haji musa ma jinwu: kegiatan pensyarah agama kerajaan ......menganut agama islam; dan (2) memberi...

8
Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan Johor Dalam Zaman Darurat (1953-1959) RAHMAT SARIPAN SINOPSIS Ideologically. the needfor "counter subversion" among the Chinese resettled in the new villages was realised in the state of Johore during the emergency when a Chinese- Muslim. Haji Musa Ma Jinwu was appointed an official preacher of the Islamic faith in 1953. Ma Jinwu's activities were amply documented in a series of letters. minutes and reports deposited in the national Archives. Johor Bahru. His contributions were not only in "talking to the people [Chinese] on the religion" but more importantly. "the teaching of Islam to Chinese Converts" and "liason work required by the Government." An efficient organizer, writer and a good speaker. Ma Jinwu gave his unfailing loyalty to the cause of spreading the Islamic faith not only among his own kind but extended his helping hand in various socio-religious organizations nation-wide well after the Federation of Malaya attained its independence in 1957. PENGENALAN Pihak kerajaan negeri Johor tidak pernah memikirkan kemungkinan seorang Pegawai Agama kerajaan berbangsa Cina bertugas di Pejabat Agama Johor (P.A.J.) untuk menentang da'ayah Komunis di kalangan orang-orang Cina dalam zaman darurat (1948-60). Pada akhir tahun 1952, R.H. Oakley, Setiausaha Hal-Ehwal Cina Persekutuan Tanah Melayu telah bertanya kepada Menteri Besar Johor tentang mengapa pihak kerajaan tidak cuba menjalankan kerja-kerja propaganda agama di kalangan penduduk-penduduk bangsa Cina di pekan-pekan baru. Apabila P.A.J. menimbulkan kemungkinan pihak Hal-Ehwal Cina menghalang kegiatan seumpama itu, ternyata P.A.J. sebaliknya mendapat galakan dari pihak British untuk melaksanakan kegiatan dakwah agama Islam di kalangan orang-orang Cina. Oleh hal yang demikian, Menteri Besar telah mencadangkan supaya dakwah agama Islam dilaksanakan di pekan-pekan baru." Berikutan dengan cadangan Menteri Besar Johor itu, pihak YDP, P.A.J. telah menulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri menyatakan tentang betapa 'mustahaknya dilantik seorang berbangsa Cina (Islam) untuk dijadikan seorang Pegawai Agama Kerajaan Johor. Tugas-tugasnya meliputi : (I) memberi nasihat- nasi hat dan pertolongan yang diperlukan oleh orang-orang Cina yang hendak menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa dharurat ini kepada orang-orang Cina. I P.AJ . 374{52. Sural Menteri 8esar Jahar kcpada Yang dipertua. 22.10.52. Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan Johor Dalam Zaman

Darurat (1953-1959)

RAHMAT SARIPAN

SINOPSIS Ideologically. the needfor "counter subversion" among the Chinese resettled in the

new villages was realised in the state of Johore during the emergency when a Chinese­Muslim. Haji Musa Ma Jinwu was appointed an official preacher of the Islamic faith in 1953. Ma Jinwu 's activities were amply documented in a series of letters. minutes and reports deposited in the national Archives. Johor Bahru. His contributions were not only in "talking to the people [Chinese] on the religion" but more importantly. "the teaching of Islam to Chinese Converts" and "liason work required by the Government." An efficient organizer, writer and a good speaker. Ma Jinwu gave his unfailing loyalty to the cause of spreading the Islamic faith not only among his own kind but extended his helping hand in various socio-religious organizations nation-wide well after the Federation of Malaya attained its independence in 1957.

PENGENALAN Pihak kerajaan negeri Johor tidak pernah memikirkan kemungkinan seorang

Pegawai Agama kerajaan berbangsa Cina bertugas di Pejabat Agama Johor (P.A.J.) untuk menentang da'ayah Komunis di kalangan orang-orang Cina dalam zaman darurat (1948-60). Pada akhir tahun 1952, R.H. Oakley, Setiausaha Hal-Ehwal Cina Persekutuan Tanah Melayu telah bertanya kepada Menteri Besar Johor tentang mengapa pihak kerajaan tidak cuba menjalankan kerja-kerja propaganda agama di kalangan penduduk-penduduk bangsa Cina di pekan-pekan baru. Apabila P.A.J. menimbulkan kemungkinan pihak Hal-Ehwal Cina menghalang kegiatan seumpama itu, ternyata P.A.J. sebaliknya mendapat galakan dari pihak British untuk melaksanakan kegiatan dakwah agama Islam di kalangan orang-orang Cina. Oleh hal yang demikian, Menteri Besar telah mencadangkan supaya dakwah agama Islam dilaksanakan di pekan-pekan baru."

Berikutan dengan cadangan Menteri Besar Johor itu, pihak YDP, P.A.J. telah menulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri menyatakan tentang betapa 'mustahaknya dilantik seorang berbangsa Cina (Islam) untuk dijadikan seorang Pegawai Agama Kerajaan Johor. Tugas-tugasnya meliputi : (I) memberi nasihat­nasi hat dan pertolongan yang diperlukan oleh orang-orang Cina yang hendak menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa dharurat ini kepada orang-orang Cina.

I P.AJ . 374{52. Sural Menteri 8esar Jahar kcpada Yang dipertua. 22.10.52.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

Tokoh agama yang dicalonkan memegang tugas dan peranan seperti di atas ialah seorang guru sekolah Cina yang mempunyai latarbelakang dan pendidikan agama Islam yang baik bemama Haji Musa Ma Jinwu?

LATARBELAKANG DAN PENDIDIKAN Musa Ma Jinwu dilahirkan di negeri China di daerah Yunan pada 2. 2. 1913.

Surat-surat peribadi mengenai Haji Musa Ma linwu terdapat dalam fail-fail State Sectetary (SS) 2048/52, SS 122/52, SS 1248/53/2, SS 178/49 (1-1) di samping fail-fail PAl. Fail ini tidak mengandungi sijil beranak atau sijil pelajaran beliau selain daripada catatan-catatan biodata yang nampaknya diperolehi dari Haji Ma linwu sendiri. J

Menurut keterangan yang dirakamkan oleh YDP, Musa ialah seorang yang berkelulusan Universiti Yunan dalam bidang Ilmu Bahas.a. Setelah itu beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam di Universiti Azhar, Kaherah di Mesir selama sepuluh tahun. Beliau boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab dengan baik di samping bahasa ibundanya. Setelah belajar di Mesir beliau kembali ke negeri China untuk berkhidmat dengan kerajaan Kuomintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek dalam bidang propaganda agama Islam (pada tahun-tahun 1940-an)'

Kira-kira pada akhir tahun-tahun 1940-an, Haji Musa telah dilantik menjadi Timbalan Konsul China di Ipoh, Perak selama dua tahun tetapi telah menjadi seorang guru bahasa Cina dan ilmu Sejarah di sebuah Sekolah Tinggi (bemama Chung Ching Chinese High School) di Singapura setelah kerajaan Kuomintang digulingkan pada tahun 1949. Beliau berkhidmat sebagai guru bahasa itu dari awal lanuari hingga Mei, 1953.'

Umur Haji Musa pada tahun 1953 ialah 40 tahun dan semasa menjadi guru beliau dibayar gaji sebanyak $485/ = sebulan. Beliau telah beristeri dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 10 bulan. YDP telah menyatakan dalam suratnya itu bahawa permohonan Haji Musa untuk menjadi Pegawai Agama Kerajaan lohor telah disokong kuat oleh Mufti, Penolong Mufti dan Kadhi Besar. Akan tetapi gaji yang disyorkan adalah lebih rendah daripada gajinya sebagai guru iaitu cuma $330/ = sebulan mengikut skim Pegawai Agama.6

TUGAS DAN PERANAN OJ P.A.J. Haji Musa M. Jinwu telah dilantik menjadi Pegawai Agama Kerajaan lohor pada

20. 6. 53 tetapi perlantikannya adalah sebagai "a Temporary Religious Officer" (Pegawai Agama Sementara) kerana beliau belum lagi menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.7

Sehari setelah memegangjawatan, Haji Musa memohon pinjaman wang kerajaan untuk membeli sebuah kereta buatan British. Tujuan membeli kereta ialah digunakan bagi menjalankan lawatan dan memberi syarahan kepada penduduk-penduduk "tempatan semula" yang terdiri daripada orang-orang Cina dalam negeri lohor.8

2 Ibid. 3 Keteranpn mensenai latarbelakang riwayat hidup Haji Musa tcrdapat dalam r.il·fail rasmi di Arkib Neaara

Malaysia Cawanpn Setatan. lohor/mclaka. Johor Bahru. 4 P.AJ. 374/52. sural YDP kepaeta SUKJ 15.1.053. oS Ibid. 6 P.AJ. 374/52. sural Pcngetua Chung Ching High School kepada TOP, 4.6.053. Lihat juga "Statutory

Declaration" otch Haji Musa Ma Jinwu, 23.6.053. 7 Perlantikan haji Musa Ma Jinwu telah diluhaskan oleh pihak kerajaan negeri sebagaimana yang temyal. dalam

rail S.U.KJ. 122/53 dan lih" P.A.J. 374/52. sural YDp kepada SUKJ. 4.6.053 memohon pertolongan bcliau untuk mendapalkan sebuah rumah kcrajaan kclas viii bag; haji Musa Ma Jinwu.

8 P.AJ. 374/52. surat Haji Musa Ma Jinwu kepada YDP. 21.6.53. Beliau mcmohon untuk mcmbeli sebuah kcretajenis Morris Minor tctapi akhimya membeli kcrela Austin A40. Pcnnohonan beliau untuk mendapatkan pinjaman kcreta telah disokons kuat olch YDP yanS telah jup. mencadanskan kepada pihak kerajaan supaya beliau di beri elaun perjalan: ..... under motorcar class C in accordance with F.G.O. 253 (eli and 252." Ibid., surat YDP kepad. SUKJ. 23hb. September. 1953.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

Tugas-tugas Haji Musa yang khusus telah disenaraikan seperti berikut:9

(a) Visiting new villages and talking to the people on the religion of Islam. (b) Issuing Chinese literature on Islam. (c) Explaining whenever required, the teaching of Islam to Chinese converts. (d) Making himself availabe for liason work whenever required by the Menteri

Besar or the Government. (e) Some other duties which may be assigned by the President Religious Affairs,

Johore.

Peranan Haji Musa Ma Jinwu telah mendapat pujian dari seorang tokoh Cina (Islam) yang berada di Alor Setar, Kedah sebagaimana katanya:

(a) Haji Musa telah berkhidmat dengan begitu baik di Pejabat Agama, (b) menulis rencana-rencana dalam bahasa Cina mengumumkan tentang

pembinaan Kolej Islam di Kuala Lumpur, dan (c) Haji Musa adalah seorang penulis dan perancang (organizer).

Kenyataan tersebut di atas diasaskan kepada sepucuk surat yang ditulis oleh seorang bernama Haji Ibrahim T.Y.Ma yang menulis: " Dear Tunku Ismail [yDP, P.A.J.]: I am pleased to learn that Haji Musa Ma was engaged through your kind help. I also learn that he is doing quite well and wrote articles in Chinese paper giving a publicity for the Muslim College at K .L." Surat tersebut juga menyatakan ten tang seorang Cina (Islam) bernama Mr. Yaacob Ma Tawoo yang sampai ke Malaya bersama-sama Haji Ibrahim pada tahun 1939. Tetapi pada masa surat itu ditulis, beliau berada di Hongkong dan berusaha sebagai seorang tabib (physician) dalam bidang perubatan Cina. Beliau juga seorang yang warak dan boleh bertutur dalam bahasa Arab. Haji Ibrahim Ma berpendpat bahawa Mr. Yaacob boleh membantu kerajaan Johor menyebarkan agama Islam kerana I) kebolehannya dalam perubatan Cina dan 2) kebanyakan orang-orang Cina di Johor adalah dari suku bangsanya, iaitu suku Kanton yang dikatakannya'hampir 60% daripada jumlah orang-orang Cina di Johor. Haji Ibrahim juga mencatatkan di dalam suratnya (di atas sebelah kanan ): "My son Mustapha is working in J.B. He is also willing to do anything for the Holy Religion when need [sic.] and free of any charge," 10

KEGIATAN SOSIAL AGAMA DALAM KONTEKS MASYARAKAT ISLAM Peranan Haji Musa Ma Jin Wu dalam kegiatan agama Islam secara sukarela

terserlah dalam gerakan menubuhkan "Muslim College of Malaya" yang beribu pejabat (sementara) di No. IS, Jalan Setulang Darat, Johor Bharu. Dalam sepucuk surat yang telah ditulis oleh Setiausaha Kehormat, Jawatankuasa Pusat Penaja Kolej Islam Malaya, Haji Musa Jinwu dikatakan telah dengan ikhlas dan secara sukarela berusaha dan bekerja bersama-sama di dalam beberapa rancangan yang diambil dan dijalankan oleh Jawatankuasa Pusat Penaja Kolej Islam Malaya atas pembinaan kolej tersebut. Kerja-kerja yang dilakukannya termasuklah: (I) melawat beberapa tempat dan memberi syarahan-syarahan agama yang berkesan; (2) memberi perangsang serta semangat kepada orang-orang [sic.] ramai supaya memberi bantuan tenaga maupun kewangan yang sangat-sangat dikehendaki sekarang ini; (3) memberi perkhidmatan yang besar kerana selain daripada kerja-kerja yang di atas, beliau juga telah menjelajah ke negeri-negeri lain seperti Singapura, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. 11

9 P.AJ . 374/52. sural YDp kcpada Raja Musa bin Raja Mahadi. YDP Majlis Agama dan Adal Istiadat Perak. 13.7.53.

10 P.A .l . 374/52. sural Haji Ibrahim T.V. Ma kepada YDP, 28.7.53.} II P.AJ . 374/52, surat Haji Muhammad bin "Amran kepada YDP. 12.11 .53.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

PERANAN MENSYARAHKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DI KALANGAN ORANG-ORANG CINA BUKAN ISLAM

Pada akhir tahun 1953, Yang Dipertua P.A.J. telah ntemberitahu semua Pegawai Daerah dalam negeri Johor tentang seorang Pegawai Cina Islam yang mengerti bahasa Arab dan tahu sedikit sebanyak bahasa Inggeris. Pihak Pegawai Daerah yang memerlukan perkhidmatan beliau untuk memberikan ceramah mengenai Islam di kampung-kampung baru hendaklah membuat "ketentuan" (appoinments) supaya pihak P.A.J. dapat mengaturkanjadual waktu tugasnya. Beliau bukan sahaja bersedia berkhidmat khusus kepada orang-orang Cina tetapi bersedia juga memberikan sebarang penerangan keagamaan kepada orang-orang Melayul2

Nampaknya tumpuan perhatian pegawai agama kerajaan Johor pada peringkat permulaan adalah memperkenalkan agama Islam kepada penduduk-penduduk Cina di negeri Johor. Untuk memberikan kesan yang lebih terhadap tugasnya, beliau telah mengarang sebuah risalah dalam bahasa Cina bertajuk, "Apakah itu Islam"."

Ternyata bahawa Haji Musa sendiri kurang berpuashati dengan sumbangannya yang diberikan kepada pihak kerajaan, lantas beliau menulis kepada Yang Dipertua Pejabat Agama menyatakan: (a) keinginannya supaya diperintahkan bersyarah ke sekolah-sekolah Cina dan tempat-tempat yang patut; (b) hasratnya berusaha merapatkan hubungan persefahaman di antara orang-orang Melayu dengan Cina; dan (e) pandangannya bahawa orang-orang bangsa Cina kurang mengerti kehendak dan dasar kerajaan. Seterusnya beliau merakamkan tentang betapa perlunya orang­orang Cina diberikan fahaman yang lebih supaya mereka menumpukan ta'at setia kepada negeri Johor dan apabila negeri ini merdeka, maka mereka sekalian telah dipujuk dengan persaaan muhibbah, hormat menghormati dan kepereayaan di an tara

. satu dengan yang lain. Justeru kerana itu, tegasnya, dapaUah negeri ini berdiri teguh serta kukuh untuk seterusnya maju di sisi bangsa-bangsa yang berkemajuan dan bertamadun. 14

KECAPAIAN MENYEBARKAN SYIAR AGAMA ISLAM Pada awal tahun 1953, Haji Musa telah melaporkan berjaya mengislamkan

seramai 85 orang Cina, 51 lelaki dan 34 perempuan. Kejayaan ini disebabkan oleh kegiatannya dalam bidang dakwah yang dilakukan menerusi syarahan-syarahan dan penerbitan. Tiga tajuk penerbitan yang telab disenaraikan adalah sepeiti berikut :'(1) Muslim's Food (Makanan Muslim); (2) What Is Islam (Apa Itu Islam); (3) Life of the Prophet Mohamed (Riwayat Hidup Nabi Mohamed). Kesemuanya telah diterbitkan dalam bahasa Cina. 15

Dalam perayaan menyambut maulud Nabi s.a.w., Haji Musa Ma telah diberi kehormatan menyampaikan syarahan dalam bahasa Cina di Johor Bharu dan Batu Pahat. Dalam lawatan Menteri Besar Johor ke Senai dan Kulai, Haji Musa Ma telah ikut serta dan memberikan syarahan dalam bahasa Cina mengenai Islam kepada penduduk-penduduk di situ. Selain daripada syarahan-syarahan di luar, Haji Musa Ma terpaksa berhadapan dengan orang-orang Cina yang datang setiap hari ke pejabatnya untuk menanyakan hal-ehwal agama Islam. Beliau dilaporkan telah menjalankan tugas dengan memuaskan sepanjang separuh kedua tahun 1953. 1

'

Berkenaan dengan kegiatan dakwah di kampung-kampung baru, pihak YDP berharap SUKJ dapat mengingatkan semua Pegawai Daerah (entang hal ini dan

12 PAJ. 374/52. sural YDP kepada Pegawai-pegawai Dacrah (Negeri] Johor, Itll.53. 13 P.AJ. 374/52. risalah Icrcclak dalam bahasa Cina. 8 halaman. I. tho 14 P.AJ. 374/52. sural Hajj.Musa Ma Jinwu kepada YDp. 23.11.53. 15 P.AJ. 374/52. minil YDP kepada SUKJ. 26.1.54. Minit ini ditulis dalam bahasa Inggeris. 16 Ibid ..

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

mengarahkan mereka supaya membuat program lawatan Haji Musa Ma Jinwu ke daerah masing-masing dan kemukakan program itu secepat mungkin ke Pejabat Agama Johor.'7 •

Bagi membalas arahan terse but, Pegawai Oaerah Segamat bernama Encik Abdullah bin Hassan, telah menulis kepada Setiausaha Kerajaan Johor, di antara perkara penting yang disebutkan adalah seperti berikUt:'8

... dalam perkara penerangan yang palut diberikan oleh seorang Cina Muslim pada pendapat [sic. pendapat] saya terlalu mustahak yang [sic.] tcrutama sekali di dalam masa dharurat khasnya bag; kampung-kampung Cina yang dikumpulkan bersama-sama dengan orang Melayu.

Pegawai Oaerah Segamat memahami hakikat bahawa tujuan sebenar mengadakan syarahan agama di kalangan orang-orang Cina kampung-kampung baharu bukanlah hendak "mendesak" yang bermaksud memaksa mereka supaya menganut agama Islam tetapi setakat menerangkan asas-asas agama dan kesucian agama Islam yang tidak memandang bangsa dan rupa bentuk manusia asalkan mereka dapat hidup dengan saksama. ,.

Nampaknya program lawatan Haji Musa Ma Jinwu ini mendapat sambutan yang menggalakan di Muar di samping Johor Baharu. Pegawai Oaerah Muar telah memohon supaya Haji Musa memberikan syarahan di Chai Chee Assembly Hall, Muar pada malam 19. 6. 54 dan siang 20.6.54.20

Setelah menyampaikan kepada kita-kira 60 orang Cina pada pukuI8.00 malam di Chai Chee Hall Muar, nampaknya soal jawab yang men8ikuti syarahan itu juga memuaskan hati Haji Ma Jin. Pegawai Oaetah Encik Sharif juga ada hadhir bersama­sama. Pada keesokan harinya Haji Musa Ma telah menghadhiri jamuan makan tengahari dengan mtrir SeIColah-sekolah Cina Muar. Pada sebelah petangnya Haji ' Musa telah bersyarah di Kelab Malayan Chinese Association (M.C.A.) di Tangkak. Oalam majlis yang kedua ini seramai 40 orang Cina "kenamaan" telah hadhir. Pada malamnya Haji Musa Ma telah makam malam dengan Pegawai Oaerah Muar di rumah Pegawai Oaerah. Haji Musa kembali Ke Johor Bharu pada pukul4.30 petang pada 21.6.54.21

Oi antara 22.6.54 hingga menjelang akhir tahun 1955, nampaknya Haji Musa Ma mendapat banyak undangan untuk memberikan syarahan di merata daerah negeri Johor, malah dalam bulan Ogos 1955, beliau telah dijemput oleh pihak Mufti Kerajaan Ke1antan, Haji Ahmad Maher ke negeri Kelantan selama 6 hari. Syarahan­syarahan Haji Ma Jinwu telah mendapat sambutan "penuh" terutamanya dari orang­orang Cina bandar. Haji Ahmad Maher berpendapat bahawa syarahan-syarahan Haji Musa Ma telah memberi kesan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Kelantan.22

Mufti Kerajaan Kelantan merasa terhutang budi dan seterusnya menanyakan sama ada pihaknya patut menjelaskan sebarang bayaran yang patut dikenakan. YOP telah menulis suatu minit kepada SUKJ mernintanya memberikan pandangan. Nampaknya pihak YDP telah menulis kepada Mufti menyatakan bahawa oleh kerana tambang dari Singapura ke Kelantan telah dijelaskan oleh pihak Mufti Kerajaan

17 Ibid .. 18 S.U.KJ. 2048/52 (13), sural Pegawai Daerah Segamat kepada Sukj, 28.3.54. . 19 Ibid .. Pegawai Daerah Scgamat berjanji dalam suratnya itu bahawa beliau akan mmghantarkan rancangan

law.tan Haji Ma Jinwu Icrus Itcpada Pejabat Agam • . Libat P.AJ. 374/52, sural Pegawai Daerah Segamat kepada YDP, 6.4.54 yangmemohon supaya Haji Musa dihantar ke eha'ah, Labis. Jementah dan Buluh Kasap . . lihat 374152, sural YDP kepada PDS, 12.4.54, Lawatan ke Sepmal lelah ditangguhltan kerana bulan puasa. lihal P.AJ. 374152, sural P.D.S. kc:pada YDP, 29.4.54.)

20 P.AJ. 374152, sural Pegawai Oaerah Mliarkepada YDp, 12S54dansural YDP kepada Pepwai Dactah Muar, 5.6.54.

21 P.A.J. 374/52, sural Haji Musa rna Jinwu kepada YDP. 22.6.54. 22 P.AJ. 374/52, surat Muni Kerajaan Kelantan kepada YDP, 25.8.55.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

(Gambar Haji Musa Ma Jinwu sedang berucap dalam bahasa Cina sempena perayaan menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammas s.a.w. di Padang Bangunan Mahkamah Johor baharu. Khamis 12 Rabi'ul Awal1373 HijrahjDisember, 1953. Sumber: MajaJah Qalam, Bi!. 41, Disember, 1953.)

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

Kelantan, maka tiada apa-apa lagi bayaran perlu dijelaskan olch kerajaan Kelantan kerana pihak P.A.l. membayar eluan perjalanan kepada Haji Musa Ma.23

Kegiatan-kegiatan memberikan syarahan agama_bertambah ban yak menjelang 1957. Kereta yang dibelikan atas pinjaman kerajaan negeri lohor selalu memberikan masalah. Kesihatan beliau kerap terganggu. Permohonan bercuti sakit diluluskan di sam ping memberikan pinjaman untuk membeli sebuah kereta baru. Berhubung dengan tugas memberi syarahan yang memerlukan kenderaan kereta YDP menulis: 24

Recommended: it is essential that he should poKss a car for the efficient perfonnance of his duties which entail him to visit various villages in the state in order to give religious lectures to Chinese people especially during the emergency. He has to take among along with him 2 or 3 officers when visting the new villages. His monthly millage is more than 200 miles per month.

Tugas Haji Musa Ma linwu bertambah berat dan meluas menjelang tarikh kemerdekaan (3Ihb. ·Ogos; 1957). Tugas menjadi pegawai agama kerajaan lohor bertambah sukar apabila beliau terpaksa mempelajari bahasa Melayu sebagaimana yang temyata dalam sepucuk surat yang ditulis bagi pihak Yang Dipertua:"

Tuan dikehendaki belajar bahasa Mclayu mengikut aturan bekerja dalam negeri ini dan luan akan diperiksa berkenaan dcngan ioi sebelum tuan mendapat tambahan gaji pada tahuo yang akan datang. [19581 2) Tuan tiada akan dinaikkan gaji sekiranya tuan tidak lulus dalam peperiksaan dalam bahasa

Melayu.

Peranan Haji Musa Ma linwu bertambah meluas apabila beliau bergerak cergas dalam kegiatan "counter subversion" yang melibatkan penuiisan dan penyebaran :mku-buku anti-Komunisisme di kalang orang-orang Cina!"

Di samping itu beliau bergiat menubuhkan pertubuhan-pertubuhan orang-orang Cina Islam yang beribu pejabat di lohor Bahru sejak 1955. Matlamatnya adalah untuk mengawal dan menjaga .dan meluaskan lagi bangsa Cina masuk Islam. Haji Musa berperiman sebagai Setiausaha Kehormat pertubuhan tersebut dan diberi tanggungjawab merangka undang-undang tubuhnya. KeperJuan menubuhkan jameah di kalangan orang-orang Cina Islam telah dirasakan apabila jumlah mereka yang memeluk agama Islam telah mencapai sekitar angka 200 orang.27

Menjelang akhir zaman dharurat iaitu di sekitar tahun 1959, nampaknya tidal< begitu banyak surat-surat yang mengandungi maklumat mengenai kegiatan mcndakwahkan agama Islam di kalangan orang-orang Cina. Sebaliknya terdapat keterangan mengenai masa\ah kenaikan pangkat dan kesihatan beliau yang kurang memuaskan.

Haji Musa Ma linwu telah beberapa kali diingatkan supaya mempelajari bahasa Melayu. Misalnya, suatu surat dari PRA merninta Haji Musa memberi tahu bilakah tarikh yang sesuai untuk mengadakan peperiksaan bahasa Melayu.2 •

Tidak terdapat rekod yang menunjukkan Haji Musa telah lu1us dalam peperiksaan bahasa Mclayu yang membolehkan be1iau mendapat kenaikan gaji. Sebaliknya pada tahun 1958, beliau telah didapati uzur dan dinasihatkan supaya mcngambil cuti sakit setelah berjumpa doktor. Haji Musa kembali aktifmenjalankan tugas sebagai pensyarah agama tetapi pada akhir tahun 1958 beliau telah melakukan

·23 P.AJ. 374/52, sural YOP kcpada Mufti Kelantan. 30.8.55. 24 P.AJ. 214/52.

2S P.AJ . 747. bi!. 113. sural Osman AbduJ Wahab kcrane YOP lr.epada Haji Musa Ma Jinwu, 26hb. Fcbroari. 1957. 26 P.AJ. &49, surat YDP kepada Penserusi Counter Subversion Committee d/a Deputy Menteri Besar's Omoc.Johor

Bahan<. 27 pAJ 245, Surat Haji Musa kepada PRA, 9 Disember. 1955. 28 P.AJ. 314/52. sural yop lr.epada Haji Musa Ma linwu 25.8.58; perinptan (137) dalam 1·38; dan peringatan kedua (131)

daJam 140.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Haji Musa Ma Jinwu: Kegiatan Pensyarah Agama Kerajaan ......menganut agama Islam; dan (2) memberi syarahan-syarahan di kampung-kampung baharu di seluruh negeri Johor di dalam masa

kesilapan dan terpaksa membayar lima hari gaji sebab meninggalkan kerja selama lima hari tanpa mengambil cuti " .. . kerana terlajak ambil cuti sehingga 5.1.59 sepatutnya 30.12.58."29 .

Haji M usa telah merakamkan rasa dukacita beliau kerana melakukan kesalahan seumpama itu lantas menegur pihak P AJ: " ... tentulah perkara semacam itu patut saya diberi amaran sahaja dahulu dan tidaklah dirninta saya membayar gaji yang saya tidak datang kerana tersilap ... "30

PENUTUP Penulis ini telah cuba mencari keterangan lanjut mengenai kegiatan Haji M usa

Ma linwu seterusnya di dalam fail-fail P.A.l . dan lain-lain dokumen resmi di negeri lohor tetapi temyata bahawa perkhidmatannya sebagai pensyarah agama tidak ketara selepas tahun 1959.

Peristiwa sejarah kegiatan seseorang dalam membangunkan kehidupan beragama dapat dilihat pada peranan Haji Musa Ma linwu di Pejabat Agama lohor dari 1953 hingga 1959. Namun begitu Cugas dan tanggungjawab Haji Musa sangat terhad kerana kedudukannya sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan pentadbiran. lusteru kerana itu beliau telah mengambil daya usaha bergiat juga dalam badan-badan sukarela dalam konteks masyarakat Islam yang lebih luas, bukan sahaja untuk negeri di mana beliau berkhidmat. Tetapi di negeri-negeri lain di semenanjung. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, Haji Musa Ma linwu telah menghadapinya dengan tabah dan berhasil mengislamkan sekitar 200 orang Cina dan menggiatkan pertubuhan atau jameah yang khususnya memperjuangkan kepentingan golongan Cina-Islam.

SINGKATAN

P.A.l. P.D.M. P.D.S. PRA SSJ SUKl t.th YDP

Pejabat Agama lohor Pegawai Daerah, Muar Pegawai Daerah, Segamat President, Religious Affairs State Secretary, lohore Setia Usaha Kerajaan lohor Tanpa tarikh Yang Di Pertua

29 P.AJ. 374/52. sural YDP kepada Haji Musa Ma Jinwu. 12. 1.59. 30 P:AJ . 374/52. sural Haji Musa Jinwu kepada YDP. 13.1.59. namun begitu Haji Musa te1ah berscluju SUp.;iya gajinya

dlpolong selama 4 hari sepertimana temyata dalam minit 12.1.59.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia