jj310 strength of material unit 6

Upload: adib-azhar

Post on 04-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    1/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/1

    DAYA RICIH DAN MOMENLENTUR

    Objektif am : Mempelajari dan memahami jenis-jenisrasuk, jenis-jenis beban dan syarat-syarat

    keseimbangan daya.

    Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :-

    memahami definisi rasuk

    menyenaraikan jenis-jenis rasuk dan dapat melakarkan

    bentuknya

    mengenal pasti jenis-jenis beban

    memahami persamaan tindak balas daya untuk keseimbangan

    UNIT 6

    OBJEKTIF

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    2/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/2

    6.0 PENGENALAN

    Anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secarasisi terhadap paksinya dipanggil rasuk . Rasuk adalah satu bar atau batang yangmembawa beban seperti yang digunakan di dalam struktur, bangunan, jambatan,mesin dan lain-lain. Rasuk berbeza dari bar di dalam tegangan dan mampatankerana arah beban yang bertindak ke atasnya. Dalam mampatan bar ditindakkankepada beban yang terarah sepanjang paksi dan dalam kilasan bar ditindakkankepada kilasan yang mempunyai vektor-vektor di sepanjang paksinya. Sebaliknya,

    beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Apabila bebandikenakan, rasuk itu akan menghasilkan momen lentur yang mengakibatkan rasuk itu melentur serta daya ricih yang cuba mericihkan keratan rentas rasuk.

    Dalam merekabentuk sesuatu rasuk, menentukan bentuk yang sesuai dari segikeselamatan dan juga ekonomi adalah penting. Dalam bab ini jenis-jenis rasuk yangmengufuk dan beban yang bertindak dalam satah menegak sahaja yang akan dikaji.

    6.1 JENIS-JENIS RASUK

    Dalam bab ini kita hanya mempertimbangkan jenis-jenis rasuk mudah sahaja iaitu:

    i. Rasuk disangga mudahii. Rasuk julur

    6.1.1 Rasuk disangga mudah

    Rasuk jenis ini, Rajah 6.1 disokong oleh pin pada satu hujung dan di hujungyang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialahmenghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapitidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membinadaya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    3/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/3

    tindakbalas momen. Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi dayategak tetapi tiada daya mendatar.

    Rajah 6.1: Rasuk Disangga Mudah

    6.1.2 Rasuk julur

    Rasuk jenis ini pula Rajah 6.2 terbina atau terikat pada satu hujungsementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang terikatitu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala di hujung yang bebaskedua-dua pergerakan itu dibenarkan.

    Rajah 6.2: Rasuk Julur

    6.2 JENIS-JENIS BEBAN

    Beban yang sering ditemui dalam bidang kejuruteraan terdiri dari:-

    i. Beban tumpuii. Beban teragih seragam

    6.2.1 Beban tumpu

    Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan bolehdianggap berlaku pada satu titik. Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban

    tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk.

    Rajah 6.3(a) adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F 1 danF2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    4/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/4

    F1 F2

    R A R BRajah 6.3(a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung

    Beban Tumpu

    Rajah 6.3(b) adalah rasuk julur menanggung beban tumpu, F dan terdapatmomen pada rasuk yang terikat pada dinding.

    F

    M

    Rajah 6.3(b): Rasuk Julur Yang Menanggung Beban Tumpu

    6.2.2 Beban teragih seragam

    Beban jenis ini boleh dianggap bertindak dikeseluruhan panjang rasuk atausebahagian darinya dan diagihkan secara seragam ( Rajah 6.4(a)&(b) ). Nilai

    beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan

    beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yangditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yangdisokong oleh tangki air.

    M

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    5/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/5

    w kN/m

    L

    R A R B Rajah 6.4 (a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung

    Beban Teragih seragam

    w kN/m

    Rajah 6.4(b): Rasuk Julur Menanggung Beban Teragih Seragam.

    6.2.3 Gandingan

    Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuaturasuk. Rajah 6.5 menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M 1 melaluidua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M 2 di C. Di sini nilaigandingan M 1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M 2 mengikut arahlawan jam.

    M1 = FdF M 2

    A B d C D

    F

    Rajah 6.5: Rasuk Disangga Mudah Yang Terdapat Gandingan

    M

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    6/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/6

    6.3 KESEIMBANGAN DAYA

    Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan bebanyang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Anggapan ini berasaskan

    bahawa semua daya mempunyai vektornya dalam satah rajah dan semua gandinganmempunyai vektor momennya yang bersudut tepat kepada satah tersebut.Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut, iaitu satah lenturanmestilah satah simetri rasuk dan keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyaisatu paksi simetri tegak. Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalamsatah lenturan. Walaubagaimanapun jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akanmelentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umumdiperlukan.

    6.3.1 Rasuk disangga mudah

    Rasuk yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6 adalah boleh tentu secara statik dan tindak balasnya boleh ditentukan daripada persamaan keseimbangan.Jika beban mendatar bertindak ke atas rasuk, satu tindak balas mendatar

    perlu juga diwujudkan dipenyokong A. Dengan menjumlahkan momen dititik B, kita boleh mengira tindak balas di A dan sebaliknya. Keputusannyaialah;

    R a = +2L

    wb 2

    R b =LFa

    +2L

    b)wb(2L

    Rajah 6.6: Rasuk Disangga MudahYang Dikenakan Beban Tumpu

    Dan Beban Teragih Seragam

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    7/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/7

    6.3.2 Rasuk julur

    Merujuk rajah 6.7 , tindak balas R B = F dan momen M B = FL

    Rajah 6.7: Rasuk Julur yang menanggung

    beban tumpu

    BA

    F

    L

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    8/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/8

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

    6.1 Berikan definisi Rasuk .

    6.2 Lakarkan jenis-jenis rasuk mudah dan namakannya.

    6.3 Nama dan lakarkan jenis-jenis beban yang sering ditemui dalam kejuruteraan.

    a)

    b)

    6.4 Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban

    yang bertindak di atas rasuk terarah . kepada paksi. Anggapan ini

    berasaskan bahawa semua daya mempunyai . sendiri dalam satah rajah

    dan semua gandingan mempunyai . yang bersudut tepat

    kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut;

    iaitu satah lenturan mestilah .. itu sendiri, yang bermaksud

    bahawa keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai.... Di

    bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walau

    AKTIVITI 6

    _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________

    (a)

    (b)

    (c)

    (d)

    (e)

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    9/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/9

    bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari

    satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan.

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    10/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/10

    TAHNIAH KERANA ANDA TELAHMENCUBA.!!!!!!!!!

    Maklum balas

    6.1 Rasuk adalah anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara sisi terhadap paksinya.

    6.2 Jenis-jenis rasuk mudah.

    a) Rasuk disangga mudah

    b) Rasuk julur

    6.3 Beban Tumpu

    MAKLUM BALAS 6

    R A R

    B

    F1 F2

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    11/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/11

    6.4 Beban Teragih Seragam

    W kN/m

    L

    R A R B

    a) normal b) vektor

    c) vektor momend) satah simetri rasuk e) satu paksi simetri tegak

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    12/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/12

    Anda telah menghampiri kejayaan. Sebelum mencuba cuba soalan dalam penilaiankendiri ini, anda perlulah memahami dan mahir didalam unit sebelumnya. S emak

    jawapan dari pensyarah modul anda.

    Selamat mencuba dan semoga berjaya !!!!!!!!!!!!!

    1. Terangkan perkara perkara berikut:-

    a) Rasuk julur

    b) Rasuk disangga mudah.

    2. Berikan perbezaan di antara beban tumpu dan beban teragih seragam.

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan gandingan dan lakarkan.

    4. Terbitkan persamaan tindak balas di A dan B, pada rasuk di bawah.

    PENILAIAN KENDIRI

    Rajah 4: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan BebanTumpu Dan Beban Teragih Seragam

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    13/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/13

    Adakah anda telah mencuba ?

    Adakah anda telah mencuba?????????????? Jika Ya, sila semak jawapan anda.

    Jawapan

    1.a) Rasuk julur

    Rasuk jenis ini pula terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung

    yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang diikat itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala dihujung yang bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan.

    b) Rasuk disangga mudah.

    Rasuk jenis ini disokong oleh pin pada satu hujung dan dihujung yang satulagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalangia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalasdengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada tindakbalas momen.

    MAKLUMBALAS KENDIRI

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    14/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/14

    Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada dayamendatar.

    2. a) Beban tumpu

    Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan bolehdianggap berlaku pada satu titik . Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban

    tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk.Contoh dibawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F 1dan F 2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.

    F1 F2

    R A R B

    b) Beban teragih seragam

    Beban jenis ini boleh dianggap bertindak di keseluruhan panjang rasuk atausebahagian darinya dan diagihkan secara seragam. Nilai beban ini diberidalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiapmeter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika

    panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragihseragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh

    bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangkiair. Contoh di bawah adalah rasuk disangga mudah menanggung bebanteragih seragam.

  • 7/30/2019 JJ310 Strength Of Material Unit 6

    15/15

    DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/15

    L

    3. Gandingan

    Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk.Gambarajah di bawah menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M 1 melalui

    dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M 2 di C. Di sini nilai gandinganM1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M 2 mengikut arah lawan jam.

    M1 = FdF M 2

    A B d C D

    F

    4.

    R B

    R A

    w kN/m

    R a = +2L

    wb 2

    R b =LFa

    +2L

    b)wb(2L