kertas penerangan - dlanguage · pdf filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan...

18
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME HT-050-1 CHAMBERMAID TAHAP / LEVEL L1 NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE M 02 GUEST ROOM ACTIVITIES NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT 02.01 carry out chambermaid trolley replenishment 02.02 handle floor master key usage 02.03 carry out bed making 02.04 carry out room bathroom cleaning 02.05 carry out room features cleaning 02.06 carry out general cleaning OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE TRAINEES WILL BE ABLE TO IDENTIFY CHAMBERMAID’S TROLLEY AND ITS EQUIPMENT, MASTER KEY AND ITS USE, FURNITURE IN GUEST ROOM AND USING (SOP) TO CARRY OUT CLEANING AND TROLLEY REPLENISHMENT SO THAT BED MAKING, BATHROOM AND GENERAL CLEANING ARE CARRIED OUT CORREC TLY AND TROLLEY IS REPLENISHED ACCORDINGLY NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka : 1 Drp : 18 TITLE : GUEST ROOM ACTIVITIES TUJUAN : Supaya pelatih-pelatih dapat mengenal pasti jenis-jenis kunci yang diguna-pakai oleh jabatan housekeeping ketika menyelenggara dan mengemas bilik juga sebagai simpanan. Pelatih juga mempelajari kegunaan dan fungsi setiap kunci yang digunakan. Pelatih akan didedahkan dengan tatacara yang perlu diikuti yang mana pada kebiasaannya diguna-pakai oleh ke semua premis-premis perhotelan dalam memastikan kekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap keperluan yang ada pada maid cart. DLANGUAGE STUDIO 30, 1 st Floor, Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall Langkawi 07000 Kedah KERTAS PENERANGAN

Upload: ngomien

Post on 06-Mar-2018

339 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

HT-050-1 CHAMBERMAID

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE

M 02 GUEST ROOM ACTIVITIES

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT

02.01 carry out chambermaid trolley replenishment 02.02 handle floor master key usage 02.03 carry out bed making 02.04 carry out room bathroom cleaning 02.05 carry out room features cleaning 02.06 carry out general cleaning

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

TRAINEES WILL BE ABLE TO IDENTIFY CHAMBERMAID’S TROLLEY AND ITS EQUIPMENT, MASTER KEY AND ITS USE, FURNITURE IN GUEST ROOM AND USING (SOP) TO CARRY OUT CLEANING AND TROLLEY REPLENISHMENT SO THAT BED MAKING, BATHROOM AND GENERAL CLEANING ARE CARRIED OUT CORREC TLY AND TROLLEY IS REPLENISHED ACCORDINGLY

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka : 1 Drp : 18

TITLE : GUEST ROOM ACTIVITIES TUJUAN : Supaya pelatih-pelatih dapat mengenal pasti jenis-jenis kunci yang diguna-pakai oleh jabatan housekeeping ketika menyelenggara dan mengemas bilik juga sebagai simpanan. Pelatih juga mempelajari kegunaan dan fungsi setiap kunci yang digunakan. Pelatih akan didedahkan dengan tatacara yang perlu diikuti yang mana pada kebiasaannya diguna-pakai oleh ke semua premis-premis perhotelan dalam memastikan kekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap keperluan yang ada pada maid cart.

DLANGUAGE STUDIO 30, 1st Floor, Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall Langkawi 07000 Kedah

KERTAS PENERANGAN

Page 2: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 2 Drp: 18

INFORMATION : (02) GUEST ROOM ACTIVITIES CHAMBERMAID’S TROLLEY Housekeepers and room attendants in hotels, motels and inns need equipment and tools to improve their efficiency in maintaining the premises. A chambermaid trolley contributes to their organization and competency. The trolley is a wheeled cart with shelves in the middle and cloth or plastic bags on either side. A tray sits atop the uppermost shelf. Some trolleys have additional bags for recycling. Since the trolley is visible to guests, it needs to be clean, well-stocked and attractive. Sheets are stored on the second shelf at waist level to accommodate easy access and avoid back strain. Lighter-weight towels and washcloths occupy the lower shelf. After cleaning every third or fourth room, the chambermaid removes trash and soiled linens from the cart to keep it tidy. Wheels are regularly oiled and cleaned to keep them quiet and in good working order.

Equipments that are normally placed in the chambermaid’s trolley

Peralatan Membersih

Penyapu Kain lap

Mop Window squeeze

Page 3: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 3 Drp: 18

Besen mop

Dust mop

Ejen/Bahan Pembersih

HANDLE INDIVIDUAL FLOOR MASTER KEY Tatacara pengurusan kunci yang betul adalah penting untuk memastikan keselamatan dan hak-hak persendirian tetamu. Ianya juga membantu melindungi harta dan mengurangkan kebarangkalian dari berlakunya kecurian barang-barang samada tetamu ataupun harta organisasi itu sendiri. Jenis-jenis kunci:

1. Master Key Membuka lebih dari satu bilik tetamu, digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya perlu untuk pekerja memasuki sesetengah tempat di dalam premis ataupun memasuki mana-mana jua kawasan di dalam hotel. Master Key terbahagi kepada tiga (3) aras kemasukan – levels of access. i. Grand Master Key

Membuka semua pintu bilik dan kadangkala kesemua pintu bilik simpanan housekeeping.

Metal polisher Detergent

All purpose cleaner Glass cleaner

Strippers Degreaser

Sealers Deodoriser

Floor cleaner Carpet cleaner

Cream polishes Abrasive cleaner

Page 4: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 4 Drp: 18

ii. Section Master Membuka pintu satu kawasan tertentu sahaja di dalam hotel.

iii. Floor Keys Membuka pintu bilik di mana para pekerja hotel telah ditugaskan untuk mengemas. Biasanya boleh membuka pintu bilik simpanan untuk tingkat tersebut melainkan ianya memerlukan kunci yang khas ataupun yang berlainan.

2. Guest room keys Adalah kunci yang diagihkan kepada tetamu, dimana ianya disimpan atau dimiliki oleh Kaunter Hadapan sekiranya tidak digunakan. Sesetengah hotel baru kini ada kunci serupa bentuk card (key card) dimana ianya dimasukkan dalam ‘slot’ di pintu utama bilik.

Tatacara pengawalan kunci (key control procedures) Pengurusan kunci adalah perkara yang asas dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman para pekerja hotel juga para tetamu.

1. Penggunaan buku log dapat membantu untuk mengawasi penyerahan dan pengambilan master key.

2. Buku log ini hendaklah dilengkapkan dengan tarikh, masa dan juga nama orang yang ditugaskan

untuk kunci atau menggunakan kunci tersebut. - Setiap kali para pekerja menerima atau mengembalikan master key, mereka hendaklah

menandatangi buku log terbabit. - Orang yang meminta kunci juga perlulah menandatangani buku log terbabit untuk setiap

transaksi master key. - Pekerja yang mengambil kunci seharusnya menyimpan kunci tersebut hampir pada diri setiap

masa. Penggunaan peralatan seperti key belt, wristband ataupun rantai adalah digalakkan. - Master key tidak boleh sama sekali ditinggalkan atas maid cart , dalam bilik tetamu ataupun di

kawasan yang tidak selamat. - Seseorang pekerja itu tidak boleh sama sekali meminjamkan kunci terbabit kepada tetamu

mahu pun sesama rakan sekerja. Ini adalah kerana dia bertanggungjawab sepenuhnya keatas kegunaan kunci terbabit.

3. Jabatan housekeeping akan sentiasa menyelenggara atau menyimpan floor master key di dalam

kabinet yang berkunci.

4. Setiap kunci akan ditanda atau ditag untuk setiap kegunaan dan tingkat dan juga disenaraikan dalam carta ataupun buku yang disimpan oleh pihak sekuriti.

Kunci yang dijumpai (found key) Kunci yang dijumpai hendaklah diserahkan dengan kadar yang segera pada Jabatan Keselamatan (sekuriti). Selain dari itu, pekerja yang mengetahui barang siapa yang memiliki atau menggunakan kunci tanpa kebenaran hendaklah melaporkan keaddan tersebut dimana ianya penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua orang. Tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil untuk mengelakkan perkara ini dari berulang. Bantuan kunci untuk tetamu

1. Laporkan pada pihak keselamatan ataupun orang atasan sekiranya bilik tetamu berkunci dan mereka tidak memilki kunci tersebut.

2. Sewaktu tiba ke bilik tersbut, pihak yang bertindak haruslah bertanyakan kepada tetamu nama mereka dan alamat tempat tinggal atau perkara lain yang berkaitan dengan penginapan di hotel tersebut.

Page 5: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 5 Drp: 18

3. Pihak sekuriti ataupun yang bertanggungjawab boleh memasuki bilik terbabit setelah dibuka dan

meminta tetamu menunggu diluar ketika menunggu pengesahan. 4. Kemudian hubungi bahagian kaunter hadapan dan pastikan kebenaran butir-butir yang diberikan

untuk tujuan oengesahan. 5. Tetamu boleh dibenarkan masuk sekiranya segala maklumat yang diberikan adalah tepat dan

bersesuaian.

Tiada sebarang pengecualian dilakukan keatas polisi ini, pihak keselamatan hendak melaporkan kejadian yang berlaku setiap kali mereka membenarkan tetamu memasuki bilik sebaik sahaja pintu telah dibuka. MAKE UP BED Aktiviti ini adalah melibatkan proses pengemasan bilik tetamu terutamanya pada katil dengan menanggalkan linen yang kotor dan menggantikan dengan linen yang baru ini termasuklah alas tilam, sarung bantal, selimut dan cadar.Adalah juga dipertanggungjawabkan memastikan katil sentiasa bersih, kemas, selesa dan selamat untuk digunakan. Apabila tetamu datang untuk menginap di sesuatu hotel atau resort adalah sesuatu yang semulajadi apabila perkara yang diutamakan adalah tidur dan keselesaan tempat untuk tiduur adalah perkara yang amat diambil kira. Selain dari keselesaan untuk ada juga perkara lain yang memainkan peranan iaitu daya penarik dan ini bergantung pada bahan yang digunakan dan hiasan serta kemasan yang ada padanya. Kebanyakan pengusaha hotel bersetuju salah satu dari perkara yang melibatkan keselesaan tetamu adalah katil dan tilamnya. Walaupun ramai yang kurang bersetuju dengan pendapat ini, namun tanggapan untuk katil yang selesa adalah yang kelihatan padat tetapi lembut dibahagian luarannya. Terdapat tiga (3) jenis tilam atau mattress yang digunakan di hotel-hotel pada masa ini iaitu :

i. Berspring / innerspring ii. Getah berbusa / foam iii. Air / water

Keluasan dan panjang satu-satu katil itu adalah berdasarkan luas dan besar tilam. Dalam ertikata yang lain saiz katil dan tilam adalah lebih kurang sama. Ada beberapa jenis tilam iaitu sederhana, lembut, extra lembut dan amat lembut. Tilam yang berspring mengandungi gulungan logam (coil) diantara lapisan kedua-dua permukaan. Setiap lingkaran ini bertujuan untuk memberi sokongan pada tubuh dan pada masa yang sama melekuk mengikut garis bentuk tubuh. Piawaian coil pada tilam biasanya sebanyak 250 hingga 300 spring, namun begitu jumlah tersebut bergantung kepada kelembutan tilam itu sendiri. Tilam getah berbusa boleh didapati dalam dua (2) jenis – jenis getah dan juga urethane. Perbezaan antara dua bahan tersebut yang ketara adalah harganya. Getah adalah lebih mahal berbanding polyurethane. Namun begitu foam adalah lebih murah berbanding innerspring dan ia nonallegernic (tidak memberi alahan), murah dan mudah digulung untuk simpanan. Tetapi foam tidak mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding tilam berspring. Tilam air atau waterbeds diperkenalkan padal awal tahun 1960-an. Pada mulanya tidak mendapat perhatian kerana sentiasa bocor, kandungan airnya hendaklah dipanaskan, memerlukan cadar yang istimewa (mahal) dan berat. Namun kini, pembuatan tilam air telah ditingkatkan dan lebih cekap dan selamat. Campuran bahan-bahan seperti foam dan urethane telah digunakan agar ianya lebih tahan lama dan memberikan lebih keselesaan.

Page 6: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 6 Drp: 18

Jenis-jenis katil:

Width (in.) Length (in.) Width (cm)

Length (cm)

Twin 38 X 74 96.5 X 188.0 Double 54 X 74 137.2 X 188.0

Oversize Double

54 X 80 137.2 X 203.2

Queen 60 X 80 152.4 X 203.2 California

king 72 X 84 182.9 X 213.4

Eastern king 76 X 80 193.0 X 203.2

Twin Bed

Double Bed

Oversized double bed

Queen Bed

California king bed

Eastern king bed

Kenal pasti jenis-jenis linen yang digunakan: Kebanyakan hotel kecil (murah / bajet) menukar linen yang digunakan seminggu sekali ataupun ketika tetamu telah keluar. Tidak bagi hotel yang menjaga kualitinya, dimana penggantian linen dibuat pada setiap hari tidak kira tetamu keluar (depart) ataupun tidak. Walaupun terdapat cadar yang 100% diperbuat dari kapas (cotton), kebanyakan hotel-hotel menggunakan campuran bahan dari kapas dan poliyester (dacron). Campuran kapas/dacron ini lebih kuat berbanding kapas sahaja dan ketegangannya menyusut kurang dari 3 ke 7 % selepas 100 kali cucian. Ianya juga tidak mudah kecut dan menampung air kurang 15 ke 50 % dari kapas biasa. Ini bermakna ianya adalah lebih cepat untuk kering setelah dibasuh dan jemur.

Page 7: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 7 Drp: 18

Cadar yang mempunyai sedikit kecacatan atau kekurangan dikenali sebagai seconds dan kebiasaannya telah ditandakan dengan huruf S atau tag pekilang telah dipotong ataupun ditanggalkan. Namun begitu, kebanyakan second ini diterima pakai oleh kebanyakan hotel-hotel. Selain itu, terdapat juga jenis-jenis linen yang berlainan dan jarang digunakan oleh mana-mana perusahaan perhotelan; antaranya:

Muslin – fabriknya kasar dan kusam

Percale – serat benang disulam dengan lebih kemas dan keanjalan yang kuat Terdapat dua (2) jenis ukuran cadar:

1. Torn sheet – kain yang belum berjahit 2. Finished sheet - kain yang telah berjahit setiap hujungnya (berbucu, kemas)

Cadar jenis Fitted tidak pernah digunakan secara komersial kerana ianya cepat koyak pada bahagian bucu, mengambil ruang untuk simpanan dan hanya boleh diogunakan sebagai alas cadar. Tidak seperti cadar standard yang mana ianya lebih fleksibel dan saiz yang besar boleh digantikan dengan mudah. Bagaimana untuk menjaga dan memastikan kebersihan cadar:

1. Pastikan sebarang kerosakan diperbetulkan. 2. Periksa sekiranya terdapat tanda-tanda kotoran. 3. Kibas sekali-sekala untuk membuangkan habuk. 4. Hantar untuk cucian ataupun cucian kering apabila perlu.

Langkah-langkah untuk mengemas / menyiapkan katil:

Pillowcase

Bedspread

Comforter

Cover

Bed Skirt

Pillow

Comforter

Bed sheet

Mattress

pad

Page 8: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 8 Drp: 18

1. Periksa alas tilam (mattress pad), cadar, tilam dan katil (box spring) Periksa mattress pad samada ianya kotor, koyak atau pun ada kerosakan. Sekiranya masih dalam keadaan baik betulkan keadaan atau tegangkan juga pastikan tilam dan katil (spring box) dalam keadaan yang sama atau selari. Betulkan kedudukan sekiranya perlu, angkat dan tahan tilam menggunakan kaki bukan bergantung pada tangan dan pinggang untuk mengelakkan diri dari sebarang kecederaan. Tanggal dan gantikan mattress pad sekiranya ia telah kotor, rosak ataupun koyak. Mattress pad mempunyai dua (2) fungsi iaitu memberikan lapisan tambahan pada tilam agar tetamu mendapat tidur yang lebih nyaman serta bertujuan untuk melindungi tilam dari kotoran samada tumpahan atau selainnya. Ianya hendaklah diganti setiap kali ianya kotor atau semasa proses spring cleaning dilakukan. Terdapat tiga (4) jenis mattress pad : 1. Normal Pad

Ianya adalah yang nipis dan biasa digunakan oleh budget hotel, diperbuat daripada foam. 2. Quilted Pad

Ianya sangat mahal kerana diperbuat seratus peratus daripada kapas.

3. Felt Pad Diperbuat daripada poliyester, harganya murah berbanding yang lain lebih-lebih lagi jens quilted dan paling penting tahan lembap.

4. Vinyl Walaupun ianya baik namun begitu ianya lebih sesuai digunakan di hospital kerana ianya boleh dibasuh dan disterilkan.

Alas tilam (biasa) Alas tilam quilted (kapas)

Alas tilam polyester (felt) Alas tilam vinyl

Periksa alas tilam (mattress pad) dan katil (spring box) tidak kotor dan rosak. Laporkan pada penyelia sekiranya timbul masalah dengan kadar yang segera. Sekiranya semua berada dalam keadaan baik, pastikan tilam dan katil pada aras yang sama. Betulkan sekiranya perlu. Kemudian periksa pelapil katil (bed ruffle) atau dikenali juga dengan panggilan valance. Ianya berfungsi untuk menghalang habuk dari berkumpul dibawah katil. Ianya meliputi dari bahagian atas katil sehingalah kehujungnya, melindungi sepenuhnya katil dan rangka katil. Ianya tidak memerlukan cucian sekerap cadar.

Page 9: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 9 Drp: 18

Ambil mattress pad yang baru dan letakkan diatas tilam, buka dan tebarkan dengan baik dan rata dari tengah-tengah tilam. Ratakan permukaan untuk hilangkan kedutan pada mattress pad tersebut. Pastikan tiada kerosakan dan sekiranya ada lapor pada penyelia dengan segera, ambil saiz yang bersesuaian dengan tilam.

2. Sarung atau pasangkan cadar diatas mattress pad dan pastikan ianya berada ditengah tilam agar setiap bucu adalah sama panjang. Pastikan siaz cadar adalah betul dan sesuai, jangan gunakan cadar yang kotor atau koyak. Letak cadar yang lama dalam beg linen.

3. Lipat hujung cadar

Masukkan cadar sepajang tilam kecuali setiap bahagian bucu, tarik bahagian hujung kedalam sebelum membuat lipatan kemas pada bahagian yang lain. Tegangkan cadar sebelum memasukkan bahagian yang satu lagi kedalam. Ulangi kaedah yang sama pada setiap bucu yang lain. Pastikan lipatan adalah sama arah.

4. Letak alas cadar Letakkan alas cadar ditengah-tengah dengan bahagian yang berjahit menghadap keatas. Kemaskan cadar sebaiknya dan pastikan kedudukannay adalah betul-betul diatas cadar.

5. Kemaskan selimut

Kemas selimut dan pastikan bahagian hujungnya menutupi bahagian cadar. Lipat bahagian atas alas cadar bersama-sama selimut, kemaskan alas cadar dan selimut tersebut. Dengan melipat bahagian atas cadar dan selimut boleh mengelakkan tetamu dari menyentuh selimut dan membantu kebersihannya. Sisipkan kedalam bahagian hujung selimut dan kemaskan sebaiknya.

Page 10: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 10 Drp: 18

6. Sarungkan bantal Pasangkan sarung bantal dan kemaskan bahagian yang terkeluar. Gunakan tangan semasa memasukkan bantal, jangan gunakan mulut atau dagu semasa melakukan proses tersebut. Letakkan bantal tersebut ditengah-tengah katil dengan bahagian yang berlipat menghadap antara satu sama lain.

7. Letakkan bedspread Letakkan bedspread dengan rata dan pastikan setiap hujung adalah sama panjang dan menutupi panjang katil. Lapor pada penyelia sekiranya terdapat kerosakan atau koyakan. Kemaskan setiap inci bahagian dan pastikan setiap bahagian adalah sama panjang.

CLEAN GUEST ROOM BATHROOM Membersihkan bilik air atau bilik mandi tetamu adalah perkara penting seterusnya yang harus dilakukan oleh seorang room attendant setelah selesai mengemaskan katil. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika membersihkan bilik air:

1. Hidupkan lampu bilik air dan menggarah (flush) mangkuk tandas. Buka tingkap ketika mencuci. Bersihkan setiap permukaan mangkuk tandas baik luar mahupun dalam, gunakan pencuci yang sesuai dan berus menggunakan johnny mop.

2. Bersihkan tab mandi atau kawasan mandian. Letak kain kering yang bersih didalam tab / tempat mandi. Kemudian bersihkan kawasan sekitarnya termasuklah dinding, lantai, tempat sabun, dan pintu atau langsir tempat mandian luar dan dalam. Keringkan permukaan dan lap semua kesan air pada benda yang dipasang chrome

3. Bersihkan sinki dan wash basin. 4. Periksa semua peralatan atau kelengkapan yang dipasang chrome, pastikan tiada kesan air. Lap

sekiranya perlu. Ini termasuklah bahagian bawah sinki. 5. Bersihkan cermin dan gunakan kain yang lembap ketika membersih sekitar rangka cermin. 6. Bersihkan tandas dan amngkuk tandas menggunakan bahan pencuci pembasmi kuman. Berus

sekitar kawasan mangkuk tandas luar dan dalam. Flush dan bilas johnny mop keringkan sebelum simpan.

7. Lantai hendaklah dilap terlebih dahulu menggunakan kain lembap untuk menanggalkan kotoran dan rambut. Bersihkan setiap penjuru bilik dan gunakan bahan pembasmi kuman.

8. Periksa keperluan bilik air. Periksa semua keperluan asas yang perlu ada dalam bilik air. Ini termasuklah ubat gigi dan berus gigi, sabun mandi, syampu, tuala mandi, tuala muka, tisu tandas dan kelengkapa-kelengkapan lain yang sesuai dan diperlukan.

9. Sebelum meninggalkan bilik air, periksa semua dan pastikan dalam keadaan yang baik dan bersih. Selain dari itu periksa lampu dan pastikan tiada kerosakan. Tutup lampu dan sembur pewangi sebelum menutup pintu bilik air.

Toilet Bowl

Toilet Bowl Care

Mangkuk tandas yang telah dibersihkan. Proses mengelap mangkuk tandas

Page 11: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 11 Drp: 18

Berikut adalah senarai perabot didalam bilik tetamu dan juga tatacara untuk membersihkannya.

SENARAI PERABOT DAN

KELENGKAPAN

TATACARA

1. Almari dan laci

2. Meja samping (side tables)

3. Meja hias(dressing table)

4. Kerusi

5. Meja televisyen

6. Lampu sisi

7. Televisyen

8. Telefon

1. Gosok dengan menggunakan kain dan bahan pembersih

perabot bermula dari bawah ke atas. 2. Sekiranya ada permukaan berlogam, gunakan brasso atau

pembersih besi. 3. Lap kotoran dengan menggunakan kain yang lembap. 4. Semasa membersih set televisyen, gunakan kain dan juga

bahan pembersih kaca. 5. Bersihkan telefon dengan menggunakan bahan pembersih

kaca. 6. Adalah sangat baik jika digunakan juga bahan pembasmi

kuman bagi memastikan kebersihan sepenuhnya. 7. Gunakan penyedut hampagas (back vacuum) untuk

membersihkan ruang yang sempit dan sudut-sudut yang tidak dapat untuk dicapai.

8. Bersihkan sesawang dengan menggunakan bulu ayam (duster)

9. Digalakkan untuk menggunakan sarung tangan dan juga topeng muka ketika aktiviti membersih. Terutama bagi mereka yang alah pada habuk.

Clean guest room refrigerator Minibar Contoh jenis-jenis minuman di dalam minibar

Biasanya di setiap hotel mini-bar adalah dalam bentuk kaunter dan peti ais yang kecil dipenuhi dengan inventori tertentu. Tetamu boleh menikmati minuman dan makanan ringan sepanjang tempoh penginapan mereka. Bar ini akan dipenuhi dengan botol-botol minuman kecil seperti minuman beralkohol, jus dan minuman ringan, ada juga yang menawarkan manisan (candy), biskut dan makanan ringan yang lain. Harganya adalah tinggi berbanding dengan harga runcit yang biasa, ini memandangkan yang tetamu harus membayar untuk kemudahan yang disediakan. Ada di antaranya menggunakan tatacara yang canggih atau pancaran infra merah untuk merekod pengambilan barang-barang secara otomatik dari peti ais tersebut. Tatacara untuk membersih dan memeriksa peti ais:

1. Periksa setiap inci permukaan peti ais dan pastikan tiada kotoran, karat atau kerosakan. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau karat, lapor pada penyelia dengan segera. Matikan suis sebelum membersih.

2. Bersihkan permukaan luar peti ais menggunakan kain dan bahan pencuci yang sesuai, elakkan dari menggunakan kain yang lembap atau bahan pencuci yang berasakan air. Ini untuk mengelakkan dari berlaku renjatan atau kemalangan yang tidak diingini.

3. Lap setiap inci peti ais dan bersihkan semua kotoran, gunakan bahan pembasmi kuman atau sanitizer pada pemegang atau tempat pembuka.

4. Keluarkan dan susun semua barang-barang yang terdapat didalamnya, periksan setiap satu agar tiada yang rosak dan masih belum luput tarikh.

Page 12: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 12 Drp: 18

5. Lap bahagian dalam peti ais dan pada masa yang sama periksa suhu, pastikan suhunya sesuai.

Ini untuk memastikan tempoh hayat makanan yang disimpan terjaga. 6. Susun semula barang-barang tadi, pastikan mengikut susunan yang betul dan tambah sekiranya

perlu. 7. Barangan dalam minibar hendaklah digantikan setiap kali tetamu menggunakannya sewaktu

membersihkan bilik setiap hari. GENERAL CLEANING 1. Spot Clean and Clean guest room carpet

Carpet atau permaidani digunakan secara meluas hampir seluruh hotel-hotel yang wujud dimuka bumi ini. Ini adalah kerana penggunaan permaidani adalah kerana penampilan yang diberikan, faktor keselamatan, kehangatan dan juga sebagai penebat bunyi. Permaidani yang baik mampu mengekalkan warnanya, tidak kekal berlekuk apabila ditekan oleh perabot yang berat dan tahan koyak dan rosak dalam ertikata lain tahan lasak. Permaidani yang baik boleh di ukur dari segi:

1. Ketahanan 2. Penampilan 3. Keselamatan 4. Keselesaan

Permaidani diperbuat dari bulu (wool), kapas (cotton), rayon, nylon, polyester, acrillan, courtelle dan polypropylene. Kualiti setiap permaidani yang baik adalah berdasarkan:

Jenis fibre yang digunakan

Ketumpatan dan berat

Ketebalan dan kualiti

Kelembutan tapak Terdapat tiga (3) jenis saiz permaidani di pasaran iaitu:

1. Broadloom – seluas 12 hingga 15 kaki 2. Carpet runner – seluas 2 hingga 9 kaki 3. Carpet squares ataupun tiles – seluas 18 inci

Peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk membersih tompokan kotoran:

Spot brush Pencuci permaidani

Page 13: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 13 Drp: 18

Penyedut hampagas Pembersih permaidani Tumpahan dan kotoran tompokan memerlukan tindakan membersih dengan pantas, kerana ia mampu menyebabkan kotoran tersebut lekat atau kekal terutama sekali jika permaidani itu diperbuat dari bulu atau nilon. Berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan tompokan kotoran:

1. Berhati-hati ketika membuang atau mengikis kotoran sepeti getah atau tar. 2. Tekap kotoran dari tumpahan cecair, jangan gosok kerana ianya akan membuat kotoran merebak

lebih luas. Gunakan kain yang bersih semasa menekap tumpahan terbabit. 3. Bersihkan dengan agen pembersih yang sesuai, sekiranya ia dalam bentuk cecair tekapkan pada

permukaan atau atas kotoran perlahan-lahan. 4. Setelah kering, gunakan penyedut hampagas untuk menyambung proses pembersihan.

Sekiranya perlu untuk membersihkan keseluruhan permaidani:

1. Ulangi langkah-langkah yang sama seperti diatas. 2. Alihkan semua barang-barang dan kelengkapan yang ada didalam bilik tersebut sekiranya perlu. 3. Cuci menggunakan bahan cucian yang khas. Ianya boleh didapati dalam bentuk serbuk, gel

ataupun buih. 4. Jangan sesekali menggunakan air ketika memcuci permaidani, ia mudah rosak dan selain dari itu

mengambil masa yang lama untuk dikeringkan. Selain dari itu cara tersebut mampu meninggalkan bau hapak.

5. Akhir sekali bolehlah menggunakan penyedut hampagas apabila permaidani tadi sudah kering atau sedia untuk dibersihkan. Namun begitu, kini terdapat juga penyedut hampagas yang berupaya menyedut air atau kelembapan. Ini secara tidak lansung boleh menjimatkan masa dan kos pembersihan.

Carpet Vacuuming

Page 14: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 14 Drp: 18

2. Clean guests room mirror and window Cermin sama ada ianya berbingkai, tidak berbingkai atau dalam bentuk jubin mahupun genting pada kebiasaannya cermin atau gelas ini mudah didapati pada dinding. Bersesuaian dengan biasan dan pantulan dari segi kelicinan dan kilatan permukaannya:

1. Berkemungkinan permukaan tersebut menyerlah atau kurang bersinar 2. Membuatkan kawasan bilik lebih luas 3. Meningkatkan pantulan cahaya

4. Menambahkan penampilan menarik pada pasu, vase atau dan yang seantaranya.

Gubahan atau hiasan boleh ditingkatkan melalui rekaan yang telah diukir pada gelas juga cermin yang telah digelapkan, yang mana ianya memberikan pantulan yang lebih lembut berbanding cermin yang biasa. Pertimbangan yang sewajarnya perlulah diambil untuk meletakkan cermin, walaupun cermin membantu meningkat pantulan cahaya dan penampilan ruang ia juga mampu menjadi sumber kecelakaan ataupun penyebab kemalangan bagi mereka yang pelupa ataupun yang mempunyai masalah penglihatan. Kaca boleh digunakan sebagai jubin hiasan, kadangkala dalam bentuk mozek dan jubin ini taidaklah sepatutnya disalah erti dengan bongkah kaca yang mana ianya memberi laluan cahaya dan pada masa yang sama membentuk sebagai dinding. Kepingan kaca berwarna yang tebal ataupun padu ataupun jubin boleh digunakan sebagai pelapik dinding (wall covering) didalam bilik air. Kaca sebagai pelapik dinding kebiasaannya digunakan dalam bentuk jubin cermin yang mana ianya memantulkan cahaya dan membantu penampilan bilik juga koridor. Kadangkala cermin antik juga digunakan untuk memberikan permukaan yang kelam dengan kurangnya biasan. Cermin yang besar dan tidak berbingkai boleh meliputi sebahagian dari dinding.

Wall Mirror Bathroom Door Window Tatacara untuk membersih pelapik dinding berkaca (glass wall covering)

1. Bersih dan sapu menggunakan kain yang lembap. 2. Pembersih dengan rumusan khas atau spirit boleh digunakan. 3. Perlulah berhati-hati ketika membersihkan cermin agar bahagian belakang cermin tidak basah.

Tatacara untuk membersihkan permukaan cermin atau berkaca.

1. Bersihkan setiap hari 2. Sapu menggunakan kain yang basah atau lembap sekiranya perlu. 3. Gilap dengan menggunakan kain yang tidak berbulu 4. Untuk hasil yang lebih menyerlah gunakan glass cleaner dan lap dengan menggunakan

suratkhabar lama 5. Rawat atau bersihkan bingkai berdasarkan jenis-jenisnya

Page 15: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 15 Drp: 18

Glass cleaner Lint-free cloth

Suratkhabar lama

Sarung tangan squeegees

3. CLEAN GUEST ROOM BALCONY

Terdapat pelbagai jenis balkoni yang didalam bilik hotel tetamu, namun kebiasaannya sesetengah organisasi tidak memiliki balkoni untuk bilik tetamu seperti standard room, deluxe dan sebagainya melainkan jenis suite. Tetapi tambahan ini mungkin juga terdapat pada organisasi jenis resort kerana ianya bolehlah dianggap seperti salah satu kemudahan yang terdapat didalam bilik tersebut. Sebagai contoh bilik-bilik resort yang menghadap pantai untuk tetamu menikmati pemandangan laut dan menikmati tiupan angin segar. Berikut adalah contoh-contoh ruang balkoni yang terdapat di bilik tetamu:

Sesetengah balkoni dipasak ataupun berdindingkan cermin, tatacara membersih yang sama seperti lain-lain cermin yang terdapat didalam bilik tetamu adalah diperlukan. Namun yang demikian beberapa perhatian perlu diambil kira untuk mengemas ruang balkoni tersebut:

1. Keadaan permukaan lantai 2. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pelapik (floor covering) sebagai contoh terrazo, parque,

marmar, tanah liat atau selainnya.

Page 16: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 16 Drp: 18

3. Penggunaan peralatan membersih yang bersesuaian dengan permukaan. 4. Pemilihan bahan pencuci yang bersesuaian. 5. Utamakan faktor-faktor keselamatan ketika membersihkan balcony seperti mengelap terlebih

dahulu jika terdapat tumpahan cecair supaya anda tidak tergelincir. Permukaan lantai yang berbeza-beza adalah disebabkan oleh jenis-jenis pilihan covering yang digunakan ataupun dipasang. Ini boleh mempengaruhi persekitaran atau permukaan lantai lebih-lebih lagi sekiranya ia terdedah ataupun berada diluar kawasan bilik. Pendedahan yang lama dan berterusan tanpa penyelenggaraan atau pembersihan yang berkala dan betul boleh mangakibatkan permukaan lantai rosak, berkulat atau berlumut dan sebagainya. Ini secara tidak lansung boleh mencacatkan penampilan sesebuah organisasi itu kerana akan mengakibatkan rasa tidak puas hati dan kurang senang para tetamu. Pemilihan bahan-bahan pencuci yang bersesuaian juga adalah mustahak kerana pemilihan dan penggunaan yang salah boleh merosakkan permukaan lantai tersebut. Sebagai contoh bahan pencuci yang mengandungi agen penghakis boleh merosakkan permukaan lantai marmar (marble). Selain dari itu, peralatan yang digunakan juga boleh mendatangkan kesan samada baik atau tidak. Permukaan lantai yang licin seperti marmar dan juga parque mudah rosak atau terguris sekiranya diberus. Lantai parque tidak boleh dibasuh dengan air kerana ianya boleh tertanggal. Jadi perlulah berhati-hati ketika membersih permukaan lantai terbabit. Berikut adalah senarai peralatan yang diperlukan untuk membersih balkoni:

Berus lantai Mop habuk

Mop Baldi dan wringer

Kain bulu kambing (lamb wool) Squeegees Skop (dustpan)

Tatacara untuk membersihkan lantai balkoni:

1. Pastikan jenis permukaan lantai balkoni 2. Pilih peralatan, kelengkapan dan bahan pencuci yang sesuai digunakan. 3. Sapu permukaan menggunakan berus atau penyapu dan kumpulkan kotoran terbabit. 4. Gunakan juga penyedut hampagas pada sudut yang sukar dicapai. 5. Mop lantai dan gunakan bahan pencuci yang bersesuaian. 6. Bersihkan kawasan yang berkaca menggunakan bahan pembersih yang khas. 7. Bersihkan juga setiap perabut seperti meja dan kerusi yang terletak di balcony.

Page 17: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 17 Drp: 18

8. Akhiri dengan menggilap permukaan terutamanya marmar atau paque dengan bahan penggilap

yang khas.

Bahan pencuci dan merawat permukaan lantai termasuklah bahan pembersih, penanggal, penyah

gris, sabun dan penghakis. Ini termasuklah bahan tambahan seperti bantuan membilas dan

penyekat, dan juga pengaktif permukaan yang merawat dan menyerlahkan penampilan. Sebagai

contoh penyahkuman dan sanitasi yang mengandungi biosida, pembasmi kuman, pembasmi spora,

pemusnah serangga, penyah virus dan penangkis serangan serangga seperti nyamuk.

Passivators dan deactivators adalah bahan pembersih dan oerwat permukaan yang melindungi

permukaan berlogam atau menyahaktifkan lapisan aktif kimia. Etchants, pickles dan bright dips

bertindak menghakis permukaan untuk menganggalkan kerak, mengoksidakan permukaan logam,

atau merosakkan permukaan logam tersebut. Descalers, desmutters, deoxidizers atau mineral

removers memusnahkan lapisan filem atau kerak seperti kesan air degil contohnya kopi atau teh,

kesan air kencing, kotoran organik dan karat. Bahan cucian industri adalah berasid, neutral atau

beralakali dan juga menanggalkan jelaga, karat, hakisan dan karbon.

Contoh-contoh agen pembersih:

1. Pengesat / abrasive cleaner

Mengandungi detergen dan campuran peluntur dan pengesat didalam bahan pencuci tersebut.

Boleh didapati dalam bentuk debu atau pes, jenis pes biasanya digunakan atas permukaan yang menegak seperti dinding.

Boleh juga digunakan pada tab mandi gentian kaca dan pembahagi tempat mandi dan ianya tidak sesuai untuk bahan dari porcelain.

2. Pewangi / deoderizer

Membantu menghalang bau yang kurang menyenangkan, memberikan udara yang nyaman dan segar.

Ada juga yang mengandungi bahan sanitasi dan penyahkuman.

3. Pencuci lantai / floor cleaners

Mengandungi detergen yang sederhana dan bertindak dengan air sejuk tanpa memberikan kesan pada lantai.

Kebanyakannya adalah thermoplastik.

Mempunyai nilai pH yang neutral dan tidak memerlukan pembilas tambahan.

Sesuai digunaka pada parque dan permukaan kayu.

4. Penggilap / sealers or finishes

Diperlukan untuk melindungi lantai daripada kusam dan tumpahan cecair yang boleh merosakkan permukaan lantai tersebut.

Bahan yang terkandung adalah berbeza untuk setiap permukaan yang berlainan.

Bahan polimer berzink adalah amat sesuai untuk permukaan lantai yang dari galian kerana memberikan penampilan seperti lantai yang basah atau berkilat.

Page 18: KERTAS PENERANGAN - DLanguage  · PDF filekekemasan dan melengkapkan troli untuk pengemasan bilik serta mengenal-pasti setiap ... digunakan ketika keadaan kecemasan dimana ianya

NO KOD / CODE NO HT-050-1/M02/P(1/1) Muka: 18 Drp: 18

SOALAN : 1. Nyatakan langkah-langkah ‘bed making’ yang betul. RUJUKAN:

1. Joan C. Branson & Margaret Lennox , Hotel,hostel and hospital housekeeping (1988) Hodder & Stoughton, London

ISBN 0-71317-7322 , m/s 95 – 120, 151 – 153, 192 – 195, 244 – 250

2. Robert J. Martin, Professional Management of Housekeeping Operations (1998) Joh Wiley & Sons, Inc. Singapore

ISBN 0-471-19862-5 m/s 73 – 82, 94 – 95, 108 -109.

3. http://www.ehow.com/facts_7480936_room-attendant-trolley-description.html