e-proceeding of the global conference on technology in ... file(ditamsilkan bennabi kepada...

15
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net 157 PEMIKIRAN FALSAFAH KETAMADUNAN DALAM AL-ZAHIRAH AL-QUR’ANIYYAH KARYA MALIK BENNABI Khairiah Mohd Yassin Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM CAS, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah [email protected] ABSTRAK Al-Qur’an merupakan sumber teragung kepada manusia dan ketamadunannya yang bertindak sebagai penunjuk arah, pembimbing dan pemandu agar golongan berakal ini sentiasa berada di landasan yang setepatnya di sisi Allah Ta’ala. Keagungan al-Qur’an dizahirkan oleh ramai pengkaji dalam pelbagai lapangan khusus di bidang Pengajian al-Qur’an, al-Tafsir, Bahasa dan Kesusasteraan, Pemikiran Islam termasuk ilmu ketamadunan/peradaban. Dalam bidang ketamadunan, kupasan rinci tentang fenomena al-Qur’an telah dikupas oleh Malik Bennabi sekitar abad ke-20. Merujuk ketokohan Bennabi dalam bidang ketamadunan telah diakui sarjana dunia termasuk dari dunia Timur mahupun Barat. Untuk itu, berasaskan kaedah analisis tekstual khusus pada karya Bennabi al-Zahirah al-Qur’aniyyah i kajian ini dikemukakan bertujuan untuk memenuhi objektif berikut. Pertamanya, mengupas penggunaan istilah fenomena-al-zahirah dalam perbincangan mengenai konsep keagungan al-Qur’an. Keduanya, mengkaji elemen-elemen ketamadunan yang terdapat dalam karya unggul Bennabi tersebut. Akhirnya, dapatan daripada kajian ini menjelaskan bahawa fenomena keagamaan merupakan asas kepada fenomena al-Qur’an. Sebagai suatu fenomena, al-Qur’an menjadi suatu perlambangan kepada kekuatan dan kemuliaan masyarakat Islam yang progresif dan kondusif dalam ketamadunan sejagat. Kata Kunci: Pemikiran, Falsafah Ketamadunan, al-Zahirah al-Qur’aniyyah, Fenomena Keagamaan, Malik Bennabi Kertas Kerja ini akan dibentangkan di The 3rd World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2016) pada 28 & 29 November 2016 di Adya Hotel, Langkawi Kedah Malaysia. # Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Memfokuskan pengkajian terhadap pemikiran tokoh peradaban khususnya Malik Bennabi. Artikel berkenaan pemikiran Bennabi yang telah dihasilkan bertajuk “Institusi Kemasyarakatan Sebagai Katalis Keintelektualan Menurut Pemikiran Peradaban Malik Bennabi” (2015), serta “Faham Berukisme Malik Bennabi dan Perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara” (2016).

Upload: vuongcong

Post on 07-Apr-2019

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

157

PEMIKIRAN FALSAFAH KETAMADUNAN DALAM

AL-ZAHIRAH AL-QUR’ANIYYAH KARYA MALIK BENNABI

Khairiah Mohd Yassin

Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah

UUM CAS, Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, Kedah

[email protected]

ABSTRAK

Al-Qur’an merupakan sumber teragung kepada manusia dan ketamadunannya yang bertindak

sebagai penunjuk arah, pembimbing dan pemandu agar golongan berakal ini sentiasa berada di

landasan yang setepatnya di sisi Allah Ta’ala. Keagungan al-Qur’an dizahirkan oleh ramai pengkaji

dalam pelbagai lapangan khusus di bidang Pengajian al-Qur’an, al-Tafsir, Bahasa dan

Kesusasteraan, Pemikiran Islam termasuk ilmu ketamadunan/peradaban. Dalam bidang

ketamadunan, kupasan rinci tentang fenomena al-Qur’an telah dikupas oleh Malik Bennabi sekitar

abad ke-20. Merujuk ketokohan Bennabi dalam bidang ketamadunan telah diakui sarjana dunia

termasuk dari dunia Timur mahupun Barat. Untuk itu, berasaskan kaedah analisis tekstual khusus

pada karya Bennabi – al-Zahirah al-Qur’aniyyahi – kajian ini dikemukakan bertujuan untuk

memenuhi objektif berikut. Pertamanya, mengupas penggunaan istilah fenomena-al-zahirah dalam

perbincangan mengenai konsep keagungan al-Qur’an. Keduanya, mengkaji elemen-elemen

ketamadunan yang terdapat dalam karya unggul Bennabi tersebut. Akhirnya, dapatan daripada

kajian ini menjelaskan bahawa fenomena keagamaan merupakan asas kepada fenomena al-Qur’an.

Sebagai suatu fenomena, al-Qur’an menjadi suatu perlambangan kepada kekuatan dan kemuliaan

masyarakat Islam yang progresif dan kondusif dalam ketamadunan sejagat.

Kata Kunci: Pemikiran, Falsafah Ketamadunan, al-Zahirah al-Qur’aniyyah, Fenomena Keagamaan,

Malik Bennabi

Kertas Kerja ini akan dibentangkan di The 3rd World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2016)

pada 28 & 29 November 2016 di Adya Hotel, Langkawi Kedah Malaysia.

# Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Memfokuskan pengkajian terhadap pemikiran tokoh peradaban khususnya Malik Bennabi. Artikel berkenaan

pemikiran Bennabi yang telah dihasilkan bertajuk “Institusi Kemasyarakatan Sebagai Katalis Keintelektualan

Menurut Pemikiran Peradaban Malik Bennabi” (2015), serta “Faham Berukisme Malik Bennabi dan

Perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara” (2016).

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

158

Pra-Wacana

Secara asasnya, karya Bennabi al-Zahirah al-Qur’aniyyah ini membincangkan isu fenomena dalam

pelbagai aspek dengan tema utamanya ialah al-Qur’an. Penekanan khusus ialah berkenaan setiap

proses membabitkan al-Qur’an bermula daripada aspek penurunannya, pewahyuannya (melalui

perantaraan Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.), penyebarannya (kepada umat manusia –

umat Nabi Muhammad s.a.w.), serta pentafsirannya (dalam memahami sesuatu ayat yang

diwahyukan).

Bennabi menulis karya tersebut berasaskan dua objektif, iaitu “memberi peluang kepada golongan

muda Islam untuk memikirkan agamanya secara serius”, serta “mencadangkan pembaharuan yang

sesuai mengikut semangat dan kaedah pentafsiran klasik al-Qur’an” (Bennabi 1984, 53-54; Bennabi

2009, 1). Bennabi berpandangan demikian kerana menyedari bahawa masyarakat Islam sudah mula

mengambil dan mencedok pemikiran berbentuk kebudayaan Barat dan diamalkan dalam kehidupan

(ditamsilkan Bennabi kepada masyarakat Islam di Mesir yang melalui kebangkitan ‘Arab Spring’)ii.

Keadaan ini semakin membarah apabila fahaman orientalisme menular ke dalam kehidupan

intelektual masyarakat di negara-negara Islam (Ibrahim M. Zein 2008, 189). Masalah-masalah

tersebut merupakan pemangkin kepada Bennabi untuk terus menulis, dan dalam konteks ini berfokus

kepada fenomena al-Qur’an.

Usaha murni Bennabi dalam menerokai permasalahan masyarakat Islam, serta mengemukakan

beberapa kaedah penyelesaian terhadap permasalahan tersebut begitu mengkagumkan. Justeru dalam

usaha menghargai sumbangan keintelektualan Bennabi ini, kajian ini diketengahkan dengan dua

objektif berikut: pertama, menghuraikan konsep fenomena iaitu ungkapan yang digunakan apabila

membahaskan tentang agama dan al-Qur’an; dan keduanya ialah menganalisis elemen-elemen

ketamadunan yang terkandung dalam karya unggulnya al-Zahirah al-Qur’aniyyah. Kajian ini

berpandangan bahawa tulisan Bennabi ini realistik untuk dikaji kerana kesungguhan beliau mengupas

dan membahaskan secara ilmiah mengenai fenomena agama dan al-Qur’an daripada persepktif

seorang sarjana peradaban.

Selanjutnya, kajian ini merupakan sebuah kajian kepustakaan dengan menggunakan metode analisis

tekstual sepenuhnya. Al-Zahirah al-Qur’aniyyah merupakan karya utama yang digunakan sebagai

asas analisis deskriptif khasnya dalam meneliti pemikiran berbentuk falsafah ketamadunan. Analisis

turut dimantapkan dengan karya-karya Bennabi lainnya seperti Shurut al-Nahdah, The Question of

Ideas In The Muslim World dan The Origin of Human Society.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

159

Wacana I:

Simbolisme Istilah ‘Fenomena’ Dalam Pembicaraan Tentang al-Qur’an

Sesungguhnya, al-Zahirah al-Qur’aniyyah merupakan karya istimewa Bennabi terkhas tentang al-

Qur’an serta fenomena yang melingkarinya. Namun timbul beberapa persoalan iaitu apakah makna

fenomena, dan kenapa Bennabi menggunakan ungkapan al-zahirah-fenomena apabila membicarakan

mengenai konsep al-Qur’an? Apabila meneliti istilah fenomena, secara literalnya bermakna “suatu

kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan”, dan “sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat

diberikan dan dijelaskan secara saintifik” (Kamus Dewan 2010, 409). Daripada makna tersebut

didapati bahawa terdapat dua elemen utama yang ditekankan berkenaan fenomena. Pertamanya ialah

elemen perhati atau renungan. Ini bermakna apabila sesuatu kenyataan atau kejadian berlaku, ia dapat

dilihat, direnung dan difikirkan oleh masyarakat sekeliling. Misalnya peristiwa penurunan wahyu al-

Qur’an kepada Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun penurunan wahyu tersebut tidak dapat dilihat

secara jelas dengan mata kasar manusia, tetapi masyarakat ketika itu khususnya para sahabat yang

beriman dapat melihat penurunan al-Qur’an tersebut dengan renungan mata hati mereka. Buktinya

para sahabat berkemampuan untuk membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Qur’an yang

dibaca oleh Baginda s.a.w., setiap kali diturunkan atau diwahyukan kepadanya. Setiap ayat suci

tersebut diperhatikan dan direnungi dengan sebaiknya melalui ketajaman akal serta kehalusan mata

hati mereka.

Elemen kedua ialah pembuktian secara saintifik terhadap sesuatu peristiwa. Misalnya peristiwa siang

dan malam yang ditempuhi setiap manusia dan makhluk yang berada di bumi. Ia merupakan suatu

fenomena alam yang dapat dibuktikan secara saintifik iaitu melalui kaedah observasi atau cerapan.

Cerapan merupakan kemahiran saintifik yang digunakan untuk memerhatikan fenomena alam seperti

bulan, bintang, matahari serta pergerakan yang berkaitan dengannya, dengan menggunakan peralatan

cerapan (Ros Maimunah et al. 2016, 165). Melalui kaedah cerapan tersebut, fenomena siang dan

malam (yang sentiasa berulang-ulang kejadiannya) dapat disaksikan dan difahami dengan sebaiknya

oleh manusia. Pemerhatian terhadap fenomena tersebut merupakan tuntutan-Nya, sepertimana firman-

Nya dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 yang bermaksud: “Sesungguhnya, pada segala kejadian langit

dan bumi, dan perkisaran di antara malam dan siang, adalah semuanya menjadi ayat tanda bagi orang-

orang yang mempunyai inti kehidupan”.

Jika merujuk kepada makna fenomena pada sisi pemikiran Bennabi pula telah ditamsilkannya sebagai

“suatu peristiwa yang berlaku secara berulang dalam keadaan yang sama (dan menerima) akibat yang

sama” (Bennabi 2009, 13). Fenomena turut ditegaskan Bennabi sebagai “apabila melihat sesuatu

peristiwa dari segi perlakuannya yang berulang” (Bennabi 2009, 14). Simboliknya, makna fenomena

Bennabi menekankan konsep berulang. Ia merujuk kepada sesuatu peristiwa yang berlaku berulang-

ulang kali sehingga menjadi suatu keadaan yang dianggap bermakna dan penting kepada manusia dan

masyarakat sekeliling. Dalam konteks fenomena al-Qur’an, ia dianggap sebagai mukjizat teragung

Nabi Muhammad s.a.w., dan diterima pakai oleh masyarakat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Kepercayaan tersebut terbentuk berasaskan keyakinan intelektual yang rasional. Asas keyakinan

tersebut sehingga kini berada di bawah kawalan teologi.

Selanjutnya, dikemukakan dua sebab utama penggunaan istilah fenomena dalam perbincangan tentang

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

160

konsep keagungan al-Qur’an, sebagaimana hujah Bennabi berikut:

a. “Sesuatu kejadian dalam Islam akan dikaitkan dengan fenomena keagamaan secara

umumnya”, kerana matlamat akhirnya ialah untuk “menempatkan Rasulullah s.a.w. sebagai

rangkaian terakhir dalam rantaian gerakan kenabian dan menempatkan ajaran al-Qur’an

sebagai kemuncak aliran pemikiran monoteistik” (Bennabi 2009, 7).

b. Pendekatan yang digunakan untuk kaedah pentafsiran al-Qur’an ialah dengan “memetik ayat

al-Qur’an dan mengkajinya daripada perspektif fenomena-logika iaitu suatu ciri yang

menunjukkan kebenaran Islam sebagai agama yang diwahyukan” (Bennabi 2009, 7).

Hujah pertama tersebut memperlihatkan bahawa sesuatu fenomena yang melibatkan keagamaan

umumnya perlu diketahui. Tujuannya agar dapat mengaitkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku

dalam Islam dengan agama-agama lain (seperti agama samawi-Yahudi dan Nasrani, serta agama

ciptaan-Hindu dan Buddha). Perkaitan tersebut ialah untuk menjelaskan kedudukan Nabi Muhammad

s.a.w. sebagai nabi terakhir dalam kitaran kenabian dan mengangkat kemukjizatan al-Qur’an sebagai

risalah agung dalam aliran pemikiran monoteistik iaitu ketauhidan kepada Tuhan Yang Satu-Allah

Ta’ala. Hujah Bennabi berikutnya menekankan suatu kaedah dalam mentafsir ayat-ayat al-Qur’an

dengan menelitinya daripada perspektif fenomena berbentuk logika. Maknanya, sesuatu ayat tersebut

ditafsirkan dengan menekankan elemen-elemen berasaskan pemahaman saintifik dan istilah. Ini

kerana kaedah pentafsiran berasaskan fenomena logika tersebut dapat menyerlahkan Islam sebagai

sebuah agama langit yang istimewa bahkan benar belaka segala ajarannya.

Wacana II:

Analisis Deskriptif Elemen-elemen Ketamadunan Dalam al-Zahirah al-Qur’aniyyah

Dalam usaha mengupas elemen-elemen ketamadunan yang terkandung dalam karya terpilih Bennabi –

al-Zahirah al-Qur’aniyyah, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada bahagian pertama dalam bab

kedua yang membicarakan mengenai ‘Fenomena Keagamaan’. Persoalannya, apakah perkaitan antara

fenomena al-Qur’an dengan agama? Apakah fenomena keagamaan yang dimaksudkan Bennabi?

Bagaimanakah keterkaitan yang ditonjolkan antara agama dengan tamadun?

Sebelum perbicaraan lanjut tentang fenomena al-Qur’an, Bennabi terlebih dahulu memaparkan

berkenaan fenomena keagamaan sebagai suatu proses awal kepada kewujudan tamadun dan

perkembangan dalam sejarah manusia sejagat. Beliau turut menegaskan bahawa fenomena al-Qur’an

yang membabitkan sejarah gerakan kenabian tidak boleh dipisahkan dengan agama langit secara

umum. Asasnya ialah sesuatu kejadian yang berlaku dalam Islam (seperti kenabian dan al-Qur’an)

berkait rapat dengan fenomena keagamaan secara umumnya (Bennabi 2009, 7). Agama ditonjolkan

oleh Bennabi terlebih dahulu bersandarkan peranannya (agama) sebagai tonggak utama kepada

pembentukan dan perkembangan sesebuah peradaban. Selain sebagai asas yang menjadi keinginan

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

161

semulajadi atau fitrah bagi manusia.

Seterusnya ialah menelusuri perkaitan antara fenomena keagamaan dengan ketamadunan manusia.

Ketamadunan ialah ‘keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi; negara dan penduduknya yang telah mencapai

taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi, budaya atau cara hidup orang-

orang tertentu; keadaan pemikiran yang halus’ (Kamus Dewan 2010, 1583). Tamadun dapat

diinterpretasikan sebagai kemajuan material, intelektual dan spiritual masyarakat dalam pelbagai

bidang kehidupan meliputi aspek seperti kesenian, kesusasteraan ekonomi, politik, sains dan

teknologi.

Selanjutnya daripada perspektif bidang keilmuan, ketamadunan/peradaban merupakan suatu bidang

ilmu yang membincangkan mengenai pembangunan dan perkembangan bangsa manusia merentasi

masa dan zaman. Cakupan perbincangan melewati pelbagai aspek seperti politik dan pemerintahan,

sistem ekonomi, sosial dan kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, adat resam dan kepercayaan.

Dalam konteks kepercayaan, masyarakat pelbagai tamadun memiliki kepercayaan dan pegangan yang

beragam.

Oleh itu, daripada analisis yang dilakukan didapati bahawa elemen-elemen ketamadunan yang

diperolehi dalam al-Zahirah al-Qur’aniyyah terkhas pada bab Fenomena Keagamaan ini

bertunjangkan tiga pertimbangan sepertimana huraian berikutnya.

Analisis Pertama: Sejarah Ketamadunan Manusia Berasaskan Elemen Keagamaan

Antara elemen ketamadunan yang terdapat pada awal bab kedua ini ialah perkaitan antara sejarah

manusia dengan pemikiran bertunjangkan keagamaan. Perkaitan tersebut diteliti berdasarkan

pernyataan utama Bennabi seperti,

1. “Jika kita meneroka kembali sejarah manusia, bermula dari zaman kemajuan tamadun dan

perubahan sosial pada zaman primitif, kita sering menemui pemikiran atau fahaman

keagamaan”(Bennabi 1984, 68; Bennabi 2009, 33).

Dalam konteks ini, zaman primitif dalam sejarah manusia menjadi fokus Bennabi. Namun, zaman

primitif tersebut tidak dijelaskan secara spesifik oleh beliau dari sudut ruang lingkup sejarah serta

karakteristiknya. Daripada pengamatan yang dilakukan, kajian ini berpendirian bahawa zaman

primitif daripada pernyataan Bennabi merujuk kepada tamadun awal manusia iaitu bermula dengan

tamadun Mesopotamia. Mesopotamia menjadi tamaduan terawal dalam catatan sejarah apabila

masyarakatnya memulakan kehidupan secara tinggal menetap di kawasan kota, serta sudah mencapai

tahap kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, sosial, politik dan kepercayaan

beragama (Brummett 2001, 13). Kepercayaan beragama dipelopori oleh masyarakat Sumeria sekitar

3500 S.M., apabila berlakunya penyembahan terhadap Tuhan-tuhan (antaranya ialah An, Enlil dan

Enki) yang diukir dalam rupa bentuk patung-patung berhala. Mereka turut membina rumah-rumah

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

162

peribadatan untuk melaksanakan penyembahahan terhadap tuhan-tuhan seperti upacara doa dan

sembahyang yang dijalankan setiap hari (Alan Millard 1991, 61).

Asas kepada idea keagamaan tersebut menyebabkan masyarakat Mesopotamia khasnya golongan

paderi dan pegawai keagamaan menulis teks-teks agama, epik dan mitos untuk disebarkan kepada

anggota masyarakat. Penulisan teks keagamaan tersebut merupakan suatu bukti bahawa masyarakat

awal tersebut memiliki kemahiran yang tinggi dalam sistem tulisan. Kemahiran tersebut merupakan

penanda aras kepada kemajuan tamadun serta penggerak kepada perubahan sosial masyarakat

Mesopotamia dalam sejarah ketamadunan sejagat.

2. Selanjutnya, Bennabi menjelaskan bahawa “penemuan arkeologi” seperti “penemuan bekas yang

digunakan sebagai pelita dan sisa peninggalan berkaitan pelbagai jenis amalan keagamaan masyarakat

purba” (Bennabi 1984, 68; Bennabi 2009, 33).

Pandangan tersebut secara asasnya merujuk kepada bahan-bahan artifak yang menjadi bukti kepada

kewujudan agama serta pemikiran berasaskan agama dalam kalangan masyarakat sejak tamadun awal.

‘Penemuan bekas yang digunakan sebagai pelita’ yang dimaksudkan Bennabi merupakan suatu

simbol kepada upacara keagamaan dalam banyak agama. Jika diteliti, penggunaan pelita untuk tujuan

keagamaan sudah digunakan oleh masyarakat beragama Hindu dan Kristian sejak tamadun awal

(Cooper 1996, 43). Masyarakat Hindu misalnya menggunakan pelita dalam perayaan utama mereka

iaitu Deepavali (secara simboliknya bermaksud pesta cahaya). Ini kerana simbol kepada cahaya

tersebut melambangkan kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan bagi penganutnya (Hammer 1991,

195).

Penemuan arkeologi terhadap bahan-bahan tinggalan seperti bekas-bekas pelita merupakan suatu

bukti bahawa manusia khususnya masyarakat purba sudah mempunyai amalan dan kepercayaan

mereka sendiri. Amalan tersebut ialah simbol penyembahan dan pengorbanan kepada suatu kuasa.

Kuasa tersebut bagi penganut terlibat merupakan suatu kuasa ghaib yang berkuasa mencipta dan

mengawal alam semesta termasuk pengawalannya dalam kalangan manusia.

3. Selain itu, Bennabi turut mendakwa bahawa “lahirnya sebuah tamadun adalah berkait rapat dengan

pengaruh tempat beribadah seperti Solomon (rumah peribadatan Sulaiman) dan Kaabah” (Bennabi

1984, 68; Bennabi 2009, 33).

Namun persoalannya, benarkah pendakwaan Bennabi tersebut. Kenapa beliau menyebut dua tempat

tersebut sebagai tempat berpengaruh kepada kelahiran tamadun manusia? Apabila meneliti tentang

rumah peribadatan Sulaiman, ia merujuk kepada rumah berhala khusus bagi penganut agama Yahudi

yang dibina di kawasan pergunungan Moriah, Baitulmaqdis. Kuil tersebut diberi nama Soloman’s

Temple kerana dibina oleh Raja Soloman (Nabi Sulaiman a.s.) iaitu seorang raja berbangsa Israel

sekitar tahun 970 S.M. (Simon Sebag Montefiore 2012, 31). Kuil tersebut dibina untuk tujuan

peribadatan dan penyembahan kepada Tuhan Yang Satu dikenali sebagai Yahweh (dalam kalangan

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

163

penganut Yahudi). Penganut Yahudi turut mempercayai bahawa Raja Soloman menggunakan

beberapa alatan khusus ketika beribadah di rumah peribadatan tersebut: (i) Tabut Perjanjian (Ark of

The Covenant), iaitu suatu tempat penyimpanan yang mengandungi kata-kata Tuhan berkenaan

penerimaan Nabi Musa a.s. di Bukit Sinai; (ii) menorah atau kandil emas iaitu sebuah alat yang

berfungsi sebagai penerang khususnya ketika para imam Israel beribadah; dan (iii) mezbahiii

pembakaran ukupaniv iaitu sejenis alat yang digunakan untuk membakar ukupan pada setiap waktu

pagi dan petang. (Adrie Noor & Andriansah 2015, 147).

Kaabah pula merupakan sebuah tempat peribadatan bagi seluruh umat Islam daripada pelbagai buah

negara, bangsa dan warna kulit. Kaabah dibina sekitar tahun 2130 S.M. oleh Nabi Ibrahim a.s.,

bersama isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. (yang ketika itu masih bayi). Apabila selesai

mendirikan Kaabah, Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia supaya

melaksanakan ibadah haji. Perintah tersebut berasaskan firman-Nya dalam Surah al-Hajj (22):27:

“Dan serulah kepada manusia supaya mengerjakan haji, pasti mereka datang kepadamu dengan

berjalan kaki, dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”. Seruan

tersebut merupakan simbolik kepada peribadatan haji orang Islam generasi demi generasi sehingga ke

akhir zaman. Seruan tersebut juga menyebabkan kesucian Kaabah begitu dititikberatkan dalam

kalangan masyarakat Islam. Ia bersandarkan peringatan Allah Ta’ala: “Dan Kami perintahkan Nabi

Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman); bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah dan Masjid al-Haram

dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf

(yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud”. (Terjemahan Surah al-Baqarah

(2): 125)

Memang benar pandangan Bennabi apabila beliau mengatakan bahawa Kaabah merupakan pusat

peribadatan yang mempengaruhi kelahiran tamadun khususnya tamadun Islam dan berperanan

sehingga ke hari. Hal ini ditandai oleh keistimewaan Kaabah sebagai tempat ibadat yang pertama

dibina (dan masih berkekalan sehingga ke hari ini), bertepatan dengan firman Allah Ta’ala dalam

Surah Ali ‘Imran ayat 96 yang bermaksud “Sesungguhnya, rumah pertama yang dibangunkan (tempat

beribadah) manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk

bagi semua manusia”.

Sekiranya dibandingkan dengan rumah peribadatan Solomon, tempat tersebut juga mula

berkembangnya tamadun khususnya dalam kalangan bangsa Yahudi. Tamadun tersebut merujuk

kepada tamadun Yahudi yang berkembang pesat semasa pemerintahan Raja Solomon (Nabi

Sulaiman). Namun rumah peribadatan tersebut tidak berkekalan lama sebagaimana Kaabah. Hal ini

ditandai oleh kemusnahan yang berlaku ke atas rumah peribadatan tersebut semasa penguasaan

tentera Babylon yang dipimpin oleh Nebuchadnezzar di wilayah Palestin. Selepas peristiwa

penguasaan Nebuchadnezzar tersebut, Hamka dalam Tafsir al-Azhar menginterpretasikan bahawa

“Negeri Bani Israil [Palestin] dimusnahkan dan Baitul Maqdis [Rumah Peribadatan Sulaiman-

Solomon’s Temple] yang didirikan Nabi Sulaiman itu diratakan dengan bumi (Hamka 1983, 22).

Kemusnahan kuil tersebut turut berkait rapat dengan sikap kesombongan dan keangkuhan bangsa

Yahudi sepertimana tercatat dalam gugusan ayat al-Qur’an:

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

164

“Dan telah Kami tentukan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu, sesungguhnya kamu

akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan kamu akan sombong dengan

kesombongan yang besar. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan

kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu

hamba-hamba Kami yang kuat dan gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka

menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu). Dan

sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku.

(Terjemahan Surah al-Isra’ (17): 4-5)

Secara rumusannya, kajian ini menegaskan bahawa agama memainkan peranan penting terhadap

perkembangan tamadun awal manusia. Ia berasaskan kepercayaan bahawa terdapat suatu kuasa yang

melebihi kekuasaan manusia dalam mencipta dan mentadbir alam seisinya. Kepercayaan tersebut

menjadi pegangan sejak daripada manusia awal lagi sehingga menerbitkan pelbagai jenis kepercayaan

dan agama. Kepelbagaian tersebut ialah suatu lambang kepada fenomena berasaskan keagamaan

dalam ruang lingkup bangsa manusia.

Analisis Kedua: Cetusan Kreativiti Penzahiran Terhadap Kepercayaan Beragama

Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa karya Bennabi ini turut menyentuh tentang elemen kesenian

iaitu antara falsafah ketamadunan yang utama. Kesenian merupakan simbol ketamadunan kerana

melambangkan keunggulan dan kemahiran sesebuah bangsa bertamadun. Unggul dan mahirnya

sesebuah bangsa apabila mereka dapat mentafsirkan imaginasi mereka melalui pelbagai bentuk

kesenian seperti ukiran, lukisan dan muzik. Ibnu Khaldun (2005) menyatakan bahawa seni ialah

simbol manusia bertamadun kerana dengan seni tercetusnya pelbagai ciptaan yang unik dan bernilai

tinggi. Justeru, dalam al-Zahirah al-Qur’aniyyah karangan Bennabi ini terdapat beberapa elemen

kesenian yang dapat dikemukakan bersandarkan pernyataan beliau seperti berikut.

1. “Daripada bentuk meja batu yang ringkas sehinggalah tempat ibadat yang tersergam, seni bina

berkembang seiring dengan pemikiran dan ajaran agama”. (Bennabi 1984, 68; Bennabi 2009, 33).

Pernyataan Bennabi di atas menggambarkan pembinaan tempat peribadatan bagi penganut agama

tertentu untuk melakukan peribadatan, penyembahan dan pengorbanan kepada Tuhan mereka. ‘Meja

batu yang ringkas’ boleh ditelusuri dalam rumah ibadat masyarakat purba seperti masyarakat Mesir

daripada tamadun Mesir purba. Ini kerana seni bina Mesir berasaskan keagamaan (Brummett et.al.

2001, 23). Menurut Arnold (2003), masyarakat Mesir purba membina tempat peribadatan mereka

bermula dengan pembinaan meja-meja batu dan patung-patung tuhan mereka. Meja batu dibina khas

untuk digunakan oleh ketua-ketua agama semasa melakukan upacara berdoa. Upacara berdoa tersebut

disempurnakan dengan upacara penyembahan terhadap patung-patung berhala yang dibina dalam

pelbagai bentuk dan ukiran berdasarkan kepercayaan masyarakat Mesir terbabit.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

165

Seterusnya, daripada perkembangan dan kemajuan masyarakat dunia secara umumnya menyebabkan

mereka mula membina tempat ibadat yang semakin kukuh, lengkap dan indah seni binanya. Misalnya

bagi penganut beragama Yahudi, rumah peribadatan mereka dikenali sebagai synagogue. Menurut

Levine (2005), synagogue berfungsi sebagai tempat untuk beribadat-bersembahyang, belajar dan

berhimpun-bersosial antara sesama penganut Yahudi. Reka bentuk synagogue sangat berbeza antara

satu tempat dengan tempat yang lain kerana disesuaikan dengan masyarakat dan keadaan

persekitarannya. Namun kebanyakan synagogue menekankan pembinaan bimah (meja yang

digunakan untuk membaca kitab Torah-kitab suci bagi penganut Yahudi), tabut perjanjian (ark of the

covenant) – peti berisi batu yang mengandungi perintah-perintah Tuhan, serta lampu dan kandil yang

sentiasa bercahaya menerangi rumah peribadatan tersebut.

Bagi penganut beragama Islam pula tempat ibadat mereka dikenali sebagai masjid. Masjid semasa

pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. dibuat daripada pelepah tamar yang digunakan sebagai atap

atau bumbung masjid, dan batang tamar yang dijadikan sebagai tiang masjid seperti Masjid Quba’ dan

Masjid Nabawi (Ahmad Zaki Abd Latif 2011, 126). Selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., institusi

masjid mengalami perubahan pesat apabila pembinaannya diubahsuai dan dicantikkan oleh para

pemerintah Islam sesuai dengan keadaan pada masa tersebut. Reka bentuk masjid semakin indah

tersergam dihiasi dengan motif-motif berunsurkan geometri dan arabes, serta huruf-huruf Arab.

Kawasan peribadatan tersebut turut didirikan bangunan-bangunan kemudahan awam seperti pusat

pendidikan, perpustakaan, rumah perawatan dan pemakaman orang Islam (M. A. J. Beg 1980, 59;

Manja Mohd Ludin & Ahmad Suhaimi 1995, 58-59).

Daripada penghuraian di atas menjelaskan bahawa setiap agama mempunyai rumah atau tempat

peribadatannya yang tersendiri. Pembinaan rumah suci bermula dengan seni bina yang ringkas dan

kemudian berkembang menjadi bangungan yang semakin kompleks dan beragam. Pembinaannya

dianggap unik kerana menggunakan imaginasi dan kreativiti masyarakat tertentu. Imaginasi dan

kreativiti yang dizahirkan melalui pembinaan tersebut merupakan suatu cetusan terhadap kepercayaan

dan pegangan agama anutan masing-masing. Keadaan ini menggambarkan fenomena agama dalam

pembangunan dan perkembangan ketamadunan manusia sejagat.

2. Seterusnya, beliau turut menyatakan bahawa “ukiran, mitologi dan ilmu ketuhanan adalah

penjelasan terhadap kepercayaan [beragama] tersebut” (Bennabi 2009, 33).

Asas fenomenalogi agama dalam konteks ini merujuk kepada seni ukiran dalam sesebuah bangunan

yang digunakan untuk beribadat. Seni ukiran tersebut ditonjolkan melalui pelbagai bentuk dan jenis

corak yang menghiasi sesebuah bangunan peribadatan. Bangunan seperti synagogue (khas untuk

penganut Yahudi) dan masjid (khas untuk penganut beragama Islam) mengandungi pelbagai bentuk

ukiran berdasarkan kepercayaan agama masing-masing.

Hal ini ditandai oleh kepercayaan beragama merupakan suatu dorongan kuat kepada seseorang

bersama anggota masyarakatnya untuk mengindahkan dan mencantikkan rumah peribadatan.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

166

Kehalusan seni ukiran yang dihasilkan di setiap ruangan rumah peribadatan bertujuan menonjolkan

keindahan dan kecantikan agama tersebut. Penganutnya akan berusaha untuk mengukir sesuatu yang

indah dan bernilai sebagai usaha menjadikan rumah peribadatan tersebut selesa dan tenang untuk

beribadah kepada Tuhan.

Misalnya, seni ukiran bagi penganut Yahudi menekankan elemen kesucian berasaskan kitab suci

mereka iaitu Torah. Elemen kesucian merujuk kepada elemen air dalam seni ukiran dan binaannya.

Simboliknya ialah air menjadi suatu keperluan yang meluas dalam kalangan bangsa Yahudi kerana ia

melambangkan undang-undang kesucian dan kebersihan. Selain itu, terdapat beberapa lambang yang

diukir iaitu segi tiga jalinan, singa Yahuda, serta ukiran berbentuk bunga-bungaan dan buah-buahan.

Ukiran-ukiran tersebut merupakan simbolik keunggulan orang Yahudi (Appelabaum 2012, 1). Walau

bagaimanapun, asas pembinaan synagogue ini tidak mempunyai reka bentuk atau lantai yang

seragam. Keadaan ini mendorong masyarakat Yahudi membina struktur rumah ibadat tersebut

mengikut keadaan dan keperluan di sekeliling mereka sendiri.

Manakala bagi penganut beragama Islam pula menekankan ukiran seperti hiasan arabes, pola

geometri, dan ornamen khat-khat kufi. Ukiran-ukiran tersebut dipenuhi dengan ayat-ayat suci al-

Qur’an seperti Basmalah dan kalimah-kalimah tawhid (Gülru 2005, 34). Ukiran ayat suci tersebut

menghiasi dinding, tiang, bumbung dan kubah masjid. Simboliknya ialah ayat-ayat yang diukir

tersebut merupakan perlambangan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala, serta bukti

ketundukan manusia terhadap ketawhidan Sang Pencipta. Selain itu, masjid turut dihiasi dengan

ukiran berbentuk motif-motif semulajadi seperti daun, bunga, akar, dahan, ranting dan sebagainya.

Simbolisme kepada ukiran sedemikian ialah suatu bukti wujud perpaduan yang harmoni antara rasa

dan fikiran manusia. Ukiran-ukiran tersebut turut memberikan kesan lain yang lebih mendalam, iaitu

rasa keindahan yang mendekatkan perikemanusiaan dengan rasa ketuhanan yang tinggi (Manja Mohd

Ludin & Ahmad Suhaimi 1995, 65).

Daripada penghuraian di atas dapat menjelaskan bahawa fenomenalogi agama turut berkait rapat

dengan seni ukiran dalam sesebuah rumah peribadatan. Seni ukiran tersebut ialah perlambangan

terhadap kepercayaan manusia terhadap agama anutan mereka. Kepercayaan tersebut menyebabkan

proses pembinaan dan pengukiran rumah peribadatan mereka mengikut citarasa, keperluan dan

kreaviti yang turut dihubungkan dengan alam persekitaran.

Apakah yang mendorong manusia mengukir? Pujangga Hamka (2009) ada menitipkan

bahawa kecenderungan manusia terhadap aktivit kesenian (seperti mengukir sesuatu yang indah dan

halus) merupakan suatu pembuktian terhadap kepercayaan bahawa Tuhan itu wujud. Kewujudan

Tuhan dapat dirasai melalui keindahan alam yang dapat dihayati dan dinikmati oleh mereka sebagai

makhluk bernama manusia. Penghayatan dan kenikmatan terhadap keindahan alam mendorong

manusia menginterpretasikannya melalui pembinaan dan pengukiran bangunan yang indah dan cantik

sebagai suatu simbolik kepada asas kepercayaan dan keagamaan mereka.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

167

Analisis Ketiga: Perlambangan Keistimewaan Masyarakat Bertamadun Berasaskan Sumber

dan Pengaruh Agama

Seterusnya, beberapa elemen ketamadunan turut ditemui daripada penyataan Bennabi di dalam karya

unggulnya ini. Elemen tersebut ialah agama sebagai suatu sumber ketamadunan, dan agama

berpengaruh kepada perkembangan masyarakat bertamadun. Sumber dan pengaruh berasaskan agama

menjadi suatu pemangkin kepada fenomena keagamaan masyarakat di setiap pelosok dunia.

Pertama, agama sebagai sumber ketamadunan sejagat. Sumber secara literalnya bermaksud asal,

mula, punca, atau asas dan sandaran (Kamus Dewan 2010, 1541). Sumber dalam konteks ini merujuk

kepada asas yang menjadi sandaran kepada manusia dalam membentuk kepercayaannya. Kepercayaan

tersebut dibentuk daripada asas agama. Daripada asas agama tersebut akan membangunkan sebuah

kelompok masyarakat yang bertamadun kerana memiliki asas kepercayaan agama yang kuat dan utuh.

Dalam konteks agama sebagai sumber, Bennabi (2009) menegaskan bahawa,

a. “[agama] menjadi sumber terutamanya dalam perdebatan politik di parlimen”.

b. Beliau menambah bahawa “Undang-undang negara moden sekarang pada dasarnya

berasaskan peraturan keagamaan”, serta turut menegaskan bahawa undang-undang sivil “juga

tidak lari daripada dasar dan asas keagamaan”.

Merujuk pada penyataan (a) di atas, Bennabi mentamsilkan bahawa agama ialah sumber kepada

bidang politik. Ia bertitik-tolak daripada penghujahan golongan ahli politik (termasuk di Malaysia)

yang menggunakan intipati agama untuk menguatkan hujahnya semasa perbahasan (isu-isu yang

dibangkitkan) di dewan parlimen. Penghujahan menggunakan intipati agama sangat digalakkan

khasnya dalam kalangan pemimpin Islam. Ia berasaskan tuntutan untuk mentaati, mencontohi dan

melaksanakan semua perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w., termasuk dalam konteks

politik dan pemerintahan.

Seterusnya, pada penyataan (b) bertumpu kepada bidang perundangan. Ini kerana agama ditegaskan

Bennabi sebagai sumber kepada sesebuah sistem perundangan. Negara moden yang dimaksudkan

Bennabi ialah Perancis. Undang-undang sivil pula merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil

Perancis. Daripada pengamatan yang dilakukan, didapati bahawa sistem perundangan Perancis

dikemukakan sebagai contoh oleh Bennabi kerana negara berkenaan pernah menjajah dan mentadbir

Algeria (negara kelahiran Bennabi), dan beliau sendiri turut merasai detik-detik penjajahan tersebut

semasa hayatnya.

Merujuk kepada Undang-undang Sivil Perancis, asas pembentukannya ialah bersumberkan

keagamaan. Sumber keagamaan tersebut bersandarkan perundangan Syariah Islam (Cairns 1995). Ini

dapat dibuktikan semasa pemerintahan Napolean Bonarparte apabila beliau telah merujuk kepada

sistem perundangan Islam (khasnya semasa pengembaraannya ke Mesir). Daripada rujukan tersebut,

beliau telah mengambil beberapa kod perundangan Islam dan mengubahsuaikannya menjadi sistem

perundangan Perancis mengikut kepentingannya yang tersendiri.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

168

Selanjutnya, apabila meneliti sistem politik dan perundangan Islam jelas bahawa prinsip

bersumberkan syariah diperkenalkan untuk memastikan bahawa hubungan sesama manusia dapat

dijalinkan secara adil dan saksama. Sumber bagi politik dan undang-undang Islam ialah wahyu yang

merangkumi kalam Allah dan sunnah Rasul-Nya. Walaupun terdapat kaedah ijma’ dan qias, namun

keabsahan kedua-dua kaedah tersebut tertakluk kepada perakuan wahyu Allah Ta’ala dan terikat

dengan ruh, prinsip dan falsafah perundangan Islam. Sumber tersebut merupakan kekuataan Islam dan

penganutnya dalam kehidupan bertamadun (Muhammad Fathi 1984).

Lantaran itu, sumber agama berfungsi sebagai suatu sandaran, panduan, pedoman dan rujukan kepada

manusia sejagat. Penggunaan sumber berasaskan agama digunapakai dalam pelbagai lapangan atau

bidang termasuk dalam bidang politik dan perundangan. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa

keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia terjamin.

Kedua, pengaruh agama simbolisme kemajuan masyarakat bertamadun. Apabila membicarakan

mengenai pengaruh agama ia berkait rapat dengan pandangan Bennabi berikut iaitu “pengaruhnya

[agama] berkembang ke seluruh dunia, menguasai segenap pusat pengajian dan makmal” (2009, 33).

Pengaruh asasnya bermakna suatu kuasa yang terbit daripada orang (atau benda) ke atas orang (atau

benda) lain (Kamus Dewan 2010, 1172). Dalam konteks pengaruh keagamaan difahami sebagai suatu

kuasa yang dapat memberi kesan atau mempengaruhi seseorang dan kehidupannya. Kesan atau

pengaruh tersebut ialah terhadap akal fikiran, tingkah laku dan emosi manusia dalam menjalani dan

mencorakkan kehidupannya sendiri.

Justeru, agama sebagai suatu doktrin turut mempengaruhi manusia dan kelompoknya dalam ruang

lingkup keilmuan. Pengaruh tersebut dapat ditelusuri melalui pendekatan dan pengamalan manusia

terhadap ilmu dan cabang-cabangnya. Bagi masyarakat Muslim misalnya, agama mempengaruhi

dirinya semasa proses pemerolehan dan pencarian sesuatu ilmu. Ia berasaskan tuntutan Islam terhadap

setiap penganutnya sama ada lelaki mahupun wanita supaya menuntut dan mencari ilmu pengetahuan

untuk persiapan dirinya terhadap kehidupan di dunia dan akhirat.

Dalam konteks ini, ramai cendekiawan Islam termasuk Syed Hussein al-Attas (2015) menyetujui

bahawa tuntutan agama terhadap pencarian ilmu bagi seseorang Muslim adalah sepanjang masa dan

seumur hidupnya. Tuntutan keagamaan tersebut menjadi pendorong untuknya memahami setiap

kejadian seperti penciptaan manusia dan fenomena alam: pertukaran siang malam, terbit dan

terbenamnya matahari, serta pergerakan cakerawala. Selanjutnya, Muzaffar Iqbal (2009) turut

menyatakan bahawa dorongan agama (terkhas kepada Islam) menjadi asas dan motivasi kepada

pencarian ilmu seperti di bilik-bilik kuliah, dewan seminar dan makmal. Selain mendorong kepada

pengamalan dan pengaplikasian ilmu yang diperolehi mereka ke dalam realiti kehidupan seharian

masing-masing.

Secara rangkumannya, asas fenomenalogi agama di sini berfokus kepada sumber dan pengaruhnya

kepada kehidupan masyarakat dan ketamadunannya. Sumber agama menjadi asas kepada

pembentukan dan pembangunan ketamadunan seperti dalam ruang lingkup politik dan sistem

perundangan. Pengaruh agama pula menjadi pemangkin kepada kemajuan masyarakat dan

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

169

ketamadunannya yang berfokus kepada nilai dan aspek keilmuannya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa fenomena (al-zahirah) merupakan suatu ungkapan

khas dan bermakna apabila membicarakan mengenai suatu peristiwa penting dalam ruang lingkup

manusia dan kemanusiaannya. Asasnya, fenomena ialah sesuatu peristiwa yang berlaku dengan

melalui proses perulangan tertentu, serta memberi atau meninggalkan kesan penting dan bermakna.

Ini kerana, proses perulangan dalam sesuatu fenomena sudah pasti memberi kesan mendalam kepada

golongan masyarakat yang melalui atau menempuhinya.

Justeru, Bennabi membincangkan tentang dua fenomena utama dalam sejarah ketamadunan iaitu

fenomena keagamaan dan kenabian (berfokus kepada risalah yang dibawa iaitu al-Qur’an).

Perbincangan awal ialah tentang fenomena keagamaan kerana agama dinilai sebagai fenomena asas

kepada pembentukan manusia dalam sejarah ketamadunannya. Simboliknya, agama ialah suatu sistem

kepercayaan yang terbentuk dalam kalangan manusia sejak pada zaman pra-sejarah lagi.

Kajian ini beranggapan bahawa kupasan fenomena keagamaan dalam al-Zahirah al-Qur’aniyyah

bersifat sangat matang serta mempunyai nilai intelektual tersendiri. Ini kerana Bennabi telah

memperlihatkan kematangan ideanya melalui olahan yang berfokus lagi rinci tentang elemen-elemen

ketamadunan yang terkandung dalam fenomena keagamaan sejagat. Nilai keintelektualannya pula

dibuktikan melalui garapan ilmiahnya yang konsisten serta tuntas khususnya tentang aspek

pensejarahan manusia sejak daripada awal kewujudannya sehingga ke tahap golongan yang

bertamadun.

Akhirnya, dapatan kajian ini menggagaskan bahawa agama dipersonafikasikan sebagai akar yang

menunjangi fenomena risalah kenabian. Akar tersebut akan membesar dan mengukuh apabila risalah

kenabian yang dibawa berpaksikan kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah Ta’ala. Berdasarkan catatan

sejarah, ketamadunan Islam membangun sebagai sebuah tamadun unggul kerana fenomena risalah

kenabian-al-Qur’an al-Karim. Risalah tersebut menjadi suatu fenomena unik kerana menjadi simbol

kekuatan dan kemuliaan kepada masyarakat Islam di seluruh pelusuk dunia. Selain turut menjadi

pemangkin kepada kecemerlangan umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan terkhas kepada

dunia keilmuan dan keintelektualan.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

170

Rujukan

Malik Bennabi. 1984. Al-Zahirah al-Qur’aniyyah. Abd Sabur al-Shahin (terj.). Bayrut: Dar al-Fikr.

_____________. 1987. Shurut al-Nahdah. Bayrut: Dar al-Fikr.

_____________. 2003. The Question of Ideas in the Muslim World. Kuala Lumpur: Islamic Book

Trust.

_____________. 2009. Fenomena al-Qur’an. Rosiyah Abd. Latif (terj.). Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia.

Adrie Noor Al-Fatia & Adriansah. 2015. Membongkar Misteri Tiga Masjid Suci: Kisah Sebenar

Masjidil Haram, Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa Yang Jarang Diketahui. Selangor: PTS

Millennia Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki Abd. Latif. 2011. Perbandaran di Timur Tengah Kesannya Terhadap Masyarakat Islam

Abad I-III Hijrah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Appelabaum, Diana Muir. 2012. “Jewish Identity and Egyptian Revival Architecture”, dalam Journal

of Jewish Identities, Issue 5, No. 2, July 2012, h. 1-25.

Arnold, Dieter. 2003. The Encyclopedia of Ancient Egyptian Architecture. Sabine H. Gardiner &

Helen Strudwick (terj.). Princeton University Press.

Beg, M. A. J. 1980. The Image of Islamic Civilization. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brummett, Palmira et.al. 2001. Civilization: Past and Present. New York: Addison-Weley

Educational Publishers Inc.

Cairns, Walter. 1995. Introduction to French Law. London: Cavendish.

Cooper, Jean C. 1996. Dictionary of Christianity. London: Taylor & Francis.

Hamka. 1983. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas.

______. 2009. Falsafah Ketuhanan. Shah Alam: Pustaka Dini Sdn. Bhd.

Hammer, Raymond. 1991. “Concepts of Hinduism”, dalam The World’s Religions. Oxford: Lion

Publishing.

Ibrahim M. Zein. 2008. “Joseph in the Torah and the Qur’an: An Assessment of Malik Bennabi’s

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

171

Narrative” dalam Intellectual Discourse, Vol. 16, No. 2, h. 187-208.

Levine, Lee. 2005. The Ancient Synagogue: The First Thounsand Years. Edisi Kedua. USA: Yale

University Press.

Manja Mohd Ludin & Ahmad Suhaimi Hj. Mohd Nor. 1995. Aspek-Aspek Kesenian Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Millard, Alan. 1991. “Cradle of Civilization: the Ancient Near East”, dalam The Wolrd’s Religions.

Oxford: Lion Publishing.

Montefiore, Simon Sebag. 2012. Jerusalem: The Biography. London: A Phoenix Paperback.

Muhammad Fathi ‘Uthman. 1984. Min Usul al-Fikr al-Siyasi al-Islami. Bayrut: Mu’asasah al-Risalah.

Muzaffar Iqbal. 2009. The Making of Islamic Science. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Ros Maimunah Haji Yahya Zikri, Ibnor Azli Ibrahim, Mohd Hafiz Safiai & Nur Fida’iy Salahuddin.

2016. Cerapan dan Kepentingannya dalam Aktiviti Astrofiqh. Prosiding Persidangan

Antarabangsa Falak di Dunia Islam. Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Hafiz Safiai (Ed.). Kajang:

Bandar Seri Putra.

Syed Hussein Alatas. 2015. Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

i Karya al-Zahirah al-Qur’aniyyah ini mengandungi 15 bab yang dipecahkan kepada tiga bahagian utama. Asal

karya tersebut dalam bahasa Perancis yang bertajuk Le Phenomenon Qur’anic telah siap ditulis oleh Bennabi

sekitar tahun 1947. Namun karya asal ini tidak dapat diperolehi oleh pengkaji kerana ketiadaan buku ini dalam

edisi Perancis di pasaran, dan sekiranya ada pengkaji masih belum mempunyai akses untuk memilikinya.

Justeru, karya yang ada dalam koleksi ialah karya terjemahan dalam bahasa Arab – al-Zahirah al-Qur’aniyyah

(terjemahan Abd. Sabur al-Sahin), bahasa Inggeris: The Phenomenon of al-Qur’an (diterjemahkan oleh

Mohamed El-Tahir El-Mesawi), dan bahasa Melayu: Fenomena al-Qur’an (penterjemahnya ialah Rosiyah Abd.

Latif).

ii Masalah masyarakat Islam tersebut bukan sahaja berlaku pada akhir abad ke-20 tetapi berterusan sehingga ke

hari ini.

iii

Mezbah (dikenali juga sebagai altar) bermakna sebuah meja yang digunakan untuk upacara keagamaan seperti

mempersembahkan korban, atau upacara jamuan suci di gereja. Lihat, Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 40.

iv Ukupan bermaksud barang-barang yang wangi seperti kemenyan, setanggi dan lain-lain untuk mengasapi

sesuatu seperti pakaian. Lihat, Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, h. 1759.