hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
TRANSCRIPT
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER/2014
HBMT
Teaching of Elementary Mathematics Part IV
NO. MATRIKULASI :
E-MEL : [email protected]
NAMA :
PUSAT PEMBELAJARAN : PP BANGI
1
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
ISI KANDUNGAN
M/S
1.0 Pengenalan 3
2.0 Maklumat Carian Internet: Artikel Pengggunaan Teknologi Dalam 4
Pengajaran dan Pemblejaran Matematik Sekolah Rendah
3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6
Sekolah Rendah
4.0 Rekabentuk Pengajaran Matematik Berpandukan Penggunaan Teknologi 9
4.1 Aktiviti pengajaran (Rancangan Pelajaran Harian)
4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran
5.0 Penutup 13
Rujukan
2
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
1.0 Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan
khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya
dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau
dengan kata lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan
tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa.Medium utama ke arah memperbanyakkan
sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses
mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik
beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya
teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik
kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta
lebih inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah
kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi
dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah-
sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk
pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian
masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini
bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan
menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori
3
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada
dalam keadaan statik.
Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita
khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari
koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh
daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik.
Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang
kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka
pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada
penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka
pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.
2.0 Maklumat Carian Internet
Secara ringkasnya keempat-empat artikel yang saya pilih membincangkan tentang
pendidikan Matematik dengan teknologi pada hari ini. Pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknologi masa kini yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk
membantu pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program
atau perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimanafaatkan untuk peningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat
kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke
atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik
menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan
secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea
yang abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi
paparan grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu
4
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta
perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan
mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang
disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran
berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu
menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping
dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan
kepada pelajar
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di
luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur
kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang
berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula
mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100%
diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi
pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati
pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap
yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Artikel yang saya telah perolehi tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran
Matematik ialah:
1. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204
2. http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf
5
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
3. http://josie653.tripod.com/kdp.htm
4. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201
3.0 Cabaran penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Sebagai guru , untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru itu sendiri perlu menguasainya terlebih dahulu. Untuk menjadi mahir
guru perlu mengetahui kekangan yang bakal dihadapi apabila menggunakan bahan teknologi
ini. Antara-antara teknologi yang boleh diaplikasikan adalah:
1. Penggunaan power point
Guru perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam
menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid. Selain itu guru
Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa
pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang
lengkap. Disebabkan tempat yang terhad, guru terpaksa mengadakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam makmal sains kerana hanya di makmal sains sahaja terdapat LCD
Projektor.
Guru juga Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang
disediakan. Tempat yang sesuai amat di perlukan agr paparan yang di pncarkan dapat dilihat
dengan jelas oleh murid. Kelemahannya di sini ialah, semasa pengajaran dan pembelajaran,
LCD yang digunakan kurang jelas . Oleh yang demikian kemungkinan ianya mengganggu
tumpuan dan penglihatan murid. Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa
peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi
dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.
2. Penggunaan Multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh
menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di
6
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini
membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik
dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
a) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing
b) Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar
c) Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan
menyeronokkan.
d) Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
e) Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
3.Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)
Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah rangkaian komputer
di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang
berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah,
perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh
mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya.
Sumber dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh
juga diperolehi daripada Internet.
Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui
internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan
matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan
sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan
7
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari
ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat
kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang
boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui
internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik
iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan
teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik
seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar
untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan
keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada
para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS
Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut
termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan
golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian
memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala
kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta
memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai
aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT.
Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini
mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang
tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi
elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber
pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik
mengajar matematik :
1. The Math Forum
8
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
2. Ask Dr. Math
3. Tulang Napier
4. The Tower of Hanoi
5. Pembuktian Teorem Pithagoras
4.0 Reka bentuk aktiviti pengajaran Matematik berpandukan penggunaan Teknologi
4.1 Aktiviti Pengajaran
Matapelajaran: Matematik
Masa: 9.30- 10.30 pagi (1 jam)
Kelas: 6 Jujur
Bilangan Murid: 34 orang
Tajuk:Pengendalian Data
Objektif Pembelajaran: Murid-murid diajar untuk
1. Menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta.
Hasil Pembelajaran:
1. Membina graf palang daripada set data.
2. Mengenalpasti kekerapan, julat, nilai maksimum dan minimum, daripada graf yang
diberi.
KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual),
membuat kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai, menganalisis,
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah diajar mengenai pengendalian data sebelum ini semasa
di tahun lima.
Penggabungjalinan: Sains
Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur
9
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
Bahan Bantu Mengajar: Slaid power point carta jadual dan carta Graf palang, kad manila,
pen marker
Set Induksi ( 5 minit )
1. Murid ditanya mengenai jenama kasut yang dipakai oleh mereka.
2. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kasut sekolah yang mereka pakai seperti,
Bata, Pallas, North Star, dan lain-lain.
3. Murid diminta mencari berapa bilangan murid yang memakai setiap jenama kasut
tersebut.
4. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa
data boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan
jadual atau graf palang.
Langkah 1:(20 minit)
1. Guru memaparkan slaid contoh jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan
set data tersebut boleh ditafsir dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang
seperti contoh di bawah.
Jadual : Data Murid yang memperolehi 5 A Graf Palang Mencancang
Tahun 2005hingga 2010
Graf palang dipetik daripada: http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-
murid-dapat.html
10
Bilangan Murid Memperolehi 5 A dalam Peperiksaan UPSR
SK Bertam Indah Kepala Batas PP
Bil Tahun Bilangan Murid1 2005 352 2006 433 2007 454 2008 535 2009 47
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang
tersebut dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut.
3. Murid diminta mengaksess maklumat daripada netbook crome masing-masing contoh
graf palang berbentuk mengufuk . Guru menyatakan bahawa graf palang juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk melintang atau mengufuk. Guru dan murid-murid bersoal
jawab dengan murid-murid mengenai maklumat di dalam graf tersebut dari segi tajuk
graf, item-item data, kekerapan sesuatu item, julat yang digunakan,nilai maksimum,
nilai maksimum jumlah pelajar yang terlibat dan sebagainya.
Graf Palang Mengufuk
Dipetik daripada: http://best-corer.com.my/examPaperTC2.php?
subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0
Langkah 2 :(10 minit) – Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan betujuh. Setiap kumpulan perlu mempunyai
seorang ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri..
2. Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul
surat besar, dua keping kad manila, 6 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam
dan merah.
11
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
3. Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan
projek secara berkumpulan. Di dalam sampul surat itu terdapat pernyataan tugasan
projek kumpulan masing-masing, ( Rajah B,C,D dan E) yang perlu mereka jalankan
dalam tajuk Pengendalian
data.
Langkah 3: (20 minit) – Perbincangan
1. Murid-murid diberi penerangan oleh guru mengenai prosedur projek.( lihat Rajah A ).
2. Guru menjelaskan, di dalam aktiviti projek itu nanti, setiap kumpulan perlu
memahami kehendak tugasan, mencari data berdasarkan bilangan yang dikehendaki,
melengkapkan borang-borang data, membina jadual dan membina Graf Palang yang
betul serta membuat interpretasi terhadap graf palang tersebut. Subjek kajian yang
dipilih pula boleh diambil dari kelas tersebut dan kelas tahun enam yang lain.
3. Guru menyatakan kepada murid-murid bahawa topik ini akan difahami dan dikuasai
oleh murid jika mereka sendiri menjalankan projek tersebut. Segala pengalaman itu
nanti pasti memberi makna dalam pembelajaran mereka.
4. Murid diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan mengenai tugasan projek
yang mereka akan jalankan .
5. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru jika mereka tidak memahami arahan
tugasan projek itu.
6. Guru menggalakkan agar setiap kumpulan menjalankan projek dengan pantas dan
bersistem.
Penutup : (5 minit)
1. Guru mengingatkan murid-murid bahawa tugasan itu diberi masa selama 3 hari untuk
disiapkan dan persembahan dalam bentuk slaid power point daripada setiap kumpulan
akan di adakan pada hari yang telah ditentukan.
4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran
Saya telah memilih slaid power point kerana slaid ini mudah digunakan dan
dikendalikan. Murid –murid menggunakan netbook crome yang terdapat di makmal untuk
mengaksess maklumat mengenai jenis-jenis graf dan langkah penyediaannya. Netbook crome
dipilih sebagai bahan pengajaran kerana sekolah ini telah dibekalkan dengan 80 buah netbook
crome dan murid dapat menggunakan netbook ini di makmal computer.
12
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
Saya mengemukakan beberapa laman web untuk diaksess oleh murid-murid.
Antaranya ialah:
1. www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html
2. http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html
Murid akan mengaksess dan membincangkan langkah penyediaan graf palang dan
akan membuat power point slaid untuk dipersembahkan kepada guru dan rakan-rakan yang
lain dalam masa yang ditetapkan oleh guru.
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil
alih tugas dan peranan guru secara keseluruhannya. Tetapi teknologi membantu guru untuk
meningkatkan pemahaman dan sesuatu bidang atau topik pembelajaran.Pengintegrasian
teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
Oleh itu guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang
mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk
menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa,
latihan guru, sumber dan sokongan.Guru juga perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi
pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah
mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan.
Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu
perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat
menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh
digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
13
HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part IV
(2619 patah perkataan)
Rujukan:
Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education.
Prentice Itall Inc. A
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu
Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing, USM : MCCE
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju
Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rujukan dari internet:
http://best-corer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0
http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf
http://josie653.tripod.com/kdp.htm
http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-murid-dapat.html
http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201
http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204
http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html
www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html
14