ekonomi ass

Upload: nurain-2012

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    1/28

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

    KAMPUS SULTAN MIZAN22200,BESUT

    TERENGGANU DARUL IMAN

    PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN (PPISMP)

    SEMESTER 2 (2009)

    PENGAJIAN SOSIAL II

    NAMA PELAJAR : 1) AINI HAYATI BT

    900813-02-5402

    2 ) NUR AIN FATMA BT ZAIB

    901220-11-5562

    UNIT : PPISMP (PENGAJIAN SOSIAL 2)

    NAMA M.P : EKONOMI MALAYSIA

    NAMA PENSYARAH : YM. HJ. TG MOHD AMRAN B. TG YUSOFF

    TARIKH HANTAR : 30 MAC 2009

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    2/28

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Nama penulis : 1) .................................................

    2) ...............................................................

    Tandatangan : 1) ...................................................................

    2) ...................................................................

    Tarikh : ...

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    3/28

    EKONOMI MALAYSIA

    JABATAN KAJIAN SOSIAL,INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,

    KAMPUS SULTAN MIZAN,22200,BESUT,

    TERENGGANU DARUL IMAN. ii

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    4/28

    Assalamualaikum w.b.t

    Terlebih dahulu,saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat

    Illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Sebelum

    memulakan bicara,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima

    kasih kepada pensyarah saya iaitu Ym. Hj. Tg Mohd Amran B. Tg. Mohd Yusoff

    yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Beliau telah

    menerangkan dengan teliti bagaimana untuk menghasilkan tugasan yang baik

    dan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan tugasab yang

    berkualiti.

    Seterusnya,terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang

    banyak membantu saya dari segi kewangan dan menyediakan kemudahan yang

    diperlukan oleh saya.Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya

    agar tidak mudah putus asa dalam menyiapkan tugasan ini.

    Akhir sekali,tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawan-kawan yang

    banyak memberikan idea-idea yang bernas dan memberi tunjuk ajar kepada

    saya. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang membantu saya sama ada

    secara langsung atau tidak langsung.Segala budi baik kawan-kawan semua

    akan saya kenang seumur hidup saya.InsyaAllah.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    5/28

    Walaupun Malaysia semakin menuju kepada negara industri,sektor

    pertanian masih merupakan sektor yang penting kepada ekonomi Malaysia.

    Sumbangan sektor ini semakin berkurangan,tetapi ia masih merupakan satu-

    satunya sektor yang menyumbangkan bahagian yang besar.

    Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK berkurang daripada

    31.5% pada tahun 1965 kepada 30.8% pada tahun 1970,27.7% pada tahun 1975

    dan terus turun kepada 22.9% pada tahun 1980. Pada tahun 1985 dan

    1990,sumbangan sektor pertanian kepada KDNK merosot kepada 20.8% dan

    18.7% dan terus berkurang kepada 8.7% pada tahun 2000 dan dijangka berada

    pada 7% menjelang tahun 2005. Antara tahun 1971-1975,sektor pertanian

    mengalami pertumbuhan purata yang agak tinggi iaitu 5.7%,tetapi kadar ini

    menurun kepada 3.2% pada tahun 1981-85,5.2% pada tahun 1986-90 dan 1.5%

    pada tahun 2001-2003.

    Kemerosotan sumbangan ini disebabkan oleh kejatuhan relatif

    bahagian eksport barangan pertanian termasuk getah,koko,hasil kayu dan

    kelapa sawit berbanding dengan bahagian eksport barangan perkilangan.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    6/28

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    7/28

    DASAR PERTANIAN NEGARA:

    Dasar Pertanian Negara Sebelum Tahun 1984

    Pada tahun 1984,Malaysia mengumumkan Dasar Pertanian

    Negara (DPN) buat kali pertama sejak mencapai kemerdekaan pada tahuan

    1957,iaitu selepas 27 tahun merdeka.

    Dasar pertanian ialah sesuatu jalan tindakan yang berencana

    atau terancang (bukan mendadak) yang dituju kepada sektor pertanian bagi

    mempengaruhi perkembangannya supaya mencapai sesuatu keadaan yang

    dikehendakinya (matlamatnya).

    Jika dilihat kepada empat Rancangan Malaysia daripada

    Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia Keempat,semua

    rancangan pembangunan pertanian adalah berencana contohnya dasar

    pembukaan tanah oleh FELDA mempunyai objektif dan strategi tertentu.

    Matlamatnya antara lain ialah untuk memberi tanah kepada golongan yang tidak

    bertanah supaya mereka tidak akan terus miskin di tanah air sendiri. Dasar

    pengairan sawah padi pula mempunyai matlamat untuk membekalkan beras

    kepada rakyat sambil meningkatkan pendapatan penanam padi yang

    kebanyakannya miskin. Untuk mencapai matlamat tersebut,kerajaan telah

    merancang untuk membina sistem pengairan yang menelan belanja ratusan juta

    ringgit. Sebahagian besarnya dipinjam dari luar negara,khususnya Bank Dunia.

    Dasar terhadap pekebun kecil getah pula mempunyai matlamat

    yang sama,iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan mereka. Ini dibuat

    melalui strategi penanaman semula getah tua yang berhasil rendah dengan klon-

    klon yang berhasil tinggi,hasil daripada penyelidikan RRIM.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    8/28

    Ringkasnya Malaysia mempunyai dasar pertanian sebelum

    tahun 1984 lagi,cuma ia tidak terkumpul dalam sebuah dokumen besar. Dasar itu

    termaktub dalam buku-buku Rancangan Malaysia sejak tertubuh Malaysia dan

    juga dalam Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua dahulu.

    Malaysia mempunyai matlamat tertentu dalam setiap aktivitinya. Oleh

    itu,pembangunan pertanian juga ada strateginya. Misalnya pembukaan tanah

    mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan,pengairan untuk mencapai

    kecukupan beras sebagai makanan strategik,bantuan tanam semula untuk

    mengekal kedudukan negara di pasaran antarabangsa dan lain-lain.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    9/28

    OBJEKTIF DASAR PERTANIAN NEGARA

    Objektif dasar pertanian ialah untuk memaksimunkan pendapatan

    sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap

    dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan negara

    dapat dipergiatkan semula.

    Selain itu,objektif dasar pertanian negara juga ialah untuk

    memaksimunkan pendapatan pengusaha atau pekebun kecil melalui

    peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan di negara kita dapat

    dikurangkan dan kualiti hidup keluarga dapat diperbaiki.

    Akhir sekali,objektif dasar negara juga ialah untuk memajukan dan

    meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi besar untuk

    eksport atau bahan gantian import dan komoditi terpilih untuk bahan makanan

    dan perindustrian

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    10/28

    KDNK MENGIKUT SEKTOR:

    1990 1991

    PERTANIAN 18.7KEKURA 17.3

    PERLOMBONGAN 9.8 9.4

    PERKILANGAN 26.9 28.7

    PEMBINAAN 3.6 3.8

    PERKHIDMATAN 42.4 42.6

    SUMBER : LAPORAN EKONOMI 1991 /1992

    PERKKKKKKKKKKKK TENAGA KERJA

    KEKKKKKKKKKKKKKKKKKJHDHDHKL

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    11/28

    DASAR PEMBANGUNAN PERTANIAN

    Dasar Zaman Penjajah:

    Sektor pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia.

    Semenjak zaman penjajahan hingga sekarang,pendapatan daripada eksport

    barangan pertanian menjadi sumber penting pendapatan negara dan menjadi

    asas kepada pembentukan modal bagi pertumbuhan ekonomi dan sektor-sektor

    bukan pertanian. Walau bagaimanapun,sektor ini juga menghadapi masalah

    kemiskinan yang berterusan,agihan yang tidak seimbang di antara sektor dan

    berbagai-bagai masalah yang berkaitan seperti daya pengeluaran yang

    rendah,guna tenaga tidak penuh,pengangguran dan masalah sosioekonomi yang

    lain.

    Oleh itu,pembangunan sektor pertanian merupakan satu alat yang

    berkesan untuk memecahkan putaran kemiskinan dan memperbaiki status

    sosioekonomi desa,pertumbuhan sektor pertanian dan ekonomi negara.

    Semenjak mencapai kemerdekaan,pertumbuhan dan pembangunan sektorpertanian telah menjadi tanggungjawab kerajaan. Ini diperlihatkan melalui

    berbagai-bagai dasar pembangunan pertanian dan desa yang digubal dan

    peruntukan yang besar untuk sektor-sektor ini dalam rancangan-rancangan

    pembangunan lima tahun.

    Zaman penjajahan British memperlihatkan kurangnya perancangan

    dan pembangunan pertanian. Aktiviti pertanian terhad kepada pengeluaran beras

    dan bahan-bahan makanan yang lain serta menangkap ikan,terutama untuk

    keperluan cukup hidup. Kemudian kerajaan kolonial memperkenalkan beberapa

    tanaman seperti getah,kelapa sawit,lada hitam,tebu,dan sebagainya.

    Sesetengah tanaman yang diperkenalkan tidak menunjukkan perkembangan

    yang baik kerana pasaran yang kurang menggalakkan dan serangan penyakit.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    12/28

    Walau bagaimanapun,getah masih menduduki tempat utama kesan daripada

    pertambahan permintaan dunia dan perkembangan industri motor. Selain

    itu,sistem cara milik tanah yang ada pada masa itu membolehkan golongan

    penjajah membuka ladang-ladang yang luas secara bergeran atau pajakan.

    Sikap kerajaan penjajah yang lebih menekankan pertanian ladang

    atau tanaman wang untuk eksport,mengakibatkan pengeluaran bahan makanan

    kurang ditekankan. Pembangunan tanah-tanah baru untuk pertanian pada

    zaman selepas perang juga lembap. Pendudukan Jepun menyulitkan lagi

    masalah kekurangan bahan makanan. Keadaan darurat selepasnya juga

    membantutkan pembangunan pertanian. Peristiwa-peristiwa ini dan masalah

    kekurangan makanan yang berikutan menunjukkan betapa perlunya peningkatan

    dalam pengeluaran bahan makanan. Dasar mampu diri dalam pengeluaran

    bahan makanan terutama beras diwujudkan pada tahun 1947 dan sejak itu

    menjadi asas kepada perluasan kawasan dan peningkatan dalam pengeluaran

    padi dan beras.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    13/28

    Dasar selepas merdeka:

    Selepas merdeka pada tahun 1957,perancangan dan pembangunan

    pertanian mula ditekankan semula. Tahun-tahun 1960-an adalah masa bagi

    pembinaan semula daripada kesan-kesan penjajahan dan peperangan. Oleh itu,

    sebahagian besar daripada pelaburan dan peruntukan pembangunan pertanian

    ketika itu dikhaskan untuk pembinaan infrastruktur ekonomi dan sosial seperti

    pembinaan jalan raya,parit,dan tali air,masjid,balai raya,pusat-pusat kesihatan

    desa,pembekalan elektrik,air dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

    Rancangan penanaman semula getah juga dipergiatkan lagi kerana

    pada masa itu lebih 2/3 daripada pokok-pokok getah telah melebihi umur 25

    tahun. Rancangan pemulihan dan penanaman semula getah juga diperkenalkan

    untuk menambah pendapatan pekebun-pekebun kecil.

    Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada

    tahun 1956 merupakan langkah penting dalam pembangunan sektor pertanian.

    Dalam tempoh lima tahun pertama perlaksanaannya,FELDA telahmembangunkan 22 skim yang meliputi 30000 ekar tanaman getah dan kelapa

    sawit. Rancangan pembukaan tanah FELDA seterusnya menjadi asas kepada

    pembangunan sosioekonomi pekebun-pekebun kecil dan petani yang tidak

    bertanah.

    Bagi mendapat gambaran yang jelas tentang dasar-dasar

    pembangunan pertanian,rancangan-rancangan pertanian telah dijalankan sejak

    merdeka antaranya ialah Rancangan Malaya Pertama (1956-60),Rancangan

    Malaya Kedua (1961-65),Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) dan

    Rancangan Malaysia Kedua (1971-75),Rancangan Malaysia Ketiga (1976-

    80),Rancangan Malaysia Keempat (1981-85),Rancangan Malaysia Kelima

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    14/28

    (1986-90),Rancangan Malaysia Keenam (1991-95),Rancangan Malaysia Ketujuh

    (1996-2000),Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

    Pada amnya,terdapat beberapa persamaan dari segi matlamat

    rancangan-rancangan pembangunan tersebut. Matlamat-matlamat ini

    kebanyakannya merupakan matlamat umum pembangunan sosioekonomi yang

    meliputi matlamat pertumbuhan,guna tenaga,pendapatan,daya

    pengeluaran,kebajikan sosial dan keharmonian kaum. Penekanan yang lebih

    diberi kepada satu-satu aspek matlamat tersebut misalnya selepas peristiwa

    pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969,Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) lebih

    menekankan kepada penyusunan semula aktiviti ekonomi mengikut kaum dan

    perlunya memperbaiki ketidaksetaraan pendapatan antara kaum.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    15/28

    Dasar Pelbagaian Ekonomi :

    Dasar mempelbagaikan ekonomi pada asasnya melibatkan

    kepelbagaian tanaman,iaitu dengan meluaskan asas pengeluaran ebgi sektor

    pertanian. Ini melibatkan pengeluaran tanaman baru,meluaskan kawasan bagi

    tanaman yang sedia ada dan tanaman baru, serta mewujudkan aktiviti-aktiviti

    mendatar dan menegak yang berkaitan dengan tanaman-tanaman tersebut.

    Dasar ini juga melibatkan program-program pembangunan institusi,perubahan

    teknologi dan pemodenan sektor pekebun dan petani kecil tradisi.

    Matlamat akhirnya ialah untuk meninggikan daya pengeluaran,pendapatan dan memperbaiki kualiti hidup masyarakat desa. Satu daripada

    dasar untuk menambah guna tenaga,daya pengeluaran dan pendapatan

    penduduk pertanian dan desa ialah melalui pengalakkan industri desa atau

    industri kecil kampung. Asal-usul ini boleh disusurgalurkan daripada penubuhan

    RIDA ( Rural Industry Development Authority) yang kemudiannya ditukar menjadi

    MARA. Matlamat ini telah banyak bertukar tetapi matlamat asal penubuhan ialah

    untuk memperbaiki status sosioekonomi penduduk pertanian dan desa melalui

    pelbagai program industri kecil atau aktiviti bukan pertanian di desa dan

    seterusnya untuk menyediakan latihan dan kemahiran di kalangan pelajar

    bumiputera untuk memasuki pekerjaan dalam bidang industri. Dasar ini menjadi

    asas kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1970

    untuk meningkatkan penyertaan golongan bumiputera dalam aktiviti-aktiviti

    perdagangan,perindustrian dan perbandaran.

    Tujuan dasar-dasar pembangunan pertanian ialah untuk memenuhi

    matlamat membantu dan meninggikan pendapatan petani dan pekebun kecil

    seperti getah,kelapa sawit,nanas,padi dan nelayan serta penduduk desa amnya.

    Program-program seperti pembekalan infrastruktur dan perkhidmatan ekonomi

    dan sosial dan, pembukaan tanah oleh FELDA,penanaman semula getah,kelapa

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    16/28

    dan nanas,pemberian subsidi input dan sokongan harga,program

    pengairan,industri desa dan sebagainya bertujuan untuk memenuhi matlamat

    tersebut. Program-program ini terangkum di dalam beberapa dasar besar seperti

    dasar mampu diri,dasar mempelbagaikan ekonomi, dasar industri desa, dasar

    sokongan harga dan dasar struktur yang melibatkan pembukaan tanah dan

    perpindahan penduduk desa ke bandar.

    Dasar-dasar ini tidak banyak berubah,Cuma penekanan tertentu

    diberikan kepada beberapa dasar pada jangka masa tertentu. Misalnya RM1

    (1966-70) masih menekankan matlamat-matlamat pembangunan yang hampir

    sama iaitu, menambah pengeluaran dan guna tenaga sektor pertanian dengan

    menambahkan keluasan tanah, menambah pengeluaran per hektar dan

    pendapatan melalui peningkatan daya pengeluaran, mewujudkan perusahaan

    yang berasaskan pertanian, memperluaskan asas sektor pertanian supaya tidak

    bergantung kepada beberapa barang utama sahaja.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    17/28

    Dasar Ekonomi Baru :

    RMK2 (1971-75) menekankan matlamat-matlamat pembangunan

    pertanian berikut dalam kerangka DEB iaitu menambah peluang-peluang

    pekerjaan dengan cara menambahkan penggunaan sumber pengeluaran seperti

    tanah,air dan perhutanan. Menambahkan pendapatan petani dengan

    menggunakan alat-alat pertanian moden dan membesarkan saiz pengusahaan

    ke peringkat yang lebih ekonomi. Memperbanyakkan jenis dan kuantiti serta

    memperbaiki mutu keluaran pertanian terutamanya bagi makanan,tanaman

    wang dan ternakan.Memperkukuh institusi-institusi seperti persatuan peladang

    dengan memberi peluang kepada penduduk desa untuk mengambil bahagian

    yang lebih cergas dalam kehidupan ekonomi dan sosial negara. Membasmi

    kemiskinan dan menghapuskan pengenalan ekonomi yang berdasarkan kaum-

    kaum tertentu.

    RMK2 juga menekankan tentang keperluan membasmi kemiskinan dan

    memperbaiki agihan pendapatan di antara desa bandar dan di antara kaum.

    Keperluan ini begitu dirasai selepas tercetusnya peristiwa pergaduhan kaum

    pada 13 Mei 1969 akibat ketidaksetaraan agihan pendapatan antara kaum danantara sektor. Terdapat anggapan bahawa dasar-dasar pembangunan yang

    lepas lebih menumpukan kepada pertumbuhan output dan bukan untuk

    membasmi kemiskinan dan memperbaiki agihan pendapatan.

    Pertumbuhan ekonomi,output dan guna tenaga dicapai dengan

    mengorbankan matlamat membasmi kemiskinan dan memperbaiki agihan

    pendapatan. Pada tahun 1970,peratus kemiskinan dalam sektor pertanian ialah

    68% dan 74% daripada isi rumah miskin yang terdapat dalam sektor pertanian.

    Dasar-dasar pertanian dan pembangunan desa yang dilancarkan dalam rangka

    DEB menekankan aspek-aspek pembasmian kemiskinan dan memperbaiki

    agihan pendapatan. Dasar-dasar membasmi kemiskinan lebih memberatkan

    kepada pembangunan pertanian. Sebahagian besar daripada program-program

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    18/28

    pembasmian kemiskinan dalam sektor pertanian merupakan penerusan daripada

    dasar-dasar yang lepas seperti rancangan pengairan bagi penanaman

    padi,pembukaan tanah untuk petani yang tidak bertanah,bantuan bagi

    penanaman semula dan pemberian subsidi input dan subsidi harga.

    Matlamat kedua daripada DEB ialah menyusun semula masyarakat.

    Strategi ini melibatkan peningkatan penyertaan bumiputera dalam aktiviti-aktivit

    perindustrian,perdagangan dan pembandaran. Penekanan kepada strategi ini

    menimbulkan beberapa kesan kepada sektor pertanian atau desa. Kesan

    pertama yang penting ialah meningkatkan penghijrahan penduduk desa ke

    bandar terutama ke negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor

    yang menjalankan aktiviti perindustrian,perdagangan dan pembandaran dengan

    pesat.

    Fenomena ini perlu dilihat secara positif,iaitu dengan membebaskan

    lebih banyak buruh pertanian yang berada dalam keadaan pengangguran dan

    guna tenaga tidak penuh. Dengan ini nisbah tenaga buruh dapat diperbaiki dan

    seterusnya meningkatkan daya pengeluaran buruh dan tanah. Selain itu,sumber

    pertanian seperti tanah perlu dibebaskan untuk diagihkan semula kepada petaniyang betul-betul ingin mengerjakan tanah. Proses ini akan berakhir dengan saiz

    dan bahagian penduduk pertanian yang lebih kecil dan peningkatan dalam daya

    pengeluaran dan pendapatan petani.

    Dalam jangka masa RMK3 (1976-80) dan RMK4 (1981-85) matlamat-

    matlamat membasmi kemiskinan dan memperbaiki ketidaksetaraan agihan

    pendapatan mendapat penekanan yang lebih. Ini merupakan penerusan

    daripada matlamat-matlamat DEB. Matlamat-matlamat tersebut ialah

    mengurangkan kadar kemiskinan di desa terutama di kalangan penanam padi,

    pekebun kecil getah,kelapa,kelapa sawit,nelayan,pekerja-pekerja estet,penduduk

    kampung-kampung baru dan buruh-buruh pertanian. Menambah penyertaan

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    19/28

    bumiputera dalam guna tenaga dan pengurusan sektor-sektor moden bukan

    pertanian serta menambah penyertaan kaum lain dalam sektor pertanian.

    Penerusan dalam program-program membasmi kemiskinan telah

    menyebabkan kadar kemiskinan dalam sektor pertanian berkurang daripada

    68% pada tahun 1970 kepada 46% pada tahun 1980 dan peratus keluarga

    miskin berkurang daripada 74% kepada 67% dalam jangka masa yang sama. Di

    antara tahun 1971-80 program-program membasmi kemiskinan dilaksanakan

    termasuk pembekalan input-input moden dan kemudahan kepada kawasan-

    kawasan pertanian yang ada,penarikan isi rumah miskin ke sektor-sektor moden

    dan sektor-sektor lain melalui penyediaan peluang-peluang guna tenaga yang

    produktif.

    Dalam tempoh pelaksanaan RMK3 dan RMK4 kita lihat peranan dan

    sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan negara semakin menurun.

    Misalnya,kadar pertumbuhan sektor pertanian dijangka berkembang dengan

    kadar 3% setahun dalam tempoh masa RMK4,berbanding 4.3% pada 10 tahun

    yang lepas. Pembangunan sektor pertanian pada tahun 1981-85 adalah

    didasarkan kepada matlamat meningkatkan pengeluaran bahan makanan untukmemenuhi kehendak penduduk yang bertambah,mempercepatkan pertumbuhan

    pendapatan eksport dan meninggikan daya pengeluaran dan pendapatan tenga

    buruh pertanian.

    Satu penekanan baru dalam dasar pembangunan pertanian dalam

    tempoh masa RMK3 dan RMK4 ialah pembangunan pertanian bersepadu. Dasar

    ini menekankan penyerangan serentak dan bersepadu kepada masalah-masalah

    sektor pertanian seperti kemiskinan,daya pengeluaran yang rendah dan

    sosioekonomi. Pendekatan ini bermula dengan menyediakan infrastruktur yang

    lengkap seperti pengairan,jalan raya dan bekalan-bekalan kemudahan asas.

    Teknologi dan input-input moden dibekalkan melalui bantuan subsidi.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    20/28

    Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN 1)

    Pada tahun 1984,kerajaan telah mengumumkan Dasar PertanianNegara Pertama (DPN 1) yang menggariskan panduan-panduan bagi

    pembangunan sektor pertanian sehingga tahun 2000. DPN 1 dibentuk untuk

    mencapai objektif memaksimunkan pendapatan daripada pertanian melalui

    penggunaan sumber-sumber negara secara cekap. DPN 1 juga menjadi asas

    kepada pembangunan pertanian dalam jangka masa RMK5 (1986-90)

    Beberapa aspek penting yang diambil kira dalam penggubalan DPN

    ialah hakikat bahawa mulai tahun 1984,peranan kerajaan dalam perbelanjaan

    sektor awam dan pembekalan infrastruktur dan kemudahan asas ekonomi dan

    sosial perlu dikurangkan. Selaras dengan ini DPN 1 menggariskan dasar-dasar

    bagi penyertaan yang lebih aktif daripada sektor swasta dalam pembangunan

    pertanian.

    Bantuan dan subsidi kepada petani dan pekebun kecil juga turut

    dikurangkan. Petani dan peladang digalakkan untuk lebih berdikari dan kurang

    bergantung kepada pemberian subsidi. Selaras dengan itu,kegiatan-kegiatan

    pertanian dibangunkan secara komersial,sementara perdagangan dan amalan-

    amalan pertanian secara tradisional tidak digalakkan lagi. Kegiatan perladangan

    secara berkelompok dengan menggunakan sistem pengurusan moden dan

    jentera secara intensif digalakkan,selain perluasan konsep penswastaan dalam

    sektor pertanian.

    Sektor kerajaan meneruskan program-program pembangunan

    pertanian yang biasa. Manakala sektor swasta boleh mengendalikan projek-

    projek yang menekankan saiz pengurusan yang lebih besar dan lebih ekonomi.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    21/28

    Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN 2)

    DPN 1 telah dikaji semula untuk melihat kesesuaiannya dalam

    menghadapi proses transformasi ekonomi serta untuk mencergaskan semula

    sektor pertanian. DPN 2 (1992-2010) yang menggariskan dasar dan strategi

    sehingga tahun 2010 sebenarnya merupakan penerusan daripada DPN 1(1984).

    Malah dari segi dasar dan strategi,ia merupakan evolusi daripada dasar dan

    strategi pembangunan pertanian sejak DEB dilaksanakan mulai 1970. Misalnya

    matlamat untuk mewujudkan sektor pertanian yang moden dan komersial telah

    dinyatakan sejak tahun 1970-an, DPN 2 memberi perhatian ke arah mengatasi

    kelemahan-kelemahan utama DPN 1. DPN 2 berfungsi membentuk sebuah

    sektor pertanian yang dinamik dan cergas terdiri daripada perniagaan tani serta

    perladangan dan perusahaan yang cekap. Bagaimanapun,sektor pertanian

    masih dicirikan oleh dualisme iaitu sektor pekebun kecil tradisi dengan

    produktiviti dan pendapatan yang rendah masih menguasai sebahagian besar

    daripada keluasan dan keluaran pertanian. Dari segi ini,matlamat asas untuk

    mewujudkan sektor pertanian yang moden dan komersial masih jauh untuk

    dicapai.

    DPN 2 (1992-2010) mengutarakan permodenan dan komersialisasi

    sektor pertanian sebagai matlamat asasnya. Pertumbuhannya akan didorong

    oleh kuasa pasaran dan sumber manusia. Walau bagaimanapun,tidak

    dinyatakan dengan jelas bagaimana kuasa pasaran dan sumber manusia akan

    mendorong permodenan dan komersialisasi sektor pertanian.

    DPN 2 menetapkan kecekapan sebagai kriteria utama bagi

    peruntukan sumber dan daya saing penting bagi mencapai pertumbuhan dan

    pembangunan sektor pertanian selanjutnya. Secara keseluruhannya,pelbagai

    usaha dan dasar pembangunan sektor pertanian telah dijalankan dan diharapkan

    agar berlaku kemajuan dalam output dan sumbangan sektor pertanian kepada

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    22/28

    ekonomi negara. Matlamat-matlamat asas,keseluruhan dan khusus di atas akan

    dicapai melalui strategi-strategi utama yang digariskan seperti berikut:

    penggunaan sumber-sumber dengan optimun dan sepenuhnya,pencepatan

    pembangunan projek bersepadu asas tani,intensifikasi penyelidikan dan

    pembangunan,peranan utama sektor swasta,reformasi sistem

    pemasaran,pengembangan output bahan makanan untuk penggunaan domestik

    dan eksport.

    Strategi-strategi yang diutarakan,jika tidak diikuti dengan

    pelaksanaan yang berkesan melalui penguatkuasaan peraturan dan alat dasar

    yang berkesan tidak akan berjaya mencapai matlamat yang cuba dicapai.

    Misalnya strategi penggunaan sumber dengan optimun dan sepenuhnya kurang

    berkesan mengatasi masalah tanah terbiar yang masih serius di seluruh

    negara,sebahagiannya disebabkan oleh tiadanya jentera penguatkuasaan untuk

    menguatkuasakan peraturan pengambilmilik tanah yang tidak dikerjakan selama

    tiga tahun berturut-turut seperti yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara.

    Intensifikasi penyelidikan dan pembangunan perlu menentukan

    bahawa faedah daripada penyelidikan dan pembangunan sampai kepada petani-petani tradisional. Sekarang ini sebahagian besar petani kecil tidak menerima

    teknologi dan hasil penyelidikan dan pembangunan pertanian. Penyaluran dan

    pencapaian teknologi pertanian perlu lebih menyeluruh melalui mekanisme

    pengembangan yang lebih berkesan.

    Peranan sektor swasta dalam pembangunan sektor pertanian adalah

    jauh daripada yang diharapkan. Pelaburan sektor swasta dalam sektor pertanian

    masih lembap dan kemungkinan perlu dikaji semula sistem insentif untuk sektor

    pertanian supaya lebih menarik bagi pelaburan swasta. Kajian-kajian

    menunjukkan bahawa terdapat bias dalam sistem insentif dan perlindungan

    terhadap sektor pertanian yang menyebabkan perlindungan efektif terhadap

    sektor pertanian rendah berbanding sektor pembuatan. Bagi menarik lebih

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    23/28

    banyak pelaburan ke sektor pertanian dan mempergiatkan industri desa tani

    adalah perlu bagi sistem insentif dan galakan yang lebih menarik meliputi

    galakan penempatan dan pelepasan cukai untuk penempatan industri di

    kawasan pertanian atau luar bandar.

    Reformasi pemasaran perlu meliputi bukan setakat pembaikan institusi

    dan sistem pemasaran pertanian tetapi juga perlu mewujudkan sistem jaminan

    harga yang berkesan bagi keluaran pertanian. Sistem perlu menjamin bahawa

    keluaran pertanian penting mendapat sokongan dan jaminan harga melalui

    harga minimun terjamin. Sistem pemasaran juga perlu mewujudkan rantaian dan

    infrastruktur pasaran yang menyeluruh dan berkesan untuk menjamin keluaran

    pertanian dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan menguntungkan.

    Keluaran bahan makanan perlu menjamin pengeluaran yang

    secukupnya dan sekuriti bagi bahan makanan utama dan perlu seperti

    beras,ikan ,daging,telur,buah-buahan dan sayur-sayuran. Bahan makanan

    utama ini perlu mendapat perlindungan melalui sistem galakan dan subsidi.

    Subsidi boleh diberi berasaskan tahap produktiviti yang berbeza, dengan subsidi

    yang lebih tinggi bagi petani yang mencapai tahap produktiviti yang tinggi.Galakan eksport melalui insentif cukai dan pemasaran adalah perlu bagi bahan

    makanan yang tahap pengeluarannya melebihi keperluan tempatan. Bagi bahan

    makanan yang masih dimport,strategi penggantian import fasa kedua yang lebih

    agresif adalah perlu.

    Strategi pembangunan sektor pertanian yang diutarakan oleh DPN 2

    (1992-2010) diteruskan melalui pendekatan komoditi, iaitu komoditi bahan

    makanan,tanaman industri,perhutanan,florikultur dan tanaman pelbagai. Selain

    pendekatan komoditi, DPN 2 perlu menekankan pendekatan kemanusiaan, iaitu

    pembangunan manusia (petani) yang mengerjakan komoditi tersebut. Masalah

    kemiskinan di kalangan petani dan nelayan masih ketara. Strategi-strategi

    lampau yang menekankan peningkatan produktiviti, penyaluran bantuan dan

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    24/28

    subsidi serta sokongan institusi kelihatan kurang berkesan untuk membasmi

    kemiskinan. Pendekatan kemanusiaan yang disarankan perlu meningkatkan

    keupayaan petani dan nelayan untuk meningkatkan pendapatan tanpa

    pergantungan kepada subsidi tetapi berteraskan kerajinan,perubahan

    sikap,pembangunan komuniti,inisiatif dan keusahawanan. Pembangunan

    kemanusiaan ini juga menekankan penggunaan sumber-sumber tempatan pada

    paras maksimun serta berusaha untuk menghidupkan kembali nilai dan sifat

    pembangunan komuniti tempatan.

    Selaras dengan wawasan 2020 yang menekankan pembangunan

    negara berteraskan industri,sektor pertanian perlu dicergaskan semula dengan

    menekankan permodenan dan lomersilisasi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

    sektor pertanian tradisi perlu mengalami transformasi struktur yang menekankan

    saiz operasi yang optimun,penggunaan input dan sumber-sumber dengan

    cekap,pencapaian tahap produktiviti yang tinggi serta sistem pemasaran yang

    cekap dan berkesan.

    Secara keseluruhannya, RMK7 mengekalkan dan meneruskan

    penekanan kepada konsep pembangunan seimbang yang telah diperkenalkanbuat pertama kalinya pada tahun 1991 sebagai ciri utama DPN. Kaedah yang

    digunakan ialah menggalakkan penyertaan sektor swasta yang berskala besar

    terutamanya dalam pengeluaran komoditi makanan,mengorientasikan semula

    cara pengeluaran dalam usaha meningkatkan persaingan

    pasaran,mengorientasikan semula kawasan tanaman seperti getah,koko dan

    kelapa sawit supaya ia mempunyai operasi yang berasaskan komersil bagi

    mencapai ekonomi bidangan dan berdaya saing,mempercepatkan penyesuaian

    buruh dalam penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan perggantungan

    buruh asing,menguatkan program penyelidikan dan pembangunan khususnya

    industri hiliran dalam usaha memperkembangkan industri berasaskan pertanian

    dan penghasilan barang akhir dan membaiki peranan operasi-operasi pertanian

    agar lebih efektif dalam menangani masalah pertanian.

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    25/28

    Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3)

    Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) (1998-2010) digubal untuk

    mengatasi kelemahan yang terdapat dalam DPN 2 (1992-2010) dan juga untuk

    menangani krisis mata wang dan kemerosotan ekonomi yang dihadapi oleh

    Malaysia pada masa tersebut. Selain itu, DPN 3 digubal untuk mengatasi

    masalah bekalan makanan yang kurang mencukupi,kurang selamat,kurang

    berkhasiat serta kurang bermutu tinggi dan untuk menjamin agar bahan

    makanan dapat diperoleh dengan harga yang berpatutan.

    DPN 3 bertujuan untuk memaksimunkan penggunaan sumber-sumber

    terhad yang sedia ada seperti tanah,buruh dan bahan mentah di samping untuk

    memperkukuh daya saingan sektor pertanian negara dan untuk meningkatkan

    pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan masih lagi diteruskan. DPN 3

    juga bertujuan untuk mengubah sektor pekebun kecil dan untuk memastikan

    pembangunan pertanian dan perhutanan yang mapan serta dapat disesuaikan

    dengan perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan luar negara.

    Objektif utama DPN 3 adalah untuk memaksimunkan pendapatan dari

    sektor pertanian dan perhutanan menerusi penggunaan sumber secara optimun

    dalam sektor pertanian dan perhutanan. Ia melibatkan usaha-usaha untuk

    memaksimunkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri

    Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani,penternak dan juga

    nelayan.

    Objektif DPN 3 secara khusus ialah meningkatkan sekuriti makanan

    (food security) iaitu dengan meningkatkan kualiti mutu pengeluaran bahan

    makanan supaya mencukupi untuk keperluan rakyat,mengukuhkan pertalian

    dengan sektor-sektor lain bagi mewujudkan kesinambungan antara sektor

    perindustrian,perkhidmatan dan sektor-sektor lain dengan sektor pertanian bagi

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    26/28

    membolehkannya memasarkan hasil keluaran pertanian dengan lebih

    berkesan,meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian untuk

    perkembangan yang berterusan dalam sektor pertanian di samping mewujudkan

    daya saingan yang berkesan dalam sektor ini,memulihara dan menggunakan

    sumber-sumber asli secara mapan supaya sumber asli tidak disalahgunakan dan

    penggunaannya adalah untuk aktiviti yang produktif dan selamat bagi menjamin

    kemapanan alam sekitar dan yang terakhir mewujudkan sumber pertumbuhan

    yang baru untuk sektor pertanian bagi memastikan pembangunan sektor

    pertanian adalah seiring dengan sektor-sektor yang lain di Malaysia.

    Dalam DPN 3 (1998-2010),terdapat 2 pendekatan yang diketengahkan

    iaitu Pendekatan Perhutani (agroforestry approach) dan Pendekatan Berasaskan

    Produk (product-based approach)

    Pendekatan Perhutani memberikan penekanan yang menyeluruh

    kepada masalah kekurangan sumber-sumber seperti buruh,tanah pertanian dan

    sumber air untuk pengairan tanaman. Pendekatan ini menggabungkan dua

    kegiatan iaitu kegiatan pertanian dan kegiatan perhutanan supaya serasi dan

    saling melengkapi antara satu sama lain. Strategi ini menggunakan teknik yangbersepadu untuk mengatasi masalah kekurangan sumber dengan

    menggabungkan tanaman,perikanan dan penternakan serta dilengkapi dengan

    aktiviti agro-perlancongan. Melalui kaedah ini,kos pengendalian untuk

    mengendalikan aktiviti sektor ini dapat dikurangkan.

    Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan pulangan pengeluaran

    yang lebih luas serta mengguntungkan. Hal ini dapat membuka jalan kepada

    para pengusaha sektor pertanian untuk membangunkan sektor pertanian dan

    perhutanan secara bersama bagi meningkatkan keuntungan yang lebih tinggi.

    Dengan penggabungan kedua-dua sektor ini,penggunaan sumber seperti tanah

    dapat dijimatkan serta dioptimunkan. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan

    potensi penjanaan pendapatan daripada pelaburan perhutani. Pendekatan ini

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    27/28

    juga dapat mengurangkan tekanan terhadap permintaan tanah untuk sektor

    pertanian. Hal ini demikian kerana penggabungan kedua-dua kegiatan ini

    membawa kepada pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah

    yang sama.

    Perdekatan perhutani ini juga menyokong pelbagai perhubungan

    simbiotik,termasuklah penanaman spesies pokok hutan dengan tanaman industri

    untuk mengoptimunkan penggunaan tanah bagi memaksimunkan pulangan.

    Misalnya melalui tanaman industri contohnya herba di bawah pokok hutan,kita

    dapat memungut hasil daripada pokok balak dan tanaman herba pada masa

    yang sama. Memberikan pulangan yang melebihi kos kepada para pengusaha.

    Pendekatan ini dapat membolehkan pengusaha sektor pertanian meningkatkan

    taraf hidup mereka.

    Manakala,pendekatan berasaskan produk adalah untuk meningkatkan

    sumbangan dan pendapatan sektor pertanian di Malaysia. Pada awal

    pendekatan ini,produk dan pasaran dikenal pasti berdasarkan

    permintaan,potensi pasaran,dan cita rasa pengguna. Pendekatan ini dapat

    memberikan penekanan yang lebih kepada keperluan dan cita rasa penggunaserta pasaran khusus di seluruh dunia. Pendekatan ini sangat berbeza dengan

    Pendekatan Berasaskan Komoditi yang diamalkan dalam DPN 2 yang telah

    mengehadkan keupayaan dan keberkesanan sektor pertanian untuk menembusi

    pasaran yang jauh lebih luas dan maju.

    Pendekatan Berasaskan Produk mengambil kira permintaan,keperluan

    pengguna dan pasaran bagi menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan

    supaya setanding dengan industri lain. Pendekatan ini juga mewujudkan peluang

    kepada usahawan pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan

    meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian. Melalui pendekatan

    ini,perancangan dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua (1996-2005) dapat

    dilengkapkan. Hal ini demikian kerana pendekatan ini menekankan

  • 8/9/2019 Ekonomi Ass

    28/28

    pembangunan kelompok industri yang berasaskan pertanian,menerusi

    penggalakkan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang merangkum

    ,pembangunan dan perluasan industri sokongan dan perantaraan.

    Pelaksanaan DPN 3 meliputi tempoh RMK8(2001-2005) dan RMK 9

    (2006-2010). Dalam tempoh RMK 8,teras dasar adalah untuk menjadikan sektor

    pertanian sebagai sektor yang moden,dinamik, dan berdaya maju selaras

    dengan strategi DPN 3. Strategi utama bagi pembangunan pertanian dalam

    tempoh RMK 8 ialah mempertingkatkan pengeluaran makanan secara besar-

    besaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dengan tujuan

    untuk menggurangkan import dan menambahkan eksport. Menggalakkan

    penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran makanan secar komersial yang

    berskala sederhana dan besar melalui perwujudan lebih banyak kawasan kekal

    pengeluaran makanan seperti taman teknologi pertanian dan taman hortikultur

    bandar serta ladang satelit. Mempergiatkan pembangunan akuakultur di darat

    dan di laut lepas. Menggunakan tanah secara insentif melalui pelaksanaan lebih

    meluas. Mempertingkatkan daya saing pengeluaran pertanian dengan

    menggalakkan lagi penggunaan teknologi penjimatan kos dan buruh.

    Mempergiat R & D terutama dalam peningkatan hasil dan pembangunan.Mengoptimunkan keluasan kelapa sawit untuk menyesuaikan dengan

    pengeluaran dan mewujudkan piawaian minyak sawit Malaysia bagi

    meningkatkan daya saing. Mengorientasi semula getah sebagai tanaman

    strategik yang membekalkan balak untuk industri berasaskan lateks.

    Menggunakan sumber semulajadi terutama sumber hutan secara mapan dan

    mesra alam. Membangunkan aktiviti dan tanaman yang mempunyai potensi

    komersial. Memperkukuh pembangunan sumber manusia dengan menggalakkan

    kemahiran baru. Meningkatkan pendapatan petani dan pekebun kecil dengan

    memperkukuh khidmat sokongan,memperbaiki mekanisme penyaluran dan

    penyampaian.