farah

9
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES SKILLFUL PROBLEM SOLVING NAMA : NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID NO MATRIK : D20081032214

Upload: afaf-cynofa

Post on 20-Jun-2015

1.186 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Farah

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

SKILLFUL PROBLEM SOLVING

NAMA : NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID

NO MATRIK : D20081032214

PROGRAM : PENDIDIKAN MATEMATIK

PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH

Page 2: Farah

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

TAJUK: MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN

YANG BERKESAN: KUALITI PENGAJARAN

1. Apakah masalah tersebut?

Kualiti pengajaran ini adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru untuk

memberikan pengajaran yang berkesan. Masalah ini adalah kritikal kerana apabila seseorang

guru itu gagal dalam memberikan pengajaran yang berkesan, maka para pelajarnya akan

terabai sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang telah disediakan. Masalah kualiti

pengajaran ini timbul sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

2. Mengapa wujudnya masalah ini?

Masalah yang timbul sebelum pengajaran adalah persediaan mengajar guru itu sendiri

sebelum pengajaran dilaksanakan. Kebanyakan guru gagal dalam persediaan mengajar ini

dan telah mengakibatkan guru gagal memberikan pengajaran yang lebih berkesan. Masalah

semasa pengajaran pula datangnya dari sikap guru itu sendiri. Mengajar sambil lewa, syok

sendiri, tidak bersedia atau tidak berpengetahuan dan tidak berkemahiran dalam bidangnya,

serta tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menyebabkan pelajar mudah bosan

dengan pengajaran guru tersebut, objektif pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya dan

pelbagai lagi masalah yang akan timbul dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan.

Masalah selepas pengajaran adalah membuat refleksi proses pengajaran dan

pembelajaran yang telah dilaksanakan guru tidak menilai diri sendiri sama ada pengajaran

yang telah dilaksanakan berkesan ataupun tidak. Ini amat penting dalam mengetahui

keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka dan penting bagi guru untuk merancang

pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap pelajar.

Page 3: Farah

MASALAH: MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN

YANG BERKESAN: KUALITI PENGAJARAN

LANGKAH 1: Guru perlu bersedia dengan persediaan mengajar dari segi ABM, rancangan

mengajar serta menetapkan objektif yang perlu dicapai semasa pengajaran dilaksanakan.

Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut:

Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara

eksplisi.t

Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim

matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

Kelebihan Kelemahan

1. Dapat membantu guru menganggar

masa yang diperlukan oleh setiap tajuk

yang akan diajar dengan lebih baik.

2. Guru dapat mengajar dengan yakin dan

akan menyampaikan segala maklumat

yang ingin disampaikan

1. Gagal memberikan pengajaran yang

berkesan

2. Guru gagal mengajar dengan sistematik

dan yakin

Page 4: Farah

LANGKAH 2: Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu

konsep.

Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan yang untuk menguasai sesuatu

kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dikalangan

pelajar.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti

luar kelas.

Kelebihan Kelemahan

1. Pelajar tidak akan mudah bosan dengan

pengajaran guru.

2. Objektif pengajaran akan tercapai.

3. Dapat meningkatkan kefahaman pelajar

terhadap pembelajaran mereka.

1. Kaedah pengajaran dengan

menggunakan komputer tidak dapat

dilaksanakan kerana kekurangan bahan

sokongan di sekolah.

Page 5: Farah

LANGKAH 3: Guru perlu membuat refleksi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebiasaannya pada masa sekarang, tidak ramai guru yang mengenang kembali proses

pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan menilai diri sendiri sama ada

pengajaran yang telah dilaksanakan itu berkesan mahupun tidak. Ini amat penting dalam

mengetahui keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini juga penting bagi guru untuk

merancang pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap pelajar.

Refleksi ini juga digunakan untuk guru melihat perkembangan diri sendiri dalam poses

pengajaran ini. Refleksi dapat dibuat dengan guru merenung kembali proses pengajaran dan

pembelajaran selepas selesai pengajaran, menulis kekuatan dan kelemahan proses pengajaran

dan pembelajaran serta menulis strategi untuk mengatasi kelemahan diri sendiri. Ini akan

mendorong guru tersebut dalam memperbaiki diri sendiri serta meningkatkan keupayaan guru

tersebut dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.

Kelebihan Kelemahan

1. Sebagai rujukan guru.

2. Guru dapat menilai diri mereka sama

ada mereka telah melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan

baik mahupun tidak.

3. Dapat merangka kaedah yang lain

sekiranya kaedah yang digunakan

sebelum ini gagal setelah dilaksanakan.

1.

Page 6: Farah

Berdasarkan ketiga-tiga langkah yang telah dikemukakan, langkah yang terbaik untuk mengatasi

masalah yang dihadapi oleh guru dalam mencapai pengajaran yang berkesan khususnya dalam

aspek kualiti pengajaran adalah:

Penyelesaian terbaik adalah dengan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan:

Pelajar tidak mudah bosan dengan pengajaran guru.

Pelajar dapat belajar dengan sama rata walaupun perbezaan tahap pembelajaran

Guru mendapat kepuasan mengajar apabila pelajarnya memahami maklumat atau

pengajaran yang disampaikan olehnya.

Pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik.

Penyelesaian Terbaik:

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 2 : Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran

Page 7: Farah

Diharapkan agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk tujuan yang lebih

baik. Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai diharap dapat membantu pelajar dalam

memahami sesuatu konsep pelajaran serta memudahkan mereka dalam pembelajaran.

Mengajar yang berkesan adalah agenda utama bagi seseorang guru tersebut.

Keberkesanan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada

kemampuan dan kebijaksanaan guru untuk mentafsir, merancang dan menyampaikan

kandungan pelajaran serta kemampuan guru tersebut untuk membimbing pelajar hingga

tercapai objektif pengajaran yang telah ditentukan.