hal a tuju pengajian komunikasi dan media di malaysia

106
Hala tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia Department of Higher Education Ministry of Higher Education Malaysia Floor 1-3, Block E9, Complex E, Presint 1 Federal Government Administration Center 62505 Putrajaya, Malaysia Tel: 603 8883 5999 Fax: 603 8889 4119 Email: [email protected] Website: www.mohe.gov.my Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia Tel: 603 8921 5321 Fax: 603 8925 4575 Email: [email protected] Website: www. ukm.my/penerbit Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi

Upload: lyliem

Post on 12-Jan-2017

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Hala tu

ju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Department of Higher EducationMinistry of Higher Education MalaysiaFloor 1-3, Block E9, Complex E, Presint 1Federal Government Administration Center62505 Putrajaya, Malaysia

Tel: 603 8883 5999Fax: 603 8889 4119Email: [email protected]: www.mohe.gov.my

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia

Tel: 603 8921 5321Fax: 603 8925 4575Email: [email protected]: www. ukm.my/penerbit

Jabatan Pengajian TinggiKementerian Pengajian Tinggi

Page 2: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

i

HALA TUJU

Pengajian Komunikasidan Media di Malaysia

Page 3: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

i i

Page 4: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

iii

Disediakan olehMajlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi

(COHECS)

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi

Putrajaya • 2010

HALA TUJU

Pengajian Komunikasidan Media di Malaysia

Page 5: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

i v

Cetakan Pertama / First Printing 2010Hak cipta / Copyright 2010

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dalam terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untukpengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebihdahulu daripada Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any formor by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any

information storage and retrieval system, without permission in writing fromDepartment of Higher Education, Ministry of Higher Education, Malaysia.

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byPENERBIT UNIVERITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysiahttp://www.ukm.my/penerbit

e-mel: [email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Majlis Ketua-Ketua Pengajian KomunikasiHala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia / disediakan oleh MajlisKetua-Ketua Pengajian Komunikasi (COHECS).ISBN 978-983-3663-57-61. Communication--Study and teaching (Higher)--Malaysia. 2. Mass media--Studyand teaching (Higher)--Malaysia. 3. Education, Higher--Malaysia--Evaluation.1. Judul.302.230711

Laporan ini diterbitkan oleh Penerbit UKM untukJabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

This report is published by UKM Press forDepartment of Higher Education, Ministry of Higher Education Malaysia.

Page 6: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

v

K A N D U N G A N

Senarai Jadual dan Rajah ... ixPrakata ...xiPenghargaan ... xiiiSenarai Ahli Jawatankuasa ...xvLatar belakang Majlis Ketua-KetuaPengajian Komunikasi (COHECS) ... xviiRingkasan Eksekutif... xxiii

BAB 1 Pendahuluan ... 11.1 Pengenalan ... 11.2 Matlamat ... 21.3 Objektif ... 21.4 Metodologi ... 2

BAB 2 Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa ... 42.1 Penawaran pengajian komunikasi

dan media di IPTA Malaysia masa kini ... 42.2 Kekuatan dan kelemahan struktur

dan kandungan pengajiankomunikasi dan media ... 19

2.3 Cabaran dan peluang dalampengajian komunikasi dan media ... 20

2.4 Isu-isu dalam hubungan industridengan pendidikan pengajiankomunikasi dan media ... 20

BAB 3 Cadangan Masa Depan ... 223.1 Cadangan ... 223.2 Niche Pengajian Komunikasi

dan Media IPTA ... 223.3 Struktur Kurikulum ... 23

Page 7: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

v i

3.4 Latihan Industri/Amali ... 233.5 Latihan Ilmiah ... 263.6 Industrial Attachment untuk pensyarah ... 263.7 Membina jaringan industri-universiti ... 273.8 Global dan Pengantarabangsaan ... 303.9 Kerjasama antara universiti

(dalam dan luar Negara) ... 313.10 Infrastruktur dan sumber manusia ... 333.11 Modul Strategi, Patriotisme dan

Inovasi (SPIN) ... 34

BAB 4 Pelan Tindakan ... 374.1 Keterbatasan laporan ... 374.2 Pelan tindakan ... 374.3 Rumusan ... 40

BAB 5 Kajian Penempatan dan KebolehterimaanKerja (Employability) Graduan Komunikasidan Media ... 415.1 Pengenalan ... 415.2 Permasalahan kajian ... 415.3 Tujuan kajian ... 425.4 Objektif kajian ... 425.5 Rasional kajian ... 425.6 Kepentingan kajian ... 425.7 Ruang lingkup kajian ... 435.8 Metodologi kajian ... 435.9 Pengumpulan data ... 455.10 Pra uji dan ujian reliabiliti ... 46

BAB 6 Hasil Kajian Kuantitatif ... 476.1 Pengenalan ... 476.2 Latar belakang responden ... 476.3 Analisis deskriptif ... 586.4 Ujian korelasi antara beberapa

pembolehubah terpilih ... 666.5 Rumusan ... 68

Page 8: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

vii

BAB 7 Temubual Majikan ... 697.1 Pengenalan ... 697.2 Soalan temubual mendalam ... 697.3 Hasil kajian ... 707.4 Rumusan ... 88

BAB 8 Perbincangan, Implikasi, Cadangan danPenutup ... 908.1 Pengenalan ... 908.2 Perbincangan hasil kajian

survei dan implikasi ... 908.3 Cadangan ... 928.4 Batasan kajian ... 948.5 Penutup ... 94

Lampiran 1 ... 97

Rujukan ... 105

Page 9: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

viii

Page 10: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

i x

Senarai Jadual dan Rajah

Jadual 5.1 Pecahan responden dan majikan ... 44Jadual 5.2 Pecahan responden mengikut keperluan

pembolehubah ... 45Jadual 5.3 Ujian Reliabiliti ... 46Jadual 6.1 Tahun tamat pengajian ... 54Jadual 6.2 Cadangan kepada orang lain ... 55Jadual 6.3 Ujian korelasi keberkesanan pembelajaran ... 67Jadual 6.4 Ujian korelasi antara pembolehubah terpilih

dengan kepuasan kerjaya ... 67

Rajah 3.1 Proses latihan amali dan maklum balas pembaikan ... 24Rajah 3.2 Proses dan hala tuju pendidikan pengajian komunikasi

dan media di Malaysia ... 28Rajah 3.3 Komponen pendidikan dan pengajian komunikasi dan

media serta ruang lingkup kerjaya ... 29Rajah 3.4 Faktor mempengaruhi keberkesanan dan pemantauan

program serta P-P ... 33Rajah 6.1 Taburan responden mengikut zon ... 47Rajah 6.2 Jantina responden ... 48Rajah 6.3 Umur responden ... 48Rajah 6.4 Etnik responden ... 49Rajah 6.5 Agama responden ... 49Rajah 6.6 Pendidikan responden ... 50Rajah 6.7 Tempat tinggal responden ... 50Rajah 6.8 Status perkahwinan responden ... 51Rajah 6.9 Universiti bergraduat ... 51Rajah 6.10 Pendapatan responden ... 52Rajah 6.11 Kelayakan responden ... 52Rajah 6.12 Pengkhususan ... 53Rajah 6.13 Penajaan ... 54Rajah 6.14 Kesesuaian bidang pengajian dengan pekerjaan ... 56Rajah 6.15 Kesesuaian kerjaya dengan jantina ... 56Rajah 6.16 Kesesuaian kerjaya dengan pendapatan ... 57Rajah 6.17 Pengkhususan bidang berdasarkan jantina ... 58

Page 11: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

x

Rajah 6.18 Tahap kepuasan terhadap kurikulum ... 59Rajah 6.19 Tahap sistem penilaian ... 60Rajah 6.20 Maklumat kerjaya ... 61Rajah 6.21 Pandangan mengenai tenaga pengajar ... 61Rajah 6.22 Pandangan tentang kemudahan prasarana ... 62Rajah 6.23 Kemahiran/pengetahuan yang diperoleh dari

pengajian universiti ... 63Rajah 6.24 Keberkesanan sistem pengajian Diploma/

Ijazah Sarjana Muda dengan kesediaan diri ... 64Rajah 6.25 Persepsi nilai keupayaan dengan kemampuan

dalam melaksana pekerjaan ... 64Rajah 6.26 Aplikasi pengetahuan di universiti dalam pekerjaan ... 65Rajah 6.27 Penilaian dan tahap kepuasan terhadap

pekerjaan sekarang ... 66Rajah 8.1 Proses sistem pembelajaran pelajar pengajian

komunikasi dan media ... 93

Page 12: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

x i

Prakata

Laporan Hala Tuju Pengajian Media dan Komunikasi ini terbahagi kepadadua bahagian. Bahagian pertama ialah Laporan Hala Tuju yang dihasilkanberdasarkan perbincangan di kalangan ahli-ahli Majlis Ketua-ketua PengajianKomunikasi (COHECS) peringkat IPTA yang bertemu beberapa kali mulaiNovember 2006 untuk meneliti kedudukan pendidikan dan pengajiankomunikasi dan media di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berasaskanlaporan bertulis dan lisan mengenai program pengajian di universiti masing-masing.

Di samping itu, maklum balas industri dan majikan terhadap prestasipelajar semasa latihan amali/industri juga turut dianalisis. Komen-komendan cadangan dari pakar industri yang dijemput sebagai penceramahjemputan di IPTA serta pertemuan COHECS-Pengamal Media dalam satuMajlis Dialog yang diatur oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi pada 23November 2007 telah dianalisis dan pandangan-pandangan telah disertakandalam laporan tersebut.

Bahagian kedua laporan membentangkan hasil penyelidikan yangdijalankan oleh ahli Majlis dalam COHECS and beberapa ahli akademikdari setiap institusi. Penyelidikan yang bertajuk “Kajian Penempatan danKebolehterimaan Kerja (Employability) Graduan Komunikasi dan Media”tajaan Kementerian Pengajian Tinggi melalui Institut PenyelidikanPendidikan Tinggi Negara (IPPTN) ini telah dilaksanakan dalam tempohsembilan bulan mulai Mei 2009 hingga Januari 2010. Hasil kajian yangdibentangkan merangkumi data yang dikumpul dari 575 graduankomunikasi dan media yang sedang bekerja sekarang serta maklum balastemubual daripada 60 orang majikan dari organisasi media dan komunikasiseluruh negara. Hasil kajian yang diperoleh mampu memberi gambarantentang kepentingan bidang komunikasi dan media, persepsi tentang sistempembelajaran dan pengajian bidang tersebut di IPTA, maklum balas paramajikan, persepsi graduan terhadap bidang pekerjaan yang diceburi merekaserta tahap kepuasan mereka terhadap sistem pembelajaran dan pengajianyang mereka lalui di IPTA. Laporan ini memberi banyak implikasi terhadaphala tuju dan perancangan pengajian bidang komunikasi dan media di masaakan datang.

Faridah IbrahimMus Chairil SamaniNormah Mustaffa

Page 13: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xii

Page 14: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xiii

Penghargaan

Majlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi (COHECS) ingin merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian PengajianTinggi Malaysia (KPTM) dan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara(IPPTN) terutamanya Ketua Pengarah JPT, KPTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. RadinUmar Radin Sohadi, dan mantan Ketua Pengarah JPT, KPTM, Prof. DatukDr. Hassan Said, Pengarah IPPTN Prof. Morshidi Sirat dan Pengarah,Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, IPT, Prof. Dr. RujhanMustafa, yang telah memberi kuasa dan kepercayaan kepada COHECS untukmengawasi kepentingan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan danpembangunan pengajian komunikasi dan media peringkat IPT di Malaysiadan seterusnya menjalankan penyelidikan bertajuk “Kajian Penempatan danKebolehterimaan (Employability) Kerja Graduan Komunikasi dan Media”[Kod UKM: SK/11/2009/GLKK].

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada semua ahli akademikdan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia,Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya,Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti MalaysiaSabah dan Universiti Sains Islam Malaysia, Kementerian-kementerian, parapengamal dan majikan dari industri media dan komunikasi, organisasi-organisasi yang berkaitan dengan komunikasi, para graduan media dankomunikasi dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidaklangsung dalam penyediaan Laporan Hala Tuju dan penyelidikan ini.

Sesungguhnya Laporan Hala Tuju dan hasil kajian mengenaipenempatan dan kebolehterimaan kerja graduan komunikasi dan mediaini adalah suatu usaha padu yang berpotensi membantu ke arah perancanganpengajian media dan komunikasi di negara ini secara lebih mantap danterarah.

Page 15: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xiv

Page 16: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xv

Senarai Ahli JawatankuasaMajlis Ketua-Ketua Pengajian Komunikasi (COHECS)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim (UKM)(Ogos 2006 – 9 Jun 2009)Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani (UKM)(mulai 10 Jun 2009 hingga kini)

Timb. Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd. Adnan Hashim (UiTM)(mulai 11 Februari 2007)Prof. Madya Illias Md. Salleh(Ogos 2006 – 10 Februari 2007)

Bendahari : Prof. Madya Dr. Adnan Hussein (USM)

Setiausaha I : Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani(Sekretariat – UKM)

Setiausaha II : Dr. Normah Mustaffa(Sekretariat – UKM)

Ahli : Prof. Madya Dr. Asiah Sarji(Sekretariat – UKM)

Wakil setiap IPTA:

Prof. Madya Dr. Adnan HusseinDekanPusat Pengajian KomunikasiUniversiti Sains Malaysia

Prof. Dr. Azizah HamzahKetuaJabatan Pengajian MediaFakulti Sastera dan Sains SosialUniversiti Malaya

Page 17: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xvi

Prof. Madya Dr. Mohd. Adnan HashimDekanFakulti Komunikasi dan Pengajian MediaUniversiti Teknologi MARA

Prof. Madya Dr. Siti Zobidah OmarKetuaJabatan KomunikasiFakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Prof. Madya Dr. Che Su MustaffaKetuaJabatan KomunikasiFakulti Komunikasi dan Bahasa ModenUniversiti Utara Malaysia

Prof. Madya Dr. Azimuddin IbrahimKetuaJabatan KomunikasiKulliyah Islamic Revealed Knowledge and Human SciencesUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Prof. Madya Mazni BuyongKetuaProgram KomunikasiFakulti Kepimpinan dan PengurusanUniversiti Sains Islam Malaysia

Puan Malia TaibiKetuaProgram KewartawananFakulti Sains SosialUniversiti Malaysia Sarawak

Encik Syahruddin Hj. Awang AhmadKetuaProgram KomunikasiSekolah Sains SosialUniversiti Malaysia Sabah

Page 18: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xvii

Latar BelakangMajlis Ketua-Ketua Pengajian Komunikasi (COHECS)

Majlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi atau Council for Heads ofCommunication Studies (COHECS) telah ditubuhkan di bawah naunganKementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai Ogos 2006 dan bertindaksebagai badan rujukan mengenai bidang pengajian komunikasi dan mediauntuk KPT. Pelantikan Pengerusi adalah berdasarkan cadangan ahli-ahliterdiri daripada Dekan/Pengerusi/Ketua yang mengetuai Fakulti/Pusat/Sekolah/Jabatan Komunikasi dan Media dari IPTA. Pengerusi COHECSpertama yang dilantik oleh KPT ialah Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim (mulai17 November 2006 hingga 9 Jun 2009) dari Pusat Pengajian Media danKomunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UniversitiKebangsaan Malaysia. Mulai 10 Jun 2009, Pengerusi COHECS ialah Prof.Madya Dr. Mus Chairil Samani, yang merupakan Pengerusi Pusat PengajianMedia dan Komunikasi, FSSK, UKM yang menggantikan tempat Prof.Madya Dr. Faridah Ibrahim.

Objektif COHECS

1. Mengenal pasti hala tuju pengajian komunikasi dan media.2. Mengenal pasti status kedudukan pendidikan dan pengajian

komunikasi dan media di masa kini.3. Mengenal pasti pembangunan pendidikan dan pengajian komunikasi

dan media.4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan struktur dan kandungan

pengajian komunikasi dan media.5. Mengenal pasti cabaran dan peluang dalam pengajian komunikasi dan

media.6. Mengenal pasti isu dalam hubungan industri/latihan amali.7. Mencadangkan langkah-langkah proaktif yang perlu diambil oleh IPTA8. Merangka pelan dan tindakan hala tuju pengajian komunikasi dan

media di peringkat negara dan antarabangsa.

Bagi menepati keperluan KPT dan memantapkan lagi fungsi COHECS,maka COHECS telah mengenal pasti terma rujukan seperti berikut:

Page 19: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xviii

Terma Rujukan COHECS

Jawatankuasa Pasukan Bertindak Program Media dan Komunikasi Massadi IPT adalah badan yang diberi kuasa oleh Kementerian bagi mengawasikepentingan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunanbidang Media dan Komunikasi Massa di IPT Malaysia. Oleh itu, badan iniadalah badan rujukan untuk mendapatkan pandangan, nasihat atauperundingan dalam perkara-perkara seperti berikut:1. memberi pandangan dan nasihat dalam sebarang perkara yang

berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan mediadan komunikasi massa yang boleh memberi implikasi terhadap dasardan sistem pendidikan media dan komunikasi massa secara makro sertakerjaya graduan yang dihasilkan;

2. menyediakan wakil ke mana-mana perundingan dan proses buatputusan sama ada di peringkat dalam negara atau luar negara yangboleh memberi implikasi terhadap kedudukan pendidikan media dankomunikasi massa di Malaysia dan masa depannya, sama ada secaralangsung atau tidak;

3. menyediakan maklumat terkini aktiviti pengajaran dan pembelajaran,penyelidikan dan pembangunan bidang media dan komunikasi massadi IPT dari semasa ke semasa;

4. menyedia dan membangunkan pangkalan maklumat sumber manusiamedia dan komunikasi massa (direktori pakar pensyarah, penyelidikan,felo, tenaga pengajar dan lain-lain) termasuk bahan penerbitan (buku,jurnal, artikel, tesis dan lain-lain) sama ada dalam bentuk bercetakatau digital yang dihasilkan oleh IPT untuk KPT;

5. mencadangkan pindaan dan perubahan kurikulum bidang media dankomunikasi massa dan yang berkaitan dengannya di IPTA kepada KPTuntuk memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi kehendak dankeperluan pasaran pekerjaan dan industri;

6. mengenal pasti dan mencadangkan bentuk latihan, pembangunanpendidikan dan kemahiran dalam bidang media dan komunikasi massadi IPTA;

7. mengenal pasti dan mencadangkan kepada KPT kaedah serta bentukprogram kerjasama antara IPT (IPTA dan IPTS) bagi tujuan perkongsiankemudahan, sumber dan kepakaran;

8. mengenal pasti dan mencadangkan kepada KPT bentuk hubungankerjasama antara IPTA dengan pihak industri khususnya dalam R&D,latihan industri untuk pensyarah dan pelajar-pelajar bidang Media dankomunikasi massa;

9. mengkaji, merangka dan mencadangkan pelan pembangunan tenagapengajar bidang media & komunikasi massa di IPTA dan seterusnyamemperkasakan profesion dalam bidang media dan komunikasi massadi negara ini; dan

Page 20: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xix

10. mengkaji dan memantau program-program media dan komunikasimassa luar negara melalui lawatan penanda aras di universiti-universitiulung dan ternama untuk diselaraskan di peringkat tempatan agarbidang media dan komunikasi massa di negara ini adalah sentiasa terkinidan berdaya saing.

Laporan hala tuju pengajian komunikasi dan media adalah untukmeneliti kedudukan pendidikan dan pengajian komunikasi dan media diinstitusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan mengkaji maklum balas graduandan majikan melalui kajian empirikal mengenai penempatan dankebolehterimaan kerja graduan dalam bidang ini.

Lima objektif telah dibentuk seperti berikut:

1. Mengenal pasti tanggapan graduan tentang keberkesanan prosespembelajaran yang diperoleh di universiti dengan keperluan bidangkerjaya mereka.

2. Mengenal pasti peranan dan penglibatan graduan media dankomunikasi dalam industri berkenaan.

3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian danpemilihan graduan media dan komunikasi oleh pihak majikan.

4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, peluang dan cabaran graduanmedia dan komunikasi.

5. Mengenal pasti usaha pembaikan dari segi pengisian kursus yang perluditambah.

Penemuan Utama Hasil Perbincangan Hala Tuju:

1. Semua program komunikasi dan media dikehendaki menawarkan 120kredit atau lebih bagi tempoh antara 3-4 tahun untuk memantapkanpengajian komunikasi dan media yang merangkumi komponen teori,falsafah dan profesional.

2. Setiap IPTA memastikan penawaran kursus-kursus baru yangmempunyai pengisian dimensi global dan membentuk mekanisme yangboleh menerapkan pemahaman, pengalaman dan kesedaran global.

3. Semua IPTA bergabung tenaga untuk mengadakan aktiviti peringkatantarabangsa secara bersama dengan IPT/industri antarabangsa.

4. IPTA menggalak staf akademik dan pelajar sertai pertandingankomunikasi dan media di peringkat antarabangsa.

5. Disegerakan latihan kepada pensyarah bagi menyediakan merekakepada pemikiran global agar lebih bersedia dalam pendidikan pelajarantarabangsa.

Page 21: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xx

6. Disegerakan pengisian struktur kursus mengandungi komponenkritikal iaitu strategi, patriotisme dan inovasi (SPIN).

7. Disegerakan penerapan kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggerisdan latihan kemahiran insaniah di kalangan pelajar komunikasi danmedia.

8. Diwajibkan pelajar pengajian komunikasi dan media menjalani latihanindustri/amali di luar (sama ada dalam atau luar negara) selama tigahingga enam bulan untuk memantapkan komponen profesional daninovasi.

9. Ekoran daripada tempoh latihan industri yang dipanjangkan, makadisarankan KPT membuat usulan dari segi pembiayaan PTPTN untukmembantu pelajar semasa menjalani latihan industri/amali.

10. MoU antara KPT, IPTA dan Industri disegerakan untuk menjaminpenempatan latihan industri pelajar dan komitmen industri agar latihanyang diberikan kepada pelajar semasa latihan industri adalah sempurnadan bermutu.

11. Pihak industri yang mengadakan MoU dengan KPT dalam programlatihan industri akan diberi pengecualian cukai atau insentif lain bagiperuntukan kewangan yang dikeluarkan untuk program latihanindustri ini.

12. Para pensyarah yang tiada latar belakang pengalaman profesionaldiwajibkan mengikuti program penempatan industri atau attachmentbagi meningkatkan ilmu dan kemahiran profesional.

13. Mempertingkat pembabitan industri dalam akademik melaluipengwujudan kursi-kursi ilmu komunikasi dan media, perkongsianpengalaman melalui ceramah serta kerjasama rapat melalui pelantikanfelo tamu, felo akademik, karyawan tamu, profesor pelawat dan profesoradjung.

14. KPT juga perlu memikirkan penubuhan sebuah Universiti Komunikasidan Media di Malaysia.

Penemuan utama Hasil Kajian Penempatan dan Kebolehterimaan Kerja:

1. Sebahagian besar majikan dan graduan yang sudah bekerja di organisasimedia dan komunikasi berpendapat ilmu dan kemahiran yangdiperoleh di universiti adalah relevan dengan bidang tugas yang merekaceburi.

2. Untuk memantapkan kebolehan graduan dan meningkatkankebolehterimaan serta kebolehpasaran graduan komunikasi dan media,para majikan mencadangkan disegerakan usaha meningkatkan tahapkemahiran bahasa Inggeris dan bahasa ketiga di kalangan mereka.

3. Disegerakan juga latihan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikaldi kalangan pelajar bidang ini.

Page 22: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xxi

4. Universiti dicadangkan meningkatkan tempoh latihan industri/amalipara pelajar komunikasi dan media antara tiga hingga enam bulan agarlatihan yang diikuti di industri lebih mendalam dan mantap.

5. Universiti digalakkan mengambil pengamal media dan komunikasiuntuk menjadi pensyarah atau sebagai penceramah profesional.

6. Universiti disarankan mewajibkan latihan industri atau attachment diorganisasi media dan komunikasi untuk pensyarah yang tiadapengalaman profesional.

7. Graduan bidang komunikasi dan media dari universiti tempatanmempunyai kelebihan dari segi pengetahuan mengenai undang-undang, etika dan tanggungjawab serta peka tentang budaya, situasipolitik dan ekonomi negara ini berbanding dengan graduan luar negara.

8. Faktor penting untuk meningkatkan kebolehpasaran graduankomunikasi dan media ialah mempertingkatkan kemahiran bahasaInggeris dan bahasa ketiga, keterampilan diri, keyakinan diri,kemahiran menulis, sikap yang proaktif dan inovatif, peka terhadaphal ehwal semasa, mempunyai tambahan ilmu selain daripada bidangmedia dan komunikasi, penampilan dan sahsiah diri yang baik sertamempunyai kemahiran analitikal dan kritikal.

9. Pesaing utama graduan media dan komunikasi tempatan ialah graduandari luar negara dan IPTS dalam bidang yang sama, dan graduan daribidang lain dari dalam dan luar negara.

10. Perlu sesuaikan penawaran kursus dengan kehendak industri dankurikulum disemak semula mengikut keperluan persekitaran.

11. Empat faktor yang dikenal pasti oleh graduan sebagai penting danmempunyai kaitan dengan kepuasan mereka di tempat kerja ialahkemahiran yang diperoleh, keberkesanan sistem pengajian, kebolehanmengguna pengetahuan, dan keupayaan melaksanakan tugasberdasarkan ilmu yang diperoleh di universiti.

12. Kemudahan prasarana dan tenaga pengajar di universiti juga merupakanfaktor penting yang meningkatkan kepuasan para graduan di tempatkerja.

13. Bidang komunikasi dan media dicadangkan menjadi bidang yangkritikal kerana ianya amat penting untuk pembangunan negara danperubahan minda masyarakat.

Page 23: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xxii

Page 24: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xxiii

Ringkasan Eksekutif

Laporan hala tuju pengajian komunikasi dan media adalah untuk menelitikedudukan pendidikan dan pengajian komunikasi dan media di institusipengajian tinggi awam (IPTA) dan mengkaji maklumbalas graduan danmajikan melalui kajian empirikal mengenai penempatan dankebolehterimaan kerja graduan dalam bidang ini.

Lima objektif telah dibentuk seperti berikut:

1. Mengenal pasti tanggapan graduan tentang keberkesanan prosespembelajaran yang diperoleh di universiti dengan keperluan bidangkerjaya mereka.

2. Mengenal pasti peranan dan penglibatan graduan media dankomunikasi dalam industri berkenaan.

3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian danpemilihan graduan media dan komunikasi oleh pihak majikan.

4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, peluang dan cabaran graduanmedia dan komunikasi.

5. Mengenal pasti usaha pembaikan dari segi pengisian kursus yang perluditambah.

Penemuan Utama Hasil Perbincangan Hala Tuju:

1. Semua program komunikasi dan media dikehendaki menawarkan 120kredit atau lebih bagi tempoh antara 3-4 tahun untuk memantapkanpengajian komunikasi dan media yang merangkumi komponen teori,falsafah dan profesional.

2. Setiap IPTA memastikan penawaran kursus-kursus baru yangmempunyai pengisian dimensi global dan membentuk mekanisme yangboleh menerapkan pemahaman, pengalaman dan kesedaran global.

3. Semua IPTA bergabung tenaga untuk mengadakan aktiviti peringkatantarabangsa secara bersama dengan IPT/industri antarabangsa.

4. IPTA menggalak staf akademik dan pelajar sertai pertandingankomunikasi dan media di peringkat antarabangsa.

5. Disegerakan latihan kepada pensyarah bagi menyediakan merekakepada pemikiran global agar lebih bersedia dalam pendidikan pelajarantarabangsa.

Page 25: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xxiv

6. Disegerakan pengisian struktur kursus mengandungi komponenkritikal iaitu strategi, patriotisme dan inovasi (SPIN).

7. Disegerakan penerapan kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggerisdan latihan kemahiran insaniah di kalangan pelajar komunikasi danmedia.

8. Diwajibkan pelajar pengajian komunikasi dan media menjalani latihanindustri/amali di luar (sama ada dalam atau luar negara) selama tigahingga enam bulan untuk memantapkan komponen profesional daninovasi.

9. Ekoran daripada tempoh latihan industri yang dipanjangkan, makadisarankan KPT membuat usulan dari segi pembiayaan PTPTN untukmembantu pelajar semasa menjalani latihan industri/amali.

10. MoU antara KPT, IPTA dan Industri disegerakan untuk menjaminpenempatan latihan industri pelajar dan komitmen industri agar latihanyang diberikan kepada pelajar semasa latihan industri adalah sempurnadan bermutu.

11. Pihak industri yang mengadakan MoU dengan KPT dalam programlatihan industri akan diberi pengecualian cukai atau insentif lain bagiperuntukan kewangan yang dikeluarkan untuk program latihanindustri ini.

12. Para pensyarah yang tiada latar belakang pengalaman profesionaldiwajibkan mengikuti program penempatan industri atau attachmentbagi meningkatkan ilmu dan kemahiran profesional.

13. Mempertingkat pembabitan industri dalam akademik melaluipengwujudan kursi-kursi ilmu komunikasi dan media, perkongsianpengalaman melalui ceramah serta kerjasama rapat melalui pelantikanfelo tamu, felo akademik, karyawan tamu, profesor pelawat dan profesoradjung.

14. KPT juga perlu memikirkan penubuhan sebuah Universiti Komunikasidan Media di Malaysia.

Penemuan utama Hasil Kajian Penempatan dan KebolehterimaanKerja:

1. Sebahagian besar majikan dan graduan yang sudah bekerja di organisasimedia dan komunikasi berpendapat ilmu dan kemahiran yangdiperoleh di universiti adalah relevan dengan bidang tugas yang merekaceburi.

2. Untuk memantapkan kebolehan graduan dan meningkatkankebolehterimaan serta kebolehpasaran graduan komunikasi dan media,para majikan mencadangkan disegerakan usaha meningkatkan tahapkemahiran bahasa Inggeris dan bahasa ketiga di kalangan mereka.

3. Disegerakan juga latihan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikaldi kalangan pelajar bidang ini.

Page 26: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

xxv

4. Universiti dicadangkan meningkatkan tempoh latihan industri/amalipara pelajar komunikasi dan media antara tiga hingga enam bulan agarlatihan yang diikuti di industri lebih mendalam dan mantap.

5. Universiti digalakkan mengambil pengamal media dan komunikasiuntuk menjadi pensyarah atau sebagai penceramah profesional.

6. Universiti disarankan mewajibkan latihan industri atau attachment diorganisasi media dan komunikasi untuk pensyarah yang tiadapengalaman profesional.

7. Graduan bidang komunikasi dan media dari universiti tempatanmempunyai kelebihan dari segi pengetahuan mengenai undang-undang, etika dan tanggungjawab serta peka tentang budaya, situasipolitik dan ekonomi negara ini berbanding dengan graduan luar negara.

8. Faktor penting untuk meningkatkan kebolehpasaran graduankomunikasi dan media ialah mempertingkatkan kemahiran bahasaInggeris dan bahasa ketiga, keterampilan diri, keyakinan diri,kemahiran menulis, sikap yang proaktif dan inovatif, peka terhadaphal ehwal semasa, mempunyai tambahan ilmu selain daripada bidangmedia dan komunikasi, penampilan dan sahsiah diri yang baik sertamempunyai kemahiran analitikal dan kritikal.

9. Pesaing utama graduan media dan komunikasi tempatan ialah graduandari luar negara dan IPTS dalam bidang yang sama, dan graduan daribidang lain dari dalam dan luar negara.

10. Perlu sesuaikan penawaran kursus dengan kehendak industri dankurikulum disemak semula mengikut keperluan persekitaran.

11. Empat faktor yang dikenal pasti oleh graduan sebagai penting danmempunyai kaitan dengan kepuasan mereka di tempat kerja ialahkemahiran yang diperoleh, keberkesanan sistem pengajian, kebolehanmengguna pengetahuan, dan keupayaan melaksanakan tugasberdasarkan ilmu yang diperoleh di universiti.

12. Kemudahan prasarana dan tenaga pengajar di universiti juga merupakanfaktor penting yang meningkatkan kepuasan para graduan di tempatkerja.

13. Bidang komunikasi dan media dicadangkan menjadi bidang yangkritikal kerana ianya amat penting untuk pembangunan negara danperubahan minda masyarakat.

Page 27: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia
Page 28: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/1Pendahuluan

BAB 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia telah bermula sejak tahun1970 dan telah mengalami perubahan dan pengstrukturan dari segikurikulum sehingga masa kini. Graduat bidang komunikasi dan media telahditerima oleh industri secara meluas sejak tahun 80-an. Kini bidangkomunikasi dan media telah mendapat tempat yang istimewa dalammasyarakat di negara ini dan juga di seluruh dunia. Pengamal komunikasidan media memikul suatu tanggungjawab yang mencabar dan berbezadengan bidang lain. Dari segi sumbangan besar kepada negara, pengamalkomunikasi dan media berpotensi membawa kepada perubahan mindamasyarakat ke arah pembangunan dan kemajuan. Sumbangan ini adalahamat penting di ketika ini dalam konteks Model Baru Ekonomi negara iniyang mementingkan kesejahteraan modal insan.

Sebagai pembentuk dan penyampai maklumat, para pengamalkomunikasi dan media mampu menjadi pemangkin kepada usaha negarauntuk melonjak menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. ModelEkonomi Baru yang diutarakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysiake-10 (RMK 10) mengambilkira persekitaran global yang kian berubah danmenjadi lebih kompetitif (Nor Muhamad 2009). Pembentukan danpenyampaian maklumat adalah core business bidang media dan komunikasidan usaha memaklumatkan masyarakat adalah tanggungjawab sosial parapengamal dalam bidang ini. Sesungguhnya, masyarakat yang berilmu danbermaklumat mampu mengorak jauh ke hadapan dan bersaing di pasaranglobal. Justeru, peranan dan fungsi pengamal komunikasi dan media adalahamat penting dan tidak boleh diketepikan.

Memandangkan betapa kritikal dan penting bidang komunikasi danmedia kepada masyarakat dan negara, para pendidik dalam bidang inimemahami keperluan untuk sentiasa terkehadapan dalam perancangankurikulum dan struktur akademiknya. Seiring dengan wawasan negaradan atas tujuan mengisi makna kepada Model Baru Ekonomi, usaha kearah transformasi pendidikan komunikasi dan media sentiasa dijalankan.Ini dapat dilihat melalui penentuan niche oleh setiap program atau pusatpengajian, fakulti komunikasi dan media di negara ini. Namun, dalam

Page 29: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

2 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

beberapa tahun kebelakangan ini sudah terdapat pola di kalangan majikandalam industri yang memberi penekanan pada pengisian komunikasi danmedia bukan sahaja dari segi mutu persembahan tetapi juga dari segikepelbagaian pengisian ilmu. Justeru, sudah terdapat trend pengambilangraduat dari bidang lain daripada komunikasi dan media, sebagai pengamal,perancang dan pembekal maklumat dalam industri tersebut. Keadaan initelah membimbangkan pihak universiti.

Beberapa persoalan perlu ditangani dengan segera agar kerelevanangraduat komunikasi dan media dapat dimantap dan terus dipertahankan.Ini dianggap penting memandangkan bidang komunikasi dan mediamerupakan bidang yang kritikal. Pakar dalam komunikasi dan media mampumencorak pemikiran dan minda masyarakat dan negara melalui pengisianmaklumat yang disalurkan kepada orang ramai.

1.2 Matlamat

Matlamat laporan ini adalah untuk menyediakan cadangan pelan strategikpendidikan dan pengajian komunikasi dan media negara.

1.3 Objektif

Objektif laporan ini adalah untuk:1. Mengenal pasti hala tuju pengajian komunikasi dan media.2. Mengenal pasti status kedudukan pendidikan dan pengajian

komunikasi dan media masa kini.3. Mengenal pasti pembangunan pendidikan dan pengajian komunikasi

dan media.4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan struktur dan kandungan

pengajian komunikasi dan media.5. Mengenal pasti cabaran dan peluang dalam pengajian komunikasi dan

media.6. Mengenal pasti isu-isu dalam hubungan industri dengan pendidikan

pengajian komunikasi dan media.7. Mencadangkan langkah-langkah proaktif yang perlu diambil oleh IPTA.8. Untuk merangka pelan dan tindakan hala tuju pengajian komunikasi

dan media di peringkat negara dan antarabangsa.

1.4 Metodologi

Laporan ini menggunakan beberapa kaedah penelitian seperti berikut:1. Meneliti kedudukan pendidikan dan pengajian komunikasi dan media

di insititusi pengajian tinggi awam (IPTA) berasaskan laporan lisan wakil-

Page 30: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/3Pendahuluan

wakil yang hadir dan laporan buku program pengajian universitimasing-masing.

2. Menganalisis maklum balas industri berdasarkan kertas kerja yangdibentangkan dalam seminar tentang kebolehterimaan kerja(employability).

3. Meneliti laporan maklum balas majikan terhadap prestasi pelajar semasamenjalani latihan amali/industri.

4. Meneliti laporan majlis dialog pendidikan tinggi dan industri anjuranJabatan Kementerian Pengajian Tinggi (24 Februari 2004).

5. Meneliti laporan dialog universiti-industri anjuran bersama Bernamadan KPT (4 Jun 2007).

6. Meneliti laporan dialog antara COHECS - wakil pengamal media yangdianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPT pada 23 November 2007.

7. Meneliti komen-komen dan cadangan dari pakar industri yang dijemputsebagai penceramah jemputan di IPTA.

8. Meninjau dan membandingkan maklumat program-programkomunikasi dan media di peringkat negara dan antarabangsa sepertiNanyang Technological University, Singapura; National University ofSingapore; University of Technology Sydney, Australia.

Page 31: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

4 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

BAB 2

Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

2.1 Penawaran Pengajian Komunikasi dan Media di IPTAMalaysia Masa Kini

Penelitian pendidikan dan pengajian komunikasi dan media mencakupibidang-bidang strategik berikut:1. Falsafah dan hala tuju institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.2. Falsafah dan matlamat pendidikan serta pengajian komunikasi media

di universiti-universiti berkenaan.3. Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi.4. Latihan industri/latihan amali.5. Kekuatan dan kelemahan program yang sedia ada.

berasaskan matlamat hala tuju graduan komunikasi media yang berfikirsecara strategik, berkemahiran memimpin serta berkebolehan dalaminovasi.

USM: Pusat Pengajian Komunikasi

Falsafah universiti

Menginovasi, pendidikan holistik dan cemerlang di peringkat antarabangsa.

Falsafah dan pendekatan pengajian komunikasi

1. Pendekatan pelbagai disiplin.2. Pendekatan pendidikan liberal.3. Penyepaduan dan adunan komponen teori dan amali.

Page 32: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/5Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

Struktur program pengajian komunikasi

Program pengajian komunikasi di USM ditawarkan oleh Pusat PengajianKomunikasi. Pusat Pengajian Komunikasi mempunyai tiga bahagian danmenawarkan tiga program (bidang pengkhususan/major) di peringkatsarjanamuda iaitu:1. Kewartawanan.2. Komunikasi Pemujukan.3. Filem dan Penyiaran.

Struktur penawaran kursus

1. Tempoh pengajian: Tiga tahun.2. Nama ijazah: Sarjanamuda Komunikasi (Kepujian) (Major).3. Unit bergraduat: 105.4. Kursus Teras: 70 unit.5. Kursus Elektif/Minor: 20 unit.6. Kursus Universiti: 15 unit.7. Latihan ilmiah: Tiada.8. Latihan Amali:

Empat unitTempoh – dua bulanWajib bagi semua pelajar komunikasiDijalankan semasa cuti panjang, selepas tamat tahun ke-2.

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Komponen pakej yang memberi peluang kepada pelajar melaksanakankerja-kerja amali berkait bidang pengkhususan masing-masing secaraintensif. Satu-satu kursus yang menggunakan pendekatan ini yangterdapat di Malaysia.

2. Mempunyai kemahiran mengendali/menggunakan teknologi yangberkaitan dengan bidang pengkhususan masing-masing – komputer,kamera, dan sebagainya.

Kelemahan

1. Jangka masa pengajian tiga tahun tidak mencukupi untuk menyediakangraduan yang holistik.

Page 33: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

6 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

2. Tidak dapat mengambil kursus-kursus di luar bidang komunikasi untukmelengkapkan dan memantapkan pengetahuan pelajar.

3. Sukar bagi pelajar terlibat dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untukmembangunkan sahsiah aspek insaniah.

4. Pengetahuan dan kemahiran pelajar terhad kepada bidang majormasing-masing sahaja.

5. Latihan amali masa pendek.6. Kelemahan bahasa – penulisan dan pertuturan.7. Pelajar kurang mampu mengartikulasi idea dan pemikiran secara lisan

atau dalam bentuk tulisan.

UiTM: Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

Falsafah dan hala tuju universiti

Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapaikecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murnibagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri,ilmu, masyarakat dan negara.

Falsafah dan hala tuju pengajian komunikasi di UiTM

Memberi pendidikan dan latihan mengenai ilmu komunikasi dan pengajianmedia kepada pelajar Bumiputra menerusi kesepaduan kurikulum yangmenitikberatkan pengajaran teori dan praktikal, pembelajaran danpenyelidikan bagi melahirkan graduan profesional dan beretika untukberkhidmat sebagai agen perubahan yang cemerlang dalam industri mediadan komunikasi tempatan dan global.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM menawarkan lapanprogram pengkhususan (major) iaitu kewartawanan, perhubungan awam,penyiaran, periklanan, penerbitan, komunikasi antarapersonal, komunikasiinstruktional dan latihan, dan komunikasi pengurusan dan polisi.

Struktur penawaran kursus

1. Tempoh pengajian: Tiga tahun.2. Nama ijazah: Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)

(Kewartawanan atau Perhubungan Awam atau Penyiaran

Page 34: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/7Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

atau Periklanan atau Penerbitan)/Sarjana Muda Komunikasi(Antarapersonal atau Komunikasi Instruktional dan Latihan atauKomunikasi Pengurusan dan Polisi).

3. Unit bergraduat: 120-123 kredit (kursus universiti (15), kursus fakulti(36), kursus program (48-51), kursus elektif/minor (21-24).

4. Latihan ilmiah: (4 unit) dibuat sebelum menjalani latihan praktikal disemester 5.

5. Latihan Amali (16 minggu): (8 unit) di semester 6.

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Adunan mata pelajaran teori dan praktikal melalui bidangpengkhususan yang mantap dalam program-program yang ditawarkanterbukti memenuhi kehendak industri komunikasi dan media.Disebabkan pelajar mempunyai kebolehan bertutur dan menulis samaada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau kedua-duanya, sertamempunyai kemahiran mengendalikan peralatan teknologi komunikasi,ramai graduan yang telah diserapkan terus dalam industri selepasbergraduat.

2. Pelajar fakulti ini juga mempunyai kemahiran berkarya dan berinovasikerana mereka diberi pendedahan dalam kursus yang diajar olehpengamal media dan komunikasi melalui tugasan yang melibatkansituasi sebenar dalam industri tempatan. Antara aktiviti kemahiran iniadalah menerbitkan akhbar dan majalah, menulis skrip serta menjadipenyampai dan penerbit untuk radio kampus, ahli kumpulan produksiuntuk penerbitan video serta melibatkan diri dalam memasarkansesuatu barangan atau idea untuk pengguna. Disebabkan hal ini fakultitidak menghadapi masalah untuk melahirkan profesional dalam bidangkomunikasi dan pengajian media.

3. Mengenai kemahiran memimpin, setiakawan dan berfikir, pelajarfakulti ini amat berkebolehan kerana mereka dilatih melalui tugasandalam dan luar kelas yang melibatkan kerja dalam kumpulan untukmenghasilkan kertas projek atau mengendalikan sesuatu event.Tambahan pula, disebabkan hubungan yang rapat antara fakulti danalumni fakulti ini satu jaringan yang mantap telah terbentuk antaraindustri media dan komunikasi yang rata-rata diterajui oleh alumnifakulti ini. Justru, para pelajar dengan sendirinya mempunyaikeyakinan diri untuk menerokai bidang komunikasi dan media denganlebih mendalam. Selain itu, mereka juga diwajibkan melibatkan diridalam kegiatan kokurikulum yang merupakan komponen pentingdalam keperluan universiti.

Page 35: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

8 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

4. Fakulti telah merangka perancangan strategik untuk masa depannyadalam usaha untuk mengantarabangsakan pengajian ini. Antara aktivitipengantarabangsaan yang sedang dilaksanakan adalah memberipendedahan kepada pelajar cemerlang untuk latihan amali di industrimedia dan komunikasi di luar negara dan perjanjian persefahamanuntuk pertukaran pensyarah antara fakulti dengan fakulti komunikasidi Ohio University.

Kelemahan

1. Perlu penambahan kandungan untuk kursus tertentu untuk membinakemahiran berfikir yang lebih tajam kerana terdapat pelajar yangmenghadapi kelemahan berfikir secara analitikal dan kritikal akibatkurang membaca.

2. Terdapat segelintir pelajar yang masih tidak dapat menguasai bahasaInggeris dengan baik sama ada dalam pertuturan dan penulisan.

3. Asas-asas ilmu yang berkait dengan etika melalui kursus-kursus yangsesuai masih berkurangan.

UKM: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi

Falsafah dan hala tuju universiti

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat sertagabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembanganilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.UKM bertekad menjadi universiti terpilih yang memartabatkan BahasaMelayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Falsafah dan hala tuju Pengajian Media dan Komunikasi

Pusat Pengajian ini ingin menjadi pusat rujukan, pertumbuhan danpemantapan kesarjanaan dengan tujahan pendidikan dan penyelidikan yangberkaitan dengan konstruksi, peranan, profesionalisme, serta impak mediadan komunikasi ke atas kehidupan politik, ekonomi dan budaya di peringkattempatan dan global.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi dan media

Pusat Pengajian menawarkan tiga program seperti berikut:1. Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat.

Page 36: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/9Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

2. Program Komunikasi Media.3. Program Komunikasi dan Dasar Awam.

Struktur penawaran kursus

1. Jumlah Kredit: 120 (Jumlah 108 kredit sebelum sesi 2008/2009) - kursusprogram (48 kredit), kursus teras (12), kursus universiti (20), kursusfakulti (25) dan elektif (5).

2. Tempoh pengajian: Tiga tahun.3. Nama ijazah: Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi dan Pengurusan

Maklumat); Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Media); SarjanaMuda Sains Sosial (Komunikasi dan Dasar Awam).

4. Unit setiap kursus: Tiga kredit.5. Latihan Ilmiah: Enam kredit (sebelum sesi 2008/2009.6. Latihan Amali: Enam kredit (tiga bulan di luar dan dua semester latihan

amali dalaman; sebelum sesi 2008/ 2009; dua bulan latihan amali diluar dan dua semester di dalam).

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Tidak ada masalah melahirkan profesional kerana mempunyaisokongan luar.

2. Mencipta dan berinovasi: penghasilan idea, penulisan dan pemasaranproduk media seperti radio, karya penulisan skrip, dokumentari, danvideo korporat.

3. Pelajar mahir dalam penerbitan akhbar kampus, akhbar online, majalah,radio siber.

4. Kemahiran berfikir, memimpin dan bekerja dalam kumpulan melaluikursus-kursus berteraskan penulisan, penerbitan, penyelidikan ilmiahdalam Latihan Ilmiah (dulunya kertas projek), khidmat masyarakatdan pengurusan.

5. Pelajar mempunyai kemahiran holistik disebabkan program yangdiambil bersifat konvergens yakni percantuman bidang-bidang khususdalam media dan komunikasi, yang menjadikan mereka luwes, berdayasaing dan sesuai dengan pelbagai bidang komunikasi dan media.

Kelemahan

1. Kursus-kursus yang jelas menerangkan tentang profesion sepertikewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, perfileman, periklanan,

Page 37: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

10 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

komunikasi pembangunan tidak tertera pada nama program. Justerukerap menimbulkan kekeliruan di kalangan pengamal media semasapengambilan graduat Pusat Pengajian ini sebagai pekerja.

2. Disebabkan kursus-kursus Pusat Pengajian bersifat konvergens, makaada kalanya, graduat program-program dikatakan bersifat generalistdaripada mempunyai pengetahuan dan kepakaran khusus dalambidang tertentu.

UM: Jabatan Pengajian Media

Falsafah dan hala tuju universiti

Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkatantarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.

Falsafah dan hala tuju pengajian media

Menjadi sebuah pusat pendidikan dan penyelidikan yang cemerlang dalambidang media dan komunikasi bagi menyumbang ke arah kesejahteraanmasyarakat dan negara.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

Jabatan Pengajian Media di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Programpengajian peringkat prasiswazah di Jabatan ini dibahagi kepada empatprogram (Komunikasi dan Kewartawanan, Penerbitan dan Multimedia,Filem dan Penyiaran, Penulisan Kreatif dan Profesional).

Struktur penawaran kursus

1. Keperluan universiti (15), fakulti major 60 (Jabatan Pengajian Media),minor 27 (Jabatan lain di bawah fakulti).

2. Tempoh pengajian: Tiga tahun.3. Nama ijazah: Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media).4. Bilangan kredit setiap kursus: Tiga kredit - jumlah 102, termasuk Kursus

Universiti.5. Latihan ilmiah: Tiga jam kredit pada Semester 2 Tahap 3.6. Latihan Amali: Dua bulan pada Semester Khas (cuti tahunan) di antara

Tahap 2 dan Tahap 3.

Page 38: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/11Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Mencipta dan inovasi: pembuahan idea, penulisan dan pemasaranproduk media seperti karya penulisan kreatif dan profesional,dokumentari, dan korporat video.

2. Bidang penerbitan dan bidang penulisan.3. Kemahiran berfikir dan memimpin: terterap dalam kursus-kursus

pengurusan (pengurusan komunikasi, pengurusan penerbitan, kertasprojek dan ekonomi penerbitan).

Kelemahan

1. Latihan Industri: tempoh dua bulan terlalu pendek, pendedahan kepadabidang pengajian media belum menyeluruh (pelajar hanya di Tahap 2)

UPM: Jabatan Komunikasi

Falsafah dan hala tuju universiti

Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkatantarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.

Falsafah dan hala tuju pengajian komunikasi

Untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berketerampilan dalambidang komunikasi di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalampelbagai disiplin.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

Jabatan Komunikasi, di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia. Jabatan ini mempunyai satu program di peringkatbacelor yang dikenali sebagai program Bacelor Komunikasi yangmempunyai empat bidang pengkhususan iaitu Kewartawanan, Penyiaran,Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan.

Page 39: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

12 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Struktur penawaran kursus

1. Jumlah kredit 122 kredit (mulai sesi 2011. Sebelum sesi 2011 jumlahkredit ialah 103 kredit).

2. Kursus Universiti (18 kredit), Kursus Teras Asas (21 kredit), KursusMajor (50 kredit) dan Elektif (33 kredit).

3. Tempoh pengajian: Tiga tahun enam bulan (7 semester).4. Nama ijazah: Bacelor Komunikasi.5. Unit setiap kursus: Tiga kredit.6. Projek ilmiah tahun akhir: Empat kredit dilakukan mulai semester

lima dan enam (2a+2b=4 kredit).7. Latihan Industri: 4 bulan pada dilakukan pada semester tujuh (semester

akhir) selama satu semester (10 kredit).

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Tiada masalah melahirkan profesional kerana mempunyai sokonganluar.

2. Mencipta dan inovasi: pembuahan idea, penulisan dan pemasaranproduk media seperti radio, karya penulisan kreatif dan profesional,dokumentari, dan video korporat.

3. Pelajar mahir dalam penerbitan berita kampus, berita untuk radio PutraFM, penerbitan dokumentari dan video korporat.

4. Kemahiran berfikir, melakukan kerja dalam kumpulan dan memimpin:terterap dalam kursus-kursus pengurusan dan kemahiran (pengurusankewangan, reputasi, projek ilmiah tahun akhir, penerbitan radio/video/tv, pengumpulan berita).

5. Program ini mampu menyediakan graduan menjadi seorang usahawandalam bidang penerbitan, penyiaran dan komunikasi korporat danbersaing di peringkat global.

Kelemahan

1. Kesedaran mencipta/inovasi masih belum lagi mencukupi.2. Perlu penambahan dari segi kemahiran kepemimpinan dan kemahiran

berfikir.3. Perlu mempunyai penerbitan akhbar dan majalah sendiri.4. Keterampilan pelajar perlulah dipertingkatkan lagi agar lebih berdaya

saing.

Page 40: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/13Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

UIA: Jabatan Komunikasi

Falsafah dan hala tuju universiti

Mencapai kecemerlangan dalam bidang ilmu bagi memenuhi tuntutan Allah(SWT) yang mempercayai bahawa usaha mendapatkan ilmu itu adalahsebagai ibadah. Oleh itu UIAM berusaha untuk mengangkat martabat moraldan intelektual ummah.

Falsafah dan hala tuju pengajian komunikasi

Untuk menghasilkan ilmuan dan profesional yang memiliki pengkhususandalam pelbagai bidang komunikasi dengan kekuatan untuk menggabungkanantara keimanan, ilmu dan akhlak.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

Jabatan Komunikasi di bawah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan.Mengandungi empat pengkhususan (Media Cetak, KomunikasiKeorganisasian, Perhubungan Awam dan Media Elektronik).

Struktur penawaran kursus

1. Keperluan universiti, fakulti, keperluan jabatan.2. Tempoh pengajian: empat tahun.3. Nama ijazah: Sarjana Sains Kemanusiaan dengan Kepujian Komunikasi.4. Unit setiap kursus: tiga unit - jumlah (122).5. Menawarkan empat struktur program iaitu:

i. Major dalam komunikasi (122 jam kredit).ii. Major dengan minor (128-152 jam kredit).iii. Dua major (170 jam kredit).iv. Dua ijazah (191-242 jam kredit).

6. Latihan ilmiah: Tiada.7. Latihan Amali: (3 unit) di semester 7 atau 8. Dilakukan dalam dua

peringkat – dalam kampus (1 semester) dan luar kampus (10 minggu).

Page 41: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

14 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Kemahiran berfikir secara lateral, strategik, praktikal dan efektif.2. Keupayaan menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris.3. Mempamerkan kepimpinan yang berkualiti dalam organisasi.4. Keupayaan memupuk semangat toleransi dan harmoni dalam

masyarakat majmuk.5. Berketerampilan dan beretika.6. Berkeupayaan mengeluarkan produk komunikasi yang berteraskan

Islam.

Kelemahan

Latihan amali dalam masa yang pendek.

UUM: Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden

Misi dan visi universiti

Menjadikan Universiti Utara Malaysia sebagai Universiti Pengurusan yangterulung, terunggul dan bertaraf dunia. Menyempurna Piagam dan FalsafahUniversiti sebagai pusat kecemerlangan akademik yang menghasilkansumber tenaga manusia yang mampu dan beriltizam membangunkannegara.

Misi program komunikasi dan teknologi media

Membentuk dan menghasilkan graduan berkepakaran dan memiliki mindaMalaysia yang berteraskan akar budaya teguh serta canggih dalamkepengurusan komunikasi terkini. Menjadi pusat rujukan kecemerlangankomunikasi kepengurusan dan teknologi komunikasi di Malaysia sertaserantau.

Struktur program pengajian komunikasi dan teknologi media

Program Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (B.Comm) dan SarjanaMuda Teknologi Media (B.Media Tech) di UUM ditawarkan oleh FakultiKomunikasi dan Bahasa Moden.

Page 42: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/15Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

1. Pengkhususan dalam program Sarjana Muda Komunikasi denganKepujian (B.Comm).

2. Komunikasi Organisasi.3. Komunikasi Pembangunan.4. Teknologi Komunikasi.5. Pengkhususan dalam program Sarjana Muda Teknologi Media dengan

Kepujian (B.Media Tech).6. Periklanan Digital.7. Kewartawanan Elektronik.8. Penyiaran Digital.9. Komunikasi Interaktif.

Struktur penawaran kursus

1. Tempoh pengajian: Tiga tahun.2. Nama ijazah: Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (B.Comm)

dan Sarjana Muda Teknologi Media dengan Kepujian (B.Media Tech).3. Unit bergraduat B.Comm: 115.4. Teras Universiti: 22 unit.5. Teras Program: 90 unit.6. Elektif Bebas: 3 unit.7. Unit bergraduat B.Media Tech : 123.8. Teras Universiti: 22 unit.9. Teras Program: 89 unit.10. Elektif Wajib: 9 unit.11. Elektif Bebas: 3 unit.12. Latihan Ilmiah: B.Comm – Opsyen/ B.Media Tech – Wajib.13. Latihan Amali:

6 unit.Tempoh: Empat bulan.Opsyen bagi pelajar B.Comm dan wajib bagi pelajar B.Media TechDijalankan semasa cuti panjang selepas menamatkan semua kursusprogram.

Kekuatan dan kelemahan

Kekuatan

1. Memiliki niche area yang jelas iaitu komunikasi dan media yangberteraskan pengurusan dan teknologi.

2. Menerap ilmu pengurusan dan keusahawanan dalam pengajiankomunikasi dan media.

Page 43: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

16 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

3. Membuka ruang lingkup pekerjaan yang lebih luas melampaui bidangmedia dan komunikasi seperti pengurusan, pemasaran dan pengurusanmedia.

4. Menyediakan platform kepada pelajar untuk menerapkan pengetahuanteknologi di dalam menghadapi arus pemodenan media.

5. Memfokus kepada keperluan media masa depan dengan mengadaptasiinstrumen teknologi dalam pengurusan komunikasi dan media.

Kelemahan

1. Pelajar kurang mendapat pendedahan kepada industri media dankomunikasi disebabkan faktor geografi.

2. Jangka masa pengajian tiga tahun tidak dapat memberikan banyakkemahiran kepada pelajar.

3. Pengurusan media massa dewasa ini masih terikat dengan konsep mediacetak dan elektronik yang konvensional.

4. Kekurangan penguasaan bahasa, kreativiti dan pertuturan.

UNIMAS: Program Pengajian Media

Falsafah dan hala tuju universiti

Menjana, menyebar dan menerap ilmu secara strategik dan inovatif bagimemperkasakan kualiti budaya bangsa dan kemakmuran masyarakatnya.

Falsafah dan hala tuju program pengajian komunikasi

Untuk menghasilkan pemikir dan ‘pembuat’ yang berpengetahuan danberkemahiran kukuh untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

Program Pengajian Komunikasi yang ditawarkan adalah bersifat umum dantidak mempunyai pengkhususan tertentu. Ia merangkumi beberapa bidangseperti kewartawanan, komunikasi dan penerbitan korporat, perhubunganawam, penyiaran dan pengiklanan.

Struktur penawaran kursus

1. Tempoh pengajian: Tiga tahun.

Page 44: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/17Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

2. Nama ijazah: Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Komunikasi).3. Unit bergraduat: 103 kredit.4. Kursus universiti: (pembangunan generik -12 kredit; elektif – 9 kredit).5. Kursus fakulti: (asas sains sosial – 34 kredit).6. Kursus program: (teras – 48 kredit).7. Bilangan kredit setiap kursus: 3 kredit setiap kursus teras komunikasi;

4 kursus asas fakulti bernilai 4 kredit.8. Latihan Ilmiah: 4 kredit - pilihan sama ada.9. Projek Tahun Akhir (PTA) bernilai 4 kredit untuk 2 semester pada tahun

akhir pengajian, atau10. Latihan Ilmiah 1 dan 2 bernilai 2 kredit setiap satu.11. Latihan Amali: 3 kredit.12. Masa: semester antara sesi Tahun 3 pengajian.13 Tempoh: Minimum 2 bulan (boleh dilanjutkan mengikut keperluan

organisasi).

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Pelajar berupaya mengaplikasi teori dan praktikum melalui penerbitanakhbar kampus iaitu Madah Samarahan dan penganjuran kempen.

2. Kemahiran mengaplikasi teknologi seperti software untuk tujuanpenerbitan.

Kelemahan

1. Kelemahan dalam penguasaan bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris),terutama dalam penulisan.

2. Kelemahan pelajar untuk berfikir secara kritikal dan analitikal akibatkurang membaca.

3. Teramat kurang kemudahan infrastruktur seperti makmal komputer.4. Lokasi geografi yang kurang strategik membataskan jaringan dengan

industri dan universiti lain untuk tujuan penempatan pelajar dankerjasama antara pensyarah.

USIM: Program Komunikasi

Falsafah dan hala tuju universiti

Paduan antara ilmu naqli dan akli serta budi pekerti yang mulia adalah terasutama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu dengan

Page 45: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

18 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

hala tuju memartabatkan pendidikan Islam ke dalam arus perdanapendidikan negara seterusnya meneroka dan mengembalikan tradisikeilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologiterkini.

Falsafah dan hala tuju pengajian program

Memadukan secara harmoni aspek keilmuan Islam dan komunikasi untukkebaikan sejagat dengan melahirkan graduan komunikasi berasaskanpengajian Islam dan pengamal media yang profesional, menghayati nilaimurni, beradab dan berkod etika serta memiliki kemahiran-kemahiran yangtinggi.

Struktur pendidikan dan pengajian komunikasi

1. 2 pengkhususan: Penyiaran dan kewartawanan.2. Keperluan: Kursus Universiti.3. Tempoh Pengajian: 4 Tahun.4. Ijazah: Bacelor Komunikasi dengan Kepujian (Penyiaran/

Kewartawanan).5. Setiap kursus: 3 unit jumlah bergraduat 144 kredit.6. Latihan ilmiah: 6 kredit dilakukan pada semester 7 dan 8.7. Latihan Amali 3 kredit:

Prapraktikum 1 - 4 minggu pada semester 6Prapraktikum 2 - 4 minggu pada semester 7Praktikum pada semester 8 – 16 hingga 20 minggu

Kekuatan dan kelemahan program

Kekuatan

1. Aspek dan Ilmu Islam menjadi inti dan disepadukan dengan aspekkomunikasi.

2. Melahirkan graduan memiliki asas pengetahuan agama.3. Melahirkan graduan menguasai bahasa Arab dan Inggeris.4. Menekankan kepada kemahiran amali.5. Memerlukan alat peralatan untuk:

Melengkapkan studio TV dengan anggaran kos 4 jutaPeralatan dan kelengkapan fotografi anggaran RM300,000.00Peralatan dan kelengkapan penerbitan kewartawanan anggaranRM100,000.00.Melengkapkan OB Van sebagai dirancang anggaran RM60,000.00.

Page 46: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/19Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

Kelemahan

Kekurangan tenaga akademik

UMS: Program Komunikasi

Falsafah dan hala tuju universiti

Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.

Falsafah dan hala tuju pengajian komunikasi

Program Komunikasi di UMS diletakkan di bawah Sekolah Sains Sosial.Ilmu komunikasi di UMS diajar supaya pelajarnya bukan hanya mencerapkemahiran amali tetapi juga memiliki keupayaan memerhati danmenganalisis persekitaran sosial dan fizikal demi melahirkan pengamalkomunikasi dan media yang boleh menjadi penyumbang kandungan yangkritis dan responsif kepada keperluan masyarakat dan industri.

Objektif program pengajian

Program ini mendidik pelajar dalam bidang komunikasi sebagai satu sainssosial dengan pengajaran dan latihan tentang:1. Komunikasi budaya dan elektronik.2. Strategi-strategi menangani perlakuan kompleks (complex behaviour)

masyarakat yang pelbagai budaya dan kesan teknologi terkini sepertipenyiaran digital.

3. Isu dan analisis tentang media cetak dan elektronik, filem, periklanandan promosi dan komunikasi antarabangsa.

2.2 Kekuatan dan Kelemahan Struktur dan KandunganPengajian Komunikasi dan Media

Beberapa kekuatan dan kelemahan dikesan dalam penawaran kursus-kursusdalam program komunikasi dan media di peringkat IPTA dalam negara.

Kekuatan

1. Kurikulum yang ditawarkan telah dapat memenuhi keperluan industridari segi ilmu, teori dan praktikal.

Page 47: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

20 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

2. Kurikulum yang ditawarkan melalui proses semakan semula setiap limatahun untuk memastikan kerelevanan kursus dengan keperluan semasa.

3. Kurikulum di IPTA dinilai oleh pakar dari industri dan ahli akademikdari universiti dalam negara dan luar negara.

4. Pihak universiti sering mengadakan jaringan dengan pakar industrimelalui penceramah-penceramah jemputan, felo tamu, profesor adjungdan profesor pelawat.

5. Para pelajar komunikasi dan media diwajibkan menjalani latihanindustri di luar bagi tempoh antara 2 – 4 bulan.

Kelemahan

1. Kurangnya penawaran kursus-kursus profesional dan teras komunikasidan media disebabkan kekangan dari segi memenuhi keperluan kursus-kursus universiti dan fakulti.

2. Disebabkan kekangan dalam penawaran kredit untuk latihan industriserta tempoh pengajian, maka terdapat program-program komunikasidi beberapa buah universiti tidak dapat menawarkan Latihan Industriselama tempoh lebih dua bulan.

3. Kekurangan peralatan dan infrastruktur untuk menawarkan program-program profesional berbentuk hands-on.

2.3 Cabaran dan Peluang dalam Pengajian Komunikasi danMedia

1. Menyeimbangi komponen akademik dan profesional.2. Kurangnya tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang profesional.3. Memenuhi keperluan industri vs kepentingan akademik.4. Dilema dalam memilih sama ada program berorientasikan industri/

profesional ataupun berorientasikan akademik.

2.4 Isu-isu dalam Hubungan Industri dengan PendidikanPengajian Komunikasi dan Media

1. Para pelajar pengajian komunikasi dan media diwajibkan menjalanilatihan amali di industri bagi memenuhi tuntutan profesional. Namunjangka masa yang diberikan kepada pelajar adalah agak pendek untukmenjadikan mereka seorang ahli profesional yang serba mahir. Jangkawaktu latihan yang singkat iaitu dua bulan adalah tidak mencukupibagi industri melatih secara lengkap.

2. Ketakserasian antara kursus yang diambil di universiti dengan bidangtugas yang dijalankan di organisasi latihan amali. Ini merugikan kedua-

Page 48: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/21Analisis Pendidikan Komunikasi Semasa

dua belah pihak. Pelajar tidak dapat pendedahan yang diharapkanmanakala pihak penyelia di organisasi menghadapi masalah untukmelatih pelajar yang ditempatkan di organisasi mereka.

3. Para pelajar tidak menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysiadengan baik terutamanya dalam pertuturan dan penulisan.

4. Segelintir pelajar dilabelkan majikan organisasi amali sebagai tidakmempunyai keterampilan diri yang menyerlah. Mereka didapati agakpasif.

5. Masalah kewangan pelajar semasa menjalani latihan amali khususnyadi tempat yang jauh dari universiti.

6. Kekurangan penempatan untuk pelajar menjalani latihan amalimengikut bidang pengkhususan masing-masing.

7. Terdapat juga beberapa organisasi yang kurang sudi menerima pelajarmenjalani latihan amali dan ada juga yang kurang bersedia untukmelatih mereka dengan rela hati.

8. Tidak ada perancangan strategik sehingga kini dalam meletakkanpendidikan dan pengajian komunikasi dan media Malaysia di tahapyang boleh diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Masalah: Tidak adabadan rasmi yang diwujudkan dan diterima; tidak pernah mendapatsokongan pihak kerajaan yang sepenuhnya, sama ada dari segi moralmahupun material sebelum ini.

Page 49: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

22 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

BAB 3

Cadangan Masa Depan

3.1 Cadangan

Dengan mengiktiraf keperluan kepelbagaian dan kesamaan pendekatandalam pendidikan dan pengajian komunikasi dan media yang sedia adaberikut adalah beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasimasalah yang dinyatakan di atas. Cadangan berikut mengambilkirakeperluan pemikir dan pengamal komunikasi memiliki jati diri dan semangatpatriotisme. Akhirnya cadangan berikut juga memberi fokus terhadapmeletakkan pendidikan dan pengajian komunikasi di Malaysia di persadaantarabangsa.

3.2 Niche Pengajian Komunikasi dan Media IPTA

Berdasarkan falsafah dan halatuju pengajian komunikasi dan media IPTA,berikut merupakan niche yang boleh dikenal pasti:

Niche USM - Komunikasi untuk pembangunan lestari.Niche UKM - Komunikasi bersifat konvergens

(komunikasi media, teknologi maklumatdan polisi).

Niche UPM - Teknologi komunikasi, keorganisasiandan pembangunan.

Niche UUM - Hybrid (pengurusan dan teknologi).Niche UiTM - Media dan komunikasi profesional serta

perangsaraf.Niche USIM - Komunikasi berteraskan Islam.Niche UNIMAS - Kewartawanan dan komunikasi korporat

(dicadangkan komunikasi etnik).Niche UMS - Komunikasi awam, komunikasi

pembangunan, komunikasi pelancongan.

Page 50: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/23Cadangan Masa Depan

3.3 Struktur Kurikulum

1. Jumlah kredit sebanyak 120 kredit atau lebih patut dilaksanakan olehsetiap universiti dan ini mungkin menjangkau masa selama tiga setengahtahun pengajian atau lebih.

2. Memantapkan penerapan komponen kritikal secara sedar dalamprogram komunikasi dan media. Komponen tersebut merangkumipemikiran strategik, kebolehan inovasi dan kekuatan patriotisme –Program SPIN. Komponen ini penting dalam penyampaian maklumatterutama dalam usaha negara menyemai semangat dan kesedaranpatriotisme di kalangan rakyat.

3. Melahirkan graduat yang profesional melalui kursus yang relevandengan keperluan negara dan perkembangan semasa.

4. Memantapkan tahap penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggerisdi kalangan pelajar melalui penerapan secara sedar ke dalam komponen-komponen kursus yang sedia ada dan melalui aktiviti-aktiviti khusus.

3.4 Latihan Industri/Amali

Latihan Industri/Amali mendedahkan pelajar kepada pengalamanprofesional di industri luar sebagai persediaan graduat kepada dunia sebenar.Pengalaman praktikal ini sebenarnya sudahpun bermula di dalam kampus.Pelajar didedahkan kepada pengeluaran, penerbitan dan pengurusan mediamassa seperti akhbar kampus, berbentuk cetak dan juga elektronik, radio,produksi program televisyen, filem dan dokumentari, pengurusan acara(event management), pengurusan kempen dan seumpamanya. Pengalamandalam kampus ini dimantapkan lagi melalui pendedahan latihan industri diluar dalam tempoh yang ditetapkan oleh program pengajian masing-masing.Bagaimanapun beberapa isu yang diutarakan oleh pihak majikan dari segitempoh latihan dan prestasi pelajar semasa menjalani latihan amali telahmendorong pihak IPTA untuk melihat semula dan memurnikan proseslatihan industri tersebut. (Sila rujuk Rajah 3.1).

Memandangkan latihan industri sangat penting dalam penyediaanmodal insan, ia dilihat sebagai satu landasan bagi memperkukuhkan danmempraktikkan teori dan praktikal secara seimbang supaya sumber tenagamanusia digunakan secara optimum. Industri mempunyai kepelbagaianversi, ini membolehkan pelajar menguasai dan mempraktikkan apa yangdipelajari di bilik kuliah.

Page 51: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

24 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

RAJAH 3.1 Proses Latihan Amali dan Maklum Balas Pembaikan

TAHUN 1 Kursus-Kursus Asas/Overview: • Industri media • Sistem Media

TAHUN 2 Kursus-Kursus Intermediate

• Pengenalan kepada bidang-bidang pengkhususan/profesional

• Kursus amali

TAHUN 3 Kursus-Kursus Lanjutan

• Kursus-kursus lanjutan dalam bidang pengkhususan masing-masing

• Kursus amali

Industri • Menjalani latihan amali di organisasi

terpilih

Penilaian & Pemantauan

Universiti/Fakulti/Pusat Pengajian/Jabatan Universiti/Fakulti/Pusat Pengajian/Jabatan

TAHUN 1Kursus-kursus Asas/Overview

• Industri Media• Sistem Media

TAHUN 2Kursus-kursus Intermediate

• Pengenalan kepada bidang-bidang pengkhususan/profesional

• Kursus Amali

TAHUN 3Kursus-kursus Lanjutan

• Kursus-kursus lanjutan dalambidang pengkhususanmasing-masing

• Kursus Amali

INDUSTRI• Menjalani latihan amali

di organisasi terpilih

Penilaian dan pemantauan

Page 52: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/25Cadangan Masa Depan

Rajah ini menunjukkan pendekatan latihan kemahiran komunikasimedia di Malaysia. Rajah ini juga menjelaskan bagaimana asas kemahiranmedia dan komunikasi telah disemai sejak tahun pertama hingga tahunakhir di universiti. Cadangan dibuat agar latihan industri/amali dilakukanpada semester terakhir bagi setiap pengajian selama empat bulan.Pendekatan latihan industri/amali adalah mengikut kesesuaian universitiyang terlibat. Rajah juga menjelaskan analisis maklum balas latihan industri/amali yang diterima dari setiap universiti akan dibawa ke perbincangan padaperingkat universiti-universiti yang terlibat dan dibawa juga ke pengetahuanmajlis bersama industri-universiti. Pendekatan ini dapat membantumeningkatkan mutu latihan industri dari semasa ke semasa.

Beberapa cadangan diutarakan seperti berikut:1. Unit untuk latihan industri ditetapkan 2 jam kredit bagi setiap bulan

latihan industri. Contoh 8 unit bagi tempoh 4 bulan latihan industri.2. Dicadangkan semua universiti diselaraskan kepada 4 bulan sahaja. Ini

bagi mengurang ‘kesesakan’ pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di industri.3. Gred bagi latihan indusri ditetapkan LULUS atau GAGAL sahaja. Ini

bagi mengurangkan ‘bias’ antara gred yang diberikan oleh agensikerajaan dan sektor swasta. Walau bagaimanapun, pihak IPTA bolehmenggunakan sistem yang disesuaikan dengan keperluan programuniversiti masing-masing.

4. Pelajar hanya boleh memulakan latihan industri selepas menyelesaikansemua keperluan kursus.

5. Mewajibkan setiap universiti melakukan program pendedahan sebelummenjalani latihan industri. Contohnya bengkel pemantapan,penampilan diri, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain.

6. Meminta KPT mengusul kepada kabinet untuk menawarkan skimpengecualian cukai atau insentif lain bagi syarikat korporat yangmengambil pelajar yang menjalani latihan industri.

7. Memperbanyakkan MoU antara universiti dan industri yang berkaitandengan industri komunikasi dan media.

8. Menyenaraikan kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikankepada pelajar dalam kursus sepanjang pengajian di universiti.Tindakan ini bagi membolehkan industri memahami keupayaan dankemampuan pelajar yang dihantar menjalani latihan industri.

9. Pemarkahan: Penilaian sama ada pelajar lulus atau gagal tertaklukkepada:

Kad kehadiran.Buku log disemak dan ditandatangani oleh penyelia majikan.

10. Setiap universiti atau fakulti memerlukan sebuah unit praktikum bagikerja-kerja penyelarasan penempatan pelajar-pelajar untuk latihanindustri.

11. Dicadangkan pihak industri menyediakan rangka atau struktur latihanindustri para pelajar agar pendedahan profesionalime dapat diterapkansecara maksima.

Page 53: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

26 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

12. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi diharap dapat membiayai elaunlatihan industri kepada pelajar melalui PTPTN. Buat masa ini, PTPTNtidak menampung elaun latihan industri pelajar.

3.5 Latihan Ilmiah

Bagi memperkemaskan dan mempertingkat keupayaan berfikir danmengadunkan pengetahuan untuk direalisasikan dalam bentuk penulisanilmiah, elemen-elemen konseptual, kaedah penyelidikan, analisis data danmembuat rumusan serta cadangan diaplikasikan secara menyeluruh bagimemantapkan kajian.

Berikutan itu, COHECS menetapkan beberapa garis panduan yangboleh digunapakai.1. Nama seperti Projek Ilmiah, Mini Tesis, Projek Akademik hendak

diselaraskan dengan satu nama iaitu ‘Latihan Ilmiah’.2. Jumlah unit ditetapkan antara 4 – 6 unit.3. Jumlah minimum panjang laporan Latihan Ilmiah ditetapkan antara

20,000- 25,000 patah perkataan (tidak termasuk bibliografi danlampiran).

4. Tempoh latihan ilmiah selama 2 semester dan digabungkan dalamkursus Kaedah Penyelidikan.

5. Universiti boleh menawarkan opsyen antara Latihan Ilmiah dan LatihanIndustri atau gantian 2 kursus lain.

3.6 Industrial Attachment untuk Pensyarah

Untuk menghadapi dan menangani era globalisasi dan pengantarabangsaanilmu komunikasi dan media, sumber tenaga akademik mesti mencapaipiawaian antarabangsa. Kepentingan semakin mendesak akibat daripadakepesatan perubahan teknologi komunikasi, tenaga pengajar mestidilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini.

Sehubungan dengan itu, COHECS menetapkan para pensyarah perlumemberi komitmen dan bersedia untuk menyerap kepelbagaian kemahiranilmu komunikasi dan media global.1. Latihan staf akademik bagi pensyarah baru yang tidak mempunyai

pengalaman industri.2. Latihan ini boleh dilakukan untuk tempoh dua bulan ketika cuti

panjang.3. Memastikan semua tenaga pengajar menganggotai sekurang-kurangnya

satu persatuan profesional yang berkaitan dengan bidang pembelajarandan pengajaran mereka. Contoh: IPRM untuk Perhubungan Awam,MAA untuk periklanan, IAM untuk kewartawanan, IABC untukKomunikasi Korporat.

Page 54: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/29Cadangan Masa Depan

Rajah 3.2 ini juga menjelaskan melalui COHECS, Kementerian bersamadengan universiti di Malaysia bertanggungjawab melaksanakan penyelidikanpengesanan secara berterusan. Rajah ini juga mencadangkan penerbitansebuah jurnal pengajian media dan komunikasi bertaraf antarabangsa,Malaysian Journal of Media and Communication yang dibiayai sepenuhnyaoleh Kementerian dan diuruskan oleh para akademik dari IPTA melaluiCOHECS dan sidang redaksi yang dilantik khas. Selain bahasa Inggeris,Jurnal ini mengandungi sekurang-kurang satu artikel ilmiah dalam bahasaMelayu. Rajah ini turut menyatakan hala tuju pendidikan dan pengajiankomunikasi media di Malaysia perlu melahirkan graduat yang bukan setakatmampu memenuhi keperluan negara, malah mampu memenuhi tuntutanilmu di peringkat antarabangsa.

KOMPONEN 1

Pemikiran Strategik dan Ilmu ----------------------------------

Komponen Kursus:

i) Ilmu teori

ii) Liberal Arts

iii) Liberal Communication

KOMPONEN 2

Profesional Keusahawanan dan Kemahiran Insaniah/ inovasi

----------------------------------

Komponen Kursus:

i) Kursus-kursus pengkhususan

ii) Kursus-kursus Universiti

iii) Kursus-kursus bahasa

KOMPONEN 3

Jati diri dan nasionalisme ------------------------------

Komponen Kursus:

i) Aplikasi pendidikan secara sedar melalui kursus-kursus yang sedia ada

GRADUAT

INDUSTRI

NASIONAL GLOBAL

KERAJAAN/ AWAM

NASIONAL GLOBAL

KEUSAHAWANAN

NASIONAL GLOBAL

NGO & ORGANISASI

BEBAS

KOMPONEN 1Pemikiran Strategi

dan Ilmu

Komponen Kursus:i) Ilmu teoriii) Liberal Artsiii) Liberal

Communication

KOMPONEN 2Profesional

Keusahawananan danKemahiran Insaniah/

Inovasi

Komponen Kursus:i) Kursus-kursus

pengkhususanii) Kursus-kursus

universitiiii) Kursus-kursus bahasa

KOMPONEN 3Jati diri dan

nasionalisme

Komponen Kursus:i) Aplikasi pendidikan

secara sedar melaluikursus-kursus yangsedia ada

INDUSTRINasionalGlobal

KERAJAAN/AWAM

NasionalGlobal

KEUSAHAWANANNasional

Global

NGO &ORGANISASI

BEBAS

Rajah 3.3 menjelaskan komponen pengisian pendidikan komunikasidan media yang dirancang untuk dimantapkan. Matlamat pendidikankomunikasi sedia ada tidak sepadu dan tidak cukup mantap dari segikemampuannya meninggalkan impak yang jelas kepada masyarakat, negaradan komuniti global lainnya. Berdasarkan keperluan tersebut, tiga komponen

RAJAH 3.3 Komponen pendidikan dan pengajian komunikasi danmedia serta ruang lingkup kerjaya

Page 55: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

30 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

pendidikan ini disediakan. Komponen satu menunjukkan pendidikankomunikasi masih memerlukan input ilmu yang dimantapkan sama adamelalui ilmu liberal arts, liberal komunikasi, dan ilmu asas kenegaraan.Tujuannya untuk menyediakan produk komunikasi dan media yang bolehberfikir secara strategik dan saintifik berlandaskan penyelidikan dan teoriserta pengetahuan asas kenegaraan.

Komponen kedua pengisian pendidikan menjurus kepada peningkatanprofesionalisme dan kemahiran yang digabungserapkan dengan pemantapanpendidikan insaniah, kepimpinan, keusahawanan dan kesediaan mencipta.Matlamat pendekatan ini adalah untuk menghasilkan pengamal komunikasiyang bukan saja mempunyai kemahiran yang tinggi dan berupaya menciptasesuatu yang baru sebagai sumbangan kepada ilmu dan industri, malahberupaya menjadi pemimpin dan usahawan yang gigih. Pendekatanpengajaran untuk mencapai matlamat tersebut perlu diserapkan ke dalampendidikan kemahiran yang sedia ada.

Komponen ketiga pula, pengisian pendidikan secara sedar perludilakukan oleh semua universiti untuk menanam dan menyuburkan rasatanggungjawab yang tinggi kepada bangsa dan negaranya. Komponen inisangat menekankan pengisian semangat jati diri dan patriotisme ke dalamkursus-kursus yang ditawarkan.

3.8 Global dan Pengantarabangsaan

Semua program pengajian media dan komunikasi mempunyai global outlookdan menghasilkan pelajar yang mempunyai nilai pasaran global(marketability). IPT tempatan perlulah menjalin hubungan (networking)dengan badan-badan dan universiti-universiti antarabangsa dan berusahameningkatkan pencapaian dan memperoleh pengiktirafan bagi pelajar, stafdan institusi di peringkat antarabangsa.

1. Graduan IPT mempunyai nilai pasaran global. Dicadangkan:a. Membekalkan pelajar dengan kemahiran bahasa – membuat

placement exam untuk pelajar luar negara.b. Mengukuhkan kurikulum dengan pengisian dimensi antarabangsa

(kursus-kursus menyediakan pengetahuan dan pemahamanantarabangsa – kesedaran global).

c. Program-program komunikasi diberikan akreditasi oleh badan-badan profesional antarabangsa.

d. Latihan untuk pensyarah bersedia menerima pelajar antarabangsa.e. Kafeteria antarabangsa.

2. IPT tempatan menjalin hubungan (networking) dengan badan-badandan universiti-universiti antarabangsa.Dicadangkan:

Page 56: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/31Cadangan Masa Depan

a. Mengalakkan pelajar mengambil non-graduating program diuniversiti luar negara untuk selama satu semester.

b. Mewujudkan program pertukaran pelajar antara IPT tempatandengan IPT luar negara (study visit).

c. Mewujudkan program pertukaran staf akademik antara IPTtempatan dengan IPT/industri luar negara.

d. Mewujudkan program kerjasama di bawah MOU (MemorandumPersefahaman).

e. Menubuhkan ’Kursi Pengajian Media dan Komunikasi’.f. Menawarkan jawatan felo/prof pelawat kepada sarjana

luar negara.g. Pemeriksa/penilai luar negara (tempoh 2 tahun).h. Menganjurkan aktiviti ilmiah di peringkat antarabangsa secara

bersama dengan IPT/industri antarabangsa.i. Menambah tajaan untuk penglibatan pelajar/staf dalam aktiviti

akademik di peringkat antarabangsa (contoh: seminar, konferensdan lain-lain).

3. Pencapaian dan pengiktirafan pelajar, staf dan insititusi di peringkatantarabangsa.Dicadangkan:a. Penglibatan pelajar dan staf di dalam pertandingan di peringkat

antarabangsa (contoh: International student awards – contohibda’a).

b. Pensyarah mendapat geran antarabangsa dan menjadi Penyelidikutama (PI).

c. Memegang jawatan dalam badan/persatuan di peringkatantarabangsa.

d. Menerima zamalah (fellowship/fullbright) di kalangan stafakademik IPT.

e. Menghasilkan penulisan di peringkat antarabangsa.

3.9 Kerjasama antara Universiti (Dalam dan Luar Negara)

Konsep kerjasama merujuk kepada kesediaan melaksanakan sesuatu usahadi kalangan ilmuan media dan komunikasi di universiti-universiti awamdalam meningkatkan pembangunan ilmu, pembinaan kemahiran dankreativiti serta pengembelingan kepakaran ilmuan media dan komunikasiMalaysia dan sistemnya ke peringkat antarabangsa.

Bidang kerjasama

Kerjasama antara universiti-universiti merangkumi bidang-bidang berikut:1. Bidang penyelidikan dan penerbitan

Page 57: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

32 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

a. Bantuan logistik dan tenaga kerja.b. Rakan penyelidikan dan penerbitan bersama.c. Kerjasama dalam pengumpulan maklumat untuk penyelidikan.d. Kerjasama dalam penyediaan dan penyebaran maklumat untuk

negara.

2. Penempatan pelajar dan tenaga akademika. Penempatan pengajian di peringkat pra siswazah untuk memenuhi

keperluan seperti dalam pengurusan penyeliaan latihan industri,pengendalian kursus-kursus tertentu seperti modul SPIN danaktiviti-aktiviti pelajar lainnya.

b. Menempatkan tenaga akademik dalam kontek dipinjamkan dipengajian-pengajian fakulti/jabatan/program untuk memenuhikeperluan semasa dalam tempoh yang ditentukan di antarauniversiti-universiti yang berkaitan dengan syarat-syarat dantatacara yang dipersetujui bersama.

3. Pindahan kredit untuk diploma komunikasia. Menggesa pihak universiti di Malaysia menerima kemasukan

pelajar-pelajar diploma komunikasi/media daripada universiti-universiti yang telah diperakui oleh pihak KPT untuk meneruskanpengajian di peringkat ijazah. Universiti penerima bolehmenetapkan tatacara dan syarat-syarat yang disesuaikan dengandasar dan sistem yang sedia ada. Tujuan kaedah ini dicadangkanadalah untuk memudahkan pengajian-pengajian komunikasi diuniversiti-universiti awam memperoleh pelajar yang sudahmempunyai asas ilmu dan kecederungan dalam bidang ini.

4. Kerjasama dalam pendidikan pascasiswazaha. Dalam urusan penyeliaan tesis di peringkat sarjana dan doktor

falsafah.b. Pengumpulan maklumat untuk penyelidikan pelajar.c. Menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti

kursus-kursus tertentu antara universiti bagi memantapkanpenyelidikan yang dijalankan.

d. Bantuan pengurusan penyelidikan dan penempatan industri

Implikasi

1. Memerlukan MoU antara universiti dengan universiti hos. Universititempatan juga digalakkan berbuat demikian.

2. Universiti perlu memikirkan dana yang boleh membantu pelajar yangakan mengikuti program penempatan ini.

3. Pelajar yang mengikuti program ini adalah pelajar yang cemerlang.

Page 58: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/35Cadangan Masa Depan

dunia. Mereka ini perlu mempunyai kekuatan jati diri dan rasatanggungjawab yang dijelmakan melalui dasar yang dibentuk sertakandungan yang dihebahkan. Oleh itu, untuk memenuhi keperluantersebut, para pelajar perlu didedahkan dengan landasan ilmu yang berkaitandengan Strategi, Patriotisme dan Inovasi (SPIN).

Takrifan konsep SPIN

Strategi adalah konsep yang berkait dengan kaedah, proses dan pemikirandalam pengawasan, pengawalan, pemupukan, pembinaan serta penerapanrasa dan semangat Negara bangsa kepada warga Malaysia dan warga dunia.Untuk mencapai pemikiran ini maka perlu pendedahan kepada kaedahpengumpulan, penjanaan, pembentukan dan persembahan informasi yangstrategik.

Patriotisme adalah konsep yang merujuk kepada semangat untukmengekal, mengukuh, mempertahan dan membina kejatian negara bangsasehingga ke tahap terciptanya rasa cinta yang mengerakkan mereka(pengamal media dan komunikasi) sanggup melakukan apa jua pengorbananbagi memenuhi kewujudan dan kemurnian negara dan bangsa Malaysia.

Inovasi adalah konsep yang memberi pengertian untuk mewujud,menggerak dan rasa tidak jemu untuk terus mencipta sesuatu yang baruyang boleh mencapai tahap yang diiktiraf pada peringkat global.

Kaedah pelaksanaan

Kaedah untuk melaksanakan adalah dengan cara berikut:1. Membentuk modul khusus untuk menyediakan landasan tersebut.2. Modul ini akan menjadi panduan asas pengajaran dan bimbingan

kepada para pelajar komunikasi dan media.3. Pengajaran adalah dibuat secara berstruktur tetapi di luar kurikulum.4. Dicadangkan supaya didedahkan kepada semua pelajar yang hendak

memasuki tahun kedua pengajian. Tempoh masa akan ditentukanberdasarkan kepada perancangan modul yang akan ditetapkankemudian.

5. Dicadangkan kandungan modul merangkumi aspek-aspekpersejarahan, falsafah, dasar dan semangat negara bangsa.

6. Selain itu, kandungan juga menumpu kepada kepentingan Negaramenjadi pusat tumpuan kesetiaan, dan sumber kebanggaan sertakemegahan di tengah-tengah arus globalisasi.

7. Kandungan juga boleh mengandungi unsur-unsur yang menggalakkanwarga Malaysia khususnya para pelajar media dan komunikasi sebagaipencipta kejayaan untuk bangsa dan negaranya.

Page 59: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

36 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

8. Kandungan juga perlu menyediakan pelajar untuk mencari pendekatankomunikasi yang paling efektif dan inovatif dalam penyebaranmaklumat.

9. Kandungan juga perlu mengandungi unsur-unsur yang bolehmewujudkan kepekaan dan kesedaran mengenai sesuatu isu-isu semasayang strategik terhadap pembangunan bangsa dan negara.

10. Penyediaan modul perlu diterajui oleh KPT dengan kerjasama COHECSdan Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, FakultiKomunikasi dan Pengajian Media UiTM.

11. Dicadang untuk dilaksanakan secepat mungkin dengan tumpuankepada pelajar komunikasi di IPTA dan kemudian akan dikembangkankepada pelajar komunikasi di IPTS.

Implikasi

Untuk melaksanakan cadangan modul ini, pihak KPT perlu menyediakandana untuk:1. Penganjuran setiap peringkat proses pengwujudan sistem pengurusan

program SPIN.2. Bertanggungjawab bersama COHECS untuk mempastikan penyediaan

modul dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.3. Memastikan setiap penyedia modul diberi ganjaran yang sesuai.

Page 60: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/37Pelan Tindakan

BAB 4

Pelan Tindakan

4.1 Keterbatasan Laporan

Laporan ini dibuat berdasarkan kaedah-kaedah yang dikenalpasti dalambahagian metodologi di atas. Keterbatasan yang ketara dalam laporan iniialah ianya tidak bersandarkan kepada kajian yang empirikal. Beberapaperkara bersangkutan dengan persepsi graduan dan majikan tidakdibentangkan dalam Bab I. Namun dengan pelaksanaan kajiankebolehterimaan kerja graduat komunikasi dan media yang mana hasilnyadibentangkan di Bab 2 laporan ini, maka beberapa kekurangan pada Bab Ilaporan ini telah dapat diatasi.

4.2 Pelan Tindakan

1. Semua program komunikasi dan media dikehendaki menawarkan 120kredit atau lebih bagi tempoh antara 3-4 tahun untuk memantapkanpengajian komunikasi dan media yang merangkumi komponen teori,falsafah dan profesional (Tindakan IPTA)

2. Setiap IPTA memastikan penawaran kursus-kursus baru yangmempunyai pengisian dimensi global dan membentuk mekanisme yangboleh menerapkan pemahaman, pengalaman dan kesedaran global(Tindakan IPTA)

3. Semua IPTA bergabung tenaga untuk mengadakan aktiviti peringkatanatarabangsa secara bersama dengan IPT/industri antarabangsa(Tindakan IPTA, IPT/Industri luar negara)

4. IPTA menggalak staf akademik dan pelajar menyertai pertandingankomunikasi dan media di peringkat antarabangsa. (Tindakan IPTA)

5. Disegerakan latihan kepada pensyarah bagi menyediakan merekakepada pemikiran global agar lebih bersedia dalam pendidikan pelajarantarabangsa (Tindakan IPTA)

6. IPTA dicadangkan menawarkan jawatan felo/profesor pelawat/penasihatakademik/penilai kepada sarjana luar negara (Tindakan IPTA)

7. Disegerakan pengisian struktur kursus mengandungi komponenkritikal iaitu strategi, patriotisme, inovasi (SPIN) (Tindakan KPT danIPTA)

Page 61: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

38 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

8. Disegerakan latihan kemahiran insaniah dan penerapan kemahiranbahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar komunikasidan media (Tindakan IPTA)

9. Diwajibkan pelajar pengajian komunikasi dan media menjalani latihanindustri di luar (sama ada dalam atau luar negara) selama tiga hinggaenam bulan untuk memantapkan komponen profesional dan inovasi(Tindakan IPTA dan KPT)

10. Ekoran daripada latihan industri yang dipanjangkan, maka disarankanKPT membuat usulan dari segi pembiayaan PTPTN untuk membiayaipelajar semasa menjalani Latihan Industri (Tindakan KPT)

11. MoU antara KPT, IPTA dan Industri disegerakan untuk menjaminpenempatan latihan industri pelajar dan komitmen industri agar latihanyang diberikan kepada pelajar semasa latihan industri adalahsempurna dan bermutu (Tindakan KPT, IPTA dan Industri)

12. Melalui MoU, industri juga perlu menyediakan program latihan, jaduallatihan industri yang lebih berstruktur untuk memanfaatkan pelajardan industri (Tindakan Industri)

13. Pihak universiti – industri akan menyediakan sistem penilaian danpenyeliaan yang standard dan diiktiraf oleh KPT (Tindakan Universiti,Industri dan KPT)

14. Pihak industri yang mengadakan MoU dengan KPT dalam programlatihan industri ini akan diberi pengecualian cukai atau insentif lainbagi peruntukan kewangan yang dikeluarkan untuk program latihanindustri ini (Tindakan KPT dan Industri)

15. Latihan industri juga perlu ditawarkan di peringkat luar negara danpelajar cemerlang pengajian komunikasi dan media digalak untukmengikutinya. Dalam hubungan ini, universiti hos luar negara akandikenalpasti. Universiti hos juga bertanggungjawab untuk menyeliapelajar tersebut (Tindakan Universiti, KPT, Universiti Hos Dalam danLuar Negara)

16. KPT perlu menyediakan peruntukan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar cemerlang mengikuti program latihan industri luar negara.(Tindakan KPT)

17. Para pensyarah diwajibkan mengikuti program penempatan industriatau “attachment” bagi meningkatkan pengalaman profesional.Dicadangkan attachment dilakukan melalui dua tahap. Tahap pertamaialah untuk pensyarah muda yang akan mengikuti programpenempatan industri semasa cuti semester di industri tempatan. Ditahap kedua, pensyarah lama digalak mengambil cuti sabatikal ataucuti penyelidikan di luar negara sama ada di industri atau universiti.Attachment ini lebih bersifat penyelidikan, perundingan dan kerjasamaindustri-universiti (Tindakan IPTA)

18. Semua pelajar komunikasi dan media perlu diberi latihan intensifmengenai komponen kritikal iaitu strategi, patriotisme, inovasi (SPIN)dan profesionalisme di semester ketiga untuk meningkatkan kepekaan

Page 62: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/39Pelan Tindakan

terhadap peri pentingnya menjadi komunikator yang strategik, wargayang patriotik dan mempunyai minda inovatif (Tindakan KPT dan IPTA)

19. Diwajibkan juga semua pensyarah menjalani latihan untuk pendedahankomponen strategi, patriotisme, inovasi (SPIN) dan seumpamanyauntuk meningkatkan kepekaan mereka terhadap pentingnyatanggungjawab sosial dan negara diterapkan ke dalam kurikulumpengajaran mereka (Tindakan KPT dan IPTA)

20. Mempertingkatkan pembabitan industri dalam akademik melaluipengwujudan kursi-kursi ilmu komunikasi dan media, perkongsianpengalaman melalui ceramah-ceramah serta kerjasama rapat melaluipelantikan sebagai felo tamu, profesor pelawat, profesor adjung(Tindakan KPT, IPTA dan Industri)

21. Dialog antara industri dan universiti perlu diadakan secara berterusandan terancang (Tindakan Industri dan IPTA)

22. KPT perlu menghantar ahli-ahli akademik komunikasi dan media keuniversiti luar negara yang mempunyai pengajian komunikasi danmedia yang ulung untuk mendapat pendedahan kepada praktis,pengajaran dan perancangan infrastruktur yang cemerlang (TindakanKPT, IPTA)

23. Dicadangkan IPTA/Universiti terlibat dalam program pertukaran pelajarantara universiti tempatan dan antarabangsa selama satu semester bagimeningkatkan pendedahan pelajar yang lebih global. Program inimemerlukan pelajar cemerlang, jenis kursus, pindahan kredit danpemilihan universiti hos (Tindakan KPT, IPTA)

24. Perkembangan ilmu komunikasi dan media secara asertif melaluipenerbitan jurnal ilmiah bertaraf antarabangsa perlu dilaksanakansegera. Dicadangkan supaya satu mekanisme untuk menghasilkanjurnal tersebut dirangka (Tindakan COHECS)

25. KPT perlu meletakkan keutamaan terhadap pendidikan komunikasidan media sebagai bidang KRITIKAL dan STRATEGIK dalam kontekspembangunan dan keselamatan negara (Tindakan KPT, IPTA)

26. KPT perlu membantu COHECS untuk mewujudkan kesedaran dikalangan IPTA tentang kepentingan pengajian komunikasi dan mediayang boleh berdiri seangkatan dengan bidang-bidang kritikal sains,kejuruteraan dan teknologi bagi mempastikan penyediaanpembangunan tenaga, prasarana dan peralatan yang diperuntukkansetaraf dengan standard antarabangsa (Tindakan KPT, COHECS)

27. KPT-COHECS perlu mengadakan pemantauan berterusan ke ataspelaksanaan pelan tindakan Pengajian Komunikasi dan Media IPTAuntuk memastikan kekesanan (Tindakan COHECS, KPT)

28. Dicadangkan pusat pengajian komunikasi dan media yang belummenjadi Fakulti berusaha untuk menjadi Fakulti agar perancangan bajetadalah lebih menyeluruh. (Tindakan IPTA)

29. KPT juga perlu memikirkan penubuhan sebuah Universiti Komunikasidan Media di Malaysia (Tindakan KPT)

Page 63: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

40 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

4.3 Rumusan

Laporan hala tuju bidang komunikasi dan media ini mengemukakanbeberapa penambahbaikan kepada struktur kurikulum program komunikasidan media. Tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah danmenghadapi cabaran dalam mempercepatkan peningkatan pembangunanpengajian komunikasi dan media ke taraf global. Pengwujudan,penambahbaikan dan peningkatan keperluan infrastruktur, peralatan dansumber manusia yang sangat meruncing perlu disegerakan demi mencapaimatlamat tersebut.

Antara perkara penting lain yang perlu diberi fokus ialah penawarankursus-kursus yang meningkatkan pendedahan global para pelajar selainkursus-kursus yang membina keterampilan dan keyakinan pelajar melaluikomponen kemahiran insaniah yang sudah pun mulai diterapkan dalamkursus-kursus komunikasi dan media. Pengisian kursus bidang ini juga perludimantapkan dengan elemen strategi, patriotisme, inovasi (SPIN) danprofesionalisme agar graduat komunikasi dan media terkehadapan dalampengumpulan, pembentukan dan penyampaian informasi. Di samping itu,Latihan Industri juga dipanjangkan agar proses latihan kepada pelajar lebihmantap. Beberapa langkah proaktif juga dikemukakan untuk merapatkanjurang IPTA–industri.

Page 64: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/41Kajian Penempatan dan Kebolehterimaan Kerja

BAB 5

Kajian Penempatan dan Kebolehterimaan KerjaGraduan Komunikasi dn Media

5.1 Pengenalan

Media massa, sama ada akhbar, elektronik atau online serta organisasiberkaitan media dan komunikasi seperti periklanan, perhubungan awamdan syarikat-syarikat penerbitan dan produksi, mempunyai peranan yangsemakin penting dalam dunia tanpa sempadan yang memperlihatkanpengaliran maklumat secara bebas. Sebagai saluran penyampaian maklumat,media massa dilihat sebagai suatu kuasa yang boleh mempengaruhi fikiranmasyarakat, sama ada di peringkat tempatan atau pun global. Melaluipenulisan bermaklumat dan strategik yang disampaikan dalam bentukberita, rencana mahu pun visual, melalui iklan, filem atau kempen, mediamassa mempunyai potensi besar untuk mengikis tanggapan salah ataustereotaip yang seterusnya dapat mengurangkan ketegangan di kalanganpenduduk dan pemimpin negara. Selain itu, pendekatan dan pengamalanprofesional di kalangan pengamal media dan komunikasi termasuklahwartawan dan penyiar, pengiklan, pengamal perhubungan awam, pengamalperfileman, pegawai penerangan, pegawai penerbitan dan seumpamanyamampu memartabatkan profesion ini dan pengamalnya di mata masyarakat.

5.2 Permasalahan Kajian

Hari ini, pembekal maklumat di media massa baik di media cetak, elektronik,mahupun online dan juga mana-mana organisasi yang menumpu kepadakomunikasi seperti syarikat produksi filem, agensi iklan dan perhubunganawam, serta syarikat/organisasi penerbitan majalah dan buku menggunakankhidmat dan kepakaran graduan dari bidang komunikasi dan mediakeluaran IPTA dan IPTS. Sejauh mana organisasi-organisasi ini menggunakangraduan dari kumpulan ini perlu diselidiki agar daya saing bakal graduandalam bidang komunikasi dan media dapat dipertingkatkan. Tambahan puladalam dunia sekarang yang mementingkan maklumat yang strategik danmembangun, sudah dapat dilihat pola pengambilan graduan dari pelbagai

Page 65: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

42 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

disiplin untuk mengisi jawatan yang berkaitan dengan media dankomunikasi.

Dalam hubungan ini, di manakah peranan graduan media dankomunikasi? Sejauhmanakah mereka relevan dalam industri media dankomunikasi ini? Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan olehmajikan terhadap graduan media dan komunikasi? Apakah cadanganpenambahbaikan yang boleh diterapkan dalam pengajian media dankomunikasi di institusi pengajian tinggi. Ini merupakan antara persoalanpenting yang perlu diselidiki dalam kajian ini.

5.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan graduan dan juga majikanterhadap prestasi graduan media dan komunikasi.

5.4 Objektif Kajian

Secara spesifik, kajian ini ingin mengenalpasti:1. Sejauhmana tanggapan graduan tentang keberkesanan proses

pembelajaran yang diperoleh di universiti dengan keperluan bidangkerjaya mereka.

2. Sejauhmana peranan dan penglibatan graduan media dan komunikasidalam industri berkenaan.

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian dan pemilihangraduan media dan komunikasi oleh pihak majikan.

4. Apakah kekuatan dan kelemahan, peluang dan cabaran graduan mediadan komunikasi.

5. Apakah usaha pembaikan dari segi pengisian kursus yang perluditambah.

5.5 Rasional Kajian

Kajian ini wajar dijalankan memandangkan peranan pengamal media dankomunikasi semakin penting yang mampu mencorak pemikiran masyarakatdan seterusnya membentuk bangsa Malaysia.

5.6 Kepentingan Kajian

Kajian penempatan dan kebolehterimaan kerja graduan media dankomunikasi perlu dijalankan untuk melihat peranan dan kerelevanan merekadalam pasaran dan untuk pembangunan negara.

Page 66: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/43Kajian Penempatan dan Kebolehterimaan Kerja

5.7 Ruang Lingkup Kajian

Kajian ini hanya melihat persepsi graduan komunikasi dan media dari IPTAyang telah menyertai bidang pekerjaan dalam industri komunikasi danmedia serta organisasi berkaitan. Para responden merangkumi hanyagraduan dari bidang tersebut yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda danDiploma (General Degree/Tanpa Kepujian). Responden yang mempunyaiSijil, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi dan mediatidak tergolong sebagai responden kajian. Ini kerana kajian ini bertujuanuntuk melihat sejauh mana pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Komunikasidan Media memenuhi keperluan pasaran dalam bidang ini. Kajian juga turutmengkaji sebahagian kecil graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi danMedia yang tidak menceburkan diri dalam bidang jurusan mereka tetapimemilih untuk menceburkan diri dalam profesion lain umpamanya sebagaiguru, tutor dan pensyarah. Selain daripada kumpulan graduan ini, kajianini juga menemubual para majikan dari industri media dan komunikasiserta organisasi yang berkaitan untuk melihat tanggapan majikan terhadapgraduan komunikasi dan media dari segi pengambilan dan kebolehterimaankerja.

5.8 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan survei dan temubual mendalam. Fokus sampelkajian dibahagikan mengikut zon berdasarkan lokasi universiti yang terlibatdalam kajian ini. Zon-zon adalah seperti berikut:

Zon Kawasan

1 Pulau Pinang dan Perak Utara (USM)2 Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu (UUM & UM)3 & 4 Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Perak Selatan (UKM & UiTM)5 Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan (UPM &USIM)6 Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (UNIMAS & UMS)

Persampelan survei merangkumi graduan yang bekerja di industrimedia dan komunikasi serta organisasi yang berkaitan di enam zon yangdikenalpasti. Jumlah keseluruhan ialah 600 orang responden (Jadual 5.1)berdasarkan persampelan bertujuan. Bagaimanapun, setelah soal selidikdikembalikan hanya 575 maklum balas dari soal selidik diambil kiramanakala sebanyak 25 (4.2 peratus) lagi borang soal selidik terpaksadiketepikan kerana tidak menepati rangka rujuk persampelan yangditetapkan. Ini bermakna peratus pulangan soal selidik ialah 95.8 peratus.

Page 67: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

44 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Temubual mendalam telah dilakukan ke atas para majikan di industriyang mengambil graduan media dan komunikasi IPTA sebagai pekerja mediamereka. Terdapat beberapa orang majikan dikenal pasti untuk ditemubualdari setiap zon dan jumlah yang dikenal pasti ialah 60 orang. Bagaimanapun, zon 3 dan 4 yang merupakan pusat berfokusnya organisasi media dankomunikasi, maka zon ini mempunyai lebih ramai majikan yang perluditemubual. Namun, disebabkan kesuntukan waktu bagi ahli-ahli akademikyang terlibat, hanya 60 majikan seluruh negara berjaya ditemubual (Jadual5.1). Jumlah ini adalah berpatutan memandangkan data yang diperolehmelalui kaedah temubual mendalam ini adalah banyak (massive) danmemadai.

JADUAL 5.1 Pecahan Responden dan Majikan

Zon Institusi Negeri Jumlah Majikan(temubual)

1 USM Pulau Pinang (50) 100 9Perak (50)

2 UM Perlis (15) 70 7& UUM Kedah (15)

Kelantan (20)Terengganu (20)

3 & 4 UKM Selangor (125) 250 25& UiTM WP/Putrajaya (125)

5 UPM Johor (40) 120 12& USIM Melaka (15)

Pahang (25)Negeri Sembilan (40)

6 UMS & Sabah (30) 60 7UNIMAS Sarawak (30)

Persampelan kuota bertujuan telah digunakan untuk mendapatkanresponden memandangkan taburan graduan media dan komunikasi daripelbagai IPTA sukar dikesan kerana tidak tetap atau konstan dari segipenempatan. Begitu juga halnya dengan etnik responden yang mana sukardikesan dalam satu-satu organisasi. Justeru, kajian ini mengenal pastibeberapa perkara yang perlu ditetapkan diperingkat awal sebelumpenyelidikan dijalankan. Ini termasuklah penetapan peratusan bagipemboleh ubah jantina, sektor pekerjaan dan institusi pekerjaan. Dalamkajian ini pemboleh ubah usia dan etnik tidak dikawal (Jadual 5.2).

Page 68: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/45Kajian Penempatan dan Kebolehterimaan Kerja

JADUAL 5.2 Pecahan Responden mengikut Keperluan Pemboleh Ubah

Gender Sektor Institusi

60% 50% 70%Perempuan Kerajaan Organisasi Media dan Komunikasi

(Semua Organisasi Media, Production,Penerangan)

40% 50% 30%Lelaki Swasta Organisasi bukan media ( Universiti,

Hotel, PLUS, PETRONAS dan lain-lain)

Dari segi jantina, 60% dijangka adalah responden wanita dan 40% lelaki.Bagi sektor pekerjaan pula, kajian menetapkan 50% responden dari sektorkerajaan dan 50% dari sektor swasta. Manakala insitusi pekerjaan, 70%ditetapkan untuk organisasi media, produksi dan penerangan manakalaorganisasi bukan media sebanyak 30 peratus yang merangkumi hotel, Plus,PETRONAS, universiti dan sekolah. Responden kajian dipilih daripadakalangan graduan bidang media dan komunikasi yang graduat dari IPTAdan mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda dan menyertai bidangpekerjaan (entry-level) dengan mengguna kelayakan tersebut. Mereka yangmempunyai Sarjana dan PhD tidak diambilkira.

5.9 Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik survei ke atas 600 orangresponden. Bagaimanapun, dari jumlah ini hanya 575 soal selidik yang bolehdigunakan. Soal selidik kajian telah dibentuk berdasarkan adaptasi soalselidik Kajian Pengesanan Graduan IPT 2009 dengan beberapa tambahan,dan sebanyak enam bahagian soalan telah dikenalpasti seperti berikut:

Bahagian A: Maklumat latar belakang responden

Bahagian B: Pengalaman semasa mengikuti pengajian Diploma/IjazahSarjana Muda. Bahagian ini mengandungi kenyataan mengenaipandangan responden mengenai kurikulum, sistem penilaian,maklumat kerjaya, pandangan mengenai tenaga pengajar,kemudahan prasarana, dan kemahiran/pengetahuan yangdiperoleh semasa mengikuti pengajian.

Bahagian C: Maklumat mengenai keberkesanan sistem pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda dan kesediaan diri.

Page 69: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

46 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Bahagian D: Status pekerjaan yang merangkumi soalan mengenai pekerjaansekarang, jawatan, tahun pengalaman, pengetahuan mengenaikerjaya, keupayaan dan kemampuan, persepsi terhadapkebolehan menggunakan kemahiran dan pengetahuan, sertapenilaian tahap kepuasan.

Bahagian E: Maklumat mengenai usaha melanjutkan pelajaran ke peringkatyang lebih tinggi.

Bahagian F: Penilaian diri dari segi analisis SWOT seperti analisis kelemahan,kekuatan, peluang dan cabaran serta saranan masa hadapan.

5.10 Prauji dan Ujian Reliabiliti

Sebelum kajian ke atas keseluruhan sampel berdasarkan enam zon yangdikenalpasti, prauji dengan menggunakan 30 sampel responden telahdilakukan untuk menguji kesahihan dan kejelasan soalselidik. Cronbach’sAlpha bagi keseluruhan pembolehubah yang digunakan ialah melebihi .80yang boleh dikatakan tahap yang tinggi reliabilitinya. Justeru, item-item yangdigunakan dalam soal selidik adalah jelas dan relevan. Keputusan reliabilitidengan menggunakan cronbach’s alpha diperturunkan seperti dalam Jadual5.3 berikut:

JADUAL 5.3 Ujian Realibiliti (Crinbach’s Alpha)

Pembolehubah Jumlah Nilaiitem Cronbach’s Alpha

Kurikulum 6 .865Sistem penilaian 3 .869Kerjaya 6 .886Pandangan tentang pengajar 13 .858Prasarana 13 .885Kemahiran diperoleh 11 .870Keberkesanan sistem 12 .878Keupayaan dan kemampuan 12 .887Persepsi kebolehan mengguna pengetahuan dalam tugas 8 .880Penilaian tahap kepuasan 6 .890

N=30

Page 70: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/67Hasil Kajian Kuantitatif

pembelajaran mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tahapkeupayaan (r = .52, p<0.01) dan hubungan positif yang kuat dengan tahappengetahuan yang boleh diaplikasikan (r=.58, p<0.01). Kajian menunjukkanbagi responden yang menganggap mereka berkemampuan melaksanakantugas dan boleh mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam tempatkerja mereka, beranggapan tahap sistem pembelajaran di universiti adalahtinggi.

JADUAL 6.3 Ujian Korelasi Keberkesanan Pembelajaran

Pembolehubah r=KORELASI P<.01

Keupayaan laksana r=.515** Signifikantugas

Kebolehan guna r=.581** Signifikanpengetahuan

JADUAL 6.4 Ujian Korelasi Antara Pembolehubah Terpilih dengan Kepuasan Kerjaya

Pembolehubah Ujian Korelasi (r ) P< .01

Umur .125** SignifikanPendapatan .205** SignifikanLama bekerja .105** SignifikanKurikulum .308** SignifikanSistem penilaian .270** SignifikanMaklumat Kerjaya .160** SignifikanTenaga pensyarah .266** SignifikanPrasarana .271** SignifikanMengguna kemahiran .384** SignifkanKeupayaan melaksanakan tugas .524** SignifikanAplikasi pengetahuan .489** Signifikan

Hasil ujian korelasi (Jadual 6.4) menunjukkan kesemua pembolehubahyang terpilih mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan respondendi tempat kerja. Pembolehubah kemahiran (r=.384, p<.01), keberkesanansistem pengajaran (r=.487, p<.01), keupayaan (r=.524, p<.01) danpengetahuan (r=.489, p<.01) mempunyai hubungan signifikan yangsederhana kuat dengan tahap kepuasan responden di tempat kerja. Inimenunjukkan responden adalah golongan graduan yang berpuas hatiterhadap pekerjaan sekarang dan merasakan sistem pengajian danpembelajaran di universiti adalah baik, relevan dan memberangsangkan.

Ujian korelasi juga menunjukkan hubungan yang signifikan pada tahapsederhana antara pembolehubah “kepuasan di tempat kerja” dengan

Page 71: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

68 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

beberapa pembolehubah seperti pendapatan (r=.205,p<.01), kurikulum(r=.308, p<.01), sistem penilaian (r=.270, p<.01), tenaga pensyarah (r=.266,p<.01) dan prasarana (r=.271, p<.01). Ini menunjukkan bahawa kepuasandi tempat kerja sekarang ada kaitan dengan pendapatan serta situasipengajaran semasa di universiti dahulu seperti situasi prasarana, sistempenilaian, kurikulum dan tenaga pensyarah. Responden merasakan bidangpekerjaan yang diceburi relevan dengan bidang pengajian mereka malahberasa bangga dengan profesion itu dan bersedia mendorong orang lainmenyertai kerjaya yang sama.

Kepuasan di tempat kerja mempunyai hubungan signifikan yang rendahdengan pembolehubah umur, tempoh lama bekerja dan maklumat tentangkerjaya yang diperoleh di universiti.

Keseluruhan ujian korelasi menunjukkan beberapa faktor situasipembelajaran dan proses menimba ilmu di universiti seperti faktorkeberkesanan sistem pembelajaran, kemampuan mengaplikasi kemahirandan pengetahuan serta keupayaan melaksanakan tugas mempunyaihubungan dengan kepuasan graduan media dan komunikasi di tempat kerjamereka. Selain itu faktor kurikulum, tenaga pengajar, prasarana dan penilaianjuga mempunyai kepentingannya.

6.5 Rumusan

Hasil kajian survei ke atas 575 responden dalam kalangan graduan mediadan komunikasi yang bertugas di organisasi media dan komunikasi danbukan organisasi media (universiti, perguruan, sektor kerajaan dan swasta),menunjukkan bahawa sebahagian besar berpendapat ilmu yang diperolehdari universiti adalah relevan dengan bidang yang mereka ceburi. Merekabangga dengan profesion media dan komunikasi dan mahu menggalakkanorang lain menceburi bidang tersebut.

Kajian mendapati bahawa sebahagian besar pekerja bidang media dankomunikasi adalah golongan muda dengan pendapatan antara RM1500 –RM4500 sebulan. Sebanyak 64.9% mengatakan mereka berpuas hati denganprofesion yang diceburi dan tidak akan mencari kerja lain. Sebahagian besarresponden lelaki dan wanita mencatatkan peratus yang tinggi (lebih 90%)mengatakan bidang yang diceburi adalah sesuai dengan minat dan latarbelakang pengajian mereka. Bidang yang popular ialah kewartawanan diikutidengan penyiaran, dan seterusnya perhubungan awam, periklanan,komunikasi pembangunan, perfileman dan penerbitan media digital.

Faktor yang membuat mereka berpuas hati di tempat kerja merekaialah disebabkan ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah relevan denganbidang tugas mereka. Mereka juga dapat mengaplikasi pengetahuan dankemahiran yang ada dalam profesion mereka. Faktor-faktor lain yangpenting termasuklah keberkesanan sistem pengajian, kemudahan prasaranadan tenaga pengajar.

Page 72: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/69Temubual Majikan

BAB 7

Temubual Majikan

7.1 Pengenalan

Untuk memantapkan hasil kajian kuantitatif dalam Bab 6 yang mana persepsiresponden yang terdiri daripada graduan pengajian media dan komunikasidiperoleh dari borang soal selidik, kajian ini juga menemubual para majikanyang berpengalaman mengambil para graduan media dan komunikasisebagai pekerja mereka dan membuat penilaian ke atas mereka. Maklumatyang diperoleh melalui temubual mendalam ini memberi panduan mengenaikeberkesanan program pengajian media dan komunikasi berdasarkanpenilaian kelemahan dan kekuatan serta saranan terhadap langkah-langkahuntuk menambahbaik program tersebut agar bersesuaian dengan kehendakdan keperluan industri. Untuk tujuan ini seramai 60 orang majikan organisasimedia dan bukan media telah dikenalpasti di seluruh negara untuk memberimaklumbalas dalam kajian tersebut.

7.2 Soalan Temubual Mendalam

Beberapa soalan telah dibina untuk menjawab beberapa objektif yang telahdibentuk dalam kajian ini. Secara spesifik, objektif kajian ini inginmengenalpasti:1. Sejauhmana tanggapan graduan tentang keberkesanan proses

pembelajaran yang diperoleh di universiti dengan keperluan bidangkerjaya mereka.

2. Sejauhmana peranan dan penglibatan graduan media dan komunikasidalam industri berkenaan.

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian dan pemilihangraduan media dan komunikasi oleh pihak majikan.

4. Apakah kekuatan dan kelemahan, peluang dan cabaran graduan mediadan komunikasi.

5. Apakah usaha pembaikan dari segi pengisian kursus yang perluditambah.

Page 73: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

70 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Kajian ke atas majikan yang menggunakan temubual mendalam adalahuntuk menjawab objektif 2, 3, 4 dan 5. Untuk menjawab objektif-objektiftersebut, soalan berikut telah dikemukakan kepada para majikan yangterpilih. Antaranya:1. Sejauhmana pentingnya bidang media dan komunikasi dalam

pembangunan negara.2. Sejauhmana pentingnya peranan pengamal media dan komunikasi?3. Apakah pengamal media dan komunikasi sekarang (yang sedang

bertugas) mampu menjalankan tugas seperti yang diharap ataudihasratkan oleh organisasi?

4. Apakah graduan media dan komunikasi dari IPTA di Malaysia telahdapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan?

5. Apakah faktor-faktor penting yang mempengaruhi majikan dalampengambilan graduan media dan komunikasi dari IPTA tempatan untukmenyertai organisasi mereka?

6. Apakah kelebihan yang ada pada graduan media dan komunikasi dariuniversiti tempatan?

7. Apakah kelemahan yang ada pada graduan media dan komunikasi dariuniversiti tempatan?

8. Apakah peluang dan cabaran yang ada bagi graduan media dankomunikasi dari universiti tempatan?

9. Bagaimana pula dengan persaingan dan apakah bentuk-bentuk sainganyang ada bagi graduan ini?

10. Apakah cadangan organisasi untuk IPTA dalam mempertingkatkanmutu graduan mereka terutama dalam bidang media dan komunikasi?

7.3 Hasil Kajian

Hasil kajian temubual majikan diperturunkan di sini melalui kenyataan danmaklum balas yang diberikan oleh subjek secara verbatim. Rumusanjawapan bagi setiap kategori soalan turut dikemukakan.

Soalan 1: Sejauhmana pentingnya bidang media dan komunikasi dalampembangunan negara?

Para majikan yang ditemui rata-rata berpendapat bahawa bidang media dankomunikasi adalah kritikal dan penting untuk pembangunan negara.Menurut mereka yang terdiri dari para pengamal media, ketua-ketua dalambidang korporat dan para pembuat keputusan dalam sektor kerajaan danswasta, bahawa banyak dasar kerajaan yang perlu disampaikan kepada pihakrakyat dengan pantas dan jelas agar pemahaman rakyat dan aspirasi kerajaanadalah sehaluan. Usaha penjanaan dan penyebaran maklumat kepada rakyatdilakukan oleh media massa dan peranan ini dipegang oleh para pengamal

Page 74: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/71Temubual Majikan

media dan komunikasi. Beberapa pandangan tentang kepentingan bidangmedia dan komunikasi disampaikan secara verbatim seperti berikut:

Bidang media ni penting... kalau tengok dalam pembangunan negara, dia diletakkansebagai the Fourth Estate selepas judiciary, legislative dan eksekutif... tanpa media keadaanakan menjadi tidak teratur, dasar-dasar tak sampai, maklumat tidak sampaimenyebabkan ada unsur-unsur yang kurang baik yang mudah mempengaruhimasyarakat (Ketua Pengarang Majalah, KL).

Bidang komunikasi penting untuk negara kerana semua perkara melibatkanpenyampaian maklumat (Ketua Biro SH, Ipoh).

Amat penting kerana negara memerlukan satu medium untuk menyalurkanmaklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan dalam pembangunan negara khususnyayang melibatkan kepentingan massa (Pengarang Berita Kanan, KK).

Media dan komunikasi adalah medium yang sangat penting dalam pembangunansesebuah negara. ...Selain menyampaikan maklumat, ia turut digunakan untukmemberitahu rakyat tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan dalam membantumeningkat bukan sahaja bidang ekonomi, teknologi malahan dari segi pemikiranrakyat… tanpa media dan komunikasi, agak sukar kerajaan dan rakyat bergeraksehaluan (Penerbit Rancangan, KL).

Amat penting kerana media adalah sumber maklumat utama untuk rakyat. Apasahaja berita mengenai pembangunan negara yang didedahkan dalam media akandilihat, dibaca dan didengar oleh rakyat untuk dipercayai atau ditolak oleh mereka(Pengarah Firma Periklanan, Damansara).

Media dan komunikasi merupakan wadah paling berkesan dalam menyampaikansesuatu maklumat atau perancangan kerajaan... tanpa media tentunya sukar bagirakyat mengetahui agenda pembangunan kerajaan. Demikian juga, tanpa mediasukar bagi kerajaan mengetahui dan menyelami kehendak dan keperluan rakyat(Pengarang Berita, UB).

Amat penting… katakanlah kerajaan menjalankan sesuatu... aa... polisi... jika ia tidakdapat dikomunikasikan secara baik kepada publik…jadi apa juga polisi yang ingindiutarakan mungkin tidak akan berjaya. Sebagai contoh maklumat tentang 1Malaysia... kerajaan perlu mendapatkan rakyat untuk memahami dan juga menjiwai1 Malaysia… jadi salah satu cara paling baik ialah dengan menggunakan berbagai-bagai saluran komunikasi… perhubungan awam, periklanan dan sebagainya(Pengarah Pengurusan, KL).

Communication is important to the country. Pembentukan minda masyarakat dilihatmelalui keberkesanan komunikasi itu sendiri. Tujuan komunikasi? Untukmenyampaikan suatu mesej supaya penerima dapat faham. Kalau tak faham, how tochange their mind set? Jadi… cara penyampaian itu mesti betul… so mesti choose the rightlanguage with the right people, pada masa yang betul dan penyampaian yang tepat(Ketua Pegawai Eksekutif, KL).

Page 75: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

72 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Kita memang perlu media untuk banyak perkara… kalau tanpa media satu-satuproduk tak dapat dipasarkan… orang tak tahu tentang produk tu... dan susahlahnak berkembang (Pengurus Produksi, KL).

Sangat penting... terutama dalam membina rangkaian perhubungan antara ahlimasyarakat yang sudah tentu membantu pembangunan negara... mesti lakukansecara dua hala antara kerajaan dan rakyat (Ketua Hal Ehwal Semasa TV, KK).

Soalan 2: Sejauhmana pentingnya peranan pengamal media dan komunikasi?

Para majikan mengatakan pengamal media memainkan peranan pentingdalam pembangunan negara dan sebagai agen perubahan. Selain itu merekajuga berperanan sebagai penyampai maklumat, pendidik dan pembujuk.Paling penting ialah para pengamal mampu mencorak pemikiran masyarakatmelalui penulisan dan mesej yang disampaikan melalui media cetak,elektronik dan media baru. Maklumat pula datang dalam pelbagai bentukyang dihasilkan oleh pengamal media seperti berita dan rencana, programtelevisyen dan radio, maklumat dalam media atas talian, maklumat dalambentuk kempen, iklan, khidmat perhubungan awam dan seumpamanya.Sebahagian daripada maklum balas adalah seperti berikut:

Jika dilihat secara positif, ia akan memberi kesan yang produktif kepadapembangunan negara. Pertama dari segi penyampaian perkara-perkara yangberkaitan dengan penambahbaikan dalam agensi kerajaan ke arah pembangunannegara. Begitu juga dengan hebahan apa-apa projek dan maklumat yang dapatmembantu menjana pembangunan menerusi media sama ada media cetak atauelektonik (Pengarang Bangi).

Amat penting kerana mereka boleh mencorak pemikiran masyarakat (PengarahFirma Periklanan, Damansara).

Peranan pengamal ni…. seperti wartawan... cukup pentinglah… sebab itu kitatengok kalau ada apa-apa yang penting, kerajaan akan panggil pemimpin-pemimpinmedia duduk semeja untuk bincang cadangan-cadangan untuk dilaksanakan (KetuaBiro, Perlis).

Amat penting... dalam apa juga disiplin, kita dapat terapkan ilmu yang kita pelajaridalam media dan komunikasi…dan semua disiplin lain memerlukan kemahiranberkomunikasi (Pengarah, KL).

Pengamal media mempunyai tanggungjawab sosial yang besar. Mereka perlumempunyai etika yang tinggi agar apa yang disampaikan adalah perkara yangbenar dan penting untuk masyarakat (Pengarah Media, Damansara).

Pengamal media dan komunikasi memain peranan penting membantu kerajaanmenyalur maklumat dan pada masa yang sama menjalankan tanggungjawab sosialterhadap masyarakat. Kepincangan masyarakat harus didedahkan bagi

Page 76: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/73Temubual Majikan

membolehkan kerajaan melakukan sesuatu dan pada masa yang sama menegurkerajaan untuk membaiki kesilapan (Pengarang Berita Kanan, KK).

Penting sekali... mereka adalah individu yang bertanggungjawab bukan sahajasebagai pengantara antara pihak yang memerintah kepada rakyat, malahan sebagaipihak yang membentuk pemikiran rakyat (Penerbit Rancangan, KL).

Soalan 3. Apakah pengamal media dan komunikasi sekarang (yang sedangbertugas) mampu menjalankan tugas seperti yang diharap/dihasratkan olehorganisasi?

Pengamal media dan komunikasi yang sedang bertugas di organisasi mediadan organisasi berkaitan dengan media dan komunikasi boleh dikatakanberjaya menjalankan tugas mereka sebagai penyampai maklumat, agenperubahan dan pembujukan. Beberapa respons negatif oleh para majikanadalah disebabkan kekangan dalaman seperti polisi organisasi yang tidakmemberi sepenuh kebebasan dan keluwesan pengamal hendak berkarya.Antara respons yang diberikan:

Bergantung kepada ekspektasi majikan dan kedudukan pegawai dalamorganisasi… sikap ketua juga mempengaruhi prestasi kerja pegawai. Persepsi negatifketua terhadap pengamal media juga menyukarkan pegawai melaksanakantugasnya… (Pengarah, KL).

Kalau kita bandingkan graduan dulu dengan sekarang, ada bezanya… graduandulu lebih komited, berani hadapi cabaran dan tidak anggap profesionkewartawanan sesuatu yang rendah. Mereka boleh diarah untuk apa saja dan lebihtahan lasak…wartawan sekarang lebih manja, nak kerja yang lebih selesa, adaaircond, ada bilik sendiri…So dia orang kurang setia dan kurang kreatif (KetuaPengarang Majalah, Bangi).

Pada saya pengamal media ini setakat ini dapat melakukannya walaupun takmencapai tahap yang sebaik mungkin. Mungkin ini kerana mereka masih mudadan kurang pengalaman... kadang-kadang mereka tiada pengalaman danpengetahuan... jadi mereka mesti belajar banyak (Ketua Rancangan, Perlis).

Syarikat akhbar ini perlukan kelainan dari sudut pelaporan yang menjurus kepadasuara rakyat… saya dapati pekerja saya yang graduat dari beberapa program mediaIPTA tak tunjuk potensi yang baik dalam mencari masalah masyarakat (Ketua BiroSH, Ipoh).

Tidak mampu sepenuhnya kerana mereka terikat dengan polisi yang ditetapkanoleh syarikat (Pengarah Firma Periklanan, Damansara).

Kena ada latihan lanjut… kalau fresh graduate tak boleh. Dengan silibus yang kitaada, atau IPTA lain, kita tak boleh terus keluar kerja. Tengok contoh kalau kerja kat

Page 77: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

74 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

akhbar, graduan baru graduat tak boleh tulis berita… intro pun semua tak betul…dia boleh belajar teori tapi perlu ada latihan dulu (Pegawai Perhubungan Awam,Perlis).

Bergantung kepada organisasi, tetapi apa yang jelas, apa juga yang dilaporkan mediasekarang ini adalah selari dengan matlamat organisasi… jika tidak, mungkinmaklumat tersebut tidak disiarkan atau tidak diberi penekanan (Pengarang BeritaKanan, KK).

Umumnya, graduan media dan komunikasi IPTA telah menjalankan tugas merekasecara objektif... bermaksud tidak bersifat radikal dalam penulisan (Pengarang BeritaUB, KK).

Secara terus terang dikatakan tidak semua graduan komunikasi dan media dariIPTA dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Yangkurang minat dapat dilihat menjalankan seperti melepaskan batuk ditangga. Tapitak dinafikan yang berminat menghasilkan tugas yang memuaskan dan adakala diluar jangkaan… kadang-kadang latar belakang universiti juga memainkanperanan… jika universiti melatih graduannya untuk menjadi graduan yang mahir,efektif, kreatif serta bermotivasi tinggi, maka tidak mustahil perkara yang samaturut dilaksanakan di tempat kerja (Penerbit Rancangan, KL).

Soalan 4: Apakah graduan media dan komunikasi dari IPTA di Malaysia telahdapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan?

Jawapan kepada soalan ini mempunyai trend yang positif iaitu sebahagianbesar para majikan yang ditemubual bersetuju bahawa para pengamal mediadan komunikasi sekarang yang terdiri daripada para graduan bidang mediadan komunikasi tempatan berjaya menjalankan tugas dengan baik. Namunada juga maklum balas yang mengatakan para graduan masih dalam prosesmempelajari corak pengamalan yang berkesan. Bagi kumpulan ini merekamengatakan graduan media dan komunikasi masih perlu latihan lanjutan,graduan masih tidak mampu sepenuhnya kerana terikat dengan kekangandalam organisasi dan yang ada pada diri graduan itu sendiri. Antaranyaterlalu memilih kerja dan kerana terlalu “dimanjakan” oleh universiti danmajikan. Namun, jika diberi masa, graduan ini mampu memperbaikiperformance mereka. Beberapa pandangan verbatim oleh majikandiperturunkan di bawah ini.

Saya rasa setakat ini memang mereka dapat melaksanakan apa yang dipelajari katuniversiti. Bagaimanapun, seperti kerjaya lain juga, pengamal media perlu mencarikelainan dan penambahbaikan dalam usaha untuk memberi komitmen yang lebihbaik kepada pembangunan negara (Pengarang, Bangi).

Ya… apa yang dipelajari sesuai dengan bidang kerjaya mereka. Namun bidang inimemerlukan seseorang yang mempunyai minat yang tinggi, komitmen terhadap

Page 78: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/75Temubual Majikan

tugas dan sanggup korbankan masa peribadi demi menjayakan tugasan yang diberi(Ketua Hal Ehwal Semasa TV, KK).

Rata-rata graduan media dan komunikasi dari IPTA dapat menjalankan tugas dantanggungjawab seperti yang diharapkan... tapi pada masa yang sama mereka agakkurang penulisan yang berbentuk kritikan terhadap kerajaan kecuali mediaalternatif. Apa yang penting, teguran-teguran membina untuk menambahbaikanperkhidmatan kerajaan kepada rakyat (Pengarang Berita Kanan, KK).

No… because pengalaman dan knowledge yang cetek… Kenapa? They are not taughtabout many things... contohnya dalam bidang saya… media planning... internetadvertising...you look at Yasmin Ahmad. She was a very good advertising practitioner. Whenshe do a movie she look at different angle. Because advertising is about sending message effectively.That’s why bila kita tengok produk Yasmin, kita rasa close to our heart. This is thedifferent between pengamal yang experienced dengan pengajar periklanan yang adaMaster or PhD (Ketua Pegawai Eksekutif, KL).

Kebanyakan graduan yang kita serapkan masuk dia memerlukan a lot of trainingsebab mereka kurang practical exposure… memang kena dilatih semula (retrained)(Pengurus Besar CFM Sarawak).

Ya, graduan media dan komunikasi dari IPTA dapat menjalankan tugas dengancemerlang… (Pegawai Perhubungan Awam, Melaka).

Memang pengamal media dan komunikasi di sini rata-rata berjaya melaksanakantugas dengan berkesan...tapi peluang dan ruang perlu diberi agar mereka bolehberfungsi dan berkarya… (Pegawai Perhubungan Awam, Port Dickson).

Well, the graduates need to be politically correct...we cannot print anything that is sensitive toreligion…that is..ermmm…sentimental to the government…we do not want to create…ermmm…misunderstanding...at the same time we are helping the police to cut down on crimes(Pengurus Besar, Sarawak).

Soalan 5: Faktor-faktor penting yang mempengaruhi majikan dalampengambilan graduan media dan komunikasi dari IPTA tempatan untukmenyertai organisasi mereka.

Maklum balas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi majikan dalampengambilan graduan media dan komunikasi dari IPTA tempatanmempunyai trend yang sama dengan maklum balas yang diperoleh dalamsoal selidik daripada 575 responden dalam kajian ini. Para majikanmengenalpasti beberapa perkara penting. Yang paling banyak diperkatakanialah kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dan keterampilan keranakedua-dua faktor ini membawa kepada perkara-perkara lain sepertikeyakinan dan kemahiran penyampaian. Para majikan juga melihat faktorkelebihan yang ekstra merupakan x-factor yang sering dicari oleh majikandalam pengambilan rekrut baru dalam organisasi mereka. Faktor ekstra ini

Page 79: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

76 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

adalah seperti ilmu pengetahuan dalam hal ehwal semasa, minat, komitmen,kemampuan menghujah secara analitikal dan kritis, mahir bahasa ketigadan sikap yang positif.

Mesti ada kebolehan dan keyakinan… berkomunikasi tidak boleh ada perasaanmalu.... perlu banyak membaca tentang isu-isu semasa (Ketua Biro SH, Ipoh).

Berfikiran pantas, dapat menganalisa, peka dengan perkembangan semasa, bijakmenjawab, pandai bertutur dan berani merupakan ukuran penilaian graduan mediadan komunikasi. Mereka juga faham tentang industri penyiaran atau media yangmereka ceburi (Ketua Bahagian Latihan TV, KL).

Untuk pelantikan dalam industri, graduan harus berupaya menyakinkanorganisasi... perlu that extra yang dapat meyakinkan organisasi… kalau graduandipandang seakan-akan “sejuk” maka peluang pengambilan adalah tipis…organisasi akan meneliti keputusan akademik, mencari tahap keyakinan diri graduanserta kebolehan dan keistimewaan graduan... graduan diharap supaya sentiasabersedia, tidak mempunyai sebarang sifat parochial atau tidak bergaul di luarkelompok kenegerian… (Ketua Biro BH, KB).

Lima faktor utama yang penting ialah skil berkomunikasi, etika, budi bahasa, skilpenyampaian dan keterampilan diri... (Pengarah KL).

Nombor satu, memang betul-betul minatlah...sekurang-kurangnya mempunyaipengalaman menulis berita dan juga menunjukkan komitment terhadap tugas. Selagidia tak cuti, dia mesti berkeadaan dalam bersiap sedia. Jadi sekiranya kita panggildia jawab “no”, tu kita tak boleh terima sebab tak ada istilah “no” …minat dansikap tu penting... (Ketua Biro, Perlis).

Saya perlukan orang yang bilingual, good writing skill... tak malu-malu… kalau teragak-agak, malu-malu, masih senyum-senyum… then you are not for radio…atau media orcommunication… saya tak mahu result yang 4 flat tapi at the end of the day you are unableto do the job (Pengurus Besar CFM, Sarawak).

Faktor-faktor penting ialah… kelulusan dan prestasi pengajian di IPTA, kemampuanmereka berkomunikasi dengan berkesan, personaliti dan aura kecemerlangan,kemampuan calon berhujah secara analitikal dan membujuk (Pengarah Penerangan,NS).

Organisasi inginkan para graduan yang serba-boleh – boleh menyampai, bolehmenulis, boleh menerbit dan boleh menjadi pengacara...(Pengarah, Kota Bharu).

Yang istimewa sekali saya lihat, graduan tempatan ini semacam acuan… kalau younak bina rumah yang lebih menarik, tipikal local dengan seni bina tempatan youperlukan arkitek atau tukang bina rumah orang tempatan…saya dapati graduanIPT tempatan lebih peka tentang keperluan tempatan, keperluan kerajaan kita, darisegi kehendak masyarakat sendiri, dari segi social obligation (Ketua Sekretaris,Sarawak).

Page 80: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/77Temubual Majikan

If I need reporters and sub editors of course I will look for mass communication graduates, I won’tlook for doctors or engineers...and if I need engineers, I will go to the engineering fieldlah….(Pengurus Besar , Sarawak).

Organisasi sentiasa mencari calon terhebat, tapi nampaknya para graduan tidakberbeza dengan lepasan SPM…setakat ini organisasi memberi perhatian terhadapcalon yang menunjuk tahap keberanian yang jitu, rasa ingin tahu yang menebaldan penguasaan bahasa yang baik…harus mencari berita dengan penuh semangatdan tiada ruang untuk mereka yang ‘half-hearted’… (Ketua Biro UM, KB).

Pertama, background. Kalau ada pengalaman dan knowledge dalam bidang media, itusatu advantage. Pasal kelulusan, kami hargai orang diploma kerana degree ni mulapilih kerja dan masuk kerja sebagai stepping stone... budak diploma kerja betul-betuldan komited kerana nak bersaing dengan budak degree. Kedua ialah penampilan...masa interbiu kita pilih calon yang rajin bertanya, bijak bercakap danberpengetahuan. Ketiga, kemahiran bahasa Inggeris yang baik (Ketua PengarangMajalah, Bangi).

Personaliti, kebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris, sikap dankeputusan peperiksaan akademik di universiti (Pengarah Firma Periklanan,Damansara).

Pertama, sikap yang positif. Kedua kreatif dan ketiga, mampu berdikari... bolehmembuat keputusan sendiri (Penerbit Rancangan, KK).

Through multi-level selection process inclusive of written and oral interview and also backgroundverification (Pengurus Sumber Manusia, Johor).

Ciri-ciri penting yang ditekan oleh majikan contohnya dalam bidang penyiaranialah sikap low profile, semangat setiakawan, memahami dunia penyiaran secara amdan berfikiran terbuka… juga aspek peribadi seperti mudah bergaul dengan semualapisan masyarakat, berkeyakinan tinggi dan komited terhadap kerja (Ketua HalEhwal Semasa TV, KK).

Faktor-faktor yang menjadi ukuran penilaian dan pemilihan graduan adalahpencapaian akademik mereka, kefasihan mereka dalam berbahasa Melayu dan jugaInggeris, penampilan yang kemas dan menarik, rasa yakin pada diri dan juga penuhbersemangat. Selain itu, ketepatan dari segi masa juga diambil kira tugas mediaamat pentingkan ketepatan masa (Penerbit Rancangan, KL).

Prestasi yang baik ketika ditemuduga serta boleh menulis dan bertutur dengan baikdalam bahasa Inggeris (Pengarah Media, Damansara).

Pengambilan graduan bergantung dari mana pelajar tamat pengajian dan apakahkursus-kursus yang diambil. Selain itu keputusan CGPA, kemahiran bahasa Melayudan Inggeris, keyakinan diri, penampilan diri dan sahsiah diri (Ketua HubunganMedia, PJ).

Biasanya graduan dinilai semasa membuat praktikal. Antara faktor yang diambilkira ialah kerajinan, cepat belajar, punyai keyakinan diri yang tinggi, pandai bergaul

Page 81: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

78 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

dan dapat menguasai bahasa lain selain bahasa Malaysia. Ini memudahkan merekamendapat bahan berita dan maklumat (Pengarang Berita Kanan, KK).

Language is very important. First, you must speak English. Otherwise I wouldn’t hire you…Second I would go for personality and attitudes… and then a combination of qualifications…contohnya candidate comes with Degree in Advertising and MBA. That would be my choice(Ketua Pegawai Eksekutif, KL).

Menulis dengan baik dan boleh difahami (Ketua Biro SH, Ipoh).

Berkemahiran dan berketerampilan, boleh berkomunikasi dan berperwatakan…kuasai ICT... kuasai dwibahasa (Pengarang Berita UB, KK).

Satu, komitmen tu penting. Yang kedua, ada ilmu. Ketiga, yang mahu berusaha danyang keempat, dia ada ekstra dari segi pemahaman, pemerhatian dan pemantauanterhadap perkara yang dia lalui semasa dia belajar tu… ada kelainan dan ada inputyang mungkin dapat membantu dia bekerja sekiranya diberi tanggungjawab untukmelaksanakan kerja itu (Pengarang, Bangi).

Soalan 6: Kelebihan yang ada pada graduan media dan komunikasi dari universititempatan

Menurut para majikan yang ditemui, graduan media dan komunikasi dariIPTA tempatan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mereka lebih dekatdengan sosiobudaya negara, persekitaran ekonomi dan politik tempatan dandapat memahami kehendak rakyat dan aspirasi kerajaan. Mereka juga pekadan sensitif kepada apa yang boleh dan tidak boleh dihebahkan dan merekalebih memahami etika dan batasan undang-undang yang berkaitan denganmedia massa. Mereka tidak sombong dan bersedia ditunjuk ajar. Dan faktor-faktor ini meletakkan mereka terkehadapan berbanding dengan graduanbidang yang sama dari luar negara. Beberapa pandangan diperturunkan disini:

Graduan dalam bidang media dan komunikasi mempunyai latar belakang ataukelulusan yang sesuai dan lebih terlatih dan mereka mempunyai fokus dalamindustri komunikasi berbanding graduan lain… namun organisasi perlu jugadiversify... perlu… aa... graduan ekonomi, multimedia dan alam sekitar (Ketua BiroBH, Ipoh).

Tiada yang ketara… cuma seharusnya graduan media dan komunikasi boleh menulisdengan baik, kebolehan menganalisis dan bijak mewujud rangkaian (networking)(Pengarah, KL).

…kelebihan mereka ni dari segi pemikiran yang bagus... terutamanya yang berminatdalam bidang ini kerana mereka boleh menggunakan daya kreativiti masing-masing… yang kedua, dari segi penyesuaian mereka dengan orang kampung, merekaboleh bergaul dan mereka mudah mesra (Ketua Rancangan, Perlis).

Page 82: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/79Temubual Majikan

Berdasarkan pengalaman saya, graduan lulusan media dan komunikasi diberikeutamaan kerana mereka dapat menjawab soalan ketika ditemuramah denganlancar dan dapat diterima oleh penemuduga. Ini kerana mereka lebih peka, danmengikuti perkembangan ehwal semasa disebabkan mereka sentiasa mengikutinya,disebabkan latihan di universiti dan subjek yang diambil ...ulasan yang diberi tepatdan meyakinkan …mereka juga peka terhadap perkembangan semasa (KetuaBahagian Latihan TV, KL).

Graduan tempatan tidak sombong, bersedia untuk ditunjuk ajar (Pengarah Media,Damansara).

Bersifat lokal, nilai empati yang tinggi, nilai homofili yang jelekit, dan semangatkenegaraan dan jati diri yang kental (Pengarah Penerangan, NS).

Graduan tempatan lebih terdedah kepada tatasusila dalam menyampaikan beritaatau maklumat… mereka lebih tahu selok-belok undang-undang berita… berbandinggraduan luar negara (Penerbit Rancangan, KL).

Peka dengan keadaan, situasi serta budaya tempatan (Pengarah Firma Periklanan,Damansara).

They seem to be more outspoken and are able to communicate their ideas succinctly (SeniorManager, Negeri Sembilan).

Kelebihan graduan tempatan kerana kemampuan mereka menyelami denyutan nadimasyarakat sekeliling… (Pengarang Berita UB, KK).

Mereka mempunyai asas media dan komunikasi dan memudahkan kami membentukkemahiran mereka bila datang bekerja atau praktikal dengan kami... kami merasakanianya tanggungjawab kami untuk sama-sama ‘mewarnakan’ graduan ini sebagaipengamal media dan komunikasi yang sebenar (Penerbit Rancangan, KK).

Lebih berdikari, berkeyakinan dan berkebolehan (Pengarang Agensi Berita, KL).

Ability to voice out their opinion and thoughts… Have self confidence and reliance to confrontwith people (Pengurus Pemasaran, KL).

Graduan lebih fokus, mempunyai minat yang tinggi (Ketua Biro BH, Ipoh).

Nobody can produce and write about culture of Malaysia except Malaysian themselves. Penerapandan penerangan mengenai masyarakat is very important. Graduan dari universititempatan lebih arif tentang negara mereka... so that’s the difference between local andoversea graduates (Ketua Pegawai Eksekutif, KL).

Soalan 7: Kelemahan yang ada pada graduan media dan komunikasi dariuniversiti tempatan

Kelemahan yang diperkatakan oleh majikan ada perkaitan dengan faktor-faktor pengambilan dan kebolehpasaran para graduan media dan

Page 83: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

80 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

komunikasi dari IPTA tempatan. Kelemahan utama adalah kemahiranberbahasa Inggeris dan bertutur. Ini yang membuat graduan tempatanmenghadapi saingan hebat dari graduan bidang lain dan juga graduan dariluar negara. Kemahiran berbahasa Inggeris adalah kelebihan utama graduanluar negara. Dari segi akademik dan pendedahan kursus, adalah lebih kurangsama, demikian menurut para majikan. Kelemahan seterusnya ialahpendedahan praktikal yang dirasakan amat kurang. Ada yang mengatakangraduan tempatan agak pasif, kurang bertanya, kurang inisiatif, pengetahuanam yang kurang dan kurang kritis serta analitikal dalam penulisan. Beberaparespons adalah seperti berikut:

Mereka kurang pendedahan praktikal... saya frust dengan pelajar yang buat praktikaldi sini… mereka datang sekadar nak cukupkan unit kursus. Mereka tak boleh kedepan… hanya duduk diam dan pasif. Mereka juga tak cukup strong dari segiketahanan diri, malas untuk bertanya, kurang inisiatif, general knowledge kurang(Ketua Pengarang Majalah, Bangi).

Antara kelemahan yang saya kesan ialah tidak dwibahasa atau lebih, tidak dapatmenguasai bahasa dengan baik, tidak ada skil bertutur, kurang membaca, dan tidaksabar, nak cepat “naik pangkat” (Pengarah KL).

Graduan tidak mempunyai sense of pride dalam kerjaya mereka. Sepatutnya merekaharus lebih terdedah , mempunyai rasa ingin tahu yang tebal dan sentiasa terdapatkeinginan untuk meneroka (Ketua Biro UM, KB).

Over confident and reluctant to value add their knowledge by listening to other people’s opinion(Pengurus Pemasaran, KL).

Kurang kuasai bahasa Inggeris, kurang kreatif, tidak berani menyuarakan pandangankritis, agak ketinggalan dari segi perubahan terbaru dalam dunia media dankomunkasi dan kurang daya inovasi (Pegawai Perhubungan Awam, PD).

Kelemahan menguasai bahasa Inggeris dan budaya berunding dengan orang luar dimana pendedahan graduan tempatan adalah kurang… kemahiran ini ada padakebanyakan graduan luar negara (Pegawai Perhubungan Awam, Melaka).

Segan bertanya dan pesimistik (Pengarah Media, Damansara).

I won’t say...satu kelemahan. It’s about the individual. University produce graduates and theyhave done their part. But it’s all up to the individual. Apa yang membezakan you is your attitude(Ketua Pegawai Eksekutif, KL).

Masalah lemah berbahasa Inggeris dan budaya konteks rendah iaitu tidak terbukaberbanding graduan luar negara (Jurutera Kanan, NS).

Perhaps lacking in management and entrepreneurship skills (Senior Manager, Negeri Sembilan).

Page 84: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/81Temubual Majikan

Kurang fasih berbahasa Inggeris, pemalu dan kurang keyakinan diri. Tidak begitumengikuti perkembangan isu-isu semasa dan hal ehwal dalam negara dan luarnegara, tidak suka membaca (Pengarang Berita Kanan, KK).

Ada graduan yang menguasai satu bahasa sahaja. Maka pasaran kerjanya terhad.Bagus kalau dia menguasai dua atau lebih bahasa (Ketua Biro, Sabah).

Sebilangan graduan lambat sesuaikan diri dengan persekitaran kerja, budaya kerjadan kerja berpasukan... perlu ambil masa satu tahun untuk sesuaikan diri (KetuaHal Ehwal Semasa TV, KK).

Di awal pekerjaan atau di awal latihan amali, pelajar media dan komunikasi, ramaiyang tak penuhi kehendak majikan tetapi setelah diberi latihan dan masa untukpelajari cara yang dikehendaki oleh syarikat, mereka mampu jalankan tugas denganbaik (Ketua Biro BH, Ipoh).

Kurang kemahiran berfikiran kritikal dan analitikal (Editor Agensi Berita, KL).

Graduan tempatan kurang exposure… kalau you masuk bidang komunikasi youkena outgoing..you cannot be an introvert… inilah kelebihan para pelajar yang graduatdari luar negara. Dari segi akademik, graduan tempatan dan luar negara samasaja…tapi pelajar luar negara lebih banyak exposure (Pengarah Pengurusan, KL).

Graduan tidak dapat gambaran jelas mengenai industri media. Ada yang fikir mediaini glamour. Ramai yang gagal memproses Press Release pada hari pertama praktikal/masuk kerja (Wartawan Eksekutif, KL).

Semua orang boleh buat PR… you know with the right guidance.... budak-budak PR ni adaknowledge at entry level… tapi budak-budak daripada luar PR seperti graduanpengajian Bahasa Inggeris merasakan mereka kurang knowledge, mereka belajar dankerja dengan lebih kuat daripada budak PR sendiri (Wartawan Eksekutif, KL)

Saya nampak ada kekurangan. On paper memang mereka perfect... mereka bolehmerangka tetapi bila dibuat praktikal, saya rasa itu nampak kekurangan. Tetapiinisiatif memainkan peranan penting untuk melaksanakan tugas mereka. Kalaukita setakat tahu teori tidak ada kemahiran dan tidak berusaha, saya rasa tidakboleh tercapai (Pengarang, Bangi)

Graduan banyak bergantung pada pensyarah dan buku …untuk pass exam... merekakena juga luangkan masa secara sosial dan ambil tahu tentang perkara-perkara diluar (Pengurus Produksi, KL)

A weakness, in general, is that too many graduates give themselves too much credit. A lot of theseyoung ones come out thinking that they know all and can learn all...in a field likecommunications...next to intrinsic talent. Experience is everything (Pengurus Korporat, NS)

Page 85: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

82 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Soalan 8: Peluang dan cabaran yang ada bagi graduan media dan komunikasidari universiti tempatan

Para majikan mengenal pasti cabaran utama ialah pasaran yang kecil danpeluang pekerjaan yang terhad manakala graduan terlalu ramai. Peluangjuga terbatas bagi graduan bidang media dan komunikasi tempatandisebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Ini membuat majikanlebih kerap mengambil graduan daripada bidang lain dan juga graduan luarNegara. Pengambilan graduan dari bidang lain seperti sains, kejuruteraan,seni bina, bahasa Inggeris, perundangan, ekonomi dan sebagainya adalahtrend pengambilan oleh para majikan di organisasi media dan komunikasi.Ramai mengatakan graduan bidang lain ada pengetahuan mengenai bidangpengkhususan mereka. Keadaan ini menuntut graduan media dankomunikasi membina content dalam diri mereka dengan mengambil kursus-kursus di luar bidang mereka semasa di universiti untuk menambah kepadaadded value dalam diri mereka agar nilai kebolehpasaran mereka dapatdipertingkatkan, kata para majikan. Di samping itu, persekitaran media barujuga menuntut graduan memperkemaskan diri mereka dengan kemahiranteknologi terkini. Diperturunkan di sini beberapa maklum balas temubualdari majikan:

Jawapan saya simple… graduan terlalu banyak, dan peluang pekerjaan terhad(Pengarah KL).

Peluang sebenarnya banyak… magazine semakin banyak, saluran tv pun banyak,production house pun banyak dan media memang semakin dihargai...sekarang dahada siber... boleh buat blog sendiri dan cari duit (Ketua Pengarang Majalah, Bangi)

Industri penyiaran dan media tidak lagi dikhususkan kepada lulusan komunikasisaja. Semua graduan tanpa ambilkira bidang kelulusan turut dipertimbangkanmasuk bidang ini (Penerbit Rancangan, KL).

Peluang tu banyak ...sama ada graduan tu nak atau tak nak. Cuma dalam bidangkomunikasi… banyak IPT lahirkan graduan. Jadi cabaran tu kita tengok IPT manayang lahirkan dia, dan dalam industri yang diceburi tu, dia kena tonjolkan diri dia.Termasuklah keterampilan diri, communication skill, social skill, macam mana nakberkawan, masuk majlis-majlis rasmi, bertegur sapa dengan orang, itu semuapenting. Tak boleh mengharap pada akademik sahaja (Pegawai Perhubungan Awam,Perlis).

Persekitaran media baru seperti blog merupakan persaingan utama…oleh keranakehadiran online berbeza daripada akhbar cetak arus perdana, maka persekitaranblog tidak ada sentimen-sentimen seperti media perdana dan juga tanggungjawabsosial…industri mengalami krisis keyakinan dan dilihat kebelakangan ini penulis-penulis terbaik berada di luar, aktif di luar, terutamanya blog (Ketua Biro UM, KB).

Peluang graduan universiti tempatan adalah cerah... tapi persaingan pun banyak…jumlah pengambilan tidak banyak berbanding dengan jumlah pengeluaran

Page 86: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/83Temubual Majikan

universiti …jadi graduan perlu bersaing hebat.. hanya yang terbaik yang berpeluang(Pengarang Berita UB, KK).

Peluang terbatas dalam era ini kerana penguasaan bahasa Inggeris di kalangangraduan media dan komunikasi agak kurang berbanding dengan graduan luarnegara. Mungkin juga persepsi organisasi yang mengandaikan lulusan luar negaralebih hebat. Apa-apapun, graduan tempatan perlu berusaha membuktikankeupayaan mereka setaraf lulusan luar negara …dari segi keyakinan diri mungkinfaktor penguasaan bahasa Inggeris menjadi penyebab mereka merasa rendah diri(Ketua Bahagian Latihan TV, KL).

Peluang sentiasa terbuka luas. Apa yang penting mereka harus rajin berusaha dantidak mudah berpuas hati dengan apa yang ada (Pengarang Berita Kanan, KK).

Salary not commensurate with the qualification (Pengurus Pemasaran, KL)

Graduan perlu sedar dasar syarikat media yang mula beralih arah kepada graduanbidang lain kerana mereka ada nilai tambah. Penulisan atau laporan boleh dipelajaridi syarikat. Mungkin inilah bukti kukuh betapa silibus sekarang telah gagal! Sayacadangkan perubahan besar-besaran dibuat (Wartawan Eksekutif, KL).

Cabaran dunia penyiaran terlalu banyak. Antaranya memastikan penerbitan adalahberkualiti, petugas mesti mahir dalam tugas yang dilakukan dan memastikan stesenmenjadi pilihan penonton dan pendengar (Penolong Pengurus Rancangan, KL).

Value added knowledge and attitude. No matter how good or excellent the fresh graduates withoutstanding CGPA, they are meaningless if they do not have the right attitude (Pengurus SumberManusia, Johor)

Perkembangan teknologi terlalu pantas. Kemunculan portal berita dalam masa 10tahun lagi akan tenggelamkan akhbar. Internet telah menyebabkan semua pihakperlu alert dan pantas bertindak (Wartawan Eksekutif, KL).

Soalan 9: Persaingan dan bentuk-bentuk saingan bagi graduan

Persaingan utama dan kuat datang daripada graduan universiti swastatempatan dan luar negara. Mereka ini rata-rata lebih berkeyakinan danboleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris, kata beberapamajikan yang ditemubual. Tetapi graduan tempatan ada kelebihan darisegi kedekatan mereka dengan persekitaran tempatan. Mereka lebih arifberbanding dengan graduan luar negara. Bagaimana pun, banyak jugabergantung kepada sikap seseorang individu, demikian menurut beberapaorang majikan:

Persaingan yang ada? Ok ...persaingan itu… Cuma mungkin peluang pekerjaan yangada tidak dapat menampung jumlah graduan yang dilahirkan. Then you got to competeamong yourself from the same university, then you need to compete with communication students

Page 87: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

84 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

from other universities dari dalam negara dan luar negara and the worst part, kena competedengan students dari fakulti lain dalam dan luar negara…itu masalah besar (PengarahPengurusan, KL).

Persaingan yang perlu dihadapi oleh graduan media dan komunikasi ialah ramaigraduan dari jurusan lain lebih selesa bekerja di dalam organisasimedia…persaingan menjadi lebih sengit apabila graduan bidang kejuruteraan bolehbekerja dalam bidang media dan komunikasi namun pelajar media dan komunikasitidak boleh menjadi jurutera (Ketua Hubungan Media, KL).

Saya rasa IPTS pun nampak bagus juga. Tapi ini bergantung pada dirilah …In general,IPTA nampak lebih mature. IPTS kurang mature tapi ada keghairahan kerja (KetuaPengarang Majalah, Bangi).

Persaingan kuat dengan calon daripada universiti swasta tempatan dan universitiluar negara. Mereka ini rata-rata lebih konfiden dan boleh bertutur dengan baikdalam Bahasa Inggeris (Pengarah Firma Periklanan, Damansara).

Persaingan yang ketara adalah lambakan para graduan dalam bidang media dankomunikasi dari IPTA dan IPTS. Sekiranya mereka gagal untuk mempamerkan potensiyang cemerlang dalam diri mereka, agak sukar untuk mendapat pekerjaan malahsekarang ini peluang pekerjaan dalam media dan komunikasi terbuka kepada sesiapasahaja dan tidak spesifik kepada graduan bidang ini (Penerbit KL).

Saya tak nampak ada perbezaan antara graduan IPTA dan IPTS …tapi dari segikebolehan graduan IPTA lebih berkebolehan dan ada kelebihan daripada IPTS. Tetapidari segi peluang kerja graduan IPTS lebih mudah dapat kerja berbanding IPTAdalam kerajaan dan swasta ...tapi graduan IPTA lebih mudah dapat kerja di sektorkerajaan sahaja (Pengarang, Bangi).

Soalan 10: Cadangan organisasi untuk IPTA dalam mempertingkatkan mutugraduan mereka terutama dalam bidang media dan komunikasi

Cadangan utama para majikan ialah meningkat tahap kemahiran bahasaInggeris para graduan serta kemahiran berkomunikasi. Satu lagi yang kerapdiperkatakan oleh para majikan ialah tambahkan tempoh latihan industri/amali/praktikal para pelajar dan dicadangkan tempoh antara tiga hinggaenam bulan untuk memberi peluang pelajar didedahkan kepada pengalamanprofesional yang lebih ekstensif dan lebih mantap. Majikan jugamenyarankan pihak universiti menilai silibus/kurikulum secara lebih kerapagar sesuai dengan perubahan di pasaran. Para pensyarah juga digalakkanmengikuti latihan industri untuk memantapkan ilmu profesional merekaselain pihak universiti digalakkan mengambil para pengamal mengongsipengalaman mereka di bilik-bilik kuliah. Selain itu, pihak universiti jugadisarankan menggalakkan para pelajar mereka mengambil subjek-subjekyang boleh menambah added value kepada kebolehpasaran mereka.

Page 88: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/85Temubual Majikan

Graduan tidak terlalu bergantung kepada ilmu yang diperoleh daripada pensyarah...perlu peka terhadap isu semasa dan berani bersosial dan berkomunikasi denganmasyarakat sekeliling (Ketua Biro SH, Ipoh).

Persaingan dengan media online untuk mengeluarkan berita dengan pantas dan tepat(Ketua Biro, P. Pinang).

Perlu panjangkan tempoh latihan amali, dan perlu kuasai bahasa Inggeris danBahasa Malaysia dengan baik dan tambah tenaga pengajar yang berpengalamandalam industri media (Ketua Biro BH, Ipoh).

IPTA perlu improve syllabus. Perlu terapkan sifat kewartawanan. Kalau tak minat,lebih baik tukar program awal-awal …satu lagi, praktikal perlu dua kali, satu ditahun dua dan satu lagi di tahun tiga …kalau dua kali kita boleh bentuk dan diaboleh nampak kekurangan dan boleh improve …dan pensyarah perlu update ilmusesuai dengan perubahan persekitaran (Ketua Pengarang Majalah, Bangi).

Pengajian media komunikasi boleh diperbaiki dengan menambah kurikulum danpenekanan kepada penggunaan aplikasi teknologi moden seperti teknik CGI, computergraphics, penyuntingan visual dan sinematografi (Penerbit, KL).

Eratkan hubungan universiti dan industri untuk mudahkan pendedahan pelajarkepada dunia profesional (Penolong Pendaftar, Negeri Sembilan).

Memastikan pelajar mempunyai kekuatan menulis dan bertutur dalam bahasaInggeris serta memupuk sikap positif untuk terus maju di samping membinapersonaliti yang baik di kalangan pelajar (Pengarah Media, Damansara).

Lebihkan pembelajaran bersifat praktikal dan kurangkan teori kepada alampekerjaan menuntut gerak kerja fizikal dan agak minimum dari segi teori...terutamajika kerja itu menuntut seseorang buat keputusan dengan segera (Ketua Hal EhwalSemasa TV, KK).

Bila universiti hantar students for practical training ...we also expect kalau boleh lecturers alsobe committed la …ada 3 or 4 students buat internship di sini… the one that we give very goodpoint… then we asked berapa dia dapat …dia kata dapat markah rendah ...and the one yang takperform …yang banyak tipu… tapi dia baik dengan lecturer ...dia dapat good point …wewere quite frustrated...so evaluation yang kami bagi tu apa...doesn’t have meaning ke? That’swhy the communication between lecturer and the company is very important (PengarahPengurusan, KL).

Jadikan perkembangan semasa sebagai kes kajian; adakan kolaborasi dengansyarikat bukan sekadar untuk latihan praktikal, bentuk company institution difakulti …pensyarah will gain a lot by going for internship (Associate Creative Director,KL).

Lebihkan praktikal dan tempoh praktikal …adakan kursus intensif bahasa Inggeriswajib di semua universiti kerana dunia kerjaya masih beri keutamaan kepada bahasaInggeris (Timbalan Ketua Pengarang, KL).

Page 89: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

86 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Kalau tanya pandangan saya …lebih banyakkan praktikal. Kalau ada 8 semester, atleast 4 semester tu buat praktikal (Pengarang, Bangi).

Salah satu cadangan ialah bawa pelajar keluar ke lapangan. Banyakkan interaksidengan orang media dan korporat …dan satu lagi, perlu bagi assignment yangmemerlukan pelajar keluar cari bahan di industri …ini akan tambah exposure kepadapelajar (Pegawai Perhubungan Awam, Perlis).

Attachment di negara Barat untuk tambah pengalaman (Timbalan Ketua Pengarang,KL).

Ambil para wartawan senior yang masih bekerja sebagai tutor di universiti tempatansupaya graduan mengetahui selok belok kewartawanan terutama undang-undangmedia sebelum menceburi bidang kewartawanan atau penyiaran (Ketua Biro,Sabah).

Pastikan tenaga pengajar terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang masing-masing contohnya golongan profesional dalam industri penyiaran dan bukan setakatmempunyai gelaran tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam dunia penyiaran(Penolong Pengurus Rancangan, KL).

Pertama, pastikan silibus ikut standard industri dalam negara; kedua, perkenalkansubjek baru iaitu gaya penulisan akhbar tempatan; ketiga, jangan bergantung kepadabuku teks dari luar negara semata-mata; keempat, ramaikan lagi pensyarah yangada pengalaman dalam industri; kelima, wajibkan pensyarah muda praktikalsebulan dua di syarikat media tempatan… sijil bertimbun-timbun bukannya jadipenentu; keenam, banyakkan praktikal, teori semata-mata tak akan ke mana-manalah…dan yang ketujuh, contohi USIM dan UiTM yang aktif dengan programsehari bersama wartawan. Barulah terbuka minda… (Wartawan Eksekutif, KL).

Ubah keterampilan dan imej pelajar media dan komunikasi dan ambil mereka yangbetul-betul berminat dalam bidang ini (Penolong Pengurus Penyiaran, KL).

Collaborate with different universities in order to share knowledge and expertise – exchange skillsand experience (Pengurus Pemasaran,KL).

Teach them patience …teach them to listen ...it is important to know what we don’t like as much asto know what we like …so listening is extremely important ...teach them honesty …teach themhumility (Pengurus Korporat, NS).

Change the subject matter according to trend. Change the subject matter according to requirementand needs…. bukannya silibus yang sudah 10 tahun masih lagi diajar (Ketua PegawaiEksekutif, KL).

Pihak universiti boleh banyakkan program ‘pengucapan awam’ dan ‘bual bicara’untuk tingkatkan keyakinan pelajar dan menjadikan mereka lebih kritis dan kreatif.Graduan yang mempunyai minda terbuka, berpengalaman luas dan mempunyaikeyakinan tinggi sememangnya ‘diburu’ oleh syarikat media …banyakkan masapraktikal …tiga bulan tempoh praktikal tidak memadai ...perlu naikkan kepadaenam bulan (Penerbit Rancangan, KK).

Page 90: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/87Temubual Majikan

Kurikulum perlu disemak semula secara lebih kerap agar memenuhi kehendakindustri yang sentiasa berubah (Pengarah Media, Damansara).

Graduan dalam bidang ini perlu juga ilmu yang relevan dengan hala tuju organisasiseperti bidang hubungan antarabangsa, psikologi, politik, pentadbiran awam,kaunseling dan strategik (Pengarah Penerangan, NS).

Menganalisis sukatan matapelajaran agar selaras dengan kehendak pasaran yangterkini serta mendedahkan pelajar lebih kepada projek-projek yang melibatkanorganisasi luar agar mereka lebih mendapat pendedahan (Pegawai PerhubunganAwam, Melaka).

Tambahkan tempoh praktikal... dicadangkan selama satu semester atau enam bulansupaya pendedahan lebih meluas, perlu ambil pensyarah yang ada profesionalbackground, pensyarah perlu lebih bersikap terbuka agar graduan lebih menyerlahdan lebih mantap (Jurutera Kanan, NS).

Graduan mesti dilengkapkan dengan pengetahuan asas dan juga pengkhususansupaya boleh ditempatkan di meja politik, hiburan, ekonomi dan undang-undang …kemahiran penterjemahan juga penting untuk mengupas isu-isuantarabangsa (Ketua Biro UM, KB).

Perlu kekalkan jurusan media dan komunikasi ni, sebab penting sangat... cadangankedua, perlu diberi penekanan kepada semua bidang komunikasi, bukankewartawanan dan penyiaran sahaja (Ketua Rancangan, Perlis).

Semua pelajar media dan komunikasi wajib ambil subjek pengurusan kewangan,pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi, selain yang lebih umumseperti keterampilan diri, bahasa Melayu dan Inggeris, dan juga teambuilding(Pengarah, KL).

Perlu ada kursus atau assignment yang memerlukan pelajar membuat kontak diluar…selain itu diadakan kolokium, seminar atau forum antara IPTA dan IPTS untukpendedahan pelajar (Ketua Sekretaris, Sarawak).

Saya rasa panjangkan praktikum ...bahasa Inggeris juga satu keperluan dan jugaada bahasa lain lagi… Kalau di sempadan ni..kalau boleh cakap Siam tu merupakansatu kelebihanlah (Ketua Biro, Perlis).

Antara cadangan yang boleh saya utarakan ialah pertama, pendedahan kepadaperalatan teknologi terkini; kedua, sistem pembelajaran dan pengajaran diubahmengikut kehendak pasaran; ketiga, mewajibkan graduan komunikasi menyertaipersatuan profesional sebagai pengiktirafan profesionalisme mereka; keempat,sistem pembelajaran perlu berorientasi pasaran semasa; kelima, cabang ilmu mediadan komunikasi perlu diperluaskan; wujudkan badan khas menjaga kualiti danstandard graduan komunikasi dan media (Pegawai Perhubungan Awam, PD).

Page 91: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

88 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

7.4 Rumusan

Para majikan yang ditemui rata-rata berpendapat bahawa bidang media dankomunikasi adalah kritikal dan penting untuk pembangunan negara.Menurut mereka yang terdiri daripada para pengamal media, ketua-ketuadalam bidang korporat dan para pembuat keputusan dalam sektor kerajaandan swasta, bahawa banyak dasar kerajaan yang perlu disampaikan kepadapihak rakyat dengan pantas dan jelas agar pemahaman rakyat dan aspirasikerajaan adalah sehaluan. Usaha penjanaan dan penyebaran maklumatkepada rakyat dilakukan oleh media massa dan peranan ini dipegang olehpara pengamal media dan komunikasi. Justeru peranan pengamalkomunikasi dan media adalah amat penting dan tidak disangkal lagi. Olehyang demikian, para majikan merasakan perlu para graduan dalam bidangini mempertingkatkan mutu performance mereka di tempat kerja.

Para majikan juga memperkatakan tentang kelebihan dan kelemahangraduan yang perlu diteliti demi meningkatkan peluang kebolehpasaranmereka. Majikan mengenal pasti beberapa faktor yang pentingdipertingkatkan dalam kalangan graduan di peringkat universiti iaitukemahiran bahasa Inggeris dan membuat persembahan melalui lisan dantulisan, keyakinan, keterampilan diri dan kemahiran penyampaian. X-factoryang sering dicari oleh majikan dalam pengambilan rekrut baru dalamorganisasi mereka ialah kelebihan ilmu pengetahuan dalam hal ehwal semasa,minat, komitmen, kemampuan menghujah secara analitikal dan kritis, mahirbahasa ketiga dan sikap (attitude) yang positif.

Beberapa respons negatif oleh para majikan adalah disebabkankekangan dalaman seperti polisi organisasi yang tidak memberi sepenuhkebebasan dan keluwesan graduan media dan komunikasi hendak berkarya.Ada juga yang mengatakan graduan terlalu memilih kerja dan disebabkanterlalu “dimanjakan” oleh universiti dan majikan mereka tidak berusahauntuk memperbaiki kelemahan.

Namun keseluruhannya, sebahagian besar para majikan yangditemubual bersetuju bahawa para pengamal media dan komunikasisekarang yang terdiri daripada para graduan bidang media dan komunikasitempatan berjaya menjalankan tugas dengan baik. Mereka dikatakanmempunyai kelebihan jika dibanding dengan graduan luar negara.Kelebihan mereka ialah kepekaan terhadap tuntutan negara dan masyarakattempatan.

Para majikan mengenal pasti cabaran utama ialah pasaran yang kecildan peluang pekerjaan yang terhad manakala graduan terlalu ramai. Peluangjuga terbatas bagi graduan bidang media dan komunikasi tempatandisebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Para majikan juga lebihgemar mengambil graduan dari bidang lain kerana inginkan kelainan darisegi content. Justeru pelajar komunikasi dan media digalakkan mengambilkursus-kursus di luar bidang pengkhususan mereka untuk menambah ilmudan kepakaran. Para majikan juga menyarankan supaya kursus-kursus

Page 92: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/89Temubual Majikan

ditawarkan mengikut keperluan pasaran, menambah tempoh latihan amaliatau industri dan juga mewajibkan pensyarah yang tiada pengalamanprofesional untuk membuat attachment di industri.

Page 93: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

90 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

BAB 8

Perbincangan, Implikasi, Cadangan dan Penutup

8.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan implikasi kajian dan rumusan kepada Bab 2mengenai hasil kajian yang diperoleh dari Kajian Penempatan danKebolehterimaan Kerja Graduan Komunikasi dan Media. Perbincangandisampaikan dalam dua peringkat iaitu perbincangan berdasarkan datasurvei dan peringkat kedua ialah perbincangan berdasarkan data yangdiperolehi daripada temubual mendalam dengan pihak majikan yang terpilihdari organisasi media dan komunikasi dan organisasi bukan media.

8.2 Perbincangan Hasil Kajian Survei dan Implikasi

Kajian ini cuba menjawab beberapa permasalahan kajian dan objektif kajianyang dibentuk. Sejauh mana organisasi-organisasi media dan komunikasidan bukan media menggunakan graduan dari bidang ini perlu diselidikiagar daya saing bakal graduan dalam bidang komunikasi dan media bolehdipertingkatkan. Bidang komunikasi dan media ini dikatakan bidang yangkritikal dan penting dalam menentukan hala tuju masyarakat di negara inimelalui maklumat yang disampaikan. Graduan dari bidang ini memainkanperanan penting dalam memastikan maklumat sampai kepada sasaran dansehaluan dengan proses perancangan negara. Bagaimanapun dewasa ini,disebabkan situasi sekarang semakin mementingkan maklumat yangstrategik dan membangun, maka sudah dapat dilihat pola pengambilangraduan dari pelbagai disiplin untuk mengisi jawatan yang berkaitan denganmedia dan komunikasi.

Hasil dari pengamatan ini maka beberapa persoalan dan objektif telahditerokai. Antaranya, kajian ingin menjawab tentang kedudukan peranangraduan media dan komunikasi sekarang ini. Sejauh manakah merekarelevan dalam industri media dan komunikasi ini? Apakah kekuatan dankelemahan yang dapat dikesan oleh majikan terhadap graduan media dankomunikasi? Apakah cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkandalam pengajian media dan komunikasi di institusi pengajian tinggi. Inimerupakan antara perkara penting yang diselidiki dalam kajian ini.

Page 94: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/91Perbincangan, Implikasi, Cadangan dan Penutup

Kajian survei dijalankan oleh ahli-ahli COHECS dan beberapa orangpenyelidik di seluruh negara berdasarkan 6 zon yang dikenal pasti untukmemastikan hampir semua zon yang ada penempatan graduan komunikasimedia diliputi. Kajian telah menetapkan kuota kepada pemilihan organisasitempat kerja graduan iaitu sektor swasta 50% dan kerajaan 50%memandangkan graduan komunikasi dan media bekerja di kedua-duasektor ini. Gender dikaji berdasarkan 60% perempuan dan 40% lelakidisebabkan bilangan wanita di IPTA sejak tahun 70-an adalah lebih daripadabilangan lelaki, malahan sekarang ini peratusan perempuan lebih ketaradan semakin meningkat. Jenis institusi juga dikuotakan iaitu organisasi mediadan komunikasi ditetapkan kepada 70% dan organisasi bukan media(universiti, hotel, sekolah, PETRONAS dan lain-lain) ditetapkan kepada 30%.Keadaan ini tidak menyulitkan proses pengumpulan data, memandangkantaburan graduan di organisasi-organisasi media dan komunikasi adalah lebihramai berbanding dengan organisasi bukan media.

Hasil kajian ke atas 575 graduan dari bidang komunikasi dan mediamendapati bahawa majoriti graduan bersetuju bahawa ilmu pengetahuandan kemahiran yang diperoleh dari universiti dapat diaplikasikan dan relevandengan tuntutan industri komunikasi dan media yang mereka ceburisekarang. Mereka juga berpuas hati dengan performance mereka di tempatkerja. Beberapa faktor yang dikesan ada keberkaitan dengan kepuasan iniialah keberkesanan dari segi sistem pengajian di universiti dan mereka dapatmengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh ke dalambidang kerjaya mereka. Selain itu faktor tenaga pensyarah, kurikulum,sistem penilaian, situasi prasarana juga turut memberi kepuasan kepadamereka yang ditunjukkan di tempat kerja mereka.

Kajian mendapati usia, tempoh lama bekerja dan gaji mempunyaihubungan yang rendah dengan kepuasan kerja. Ini berkemungkinandisebabkan bahawa tidak semesti yang muda tidak dapat memperolehi gajiyang tinggi dan begitu juga tempoh lama bekerja menjanjikan gaji yangtinggi. Gaji yang tinggi juga mungkin diberi kepada mereka yang barubekerja disebabkan sikap dan komitmen yang tinggi terhadap tugas.

Kajian mendapati para graduan yang sudah bekerja ini bangga denganprofesion dan sebahagian besar mengatakan mereka tidak akan berpindahkerja dan jika ditawarkan bekerja di luar negara sebahagian kecil inginmenerima tawaran itu disebabkan ingin mengembangkan pengetahuan danpengalaman.

Responden terdiri daripada para pengamal media dan komunikasi danpekerja di sektor swasta dan kerajaan yang terdiri daripada golongan mudaiaitu antara 20 hingga 30 tahun dan memperoleh gaji antara RM1,501 hinggaRM4,500 sebulan. Dalam temubual majikan, ada yang menyatakan bahawagaji yang diperoleh tidak memadai namun sebahagian besar responden tidakmembangkitkan soal gaji. Dari segi pengkhususan sebahagian besar memilihkewartawanan, diikuti dengan penyiaran, perhubungan awam danperiklanan dan tidak berapa ramai dalam komunikasi pembangunan dan

Page 95: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

92 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

penerbitan dan digital. Kekurangan graduan mengambil kursus penerbitangrafik dan digital disebabkan kursus-kursus ini hanya popular di sekitarawal tahun 2000 dengan pertumbuhan media baru.

Manakala hasil temubual majikan mendapati bahawa sebahagian besarpara graduan media dan komunikasi telah menunjukkan performance yangbaik di tempat kerja. Graduan dalam bidang ini dari universiti tempatanmempunyai kelebihan berbanding dengan graduan luar negara. Merekalebih prihatin terhadap tuntutan negara dan masyarakat dan memahamikekangan yang ada. Mereka mudah ditegur dan mudah menerima ilmu.Namun kelemahan mereka banyak terletak kepada kurang kemahirandalam bahasa Inggeris yang seterusnya mengurangkan keyakinan dankeberkesanan mereka dalam penyampaian, berkomunikasi danmenjalankan tugas.

Disebabkan kepentingan bidang komunikasi dan media kepadapembangunan negara, para majikan berpendapat pihak universiti perlumembuat beberapa pembaikan terhadap kurikulum dan bentuk pengajaranagar matlamat menghasilkan pengamal media dan komunikasi yangberketerampilan dan berdaya saing dapat dicapai.

8.3 Cadangan

Bidang komunikasi dan media adalah bidang yang sentiasa berkembangseiring dengan perkembangan persekitaran dan tuntutan global.Memandangkan keadaan ini, penawaran program komunikasi dan mediaperlulah sentiasa terkehadapan dan merentasi masa. Empat faktor kritikalyang dikesan dalam kajian yang perlu menjadi landasan model pendidikankomunikasi dan media di negara ini ialah faktor teknologi, globalisasi,kesedaran tentang identiti budaya negara dan profesionalisme melaluikonvergens.

Keempat-empat faktor kritikal ini telah dan akan terus mengubah ilmudan corak pengajaran dalam bidang ini. Dalam persekitaran, teknologidan arus globalisasi membawa kepada perkembangan media baru yang sekaligus memberi cabaran besar kepada institusi komunikasi dan media sertaprofesion para pengamalnya. Bagi menajamkan daya saing dan untuk kekalrelevan, ahli akademik dan universiti yang melahirkan graduan komunikasidan media perlu memperkemaskan diri dengan tuntutan persekitaran yangmemerlukan imbangan antara penyelidikan, teori dan profesionalisme.Strategi konvergens yang merupakan gabungan antara pelbagai bidang ilmukomunikasi dan media diperlukan untuk mengukuhkan disiplin tersebut.Di samping itu, pembentukan dan penyaluran maklumat oleh pengamalkomunikasi dan media juga perlu kaya dengan pengisian jati diri dan identitinasional. Modul SPIN (strategi, patriotism and inovasi) yang dicadangkanperlu diterapkan segera dalam proses pembelajaran pelajar pengajiankomunikasi dan media di tahap awal lagi. Keprihatinan yang diberikan

Page 96: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/95Perbincangan, Implikasi, Cadangan dan Penutup

untuk perancangan masa depan pengajian bidang ini. Faktor-faktor tentangkekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh paragraduan serta majikan dalam bidang ini memberi petunjuk kepada pihakuniversiti dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk merangka strategi kearah usaha melahirkan graduan bidang komunikasi dan media yang lebihmantap dan berdaya saing.

Page 97: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia
Page 98: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/97Lampiran

Lampiran 1

Cadangan keperluan infrastruktur bagi setiap universiti

1. Pengenalan

Dalam dialog industri media elektronik, filem dan media baru denganPerbadanan Pembangunan Multi Media Malaysia (MdeC) yang berlangsungsebanyak dua kali dan dalam pertemuan ketiga berikutnya diadakanbersama wakil-wakil kementerian (Kementerian Pendidikan, KementerianSumber Manusia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Multimedia,Kementerian Dalam Negeri dan pelbagai agensi kerajaan yang lain sepertiMAMPU, MCMC, FINAS, dan NGOs) keputusan berikut telah dicapai.

Untuk mempercepatkan membangunan industri media komunikasidan untuk memudahkan graduan universiti/kolej universiti diterima bekerjadengan syarikat-syarikat media tempatan dan antarabangsa, graduan tempatmesti mempunyai cukup pendedahan kepada rejim kerja teknologi terkiniindustri. Masalah yang diterima adalah:1. Sebahagian besar graduan tidak mempunyai cukup pendedahan

dengan tatakerja industri akibat latihan industri yang singkat.2. Tidak cukup mahir mengendalikan peralatan akibat peralatan yang

tidak sempurna atau tidak ada.3. Sistem pengambilan pensyarah sambilan yang ketat, menyukarkan

pakar yang berkemahiran membantu aktiviti pengajaran di universitidan di kolej universiti.

4. Semua industri memerlukan pekerja yang sudah sedia mahir dan tahusistem kerja di industri. Dalam keadaan sekarang keperluan ini sukardipenuhi.

5. Pendidikan asas kemahiran media perlu dimulakan paling kurang diperingkat sekolah menengah, kerana di peringkat universiti para pelajarperlu berupaya mendalami kemahiran dengan peralatan yang lebihcanggih. Cara ini graduan IPT mampu menghadapi cabaran di peringkatglobal.

6. Menggalakkan para pensyarah yang tidak cukup pengalaman melaluilatihan industri di syarikat-syarikat media.

Page 99: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

98 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi melalui wakil-wakilnya: Prof.Madya Dr. Asiah Sarji, Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim dan Prof. MadyaFuziah Kartini telah dilantik sebagai perunding kepada forum/dialogtersebut.

Berdasarkan laporan tersebut dan berdasarkan hasil kajian ini cadangan-cadangan tambahan mengenai tenaga kerja/sumber manusia, ruang danperalatan disediakan seperti berikut.

2. Keperluan Ruang dan Peralatan

Keperluan ruang bergantung pada pengkhususan yang ditawarkan olehprogram pengajian (kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam,periklanan, bidang media baru dan sebagainya). Jenis-jenis ruang/makmalyang perlu disediakan dan dibaik pulih adalah:

2.1.1 Makmal Kewartawanan

Fungsi: Menyediakan ruang bagi menampung sekitar 30 ke 60 orang pelajarpada satu-satu masa. Boleh menyediakan kemudahan software khusus untukkeperluan bidang-bidang berkenaan:1. Makmal Kerja Pemprosesan akhbar dan majalah dan ruang pengajaran

berkomputer.2. Makmal Editorial.

2.1.2 Makmal Multimedia dan Animasi

Ruang ini berfungsi untuk kerja-kerja pengurusan penerbitan on-line,penghasilan penerbitan pelbagai bentuk sub genre animasi, kajian-kajianyang menggunakan on-line. Jumlah pelajar yang terlibat pada satu-satu masaialah 30 ke 50.1. Bilik komputer dan peralatan animasi.2. Bilik operasi kerja dan archive multimedia.

2.1.3 Makmal Audio Visual

Ruang ini berfungsi untuk membuat perancangan penerbitan, menyimpan,memproses, mengadun dan menguji bahan-bahan dalam bentuk audiovisual. Ruang ini perlu mempunyai kemampuan memuatkan peralatan, danruang kerja bagi kegunaan antara 30 ke 60 orang pelajar pada satu-satumasa. Di sesetengah IPT yang menawarkan program diploma jumlah iniperlu dilipat gandakan. Sekiranya sesebuah fakulti/Pusat Pengajian menjadipusat pengurusan audio visual untuk universitinya, maka ruang antara

Page 100: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/99Lampiran

pengajaran dan perkhidmatan perlu diasingkan. Ruang-raung untukmakmal ini dibahagikan kepada:

2.1.4 Ruang penerbitan Video/Televisyen

Ruang ini untuk latihan dan penghasilan projek akhir-projek yang bolehdiketengahkan ke peringkat antarabangsa.1. Minimum dua buah (satu daripadanya dengan kemudahan LED/

CHROMAKEY, sebuah daripadanya besar). Setiap satu sekurang-kurangnya boleh menempatkan:a. Empat buah kamera TV.b. Siklorama mudah alih dan memiliki kemudahan latar elektronikc. Kemudahan kedap bunyi.d. Joran kamera/ jip arm sederhana.e. Kemudahan sistem pencahayaan yang boleh diubahsuaikan dengan

kegunaan dan kawalan elektronik jarak jauh.f. Sebuah daripada ruang tersebut perlu mampu menampung

penonton kira-kira 50 orang untuk tujuan penerbitan rancanganberpenonton.

2. Bilik ini bersambung dengan bilik rakaman televisyen yang bolehmenempatkan:a. Meja panel penerbitan.b. Sekurang-kurangnya 15 alat awas (monitor).c. Boleh memuatkan 10 orang pada satu-satu masa.d. Bilik audio yang dilengkapi dengan pelbagai format pemain audio

yang boleh menempatkan lima orang pada satu-satu masa.

2.1.5 Bilik Suntingan video Online dan Offline

1. Perlu sebanyak dua buah dan setiap satu boleh memuatkan ruang kerjauntuk 15 orang pada satu-satu masa.a. Perlu boleh memuatkan 15 biji komputer setiap satu yang

dilengkapi dengan pelbagai softwear penyuntingan audio danvisual.

b. Ruang cubacle bagi setiap komputer tersebut.

2.1.6 Makmal Audio

Ruang ini mempunyai ruang-ruang lain yang mempunyai fungsi yangtertentu:1. Dua Studio Radio-studio sambungan yang memiliki perlatan yang boleh

keudara siaran menggunakan sistem terresterial. Boleh memuatkan dua

Page 101: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

100 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

buah alat sambungan 12 jalur setiap satu dan boleh memuatkan 10orang pada satu-satu masa-untuk tujuan pengajaran.

2. Ruang kawalan penerbitan yang boleh memuatkan 5 orang pada satu-satu masa.

3. Studio Rakaman dan dubbing yang boleh memuatkan 15-20 orang padasatu-satu masa. Studio ini digunakan untuk melakukan rakamandrama, latihan, dan rancangan-rancangan lain yang dibuat lebih awalseperti pengumuman khidmat awam, promo dan lain-lain.

2.1.7 Bilik Mesyuarat Penerbitan

Dua buah bilik mesyuarat penerbitan yang boleh memuatkan antara 15 ke20 orang pada satu-satu masa, dilengkapi dengan peralatan playback,monitor/alat awas untuk tujuan mesyuarat dan perbincangan kumpulan.

2.1.8 Ruang Arkib Audio Visual

Sebuah ruang perpustakaan audio dan visual yang boleh memuatkan 30rak penyimpanan bahan-bahan CD/DVD/Pita/Filem dan dua buah komputeruntuk simpanan dalam bentuk hard disk. Ruang ini juga perlu mampumemuatkan monitor televisyen serta peralatan rakaman dan playback untuktujuan penyelidikan dan penilaian.

2.1.9 Ruang Pentadbiran dan Pengurusan Makmal

Ruang ini boleh menempatkan aktiviti pengurusan:1. Ruang Pengurus/Penerbit/Eksekutif.2. Latihan audio visual – tiga orang pengajar teknikal/juruteknik.3. Perolehan, rakaman, pinjaman, kawal selia dan baik pulih bahan-bahan

arkib dan peralatan teknikal lain- dua orang.4. Pengurusan WEB TV dan penyeliaan peralatan komputer dan teknik-

dua orang.5. Pengurusan fotografi - seorang6. Pengurusan filem - seorang

2.1.10 Ruang Simpanan Peralatan

Ruang ini boleh menyimpan sekurang-kurang lima buah kamera mudahalih untuk video, tiga buah kamera filem, peralatan pencahayaan berbagai-bagai jenis lampu, audio, alat doli, kabel, peralatan pembaikan, peralatanaudio seperti mikrofon, joran mikrofon, pelbagai turet dan kanta dan alatansokongan lainnya termasuk perkakasan asas set pengambaran filem dantelevisyen serta peralatan elektrik.

Page 102: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/101Lampiran

2.1.11 Studio Filem

Sebuah ruang besar dengan bilik-bilik untuk keperluan di bawah.Bilik penyuntingan filem, pindahan dan rakaman audio untuk filem sertadubbing.

2.1.12 Studio Fotogtafi

Boleh diwujudkan di dalam ruang yang sama dengan filem/televisyen ataumempunyai ruangnya tersendiri boleh memuatkan 10 orang pada satu-satumasa. Ruang ini boloeh menempatkan sekurang-kurangnya lima buahkomputer khusus yang mempunyai softwear penyuntingan, cetakan danperalatan lain yang membolehkan aktiviti penyalinan, pengubah saiz dansebagainya dapat dilakukan.

2.1.13 Dewan Tayangan/Mini Teater

Dewan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh menempatkan 300 padasesuatu masa. Ia menyerupai sebuah pawagam mini dilengkapi denganperalatan telekonferensi, kelir tayangan, peralatan pencahayaan yangmembolehkan aktiviti rakaman televisyen berbilang-bilang kameradilakukan (MCP) dan kemudahan tayangan digital. Bilik ini juga mempunyaipentas mudah-alih dan boleh digunakan untuk seminar dan jamuan besar.

2.1.14 Makmal Penyelidikan

Sebuah ruang besar yang mengandungi empat bilik perbincangan dalamkumpulan kecil yang memuatkan 10 orang setiap satu, dan ruang besar itujuga boleh menempatkan 10 ke 20 orang pembantu penyelidik pada satu-satu masa, ruang kerja untuk 10 ke 20 penolong-penolong penyelidikanbagi melakukan aktiviti kodan, analisis data dan lain-lain. Ruang ini bolehmenampung empat aktiviti pengurusan penyelidikan pada satu-satu masa.Ruang ini juga boleh menempatkan sekurang-sekurangnya 20 komputer,alatan salinan, dan alatan pentadbiran lain yang dilengkapi dengan pelbagaiperisian penyelidikan dan analisis data.

2.1.15 Ruang Serbaguna

Ruang ini mengandungi:Bilik-bilik mesyuarat aktviti pelajar, bilik komputer yang boleh memuatkan10 buah komputer untuk kerja-kerja aktiviti amali dalaman bagi bidang-bidang/program-program pengajian yang tidak mempunyai makmal sendiri/

Page 103: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

102 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

tertentu, ruang kerja umum, ruang media (tempat pelajar menontontelevisyen, membaca akhbar dan majalah). Makmal ini boleh digunakanpelbagai program lain dan para pelajar yang tidak memerlukan makmalkhusus.

2.1.16 Bilik Siswazah

Ruang besar yang boleh menempatkan 20 ke 40 orang pelajar siswazahsepenuh masapada satu-satu masa. Ruang ini juga menyediakan loker(locker) 20 ke 40 ruang. Ruang besar ini diagih-agihkan secara cubacle untuk20 ruang dan ruang-ruang perbincangan. Ruang ini dilengkapi dengankemudahan wayarles dan kemudahan elektrik dan pantry.

Bilangan dan saiz ruang bagaimanapun bergantung kepada bilanganpelajar bagi sesebuah institusi.

3. Keperluan Peralatan dan Perkakasan Tambahan/Perincian

Peralatan dan perkakasan dibahagikan kepada komponen-komponenberikut:1. Perkakasan visual.2. Perkakasan audio.3. Perkakasan Sokongan.

3.1 Perkakasan Visual

3.1.1 Video, filem dan fotografi

1. Kamera Digital (Home Use) 4 + 5.2. Kamera Digital Semi Pro 2.3. Kamera SLR Film 20.4. Kamera Video (Home Use) 4 + 30.5 Kamera Video Semi Pro 1 HDV.6. MCP complete quipment and facilities.7. Studio facilities.8. Mini teater-peralatan lengkap.9. Monitors for studios, bilik arkib.10. Peralatan penyuntingan seperti tercatat di atas.11. Kamera Film 16 Mm jumlahnya mengikut kepentingan di atas.12. Penyuntingan Filem jumlahnya seperti dalam rasional ruang di atas.

Mcp Data Video – 10 Monitor, 2 Switcher, Mic 10 dan Spilter 1.13. 2 Projektor Skrin.14. SCP dan MCP.

Page 104: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/103Lampiran

15 DSR 450 Profesional Camera.16. Alat penyuntingan dan rakam luar – Sony Anycast Station.17. Digital Video Kamera.18. SLR Filem Kamera.19. SLR Digital Kamera.20. Digital Kamera.21. Pelbagai format perakam video.22. Peralatan perhubungan=walkie talky, earphone dan lain-lain.23. Lighting kit 5 ke 10 set.24. Alatan penyuntingan.25. Video dan penerbitan luar.26. Peralatan Fotografi.27. Alat-alat percetakan penerbitan.28. Pencetak gambar (professional quality).

3.2 Audio

1. Peralatan sebuah studio siaran yang lengkap.2. Peralatan sebuah studio rakaman dan dubbing audio.3. Pita rakaman kaset.4. Tape Recorder Digital – IC Recorder 2.5. Alat perakam kaset – 10 unit.6. Alat perakam MP4 dan MP3 – 5 unit.7. Peralatan suntingan digital.8. Kemudahan audio rakaman televisyen dan filem.9. Peralatan mikrofon dari pelbagai bentuk (unidirectional, bidirectional,

ombi directional, wireless, pin mic short gun mic stand) dan lain-lain.

3.3 Komputer dan Peralatan Lain

1. Komputer Lab 5 + 31 Perisian Penyunting dan Kewartawanan.2. Komputer Untuk Editing Apple mengikut keperluan ruang di atas3. OHP 1.4. CD-DVD Player mengikut keperluan ruang di atas.5. LCD 10 unit termasuk untuk keperluan penyelidikan.6. Radio 3.7. VHS Player 2.8. TV Rack 2.9. Compactor 10 Rack, 16 Kaki 1.10. Perakam audio – tape.11. Perakam audio digital.12. Peralatan audio termasuk boom.13. LCD projektor = 10 unit.14. Komputer laptop tahan lasak untuk mobile/on-the-road editing.

Page 105: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

104 / Hala Tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

4. Keperluan Sumber Manusia

4.1 Pensyarah

Pensyarah pada bilangan yang selaras dengan nisbah 1 pensyarah: 15 pelajardan beban pengajaran tidak melebihi 12 jam kredit seminggu.

4.2 Kakitangan Sokongan

1. Pengurus Makmal Audio Visual, Penerbitan dan Percetakan.2. Penolong Penerbit Radio.3. Penolong Penerbit Televisyen.4. 2 Juruteknik Elektrik.5. 4 Juruteknik Elektronik/Pengajar Teknikal.6. Pembantu Juruteknik Makmal (bilangan bergantung pada bilangan

makmal).7. 4 Juruaudio Visual.8. Pereka Grafik Animasi.9. Jurufoto (still camera).10. 3 Juruteknik Komputer.11. Jurufoto.

Keperluan sumber manusia boleh juga dikenal pasti melalui jenis ruangyang akan disediakan seperti di atas.

Page 106: Hal a tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

/105Lampiran

Rujukan

Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak. 2010. Memeta wawasan melaksanaamanah. Ucapan disampaikan di Majlis Perdana Perkhidmatan Awamke-11 (MAPPA 11), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),9 Mac 2010.

Nor Muhamad Yaacob. 2009. Rancangan Malaysia Kesepuluh: SatuParadigma Baru. Ucapan disampaikan di Forum Ekonomi anjuranAlumni PTD, INTAN, Bukit Kiara, 19 November 2009.