenghadkan
arus pengguna
2. meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadarbayaran tarif.
3 suis utama- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan4. pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat pelindung kepada kebocoran arus
kebumi dan sebagai pengasing litar.5. papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
3. Sebab-sebab arus lebihan berlaku ialah ;
i. lebihan arus beban yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan bebanlebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik
secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan)ii. litar pintas- berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini
menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan
mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.
kWj
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
20/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/20
4. Kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi;
Kebaikan Keburukan
1. Dapat mengelakkan terjadinya
arka dan bunyi yang kuat Paling mahal
2. Dapat mengawal arus yang tinggi Mengambil masa untuk menggantikan fius yang
baru
3. Kapasiti pemutusan yang tinggi Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapakfius yang tertentu
4. Mempunyai tanda pemutusan Sukar didapati
5. Komponen utama binaan sebuah kabel adalah seperti rajah
3
2
1
1. Pengalir/Teras
Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum
yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah,
mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian.
Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.
2. Penebat.Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar.
Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric,
vulcanised bitumen, PVC dan getah.
3. Pelindung mekanikal.
Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal
pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang
digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes steelwire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.
-
8/14/2019 Teknologi Elektrik 1 E1063 -Unit 4
21/21
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/21
6. Dua kegunaan kod boleh lentur ;
i. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting.ii. Disambungkan antara plugatau palam dan alat-alat mudah alih
7. Faktor pemilihan jenis kabeli. tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling
ii. jenis pendawaian/jenis beban yang digunakaniii. jangka masa ketahanan yang dikehendaki
iv. kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi
v. perbelanjaan yang dianggarkanvi. rupabentuk
vii. lampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.
BOLEHTERUSKAN KE
UNIT 5