halimunan

Upload: shuq-faqat-al-fansuri

Post on 09-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 halimunan

    1/161

    HALIMUNANOleh Nizam Zakaria

  • 8/8/2019 halimunan

    2/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 2

    "The minute I heard my first love story

    I started looking for you, not knowing how blind that was.

    Lovers don't finally meet somewhere.

    They're in each other all along." Jalaluddin Rumi

  • 8/8/2019 halimunan

    3/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 3

    Prasasti si kucing robot yang kuat melatah

    Si Prasasti kucing robot dari zaman masa depan ini muncul di dalam hidup ku secaratiba-tiba. Sebenarnya aku pun tak tahu bila. Dia tiba-tiba sahaja muncul dan aku rasamacam ia adalah sebahagian dari hidup ku. Dia beritahu aku dia kembar Doraemon

    (seperti Doraemon, dia lahir pada 3 September, 2112). Tapi aku tak tahu jika ini betul akudia sengaja nak temberang aku. Prasasti si robot kucing betina kelabu ni memang kakitemberang. Tapi mungkin betul dia ni adik kepada Doraemon sebab macam Doraemon,dia ada poket empat dimensi yang membolehkan dia keluarkan macam-macam mesinajaib yang tak masuk akal.

    Aku pernah tanya kepada Prasasti kenapa dia nak sibuk-sibuk muncul di dalamhidup ku. Dia kata itu adalah kerjanya dan kerjanya adalah untuk memastikan agar diadapat menjaga ku kerana aku dapat membantunya untuk membetulkan apa sahaja yangtak betul di dalam kehidupan orang lain. Aku telah dipilih kerana menurutnya, aku adahati yang suci dan hati seperti ku susah untuk dicari. Aku tak tahu apa yang Prasasti lihat

    yang ada di dalam diri ku, sebab tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku ada hatiyang suci. Masalahnya, aku tak tahu jika aku mampu melakukan tugas berat yang telahdipertanggungjawabkan kepada ku kerana hidup aku sendiri tak betul. Aku rasa Prasastisendiri tak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan sebab aku selalu lihat dia hanya makantidur makan tidur sepanjang masa. Aku rasa dia dah tersalah pilih orang!

    Prasasti tak banyak tolong aku. Cuba kau bayangkan, Prasasti mampu buat akukaya raya dengan segala mesin ajaib yang dia ada tetapi dia tak pernah nak bagi akupeluang untuk meraih keuntungan. Selalunya mesinnya lebih mendatangkan kesusahan didalam hidup ku dari kebaikan. Beberapa tahun yang lepas, dia memberi ku untukmencuba sebuah topi yang boleh ku pakai untuk membolehkan aku membaca fikiranorang lain, tapi aku terus berhenti untuk menggunakannya apabila aku dapat tahu ayahada simpan perempuan lain dan dia dah berhenti menyayangi mak. Apabila Prasasti beriaku guna cermin mata khas untuk membolehkan aku melihat menembusi tembok, akudapat tahu jiran sebelah rumah ku, Uncle Lim tu sebenarnya tauke VCD lucah.

    Namaku Masdor. Ayah kata dia menamakan aku sempena nama Kassim Masdorpengubah lagu pada zaman P. Ramlee dulu. Ayah memang minat dengan filem-filem P.Ramlee. Dia bekerja sebagai seorang jaga di sebuah bangunan pejabat di Jalan SultanIsmail. Dia bekerja malam. Mak pula bekerja sebagai pembantu perubatan di HospitalBesar Kuala Lumpur. Aku seorang sahaja anak mereka. Kami tinggal di Flat Melati diJalan Loke Yew sejak aku kecil. Flat ku kecil. Dunia ku lagi kecil.

    Usia aku sekarang 20 tahun. Aku kerja di 7Eleven di Bintang Walk. Dah dekat setahunaku kerja di sini. Sebelum ini aku kerja jadi budak despatch, tapi aku kena buang bilaawek setiausaha muda boss aku suka kat aku. Dengan mesin membaca minda yangdipinjamkan Prasasti, aku dapat tahu bos aku yang ada bini dua dan anak tujuh orang turupa-rupanya tergila-gilakan setiausaha muda dia tu dan mahu jadikan dia isteriketiganya. Tak sampai sebulan selepas aku kena buang, mereka berkahwin. Adeh,melepas aku!!!

  • 8/8/2019 halimunan

    4/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 4

    Hobi aku kumpul piring hitam lama yang sukar dicari sekarang. Bilik aku penuh

    dengan piring hitam lama. Sebelum aku tidur mesti aku akan mainkan lagu dari salahsebuah koleksi yang aku ada, kalau tak aku tak boleh tidur. Semalam bila aku mainkanEP Allahyarham A Ramlee dan Jeffry Din, mak ketuk pintu. Dia minta aku perlahan lagu

    Pop Yeh Yeh yang aku mainkan tu sebab dia takut Uncle Lim tauke jual VCD lucah tuakan komplen lagi. Anak dia yang masih sekolah lagi tu nak tidur.

    Mak kata aku suka berangan-angan. Tapi biarlah apa mak nak kata. Dia kata jikaaku tak habiskan masa ku dengan termenung, lalu belajar rajin-rajin, aku dah masukuniversiti macam anak Cik Senah kawan baiknya tu. Dia kata aku cerdik, tapi aku malas.Memang aku malas nak baca buku. Aku malas nak belajar. Prasasti pun kata aku nipemalas.

    Aku pernah tanya dengan Prasasti jika dia ada mesin untuk jadikan aku rajin. Diakata dia ada, tapi dia cakap nanti aku rajin buat benda lain seperti rajin kacau awek-awek

    cun atau rajin pergi racing moto dengan kawan-kawan mat rempit aku. KAU MEMANGTAK GUNALAH! BUKANNYA NAK TOLONG KAWAN! Aku tengking si Prasasti nibila dia tak nak tolong aku menang satu race ni dengan kawan-kawan aku. Tak guna akuhabiskan duit beli sedozen kuih pau kacang untuknya. Lepas tu aku lagik sikit naktempeleng muka dia bila dia kata PIRAH MABUK, NAK MAIN RASUAH KONON!Bila aku marah-marah dan nak tempeleng si Prasasti ni, dia terus melatah. OPOCOTMAK KAU MELETUP!

    Lepas tu dia mencarut-carut benda-benda yang aku sendiri malu nak sebut.Kucing robot lahanat ni memang kuat mencarut.

    Ya, memang benar Prasasti kuat melatah. Cuit sikit pun boleh melatah. Bila diamelatah, hari tu, dia keluarkan sebuah mesin dari koceknya lalu ditukarnya aku menjadiseekor kucing. Sehari suntuk aku jadi kucing. Tapi aku suka jadi kucing. Menonong akupergi rumah budak-budak salesgirls yang tinggal di kat tingkat 4 tu. Diorang usap aku,belai aku atas paha diorang sampai aku stim sendiri. Sekarang aku tahu kenapa kucingsuka kena belai. Aku dah banyak kali pujuk dia untuk jadikan aku seekor kucing parsiyang comel, tapi Prasasti tak bagi. Kemut lah dia tu!

    Aku kerja shif malam. Aku suka kerja syif malam sebab tak banyak kerja yangperlu aku lakukan malam-malam di hadapan kaunter dibandingkan dengan kerja di waktusiang. Pada malam hari, macam-macam manusia yang aku temui kakidiskokakibotolkakijantankakibetinakakilepaklesbianhomoheterometroseksualmatrempitbohjanbohsiapelacurmoneyboymakdatintaitaiposersyuppyawekcunawekgedikawekbertudungdandirikuyangtersepitdiantaramerekasemua.

    Kalau Nobita ada Shizuka, aku pula ada Zila. Kawan aku yang paling rapatdengan aku sekarang ini nama penuhnya Nur Zila binti Effendi. Dia setahun lebih mudadari aku. Lesbian. Berasal dari Kota Baharu, Kelantan dan dah dua tahun berhijrah keKuala Lumpur. Aku tak pernah jumpa manusia yang baik macam dia. Di dalam Kuala

  • 8/8/2019 halimunan

    5/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 5

    Lumpur yang segala-galanya palsu, dia sahaja yang aku lihat antara contoh manusia yangjujur. Dia tak pernah berbohong kepada ku. Kalau dia tak sukakan sesuatu, dia akanberitahu. Dia tak akan selindung-selindung. Kalau dia kemaruk marahkan aku, dia akanbelasah aku cukup-cukup. Dia pernah tumbuk muka aku bila dia dapat tahu aku ikutkawan aku sedut syabu. Mata aku lebam. Dia marah betul dengan aku. Dia ugut aku dia

    akan bunuh aku kalau dia dapat tahu aku guna syabu lagi. Dia akan panggil kawan-kawanlesbian butch dia tu lepas tu belasah aku sampai mati belakang Lot10. Aku bolehbayangkan aku mati terkangkang tepi longkang kena belasah pengkid. Dia kata kalau akunak mampus, biar dia dan kawan-kawan dia sahaja yang bunuh aku.

    Pagi ini aku ada terima SMS dari Miss Lee pondan kertu yang menjaga kedaiantik kepunyaannya di Central Market. Dia kata dia ada sekotak rekod-rekod lama yangsampai ke kedainya semalam. Miss Lee hidup sezaman dengan penyanyi Teresa Tengyang menjadi idolanya. Jadi, hari-hari dia akan pakai baju ikut style Teresa Teng dalamzaman 70-an. Dia namakan kedai antiknya, Teresa Forever.

    Pagi tadi bila aku balik ke rumah, aku belikan Prasasti dua biji pau kacang darikedai kopi Cina di bawah flat aku yang menjadi kegemarannya. Dia makan dengan rakus.

    Mrasalah* you all dapatkan koleksi rekod baru kan dari Miss Lee, kan? KataPrasasti kepada ku apabila aku mainkan piring hitam Teresa Teng (dengan penyanyiMalaysia Lee Yee pada bahagian A piring hitam yang sukar dicari ini) . Prasasti tahu akudah sebulan tak beli piring hitam baru sebab aku tak ada duit.

    Tengoklah nanti kalau dia ada koleksi yang gerek. Jawab ku. Suara Teresa Tengmemenuhi setiap ruang di dalam bilik ku.

    Prasasti mengunyah pau kacangnya lalu dia mendekati ku. Dia pandang akudalam-dalam kemudian dia kata aku perlu mendapatkan sekeping piring hitam khas olehSanisah Huri dari kedai Teresa Forever. Dia kata piring hitam yang perlu aku dapatkanini akan menentukan hidup dan mati aku nanti.

    Hah?

    Nanti mrasalah you all akhirnya tahu jawapan kepada rahsia kehidupan dansegala-galanya.

    Jawapannya: nombor 42. Kata ku dengan muka seposen. Aku dah tengok ceritaHitchhiker's Guide to the Galaxy dengan Zila walaupun aku tak pernah membacabukunya.

    Prasasti bercekak pinggang. Dia pantang jika aku main-main setiap kali dia seriuskepada ku macam ni.

    Okaylah... Nanti aku cari. Aku akhirnya mengalah. Malam itu sebelum aku masukkerja, aku terus ke Central Market. Aku dapati kedai antik Teresa Forever tak ada

  • 8/8/2019 halimunan

    6/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 6

    pengunjung. Miss Lee aku lihat sedang duduk mendengar radio sambil berkipas. Diameletakkan bunga plastik di telinganya macam dalam gambar zaman kegemilanganTerese Teng dulu.

    Hensem boy! I ingatkan you tak mahu datang jumpa I lagi! Miss Lee menutup

    lipatan kipasnya lalu memukul manja bahu ku dengan kipasnya itu. Dia kemudianmengeluarkan kotak rekod-rekod lama dari bawah kaunter sempitnya.

    Ni jer ke?

    Sekarang banyak susah nak cari stok baru lah, Masdor!

    Itu Barry Manilow punya rekod, Copacabana ada tak?

    Mana ada. Susah nak cari lah. You terai eBay lah. Mana tahu boleh dapat.

    I tak ada credit card lah, Miss Lee! Aku memeriksa koleksi piring hitam lamanya.Aku keluarkan beberapa keping piring hitam yang hendak aku beli. Sekeping piringhitam Anita Sarawak (sebelum dia blondkan rambutnya). Sekeping dari Anneke Gronloh(juga sebelum dia blondkan rambutnya) yang dah lama aku cari. Dan sekeping piringhitam oleh Sanisah Huri, seperti mana yang dinyatakan Prasasti kepada ku.

    Koleksi EP dari Sanisah Huri ini terkandung lagu-lagu yang dicipta oleh KassimMasdor dan Yusnor Ef.

    Berapa harganya semua sekali, Miss Lee?

    Tiga saja ke?

    Tiga jer ni. Lain kali kalau I ada duit lebih I beli lagi lah. Kataku sambilmengeluarkan dompet wang ku. Miss Lee mengeluarkan album Hasnah Haron lalumenyerahkan album itu kepada ku sebagai hadiah. Kemudian dia minta 50 ringgit dariku. Aku tak sampai hati nak mintak tawar. Aku masukkan piring hitam ini ke dalam begku. Apabila aku melangkah keluar dari kedainya, dia melambaikan tangannya lalumenghadiahkan flying kiss kepada ku. Aku balas flying kissnya kembali.

    Malam itu aku kerja macam biasa. Aku lihat Zila bawak bekal. Awek dia Suzimasakkan nasi goreng. Dia kongsi nasi goreng tu dengan aku. Kami makan di tepi jalanBukit Bintang sambil memandang kenderaan yang lalu lalang. Seorang lelaki gila(dengan rambut kusut ala rasta dan badannya kotor kerana dah lama tak mandi. Akuselalu nampak dia jalan mundar mandir kat Jalan Bukit Bintang ni), berdiri di hadapanaku lalu berkata: Menurut Jalaluddin Rumi, hati memiliki kemampuan tujuh puluh kalidalam melihat kebenaran dibandingkan dengan deria penglihatan kita. Dia tersengih-sengih (macam orang gila), lalu meninggalkan aku begitu sahaja. Dia akan buat beginisetiap kali aku menemuinya di sini. Aku masih tak kenal siapa namanya. Aku masih taktahu siapakah dia sebenarnya sebelum dia jadi gila.

  • 8/8/2019 halimunan

    7/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 7

    Pagi itu seperti biasa aku belikan Prasasti pau kacang kegemarannya. Aku duduk

    di atas katil lalu keluarkan piring hitam yang aku beli semalam. Prasasti mahu akumainkan lagu Sanisah Huri. Jadi aku terus mengeluarkan piring hitam dari dalamsampulnya. Sekeping gambar yang terselit di dalam piring hitam terkeluar lalu jatuh di

    atas lantai. Aku ambil gambar tersebut. Gambar ini aku rasa telah diambil pada tahun 70-an sebab warnanya pudar macam kebanyakkan gambar yang diambil pada masa itu. Didalam gambar itu aku nampak ada papan tanda tulisan Welcome to Carnaby Street yangdiletakkan di antara dua buah bangunan. Di bawah papan tanda ini pula kelihatan seoranggadis Melayu dengan wajah yang ayu. Aku terus jatuh cinta kepada gadis yang aku lihatdi dalam gambar ini.

    Salam sayang untuk abang Mokhtar, dari Haryati. London 1979.

    Demikianlah tulisan yang tertulis di belakang gambar ini. Oh, cinta mati ku inibernama Haryati rupa-rupanya!

    Aku memainkan lagu Sanisah Huri yang bertajuk Bersabarlah Sayang lalumeletakkan gambar itu ke dada ku.

    Lagu Hari Raya lah pulekkkkk!!! Kata Prasasti dengan sinis. Pedulik apa dia nakkata apa. Sekarang aku dah jumpa dengan wajah yang boleh aku sayangi seumur hidupku!

    *mrasalah = bolehlah

  • 8/8/2019 halimunan

    8/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 8

    Pengorbanan seorang pemain gitar

    Aku suka mengumpul piring hitam sebab itu sahajanya harta yang mampu diturunkanoleh ayah kepada ku. Ayah seorang peminat muzik. Dia banyak mengumpul piring hitam.Bila mak buang koleksi piring hitamnya, aku kutip balik dan kemudian aku simpan baik-

    baik di dalam bilik ku. Ketika itu aku berusia 8 tahun.Pada awal tahun 80-an dahulu ayah menganggotai sebuah kumpulan muzik

    bergelar The Phase. Mereka hanya sempat membuat sebuah EP dan lagu-lagu merekalangsung tak terkenal. Bila aku dengar semula lagu yang mereka mainkan, aku dapatimereka jauh ke hadapan masa mereka. Lagu yang mereka bawa menyerupai lagu-laguyang dibawa oleh kumpulan Coldplay atau Radiohead yang bersifat melankolik. Masa tu(dan sekarang ini juga) peminat-peminat muzik lebih suka lagu-lagu yang pop yang ceria.The Phase lebih senang memainkan lagu-lagu Emo tentang perpisahan, kekecewaan dankemurungan yang dicipta oleh ayah. EP mereka tak laku. Dalam sekejap masa sahajamereka dilupakan dan beberapa tahun kemudian, kumpulan The Phase dibubarkan.

    Mak telah mengenali ayah kerana mak ini seorang groupie. Dia adalah salahseorang di antara 5 peminat setia kumpulan The Phase masa itu. Mak pernah beritahuaku, dia minat dengan ayah sebab dia telah jatuh cinta dengannya sejak kali pertama diabertentang mata dengan ayah ketika The Phase sedang mengadakan sebuah pertunjukandi funfair Sentul. Ketika tu mak baru sahaja berhenti sekolah. Dia kata ayah hensem,sebab itu dia jatuh hati kepadanya. Rambutnya panjang dan ikal macam Andy Gibb.Masa tu, tauke funfair tak bagi The Phase bawak lagu mereka yang melankolik. Jadi ayahmenyanyikan lagu cover version Rock the Boat dari Hues Corporation. Aku rasa, itulahsatu-satunya masa ayah nyanyi lagu yang ceria. Ayah nyanyi kat funfair tu sebab dia nakkumpul duit untuk sewa studio dan rekod beberapa buah lagu mereka untuk diberikankepada syarikat-syarikat rakaman.

    Mak minat dengan ayah dan ayah pula memang syok giler dengan mak. Merekabercinta. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun 1984 setelah empat tahun mereka salingmengenali. Pada ketika itulah kumpulan The Phase dibubarkan. Setahun kemudian, akudilahirkan. Ayah terus berhenti dari bermain gitarnya lalu bekerja macam orang biasa.Dia diambil bekerja untuk menjadi jaga di bangunan syarikat rakamannya dahulu. Akurasa pada saat dia berhenti menjadi pemuzik, pada saat itu lah sebahagian dari jiwanyamati.

    Macam-macam rekod yang dikumpulkan ayah dahulu (8-track tape pun ada, tapibanyak yang dah berkulat dan tidak boleh dimainkan lagi). Aku rasa, seperti aku, duitnyahabis di situ sahaja. Antara koleksi-koleksi piring hitam yang telah aku warisi darinyaadalah album-album dari Aretha Franklin, Ozzy Osbourne, Kiss, Pink Floyd dan LionelRitchie. Ketika aku kecil dahulu, dunia aku telah dipenuhi dengan muzik. Tak kira muzikdari Malaysia ataupun dari barat. Semua muzik yang memenuhi hidup ku terhenti apabilaayah semakin tua dan apabila kaset menggantikan piring hitam dan seterusnya CDmenggantikan kaset.

  • 8/8/2019 halimunan

    9/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 9

    Aku sayangkan ayah macam aku sayangkan mak. Tapi ayah ni pendiam sikitorangnya. Aku tak boleh bayangkan dirinya ini sebagai seorang pemuzik dengankeadaannya sekarang yang tidak banyak campur orang dan lebih suka menyendiri. Kalaukau nak tahu, ayah telah berhenti dari menjadi seorang pemuzik di atas desakan datukaku. Dia kata kalau dia nak kahwin dengan mak, dia kena ada kerja tetap. Demi cinta, dia

    sanggup melakukan pengorbanan ini semua. Demi cinta, kumpulan The Phase yang jauhke hadapan masanya itu akhirnya terpaksa dibubarkan. Ketika itu, aku rasa tentu ayahsayang gila dengan mak sehingga dia sanggup melakukan ini semua. Aku kurang pastijika jauh di dalam hatinya, dia menyesali tindakan yang telah diambilnya, keranasekarang, dia tak sayangkan mak.

    Sebaik sahaja aku membuka mata aku petang itu, aku terus ambil piring hitamdari Steve Miller Band lalu memainkan lagi Abracadabra. Mak sedang memasak didapur. Sekejap lagi dia akan masuk kerja, begitu juga ayah dan aku. Kami semua kerjamalam. Kami selalu ada di rumah pada waktu siang dan rumah ini akan kosong padawaktu malam kecuali pada hujung-hujung minggu. Pada malam hari, Prasasti akan

    menjadi ratu rumah ini. Kadangkala aku rasa dia buat pesta di dalam bilik aku dengankucing-kucing lain yang tinggal di dalam flat ini. Macam-macam jenis bulu kucing akujumpa dalam bilik aku bila aku balik dari kerja. Bila aku tanya dia fasal benda ini semuadia tak akan jawab. Dia akan buat-buat tidur.

    Siapa menang Malaysia Idol semalam? Tanya ku kepada Prasasti. Dia jawab Nita.Babi lah kucing tu. Sah-sah yang menang Daniel. Aku dah agak dia mesti temberang aku.Sebab tu aku suka tanya soalan-soalan macam ni kepadanya. Sebab aku tahu dia tentuakan beri aku jawapan yang bukan-bukan.

    Aku lupa nak bagi dia DVD cetak rompak filem Pedro Almodovar yang bertajukBad Education yang dimintanya dari ku semalam. Aku keluarkan DVD dari beg aku laluaku serahkan kepadanya. Sikit pun dia tak ucap terima kasih. Aku dah banyak kali tanyakenapa dia tak gunakan mesin-mesin ajaibnya untuk ambil sahaja segala barang yangdiingininya dari menyusahkan aku macam ni turun naik BB Plaza cari filem yang diamahu tonton. Dia beri aku jawapan yang sama. Mesin-mesinnya hanya boleh digunakanbukan untuk kebaikannya tapi untuk kebaikan orang lain.

    Aku keluar dari bilik ku. Aku lihat ayah sedang duduk membaca surat khabar.Aku duduk sambil memandang ke arahnya. Dia tak tahu aku tahu macam-macammengenai dirinya dan rahsia yang cuba disimpannya dari aku dan mak. Sekarang ini diasedang mengadakan hubungan dengan Laila penyanyi kelab dangdut yang masihbergetah tu. Ayah sayangkan Laila kerana dia mengingatkan ayah kepada cintanyakepada muzik yang dah lama mati di dalam hatinya. Aku tak tahu kenapa ayah masihmengadakan hubungan dengan mak sedangkan dia tak sayangkan mak lagi sepertidahulu.

    Yah, kalau ABBA tak ada dalam dunia ni... Ayah rasa dunia kita ni macam manaagaknya? Tanya ku tiba-tiba kepadanya.

  • 8/8/2019 halimunan

    10/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 10

    Kau kena dengar balik lirik Thank You for The Music. Jawab ayah. Dia masihbersembunyi di sebalik surat khabar yang dibacanya.

    What would life be? Without a song or a dance what are we? Aku jawab balikdengan menyanyikan rangkap lagu ABBA yang disebutkannya tadi.

    Ya. Tanpa ABBA dunia kita akan kekurangan lagu-lagu yang mampumenghiburkan kita dan menyejukkan hati kita.

    Tapi ayah ada album Abba, The Visitors aja... Kenapa, yah?

    Kau sendiri tahu jawapannya bukan? Sambut ayah lalu dia terus mendiamkandirinya. Ya, aku memang tahu jawapannya. Album ini pada pendapat ku adalah albumABBA yang paling melankolik. Jarang lagu-lagu di dalam album ini yang diingati padamasa ini walaupun lagu-lagu di dalam album ini penuh dengan emosi dan kreativiti. Ayahsuka dengan album ini. Setahu aku, dia tidak pernah beli album-album ABBA yang lain.

    The Visitors sahaja album ABBA yang ada di dalam koleksinya.Album ABBA bertajuk Voulez-Vous yang terkandung lagu Chiquitita adalah

    piring hitam pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri - ketika itu aku berusia 9tahun. Ketika itu lah aku mula-mula berkenalan dengan Miss Lee. Dia yangmerekomenkan album ini kepada ku. Dia kata kalau aku dengar lagu-lagu ABBA dalamalbum ni, mesti aku suka. Bila aku mainkan lagu Chiquitita, aku mainkan banyak-banyakkali. Aku mainkan lagu ini walaupun aku tak tahu liriknya. Aku mainkan lagu ini sampaiaku menangis sebab irama lagu ini sedih sekali rasanya. Aku rasa sepi. Mak ayah kerjamalam dan aku pula sekolah siang. Bila malam hari aku kena duduk rumah seorang diri.Aku rasa pada masa itulah aku minta supaya aku ditemani oleh seorang kawan. Aku rasamasa itulah Prasasti mula muncul di dalam hidup ku.

    Aku beritahu kepada mak, aku mahu keluar awal untuk ke Central Marketsebelum aku masuk kerja malam ini.

    Kau nak ke kedai Miss Lee, ke? Tanya mak dari dapur. Aku kata, ya. Dia tanyakalau aku mahu makan malam bersamanya. Aku kata tak. Dia kata dia akan bungkus kanmakanan untuk aku dan Zila. Dia ingat Zila tu awek aku. Malas aku nak terangkankepada mak yang Zila dia tak minat dengan lelaki dan dah ada awek.

    Petang itu aku keluar rumah dengan dua plastik penuh dengan makanan untuk akudan Zila. Aku terus ke Central Market. Aku lepak sekejap kat luar Central Market untukmenunggu Zila di situ. Dia tiba tepat pada masanya. Aku tanya dia kalau dia lapar. Diamengangguk. Suzi outstation dia kena pergi Jakarta selama seminggu mulai hari iniuntuk menguruskan hal penggambaran. Suzi seorang juru foto untuk sebuah majalahfesyen terkemuka. Suzi yang selalu masakkan untuk Zila. Sebab itulah Zila tak bawakbekal hari ini atau makan sebelum dia berjumpa aku di sini.

  • 8/8/2019 halimunan

    11/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 11

    Kami duduk di luar Central Market sambil mendengar dua orang pemuzik jalananmemainkan lagu Stairway to Heaven oleh Led Zeppelin. Kami berdua makan di situsambil mendengar muzik yang dinyanyikan.

    Budak-budak lelaki yang duduk bertentangan dengan aku tak henti-henti

    memandang ke arah Zila. Aku rasa mereka sedang dok komen fasal body Zila yang cuntu. Lagipun Zila cantik, jadi aku tak hairan jika mereka akan jadikan Zila fantasi bulanmadu mereka malam ini dengan kawan baik mereka Si Tangan Kanan (Si Tangan Kiri,kalau mereka kidal).

    Zila mempunyai kulit putih bersih, bermata coklat. Wajahnya cantik macammodel. Suzi mula-mula kenal dengan Zila ketika Zila baru sahaja masuk bekerja di7Eleven. Suzi mahu ambil gambar Zila dan menjadikan dia seorang model. Tapi Zilamenolak pelawaannya dan dia kata dia tak mahu jadi model. Dia tak mahu jadi terkenalsebab dia takut mak bapak dia akan tahu dia berada di Kuala Lumpur lalu akanmengheretnya pulang ke Kelantan. Zila lari dari Kota Bharu lebih setahun yang lalu

    sebab dia takut akan dikahwinkan dengan seorang ustaz PAS yang dah ada bini dua dantiga orang cucu. Kalau dia kena paksa kahwin dengan Brat Pitt pun aku rasa dia akan larijugak, sebab dia tak minat lelaki.

    Ramai yang cemburu sebab Zila rapat dengan aku. Diorang ingat Zila tu awekaku. Baguslah macam tu, yang glamor aku jugak, kan? Apa tidaknya, kawan-kawan Zilayang kebanyakannya model (yang dikenalinya melalui Suzi), selalu singgah ke 7Elevendah tu laga-laga pipi dengan dia. Stim jugak aku tengok. Bila diorang jadi kawan Zila,aku terus jadi kawan diorang jugak.

    Zila belanja aku minum air sirap yang dijual di tepi jalan. Selepas minum, kamimasuk ke Central Market lalu ke kedai Miss Lee. Aku dah lama perkenalkan Zila kepadaMiss Lee dan Miss Lee memang suka dengan Zila sebab dia kata muka Zila ada iras-irasmuka Faye Wong, lebih-lebih lagi semasa penyanyi Cina tu berlakon dalam filemChungking Express. Zila memang rapat dengan Miss Lee lebih dari aku rapat dengannya,sebab studio kepunyaan Suzi terletak di bangunan sebelah, di Annexe, Central Market.Jadi, setiap kali dia pergi melawat Suzi di studionya, dia pasti akan menjenguk Miss Lee.

    Miss Lee tanya Zila jika dia free hari Sabtu dan hari Minggu ini. Zila kata dia takbuat apa-apa. Miss Lee kemudian memberitahunya dia mahu bercuti ke Singapura untukbertemu sanak saudaranya di sana dan dia sedang mencari pembantu kedai untukmenjaga kedainya. Zila bersetuju. Wajah Miss Lee berseri-seri sebab akhirnya dia jumpajugak dengan pembantu kedai yang dicari-carinya, jadi dia tak perlu tutup kedai antiknyaini nanti.

    Tak susah nak jaga kedai ni. Kalau orang tawar, you bagi lah diskaun. Kalauhensem macam si Masdor ni, you bagi diskaun lebih! Kata Miss Lee kepada Zila sambilbertepuk tampar dengannya. Dia ambil sebentuk bunga plastik yang ada di dalamsimpanannya lalu disematkan ke telinga Zila. Terus Zila disuruh posing macam Teresa

  • 8/8/2019 halimunan

    12/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 12

    Teng. Apabila Zila buat jer apa disuruh, terus Miss Lee nak jadikan Zila anak angkatnya.Macam mana tu?

    I tak ada anak... Tapi kalau I ada anak I nak ada anak beautiful macam you.Macam Faye Wong! Kata Miss Lee dengan nada sayu. Dia tarik nafasnya dalam-dalam.

    Memang aku kasihankan pondan kertu macam dia ni. Dia duduk seorang diri di sebuahflat yang terletak di Chow Kit. Dia pernah beritahu aku dia tak ramai kawan. Dia sukakalau aku datang ke kedainya walaupun aku tak beli apa-apa darinya. Memang masa akukecik dulu aku suka lepak dengannya, tapi bila dah kerja sekarang, jarang aku ada masanak jumpa dia inikan duduk berbual dengannya macam dulu.

    Miss Lee, ah! Apasal you tak mintak I jaga kedai you ni? Tanyaku kepadanyasambil mencebik.

    Kedai ini namanya Teresa Forever, lor... You boy-boy. Kalau boy-boy jaga kedaiini nanti apa orang kata? Itulah alasan yang diberikannya kepada ku.

    Miss Lee, siapa jual you rekod-rekod lama I beli semalam?

    Oh... Kenapa you tanya?

    I mau tahu lah.

    Ya, but why, leh???

    I jumpa gambar ini dalam sampul album Sanisah Huri yang I beli... I nak pulangkan balik kepada tuan punya gambar. Kata ku bersungguh-sungguh.

    Miss Lee memakai cermin matanya. Dia meneliti gambar tersebut. Kemudian diamemandang ke arah ku. Dia berjalan ke kaunternya lalu mengambil sekeping buku notayang disimpannya. Dia menulis nombor handphone yang ada di dalam buku notanya ituke atas sekeping kertas lalu diberikan kepada ku.

    Kalau you nak tahu, ah... Budak perempuan dalam gambar tu yang jual rekod-rekod ni semua. Dia suruh I call dia kalau I mahu dia bawak lagi banyak rekod untuk Ijual di sini.

    Apa? Biar betul! Siapa nama budak perempuan tu?

    I sudah tulis nama dia dalam kertas I bagi you, lor!

    Aku baca nama yang ditulisnya. Sanisah. Bukan Haryati. Aku simpan nomboryang diberikan kepada ku baik-baik.

    Selepas aku dapat nombor keramat ini dari Miss Lee, aku terus memberitahunyaaku dan Zila perlu bergerak ke Bukit Bintang. Miss Lee mengangguk faham. Zila

  • 8/8/2019 halimunan

    13/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 13

    memberitahunya dia akan menelefonnya kelak tentang pekerjaan yang perludilakukannya pada hujung minggu ini.

    Aku membawa Zila naik motor ku ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan,fikiran ku melayang memikirkan tentang gadis yang dikatakan Miss Lee mempunyai

    wajah menyerupai gambar Haryati yang sudah aku sayang setengah mati ini. Siapasebenarnya gadis ini. Adakah dia Haryati sendiri, atau mungkin anaknya? Aku perlumendapatkan jawapannya dengan segera!

  • 8/8/2019 halimunan

    14/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 14

    Telefon awek cun dengan bantuan gula getah penghilang rasa gementar

    Aku rasa perkara pertama yang aku perlu jelaskan tentang diri aku adalah aku sebenarnyaseorang yang pemalu. Memang aku tahu aku kerja di belakang kaunter 7Eleven, dan akuterpaksa menghadapi berbagai-bagai jenis kerenah manusia hampir setiap hati, tetapi itu

    lain. Di belakang kaunter aku tak perlu melaburkan sebarang emosi kepada orang-orangyang aku temui. Paling banyak pun aku hanya perlu senyum. Aku tak perlu bertanyakhabar dengan mereka dan berbual.

    Malam ini aku bercadang untuk menelefon gadis bernama Sanisah, tapi akusegan. Aku tak tahu apa nak aku cakapkan bila aku dapat menghubunginya nanti.

    Malam ini tak ramai orang yang berkunjung ke Bintang Walk. Di luar hujan lebat.Aku termenung di kaunter sementara Zila melayan berapa kerat pelanggan yang keluarmasuk ke dalam kedai. Aku pegang handphone ku. Aku masih tak berani nak call Sanisahlagi.

    Meh aku nak tengok gambar awek tadi. Ujar Zila kepada ku. Aku menggarukepala ku. Aku keluarkan gambar yang aku simpan di dalam poket baju ku.

    Gambar ini telah diambil di London. Beritahu ku dengan pantas.

    Aku tahu lah!

    Ye lah, mana tahu kau tak tahu ke...

    Cun jugak awek dalam gambar ni... Sure sekarang dah jadi mak orang. Pakaitudung. Pipi dah tembam

    Mungkin betul cakap Zila. Mungkin Haryati dan tua, gemuk dan bertudung. Taklagi secantik dalam gambarnya ini. Macam mak lah. Walaupun pipi mak tak tembam, tapisekarang dia dah bertudung. Dulu, pada zaman awal 80an; ketika dia muda dulu, makpakai seluar jean stonewash yang ketat. Make-up dia tebal macam Madonna ketika dalamzaman dia bawak lagu Like a Virgin dulu. Rambutnya dipotong pendek dan kembangserabai macam Cindy Lauper. Dia pakai stoking panjang warna neon pink yang bolehsilaukan mata. Masa tu, mak kata dia jarang nampak sesiapapun pakai tudung. Kalau adaperempuan pakai tudung, mereka akan disindir dengan panggilan hantu kum-kum.Sekarang zaman dah berubah. Orang-orang Melayu kini berfikiran lebih konservatif daridulu. Aku rasa betul cakap mak. Kalau zaman P. Ramlee dulu ada bermacam-macamjenis filem dengan pelbagai tema boleh disentuh, sekarang mungkin tidak. Banyak filem-filem zaman P. Ramlee seperti Doktor Rushdi, Panggilan Pulau, Sumpah Orang Minyakdan Keluarga 69 (tajuknya sahaja dah boleh buat penapis filem kita melenting, kan?),tidak boleh dibuat pada zaman sekarang. Sebab itulah kebayakan filem-filem yang dibuatsekarang hancur tahap gaban. Aku rasa, orang-orang zaman dahulu lebih bebas berfikirdan berkarya. Dahulu aku rasa, rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa lebih bersatu, tak

  • 8/8/2019 halimunan

    15/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 15

    macam sekarang bila kita boleh lihat ada jurang di antara kaum. Orang Melayu hanyaakan bercampur dengan orang-orang Melayu, begitu juga dengan bangsa-bangsa lain.

    Bagi aku zaman sekarang segala-galanya dipenuhi dengan kepalsuan. Semuanyaplastik. Manusia zaman sekarang hidup bertopeng-topeng sehinggakan mereka tak tahu

    apa yang betul dan apa yang tidak. Ada orang kritik filem Sepet sebab mereka kelirudengan watak Orked yang rajin bersolat, berbaju kurung tetapi berani mempunyai temanlelaki berbangsa Cina yang dipanggilnya 'sayang' setelah baru 2-3 kali berdating. Merekakata, Orked ini gadis sosial, jadi gadis sosial tak sepatutnya pakai baju kurung. Orang-orang seperti ini hanya tahu melihat keadaan luaran manusia. Dalam kehidupan serbakepalsuan, mereka mahu melihat semua manusia mengikut acuan kepalsuan mereka.Mereka hidup dalam dunia fantasi mereka sendiri dan apabila mereka dipertontonkankepada cara hidup yang asing bagi mereka, terus mereka akan melenting. Merekamenolak kepelbagaian. Mereka akan kata semua yang mereka lihat ini sebenarnya takwujud atau sengaja dibuat-buat atau ia telah berlaku akibat kesan budaya barat. Aku adakenal orang macam ni. Pak Long aku sendiri. Kalau ada sahaja sesuatu yang ditontonnya

    di kaca TV, atau dibacanya di dalam akhbar yang dirasainya tak betul, dia kata ini adalahtaktik Yahudi - seperti apa yang berlaku pada 9/11 di kota New York (dia tak tahu,penduduk New York berbangsa Yahudi adalah yang terbesar di luar Israel). Dia jugapernah tuduh anak jirannya yang bekerja sebagai pramugari dan tak bertudung sebagaiperempuan murahan serta kurang asuhan agama (dia kata anak jirannya dah ikut budayaYahudi - walaupun dia tak pernah berjumpa dengan seorang berbangsa Yahudi seumurhidupnya, atau tahu apa itu budaya Yahudi yang disebutkannya serta perbezaan di antarafahaman Zionisme dan bangsa Yahudi). Aku diam jer (kalau aku buat bising nanti diatuduh aku ni agen Zionis tak pun CIA). Dalam pada itu, aku tak sampai hati nak bagi diaprintout gambar sepupu aku yang sedang dilancap aweknya yang bertudung labuh ketikamereka diskodeng di dalam sebuah taman di Shah Alam. Sampai sekarang agaknya diatak tahu gambar sepupu aku tu (yang telah diambil oleh kaki-kaki skodeng yangkononnya nak buat kerja khidmat masyarakat), tu dah tersebar luas di Internet.

    Aku benci kepada kepalsuan. Apa-apa yang palsu dan Pak Long aku tu!

    Aku masukkan handphone aku di dalam kocek. Aku pandang ke hadapan. Akudapati orang gila yang aku selalu nampak berjalan di kawasan Bukit Bintang tu berjalandi dalam hujan lebat. Dia berjalan sambil memeluk tubuhnya kerana kesejukan. Akunampak segala-galanya ini berlaku di hadapan ku dalam bentuk slow-motion (lepas tukeluar lah pulak lagu Another Day In Paradise oleh Phil Collins dalam kepala ku).

    Satu lagi hari di syurga untuk kau dan aku tapi bukan untuknya. Jadi aku keluardari kaunter. Aku kuakkan pintu kedai, lalu panggil dia supaya masuk ke dalam. Diamenoleh ke arah ku. Dia berjalan ke arah ku lalu masuk ke dalam kedai. Badannya yanglencun telah menyebabkan lantai kedai basah dengan air yang menitik-nitik daritubuhnya.

    Uncle tak boleh jalan kat luar sana macam tu. Lain kali kalau hujan, uncle caritempat berteduh. Kata ku kepadanya, lalu aku masuk ke dalam bilik stor. Prasasti ada

  • 8/8/2019 halimunan

    16/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 16

    berikan aku sehelai "tuala ajaib penyerap air tanpa had". Aku keluarkan tuala kecil inidari dalam beg ku. Aku pernah bawa tuala kecil ini ke tempat tinggal Zila di Jalan Scottketika aku mahu berenang di kolang renang yang ada di kondominiumnya. Selepas puasberenang dan setelah aku keringkan badan aku yang basah, aku letak tuala kecil ini ketepi. Tuala kecil ini terbang ditiup angin, lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Dalam

    masa tak sampai seminit, semua air dalam kolam renang diserap tuala kecil ini. Nasibbaik lah masa tu tengah hari dan tak ada sesiapapun yang menggunakan kolam renangkecuali aku...

    Aku gunakan tuala kecil ini untuk keringkan tubuh orang gila ni. Aku rasa diaberumur di sekitar awal 40-an. Tuala kecil aku kotor sewaktu mengesat tubuhnya yangberdaki dan berbau hanyir tu. Tapi sekarang dia nampak kering dan sedikit bersih.Kemudian aku tertunduk-tunduk mengesat lantai yang dibasahinya.

    Aku menoleh ke arah Zila. Dia menyerahkan sebiji cawan styrafom kepada ku.Dia minta aku buat kopi untuk uncle ni.

    Apa nama uncle? Tanyaku. Dia tidak menjawab. Aku rasa tentu dia ingat aku gilasebab nak tolong dia bila tak ada seorang pun yang berani mendekatinya. Tak pun diamesti ingat aku mahu menyakatnya seperti yang selalu dilakukan oleh budak-budak punkdan skinhead yang datang lepak kat kawasan ni.

    Aku serahkan air kopi panas kepadanya lalu mengingatkannya supaya menghirupair kopi pemberian ku itu dengan perlahan. Aku tanya dia kalau dia lapar. Dia takmenjawab. Aku keluarkan dompet aku. Aku beli roti sardin dan bayar sekali harga airkopi yang aku sedekahkan kepadanya tadi.

    Uncle ada keluarga tak kat sini? Tanya Zila dengan lembut. Orang gila tumenggeleng. Nampaknya dia memang faham pertanyaan Zila tadi. Uncle ada nama tak?Tanya Zila lagi.

    Chandran. Jawabnya perlahan tanpa memandang ke arah Zila. Dia kemudianberpaling ke arah ku tanpa kami bertentang mana. Katanya kepada ku: Tugas kamubukan untuk mencari cinta, tetapi sekadar mencari semua halangan yang ada di dalam dirikamu yang telah kamu bina terhadapnya.

    Jalaluddin Rumi? Tanya ku meminta kepastian. Dia tidak menjawab, tapi akutahu itulah jawapannya.

    Apakah halangan yang telah dia bina di dalam dirinya uncle? Tanya Zila ingintahu.

    Uncle Chandran tidak menjawab soalan Zila tadi. Dia tersengih-sengih. Diamakan roti sardin yang aku belikan untuknya. Aku memintanya duduk diam di tempatduduk berdekatan. Dia menurut sahaja.

  • 8/8/2019 halimunan

    17/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 17

    Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku tak tahu jika aku harus menelefon atautidak. Aku masih segan untuk menelefonnya. Aku tenung kertas pemberian Miss Leelama-lama.

    Kalau kau nak aku call dia bagi pihak kau... Aku boleh tolong. Kata Zila menawar

    bantuan. Aku menggeleng. Aku terus mengeluarkan handphone ku. Aku keluarkan gulagetah penghilang rasa gementar pemberian Prasasti, lalu aku kunyah gula getah tersebutagar aku tidak gugup nanti. Seterusnya aku tekan nombornya lalu menarik nafas kudalam-dalam.

    + Hello, boleh saya bercakap dengan Sanisah- Ya, ini Sanisah bercakap... Siapa ni?+ Nama saya Masdor.- Masdor mana pulak ni?+ Saya ada beli beberapa keping rekod dari kedai antik Teresa Forever semalam...- Jadi kenapa? You dapat nombor ni dari siapa?

    + Miss Lee yang bagi.- Miss Lee dari kedai antik tu ke?+ Ya.- Jadi apa masalahnya sekarang? You nak pulangkan kembali rekod you yang

    rosak ke? You ingat I jual VCD cetak rompak ke... Boleh tukar-tukar?+ Eh, tak... Bukan fasal tu. Rekod yang awak jual okay jer.- Dah tu?+ Saya ada terjumpa dengan sekeping gambar dalam sampul piring hitam Sanisah

    Huri.- Gambar apa?+ Gambar lama yang telah diambil di Carnaby Street.- ...+ London.- Saya tahu lah Carnaby Street tu kat London.+ Kat belakang gambar tu ada tertulis perkataan: Salam sayang untuk abang

    Mokhtar, dari Haryati. London 1979.- Oh...+ Saya nak pulangkan gambar ini kepada awak.- ...+ ...- Tak payah susah-susah lah. You can keep it.+ Saya nak pulangkan jugak! Esok awak free tak? Mungkin kita boleh berjumpa

    kat mana-mana?- ...+ Pukul 3 petang.- Tak payah susah-susah lah!+ Tak susah. Saya akan bawak kawan saya sekali. Perempuan. Boleh tak?- Awek you ke?+ Tak. Kawan sekerja.- You tak kerja ke esok?

  • 8/8/2019 halimunan

    18/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 18

    + Saya kerja malam.- Mana?+ Bintang Walk... 7Eleven.- Oh, thats interesting!+ Apa yang interesting?

    - I ingatkan nak ke Bintang Walk tadi... Tapi tak jadi sebab hujan.+ Kalau tak hujan dan saya call awak awal sikit, mungkin kita boleh berjumpa disini sahaja kan?- Ya... Tapi takdir telah menentukan agar kita diketemukan esok.+ So... Esok jadilah kan?- Jadi+ Pukul 3, ya?- Okay jer.+ Kita jumpa kat mana?- Rumah I... I malas nak keluar mana-mana.+ Awak tinggal kat mana?

    - Kondominium Bistari, Jalan Putra... Tahu kat mana tak?+ Tak.- Depan The Mall... Sebelah Pan Pacific.+ Okay. Tahu.- Tingkat 31. Call me bila dah sampai sini nanti.+ Okay.

    Aku telan air liur. Jantung ku berdegup kencang. Aku tak tahu apasal ntah, tapi masa tuaku rasa semacam jer. Aku tengah stim.

    Zila, esok ikut aku jumpa awek ni? Boleh? Tanyaku kepadanya separuhmerengek.

    Aku dah agak dah. Kau ingat aku tak dengar apa kau bual kan tadi?

    So? Camna? Boleh?

    Ye lah! Zila menjeling ku. Aku memandang ke hadapan. Uncle Chandra tak adalagi di dalam 7Eleven. Aku tak tahu ke mana dia pergi. Aku harap malam ini dia dapatcari tempat untuk berlindung. Di luar hujan masih turun dengan lebat...

  • 8/8/2019 halimunan

    19/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 19

    Lampu suluh kebenaran!

    BRUUUPPPP! Prasasti sendawa dengan kuat. Aku mengingatkannya supaya mengucapAlhamdulillah. Dia menurut sahaja tanpa banyak soal kemudian dia menjilat-jilattubuhnya. Matanya dah mula nampak kuyu. Aku rasa dia mahu tidur lagi setelah

    semalaman berjaga menonton rancangan MTV ketika kami sekeluarga keluar bekerja.Kau boleh tolong aku tak wahai kucing yang comel lagi bijaksana? Kata ku

    selepas aku memainkan lagu kegemaran Prasasti, Seiring Sejalan yang diambil darialbum soundtrack filem Hapuslah Air Matamu lakonan Syarifah Aini dan BroeryMarantika.

    Wah, wah, wahhhhhh! Pandai you all spedo kata-kata, kan? Mesti nak sesuatudari mek! Kata Prasasti. Pandai dia meneka. Aku rasa siang-siang dia tahu aku mahukansesuatu darinya bila aku bagi dia makan enam biji pau kacang.

    Aku nak jumpa Sanisah. Aku nak pulangkan gambar yang aku jumpa dalam EPSanisah Huri petang nanti. Kata ku membaringkan badan ku di atas katil sambilmelihatnya buat lip-sync bahagian Kak Pah menyanyi. Khusyuk dia menyanyi tau!

    Dah tu kenapa, yang? Dia bertanya bila Broery sedang menyanyi.

    Kau boleh bagitahu aku, orangnya macam mana? Dia suka apa... Dia dah adaboyfriend ke belum.

    You all tak ada mulut ke nak tanya dia sendiri? Dia tanya aku lalu dia menyanyibahagian La la la la la la la la... (yang diulang empat kali sebelum Broery nyanyi iramaala keroncong di dalam lagu ini). Masa dia berhenti menyanyi untuk beri jalan Broerymenyanyi, aku cocok perutnya.

    OPOCOT TIADA LAGU DUKA PUN AIR MATA NENEK KAU!

    HAHAHAHA!

    BA BA BABI! MANGKUK HAYUN!

    Rilek lah beb, gurau jer tu. Kata ku tersengih. Aku usap-usap kepala dia sampaimata dia stim. Perlahan-lahan dia nyanyi lagu Seiring Sejalan sampai habis.

    Seminit kemudian, bila Prasasti dah kepenatan menyanyi, dia keluarkan sebatanglampu suluh kecil bersaiz pen dari dalam kocek empat dimensinya.

    LAMPU SULUH KEBENARAN!!! Dia menjerit dengan suara kepitnya itumacam abangnya, Doraemon.

    Meh, nak tengok.

  • 8/8/2019 halimunan

    20/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 20

    Tak boleh, you all! Kata Prasasti, dia sembunyikan lampu suluh kebenaran di

    belakangnya.

    BAGI LAH!

    Tak boleh. Dia menggeleng pantas. Dia nak main-main pulak dengan aku.

    Kemudian aku ugut dia dan beritahu kepadanya aku akan beli seekor tikus putihdan pelihara tikus putih tu dalam bilik ku ni. Dia terus ketakutan. Prasasti memang takutkepada tikus. Dia cepat-cepat serahkan lampu suluh kebenaran itu kepada ku.

    Bila kau hidupkan lampu suluh ini dan tujukan lampunya kepada mangsa you all,mangsa you all tu nanti tidak akan dapat berbohong sama sekali. Mrasalah you all tanyaapa-apa soalan kepadanya nanti. Kata Prasasti bersungguh-sungguh.

    Aku hidupkan fungsi lampu suluh ini lalu terus aku suluh ke arah Prasasti.APA NI, YOU ALL!

    Nak test lah ni!

    You all suka main-main! Tak pernah serius!

    Okay sekarang aku serius... Aku nak tahu kenapa kau datang ke dalam hidup aku,Prasasti? Kenapa kau pilih aku? Tanya ku kepada satu soalan yang sudah lama akumahukan jawapan yang pasti darinya.

    Kalau you all tahu jawapannya nanti, you all pasti akan menyesal. Kata Prasastidengan perlahan. Tiba-tiba sahaja wajahnya berubah sedih.

    Cakap lah Prasasti... Aku sedia mendengarnya. Aku tak kisah apa kau nak cakap.

    BODOH PUNYA PUNDEK! MEK KUCING ROBOT LAH! TAK RETI-RETILAGI KE? MANA YOU ALL BOLEH GUNA LAMPU SULUH TU KAT MEK! MEKMANA ADA PERASAAN!

    Prasasti ambil lampu suluh tu balik dari tangan aku lepas tu dia ketuk kepala aku.Babi punya kucing! Berani dia ketuk kepala aku!

    Aku langsung tak melawan. Aku gosok-gosok kepala aku. Lepas tu aku kata katdia aku nak tidur. Aku nak maki dia, tapi aku takut nanti dia jadi marah lepas tu dia akansimpan lampu suluh kebenaran yang mahu diberikan kepada aku tu ke dalam koceknyasemula. Jadi aku diam. Bila dia nampak aku diam, bila aku berpaling ke arah lain, dialetakkan lampu suluh kebenaran di atas meja di sebelah katil ku. Dia duduk baik-baiksebelah kaki ku lepas tu dia tidur berdengkur di situ.

  • 8/8/2019 halimunan

    21/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 21

    Aku menemui Zila di stesen LRT PWTC pada pukul 2.50 petang. Dia tanya dari

    mana aku beli baju baru aku. Aku kata di One Utama. Dia kata aku nampak cute. Akupakai baju Mickey Mouse yang menjadi kebencian Prasasti. Aku kata ayah yang bagi akuduit suruh beli baju baru sebab aku dah lama tak beli baju baru.

    Aku menelefon Sanisah dan memberitahunya kami sudah sampai di kondonya.Dia memberitahu alamatnya. Setelah berurusan dengan pengawal keselamatan, aku teruske lobi kondonya lalu naik lif ke tingkat 31.

    Aku menekan loceng pintu. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolahmenengah membuka pintu. Dia memandang ke arah ku dengan curiga. Kemudianmatanya terpaku kepada Zila.

    Kami nak jumpa Sanisah. Kata ku perlahan. Nama saya Masdor dan ini Zila.

    Nama saya Yurnor adik Kak Sanisah. Kakak ada di dalam. Masuklah. Katanyasambil bersalaman denganku, lalu berjalan ke arah ruang tamu untuk menyambungbermain dengan alat permainan video Xboxnya. Dia sedang bermain dengan permainanHalo 2. Sesekali matanya akan meleret memandang ke arah Zila.

    Aku dan Zila saling berpandangan. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan.Adakah kami harus duduk di ruang tahu atau terus berdiri seperti ini.

    Aku dapati Yusnor mempunyai tubuh yang tinggi lampai dan berkaca mata. Darilencana sekolahnya, aku dapati dia budak Victoria Institution. Aku rasa dia baru sahajabalik dari sekolah, lalu terus dia main dengan Xboxnya. Aku rasa, inilah rutin hariannya.Di atas mejanya ada bungkusan McDonalds. Dia baru sahaja lepas makan.

    Kondominium tingkat 31 ini lebih besar dari flat ku. Perabot-perabotnya yang adakebayakannya berwarna putih dan biru. Pada bahagian ruang tamu rumah ini terdapatsebuah tingkap yang besar yang menampakkan panorama Kuala Lumpur.

    Dia ada di dalam biliknya. Ujar Yusnor lalu menuding ke arah sebuah bilikberdekatan dengan dapur. Matanya terus ke kaca TV.

    Zila berjalan ke arah bilik tersebut. Dia mengetuk pintu. Dari dalam aku dapatmendengar suara Sanisah memintanya masuk. Zila membuka pintu. Bunyi muzik dariHuey Lewis & the News bertajuk The Heart of Rock & Roll dimainkannya kuat-kuat darisebuah alat pemain piring hitam.

    Di dalam aku dapat melihat Hanisah sedang merokok di atas katilnya sambilmenulis sesuatu ke dalam laptopnya. Dia suruh kami tunggu. Dia kata dia ada sikit lagiyang perlu ditulisnya untuk menyiapkan sebuah bab di dalam novel yang sedangdisiapkannya.

  • 8/8/2019 halimunan

    22/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 22

    Wajah Sanisah saling tidak tumpah dengan wajah Haryati yang aku lihat di dalamgambar. Perkara ini sahaja mampu membuat aku terus jatuh cinta kepadanya. Apa yangmembezakan Sanisah dan Haryati adalah fesyen rambutnya. Aku dapati Sanisahmewarnakan rambutnya kemerahan macam Sharon Osborne ketika dia ditemu ramah disamping suaminya Ozzy dalam rancangan Parkinson. Wajahnya putih pucat. Telinganya

    ditindik di beberapa tempat. Aku tidak dapat melepaskan pandangan ku terhadapnyasehinggalah Zila menyiku ku. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain.

    Aku dapati keadaan biliknya berselerak. Berbau rokok. Di dindingnya terdapatposter beberapa buah kumpulan muzik dari tahun 90-an seperti Nivarna, Pearl Jam danLemonheads.

    Di dalam biliknya ada banyak buku. Lebih banyak lagi yang diletakannya di ataslantai, yang aku rasa sedang menunggu masa untuk diletakkan di dalam rak yang barusahaja dikosongkan. Pada bahagian rak itu terdapat banyak koleksi piring hitam lama.Aku dapati dia juga pengumpul rekod seperti ku.

    Aku berjalan mendekati raknya. Piring hitam pertama yang dapat ku lihat adalahsingle Duran Duran, Hungry Like the Wolf. Aku toleh ke arah Hanisah. Dia kelihatantekun dengan apa yang sedang dilakukannya. Zila berjalan ke arah tingkap yanglangsirnya diperbuat daripada kain baldu hitam yang tebal agar cahaya dari luar tidakdapat masuk ke dalam biliknya. Zila menyelak langsir lalu memandang ke luar. Akuberjalan ke arahnya untuk melihat apa yang sedang dilihatnya. Aku dapati dia sedangmerenung ke bawah, melihat sebuah sungai yang deras yang sedang mengalir di sebelahkondominium ini.

    Okay siap. Kata Hanisah lalu menutup laptopnya. Dia menyedut rokoknya dalam-dalam. So... you datang nak bagi gambar? Dia bertanya kepada ku.

    Ya. Aku jawab pendek kemudian aku memperkenalkan diri ku dan Zilakepadanya. Ketika Zila bersalaman dengannya, aku keluarkan gambar yang aku jumpadari dalam beg ku. Kemudian aku keluarkan sekali lampu suluh kebenaran. ApabilaHanisah sedang berpaling ke arah Zila, aku sinarkan alat pemberian Prasasti itu kearahnya.

    What is that youre holding? Tanya Hanisah apabila dia sedar aku sedangmenyuluh ke arahnya.

    Tak ada apa-apa. Jawab ku tersipu-sipu.

    Let me see that! Dia rampas lampu suluh kebenaran dari tangan ku. Diamenghidupkan fungsi lampu suluh. Mula-mula dia suluh ke arah ku, kemudian kepadaZila. Oh, its just a torchlight. Ingatkan apa tadi. Bilik I ni gelap sangat ke?

    Tak, bukan sebab gelap, dan itu bukan lampu suluh. Jawab ku dengan pantas lalumengambil semula lampu suluh kebenaran dari tangannya.

  • 8/8/2019 halimunan

    23/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 23

    Dah tu apa?

    Lampu suluh kebenaran pemberian Prasasti

    What? Siapa Prasasti?Prasasti adalah seekor kucing robot dari masa hadapan

    Aku cepat-cepat menutup mulut ku bila aku nak memberitahunya bahawa sesiapayang terkena sinaran lampu suluh ini hanya mampu bercakap benar.

    Okay... You ni pelik lah!

    Memang dia ni pelik sikit. Sambut Zila sambil tersenyum.

    Aku akhirnya menyerahkan gambar yang aku simpan sejak beberapa hari yanglalu kepada Sanisah. Dia ambil gambar tersebut lalu memandangnya seolah-olah dia barusahaja melihat gambar tersebut buat pertama kalinya.

    You jumpa gambar ini di dalam piring hitam Sanisah Huri?

    Ya.

    Gambar ini diambil di Carnaby Street.

    Hmmm...

    Carnaby Street letaknya di London.

    Oh ye ke? I ingatkan kat Balakong...

    Zila tergelak. Aku menjeling ke arahnya untuk memintanya diam.

    Nama you Masdor... Sanisah Huri tu anak didiknya. You tahu tak? Dia bertanyakepada ku dengan matanya terus kepada gambar tersebut.

    Saya tahu... Jadi, gambar yang saya jumpa dalam EP Sanisah Huri ni gambar makawak?

    Ya. Dia namakan saya Sanisah kerana dia memang minat dengan Sanisah Huri.

    Dah agak dah...

  • 8/8/2019 halimunan

    24/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 24

    Dia minat mengumpul piring hitam ketika dia muda dulu... Banyak yangdikumpulkannya sehingga I tak ada masa untuk dengar satu persatu. Sekarang I nak jualpiring-piring hitam lamanya sebab I tak ada tempat lagi untuk letak buku-buku I.

    Saya suka kumpul piring hitam.

    So I noticed... Okay macam ni. Since you like collecting these vinyl records somuch, apa kata you ambil sahaja apa yang ada dalam bilik ni.

    Berapa awak nak jual?

    Ambil sahaja. Im desperate to get rid of them. But you owe me one. You bolehbelanja I makan ke...

    Aku rasa susah nak bernafas. Aku rasa macam menang loteri pulak. Aku menolehke arah Zila. Dia hanya tersenyum.

    Mak awak... Tak kisah ke?

    Dia tak ada di sini.

    Di mana dia sekarang?

    Dia sudah meninggal dunia.

    Maaf... Aku terdiam buat beberapa ketika sebelum bertanya: Dalam usia begitumuda? Ada yang telah berlaku?

    Zila merenung ke arah ku. Dia kurang selesa dengan soalan yang aku tujukan tadikepada Sanisah. Aku lihat dia sedang mengetapkan bibirnya.

    Dia mati dengan membunuh dirinya. Mama terjun dari tingkap di ruang tamurumah kami ini ketika I berusia 10 tahun.

    Aku terdiam dibuatnya. Aku pernah membaca laporan akhbar yang mengatakanbahawa secara purata, terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mati membunuh dirisetiap hari. Satu jumlah yang banyak. Aku tidak pernah menyangka sama sekali Haryatiyang kelihatan begitu ceria di dalam gambarnya akhirnya mengambil keputusan untukmenamatkan riwayatnya sendiri...

    Aku tak berani memandang ke arah Zila. Aku pasti dia memarahi ku kerana telahbertanyakan soalan yang agak peribadi kepada Sanisah.

    Gambar yang you beri ini... I tak pernah melihatnya. Kata Sanisah sambilmenghisap rokoknya. In fact, gambar-gambar mama I semuanya dah tak ada lagi.

  • 8/8/2019 halimunan

    25/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 25

    Kenapa? Tanya Zila.

    Papa telah membuang kesemuanya. Dia telah memusnahkan segala-galanya yangmengingati kami kepada mama... I guess youve met Yusnor sebelum you masuk kedalam bilik I tadi.

    Aku mengangguk. Di dalam pada itu aku dapat melihat Sanisah mengeluh. Akumula menyesal menyinarkan lampu suluh kebenaran ke arahnya tadi. Kini dia akanhanya berkata benar kepada setiap soalan yang ditujukan kepadanya. Begitu juga denganaku dan Zila.

    Maaf, saya tak sepatutnya tanya soalan peribadi mengenai mak awak tadi. Katakukepada Sanisah, tetapi dia tidak menjawab. Wajahnya nampak kosong. Dia merapatkanbibirnya dengan matanya memandang ke arah lain.

    So... You berdua ni couple ke? Tanya Sanisah kepada Zila.

    Mamat skema ni. Tak lah! Kami kawan baik.

    Oh... Kenapa? You dah ada boyfriend?

    Tak... I dah ada girlfriend. Beritahu Zila lalu menggigit bibirnya. Mungkin sepertiku, dia tidak sangka dia akan menjawab soalan Sanisah itu tanpa berfikir panjang.

    So, you lesbian ke?

    Ya.

    Cool! Ujar Hanisah sambil tersenyum. Dia mendekatkan dirinya kepada Zila. Diabertanya kepada Zila di mana dia beli rantai yang sedang dipakainya pada ketika itu. Zilakata Suzi yang belikan rantainya itu di Vietnam ketika dia terpaksa bekerja di sana.

    Mata ku merayau-rayau di atas rak sehingga aku terlihat beberapa peralatanhospital seperti gunting penyepit yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk stainlesssteel. Mak pernah juga bawak balik peralatan ini semua ketika dia merawat luka-lukaayah ku dulu ketika dia jatuh dari motornya.

    Untuk apa ini semua? Tanya ku kepada Hanisah yang sedang menunjukkankepada Zila bahagian pusatnya yang tertindik.

    Untuk mana-mana lelaki yang suka kat I dan ingin buktikan kepada I yang diasayangkan I. Sanisah menjawab selamba.

    Kalau ada sesiapa yang suka kat you, dia kena buat apa? Tanya Zila.

    Well, he has to pierce my tongue. Itulah peralatannya.

  • 8/8/2019 halimunan

    26/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 26

    Aku mengambil peralatan yang dinyatakannya itu. Selain dari gunting penyepit,

    di dalam mangkuk stainless steel ini juga terdapat sepasang sarung tangan getah, sebijibotol methylated spirit, beberapa biji kapas dan sebatang jarum yang tajam dan agaktebal. Aku rasa jarum ini perlu digunakan untuk mencucuk lidahnya. Terdapat juga

    sekeping plastik yang terkandung objek perhiasan yang akan diletakkan di lidahnya nanti.Tak sakit ke nanti? Tanyaku dengan dahi terkerut.

    Sakitlah. Dah tu you ingat apa?

    Awak buat ni semua untuk apa?

    Kenapa you tanya I macam-macam ni? You suka kat I ke?

    Suka! Jawab ku lalu aku mengangguk cepat-cepat. Sekali lagi aku menutup mulut

    ku.So... You do want to do it now?

    Buat apa?

    Pierce my tongue lah!

    Aku memandang ke arah Zila. Dia menaikkan kedua belah bahunya.

    Tak. Takutlah!

    Tapi you kata you suka dengan I?

    Ya. Saya suka dengan awak. Tapi saya takut.

    Kalau takut, tak payah lah. Just forget about it, okay?

    Aku menelan air liur ku.

    Okay. Saya akan melakukannya. Kataku sambil menelan air liur ku. Tekak kutiba-tiba terasa kering.

    Zila ternganga. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

    Are you sure? Tanya Sanisah meminta kepastian.

    Kenapa? Tak percaya ke?

    Tak pernah ada sesiapapun yang pernah bersetuju untuk melakukan ini semua.

  • 8/8/2019 halimunan

    27/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 27

    Ye ke?

    Ya. No kidding. The last person yang I beritahu dia kena buat ini semua untuk I,went home crying.

    Aku terduduk di atas kerusinya. Sanisah kemudian mengambil peralatannya danmemberitahu ku dia perlu membuat air panas untuk membersihkan peralatannya ini didapur.

    Kau dah gila ke, Masdor? Tanya Zila dengan suara berbisik kepada ku.

    Ya kot.

    Kau suka dengan Sanisah?

    Ya.Tapi kau baru jumpa dia Masdor!

    Tapi aku suka dengan dia!

    Zila sepak muka aku sekali. SAKIT SIOT! Aku pegang pipi ku. Aku tak tahukenapa dia sepak muka aku.

    Apa ni? Kata ku sambil meraba pipi ku.

    Aku nak kejutkan kau dari mimpi kau.

    Eh, aku tak mimpi lah! Aku sukakan dia!

    Zila mengeluh sambil memeluk tubuhnya. Dia kata aku gila. Aku beritahukepadanya, Sanisahlah wanita yang ingin aku cintai dan satu hari nanti aku mahuberkahwin dengannya dan hidup dengannya sampai aku mati. Masa tu aku dapat dengarlagu I Feel Love oleh Donna Summer dalam kepala aku.

    Hanisah masuk kembali dengan peralatannya yang telah direndam di dalam airpanas. Dia meminta supaya ku supaya membasuh tangan ku di dalam bilik air lalumengenakan sarung tangan getah. Aku menurut sahaja. Aku rasa aku telah mengambilmasa lebih lima minit membasuh tangan ku sambil memikirkan tentang apa yang perluaku lakukan berkali-kali di dalam kepala ku. Apabila aku kembali masuk ke dalam bilik,aku dapati segala peralatan sudah disusun di atas meja. Langsir di tingkap telah pundiselak ke tepi. Bilik Sanisah kini lebih terang dari sebelumnya.

    Hanisah menunjukkan kepada ku sebuah laman di Internet yang menunjukkanprosedur yang perlu dilakukan untuk mencucuk lidah. Dia tanya kepada ku sekali lagi

  • 8/8/2019 halimunan

    28/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 28

    jika aku sanggup melakukan semua perkara yang aku lihat terpampang di dalamlaptopnya. Aku mengangguk pantas.

    I dah minta Zila untuk tolong tandakan bahagian lidah I yang perlu dicucuk. Yougunakan forsep tu untuk tarik lidah I. Gunakan jarum yang I dah letakkan atas meja tu

    untuk cocok dengan lidah I sehingga tembus. You have to make it quick! Kemudian youambil barbell tu, dan pastikan you dapat masukkan batang barbell itu ke dalam lidah I.Mungkin akan ada darah yang keluar... So, everything else you figure it out yourself, aswe go along, okay?

    Okay.

    You sure you want to do this?

    Ya.

    Kemudian tanpa aku sedari tiba-tiba Hanisah mengucup bibir ku. Aku dapatmerasakan jantung ku berdegup kencang dengan bunyi darah mengalir ke kepala kuberderu di telinga.

    Thats the last kiss I give to anybody before my tongue is pierced.

    Oh... Okay.

    You are blushing!

    Aku hanya mampu berdiri kaku. Aku tak pernah dicium sebelum ini. Memangaku selalu beritahu kepada orang lain terutama kepada Zila aku pernah ada awek dan akudah pernah main, tetapi sebenarnya aku berbohong. Aku tak pernah buat itu semuatermasuklah dicium.

    Masdor, kau okay ke tak ni? Muka kau merah semacam jer ni! Ujar Zila. Akumengangguk untuk memberitahunya aku okay jer walaupun aku rasa lagi sikit aku nakpitam.

    Seterusnya aku dapat lihat Sanisah mengumuhkan mulutnya dengan Listerine lalumeludahnya ke dalam cawan kumuhannya tadi. Dia duduk di atas kerusinya. Diamengarahkan Zila supaya memancarkan cahaya dari lampu mejanya ke arah lidahnya.Zila menurut sahaja.

    Sanisah menjelirkan lidahnya. Aku mengambil forsep yang telah diikat dengangetah pada bahagian pangkalnya, lalu mengepit bahagian hujung lidahnya. Aku dapatmelihat tanda yang dibuat Zila, tapi kurang jelas, mungkin tandanya dah hilang ketikaSanisah berkumur tadi. Aku mengambil jarum yang harus aku cocok ke lidahnya.

  • 8/8/2019 halimunan

    29/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 29

    Nafas ku turun naik dengan pantas. Memang aku rasa macam nak dekat nak pitamdah. Aku rasa, macam-macam yang terpaksa mak lakukan di hospital sebagai seorangpembantu perubatan hampir setiap hari untuk membesarkan aku. Apa yang aku perlulakukan sekarang jauh lebih senang dari pekerjaannya seharian, di antaranyamembersihkan luka dan nanah pesakit di hospital.

    Aku memulakan apa yang harus aku lakukan dengan bacaan bismillah, kemudianaku terus mencucuk lidahnya pada bahagian yang ditandakan dari arah bawah sepertimana yang aku lihat di dalam gambar. Aku rasa macam cocok sate, walaupun tidaklahsesenang yang aku bayangkan. Seperti yang dikatakan Hanisah, aku perlu melakukannyadengan pantas. Aku dapat mendengar suaranya menahan rasa sakit. Zila memegangtangannya dengan erat. Aku dapat melihat air mata Hanisah mengalir membasahi pipinyamungkin kerana sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.

    Sebaik sahaja jarum yang aku cocok itu tembus, aku terus mengambil objekperhiasan yang telah dibersihkan itu lalu dengan penuh berhati-hati aku masukkan ke

    dalam lubang lidahnya yang mula berdarah itu. Segala-galanya aku cuba lakukan dengansepantas mungkin.

    Aku melepaskan lidahnya. Darahnya turun membasahi bibirnya. Aku cepat-cepatmengambil kain putih di atas meja lalu mengelap bibirnya. Aku lihat Zila masih tidakpercaya dia telah menyaksikan semua ini di hadapan matanya.

    Kalau kau rajin belajar... Aku rasa sekarang kau dah masuk fakulti perubatanuntuk jadi doktor. Kata Zila dengan nada serius. Dia memandang ke arah Hanisah lalubertanya: You okay tak? Hanisah menganggukkan kepalanya.

    Aku menghela nafas ku. Aku dapati Hanisah masih berdiam. Dia sedangtemenung kosong ke luar tingkap sambil memegang tuala putih yang dikotori darah ditangannya.

    Kami perlu pergi. Kalau ada apa-apa nanti awak SMS saya. Kata ku denganperlahan. Sanisah mengangguk. Dia memegang bahu Zila seolah-olah inginmengucapkan terima kasih kepadanya. Zila mengangguk sambil tersenyum.

    Aku dan Zila keluar dari bilik Sanisah. Aku dapati Yusnor menoleh ke arah ku.Aku memberitahu kepadanya aku dan Zila perlu berangkat pergi. Dia menemani kamisehingga ke muka pintu.

    You actually did it, didnt you? Tanya Yusnor kepada ku.

    Buat apa? Tanya ku kembali.

    Pierce lidah dia lah!

    Ya.

  • 8/8/2019 halimunan

    30/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 30

    Balik nanti bila ayah tahu, mesti dia mengamuk... Dah beratus kali dia bagi

    warning kat kakak aku supaya jangan buat body piercing lagi!

    Aku tidak membalas kembali kata-katanya. Aku memakai kasut ku lalu aku terus

    berjalan ke arah lif berdekatan tanpa menoleh ke belakang.Di dalam lif, Zila membebel. Dia kata aku gila. Dia kata dah sesuai benar kalau

    Sanisah ambil aku jadi boyfriendnya.

    Sebaik sahaja kami tiba di tingkat bawah, aku terima SMS dari Sanisah. Diamengucapkan terima kasih kepada ku. Katanya, jika dia senang nanti dia mahu menemuiku.

    Aku tersenyum sendiri. Aku menghirup udara pada petang yang panas itu dalam-dalam. Aku pandang ke arah baju Mickey Mouse yang baru aku beli tu. Ada percikandarah Hanisah di situ. Aku memberitahu diriku bahawa aku tak akan basuh baju ini

    sampai bila-bila!

  • 8/8/2019 halimunan

    31/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 31

    Bohemian Rhapsody

    Aku tak henti-henti berkhayal tentang Sanisah sejak aku meninggalkan rumahnya petangtadi. Zila ada bertanya kepada ku kenapa aku mahu cepat-cepat meninggalkan rumahSanisah setelah aku menindik lidahnya. Aku kata ada aku dapat merasakan Sanisah mahu

    berada keseorangan pada waktu itu. Zila kata dia juga dapat merasakan perkara yangsama.

    Pada saat-saat terakhir ketika aku keluar dari biliknya, aku dapat lihat Sanisahmemandang ke arah gambar ibunya. Aku cukup yakin pada waktu itu aku dapat menciumbau kesayuan yang terwujud di dalam dirinya. Aku rasa dia mahu menangis.

    Zila masih tak faham kenapa aku boleh jatuh hati dengan Sanisah. Aku kata dialah orangnya yang aku cari-cari selama ini dan aku telah jatuh cinta kepadanya buat kalipertama apabila aku melihat gambar ibunya yang menyerupainya dan kali kedua apabilaaku akhirnya dapat bersemuka dengannya.

    Aku telah menegaskan kepada Zila bahawa aku menyukainya bukan semata-matakerana dia mempunyai wajahnya yang berjaya menarik perhatianku, tetapi ada sesuatutentang dirinya yang telah berjaya menambat hati aku. Sesuatu yang sukar untuk akujelaskan dan huraikan dengan kata-kata.

    Zila mintak aku jelaskan juga, sebab dia kata kat aku dia masih tak faham. Jadiaku bagi contoh piring hitam album A Night at the Opera yang terkandung laguBohemian Rhapsody. Aku cakap kepada Zila, buat kali pertama aku mendengar lagu darikumpulan Queen itu aku rasa macam nak menangis. Ketika itu aku berusia 10 tahun.Dalam masa seminit ketika aku masih lagi mendengar lagu yang berhantu itu, aku terusjatuh cinta dengan lagu itu. Sehingga sekarang pun, aku masih lagi menganggap lagu itusebagai lagu yang paling aku suka selain dari lagu Imagine oleh John Lennon.

    Kalau kau nak tahu, lagu Bohemian Rhapsody ini ada banyak persamaan dengannovel eksistensialis Albert Camus yang bertajuk L'tranger. Kata seorang pelangganlelaki dengan suara termengah-mengah kepada ku. Aku rasa dua telah mendengarperbualan ku dengan Zila apabila aku memberitahunya bahawa muzik video pertama didunia adalah muzik video yang telah dibuat untuk lagu Bohemian Rhapsody. Akumasukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam beg plastik. Seperti kebiasaannya,lelaki di hadapan ku ini akan beli sekotak susu dan cornflakes.

    Dia akan datang untuk membeli sekotak susu dan cornflakes pada sekitar pukul9.30 malam pada hari Jumaat, Isnin dan Rabu, tetapi sehingga kini aku masih tidakmengenali namanya. Aku rasa dia berusia di sekitar awal 40-an. Orangnya bertubuhgemuk. Mungkin terlalu gemuk kerana aku sering melihat orang akan memandang kearahnya lalu mentertawakannya dari belakang. Baru sahaja sebentar tadi aku lihat seorangbudak lelaki India bertubuh kering macam biskut Marie yang sedang beratur dibelakangnya mengisi pipinya dengan udara lalu membuat aksi-aksi mengejek sehinggamembuat girlfiendnya ketawa kecil.

  • 8/8/2019 halimunan

    32/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 32

    Aku rasa dia menetap dan bekerja di kawasan ini.

    Abang ada buku tu, tak? Aku akhirnya memberanikan diri ku untuk bersuarakepadanya. Dia cuba mengukir senyuman lalu menggeleng.

    Aku beri kepada beg plastik yang terkandung barang-barang yang dibelinya. Diaberpaling ke belakang mengira wang baki yang diberikan Zila kepadanya. Dia berjalanbeberapa langkah ke hadapan sebelum dia menoleh kembali kepada ku.

    Nama aku Zamani. Katanya kepada ku. Aku dapat rasakan satu luahan perasaankehilangan dan kesepian di dalam suaranya.

    Nama saya Masdor, bang. Kata ku sambil menuding kan jari ku ke arah name tagyang sedang aku pakai. Dia hanya mengangguk lemah lalu dia membawa dirinya keluardari kedai.

    Budak India tu ketawa di hadapan ku apabila dia melihat Abang Zamanimengalami kesukaran untuk keluar dari pintu kerana tubuhnya yang besar. Aku terusberdiri memandangnya lalu menjeling ke arah Zila. Aku rasa macam nak halau dia keluardari kedai ini.

    Dah, jangan cari fasal pulak. Zila berbisik kepada ku. Aku menarik nafaskupanjang-panjang. Budak India yang kurus kering tu mahu beli sekotak kondom dansekotak rokok Dunhill. Aku serahkan kepada Zila barang-barang yang mahu dibelinyaitu.

    Suasana di Bintang Walk pada malam ini agak meriah. Esok hari Sabtu, jadiramai yang keluar untuk bersantai di sini. Aku dapat melihat pelbagai jenis manusia yanglalu lalang di sini. Ramai pelanggan yang keluar masuk kedai untuk membeli barangkeperluan mereka. Nasib baiklah aku bekerja dengan Zila, sebab dia pantas bekerja. Jikatidak boleh pening kepala aku jadinya.

    Aku memikirkan kembali tentang kata-kata Zila tadi selepas aku selesai menindiklidah Sanisah. Dia kata aku ada bakat untuk jadi doktor. Mungkin betul katanya.Mungkin betul juga kata mak. Dia banyak kali kata aku pandai, cuma aku ni jenis malasbelajar. Aku suka berangan-angan. Masa dalam kelas aku susah nak tumpukan perhatianku kepada pelajaran. Akhirnya, SPM aku dapat gred dua. Aku bertegas tak mahusambung belajar. Ayah biarkan sahaja. Mak pulak marah. Dia kata sekurang-kurangnyaaku perlu masuk ke Institut Kemahiran Mara untuk sambung belajar. Tapi aku cakap akutak mahu belajar di mana-mana lagi. Aku suka dengan keadaan aku sekarang apabila akutidak perlu lagi sentuh buku teks dan pecahkan kepala aku untuk ambil peperiksaan.

    Mak pernah tanya aku, adakah ini yang aku mahukan di dalam hidup aku. Sampaibila aku nak bekerja dengan gaji kecil. Dia kata dia tak mahu melihat aku jadi macamdirinya dan ayah. Aku kata, walaupun dia dan ayah tak belajar ke peringkat universiti,

  • 8/8/2019 halimunan

    33/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 33

    kami tetap dapat hidup selesa dan duduk di dalam rumah yang kami sewa. Mak kata akutak berfikiran jauh. Dia kata aku tak mempunyai visi dan cita-cita untuk memperbaiki diriku. Kemudian dia suruh aku lihat keadaan bapa ku dan pekerjaan yang terpaksa dialakukan untuk menanggung kehidupan kami. Dia kata, ayah mempunyai impian untuk keWoolton, Liverpool. Dia mahu pergi melawat rumah kanak-kanak Strawberry Field.

    Menurut cerita, John Lennon telah menulis lagu Strawberry Fields Forever untukmengingati zaman kanak-kanaknya bermain di sana.

    Lagu ini istimewa buat ayah kerana piring hitam Strawberry Fields Forever,sebuah rekod double A-side dengan Penny Lane, adalah piring hitam pertamakepunyaannya. Lagu inilah yang membuatkan dia mula jatuh cinta kepada muzik.

    Di Central Park, New York ada sebuah memorial yang didirikan untuk JohnLennon yang diberi nama Strawberry Fields. Memorial ini telah dibina untuk mengingatiJohn Lennon yang telah mati dibunuh oleh seorang peminatnya berdekatan denganapartmennya di Central Park pada tahun 1980. Kalau boleh ayah mahu ke sini dan juga

    ke tempat John Lennon mati di tembak. Ayah adalah peminat nombor satu John Lennondan inilah impian-impiannya.

    Mak kata, ayah tidak mungkin dapat melihat impiannya tercapai sampai bila-bilakerana wang yang dikumpulkannya selama ini untuk ke UK tak pernah cukup-cukup.Mak kata, tanpa wang, impian sukar untuk terlaksana. Dan ayah tidak mempunyai wangyang banyak. Mak tak mahu aku jadi seperti ayah.

    Tetapi inilah dia tragedi kehidupan. Ada kalanya, impian kita tidak mungkindapat kita capai. Kata ku akhirnya kepada mak untuk membuatnya berhenti membebel.

    Menjelang tengah malam, Sanisah masuk ke dalam 7Eleven membawa sebuahkotak penuh dengan rekod-rekod yang mahu diberikan kepada ku. Aku terusmendapatkannya lalu mengambil kotak tersebut dari Sanisah. Dia kata dia ada sekotaklagi untuk diberikan kepada ku. Dia akan memberi ku sekotak penuh dengan piring hitamlama kepunyaan ibunya itu pada lain masa.

    Sanisah susah untuk berkata-kata, macam ada sesuatu di dalam mulutnya. Bilaaku minta dia tunjukkan aku lidahnya, aku dapati lidahnya bengkak. Dia memberitahu kudia akan berkeadaan begini selama sebulan, jadi selama sebulan dia tak boleh makanmakanan yang pedas dan merokok satu perkara yang sukar untuk dilakukannya sebabdia suka makan makanan yang pedas dan merokok.

    Dah lah, awak berhenti saja merokok. Kata ku. Dia tersenyum.

    You sibuk ke sekarang? Tanya Sanisah. Aku memandang ke arah Zila yang takmenang tangan melayan pelanggan-pelanggan yang mahu membayar barang-barang yangingin mereka beli.

    Sibuk jugak.

  • 8/8/2019 halimunan

    34/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 34

    Apa kata saya tunggu awak sampai awak tak sibuk?

    Awak tak nak balik dulu ke?

    Tak.Jam satu atau jam dua pagi nanti reda sedikit...

    Okay, kalau macam tu, I tunggu. I just want to get to know you better.

    Aku mengangguk. Aku memasukkan kotak pemberiannya ke dalam bilik stor.Aku menyuruhnya duduk lalu memberitahunya dia boleh membaca apa-apa majalah yangdijual di sini sementara dia menunggu sehingga keadaan tidak lagi sesibuk sekarang.

    Aku lihat dia duduk di atas kerusi tempat makan sambil memandang ke arah

    orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Ada kalanya aku melihat dia membacamajalah URTV yang aku berikan kepadanya. Dari raut wajahnya aku dapat melihat dianampak terganggu. Zila kata dia ada masalah.

    Pada pukul 1.20 aku Zila memberitahu ku supaya melayannya. Dah tak ada ramaipelanggan yang keluar masuk ke kedai ini.

    Sorry lah, hari ni sibuk sikit. Kata ku kepada Sanisah. Aku letakkan secawan tehyang aku sediakan untuknya di atas meja.

    Tak apa.

    Adik awak si Yusnor tu ambil SPM tahun ni ke?

    Ya. Macam mana you tahu?

    Saya nampak buku teksnya di atas meja.

    Oh...

    Awak pulak? Masih study lagi? Tanyaku lalu aku duduk di sisinya.

    Technically, yes... Sebenarnya I tak sedia lagi untuk sambung belajar.

    Kenapa?

    I nak menulis.

    Menulis fasal apa?

  • 8/8/2019 halimunan

    35/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 35

    Cerita dongeng.

    Jadi awak cuba habiskan cerita yang awak tulis semasa saya pergi berjumpadengan awak tadi?

    Ya.Ceritanya mengenai apa?

    Tentang sebuah handphone yang akhirnya mati kerana kebosanan.

    Oh... Getus ku perlahan tanpa mahu melanjutkan lagi soalan ku tentang ceritayang ditulisnya kerana aku tak minat membaca. Siapa agaknya lebih tua, saya atau awak?

    Awak agak siapa?

    Saya kot... Umur saya 20 tahun. Umur awak berapa? 18?19.

    Muda setahun jer... Kata-kata ku membuat dirinya tersenyum. Yusnor kata bapakawak akan mengamuk jika dia dapat tahu awak tindik lagi.

    Ya, dia marah... Dia mengamuk. Sebab itulah I ke sini.

    Apa yang telah berlaku?

    Entah lah, but lets skip the details. Whatever it is, I remembered telling him tofuck off and leave me alone.

    Sabar jelah!

    So... You selalu pergi clubbing?

    Tak. Saya kena kerja malam.

    Oh... Terlupa. Tapi bagaimana pula dengan esok?

    Entah...

    Zila pula bagaimana? Tanya Sanisah kepadanya. You free tak esok malam, Zila?Tanya Sanisah kepadanya.

    Tak. Aku kena kerja di Central Market mulai esok pagi. Aku langsung tak adamasa untuk berehat.

  • 8/8/2019 halimunan

    36/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 36

    Zila kena jaga kedai antik Miss Lee. Beritahu ku.

    You kena jaga sekali?

    Tak, tapi saya ingat nak tolong sikit-sikit. Saya akan jaga kedai Miss Lee pada

    waktu petang sementara Zila berehat di studio SuziSuzi?

    Suzi tu nama girlfriendnya. Jelas ku lalu memandang ke arah Zila yang sedangmemerhatikan ku sambil melayan seorang pelanggan.

    So, kalau ada apa-apa I boleh cari you di Teresa Forever, lah ni?

    Ya. Sebelum kami tutup kedai pada pukul 9 malam.

    Awak nak jumpa saya ke malam esok?Maybe... Kalau I free.

    Okay.

    Youre a sweet person, do you know that, Masdor?

    Manis macam gula biasa ataupun Nutrisweet?

    Hemmm... Good question. Sanisah menggaru dagunya yang runcing itu. Manismacam tebu. Kena perah baru dapat rasa manisnya.

    Kata-katanya membuat aku tersenyum, walaupun aku langsung tak tahu apa yangdimaksudkannya itu.

    But seriously. I rasa you ni lain dari yang lain. You tak macam kawan-kawan Iyang lain.

    Kenapa?

    Entahlah... You ni pelik sikit. Petang tadi kita baru sahaja jumpa and then you toldme that you like me. And then youve agreed to pierce my tongue. It takes a lot of guts todo something like that.

    Sanisah... Apa lagu yang paling awak suka sekali di dalam hidup awak?

    Thats a tough question. I suka banyak lagu sebenarnya... Tapi rasa-rasanya Ipaling suka lagu Bohemian Rhapsody oleh Queen.

  • 8/8/2019 halimunan

    37/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 37

    Ye ke? Ujar ku dengan teruja.

    Kenapa?

    Belum sempat aku dapat membuka mulut ku untuk menyambut kata-katanya tadi,

    seorang wanita bertudung masuk ke dalam kedai bersama Yusnor di sampingnya.Wajahnya nampak risau. Dia terus datang mendapatkan Sanisah.

    Sorry... Orang kena beritahu kakak kat mana kakak sekarang. Aunty Rafidah dahrisau sangat ni. Kata Yusnor sambil menggaru kepalanya.

    Aunty Rafidah... Ini Masdor. Sanisah memperkenalkan aku kepada wanitaberwajah jernih di hadapanku dengan suara serba salah. Dia mungkin tidak menyangkaadiknya akan membawa wanita yang dipanggilnya dengan nama Aunty Rafidah itu akandatang ke sini untuk mencarinya.

    Is this the same Masdor who did your tongue piercing just now?Ya... Mana ada Masdor yang lain, aunty!

    Mulut ku ternganga. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi akuyakin aku akan dimarahinya.

    Masdor, ini Aunty Rafidah. Papa akan berkahwin dengan Aunty Rafidah padabulan 12 nanti.

    Aku menghulurkan tangan ku untuk bersalaman dengan Aunty Rafidah yangberusia di sekitar awal 40-an itu. Dia memandang ke arah ku, mungkin kerana dia mahumemahami ku. Wajahnya kaku. Aku tidak tahu jika dia mahu memarahi ku atausebaliknya.

    Masdor... Kenapa you tindik lidah Sanisah? Sekarang papa dia dah mengamuk.Katanya dengan lembut.

    Aunty, this is exactly what I want all along! Biar dia mengamuk!

    Okay, whatever it is, Sanisah balik rumah aunty, ya? We'll discuss about this atmy place.

    Sanisah mengangguk setuju.

    I think I have to go. Kata Sanisah kepada ku. Apa-apa nanti I SMS you okay?

    Okay. Kata ku lalu aku melihat mereka bertiga beredar dari dalam perut kedai.

  • 8/8/2019 halimunan

    38/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 38

    Aku mengeluh sendiri. Zila membiarkan aku termenung seorang diri memandangke arah Bintang Walk.

    Beberapa minit kemudian aku menerima pesanan SMS dari Sanisah. Dia memintamaaf jika dia telah menyusahkan ku. Aku membalas SMSnya dengan mengatakan dia

    tidak perlu meminta maaf kerana dia melakukan apa-apa kesalahan kepada diri ku. Akujuga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberi kupiring-piring hitam kepunyaan ibunya dan aku berjanji akan menjaga koleksi piring-piring hitam ini dengan baik. Aku akhiri pesanan SMS ku dengan pesanan:

    I want to get to know you better too and btw, I pun suka dengan lagu BohRhap :)

  • 8/8/2019 halimunan

    39/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 39

    Bukit Ampang

    Aku kasihan melihat keadaan Zila yang cukup-cukup penat nak mengantuk ketika akutiba di Teresa Forever. Dia nampaknya tidak sabar lagi untuk ke bangunan sebelah laluke studio Suzi untuk tidur berehat di sana.

    Tadi Miss Lee ada call. Aku dah beritahu dia kau akan jaga kedainya.

    Dia cakap apa?

    Dia okay jer. Jawab Zila sambil menguap. Aku memintanya berehat. Akumemberitahunya aku mampu menjaga kedai.

    Zila keluar dari kedai. Dia memberitahu ku dia akan datang untuk mendapatkanku pada malam hari nanti. Aku kata jangan bimbang, aku dapat menguruskan segala-galanya dengan baik.

    Ramai juga orang yang keluar masuk ke kedai Teresa Forever, tapi tak seorangpun yang mahu membeli apa-apa di kedai ini, kecuali seorang pasangan dari Jerman yangingin membeli sebuah kalong Cina Peranakan yang telah dijual dengan harga 400Ringgit. Sebenarnya mereka boleh menawar harga, tetapi mereka langsung tidakbertanyakan kepada ku tentang itu semua.

    Aku menghabiskan masa ku yang terluang dengan membaca beberapa kepingmajalah lama LIFE yang ada dijual di dalam kedai ini. Majalah Life yang paling menarikperhatian ku adalah edisi Ogos 1980 dengan gambar Miss Piggy di muka hadapannya disamping Kermit the Frog dan beberapa ekor katak-katak yang lain. Aku tergelak seorangdiri bila aku memikirkan bahawa Miss Piggy suka dengan Kermit. Sejak kecil lagi akusuka dengan Kermit. Aku suka dengan lagu The Rainbow Connection yangdinyanyikannya. Lagu itu cukup-cukup menyentuh perasaan ku. Mak kata, ketika akukecil dulu ayah suka menyanyikan lagu ini kepada ku. Tapi aku tak ingat. Tapi mungkinfasal tu lah aku suka sangat dengan lagu ini...

    Pada pukul 8 malam, Suzi dan Zila datang melawat ku. Mereka membawamakanan. Wajah Zila kini nampak segar, tak penat seperti tadi. Suzi tanya aku jika akuberjaya jual apa-apa. Aku cakap aku dapat jual kalong Cina Peranakan kepada seorangpasangan Jerman. Aku menyerahkan duit tersebut kepada Zila.

    Suzi dan Zila belikan aku nasi ayam. Aku letakkan bungkusan makanan di ataskaunter lalu makan di situ. Aku tanya kepada mereka jika mereka hendak ke mana-manamalam ini. Mereka berdua menggeleng. Zila mahu terus pulang ke rumah. Esok dia perluke sini lagi untuk menjaga kedai.

    Selepas makan, Zila kata aku boleh balik jika aku mahu. Aku kata tak apa. Diatanya aku jika aku masih menaruh harapan untuk tunggu Sanisah. Aku kata, ya.

  • 8/8/2019 halimunan

    40/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 40

    Sanisah tiba ke Teresa Forever ketika kami bersiap-siap untuk tutup kedai. Akuhampir-hampir berfikir dia tak akan datang. Lagipun kami tidak membuat sebarang temujanji secara rasmi. Aku tak berani untuk menelefonnya. Aku sengaja menunggu agar diamenghubungi ku tetapi dia langsung tidak cuba untuk menghubungi ku mahupunmeninggalkan pesanan SMS.

    Zila memperkenalkan Sanisah kepada Suzi. Mereka kemudian berbual-bualkosong sementara aku pula duduk sambil memandang gelagat mereka bertiga.

    Kita nak ke mana malam ni? Tanya Sanisah kepada ku ketika kami sedang berdiridi luar Teresa Forever sambil memandang ke arah Zila dan Suzi menutup kedai.

    Entah... Awak dah makan? Tanyaku dengan mata ku terus ke arah tubuh Sanisahyang cukup menggiurkan. Dia sedang memakai baju t yang ketat yang langsungmenampakkan buah dadanya yang montok itu.

    Belum.Kenapa tak makan lagi?

    I ingatkan kita boleh makan bersama malam ni...

    Saya dah makan... Lagipun awak tak cakap siang-siang tadi. Tapi tak apalah, sayatemankan awak makan, ya?

    Okay.

    Kita makan di Kampung Baru?

    Boleh jer.

    Sanisah kata dia ada bawa kereta dan keretanya diletakkan di tempat meletakkereta. Dia menyarankan kami menaiki keretanya itu sahaja. Aku bersetuju asalkan diabawa aku kembali ke Central Market agar aku dapat kembali dengan menaiki motor ku.Dia kata okay jer. Jadi aku terus ke tempat meletak kereta. Aku dapati dia bawak keretaMini Cooper berwarna merah. Kereta mahal walaupun kecil. Aku ada jugak tanya dia nikereta siapa. Dia kata ini kereta dia. Bapak dia yang belikan ketika dia mula-mula belajardi Sunway College untuk buat A-Levelsnya di sana. Aku tanya dia bapak dia kerja apa.Dia kata bapak dia seorang Naib President untuk sebuah bank antarabangsa yang sudahlama bertapak di negara ini.

    I mahu berpindah ke rumah Aunty Rafidah di Sri Hartamas. Lagipun dia tinggalsudah, so dia tak kisah. Ujar Sanisah sebaik sahaja kami duduk di sebuah warung diKampung Baru yang ada menyediakan masakan bubur.

    Bila?

  • 8/8/2019 halimunan

    41/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 41

    Mulai esok. I just cant stand my father anymore!

    Awak nak saya tolong awak pindah ke?

    Boleh jugak.Bapak awak tahu awak mahu pindah?

    Tidak. Tapi I rasa dia tak kisah. Lagipun I akan tinggal di rumah Aunty Rafidah...

    Dah lama bapak awak kenal dengan Aunty Rafidah?

    Dah hampir setahun. Jawabnya lalu berpaling ke arah seorang gadis bertudungyang sedang mengambil pesanan. Gadis bertudung tersebut bercakap di dalam loghatKelantan yang pekat. Sanisah menjawab dengan loghat yang sama pekat lalu memesan

    makanannya. Dia tanya aku jika aku mahu makan bubur sekali dengannya. Akumenggeleng. Aku order Milo ais.

    Awak asal Kelantan ke?

    No, my dads from Kelantan.

    Oh, patutlah.

    You memang orang KL?

    Ya, orang KL sejati. Mak bapak saya sejak dulu lagi memang berasal dari KL.Mak saya dari Sentul dan bapak saya dari Keramat.

    So... Kalau Raya nanti, awak ada di KL lah? Tanya Sanisah. Bukan dia sahajayang terkejut bila aku cakap kampung mak ayah di Sentul dan di Keramat dan bukan diGelang Patah atau di Pasir Mas, tapi ramai lagi. Mereka macam tak boleh terima hakikat,setiap tahun aku akan sambut Hari Raya di Kuala Lumpur. Aku salahkan media keranamereka selalu tunjuk montaj orang balik kampung tiap-tiap tahun, tapi jarang tunjuksuasana warga kota seperti aku sambut raya di dalam flat. Aku lagi benci bila ceritaMelayu baik di dalam bentuk filem ataupun drama TV, sering menunjukkan KualaLumpur sebagai sebuah kota yang merosakkan. Selalu sangat aku tonton rancangandrama TV atau filem mengenai budak-budak kampung yang kononnya suci dari segalanoda lantas datang ke Kuala Lumpur hanya untuk menjadi manusia yang rosakakhlaknya. Inilah stereotaip mengenai Kuala Lumpur yang sehingga kini aku sendiri taktahu telah dimulakan oleh siapa. Aku rasa, lebih separuh dari orang-orang di KualaLumpur ini berasal dari kampung tetapi mereka tak rosak pun. Masing-masing berjayacari nafkah yang halal dan mereka seterusnya membina kehidupan yang bahagia di sini.Tengok sahaja Zila, di Kuala Lumpurlah dia akhirnya menjumpai kebahagiaannya yangdicari-carinya selama ini...

  • 8/8/2019 halimunan

    42/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 42

    Ya. Raya di KL ni meriah jugak tau! Sehari sebelum raya kami sekeluarga akan

    ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat tu memang penuh sesak dengan pengunjung.Tahun lepas saya sekeluarga keluar bersama Zila dan Suzi. Seronok rasanya.

    I tak tahu pulak fasal tu. I ingatkan KL sunyi sepi masa Raya.Banyak fasal KL yang awak tak tahu agaknya.

    Dia mengangguk. Dia menongkat dagunya lalu memandang ke arah ku.

    You seemed to know about a lot of things... Mungkin banyak lagi benda yang Itak tahu tapi you tahu.

    Ada lah sikit-sikit.

    Bubur dan minuman yang dipesan diletakkan di atas meja. Sanisah mengucapkanterima kasih kepada pelayan lalu mencuba buburnya. Aku nampak wajahnya terkerut,mungkin kerana terasa sakit di lidahnya.

    Aunty Rafidah mula mengenali papa ketika mereka ke sebuah konferensmengenai ekonomi dan kewangan di Singapura.

    Aunty Rafidah tu kerja apa?

    Dia bekerja sebagai ahli ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti.

    So... Sebelum ni dia tak pernah berkahwin lagi?

    Tak pernah. I pernah tanya kenapa... Dia kata dia terlalu sibuk dengan kerjayanya.

    Awak ada boyfriend tak? Tanya ku tiba-tiba. Aku lihat Sanisah tersenyum. Diadah agak aku akan bertanyakan kepadanya soalan seperti ini.

    Sekarang ni tak ada... Dulu ramai lah. Dijawabnya dengan ikhlas.

    Okay. Aku menyedut air Milo ais yang aku pesan tadi. Lega sedikit rasanyasetelah aku mendengar jawapan darinya.

    I tak nak terikat dengan sesiapapun. I nak bebas! Katanya dengan selamba. Akutersedak. Dia cepat-cepat ambil kertas tisu. Dia tanya kenapa aku tersedak, aku katamungkin ada orang sebut nama aku. Tapi aku dapat rasakan kata-katanya itu menghirisseperti montaj wanita yang dihiris matanya dalam filem Un Chien Andalou oleh LuisBunuel dan Salvador Dali (Prasasti si kucing robot peminat filem Sepanyol ini yangpaksa aku tengok filem yang telah dibuat pada tahun 1928 ini berkali-kali). Oh ya,kumpulan Pixies ada membicarakan tentang filem ini di dalam lagu mereka yang berjudul

  • 8/8/2019 halimunan

    43/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 43

    Debaser. Aku minat dengan kumpulan Pixies kerana albumnya yang berjudul Doolittleadalah antara koleksi piring hitam yang paling aku hargai. Aku terjumpa dengan rekod iniapabila aku pertama kali masuk ke kedai Music Exchange yang ada menjual rekod-rekodlama seperti ini. Kedai ini terletak di belakang Lot 10. Pada hari yang sama aku membelirekod ini, aku terjumpa iklan kerja di kedai 7Eleven berdekatan dan pada hari itulah buat

    pertama kalinya aku bertemu dengan Zila. Aku rasa masa tu aku anggap Zila adalah gadisMelayu paling cantik yang pernah aku temui, sehinggalah aku bertemu dengan Sanisah...

    So... You ada girlfriend tak? Dia bertanya kepada ku.

    Tak.

    You pernah ada girlfriend tak.

    Tak.

    You gay ke?Tak. Saya memang tak pernah ada girlfriend...

    Kenapa?

    Entahlah... Tak ada yang sesuai kot. Jawab ku tanpa mahu berdalih. Aku lihatSanisah sedang menyuapkan bubur ke dalam mulutnya dengan penuh berhati-hati.

    Ba ba ba ba baa, ba ba ba ba baa ba-ba

    Honey Im still free

    Take a chance on me

    Aku mengangguk-anggukkan kepala ku apabila aku mendengar lagu ABBA Takea Chance on Me yang sedang terngiang-ngiang di dalam telinga ku. Apabila aku sedardari khayalan ku, aku dapati Sanisah sedang memandang ku dengan mulutnya terkumat-kamit menyanyi sendiri.

    Take a chance, take a chance, take a chance on me.

    Kenapa awak nyanyi lagu tu? Tanya ku dengan serius.

    Entah, lagu tu tiba-tiba sahaja muncul dalam kepada I.

    Ye ke?

    Ye... Kenapa?

    Tak ada apa-apa. Kata ku sambil menggaru-garu kepala ku. Pelik betul. Tapiperkara ini selalu berlaku. Aku akan memikirkan sesebuah lagu di dalam kepala ku,

  • 8/8/2019 halimunan

    44/161

    Nizam Zakaria - Halimunan 44

    kemudian ayah akan menyiulkan lagu yang sama. Mungkin aku ada kuasa psikik. TapiPrasasti kata fenomena ini dikenali dengan nama synchronicity apabila kebetulan-kebetulan seperti ini berlaku untuk membuktikan bahawa hidup kita ini penuh bermaknadan bukan satu kehidupan yang kosong semata-mata.

    Aku order satu lagi gelas Milo ais. Sanisah tanya aku kenapa aku suka sangatdengan Milo ais. Aku beritahunya inilah minuman kegemaran aku.

    Aunty Rafidah tahu tak awak keluar jumpa saya?

    Tak. Tapi dia tahu malam-malam macam ini I selalu keluar dari rumah untukjumpa kawan.

    Jadi malam ini awak nak ke mana?

    Entahlah... I was invited to this party at Bangsar

    Apa kata kita ke Bukit Ampang?

    Kenapa?

    Awak kata banyak fasal KL yang saya tahu... Ini salah satunya.

    Bukit Ampang?

    Nanti saya tunjuk ja