ke eppellbba agga aiiaann abbuuddaayya …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/dce3418 modul pembelajaran...

42
KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) (DCE3418) MODUL PEMBELAJARAN Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni Department of Professional Development & Continuing Education (JPPPL) Faculty of Educational Studies, Tel: office: 03-89467901 hp:019-2196581 [email protected] [email protected] September 2016

Upload: buitram

Post on 26-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII

((MMuullttiiccuullttuurraalliissmm iinn OOrrggaanniizzaattiioonn))

((DDCCEE33441188))

MODUL PEMBELAJARAN

Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni

Department of Professional Development & Continuing Education (JPPPL)

Faculty of Educational Studies,

Tel: office: 03-89467901 hp:019-2196581 [email protected] [email protected]

September 2016

Page 2: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

2

NAMA KURSUS : KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

(Multiculturalism in Organization)

KOD KURSUS

: DCE3418

KREDIT

: 3(3+0)

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

: 120 jam

PRASYARAT

: Tiada

HASIL PEMBELAJARAN

: Pelajar dapat: 1. menerangkan pengaruh kepelbagaian budaya dalam

organisasi dengan jelas dan yakin (C2, CS) 2. menganalisis konsep budaya dan kepelbagaian budaya

(C4)

3. mencadangkan strategi dan kaedah penyelesaian masalah kepelbagaian budaya dalam organisasi (A3, EM)

SINOPSIS

: Kursus ini merangkumi konsep budaya dan kepentingan kepelbagaian budaya dalam masyarakat dan organisasi tempatan dan antarabangsa. Penekanan diberi kepada pengaruh kepelbagaian budaya dan strategi penyelesaian masalah dalam organisasi. (This course encompasses concepts of culture and the importance of multiculturalism in society and in local and international organizations. Emphasis is given to influences of multiculturalism and problem-solving strategies in organizations.)

KANDUNGAN

KURSUS

Jam Pembelajaran

Bersemuka

KULIAH : 1. Konsep dan peranan kepelbagaian budaya - Konsep dan definisi budaya - Peranan budaya - Konsep kepelbagaian budaya

3

2. Dimensi budaya - Konsep dimensi budaya

6

Page 3: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

3

- Kepentingan dimensi budaya - Dimensi boleh dilihat - Dimensi tidak boleh dilihat - Perkaitan antara dimensi budaya

3. Budaya dalam masyarakat

- Kepelbagaian budaya dalam masyarakat - Masyarakat Kolektivisma dan Masyarakat

Individualisma - Persamaan dan perbezaan antara budaya

3

4. Orientasi budaya antara manusia

- Orientasi perhubungan

- Orientasi kuasa dan status

- Orientasi kawalan dan masa

3

5. Budaya dalam Organisasi

- Konsep budaya dalam organisasi

- Hubungkait budaya masyarakat dan budaya organisasi

- Budaya individu dan budaya organisasi

- Dimensi budaya dalam organisasi

- Dimensi boleh dilihat dan dimensi tidak boleh dilihat

6

6. Jenis kepelbagaian budaya organisasi - Jenis intra budaya - Jenis antara budaya - Jenis silang budaya

3

7. Amalan pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian budaya - Komunikasi - Kepimpinan - Motivasi - Membuat keputusan - Penyelesaian konflik

6

8. Pengaruh budaya dalam organisasi berteraskan silang budaya - Dimensi budaya - Amalan pembangunan sumber manusia - Pendekatan silang budaya - Persamaan dan perbezaan antara

kepelbagaian budaya - Pendekatan bekerja dalam organisasi

berteraskan silang budaya

6

9. Isu dan cabaran pelbagai budaya dalam organisasi - Globlisasi dan permodenan - Pembangunan ekonomi dan perindustrian

3

Page 4: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

4

- Produktiviti dan keharmonian

10. Strategi pelbagai budaya dalam organisasi - Nilai budaya kerja cemerlang - Kompetensi pelbagai budaya - Strategi dan pendekatan pelbagai budaya

3

Jumlah 42

PENILAIAN : Kerja Kursus

Penilaian Akhir

70%

30%

RUJUKAN : 1. Asma Abdullah & Koh Soo Ling (2010). Culture Matters in Malaysia: A Collection of Essays on Malaysian Cultural Values and Assumptions. Kuala Lumpur: S.N. Publication.

2. Bhagat, R.S. & Steers, R.M. (2011). Cambridge Handbook of Culture, Organizations and Work. New York: Cambridge University Press.

3. Bhagat, R.S., Triandis, H.C. & Mcdevitt, A.S. (2014). Managing Global Organizations: A Cultural Perspective. (Reprint Edition). London: Edward Elgar Pub.

4. Steers, R. M., Nardon L. & Sanchez-Runde C.J. (2013). Management Across Cultures: Developing Global Competencies. (2nd. Edition). London: Cambridge University Press.

5. Waisfisz, R. (2015). Constructing the Best Culture to Perform. A Manual by Bob Waisfisz Based on Research by Geert Hofstede. Helsinki, Finland: ITIM Publications.

Page 5: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

5

RUJUKAN PENTING BAGI KURSUS INI 1. Asma Abdullah (2006). Ke arah glokal : dimensi budaya dalam pengurusan

Malaysia. Penterjemah Zol Azlan Hamidin. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur

2. Asma Abdullah “FACILITATING HARMONY IN DIVERSITY: USING DELIGHTS, PUZZLES AND IRRITATIONS TO MEET THE CHALLENGE OF DIVERSITY” – Sila rujuk fail disertakan atau boleh di akses di www.amauta-international.com/iaf2000/Abdullah2.PDF) RUJUKAN PENTING PILIHAN

3. Asma Abdullah and Azizan Asmuni (2005). ”Understanding Multiculturalism in

The Malaysian Society” in Muhammad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan

(Eds.), Reading on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Serdang: UPM

(ISBN983-42512-0-3) 4. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah

Alam. Malaysia 5. Asma Abdullah And Aric Low (2001). Understanding the Malaysian Workforce.

Guidelines for Managers. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia.

6. Hofstede, G.H. and Hoftede, G.J. (2005). Cultures and Organizations: Software of the Mind. Revised and Expanded 2nd edition, UK: McGraw Hill.

Page 6: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

6

PENILAIAN & TUGASAN KURSUS

Penilaian Dan Taburan Markah

Sepanjang anda mengikuti kursus ini, anda akan dinilai melalui:

A. Satu Tugasan Kumpulan (30 % ) B. Penilaian Pertengahan (30% ) C. Peperiksaan Akhir (40% )

A. SATU TUGASAN BERKUMPULAN

Tajuk Tugasan: Pengaruh pelbagai budaya dalam aktiviti

Pembangunan Sumber Manusia dalam organisasi

.

- Kumpulan (Projek - Pembelajaran Berasaskan Projek dan

Masalah – POBL)

- Pelajar diwajibkan menghantar satu Projek berkumpulan (3-5

orang/kumpulan).

- Tarikh akhir hantar : Dua minggu sebelum peperiksaan akhir

- Perbincangan lanjut akan dibuat semasa Perjumpaan

Bersemuka Kedua

- Kumpulan anda dikehendaki memilih SATU aktiviti

Pembangunan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi,

yang mempunyai masalah atau isu sebenar dalam organisasi

tersebut.

- Berasaskan kepada SATU aktiviti yang dipilih ini, kumpulan anda

dikehendaki menjawab kepada persoalan berikut:

o Bagaimana pengurus Malaysia menguruskan

organisasi dari perspektif pelbagai budaya? (organisasi

intrabudaya atau interbudaya atau silang budaya (intra,

inter, cross)?

o Tugasan ini boleh sama ada berdasarkan pengalaman

salah seorang dari ahli kumpulan anda atau temu duga

pengurus organisasi lain.

Page 7: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

7

- Analisa perlu dibuat berasaskan kepada perspektif kepelbagaian

budaya dengan menggunakan kelima-lima dimensi budaya

(simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar)

- Contoh aktiviti Pembangunan Sumber Manusia ialah

pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan

pekerja, komunikasi, kepimpinan, membuat keputusan,

penilaian prestasi, motivasi dan sebagainya,

-

B. PENILAIAN PERTENGAHAN

Peperiksaan pertengahan adalah berbentuk subjektif dan objektif

meliputi Unit 1 – 3.

Latihan bagi Unit 1-3 dalam Modul DCE3418 dapat membantu

pelajar.

C. PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan akhir pada dasarnya adalah berbentuk subjektif dan

objektif. Asas kepada peperiksaan ini ialah kefahaman pengaruh

pelbagai budaya dalam aktiviti dalam organisasi.

Meliputi semua unit.

Tugasan Kumpulan dan latihan-latihan dalam Modul DCE3418 dapat

membantu pelajar. Sila baca tugasan anda.

Page 8: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

8

KANDUNGAN MODUL

UNIT 1 KONSEP DAN PERANAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

UNIT 2 DIMENSI BUDAYA

UNIT 3 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT

UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN

MASYARAKAT INDIVIDUALISME

UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI

UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA

UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM

KEPELBAGAIAN

UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA

UNIT 9 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN

PENGURUSAN

Page 9: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

9

UNIT 1 Konsep dan peranan kepelbagaian budaya

Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya dan kepelgaian budaya

kepentingan dalam Pembangunan Sumber Manusia.

- Secara amnya, budaya adalah apa yang kita ketahui dan apa yang orang

lain ketahui tentang nilai dan amalan yang dikongsikan bersama oleh

sesuatu kumpulan atau masyarakat.

- Kepentingan memahami budaya dan bagaimana budaya boleh

mempengaruhi tingkah laku dan tindakan manusia dalam sesebuah

masyarakat kepelbagaian budaya (multiculturallsm)

- Kefahaman ini bukan setakat toleransi dan keharmonian, tetapi perlu diteliti

dan dipelajari supaya kita dapat memberikan respons dan mencadangkan

penyelesaian masalah terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam

organisasi.

- Sebagai pengamal Pembangunan Sumber Manusia sama ada sebagai

pengurus, pentadbir, pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat perlu

mempunyai celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy)

- Celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy) adalah merupakan

kebolehan menganalisa persamaan dan perbezaan budaya antara kumpulan

etnik, menyatakan buah fikiran dan perasaan dengan jelas serta menghayati

kepelbagaian tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan perhubungan

dengan rakan kongsi sama ada di peringkat tempatan mahupun luar negara.

- Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menganalisa makna budaya,

kepelbagaian budaya dan dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan

anggapan dasar)

Page 10: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

10

Definisi Budaya

• Kompleks dan pelbagai 161 definisi (2001, Dewan Budaya)

• Dari perspektif Sociologists, Anthropologists, Humanities

• Budaya ditakrifkan sebagai cara kehidupan anggota masyarakat atau

kumpulan dalam masyarakat (Asma, 2001, ms 35)

Definition of Culture

…the collective programming of the body, mind and spirit

which distinguishes members of one group (nation, ethnic

group, company or category) of people from another

(HOFSTEDE, 2010).

• Satu pemprograman minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran,

perasaan dan tindakan/perbuatan ) yang membezakan antara ahli dalam

sesebuah masyarakat atau kelompok manusia dengan sesebuah masyarakat

atau kumpulan manusia yang lain.

• Pemprograman minda ialah keseluruhan pola kajian bidaya (pemfikiran,

perasaan dan tindakan/perbuatan oleh ahli sesebuah masyarakat), budaya

suatu kelompok atau collective mental programming terbentuk melalui proses:

1. Environmen/persekitaran sosial (peringkat negara, daerah, tempat

kerja, organisasi, sekolah, rumah tangga, jiran tetangga dsbnya. )

2. Peristiwa atau kejadian yang dialami dalam kehidupan ahli dalam

kelompok/masyarakat yang berkaitan.

• Budaya boleh dikasifikasikan: nasional, daerah, gender, generasi, kelas

sosial, organisasion dan sebagainya

Definisi Kepelbagaian Budaya

- Kepelbagaian budaya (Multiculturalism) ialah satu keadaan di mana dalam

sesuatu masyarakat atau organisasi terdapat kepelbagaian budaya dan ahli

masyarakat atau organisasi, menerima akan terdapatnya kepelbagaian

budaya tersebut.

- Mereka memahami, menghargai dan menilai akan kepelbagaian budaya

tersebut.

Page 11: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

11

Malaysia dan Kepelbagaian Budaya

- Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri keistimewaan

sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya.

- Kepelbagaian budaya dari segi budaya, bahasa dan agama.

- Rakyat daripada pelbagai etnik hidup bersama tetapi masing-masing

mengamalkan budaya masing-masing dan terus kekal dengan indentiti

sesebuah etnik tersebut.

- Malaysia sebenarnya mengamalkan konsep kepelbagaian budaya.

- Malaysia terdiri darpadai pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India,

Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau, Semai,

Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, dan sebagainya

- Seiring dengan polisi keterbukaan negara dalam bidang ekonomi, terdapat

ramai orang asing menetap di Malaysia seperti rakyat dari negara Anglo-

Saxons (orang Amerika, Australia, British dan Kanada), Rusia, negara Arab,

Afrika, Amerika Latin dan sebagainya.

- Oleh itu adalah penting bagi kita mempunyai mempunyai celik kepelbagaian

budaya (multiculturallsm literacy) agar kita dapat mencapai status Negara

maju dalam tahun 2020 dengan kehidupan yang penuh kedamaian,

keharmonian dan kegembiraan bukan sahaja dalam organisasi tetapi di

peringkat peringkat negara, masyarakat. daerah, rumah tangga, jiran

tetangga dan seterusnya.

-

Page 12: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

12

LATIHAN 1

Makna budaya dan kepelbagaian budaya

i. Budaya

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

ii. Kepelbagaian Budaya

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Page 13: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

13

UNIT 2 Dimensi budaya

Objektif: Pelajar dapat menerangkan lima dimensi utama budya dan menceritakan

ciri-ciri budya diri masing-masing.

Isi Penting:

Kita dapat mengenal sesuatu budaya adalah melalui lima dimensi iaitu:

1. Simbol (Symbol)

2. Ritual/Amalan (ritual)

3. Wira/Peranan Ketua Sosial (Hero)

4. Nilai (Values)

5. Anggapan Dasar/Andaian Tersirat (Underlying assumption)

Dimensi budaya boleh dilihat – Simbol, Ritual/amal dan Wira

Dimensi budaya tidak boleh dilihat – Nilai dan Anggapan Dasar

1. SIMBOL

- Simbol ialah benda fizikal yang boleh dilihat, objek, pergerakan, gerak isyarat

badan, pakaian yang dipakai, dan cara menegur antara satu sama lain.

- Sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar

- Mengenali simbol dapat membantu kita meningkatkan komitmen dan

mematuhi budaya sesuatu masyarakat

- Contoh: Baju Melayu, Cium tangan orang tua, Baju Cheong Sam, Tarian

Naga, Ang Pau, Daun pisang (makanan)

2. RITUAL/Upacara Amal

- Bagaimana kita melaksanakan sesuatu perkara.

- Aktiviti kehidupan yang dilakukan setiap hari secara tersusun dan telah diatur

- Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan

diamalkan

- Ritual akan menjadi rujukan kepada ahli masyarakat luar supaya mereka

mematuhi sesuatu ritual tersebut.

Page 14: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

14

- Contoh: Gotong Royong, Protokol, Tarian Singa, Rewang, Majlis Bangle,

majlis perkahwinan,

3. WIRA

- Siapakah wira yang kita sanjung

- Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu masyarakat.

- Wira akan melambangkan nilai yang ada pada sesuatu masyarakat.

- Mereka menjadi rujukan dalam sesuatu tindakan atau masalah.

- Mereka menjadi ikutan ahli dalam sesuatu masyarakat

- Contoh: Ketua kampung, Pahlawan Rentap, Pahlawan Mat Salleh, ilmuan,

usahawan, guru, raja, bintang filem

4. NILAI

- Nilai merupakan dimensi penting yang perlu difahami dan dipelajari lebih

mendalam oleh semua ahli masyarakat.

- Nilai tidak dapat dilihat

- Nilai adalah apa yang kita percaya akan ‘apa yang harus’, ‘apa yang patut’

dan ‘apa yang mesti’ di pegang.

- Nilai diterapkan dari kecil lagi oleh keluarga dan masyarakat

- Nilai yang dipegang oleh seseorang itu akan membentuk tingkah laku

(perangai) individu tersebut

- Dimensi Anggapan Dasar masyarakat tersebut merupakan asas kepada nilai-

nilai yang dipegang

- Nilai mengawal segala tindakan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat

- Contoh: Sopan santun, Bekerja kuat, Saling menghormati, jujur, suka ambil

risiko, semangat kekeluargaan

5. ANGGAPAN DASAR

- Anggapan dasar ialah kepercayaan yang dianuti oleh ahli dalam sesebuah

masyarakat dan mereka tidak menyedarinya.

- Anggapan dasar akan membentuk bagaimana ahli dalam masyarakat melihat

persekitaran, berfikir dan menilai dunia di sekeliling mereka.

Page 15: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

15

- Seperti Dimensi Nilai, Dimensi Anggapan dasar amat penting dipelajari dan

dikaji kerana ia sangat mempengaruhi nilai serta tindakan yang akan mereka

ambil

- Contoh: masyarakat hierarki, malu, perhubungan, komunikasi konteks tinggi,

spiritual, kolektivisme, rasa bersalah

Semua dimensi ini saling berkait antara satu sama lain.

Anggapan Dasar membentuk nilai yang akan dipegang dan seterusnya memacu

mengenai ritual yang akan diamalkan, simbol yang digunakan dan wira yang akan

disanjung.

LATIHAN 2

Budaya dalam sesebuah masyarakat boleh dikenal pasti melalui lima dimensi budaya

ia itu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar.

Sila jawab soalan ini.

i. Simbol (Symbol)

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

ii. Amalan (ritual)

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

Page 16: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

16

____________________________________________________________________

iii. Wira (Hero)

a) Definisi

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

iv. Nilai (Values)

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

v. Anggapan Dasar (Underlying assumption)

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Page 17: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

17

UNIT 3 Kepelbagaian budaya dalam masyarakat

Objektif: Pelajar dapat membandingkan perbezaan dan persamaan antara kepelbagaian

budaya masyarakat Malaysia dan luar negara (Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat

Individualisme)

Isi Penting:

a) ANGGAPAN DASAR

- Secara amnya, terdapat dua kategori dimensi Anggapan Dasar yang ketara ia itu

o Masyarakat Kolektivisme

o Masyarakat Individualisme

- Perbezaan ciri Masyarakat Kolektivisme dengan Masyarakat Individualisme

Definisi Masyarakat

Kolektivisme

(Malaysia dan Asia

amnya)

Masyarakat

Individualisme

(Barat/Anglo-

Saxons (orang

Amerika, Australia,

British dan Kanada)

Ukuran hubungan manusia dengan alam

semula jadi

Harmoni (Harmony) Kawalan

(Control/Mastery)

Ukuran kepentingan diberi kepada

pencapaian hubungan daripada kerja/tugas

Hubungan

(Relationship)

Tugas (Task)

Ukuran keutamaan diberi kepada pangkat

dan status daripada isu sama

rata/persamaan

Hierarki (Hierarchy)

Sama rata (Equality)

Prinsip yang digunakan dalam mengawal

tingkah laku samada di kawal oleh faktor

luran (Shame) atau dalam diri masing-

masing (guilt)

Malu (Shame)

Rasa Bersalah (Guilt)

Ukuran sejauh mana komunikasi Komunikasi berkonteks Komunikasi

Page 18: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

18

bergantung kepada faktor luaran, perbezaan

situasi dn konteks, isyarat non-verbal

tinggi (High context

communication)

berkonteks rendah

(Low context

communication)

Prinsip yang digunakan dalam mengawal

tingkah laku sama ada secara circular

(berliku-liku) or sequential (berturutan)

Masa berorientasi

polikronik (Polychronic

time orientation)

Masa berorientasi

monokronik

(Monochronic time

orientation)

Ukuran keutamaan saling kebergantungan

dengan orang lain

Kami/Kita (We )

Saya (I)

Darjah pengaruh keagamaan berbanding

sekularisme dalam melakukan kerja/tindakan

Keagamaan (Religious)

Sekular (Secular)

b) Perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia

- Berasaskan kepada lima dimensi tersebut pelajar dimnta menceritakan budaya diri

sendiri.

- Pelajar juga diminta untuk menerangkan budaya lain yang ada di Malaysia (Melayu,

China, India, Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau,

Semai, Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, Kantonis, Hakka, Malayalis, Punjabis

dan sebagainya)

- Berasaskan kepada lima dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan anggapan

dasar), sila buat analisa tentang perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya

masyarakat Malaysia

- Pelajar boleh merujuk kepada buku rujukan termasuk oleh Asma Abdulah serta

laman sesawang seperti http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-

kaum-kaum-di-malaysia.html atau http://www.tourism.gov.my/id-id/my/about-

malaysia/culture-n-heritage

Page 19: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

19

LATIHAN 3

Secara berkumpulan sila bincang dan beri keterangan mengenai istilah berikut dan

berikan contoh

i. Malu

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

ii. Hormat orang tua

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

iii. Masyarakat Kolektivisme

a) Definisi

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

Page 20: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

20

____________________________________________________________________

iv. Komunikasi berkonteks tinggi

a) Definisi

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) Contoh

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

LATIHAN 4

Setiap budaya sesuatu masyarakat mempunyai kekuatan dan keistimewaan.

Sila bincangkan apakah keistimewaan budaya masyarakat anda.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Page 21: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

21

UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT

INDIVIDUALISME

Objektif:

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti dan membezakan persamaan dan perbezaan masyarakat

Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.

2. Menghuraikan ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat

Individualisme.

Isi Penting:

Bagi memahami sesuatu budaya dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji

anggapan dasar dan nilai yang mereka percaya dan pegangi. Anggapan

dasar selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang

menjadi asas kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.

Pemahaman yang baik terhadap dimensi anggapan dasar kita sendiri dan

juga yang lain boleh membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian

budaya di mana kita boleh mengenalpasti persamaan dan perbezaan budaya.

Pertembungan konflik boleh berlaku sekiranya sesorang tidak memahami

anggapan dasar masing-masing.

Oleh itu, berasaskan kepada dimensi anggapan dasar, masyarakat dunia

boleh dibahagikan dengan ketara kepada dua kategori klasifikasi iaitu

Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme

a) Masyarakat Kolektivisme

- Masyarakat Kolektivisme adalah sepeti masyarakat Malaysia, India,

China, Jepun dan Asia amnya

- Masyarakat Kolektivisme mempunyai ikatan sosial yang kuat di mana

individu mengharap orang lain dalam kumpulan mereka untuk menjaga

dan melindungi mereka seperti dalam sebuah keluarga.

- Seseorang individu itu sama ada tergolong dalam satu atau lebih

kumpulan yang terdekat di mana kumpulan itu dicipta dan berdasarkan

aktiviti-aktiviti yang seterusnya (Hofstede,1983).

Page 22: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

22

- Penglibatan individu dalam kumpulan/masyarakat adalah lebih mesra

- Matlamat kumpulan lebih dipentingkan atau diutamakan berbanding

matlamat individu

- Mereka mempercayai arahan dari dalam kumpulan.

- Identiti mereka berpandukan kepada sistem sosial masing-masing

- Kebebasan perasaan hanya berlaku dalam konteks kumpulan atau

masyarakat.

- Kumpulan yang akan membekalkan kemahiran, arahan, tanggungjawab

dan keselamatan kepada ahli bukannya individu masing-masing.

b) Masyarakat Individualisme

- Masyarakat Individualisme adalah seperti masayarakat Barat/Anglo-

Saxons seperti Amerika, Australia, England dan Kanada)

- Masyarakat lebih suka bertindak sebagai individu daripada sebagai secara

berkumpulan. Masyarakat tidak disandarkan untuk menjaga dan

melindungi individu

- individu akan lebih menjaga kepentingan diri sendiri terlebih dahulu serta

keinginan anggota keluarga mereka yang terdekat

- menjaga kepentingan diri sendiri serta lebih ingin mencapai matlamat

sendiri daripada matlamat kumpulan.

- Setiap individu mempunyai hak keatas kehidupan persendirian dan

mengambil berat tentang diri sendiri serta mempunya arah tuju yang

tersendiri, tidak dikawal oleh ahli kumpulan masyarakat.

- Individu mempunyai kebebasan perasaan untuk berusaha sendirian,

mengutamakan hak persendirian, autonomi dan keputusan sendiri.

c) Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.

- Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme akan

dihuraikan berdasarkan kepada lapan perkara dalam dimensi anggapan

tersirat seperti diterangkan dalam Unit 3.

- Lapan perkara tersebut ialah Harmoni/Kawalan, Hubungan/Tugas,

Hierarki/Samarata, Malu/Rasa Bersalah, Komunikasi berkonteks

Page 23: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

23

tinggi/Komunikasi berkonteks rendah, Masa berorientasi polikronik/Masa

berorientasi monokronik, Kami&Kita/Saya, dan Keugamaan/Sekular.

- Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Kolektivisme:-

1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan

2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas

3. Pentingkan konsep hierarki daripada samarata.

4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah

5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi

6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik

7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding

saya (diri sendiri)

8. Keagamaan lebih penting dari sekular

Seperti diketahui dimensi anggapan dasar akan membentuk nilai yang akan

dipegang dan seterusnya memacu mengenai ritual yang akan diamalkan,

simbol yang digunakan dan wira yang akan disanjung.

Oleh itu, untuk menghuraikan siri-ciri kedua-dua masyarakat, berikut

diterangkan bangaimana kelapan perkara tersebut dapat menentukan

anggapan dasar dan seterusnya nilai-nilai yang berkaitan dengan anggapan

dasar tersebut.

Page 24: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

24

UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI

Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya organisasi dan

dimensi budaya

Isi Penting:

a) Definasi budaya organisasi

Beberapa definasi budaya organisasi telah diberikan oleh beberapa pakar

pembangunan sumber manusia.

Schein (1997) mendefinasikan budaya organisasi merupakan andaian dan

kepercayaan asas yang dikongsi oleh ahli dalam organisasi. Ia merupakan satu set

corak andaian asas yang direkacipta, ditemui dan dibangunkan oleh sesebuah

organisasi semasa menghadapi masalah pengubahsuaian luaran dan pengintegrasi

atau adaptasi dalaman.

Hofstede (2005) mendefinasikan budaya organisasi sebagai satu pemprograman

minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran, perasaan dan

tindakan/perbuatan) yang membezakan antara ahli dalam sesebuah organisasi

dengan organisasi yang lain. Hofstede telah mengenalpasti empat dimensi iaitu

Jarak Kekuasaan, Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu, Individualisme dan

Kolektivisme, dan Kejantanan dan Kewanitaan.

Asma (2006) pula mendefinasikan budaya organisasi sebagai penyataan suatu set

anggapan dasar/asas dan nilai yang berakar umbi yang dicipta, ditemui ataupun

dibangunkan oleh sesuatu kumpulan dalam mempelajari bagaimana untuk

menangani dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Definasi budaya organisasi oleh Asma (2006) inilah yang digunakan dalam modul ini

untuk menerangkan dan membuat penialain terhadapa pengaruh kepelbagaian

buadaya dalam organisasi.

Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri

dibentuk sejak penubuhannya. Semua pemegang taruh organisasi termasuk

pengasas, pengurus, ketua dan pemegang saham telah menenerima baik budaya

organisasi tersebut. Mereka semua membawa budaya masyarakat masing-masing

untuk membentuk budaya organisasi.

Page 25: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

25

Oleh itu, budaya organisasi yang dibentuk adalah berasaskan kepada budaya

masyarakat masing-masing. Ini bermakna lima dimensi budaya masyarakat (simbol,

ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar) juga di dapati dalam budaya

organisasi.

Dimensi nilai dalam organisasi adalah penting sebagai panduan utama dalam

mempengaruhi perilaku pekerja dan kaedah mereka menjalankan kerja. Andaian

dasar dan nilai menjadi panduan untuk membentuk struktur organisasi, sistem

pentadbiran, etika kerja, budaya kerja, tindakan, dasar, prosedur dan sebagainya

yang diamalkan setiap masa. Semua pekerja akan belajar untuk menghayati dan

mengamalkan budaya organisasi berkenaan.

b) Dimensi budaya organisasi

Budaya organisasi terdiri dari lima dimensi iaitu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan

anggapan dasar seperti dimensi budaya dalam masyarakat (Asma, 2006).

- Anggapan Dasar

Setiap organisasi mempunyai elemen-elemen dimensi anggapan dasar yang

akan menentukan nilai dan amalan pengurusan yang dijalankan bersama

oleh semua pekerja.

Anggapan dasar dalam organisasi terdiri dari environmen luaran organisasi

termasuk harapan oleh semua pemegang taruh terhadap kepentingan

wujudnya sesebuah organisasi. Visi dan misi organisasi serta kecekapan

asas tenaga pekerja juga merupakan anggapan dasar organisasi.

- NILAI

Nilai yang terdapat di organisasi adalah dibentuk berasaskan kepada

anggapan asas organisasi tersebut. Nilai ini menjadi panduan atau piawaian

supaya perkerja patuh dan dapat menjalankan kerja selaras dengan visi dan

misi organisasi. Nilai akan membentuk ritual/amalan pengurusan dalam

organisasi.

Page 26: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

26

Nilai dalam organisasi boleh wujud dalam bentuk bertulis atau pun tidak di

mana semua pekerja sedar dan faham akan kewujudannya.

Contoh nilai:

- Bekerja kuat, jujur, semangat berpasukan, ketetapan masa

- Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam

1. Menghargai Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

3. Keseronokan Bekerja

4. Kemulian Kesederhanaan

5. Ketinggian Peribadi

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

7. Pengaruh Teladan

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

9. Kebijaksanaan Berhemat

10. Keutamaan Kesabaran

11. Peningkatan Bakat

12. Nikmat Mencipta

- RITUAL/AMALAN

Ritual ialah aktiviti yang berlaku dalam organisasi pada setiap hari secara

tersusun dan telah diatur. Ritual juga merujuk kepada segala aktiviti atau

amalan yang sudah menjadi kebiasaan.

Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan

diamalkan dalam organisasi. Segala ritual yang dibentuk dengan tersusun

dan sistematik akan dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

pencapaian objektif organisasi.

Setiap pekerja perlu mengetahui dan menghayati segala ritual yang

diamalkan dalam organisasi supaya dapat memainkan peranan lebih

berkesan.

Contoh ritual: pengambilan kakitangan, latihan, komunikasi, mesyuarat,

hubungan email, pengurusan konflik, kaunseling, motivasi.

Page 27: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

27

- WIRA

Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu organisasi yang

merupakan simbol ‘hidup’ mengenai tingkah laku yang dapat diterima oleh

pekerja dan untuk diikuti. Wira melambangkan nilai yang ada pada sesuatu

organisasi dimana meraka akan mewujudkan dan membentuk nilai organisasi.

Pada kebiasaannya, pengerusi, pengurus, pentadbir, atau penyelia merupakan

wira kepada organisasi dan juga pemimpin kepada organisasi. Wira

melambangkan kekuatan organisasi berdasarkan pencapaian mereka dalam

aktiviti kerja. Kelakuan dan tingkah laku wira amatlah penting yang akan menjadi

ikutan kepada pekerja.

Contoh wira: Penagarah Urusan, Pengerusi, Ketua Pengarah, Pengarah, dan

Ketua Unit.

- SIMBOL

Simbol ialah sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar seperti benda fizikal,

artifaks, objek, pergerakan, pakaian, peralatan, logo, slogan. Simbol dapat

membangkitkan semangat dan motivasi untuk pekerja menjalakan tugas masing-

masing seperti pakaian seragam dapat meningkatakan semangat kekitaan selain

membantu pekerja mendapatkan pakaian percuma.

Contoh:

Piagam pelanggan, logo syarikat, susunan pejabat, gambar pekerja

cemerlang.

Page 28: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

28

UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA

Objektif:

Pelajar dapat: Mengenalpasti organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang

budaya)

Isi Penting:

a) Jenis organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang budaya)

Organisasi Malaysia amat dipengaruhi oleh masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai kaum pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India, Iban,

Kadazandusun dan sebagainya. Keadaan ini membuatkan organisasi

mempunyai pekerja dari pelbagai etnik.

Memahami dimensi budaya bagi setiap etnik amat penting untuk meningkatkan

pembangunan sumber manusia dengan lebih cekap dan mampan.

Persamaan dan perbezaan dalam anggapan dasar dan nilai serta amalan

pengurusan pekerja yang terdiri pelbagai etnik perlu diteliti supaya strategi yang

berkesan dapat diadakan untuk menangani kepelbagaian budaya ini.

Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan

membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini

dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage).

Bagasi Budaya (cultural baggage).

Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan

amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan

membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi.

Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa

individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut.

Kecenderungan ini menjadi faktor penting apabila seseorang dari satu budaya

menemui seseorang dari budaya yang lain. Konflik boleh berlaku apabila terjadi

pertembungan budaya yang berbeza termasuk salah faham, tidak mengetahui

rasional sesuatu amalan atau simbol yang digunakan.

Page 29: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

29

Contoh:

1. Pengurus Melayu akan membawa budaya Melayu apabila mengurus

syarikat yang dimilkinya.

2. Pekerja Jawa akan membawa budaya jawa apabila bekerja di syarikat

yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

3. Pengarah etnik China akan meletakan simbol naga ditempat kerja.

4. Pengurus dari Jepun (contoh,Sony Corporation) akan membawa

membawa nilai-nilai budaya Jepun dalam bentuk sistem, prosedur dan

sebagainya (seperti 5S, Genba, kebersihan, patuh) apabila bekerja di

Malaysia

Organisasi pelbagai budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga jenis

iaitu intra, inter dan silang budaya. Ketua atau pemimpin organisasi perlu

mewujudkan budaya kerja yang berdasarkan kepada suatu set nilai dan ritual

yang dapat diterima bersama dan akan terus berkembang dalam persekitraan

pelbagai budaya.,

Berikut adalah keterangan menganai setiap jenis pelbagai organisasi:

.

Organisasi Intra Budaya

Organisasi Intra Budaya adalah organisasi yang mempunyai pekerja hanya satu

etnik samada Melayu atau China atau India atau Iban atau Kadazandusun. Di

dalam organisasi ini nilai dan ritual/amalan amatlah jelas difahami oleh pekerja

oleh kerana terdiri dari satu etnik sahaja.

Suasana tempat kerja adalah suka berjenaka, hubungan erat, sopan

santun,tenang, semangat kekitaan, ramah mesra, kesederhanan, tidak secara

terus (berliku)

Sebagai contoh:

- Jabatan Agama Islam Kelantan (nilai dan amalan Melayu)

- Persatuan Penanam Sayur China (nilai dan amalan China)

- Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (nilai dan amalan India)

Page 30: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

30

Organisasi Inter Budaya

Organisasi Inter Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja

terdiri dari dua atau lebih etnik Malaysia samada Melayu dengan China, atau

Melayu, China dan India, atau Melayu dengan China atau Iban. Kesefahaman

tentang dimensi budaya masing-masing amatlah perlu. Komunikasi perlu diterima

oleh kesemua pekerja dari pelbagai etnik. Code switching merupakan strategi yang

selalu diamalkan dalam kalangan pelbagai etnik.

Suasana tempat kerja adalah membina hubungan baik, Code switching ,

persamaan, berkongsi pengalaman, toleransi, hormat ketua, more (majlis makan).

Sebagai contoh:

- TNB (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)

- Sekolah (nilai dan amalan pelbagai etnik Mal`aysia)

- Persatuan Badminton Malaysia (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)

Organisasi Silang Budaya (Cross-Cultural).

Organisasi Silang Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja

terdiri dari etnik Malaysia dengan etnik luar negara. Budaya organisasi terdedah

kepada budaya masyarakat luar negara yang boleh jadi bersesuaaian atau pun

berbeza dengan budaya Malaysia. Perbezaan persepsi boleh berlaku yang

menyebabkan ketegangan atau konflik antara pekerja.

Suasana tempat kerja adalah ketepatan masa, Kepentingan Bahasa Inggeris,

kejelasan, terus terang, tidak formal dan objektiviti.

Sebagai contoh:

- Sony Malaysia (nilai dan amalan Jepun dan Malaysia)

- Shell Malaysia ((nilai dan amalan Eropah dan Malaysia)

- TECH MAHENDRA ((nilai dan amalan India dan Malaysia)

Page 31: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

31

UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN

BUDAYA ORGANISASI

Objektif:

Pelajar dapat: Menghuraikan dimensi anggapan dasar dan nilai dalam organisasi

pelbagai budaya Malaysia.

Isi Penting:

Bagi memahami budaya organisasi Malaysia dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji

anggapan dasar dan nilai yang organisasi percaya dan pegangi. Anggapan dasar

selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang menjadi asas

kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.

Pemahaman terhadap dimensi anggapan dasar organisasi dan nilai boleh

membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian budaya di mana kita boleh

mempertingkatkan produktivitii organisasi dengan kurangnya salah faham dan

pertembungan konflik.

Oleh itu, berasaskan kepada lapan ciri-ciri Masyarakat Malaysia (Kolektivisme),

maka dimensi anggapan dasar dan nilai akan diterangkan bersama dengan

pengaruhnya kepada organisasi. Berikut adalah keterangan terperinci:

1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan

Nilai:

- Status quo/suka keadaan sedia ada

- Luwes/Fleksibel

- Mengelak Konflik

- Kerjasama

- Ketenteraman

2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas

Nilai: Peribadi, Toleransi, Kemesraan , Berkompromi

3. Pentingkan konsep hierarki daripada sama rata.

Nilai: Menghormati orang tua, Status dan Kuasa, Protokol dan keraian,

Sopan santun

Page 32: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

32

4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah

Nilai: menjaga maruah/air muka, malu, akuntabiliti kumpulan

5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi

Nilai: Hubungan tidak terus (indirect) , tidak spesifik, membuang masa,

persetujuan secara kolektif

6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik

Nilai: Multitasking, fleksibel,

7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding

saya (diri sendiri)

Nilai: Perihatin terhadap kesejahteraan orang lain, salain

kebergantungan, patuh dan taat, sanggup berkorban

8. Keagamaan lebih penting dari sekular

Nilai: Keagamaan, kerja sebagai satu ibadah

Page 33: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

33

UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA

Objektif:

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti dan menganalisa amalan pengurusan dalam organisasi di

Malaysia

Isi Penting:

Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri

dibentuk sejak penubuhannya. Pemimpin dalam organisasi seperti pengurus, ketua

bahagian pembangunan sumber manusia, pentadbir dan pengarah perlu memainkan

peranan sebagai penggalak atau pemankin untuk menggalakkan suasana tempat

kerja yang kondusif di mana pekerja boleh memberi sumbangan terbaik dalam

setiap amalan pengurusan.

Amalan pengurusan yang biasa diamalkan dan amat dipenagruhi oleh pelbagai

budaya adalah seperti komunikasi, memimpin, memberi motivasi, membuat

keputusan, pengambilan pekerja baharu, bimbingan kaunseling, pengagihan kerja,

pengurusan konflik, membina kumpulan kerja, pengurusan mesyuarat, pengurusan

perubahan, latihan, penilaian prestasi dan sebagainya.

Secara amnya segala amalan pengurusan organisasi perkara berikut amatlah

dititikberatkan ia itu Jaga Maruah (Preserving Face), Budi Bahasa

(Language of Character), Mesyuwarah dan Gotong Royong (Consensus-seeking

and Cooperation),Tolong Satu Sama Lain (To Help One Another) dan Sistem Kawan

(Member System).

Berikut diterangkan beberapa amalan pengurusan yang penting di organisasi di

Malaysia.

1) Komunikasi

Komunikasi amatlah bergantung kepada tata susila kesopanan samada dalam

bentuk lisan dan bukan lisan (non-verbal). Di dalam lisan, penggunan kata–kata

hormat dan kata-kata yang berlapik/tidak terus seperti peribahasa dan pantun

adalah perlu dititikberatkan. Manakala dalam bukan lisan, gaya isyarat yang tidak

Page 34: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

34

menonjol, terkawal, intonasi yang betul, dan pergerakan yang perlahan dan lembut

adalah sesuai.

Di dalam berkomunikasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah

penting aitu:

a) Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, cuba fahami apa

niat atau tujuan bagi komunikasi bukan lisan.

b) Menjaga maruah – guna komunikasi tidak langsung dalam memberi

maklumbalas negatif, guna orang ketiga, elakkan perbalahan terbuka.

c) Kerjasama – gunakan kata ganti nama mengikut pangkat atau orang lebih

tua/senior, elak komen secara terbuka, tundukan sedikit kepala bila berbicara.

Contoh perkaitan dimensi budaya mengenai komunikasi:

• simbol: Bahasa Melayu (Bahasa Melayu dan lain-lain), mimik muka (non

verbal), menunjuk dengan ibu jari.

• ritual: Berdiam diri/tidak menjawab sekiranya jawapannya tidak atas sesuatu

perminta.

• wira - Ibu bapa, Pengurus, Perdana Menteri

• nilai: Sopan santun, berbudi bahasa, hormati orang tua, Halus

• Aggapan dasar: Gaya komunikasi –hierachy

2) Kepiminan

Pemimpin pada dasarnya bergantung kepada status yang diberikan dan juga

dari keluarga mana dia dilahirkan. Pemimpian yang dihormati terutamanya

dalam budaya Melayu sekiranya Individu berasal dari status sosial yang

tinggi, datang dari keluarga bangsawan, faham adat dan resam, mempunyai

kepribadian yang tinggi serta dikagumi oleh pengikutnya.

Ciri-ciri kepimpinan yang dikagumi termasuk lah Yang mulia, Berbudi bahasa,

Baik tutur bahasa, Murah hati, Berusaha, Tajam pemikiran, gigih, rendah diri,

perihatin dan warak alim. Contoh kata–kata tentang kepimpinanadalah seperti

ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, Cakap mestilah serupa bikin

(you have to "walk your talk").

.Pengurus dalam organisasi perlu memainkan peranan sebagai wira atau

model peranan untuk menyampaikan tindakan dengan kata-kata yang wajar.

Page 35: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

35

Mereka perlu mengaitkan bukan sahaja bidang kuasa atau pangkat yang

mereka tetapi juga keperibadian yang baik.

Di dalam kepimpinan dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting

aitu:

a) Menjaga maruah – Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,

elak komen di kalayak ramai

b) Mendidik – tunjukan keperihatinn kepada pekerja dan keluarga mereka, didik

pekerja seperti ibu bapa, benarkan pengikut memberi idea dengan bimbingan

pegawai senior

c) Rendah diri – ikhlas dalam pertuturan dan perbuatan, dengan pandangan

pengikut, mohon maaf sekiaranya tersilap

d) Semangat berkumpulan – benarkan rakan membantu ketika sibuk, ambil

berat keluarga dan kawan-kawan pengikut.

e) Hubungan yang erat – bina kemahiran berkomunkiasi secara harmoni dalam

kumpulan, sopan santun bila bercakap lemah lembut dan berbudi bahasa

3) Motivasi

Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan mereka dengan kumpulan,

keluarga dan individu. Mereka akan bertindak balas lebih baik jika mereka

dapat melihat manfaat bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada

keluarga, masyarakat, Negara dan ugama.

Di dalam memberi motivasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah

penting aitu:

a) Menjaga maruah – sopan santun, cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,

b) Semangat berkumpulan

c) Ganjaran yang konkrit dan boleh nampak sebagai simbol kejayaan seperti

tambang menunaikan umrah, kereta, tanah

d) Hubungan yang erat

e) Kepentingan pengaruh rakat sepejabat dan pengikut

Page 36: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

36

UNIT 9 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN

PENGURUSAN

Objektif:

Pelajar dapat:

1. menganalisa dan membuat penilaian terhadap pengaruh budaya dalam

amalan HRD di Malaysia

Isi Penting:

Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan

pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan

atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi.

Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah

kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya

masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama

budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi

pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan

penyerapan tersebut.

Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa

budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus

Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya

dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada

orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami

tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza

daripada kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan

dengan lebih lanjut dengan merujuk kepada Asma Abdullah (2009).

KEPIMPINAN

Dalam masyarakat tradisional Melayu, individu yang menjadi ketua kebanyakannya

berdasarkan status dan keluarganya ataupun status yang kemudiannya

dianugerahkan kepadanya. Apabila ketua diberikan pangkat yang tinggi oleh

Page 37: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

37

syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain mengiktiraf pangkat itu dan

menjangkakan ketua itu melaksanakan kepimpinan.

Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada

dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan

ketua yang dipercayai dan dalam kedudukan yang dihormati. Mereka lebih suka

dipimpin oleh orang yang dirasakan komited dengan objektif mereka menerusi kata-

kata yang diucapkan dan tindakan yang ditunjukkan. Reputasi atau harga diri

seseorang ketua termasuk rasa hormat yang diberikan oleh kumpulan berdasarkan

nilai moralnya dan juga reputasi profesional serta penghormatan.

Lazimnya, sifat peribadi seseorang ketua Melayu termasuklah yang berikut:

o Mempunyai tapak kuasa yang besar dan tidak formal bagi membolehkannya

mencapai matlamatnya, kebanyakannya menerusi pujukan.

o Bekerja secara tidak menonjolkan diri dan mendapatkan bantuan serta

sokongan moral daripada orang lain seperti imam.

o Warak dalam kepercayaan agamanya dan bersifat hemat (warak alim) dalam

mengamalkan adat dan upacara tradisional.

o Bersifat benar-benar Melayu dan dapat menyumbang kepada perpaduan

kumpulan.

o Ikhlas, rendah diri dan bijaksana kerana orang yang bersifat pendesak

dianggap menjelekkan.

Berhubung dengan kemahiran sosialnya pula, dia mesti memperlihatkan sifat yang

berikut:

o Kesanggupan untuk mengambil risiko dan menyahut cabaran.

o Kebolehan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan

atau persengketaan sosial.

o Menyumbangkan masanya bagi mempertahankan kebaikan bersama.

o Kesanggupan untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kebajikan dan

kepentingan kumpulan.

o Menunaikan komitmen dan janji yang dibuat kepada orang lain.

KOMUNIKASI

Page 38: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

38

Orang Melayu juga mempunyai sistem kesopanan yang merangkumi tatalaku

khusus yang berkait dengan pernyataan lisan dan bukan lisan, yang digunakan

semasa berinteraksi dengan orang lain.

Kategori lisan seringkali dinyatakan dalam pola pertuturan dengan menggunakan

bentuk berikut bagi menunjukkan perhubungan antara pengirim dengan penerima:

o Bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, bentuk kata ganti ‘cik,

puan, tuan, saya, beta, saudara, kamu, kita’ digunakan.

o Bagi mengiktiraf kedudukan hierarki anggota keluarga yang luas, bentuk

panggilan ialah ‘datuk, pak cik, mak cik, abang, kakak dan mak su’.

Aspek-aspek komunikasi lisan dalam budaya Melayu:

Orang Melayu juga berasa tidak selesa dalam memberi dan menerima kritikan

lisan secara langsung kerana ia menyebabkan penerima berasa malu. Apabila

kritikan cukup teruk, ia mungkin merosakkan hubungan dan ini biasanya tidak

dapat dibaiki lagi.

Bersifat tidak menyembunyikan perasaan dan berterus terang dalam menyatakan

niat seseorang biasanya bercanggah dengan sifat dihormati. Oleh yang

demikian, seseorang itu perlulah bijaksana dan berhati-hati semasa menyatakan

pendapat yang positif dan juga negatif kepada orang Melayu. Individu yang

dilihat sebagai telalu berterus terang, meskipun dikatakan bercakap secara

ringkas dan kasar, biasanya dianggap sebagai individu tidak beradab atau tidak

berpekerti halus. Orang Melayu yang lain menganggap orang itu tidak mendapat

asuhan yang betul.

Orang Melayu juga bersifat tidak berterus terang apabila menolak permintaan

orang lain yang menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, menolak untuk

menjanjikan sesuatu dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh orang lain.

Page 39: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

39

Dalam usaha untuk mengelak daripada berkata ‘tidak’, orang Melayu seringkali

memberikan jawapan dengan mengemukakan hujah, menghuraikannya dan

menukar topik perbualan.

Nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan hierarki cenderung membuatkan

orang Melayu berasa tidak selesa apabila berinteraksi secara bersemuka dengan

individu yang berada dalam kedudukan hierarki yang berbeza.

Orang Melayu lebih selesa menawarkan cadangan daripada berhujah apabila

berhubungan dengan ketua mereka. Orang Melayu yang mengutarakan

permintaannya secara berterus terang kepada orang lain mungkin tidak

meninggalkan kesan yang baik ke atas pihak yang lain.

Idea atau sudut pandangan yang mungkin tidak dapat diterima dengan begitu

baik oleh individu Melayu mungkin lebih baik disampaikan oleh pihak ketiga yang

dihormati, yang dapat bertindak sebagai orang tengah bagi menyampaikan

mesej dan melicinkan proses komunikasi. Dengan cara ini, perhubungan yang

mesra dan bersifat jangka panjang terpelihara.

Apabila meminta orang Melayu melaksanakan sesuatu urusan, elakkan daripada

bersikap terlalu agresif kerana individu jenis ‘memerintah’ mungkin tidak dapat

memastikan tugas dijalankan dengan mudah, tidak seperti orang yang

menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Komunikasi lisan yang lantang

tidak dapat diterima secara sosial dan nada suara bertekak serta gerak isyarat

tangan yang berlebihan tidak disukai.

Komunikasi dengan orang yang lebih tua biasanya diungkapkan secara sopan

dan penuh hormat.

Page 40: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

40

Orang Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan emosi

mereka dengan senyuman atau ketawa mengekek apabila mereka merasa keliru

ataupun malu.

Orang Melayu tidak menyuarakan perasaan mereka dalam sesutu perhubungan

kerana mereka percaya bahawa kelakuan seseorang itu sudah menunjukkan isi

hatinya.

Orang Melayu seringkali bersikap tidak berterus terang dalam penyataan lisan

mereka apabila kandungan mesej itu tidak positif.Apabila menyampaikan mesej

yang mungkin tidak diterima dengan begitu baik oleh penerima,hasrat sebenar

orang yang bercakap itu lebih baik disembunyikan dengan mengungkap mesej

dengan cara yang tidak menyakiti perasaan penerima itu.

Orang Melayu juga teliti tentang penggunaan intonasi yang betul ketika

berkomunikasi. Individu yang bersopan santun dan bersuara lembut dalam

penyampaian lisannya menjadi lebih efektif kerana orang Melayu lebih suka

menerima arahan daripada mereka yang sopan dan mengambil berat tentang rasa

dan perasaan mereka.Seseorang itu perlu berhati-hati supaya tidak menyinggung

persaan pihak lain dengan menggunakan frasa yang berikut:

‘Boleh saya tumpang tanya?’

‘Jangan marah kalau saya beri pendapat.’

‘Boleh saya beri pendapat?’

Menunjukkan gerak badan yang sesuai juga penting kerana ia memperlihatkan sifat

rendah hati dan rasa hormat kepada orang lain. Kedua-dua elemen kelakuan lisan

dan bukan lisan digunakan bagi menunjukan kepentingan adab sopan, kelakuan

yang sesuai dan sensitiviti kepada orang lain sepanjang masa.

MOTIVASI

Page 41: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

41

Orang Melayu dimotivasi oleh penggabungan mereka dengan kumpulan, keluarga

dan individu. Mereka prihatin terhadap kumpulan yang dianggotai – iaitu lingkungan

keluarga dan rakan sekampung serta saudara seislam.

Perkataan kejayaan juga tidak mempunyai makna yang konkrit dan tidak cukup

menambat perhatian ataupun memberikan motivasi.Orang Melayu berasa selamat

apabila mereka yakin bahawa mereka dihormati oleh orang yang dikenali.

Keazaman yang kuat terhadap perkongsaian di kalangan orang Melayu diperoleh

daripada latar belakang patriotik dan tradisi perkkhidmatan kerajaan.

Pada umumnya,orang Melayu seringkali berasa tertarik dengan ganjaran yang

konkrit dan nyata, seperti ganjaran wang dan ganjaran yang boleh dilihat-sekeping

tanah,menunaikan ibadat haji di Mekah, dan lingkungan kawan dan kenalan yang

berpengaruh. Setiap satu mempunyai nilai intrinsik. Menyampaikan mesej

pengiktirafan dalam majlis khas yang turut menjemput keluarga pekerja merupakan

cara meningkatkan dorongan motivasi mereka.

Memandangkan wujudnya orientasi antara perorangan mereka, orang Melayu

tertarik dan amat berminat dengan kehalusan dan potensi perhubungan.

Oleh sebab orang Melayu mengambil berat dalam mengekalkan hubungan mereka

cenderung menggunakan kepercyaan untuk menilai kapasiti orang terhadap

kesetiaa, komitmen dan persahabatan.

Dalam banyak cara, hubungan orang Melayu dengan ketuanyalah yang menentukan

motivasinya. Ramai orang Melayu berasa, “Apabila saya mempunyai ketua yang

baik,saya bekerja bersungguh-sungguh untuknya.” Oleh itu, motivasi bermakna

menunjukkan rasa ambil berat bagi membina dan mengekalkan hubungan antara

perorangan yang baik.

Pengurus yang mengguna dan memahami elemen penting dalam sistem kesopanan

tempatan mendapat ganjaran dari segi komitmen yang lebih besar daripada pekerja,

seperti yang ditunjukkan apabila pekerja sanggup bekerja sehingga larut malam

Page 42: KE EPPELLBBA AGGA AIIAANN ABBUUDDAAYYA …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/DCE3418 MODUL PEMBELAJARAN SEPTEMBER... · pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan pekerja, komunikasi,

DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM

42

tanpa merungut dan menyumbang dengan lebih banyak kepada produktiviti unit

kerja.

KESIMPULAN

Dalam sesuatu tempat kerja intrabudaya yang dipengaruhi oleh budaya Melayu,

ketua dan pengurus Melayu yang kanan perlu menjadikan kelakuan mereka sebagai

model peranan, sejajar dengan nilai budaya dan agama bagi memenangi hati dan

minda orang bawahan mereka. Tidak ketinggalan juga adalah penting untuk

pengurus mewujudkan suasana kekeluargaan di kalanga pekerja mereka kerana ini

akan menanmkan rasa komitmen kepada organisasi dalam diri mereka. Ketua

Melayu perlu menunjukkan pemahaman, keupayaan dan ketekunan mereka

berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran menerusi

minda dan intelek, dan menyatupadukannya dengan ilmu pengetahuan yang berasal

daripada wahyu. Kelompok baru Melayu yang berjaya memperoleh material dan

simbol status baru mungkin perlu mengimbangi kehidupan mereka dengan rasa

komitmen yang diperbaharui kepada agama dengan pencarian kekayaan yang

biasanya dihasilkan oleh kuasa perubahan.

RUJUKAN:

Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal, Dimensi Budaya dalam Pengurusan

Malaysia. Institut Terjemahan Malaysia Berhad.