etika

Upload: dadymama-lin

Post on 02-Nov-2015

107 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

etika

TRANSCRIPT

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUSEEM 421

NAMA KURSUSPENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A

a) Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan.. 2 b) Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. .. 5 c) Jelaskan konsep sekolah beretika. .. 6

BAHAGIAN B

1. Etika menurut agama Islam.. 132. Etika menurut Confucius.. 15

Bibliografi.. 19

BAHAGIAN A

Kepentingan Etika dalam Pendidikan

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atauethicadalah berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya. Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

Kepentingan Etika dalam Pengurusan Pendidikan

Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semuanya bertumpu kepada satu pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul.

Kanungo (2001) mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh mendatangkan keburukan pada orang lain. Kebelakangan ini penyelidik dalam bidang organisasi juga mencadangkan agar perhatian yang lebih diberikan kepada integriti.

Brown, Trevino dan Harrison (2005) mendefinisikan kepimpinan beretika sebagai keupayaan pemimpin mempamerkan atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan yang diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga mempromosikan tingkah laku tersebut kepada subordinat atau pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha peneguhan dan juga dalam proses membuat keputusan. Mereka juga mengatakan bahawa selain daripada komponen yang disebutkan di atas, pemimpin yang beretika juga adalah telus dan terlibat dengan komunikasi terbuka di samping memberi ganjaran dan mempromosi tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja.

Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang sering dikaitkan adalah mengambil berat tentang orang lain, boleh diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio 1992). Seterusnya Andre dan Velasquez (1992) membuat kesimpulan mengenai perkara ini dengan mengatakan etika sebenarnya merujuk kepada satu piawai yang mempunyai asas yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk yang memandu manusia mengenai apa yang boleh atauperlu dilakukan. Biasanya ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran, sikap belas kasihan dan kesetiaan.

b. Perbezaan Antara Etika dengan Undang-undang

NO.ETIKAUNDANG-UNDANG

1.Tidak memerlukan pegawai penguatkuasaMemerlukan pegawai penguatkuasa

2.Dikuatkuasakan oleh hati kecilDikuatkuasakan oleh mahkamah

3.Hukuman perlanggaran etika adalah hukuman terhadap perasaan yang terdapat dalam diri sendiri dan menyentuh hati yang tidak dicatat oleh mana-mana pihak

Hukuman pelanggaran undang-undang adalah tetap dan dicatat oleh hakim / mahkamah

4.Menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral dalam kehidupan sebuah msrkt

Menentukan batas yang pasti. ( Perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang individu )

5.Mematuhi nilai dan kod etika sudah pasti jauh dari melanggar undang-undang

Mematuhi undang-undang belum pasti manusia mematuhi etika

6.Lebih umum dan maksimum melibatkan tatacara sesuatu kehidupan dalam sesebuah msrkt

Mengawal perlakuan yang salah / negative atau mengawal berlakunya jenayah

7. Mengembangkan perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam msrktHanya mencukupi utk menetukan batas peraturan yang tlh ditetapkan dalam undang-undang

8.Merupakan penguatkuasaan secara menyeluruh peraturan yg tlh ditetapkanHanya mencukupi utk menentukan batas peraturan yg tlh ditetapkan dlm undang-undang

9. Mengambil kira aspek kerohanian spt menjauhi dengki yg pasti terselamat dari jenayahBanyak perkara yg tidak diambil kira spt penyakit dengki. Ia hanya menjatuhkan hukuman akibat perbuatan dengki

c. Konsep Sekolah Beretika

Nilai dan etika adalah elemen penting dalam pengurusan dan pentadbiran. Perkara ini diakui oleh ahli sejarah dan tokoh falsafah sains sosial sebagai faktor penting dalam mengawal kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Di Malaysia, kesedaran masyarakat terhadap ketidakpuasan terhadap amalan yang tidak bermoral dalam pengurusan merupakan fenomena yang agak baru. Menyedari hakikat bahawa kecemerlangan pengurusan adalah bergantung kepada sejauhmana beretikanya kakitangan dalam perkhidmatan, khususnya dalam mencapai wawasan negara, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai slogan dan akta untuk mencapai matlamat tersebut.2 Penerapan nilai nilai Islam adalah yang terpenting diberikan perhatian, kerana perlanggaran etika sering dikaitkan dengan persoalan keperihatinan terhadap agama. Persoalannya, adakah persoalan etika hanya dikhususkan kepada kakitangan beragama Islam semata dan tidak melibatkan penganut agama lain. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut di samping menjelaskan bahawa etika atau moral merupakan sesuatu yang universal dan serasi dengan semua agama. Perbincangan adalah merujuk kepada beberapa agama yang dominan di Malaysia. Pendekatan perbandingan khusus berkaitan etika akan dikemukakan bagi menampakkan persamaan sekali gus menjelaskan bahawa etika dan etika pengurusan Islam adalah bersifat sejagat (universal).

Sekolah beretika membawa maksud yang mendalam yang mana melibatkan pentadbiran, guru, murid dan kakitangan sekolah berkenaan dengan memahami Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan di dominasi oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga tiga rumpun bangsa ini beramal dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, di bawah satu kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Memandangkan kertas kerja ini hanya merujuk kepada nilai etika berasaskan agama-agama yang wujud di Malaysia, maka fokus yang akan menjadi keutamaan perbincangan adalah berkisar kepada penganalisaan nilai agama yang berkaitan dengan persoalan etika dan hubungannya dengan pengurusan. Latar belakang masyarakat Malaysia akan dikemukakan secara umum bagi menampakkan pengasingan kelompok yang wujud dan bagaimana jalinan etnik berlaku. Namun apa yang lebih penting, bagaimana sistem nilai agama yang diamalkan dapat mempengaruhi penguruasn. Perkara ini akan dibahaskan berpandukan beberapa pendekatan; (i) nilai dan etika yang wujud dalam ajaran agama Islam, Hinduisme dan Buddhism, Kristian dan Kongfusianisme; (ii) persamaan yang wujud dalam konteks nilai antara agama tersebut; dan (iii) mampukah nilai dan etika ini diharmonikan dalam membangunkan sistem pengurusan di Malaysia. Dalam usaha untuk melaksanakan dasar pendidikan supaya matlamat-matlamatnya tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin pendidikan yang cukup cekap, adil, beramanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berkebolehan dan berakhlak tinggi (Kamarudin Kachar, 1989).Apakah relevannya konsep etika jika ia diselitkan atau menjadi sebahagian daripada topik perbincangan dan silibus dalam melatih bakal pemimpin pendidikan pada masa akan datang. Amnya, pemimpin pendidikan akan dapat membuat pertimbangan secara beretika untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk organisasi. Starratt (1994) dalam Jurnal Artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) menjelaskan bahawa setiap tindakan atau keputusan yang diambil mesti memberikan kelebihan atau faedah semua ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara kelebihannya ialah:a) Ia sebenarnya banyak menolong pemimpin pendidikan untuk membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin diambil seperti yang telah dibincangkan.b) Pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa (Why) sesuatu perkara tersebut berlaku. Contohnya pelanggaran disiplin pelajar berkait rapat dengan etika. Greenfield (1997) dalam Jurnal Artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) juga menjelaskan bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pengurus akan disokong oleh pihak guru. Beliau mengkaji tuntutan seperti ini akan mengurangkan lagi dilema yang berpunca daripada konflik pihak pengurus dengan guru.c) Menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat melayan ataun memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian dengan konsep etika antara pelanggan dengan pengurus pendidikan.d) Menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif untuk melahirkan insan yang kamil (sempurna), konsep ini menganggap guru sebagai 'role model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role model' mereka. Starrat (1994) menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pengurus untuk membentuk institusi yang beretika. Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara tidak langsung akan mendidik atau menanamkan sifat ingin menangani masalah etika yang jika tidak dibendung akan berleluas terutamanya di dalam sektor pendidikan.

Mengapakah etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi menghasilkan pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994) dalam Jurnal Artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) telah mengkaji masalah yang begitu berleluasa terutamanya dalam keadaan yang materialistik kerana manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan (2001) dalam Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) juga menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan manusia akan melakukan perkara-perkara yang akan menyimpang daripada etika profesionalisme ialah:a) Apabila ada peluang untuk melakukannya.b) Ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara materialistik.c) Kurangnya penghayatan nilai etika serta agama.d) Kurangnya penyeliaan pegawai atasan.e) Kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan kerja.

Profesionalisme guru agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat ketokohan seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Namun, jika dikaji secara mendalam, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan terjadinya perkara ini iaitu:a) Tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.b) Untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.c) Menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.d) Kepentingan kewangan.e) Kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.f) Sering berkelakuan yang melanggar undang-undang.g) Dipengaruhi oleh golongan luar bidang.h) Rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau kerana tidak dinaikkan pangkat.

Perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca daripada aspek niat ataupun kemahuan seseorang untuk memperoleh kemewahan untuk kesenangann diri. Namun, perlakuan tidak beretika juga boleh berpunca daripada faktor dalaman atau dimensi di dalam organisasi itu sendiri. Calabrese dan Roberts (2001) dalam Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) menyenaraikan beberapa faktor dalaman sesebuah organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan yang tidak beretika iaitu:a. Stuktur organisasiStruktur yang kompleks dan banyak hirarki akan menyebabkan pekerja akan cepat merasa bosan kerana terlalu banyak peraturan yang harus dipatuhi.b. Bentuk komunikasiBentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih mementingkan rakan akan menyebabkan guru lain merasa bosan dengan sikap pengurusan serta sikap pihak pengurusan tidak mengambil kira "human factor" atau perasaan kakitangan.c. Dominasi politikDominasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak pengurusan dankumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak kakitangan kepada pihak pengurusan akan berkurangan dan pihak pengurusan menganggap mereka mempunyai kuasa untuk memerintah dan bukan untuk berkhidmat.d. Pengabaian kepada kebajikanKurangnya penghargaan dan kebajikan menyebabkan guru kurang hormat kepada pemimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan.

Sichel (1993) dalam artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan sekolah yang beretika iaitu: Pihak pengurusan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan bukan untuk membuat undang-undang atau menentukan guru mematuhi undang-undang tetapi sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan. Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru serta ia juga dapat mengurangkan konflik yang dihadapi di antara pentadbir dengan guru.Sergiovanni (1992) mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan sekolah yang mempunyai perjanjian yang mementingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang. Pengurus pendidikan harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara guru dengan pihak pengurusan. Gardner (1995) menjelaskan lagi cadangan untuk melahirkan sekolah yang beretika ialah melalui kepimpinan yang beretika serta memperlihatkan teladan serta role-model untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan.Richardson et al. (1992) dalam artikel yang sama juga mendapati bahawa kejujuran adalah perkara pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru. Pengurus juga hendaklah bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan bukan hanya menuding jari kepada guru yang melakukan kesilapan malah mencari cara untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Konsep akauntibiliti yang dikemukakan agar semua masalah hendaklah dikongsi bersama-sarna dan bukan mengabaikan tanggungjawab mereka (Block,1993). Pendapat dan saranan di atas sebenamya mempunyai kesetaraan dengan konsep mewujudkan sekolah beretika yang mempunyainilai-nilai murni.Selain itu, di dalam artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) juga ada membincangkan mengenai Model "Sekolah Etika" yang dikemukakan oleh Starrat (1994) yang menggariskan tiga perkara utama yang perlu diteliti oleh pihak pernimpin pendidikan. Tiga dimensi utama tunjang konsep sekolah beretika iaitu:

a. Dimensi Etika Mengambil beratEtika ini menekankan konsep yang mementingkan hubungan di dalam organisasi. Guru hendaklah mengambil berat tentang pelajar dan seseorang pemimpin pendidikan mestilah mengambil berat kebajikan guru.

b. Dimensi Etika KeadilanEtika ini menekankan Iayanan yang adil oleh pihak pengurus kepada guru dan guru kepada pelajar. Kebajikan ini dapat merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran. Persekitaran yang kondusif bukan bermakna mencantikkan sekolah dengan bunga-bunga tetapi memberikan dan menambah jumlah buku dan kemudahan perpustakaan, menambah jumlah komputer, akhbar dan sebagainya yang memberikan keadilan kepada semua pelajar menikmati organisasi pembelajaran. Konsep "peluang belajar" (opportunity to learn) merupakan konsep yang patut ditekankan untuk melahirkan organisasi pembelajaran.

C. Dimensi Etika KritikanEtika ini mengkehendaki golongan pernimpin pendidikan memikir sejenak bahawa siapakah yang memperolehi keuntungan atau faedah daripada sesuatu program yang diadakan atau dijalankan di sekolah? Siapakah yang patut diberikan keutamaan? Siapakah yang memegang autoriti? dan persoalan yang lain. Konsep etika kritikan ini mengalakkan perbincangan di kalangan kakitangan serta guru-guru dan secara tidak langsung mengurangkan konflik di antara kakitangan kerana pengurus mementingkan hubungan kernanusiaan.

Menjadi saranan kepada pihak pemimpin pendidikan mempunyai piawai atau garis panduan yang boleh diikuti agar mereka tidak Iari daripada perlakuan yang tidak beretika. Kellog Foundation (2000) menyenaraikan beberapa dimensi utama etika yang boleh dijadikan garis panduan serta perlakuan yang boleh diikuti oleh pihak pengurusan sekolah dan dimensi ituMemberikan penekanan kepada dimensi pengetahuan, dimensi pelaksanaan dan dimensi pencapaian. Melalui dimensi pengetahuan, setiap pengurus serta pemimpin pendidikan hendaklah mempunyai matlamat serta peranan kepimpinannya dalam masyarakat kini dan memberikan tumpuan kepada perlakuan yang mematuhi etika. Dimensi pelaksanaan mengambilkira penggunaan etika di dalam membuat keputusan, membawa sekolah ke arah yang berguna kepada masyarakatdan mempunyai rasa bertanggungjawab kepada sebarang perlakuan atau tindakan yang telah dilaksanakan. Dimensi pencapaian menumpukan kepada memberikan penilaian perlakuan nilai-nilai murni seseorang, menekankan pencapaian yang tinggi tanpa mengenepikan konsep etika, menilai kesan tindakan pentadbiran kepada kakitangan bawahan, menggunakan sumber yang ada untuk kepentingan sekolah dan bukan peribadi, melayan semua orang dengan adil, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi peraturan.

Kesimpulannya, dalam membentuk sekolah beretika, pihak pentadbir bukan sahaja membentuk pentadbirannya dan pelajar untuk jangka masa pendek tetapi ia bakal membentuk generasi baharu sebagai pelapis pemimpin negara. Di samping itu juga, ketidakpatuhan kepada etika berlaku dengan bercanggahnya tingkahlaku guru (mahupun pengurus pendidikan) dengan prinsip-prinsip tersebut. Sebagai contoh, niat yang tidak baik dalam melakukan sesuatu perkara adalah melanggar etika. Begitu juga dengan perlakuan yang tidak baik seperti merokok, budaya lepak, ponteng yang berlaku di kalangan guru yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar. Melanggar prinsip etika juga dikatakan sebagai tidak memperkotakan apa yang telah dikatakan seperti yang dinyatakan di dalam ikrar guru dan juga yang berkaitan. Guru juga perlu memperkukuhkan disiplin diri dan seterusnya menjadikan tugas sebagai guru adalah amanah yang besar supaya tidak mudah untuk melanggar etika kerja sebagai seorang guru. Ianya juga membantu mempertingkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar. Di samping itu, guru-guru dan juga pihak pentadbir perlu menjadikan organisasi mereka sebagai sebuah keluarga, supaya dapat mengurangkan konflik antara pentadbir dan guru seterusnya menjadi contoh kepada pelajar-pelajar dalam menjaga hubungan dengan bertanggungjawab.

BAHAGIAN B

Bincangkan ETIKA / MORAL yang diutarakan oleh agama-agama: Islam dan Conficius

ETIKA ISLAM

Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat. Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri.Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia.

Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama silam dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan. Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul atau salah itu akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa

Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif (salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.

Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan. Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah).

Etika Dalam Ajaran Conficius

Fahaman Confucius merupakan salah satu fahaman yang menjadi pegangan masyarakat Cina di seluruh dunia hingga hari ini. Fahaman falsafah ini diasaskan oleh Kung Fu Tze yang terkenal sebagai seorangtokoh ulung falsafah peradaban China. Pada peringkat awal, beliau membentuk fahaman yang berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.Selepas kematian Kung Fu Tze, muncul kumpulan pengikut yang terlalu memujanya melalui ritual tertentu. Pada masa yang sama, mereka mempercayai bahawa wujud dewa yang harus disembah sehingga akhirnya fahaman Confucius dianggap sebagai satu ajaran agama.Di seluruh dunia sekarang dianggarkan terdapat lebih daripada enam juta orang yang mengaku diri mereka sebagai pengikut fahaman Confucius. Fahaman ini menjadi salah satu kepercayaan tradisional terbesar dalam sejarah sistem falsafah dan kepercayaan bangsa Cina.Kawasan utama ajaran ini tersebar di sekitar Asia Tenggara, Asia, dan di wilayah tertentu di Eropah. Antara negara yang mempunyai banyak pengikut Confucius termasuklah China, Vietnam, Korea Utara, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun.Confucius merupakan fahaman yang membentuk satu sistem moral yang diasaskan oleh nilai akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran pengalaman yang dilalui Kung Fu Tze pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan sistem pendidikan hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan.Sebuah peradaban lahir setelah berabad lama manusia menempuh zaman kegelapan. Teori-teori evolusi manusia menjadi panduan kepada sejarawan mencari jawapan kepada peringkat perkembangan masyarakat. Maka wujud penerangan berdasarkan peringkat-peringkat kehidupan yang dinamakan Mesolitik, Neolitik dan Paleolitik. Menerusi peringkat-peringkat inilah manusia dipercayai menempuhi evolusi yang akhirnya mencapai peradaban tertinggi atau dikenali sebagai tamadun. Tamadun merupakan kata kerja yang berasal daripada bahasa Arab, yang diterbitkan daripada kata nama bandar. Hal ini bermaksud istilah tamadun membawa erti masyarakat sedang atau telah membangunkan sebuah bandar. Pembangunan sebuah bandar merupakan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu; antaranya adalah kepentingannya dalam mencorakkan masyarakat yang mempunyai akhlak terpuji (boleh rujuk Ibn Khaldun dan Syed Naquib Al-Attas). Pembangunan bandar akan mengubah kehidupan masyarakat setempat daripada kehidupan yang barbaric dan menjadikan mereka civilized (Braudel, 1993). Kedua-dua terma ini mempunyai nilai maksud kehidupan yang terkebelakang dan perubahan kepada yang lebih baik, berdasarkan contoh yang diberi Braudel dalam penjelasan kisah penjenayah yang diberi hukuman berdasarkan hukuman sivil.Dalam membangunkan sebuah bandar, elemen kerajaan merupakan antara perkara yang terpenting. Kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus kehidupan masyarakat yang teratur. Bagaimanapun, kerajaan yang dibentuk mestilah sebuah kerajaan yang mentadbir atas dasar keadilan supaya rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni. Hal ini bersesuaian dengan konsep tamadun yang telah dijelaskan. Bangsa timur merupakan sebuah bangsa yang tercatat dalam sejarah sebagai bangsa yang berjaya mencipta tamadun antara yang terawal di dunia. Umum sedia maklum bahawa bangsa yang dimaksudkan ialah bangsa Cina; sebuah bangsa yang berjaya mencipta sebuah tamadun bermula dengan pemerintahan Dynasty Shang pada abad 1700 BCE. Kehebatan masyarakat cina dalam membangunkan sebuah tamadun dipercayai atas sebab kesedaran masyarakat tentang nilai moral yang harus wujud dalam diri setiap individu. Hasilnya, nilai-nilai moral ini telah membentuk akhlak inidividu yang pekerti, lalu memberi kesan kepada sistem berkerajaan dalam tamadun tersebut. Antara keistimewaan kerajaan dalam tamadun-tamadun China ini ialah kecekapan pegawai-pegawai kerajaan dalam mengurus-tadbir kehidupan seharian masyarakat berdasarkan polisi-polisi yang berasaskan nilai moral masyarakat. Walau bagaimanapun, setiap kerajaan yang mentadbir tidak sentiasa berada pada tahap yang baik sebagaimana yang diharap rakyat. Zaman kejatuhan pasti menjengah. Oleh sebab itu, maka datanglah susuk-susuk tubuh yang berjuang dalam membida pembaharuan. Antaranya ialah guru atau master Kong (Confucius dalam bahasa Inggeris). Individu ini merupakan seorang pintar yang mengumpul karya-karya tradisional mengenai nilai-nilai moral kepercayaan masyarakat tradisional Cina. Beliau telah mengumpul dan menyusun karya-karya tersebut dengan lebih sistematik. Hasilnya, karya-karya ini telah dikategorikan ke dalam sejumlah protokol yang diberi nama, antaranya prokotol hubungan manusia dan protokol tingkah-laku. Melalui pemahaman beliau terhadap nilai-nilai moral masyarakat tradisional Cina, maka diwujudkan olehnya beberapa konsep utama: li, ren, shu dan junzi. Kesemua konsep ini menjadi tunjang kepada penjelasan idea berkenaan moral. Konsep pertama, li, merupakan penjelasan berkenaan cara betul dalam berinteraksi sesama manusia (ceremonious behavior/correct performance). Setiap individu perlu memahami bahawa mereka hidup dalam suasana bermasyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai pelbagai bentuk hubungan yang menjadikan mereka berperangai berbeza-beza mengikut jenis-jenis hubungan yang wujud. Dalam konteks jenis-jenis hubungan ini, master Kong membahagikan mereka kepada lima kumpulan: hubungan sesama penguasa dan rakyat, ayah dan anak, suami isteri, adik-beradik serta kawan-kawan. Sekiranya hubungan seseorang individu dipraktik secara betul berdasarkan kumpulan-kumpulan yang dipecahkan, maka masyarakat akan hidup dalam suasana produktif dan tenang sebagai natijah. Master Kong tidak melihat manusia sebagai makhluk yang mempunyai pandangan yang sama dalam mempercayai kebenaran dan kebatilan dalam konteks hubungan sesama insan. Disebabkan itu, beliau menjelaskan konsep ren sebagai keseinambungan kepada konsep yang pertama. Bagi beliau, sesuatu hubungan mungkin akan dipraktik tanpa menitik-beratkan persoalan kejujuran atau keikhlasan. Maka konsep ren datang bagi memperjelas bahawa sesuatu hubungan mesti dilaksana dalam lingkungan kemanusiaan (human-heartedness). Konsep ini sesungguhnya menekankan aspek kemuliaan (virtues) seperti murah hati dan kesetiaan. Konsep ini juga, pada pandangan beliau, merupakan satu konsep yang mempunyai hubungan istimewa dengan kuasa langit (heaven). Walaupun beliau tidak memperincikan bagaimana hubungan manusia dengan kerajaan langit dalam pemikiran beliau, tetapi master Kong memahami bentuk hubungan ini atau lebih mudah difahami dengan konsep agama dalam kefahaman yang luas. Beliau tidak bercakap perihal agama dalam bentuk mistik, tetapi beliau lebih berminat menonjolkan agama sebagai sumber etika. (Perlu diingat bahawa ajaran master Kong bukan ajaran agama, tetapi merupakan falsafah moral. Agama menjadi sisipan perbincangan mungkin atas sebab masyarakat tradisional Cina mempercayai pemerintah merupakan seorang yang dilantik oleh tuhan untuk mentadbir bumi. Maka master Kong cuba mengaitkan agama dalam ajaran beliau dan membawa masyarakat melihat agama dalam konteks yang lebih umum). Oleh itu, beliau percaya bahawa setiap kebaikan itu berasal daripada sumber kekuasaan di langit.Bagi melengkapi semangat yang diterjemah oleh konsep li dan ren, master Kong memperkenal pula konsep shu. Shu memperjelas bahawa wujudnya satu lagi hubungan yang terhasil, hasil daripada pengaplikasian li dan ren. Hubungan tersebut ialah satu bentuk interaksi yang membuatkan seseorang itu merasai kebergantungan antara satu sama lain. Hal ini disebabkan seseorang itu memberi layanan yang sama seperti mana dia menginginkan orang lain memberi layanan kepadanya. Dia meletakkan hak rakannya ditempat yang betul, manakala rakannya juga meletakkan haknya ditempat yang betul, dan seorang rakan tidak mengkhianati rakannya yang lain, tetapi membantu rakannya dalam menaikkan martabatnya dalam sesuatu bidang, sebagai contoh. Inilah natijah yang akhirnya berlaku apabila setiap individu dalam sesebuah masyarakat mengetahui cara betul dalam berinteraksi, serta menekankan sifat kemanusiaan dalam perhubungan tersebut. Kehidupan master Kong berlingkar sekitar masyarakat Cina yang mengamalkan sistem feudal dan hierarki, atau susunan dalam organisasi masyarakat. Sebagaimana lazimnya kita pada hari ini meletakkan golongan elit dalam tingkatan tertinggi, begitu jugalah amalan masyarakat Cina pada masa itu. Oleh sebab itu, beliau banyak memberi kritikan terhadap golongan tersebut lantas mewujudkan falsafah Confucius ini. Master Kong mengiktiraf kewujudan golongan aristokrat sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal kenegaraan. Walau bagaimanapun, aristokrasi dalam pemahaman beliau bukanlah golongan pengumpul kekayaan,sebagaimana difahami oleh kebanyakan orang pada masa sekarang, tetapi mereka merupakan golongan yang mempunyai akhlak tertinggi dalam masyarakat; mereka bijaksana, membantu mengangkat martabat rakan; bercakap dengan berhati-hati; memahami mandat kuasa langit dan sebagainya. Golongan ini digelar sebagai junzi (orang yang hebat) atau gentleman. Gelaran tersebut diberi atas dasar sikap terpuji yang tertinggi yang membolehkan mereka dikagumi oleh kuasa langit.Sebagai rumusan, secara umumnya falsafah Confucius merupakan sebuah falsafah yang mengingatkan setiap individu kepada kepentingan etika dan moral. Martabat etika dan moral yang sangat tinggi di fikiran master Kong telah menyebabkan beliau cuba mengaitkan kedudukan moral dengan tahap tertinggi sehingga merujuk kepada kekuasaan langit. Konsep-konsep popular seperti li, ren, shu dan junzi telah diperkenal bagi memperjelas kefaham tersebut.Sesungguhnya, konsep-konsep ini adalah amat relevan kepada setiap masyarakat pada zaman semasa, walaupun konsep-konsep ini diwujudkan oleh beliau demi untuk memartabatkan semula sistem pengurusan kerajaan masyarakat tamadun China yang mengalami kemunduran selepas kejatuhan Dinasti Chou. Falsafah moral seperti ini, sebagai tambahan, berkait rapat dengan ajaran yang dibawa oleh setiap agama yang diturunkan ke bumi, termasuklah ajaran agama Islam. Oleh sebab itu, dikesempatan yang lain kita akan cuba melihat kepada kesamaan ajaran yang dibawa oleh master Kong dengan ajaran-ajaran agama Islam yang dimuatkan di dalam Al-Quran dan sunnah.

Rujukan:

Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn Bhd.

Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm. Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang: USM

Mohd Tap Salleh et al. (1991). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awarn Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur.

Muharnad Ruslan Salihin ( 2000). Kesedaran Etika dan Hubungannya dengan Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian kes di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Ke1ang. Projek Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Teknologi) UTM.

Max weber (1997), Beberapa Perkara Tentang Agama Dunia dlm. R. Robertson (ed). Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka Rebore, R. (2001). The Ethics for Educational Leadership. Heinemann Books.

0