ikonok box edit

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 03-Jun-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    1/16

    PT21003 INTRODUCTION TO EXPERIMENTAL

    PSYCHOLOGY

    LAB REPORT : IKONOK BOX

    DISEDIAKAN UNTUK: PN. RAZIMAH HANIM OSMAN

    NAMA NO.MATRIK

    ABD AZIZ BIN ABU BAKAR BP11110011

    AHMAD SHUKRI BIN KENANAS BP11110020

    HAZMI BIN AB. HALIM BP11110099

    MUHAMAD NUR AZAM BIN MOHD NASIR BP11160536

    MOHD ANUAR BIN IBRAHIM BP11110188

    RAJA NOR HANIF BIN RAJA KAMARULZAMAN BP11110383

    ZULFIKAR BIN MOHD NOOR BP11110517

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    2/16

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan memori berdasarkan daya ingatan

    responden terhadap warna dan saiz bulatan yang berbeza pada bongkah kayu di Ikonok Box.

    Kajian ini juga ingin melihat perbandingan dalam kalangan responden dari aspek jantina iaitu

    lelaki dan perempuan. Seramai 16 orang sampel yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 orang

    perempuan yang rata-ratanya merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Psikologi dan Kerja

    Sosial di Universiti Malaysia Sabah. Dalam kajian ini kami menggunakan kaedah

    pemerhatian dan kaedah design within subject iaitu responden yang sama untuk ujian yang

    berlainan.

    Kata kunci : kecerdasan memori, daya ingatan responden, warna dan saiz bulatan

    yang berbeza pada bongkah kayu, pelajar UMS.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    3/16

    BAB 1 : PENGENALAN

    Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan memori berdasarkan daya ingatan

    responden terhadap warna dan saiz bulatan yang berbeza pada bongkah kayu di Ikonok Box.

    Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari

    pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari.

    Pada asalnya, istilah kecerdasan ini mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton

    menyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau

    gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep

    kecerdasan. Ia melibatkan proses mental dan strategi memori seseorang respoden di dalam

    memikirkan cara yang terbaik untuk memudahkan mereka mengingati dan menyusun dengan

    betul susunan bongkah kayu di Ikonok Box.

    Kecerdasan memori pula merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengingati

    sesuatu objek. Kajian tentang memori berdasarkan daya ingatan respoden terhadap warna di

    dalam menyusun bongkah kayu di dalam Ikonok Box. Hal ini melibatkan golongan pelajar

    Universiti Malaysia Sabah yang berfokus kepada pelajar SPKS. Pemilihan respoden di pilih

    secara rawak. Responden sebanyak 16 orang yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu lelaki

    sebanyak 8 orang dan 8 orang perempuan. Berkaitan dengan kajian lepas iaitu kajian

    daripada Frans W. Cornelissen, Mark W. Greenlee (1999) dalam kajian mereka mengenai

    Visual memory for random block patterns defined by luminance and color contrast

    menyatakan bahawa memori seseorang adalah dipengaruhi oleh ransangan. Jika banyak

    ransangan yang diterima maka memori akan meningkat. Dalam pada itu, menurut kajian

    bertajuk Location and color biases have different influences on selective attention oleh Jillian

    H. Fecteau, Ilia Korjoukov, Pieter R. Roelfsema (2009) menyatakan bahawa pembelajaran

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    4/16

    statistik pasti memberi kesan kepada perhatian selektif visual: sama ada membuat lokasi

    sasaran, warna, atau conteks lain mungkin akan memudahkan kelajuan sasaran dapat dikesan

    atau dikenalpasti. Hal ini menyokong kajian kami yang ingin melihat rangsangan warna

    terhadap memori sampel dalam menyelesaikan susunan bongkah kayu yang berwarna dan

    tidak berwarna.

    Selain daripada itu, menurut penulisan R.Funny Mustikasari Elita yang bertajuk

    memahami memori mendefinisikan memori berfungsi untuk menyimpan data dan program.

    Namun begitu dari sudut pandangan Yusof Boon dalam penulisannya menyatakan satu

    daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah ingatan. Beliau turut menambah,

    ingatan umpama otot pada tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot kita.

    Daya ingatan boleh diperkuat dari semasa ke semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya

    bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa. Selain daripada itu, berdasarkan

    kajian oleh Norhayuza Mohamad (2001) menggambarkan ingatan merupakan satu proses

    mental dan merupakan elemen psikologi terpenting yang mengasaskan pembelajaran.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    5/16

    OBJEKTIF KAJIAN

    1. Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan pengaruh kepelbagaian warna dan saiz

    bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan.

    2. Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan pengaruh warna hitam dan saiz bulatan

    pada alatan kajian terhadap daya ingatan.

    3. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara kepelbagaian warna dan

    saiz bulatan serta warna hitam dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya

    ingatan.

    HIPOTESIS

    1. Tidak terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz terhadap daya ingatan

    mengikut jantina.

    2. Tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz terhadap daya ingatan mengikut

    jantina.

    3. Tidak terdapat perbezaan antara kepelbagaian warna dan warna hitam terhadap daya

    ingatan mengikut jantina.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    6/16

    BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN

    Responden

    Dalam eksperimen yang kami jalankan, kami telah memilih 16 orang peserta secara

    rawak yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan di Universiti Malaysia

    Sabah. Responden juga terdiri daripada pelajar tahun dua dari Sekolah Psikologi dan Kerja

    Sosial.

    Alatan kajian

    Alatan dalam kajian ini diberi nama Ikonok box. Alatan kajian ini berbentuk segi

    empat tepat. Dipermukaan alatan ini terdapat 10 lubang yang berbentuk segi empat sama.

    Lubang tersebut akan diisi oleh 10 bongkah kayu yang juga berbentuk segi empat sama. Pada

    permukaan atas bongkah kayu, mempunyai bulatan yang berbeza warna iaitu warna oren,

    merah, merah jambu, kuning, hijau tua, biru tua, hijau muda jingga,biru muda dan hitam serta

    berbeza saiznya. Pada permukaan bawah bongkah kayu juga, mempunyai bulatan yang

    berbeza saiz tetapi sama warna keseluruhan pada bulatan bongkah kayu itu iaitu warna hitam.

    Di tengah alatan ini, terdapat ruangan yang boleh memasukkan papan petunjuk yang

    menunjukkan kedudukan bongkah kayu yang sebenar dan betul dari segi saiz dan warna.

    Prosedur kajian

    Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan melibatkan pemilihan sampel secara

    rawak. Semasa kajian dilaksanakan, setiap responden didedahkan tentang kaedah dan

    bagaimana eksperimen ini dijalankan. Eksperimen ini dilakukan secara individu didalam satu

    bilik dimana setiap responden akan didedahkan dengan alat kajian yang diberi nama ikonok

    box. Dalam kajian ini tiga orang pemerhati berada bersama-sama responden didalam bilik

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    7/16

    untuk mengendalikan eksperimen iaitu sebagai penjaga masa, pemerhati dan pemegang papan

    petunjuk. Dalam eksperimen ini juga pemerhati akan mencatat dan merekodkan keputusan

    yang dilakukan oleh peserta. Susunan prosedur adalah seperti berikut:

    1. Segala etika kerahsiaan dalam kajian ini hanya berada dalam makmal eksperimen

    sahaja.

    2. responden tidak dibenarkan membawa keluar dan menceritakan segala apa yang

    berlaku di dalam makmal.

    3. Kajian yang dijalankan mengandungi 2 eksperimen

    4. Responden diberi masa 30 saat untuk memerhati kedudukan warna dan saiz bulatan

    pada papan petunjuk.

    5. Selepas 30 saat, papan petunjuk akan disembunyikan.

    6. Responden perlulah menyusun bongkah kayu pada Ikonok Box seperti mana yang

    terdapat pada papan petunjuk tadi.

    7. Responden hanya diberi sekali percubaan untuk meletakkan bongkah kayu di setiap

    lubang pada permukaan Ikonok Box.

    8. Selepas selesai menyusun responden diminta untuk pusing kebelakang agar tidak

    melihat apa yang kami catatkan terhadap ujian pertama mereka sementara menunggu

    eksperimen kedua.

    9. Arahan seterusnya adalah sama dengan no 4, 5, 6 dan 7.

    10.Setelah selesai meletakkan ke-10 bongkah kayu pada setiap lubang di permukaan

    Ikonok Box tersebut, keputusan yang dilakukan oleh responden akan dicatat dan

    direkodkan.

    11.Keputusan yang dicatatkan bergantung kepada responden sama ada akan diberitahu

    atau tidak.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    8/16

    Reka bentuk kajian

    Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk subjek yang sama ( design within

    subject ). Daya ingatan responden diukur berdasarkan dua ujian iaitu ujian yang pertama ujian

    kepelbagaian warna dan saiz dan ujian yang kedua ialah ujian warna yang sama iaitu hitam

    dan pelbagai saiz.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    9/16

    BAB 3 : KEPUTUSAN KAJIAN

    Analisis Data

    Bagi menentukan tahap penggunaan strategi memori dan kognitif, data telah dianalisis

    menggunakan statistik deskriptif. Nilai min dan sp yang diperolehi ditafsirkan menggunakan

    cara paired dan independent sampel t- test. Hasil yang diperolehi diambil untuk melihat

    perbezaan warna dan saiz terhadap daya ingatan.

    PAIRED T - TEST

    Paired Samples Statistics

    Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

    Pair 1UJIAN PELBAGAI WARNA 5.6250 16 2.72947 .68237

    UJIAN HITAM 7.3125 16 2.33006 .58251

    Paired Samples Correlations

    N Correlation Sig.

    Pair 1 UJIAN PELBAGAI WARNA& UJIAN HITAM

    16 .051 .851

    Paired Samples Test

    Paired Differences T Df Sig.

    (2-

    tailed)

    Mean Std.

    Deviation

    Std. Error

    Mean

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    Lower Upper

    Pair 1

    UJIAN

    PELBAGAI

    WARNA

    UJIAN

    WARNA

    HITAM

    -1.68750 3.49702 .87426 -3.55093 .17593 -1.930 15 .073

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    10/16

    Tidak terdapat perbezaan antara kepelbagaian warna dan warna hitam

    terhadap daya ingatan.

    Ujian sampel T berpadanan mendapati kepelbagaian warna dan warna hitam terhadap

    daya ingatan adalah tidak signifikan kerana ujian pelbagaian warna (M = 5.6250, SD =

    2.72947) adalah lebih rendah daripada ujian warna hitam (M= 7.3125, SD = 2.33006), T (15)

    = -1.930 P > 0.05 (2-tailed). Hipotesis yang dibina diterima.

    hipotesis diterima disebabkan ujian warna hitam mempengaruhi ujian kepelbagaian

    warna terhadap daya ingatan.

    INDEPENDENT TTEST UJIAN SATU BERWARNA

    Group Statistics

    JANTINA N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

    UJIAN PELBAGAI WARNALELAKI 8 4.7500 3.10530 1.09789

    PEREMPUAN 8 6.5000 2.13809 .75593

    Independent Samples Test

    Levene's Test

    for Equality of

    Variances

    t-test for Equality of Means

    F Sig. t df Sig.

    (2-

    taile

    d)

    Mean

    Difference

    Std.

    Error

    Differenc

    e

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    Lower Upper

    UJIAN

    SATU

    BERWARNA

    Equal

    variances

    assumed

    1.511 .239 -1.313 14 .210 -1.75000 1.33296 -4.60892 1.10892

    Equal

    variances

    not

    assumed

    -1.313 12.419 .213 -1.75000 1.33296 -4.64344 1.14344

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    11/16

    Tidak terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz bulatan pada alatan

    kajian terhadap daya ingatan mengikut jantina.

    Keputusan Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz

    bulatan terhadap daya ingatan mengikut jantina (t(14) = -1.313, p > 0.05). Hasil menunjukkan

    daya ingatan lelaki (min = 4.7500, sp = 3.10530) lebih rendah berbanding perempuan (min =

    6.5000, sp = 2.13809). hipotesis nol diterima.

    hipotesis diterima disebabkan hasil ujian kepelbagaian warna dan saiz bulatan

    mendapati bahawa pelajar wanita mendapat skor yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar

    lelaki.

    Jadual 1

    Jantina N Min SP T Sig

    Lelaki 8 4.7500 3.10530 -1.313 .210

    Perempuan 8 6.5000 2.13809

    p > 0.05

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    12/16

    INDEPENDENT TTEST UJIAN DUA WARNA HITAM

    Group Statistics

    JANTINA N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

    UJIAN WARNA

    HITAM

    LELAKI 8 7.1250 2.53194 .89518

    PEREMPUAN 8 7.5000 2.26779 .80178

    Independent Samples Test

    Levene's Test

    for Equality of

    Variances

    t-test for Equality of Means

    F Sig. t df Sig.

    (2-

    tailed)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    Lower Upper

    UJIAN

    2

    HITAM

    Equal

    variances

    assumed

    .001 .970 -.312 14 .760 -.37500 1.20175 -2.95249 2.20249

    Equal

    variances

    not

    assumed

    -.31213.8

    33.760 -.37500 1.20175 -2.95541 2.20541

    Tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz bulatan pada alatan kajian

    terhadap daya ingatan mengikut jantina.

    Keputusan Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz

    bulatan terhadap daya ingatan mengikut jantina (t(14) = -.312, p > 0.05). Hasil mendapati

    daya ingatan lelaki (min = 7.1250, sp = 2.53194) lebih rendah berbanding permpuan (min =

    7.5000, sp = 2.26779). hipotesis nol diterima.

    hipotesis diterima disebabkan hasil ujian warna hitam dan kepelbagaian saiz

    bulatan mendapati bahawa pelajar wanita mendapat skor yang lebih tinggi berbanding dengan

    pelajar lelaki.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    13/16

    Jadual 2

    Jantina N Min SP T SigLelaki 8 7.1250 2.53194 -.312 .760

    perempuan 8 7.5000 2.26779

    p >0.05

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    14/16

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    15/16

    Cadangan

    Cadangan pada masa hadapan bagi kajian yang kami jalankan yang pertamanya

    mempelbagaikan bentuk pada corak bongkah kayu (ikonok box). Apabila kepelbagaian pada

    bentuk akan menyukarkan lagi responden mengingati dan menyusun bongkah kayu mengikut

    susunan yang betul. Selain itu, juga kajian ini juga perlu mengambil lebih banyak responden

    agar keputusan kajian tidak ralat dan tidak bias.

    Disamping itu, kajian pada masa hadapan boleh juga di buat pada suhu dan

    persekitaran yang berbeza. Hal ini berkemungkinan besar dapat memberikan hasil yang

    berbeza terhadap daya ingatan terhadap pengaruh warna dan bentuk saiz.

  • 8/12/2019 Ikonok Box Edit

    16/16

    Rujukan

    Comeaux, K.R,.(2005). Cognitive Memory Effects On Non-Linear Video- Based Learning,.

    B.S., Louisiana State University.

    Frans W.C,.Mark W.G., (1999). Visual memory for random block patterns defined by

    luminance and color contrast.

    Glenberg A.M,.(1997) Behavioral and Brain Sciences :Department of Psychology,

    University of Wisconsin,Madison.(1-55).

    Mei, Heong Yee and Md Yunos, Jailani and Othman, Widad and Hassan, Razali and Tze,

    Kiong Tee (2010). Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam

    penjanaan idea.In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 August 2010, Hotel

    Concorde, Shah Alam.

    Mohd Azhar B. Hamid (2001). Meningkatkan daya fikir.PTS PROFESSIONAL Publishing

    Sdn. Bhd.

    Sarah E.H.,danielle. J.D. The Cognitif Consequences of Envy: Attention,Memory,and Self

    Regulatory Depletion.Texas Christian University.