kajian empirikal.docx

Upload: tieng-huang

Post on 04-Jun-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    1/22

    1.0 PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

    1.1 DEFINISI KAJIAN EMPIRIKAL

    Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatansaintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal

    yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh

    diperhatikan. (Kerlinger, 1973).

    Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan

    empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan

    penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal

    bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan

    terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam

    bukunya How We Thinkmencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan

    saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:

    1.2 TUJUAN KAJIAN

    Kajian empirikal dirancang dan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang

    kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik.

    1.3 OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian merupakan pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan

    sebelum sesuatu kajian dijalankan.

    1.4 ETIKA KAJIAN

    kerahsiaan peserta kajian

    penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada

    sebahagian kajian atau sepenuhnya

    keizinan dan kemungkinan penipuan dipihak peserta

    menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti

    reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor

    dapatan-dapatan kajian

    tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.

    1.5 KRITERIA KAJIAN

    1.6 JENIS-JENIS KAJIAN DALAM KAJIAN EMPIRIKAL

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    2/22

    Bil Jenis Kajian Penerangan1. Kajian asas Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-

    teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori barudengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian

    2. Kajian gunaan Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian,misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikanmasalah sosial, pendidikan atau perniagaan

    3. Kajian kuantitatif Kajian yang menekankan pemerolehan faktamenggunakan pengukuran objektif dan analisis statistikdata numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatufenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalandan polisi

    4. Kajian kualitatif Kajian yang menekankan kepada penghasilan maknayang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian

    kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang,akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanehanseseorang, dan sebagainya

    5. Kajian tindakan Kajian yang menekankan kepada penilaian amalanharian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.

    2.0 KAJIAN EMPIRIKAL PROGRAM REKREASI

    2.1 ABSTRAK

    Responden kajian terdiri daripada 42 orang guru pelatih Program Persediaan

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3 bagi program rekreasi dan

    perkhemahan di Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang. Kajian ini menjurus kepada

    kajian terhadap hidupan yang terdapat di sana, sama ada haiwan ataupun tumbuhan.

    Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu komitmen ahli kumpulan dan bahan

    pembelajaran dan pengajaran.

    2.2 PENGHASILAN IDEA

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    3/22

    Penghasilan idea untuk kajian boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia

    boleh dimulakan dengan tempat rekreasi dan kawasan sekitarnya. Jika di tapak

    Perkhemahan Biodiversiti Lanchang, kajian lebih berfokus kepada flora dan fauna

    yang masih wujud di tempat tersebut.

    Flora

    # Kajian tentang spesies pokok yang hidup di kawasan berbukit, dalam air, dan di

    kawasan hutan tanah pamah.

    # Kajian tentang kegunaan spesies herba seperti gajah beranak, kacip Fatimah,

    panah arjuna dan lain-lain.

    # Kajian tentang cara spesies tumbuhan hidup seperti epifit, parasit dan sebagainya.

    Fauna

    # Kajian tentang sifat-sifat haiwan seperti pemalu, bengis, manja dan sebagainya..

    # Kajian mengenai habitat haiwan contohnya lintah yang tinggal di kawasan air yang

    tidak mengalir laju.

    # Kajian tentang makanan yang dimakan oleh haiwan contohnya gajah makan tebu.

    2.3 TINJAUAN LITERATUR

    Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian, tugas seterusnya ialahmenjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. Tinjauan bahan literatur ialah

    suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik

    yang ingin dikaji. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif

    penyelidikan, soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan

    merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata

    ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.

    Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu,

    idea, teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan

    kajian. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan

    penyelidikan, buku, monograf dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah

    dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang

    diketengahkan, metodologi yang digunakan, pemenuan yang diperolehi serta

    perbincangan penulis. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh digunakan

    apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan:

    2.3.1 PENDAHULUAN

    KONSEP REKREASI

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    4/22

    Aktiviti rekreasi merupakan pelbagai bentuk aktiviti ruang yang dipilih manusia

    untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dipilih secara

    sukarela untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan

    badan. Dalam aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu. Aktiviti rekreasi bolehdijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat.

    Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan positif

    terhadap jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat dua tahap rekreasi

    iaitu tahap aktif seperti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat muzik,

    berkhemah dan lain-lain. Manakala tahap pasif pula adalah seperti membaca,

    menonton televisyen, mendengar radio dan lain-lain.

    KONSEP KAJIAN EMPIRIKALPenyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh

    diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

    Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal

    selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau

    maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan

    aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan aktivitiyang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    5/22

    Kajian empirikal bermula dari suatu pemerhatian ke atas sesuatu

    situasi. Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal.

    Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana

    kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian,

    seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti

    pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui

    kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data,

    pentafsiran data dan membuat kesimpulan. Laporan eksperimen perlulahdikemukakan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji.

    Berdasarkan pemerhatian, satu kesimpulan awal dapat dibuat yang dikenali

    sebagai inferens. Inferens merupakan satu kesimpulan awal berdasarkan

    pemerhatian awal. Berdasarkan inferens, para pelajar dapat mengenal pasti

    masalah seterusnya membuat hipotesis umtuk diuji.

    Hipotesis pula merupakan satu penyiasatan andaian yang perlu dibuat

    berdasarkan sesuatu kajian atau isu. Kajian dibuat dan selepas itu menguji

    ketepatan andaian itu atau sebaliknya.

    2.3.2 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian empirikal ini penting dan perlu dijalankan. Kajian terhadap alam

    semulajadi termasuk flora dan fauna harus dilakukan dari semasa ke

    semasa. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan

    baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna ini. Jika kajian terhadap alam

    semulajadi ini diteruskan, bermakna alam semulajadi ini akan dapat dikekalkan dangenerasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam

    semulajadi ini dengan lebih dekat.

    Kajian empirikal ini juga dapat menarik minat para pelajar unuk lebih meminati

    aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

    2.3.3 DAPATAN KAJIAN

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    6/22

    2.3.3.1 TUMBUHAN

    Manakala bagi spesies tumbuhan pula terdiri daripada tumbuhan herba,

    komersial, epifit, parasit, menjalar dan tumbuhan menumpang.

    2.3.3.1.1 TUMBUHAN HERBA

    a) Kacip Fatimah (Labisia pumila (Myrsinaceae))

    Daun Kacip Fatimah Pokok Kacip Fatimah

    Kegunaan: Mengecutkan rahim selepas bersalin

    b)

    Misai Kucing

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    7/22

    Pokok Misai Kucing

    Kegunaan: 1) Untuk membuat jus minuman

    2) Untuk menguatkan tenaga batin

    c)Segemuk

    Kegunaan: Untuk menyejukkan badan.

    d) Gajah beranak (Goniothalamus macrophyllus.)

    Daun Gajah Beranak

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    8/22

    Pokok Gajah Beranak

    Kegunaan: Melancarkan perjalanan darah.

    2.3.3.1.2 TUMBUHAN KOMERSIAL

    a) Gaharu (Agarwood)

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    9/22

    Pokok Gaharu Batang Pokok Gaharu

    Teras Pokok Gaharu yang telah diracik

    Kegunaan: Terasnya digunakan untuk membuat minyak wangi.

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    10/22

    b) Meranti Sarang Punai

    Pokok Meranti Sarang Punai

    Kegunaan: Untuk membuat perabot.

    c) Keruing Gombang

    Batang Pokok Keruing Gombang

    Kegunaan: Untuk dijadikan syelek.

    d) Cengal (Neobalanocarpus heimii (Dipterocarpaceae)

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    11/22

    Pokok

    Cengal

    Hasil dari Cengal

    Kegunaan: Perabot

    e) Mengkuang

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    12/22

    Daun mengkuang

    Kraftangan

    Kegunaan: Membuat tikar dan kraftangan

    f) Palas

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    13/22

    Pokok Palas

    Daun Palas

    Kegunaan: Membuat sarang ketupat

    g) Tualang

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    14/22

    Akar banir Pokok Tualang

    Kegunaan: Membuat perabot, perahu

    2.3.3.1.3 TUMBUHAN MENJALAR

    a) Pandan liarFakta : Sejenis epifit

    2.3.3.1.4

    TUMBUHAN MENUMPANG

    a) Lumut

    Pelbagai jenis lumut

    b) KulatFakta: Jika mempunyai spora (berdebu) di bawahnya mempunyai racun dan tidak

    boleh dimakan.

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    15/22

    2.3.3.2 HAIWAN

    Dalam kawasan rezab Bukit Rengit, Lanchang terdapat pelbagai jenis hidupan

    yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Jenis-jenis haiwan terdiri daripada

    spesies amfibia, reptilia, mamalia, burung, herbivor, karnivor dan omnivor. Di

    Malaysia, terdapat 700 spesies burung. Dalam bidang zoologi, para penyelidik

    menggunakan larutan ethanol menggantikan formalin untuk mengawet sesuatu

    hidupan kerana formalin boleh mengakibatkan kemandulan.

    2.3.3.2.1 MAMALIA

    a) KelawarFakta: mamalia terkecil

    b) GajahFakta: - Mengandung selama 22 bulan

    - Mengeluarkan minyak di telinganya apabila tertekan

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    16/22

    c) Harimau

    Fakta: - Menggunakan deria Jacobson(pada lelangit atas) untuk menghidu

    pergerakan mangsa.

    - Menggunakan ekor untuk mengimbangkan pergerakan badan.

    d) Babi HutanFakta: Meninggalkan kesan gemburan pada tanah setelah melalui

    kawasan

    itu

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    17/22

    e) Tapir ( Tapirus Indicus)Fakta: - Binatang pemalu

    - Anak tapir mempunyai belang hitam putih di badannya

    Anak tapir

    Tapir dewasa

    2.3.3.2.2 AMFIBIA

    Katak Tanduk

    Fakta: Mempunyai bentuk tanduk di bahagian matanya

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    18/22

    2.3.3.2.3 REPLTILIA

    Ular Sawa

    Fakta: Mampu menelan seorang lelaki dewasa

    2.3.3.2.4 OMNIVOR

    Beruang MaduMakanan: Anai-anai

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    19/22

    2.3.3.2.5 HERBIVOR

    Rusa

    Makanan: Ubi kentang

    2.3.3.2.6 BURUNG

    a) Burung UntaFakta: Burung yang terbesar dan tidak boleh terbang.

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    20/22

    b) Kuang

    Fakta: Mengeluarkan bunyi seperti `kukukukukukakakaka`

    Spesies yang hampir pupus

    c) Burung HantuFakta: Tidak tidur pada waktu malam

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    21/22

    d) Burung EnggangFakta : pasangan dicari untuk menemani sepanjang hayat

  • 8/13/2019 kajian empirikal.docx

    22/22

    3.0 PENUTUP

    Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengumpulan data dan

    analisis awal kajian. Dua kaedah empirikal yang digunakan ialah kaedah soal selidik

    dan kaedah temu ramah. Selain itu, analisis tentang latar belakang responden dan

    projek yang dijalankan turut dibentangkan sebagai analisis awal.

    Melalui kajian empirikal yang telah dijalankan di kawasan rezab bukit rengit di

    Lanchang, didapati bahawa masih terdapat pelbagai spesies hidupan liar dan

    tumbuhan yang jarang ditemui di kawasan lain. Ini bermakna kawasan tersebut

    masih lagi terpelihara dari ancaman pembalak haram, pemburu haram dan peminat

    tumbuhan komersial. Melalui program rekreasi ini, banyak pengetahuan dan ilmu

    yang telah dipelajari. Justeru, dengan kajian empirikal yang dijalankan, ilmu dan

    pengetahuan tersebut dapatlah diperkukuhkan dan dihayati agar generasi akan

    datang turut berkesempatan mengenal dan turut sama menjaga kesinambungan

    ekosistem di kawasan tersebut.

    Sebagai kesimpulan, kedua-dua kaedah empirikal amat bersesuaian bagi

    memenuhi keperluan kajian. Dalam kaedah tinjaun sendiri, dilihat lebih efektif

    memandangkan kesemua maklumat diperoleh dengan tepat. Selain itu, kaedah

    temuramah dengan pegawai hutan sangat membantu dalm pengumpulan data.

    Rumusan yang dapat dibuat ialah hasil pengumpulan data untuk kajian adalah

    memuaskan.