modul5s

Upload: saufi

Post on 08-Jul-2018

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Modul5S

    1/33

     Amalan 5S   1 

    1.0 PENGENALAN 

    Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada

    awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh

    mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas danselamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta

    dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. Pelaksanaan Amalan 5S

    yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan

    memudahkan proses kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap dan konsisten

     juga akan memberi nilai tambah kepada imej korporat organisasi secara

    keseluruhan.

    Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun

    1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S

    malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan

    daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    2.0 KONSEP AMALAN 5S

    2.1 AMALAN 5S

     Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yangdipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan

    pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‘S’yang bermatlamatkan

    pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso ,

    Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi

    5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam

    dan Sentiasa Amal.

     Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan

    budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen‟ dalam

    Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi

    sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan

    manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang

    tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

  • 8/19/2019 Modul5S

    2/33

     Amalan 5S   2 

     Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan

    kerana:

    i) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;

    ii) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;iii) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja

    untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;

    iv) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk

    menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;

    v) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;

    vi) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan

    vii) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej

    organisasi.

    Maksud Amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran berkualiti dalam

    sesebuah organisasi adalah seperti di Jadual 1.

    BAHASA 

    JEPUN 

    BAHASA 

    INGGERIS 

    BAHASA 

    MELAYU MAKSUD  CONTOH 

    Seiri Sort  Sisih Menyisih dan mengasingkan

    barang-barang yang perlu dan

    tidak perlu bagi mengelakkan

    lambakan barangan yang tidakdigunakan dan mengakibatkan

    kehilangan ruang.

    Menyisih fail

    lama tidak aktif

    dengan fail baru

    yang masih aktif.

    Seiton Set in Order Susun Kekemasan: Menyusun barang-

    barang yang diperlukan secara

    kemas dan sistematik dan

    melabelkannya supaya mudah

    diambil dan dikembalikan di

    tempat asal selepas digunakan.

    Menyusun

    dokumen/bahan/

    alatan pejabat

    supaya mudah

    diambil/diguna.

    Seiso Shine Sapu Pembersihan: Membersihkan dan

    memeriksa tempat kerja secaraterperinci supaya tiada habuk,

    debu atau kotoran di atas lantai,

    peralatan dan bagi memberikan

    udara yang nyaman di

    persekitaran tempat kerja.

    Tanggungjawab

    harian untukpembersihan

    ruang dan

    peralatan kerja

    individu.

  • 8/19/2019 Modul5S

    3/33

     Amalan 5S   3 

    Jadual 1: Maksud Amalan 5S

    2.2 OBJEKTIF UTAMA AMALAN 5S

      Membina budaya kaizen di tempat kerja.

      Membina kerjasama melalui penyertaan semua.

      Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia.

      Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program kaizen yang

    lebih maju.

    2.3 FAEDAH MELAKSANAKAN AMALAN 5S

    Pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan pelbagai faedah dan kesan

    positif kepada pengurusan organisasi termasuk dalam aspek pengurangan

    kos, kawalan stok/ inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan

    proses kerja. Berikut adalah faedah-faedah melaksanakan amalan 5S:

      Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun

    rapi;

      Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat;

      Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk

    mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;

      Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam

    melaksanakan kerja;

    BAHASA 

    JEPUN 

    BAHASA 

    INGGERIS 

    BAHASA 

    MELAYU MAKSUD  CONTOH 

    Seiketsu Standardise Seragam Keseragaman: Mewujudkan

    piawaian amalan terbaik di

    tempat kerja dan memastikan

    piawaian tersebut dipatuhi di

    samping memastikan tempat

    kerja itu bersih dan teratur

    sepanjang masa.

    Menyeragamkan

    susunan fail/

    meja kerja/bilik

    mesyuarat/

    peralatan

    pejabat.

    Shitsuke Sustain Sentiasa

     Amal

    Disiplin: Melatih pekerja untuk

    mengamal sistem Amalan 5S

    secara berterusan/konsisten

    supaya menjadi tabiat dan

    budaya kerja organisasi.

    Lakukan Amalan

    5S secara

    harian.

    Melakukan audit

    secara berkala.

  • 8/19/2019 Modul5S

    4/33

     Amalan 5S   4 

      Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake

     proofing);

      Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses

    pengeluaran/pemberian perkhidmatan;

      Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;

      Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan

    persekitaran yang berkualiti;

      Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;

      Pengurusan kos yang lebih berkesan;

      Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian

    perkhidmatan;

      Memudahkan urusan penyelenggaraan;

      Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan

      Meningkatkan imej korporat organisasi.

    2.4 MATLAMAT AMALAN 5S

    i) Penjimatan Kos:

      Penjimatan penggunaan inventori;

      Menghalang kerosakan ke atas inventori;

      Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan

      Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam

    sesuatu urusan kerja.

    ii) Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:

      Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;

      Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran

    bahan mentah/proses; dan

      Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.

    iii) Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan

    iv) Jaminan kualiti:

      Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;

      Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih

    pantas dan selamat;

  • 8/19/2019 Modul5S

    5/33

     Amalan 5S   5 

      Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan

    berkesan.

    v) Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:

      Menghapuskan keadaan yang membahaya;

      Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;

      Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan

    kecederaan dan kemalangan;

      Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan

      Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

    vi) Meningkatkan motivasi pekerja:

      Perhubungan yang baik antara anggota;

      Membentuk disiplin yang tinggi; dan  Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

    3.0 APLIKASI 5S

    Pada setiap teknik 3S pertama (SISIH, SUSUN, SAPU), terdapat beberapa

    panduan yang diguna pakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja, melakukan

    aktiviti pelupusan, menyusun barang-barang serta rekod-rekod seterusnya

    membentuk pasukan kerja yang baik.

    Pada peringkat 2S yang terakhir (SENTIASA AMAL, SERAGAM), kita akan melihat

    bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan agar ia menjadi budaya kerja yang

    cemerlang.

    Rajah 1 : Kitaran Amalan 5S

  • 8/19/2019 Modul5S

    6/33

     Amalan 5S   6 

    Teknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik, teratur,

    bersih dan kemas. Amalan ini menjadikan sistem kebersihan lebih efisien, efektif

    dan memudahkan tugas harian dan rutin yang akan dilaksanakan. Teknik 5S ini

    merupakan teknik asas yang menjurus kepada pelaksanaan aktiviti harian di tempat

    kerja. Apabila pelaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyairasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi.

     Amalan ini merupakan amalan yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara

    kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

    3.1 SISIH - SEIRI  

    SISIH merupakan aktiviti pengasingan dan pembuangan barang yang tidak

    perlu di tempat kerja. Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidakdiperlukan serta tidak perlu proses pelupusan, perlu dibuang oleh pekerja

    yang bertanggungjawab ke tempat yang disediakan.

     Apabila kita membuat SISIH barang yang tidak diperlukan akan dapat

    dikenal pasti, dan ianya akan menyebabkan ruang penyimpanan akan lebih

    luas dan selesa. Secara tidak langsung kawalan stok dan produk yang efektif

    dan efisien diperolehi. Selain itu, masa pencarian juga akan lebih pantas

    kerana tiada lagi keadaan yang tidak teratur kelihatan. Setelah kita

    memperolehi keadaan yang kemas dan teratur, pekerja lebih berasa seronokdan bermotivasi untuk melaksanakan tugas harian mereka. Kita mudah

    mengesan tempat, alat dan bahan yang rosak lebih awal jika berlaku

    demikian.

     Aktiviti SISIH secara berkesan dapat dilakukan dengan mengasingkan

    barang yang hendak dibuang dalam tiga kategori seperti berikut:

  • 8/19/2019 Modul5S

    7/33

     Amalan 5S   7 

    Rajah 2 : Kaedah SISIH

    Barang-barang yang telah diasingkan kepada 3 kategori tersebut ditag

    seperti berikut:

    Rajah 3 : Contoh Tag Barangan untuk diSisih

    Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang

    barang tersebut dengan segera terutamanya untuk barang yang tidak perlu

    menunggu sebarang kelulusan atau pengesahan dari organisasi untuk

    pelupusan. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat kerja). Item

    Bahan tidakdiperlukan

    BahandiperlukanSISIH

     Bahan tidak diperlukan dansenang dibuang

     Bahan ada nilai untuk dijual

     Bahan tiada nilai tapi kostinggi untuk dihapuskan

     Bahan tidak digunakan tapimesti disimpan

     Bahan kadangkaladigunakan

     Bahan digunakan selalu

     Buang serta merta

     Cari jalan untukmengurangkan kos dan

     jalan selamat untukdihapuskan

     Letakkan berdekatantempat penggunaannya

     Letakkan jauh sedikit

     Mesti disimpanberasingan denganpengenalan yang jelas

    Bahan ada nilaiuntuk dijual

    Bahan tiada nilaitapi kos tinggi

    untuk dilupuskan

    Bahan tidakdiperlukan dan

    senang dibuang

  • 8/19/2019 Modul5S

    8/33

     Amalan 5S   8 

    seperti ini termasuklah kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang

    reject dan sebagainya.

    Kesan nyata pelaksanaan teknik SISIH  (seiri ) adalah seperti Jadual 1

    berikut:

    Jadual 1 : Kesan Pelaksanaan SISIH (Seiri )

    3.2 SUSUN  – SEITON  

    SUSUN merujuk kepada prinsip “setiap barang ada tempatnya dan setiap

    tempat ada barangnya”. Penekanan SUSUN  tertumpu kepada kaedah

    penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Dengan kata lain,

     Amalan 5S yang kedua ini bermaksud menyusun dan menyimpan barang

    dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya. Selepas

    melaksanakan SISIH  dengan jayanya, barang yang diperlukan hendaklahdiSUSUN mengikut keperluan penggunaan.

    SUSUN memerlukan penyusunan fail dan barang-barang mengikut sistem

    yang bersesuaian. Penyusunan yang mengikut kod, sistem nombor jilid dan

    pelbagai sistem akan dapat mewujudkan proses kerja yang lebih pantas.

    Dalam aktiviti ini, apa yang lebih utama adalah apabila mengambil sesuatu

    barang atau rekod, kita hendaklah memastikan bahawa terdapat sistem yang

    akan mengesan siapa yang mengambil barang tersebut. Kita boleh

    mengesan fail dan barang yang tiada dalam simpanan. Sistem yang

    diwujudkan juga membolehkan pekerja tersebut mengambil dan menyimpan

    barang di tempat yang asal. Untuk menguji sistem penyimpanan yang efisien

    dan efektif pasukan Audit Dalamam 5S perlu menguji dengan satu kaedah

    yang dipanggil Ujian 30 saat.

    KUANTITATIF  KUALITATIF 

      Pen

      Kawalan stok dan produk yang

    cekap

      Masa pencarian yang pantas

      Tempat kerja lebih selamat

      Suasana kerja kebih selesa

      Mudah mengesan tempat/

    alat/bahan rosak lebih awal

  • 8/19/2019 Modul5S

    9/33

     Amalan 5S   9 

    Ujian 30 saat bermaksud ujian mengambil fail akan dibuat berdasarkan

    sistem sedia ada yang digunapakai oleh organisasi dan bukannya sistem

    orang lain mahupun di bahagian lain. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk

    mengambil fail, pekerja akan menggunakan Senarai Utama (Master List )yang sedia ada dan akan merujuk kepada rekod, dan fail akan diambil. Ujian

    akan dibuat untuk melihat masa yang diperuntukkan untuk mengambil

    sesuatu fail atau rekod yang diperlukan. Ianya perlu diperolehi dalam masa

    30 saat sahaja.

    Terdapat tiga panduan yang boleh diterangkan untuk menjalankan aktiviti

    SUSUN:

    i) Penyusunan meliputi barang-barang yang digunakan selalu atauharian.

    ii) Penyusunan meliputi barang-barang yang digunakan mingguan.

    iii) Penyusunan meliputi barang-barang yang digunakan bulanan.

    Pekerja perlu melihat kekerapan penggunaan barang tersebut dalam urusan

    kerja hariannya. Kemungkinan kekerapan barang tersebut digunakan

    seminggu sekali atau sebulan sekali. Ini memungkinkan organisasi

    menyediakan Mini Stor bagi penyimpanan barang supaya dapat

    menjimatkan masa. Sesetengah barang yang masih mempunyai tarikh luputatau tarikh matang perlu disimpan bagi tempoh tertentu. Oleh itu, perlu

    diwujudkan pengenalan yang jelas bagi barangan jika mahu disimpan di stor.

    Kaedah ini memerlukan pekerja menyusun barang yang hendak dibuang

    seperti Rajah 4 berikut:

  • 8/19/2019 Modul5S

    10/33

     Amalan 5S   10 

    Rajah 4 : Kaedah SUSUN

    Barang-barang yang telah disusun perlu dilabel mengikut kategori untukFail/Bahan/Alatan seperti Jadual 2 berikut:

    Jadual 2 : Contoh Label Fail/ Bahan/ Alatan

    BIL SUSUNAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

    1. Item Kegunaan Harian(1 Jam – 1/1 Minggu Maksimum)

    2. Item Kegunaan 1/1 Minggu – 1/6 Bulan

    3. Item Hampir Tidak Digunakan( 6 Bulan Keatas) 

    Pengasingan Tindakan diperlukan

    SUSUN Bahan selaludigunakan

    Mesti disimpan dalamstor dengan

    pengenalan yang jelas

    Bahandiperlukan

    Bahan kadangkaladigunakan

    Boleh ditempatkan jauh sedikit

    Bahan tidakdigunakan langsungtetapi mesti disimpan

    Mesti disimpan dalamstor dengan

    pengenalan yang jels

    SISIH 

  • 8/19/2019 Modul5S

    11/33

     Amalan 5S   11 

    Kesan nyata pelaksanaan teknik SUSUN (seiton) adalah seperti Jadual 5

    berikut:

    Jadual 3 : Kesan Pelaksanaan SUSUN (Seiton )

    3.3 SAPU  – SEISO  

    SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan

    bersih daripada habuk atau debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan,

    kualiti produk dan kesihatan. SAPU bermaksud membersihkan tempat kerja

    dengan rapi supaya tiada habuk dan kotoran di lantai, meja, tingkap, pintu,

    dinding, mesin dan peralatan. SAPU   juga memberi penekanan kepada

    penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan

    selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan. Pembersihan atau

    SAPU  perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan ruang kerja sentiasa

    kemas dan bersih

     Aspek kebersihan antara perkara yang seringkali dipandang mudah dan

    terlalu bergantung kepada pekerja kontrak. Sebagai pekerja, setiap individu

    bertanggungjawab menjaga kebersihan di dalam premis mereka bekerja. Didalam amalan 5S, konsep ownershi p dan Person-In-Charge (PIC ) seringkali

    digunakan untuk aktiviti SAPU.

    Konsep ownership  atau PIC   merupakan konsep yang digunakan di mana

    setiap pekerja mempunyai tanggungjawab secara giliran untuk menjaga

    tempat atau barang milik organisasi. Konsep ini biasanya ditandakan dengan

    KUANTITATIF KUALITATIF

      Kawalan stok dan produk yang

    cekap

      Masa pencarian yang pantas

      Proses kerja lebih pantas

      Mengelak kesilapan dan

    kesalahan

      Kadar kehilangan peralatan

    rendah

      Suasana kerja lebih selesa

      Mendidik pekerja disiplin positif

      Menjana idea kreatif di kalangan

    pekerja

      Moral tinggi pekerja

      Selamat di tempat kerja

      Mengamalkan FIFO (First In First

    Out)

  • 8/19/2019 Modul5S

    12/33

     Amalan 5S   12 

    gambar, label, gambar seorang ahli kumpulan atau unit yang

    dipertanggungjawabkan itu. Orang yang ditugaskan bagi menjaga satu-satu

    kawasan mestilah boleh dihubungi dengan mudah.

    Pemantauan oleh pekerja sendiri akan menjadikan kos kerosakan peralatanlebih rendah dan tiada proses kerja yang berulang. Ini akan memberikan

    impak dari segi kebersihan dan rasa kepunyaan terhadap barang milik

    organisasi. Sikap prihatin yang tinggi akan dapat diwujudkan dan dalam

    suasana yang demikian, pekerja akan mudah menjanakan idea yang kreatif

    dan akan lebih ceria.

    Kaedah pelaksanaan aktiviti SAPU:

    i) Selain daripada tempat dan peralatan di tempat kerja, kawasanpersekitaran sesebuah organisasi juga perlu dilihat. Aktiviti ini boleh

    dilakukan samada setiap jam, setiap hari, sekali seminggu, sekali

    sebulan atau mengikut piawaian peraturan untuk dipatuhi.

    ii) Adalah disarankan bahawa sebelum atau setelah melaksanakan

    tugas, organisasi boleh menetapkan 5-10 minit setiap hari ntuk

    melakukan amalan SAPU. Ianya baik untuk mewujudkan satu amalan

    yang mementingkan kebersihan dalam melaksanakan tugas harian.

    Peralatan untuk SAPU adalah seperti Jadual 4 berikut:

    Jadual 4 : Peralatan Teknik SAPU

    BIL TEMPAT/KAWASAN PERALATAN

    1. Meja dan Kerusi Tempat Duduk  Kain Buruk

      Berus

    2. Kawasan Kerja Sendir i 

      Kain Buruk

      Penyapu

      Penyodok Sampah

      Bakul Sampah

    3. Pejabat

      Kain Buruk

      Penyapu

      Penyodok Sampah

      Bakul Sampah

  • 8/19/2019 Modul5S

    13/33

     Amalan 5S   13 

    Tindakan melaksanakan amalan SAPU adalah seperti rajah berikut:

    Rajah 5 : Tindakan Melaksanakan Amalan SAPU 

    Kesan nyata pelaksanaan teknik SAPU (seiso) adalah seperti Jadual 5

    b

    e

    i

    k

    u

    t

    :

    Jadual 5 : Kesan Pelaksanaan SAPU (Seiso )

    KUANTITATIF KUALITATIF

      Kos kerosakan peralatan rendah

      Kualiti produk bertambah

      Masa membersih lebih pantas

      Suasana kerja lebih selesa dan

    ceria

      Pekerja terus menjana idea

    kreatif

      Moral pekerja tinggi

      Selamat di tempat kerja

    AKTIVITI PROSES HASIL

    Kenalpastiruang danperalatan

    tempat kerjayang kotor

    Tindakanmembersihkan

    kekotoran

    Kenalpastiruang danperalatan

    tempat kerjayang kotor

  • 8/19/2019 Modul5S

    14/33

  • 8/19/2019 Modul5S

    15/33

     Amalan 5S   15 

    terang sebagai salah satu cara berkomunikasi antara organisasi

    dengan pelanggannya.

    iv) Mewujudkan carta alir bagi menunjukkan bermulanya proses atau

    perkhidmatan. Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan

    untuk mengukur masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikansesuatu tugas. Ianya lebih ringkas dengan penggunaan simbol-simbol

    yang tertentu dan arahan-arahan yang ringkas. Carta alir ini juga

    berguna untuk pekerja yang baru serta bagi memudahkan pelanggan

    memahami proses yang perlu mereka lalui.

    Berikut adalah contoh senarai panduan bagi mencapai keseragaman Amalan

    5S. Ahli-ahli kumpulan boleh membuat penambahbaikan kepada kriteria-

    kriteria berikut jika perlu dalam mempertingkatkan taraf keseragaman darisemasa ke semasa.

    SENARAI PANDUAN KE ARAH KESERAGAMAN AMALAN 5S

    1) Fail Ketua Kumpulan

    i) Semua ketua kumpulan mesti menyimpan dokumen-dokumen

    berikut:

      Polisi/Dasar 5S

      Objektif 5S  Matlamat 5

      Carta Organisasi Kumpulan

      Minit Mesyuarat Kumpulan-mingguan/bulanan dan tindakan

    susulan

      Pelan Tindakan Aktiviti

      Pelan Lantai dan Pelan Zon 5S

      Gambar-gambar aktiviti Kaizen SEBELUM dan SELEPAS

      Keputusan Audit dan Jadual Audit

      Memorandum/Maklumat Terkini dari Ketua 5S atau

    Fasilitator Kriteria Audit

    ii) Semua ketua kumpulan juga hendaklah menyediakan perkara-

    perkara berikut:

      Adakan Indeks

      Adakan Seperator bagi setiap subjek references

  • 8/19/2019 Modul5S

    16/33

     Amalan 5S   16 

      Rakamkan gambar bagi aktiviti kumpulan serta masalah

    sebelum dan kaedah selepas aktiviti 5S dijalankan

      Berikan data-data kualitatif

    2) Sistem Susunan Fail Di Rak i) Susunan fail hendaklah dari KIRI ke KANAN (1, 2, 3,...A, B,

    C,... dan seterusnya)

    ii) FONT yang digunakan pada rak hendaklah jelas kelihatan dari

     jauh

    iii) ARAS 1 bermula dari tingkat bawah (pengecualian boleh dibuat

    dengan kebenaran fasilitator)

    iv) Adakan SEPERATOR di dalam Fail

    v) Adakan indeks di dalam Fail

    vi) Indeks utama & Colour Coding di tepi rakvii) Tag pengguna

    viii) Peraturan pengguna dalam kumpulan

    ix) Susun mengikut Colour Coding  atau teknik susun yang sesuai

    x) Ownership 

    3) Susunan Barang-Barang Di Atas Rak

    i) Susun tagging hendaklah dari KIRI ke KANAN (1,2,3,... dan

    seterusnya)

    ii) Tagging ARAS 1 bermula dari tingkat bawah (pengecualianboleh dibuat dengan kebenaran fasilitator)

    iii) Indeks barangan di setiap tepi rak

    iv) Adakan penanda maksimum dan minimum (jika berkaitan)

    tarikh luput bagi ubat-ubatan

    v) Penanda FIFO/ Expiry Date/ Stock Low/ Nil In Stok/ Reminder  

    Please Refill  (lengkap dengan tarikh jika perlu)

    vi) Adakan label susunan bagi setiap Kad/ Stock Bin

    vii) Kad Bin/Stok Card  hendaklah letak ditempat yang disediakan

    dan rekod- rekodnya hendaklah dikemaskini

    viii) Adakan SIGNAGE  kenalan untuk semua rak

    ix) Adakan Pelan Lokasi & Master  Indeks di pintu sebelum masuk

    4) Wiring Management

    i) Dilarang meletak cable, extension plug dan wayar di atas lantai 

  • 8/19/2019 Modul5S

    17/33

     Amalan 5S   17 

    ii) Wayar diikat dan dibalut dengan Cable Tie

    iii) Kepala Plug ditanda dengan colour

      coding sticker dan juga pada barangan

      elektrik yang berkenaan

    5) Suis lampu/Kipas/Kepala Plug

    i) Semua suis/barangan elektrik hendaklah menggunakan sistem

    colour coding sticker  

    6) Keselamatan

    i) Adakan tanda AMARAN/AWAS di tempat kawasan berisiko

    ii) Signage PEMADAM API hendaklah jelas kelihatan dari jauh

    iii) Pastikan tiada barang-barang melindungi Alat Pemadam Apiiv) Maklumat seperti Due Date For Next Service  hendaklah

    dipamerkan pada alat tersebut

    v) Adakan had ketinggian bagi barang yang disusun mengikut

    stacking  

    vi) Cara stacking  hendaklah ada ciri-ciri keselamatan

    7) Peralatan 

    i) Adakan pemilik (ownership)

    ii) Adakan jadual penyelengaraan (jika berkaitan)iii) Adakan Jadual Pembersihan (Cleaning Roster )

    iv) Adakan Nombor Peralatan jika bilangan peralatan yang sama

    lebih dari satu unit di dalam kawasan zon yang sama

    v) Wujudkan cara-cara menggunakan dan pamerkan

    SOP/WI/User Guide (jika perlu)

    8) Setiap Zon

    i) Semua suis lampu/kipas menggunakan label Colour Coding  

    Setiap bilik hendaklah diletakkan gambar, nama, kumpulan dannombor telefon pemilik tempat tersebut

    ii) Syarat-syarat pengguna hendaklah dipamerkan (jika

    berkenaan)

    iii) Pelan Lantai/Peta Bilik hendaklah dipamerkan seelok-eloknya

    di pintu masuk

  • 8/19/2019 Modul5S

    18/33

     Amalan 5S   18 

    9) Sudut 5S

    Sudut-sudut yang disediakan hendaklah mempunyai tajuk dan

    ruangan bagi setiap perkara. Maklumat-maklumat yang hendak

    dipamerkan seperti berikut:

    i) Objektif 5S, Polisi 5S dan matlamat yang ditandatangani sertabertarikh

    ii) Peta Zon / Pelan Lantai serta ownership 

    iii) Gambar-gambar ahli dan carta organisasi

    iv) Gantt chart-aktiviti kumpulan

    v) Buletin

    vi) Jadual Audit dan Keputusan Audit (Bar  Chart )

    vii) Gambar aktiviti 5S Sebelum dan Selepas dengan maklumat

    ringkas seperti masalah (Sebelum) dan kebaikan (Selepas)

    serta nama dan tarikhviii) Maklumat Terkini dari Fasilitator 5S

    ix) Roster  pembersihan

    10) Papan Kenyataan

    i) Semua surat pekeliling TIDAK dibenarkan ditampal atas

    dinding. Sediakan pelapik atau tempat khas

    ii) Adakan TARIKH LUPUT bagi setiap surat pekeliling

    11) Petak Letak Kasuti)   Adakan petak atau tempat letak kasut di pintu masuk ke

    kawasan larangan berkasut.

    12) Lin ing (Garisan Kuning) Parking List  Barangan

    i) Kawasan Pejabat:

      Garisan kuning hanya dibenarkan pada barang movable 

    atau list work in progress

    ii) Kawasan Stor:

      Perlu menyediakan:  parking list   bagi mesin-mesin atau

    perkakas seperti fork, lift , lifter , tangga dll

      Adakan tempat yang sesuai untuk menyimpan alat-alat

    seperti penyapu, mop dan berus

  • 8/19/2019 Modul5S

    19/33

     Amalan 5S   19 

    13) Peralatan Kebersihan 

    i) Adakan tempat yang sesuai untuk menyimpan alat-alat sepert

    penyapu, penyodok sampah, mop dan berus

    ii) Semua alat-alat ini hendaklah digantung

    14) Signage untuk Pelawat/ Kawasan Menunggu/ Persekitaran

    Bangunan Bermula dari Pintu Masuk Pondok Keselamatan

    i) Petunjuk Arah –Tandas, Surau, Had Laju

    ii) Peraturan dan Tempat Larangan

    iii) Waktu Pegawai Bertugas

    iv) Tempat Bertanya

    v) Pelan Lantai

    vi) Papan kenyataan/Information Boardvii) Tempat Letak Kereta Pelawat/Kakitangan

    viii) Tempat Letak Motosikal

    Tindakan melaksankan amalan SERAGAM adalah seperti rajah berikut:

    Rajah 6 : Tindakan Melaksanakan Amalan SERAGAM 

    MENYUSUN

    MELABEL

    SERAGAMSISTEM

    NOMBOR/

    RUJUKAN

    MENGGUNAKAN

    SKEMA WARNA

  • 8/19/2019 Modul5S

    20/33

     Amalan 5S   20 

    Berikut adalah contoh gambar-gambar amalan penyeragaman – SERAGAM

    (Seiketsu):

    PEJABAT

    Suis lampu dilabelkan bagimemudahkan pengguna. Lampu

    dilabel mengikut warna suis.

    Susunan alat tulis di dalam lacikemas dan teratur.

    Labelkan setiap cop.Cop dinombor dan disenaraikan

    mengikut turutan.

    Buatkan master  indeks untuksemua rak dan labelkan aras.

  • 8/19/2019 Modul5S

    21/33

     Amalan 5S   21 

    Pastikan meja tidak dipenuhidengan barang-barang.

    Fail yang disusun mengikut

    gambar supaya boleh mengesanketiadaan fail.

    RUANG LEGAR PEJABAT

    Sijil-sijil yang diterima dipamerkan.Pekeliling diletakkan di Papan

    Kenyataan untuk maklumanwarga kerja.

  • 8/19/2019 Modul5S

    22/33

  • 8/19/2019 Modul5S

    23/33

     Amalan 5S   23 

     Adakan SOP. Nomborkan setiapPC untuk memudahkan kerja-

    kerja pembaikan.

    Lekatkan nama pemilik untuksemua bilik kuliah.

    BENGKEL

    Peralatan di Bengkel TeknologiMotosikal disusun dan dilabel

    dengan kemas.

    Suasana kelas yang kondusif:dinding dipenuhi mock up dan

    carta.

  • 8/19/2019 Modul5S

    24/33

     Amalan 5S   24 

    Berikut adalah contoh kod warna bagi suis lampu dan pelbagai:

    STOR

    Peralatan di Stor Pusat disusundan dilabel dengan kemas dan

    teratur.

    Zon Unit Stor dilabel dengan jelasdan kemas.

    SUIS LAMPU KANAN

    SUIS BLOWER  

    SUIS LAMPU TENGAH

    SUIS LAMPU KIRI

    SUIS PENYAMANUDARA

    SUIS KIPAS

    Kod Warna Untuk SuisLampu 

    Kod Warna Untuk SuisPelbagai 

  • 8/19/2019 Modul5S

    25/33

     Amalan 5S   25 

    Rajah 7 : Contoh Kod Warna Bagi Suis Lampu

    Berikut adalah contoh-contoh label bagi pelbagai tujuan:

    NOTIS / MAKLUMAN

    ROSAK!

    KEPADA SEMUA PENGGUNA YANG DIHORMATI,

    MESIN PHOTOSTAT/ KOMPUTER/ PRINTER INI

    MENGALAMI KEROSAKAN. PIHAK PENTADBIRAN

    SEDANG DALAM USAHA MEMBAIKI KEROSAKAN

    TERSEBUT. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.

    TERIMA KASIH.

    Warnalatar biru

    SOP Penggunaan Komputer

    Notis Makluman

  • 8/19/2019 Modul5S

    26/33

     Amalan 5S   26 

    Tag Aktiviti AmalTutup Mesin Kalau Tidak

    Digunakaian

    1. MASUKKAN DOKUMEN YANG HENDAK DI PHOTOSTAT

    2. LETAKKAN DOKUMEN YANG HENDAK DI PHOTOSTAT

    3. PILIH JUMLAH KERTAS YANG HENDAK DI PHOTOSTAT

    4. TEKAN BUTANG START

    5. DOKUMEN TELAH SIAP DI PHOTOSTAT

    SOP Penggunaan Mesin Fotostat

    Dilarang MerokokTag Nombor Sambungan Talian

    EXT. NO.NAMA

  • 8/19/2019 Modul5S

    27/33

     Amalan 5S   27 

    HARI

    TUGASAN

    PENGISIAN

    FAIL

    PENYUSUNAN

    FAILPEMBERSIHAN

    ISNIN &

    SELASAEn. Abu En. Mutalib Kontraktor

    RABU &

    KHAMISCik Mariam En. Abu Kontraktor

    JUMAAT En. Mutalib Cik Mariam Kontraktor

    3.5 SENTIASA AMAL – SHITSUKE  

    SENTIASA AMAL ialah usaha mengekalkan 4 Amalan 5S yang pertama

    iaitu Seiri , Seiton, Seiso dan Seiketsu di samping melaksanakan

    penambahbaikan berterusan di premis organisasi. SENTIASA AMAL 

    memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan seluruh warga kerja serta

    disiplin diri bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara

    berkesan dan cekap.

     Amalan berdisplin dan melatih pekerja akan membawa ke arah penukaran

    budaya kerja yang lebih sistematik. Setelah keempat-empat langkah (SISIH,

    SUSUN, SAPU, SERAGAM) dilakukan, kita mestilah mempunyai satu

    kaedah supaya pekerja dapat berdisiplin dan terus sentiasa

    mengamalkannya dengan berkesan. Ini dapat dijadikan sebagai satu

    platform ke arah budaya kerja yang cemerlang.

     Apabila budaya kerja itu lebih efisien, kos perkhidmatan akan lebih rendah,

    dan matlamat organisasi akan dapat dicapai. Organisasi akan terus

    merancang matlamat sebenar untuk melaksanakan amalan ini seperti

    merancang untuk mendapatkan Sijil 5S.

    Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan SENTIASA AMAL. Antaranya

    adalah:

    Contoh Jadual Pembersihan

  • 8/19/2019 Modul5S

    28/33

     Amalan 5S   28 

    i) Mematuhi panduan dan piawai yang telah ditentukan oleh pengurusan

    KDP supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dipraktikkan.

    ii) Mengadakan Audit Dalaman 5S di dalam organisasi. Audit ini adalah

    salah satu elemen penting dalam menjayakan Amalan 5S. Ianyadapat memantau piawai 5S yang sedia ada dan membuat

    penambahbaikan. Melalui audit ini secara tidak langsung kita dapat

    mengukur tahap amalan 5S.

    iii) Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran

    tempat kerja terbaik, pekerja contoh dan sebagainya. Ini merupakan

    satu cara untuk mendapatkan komitmen dan mengekalkan

    tanggungjawab mengamalkan 5S.

    iv) Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri

    kejayaan organisasi lain dalam melaksanakan 5S. Ini akan menyuntikidea dan semangat untuk meneruskan aktiviti 5S ini.

    v) Mewujudkan penghargaan dan galakan dalam sebarang aktiviti yang

    boleh menarik minat pekerja. Walaupun sedikit dan kecil, namun bagi

    sesetengah pekerja, ianya amatlah bernilai sebagai salah satu

    motivasi dalam melaksanakan dan menghargai usaha mereka.

    4.0 PELAKSANAAN AMALAN 5S

     Amalan 5S dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan pendekatanpengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara berikut:

    i) Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S dengan terma rujukan

    yang jelas.

    ii) Menentukan pelan tindakan bagi pelaksanaan Amalan 5S.

    iii) Mewujudkan sektor/zon kerja 5S.

    iv) Mengadakan program-program latihan berkaitan Amalan 5S.

    v) Memantau keberkesanan pelaksanaan Amalan 5S secara berterusan.

    vi) Mengkaji semula dan menentukan langkah-langkah penambahbaikan secara

    berterusan.

  • 8/19/2019 Modul5S

    29/33

     Amalan 5S   29 

    5.0 CARTA ALIR PELAKSANA 5S

    Rajah 8 : Carta Alir Pelaksana 5S

    AHLI

     Koordinator

     Setiausaha

     Ketua Unit Audit

     Ketua UnitPromosi

     Ketua Unit Latihan

    LANTIK JAWATANKUASA PEMANDU

    AHLI

     Pengarah

     Koordinator

     Setiausaha

     Ahli Jawatankuasa(Ketua Jabatan/Seksyen)

    AKTIVITI  LAWATAN

      KURSUS

      PERTANDINGAN

      GOTONG-ROYONG

      PELANCARAN HARI 5S

    AUDIT DALAMAN

    AUDIT MPC

    TINDAKAN:

     SemuaWarga Kerja

    Kumpulan Audit

    TINDAKAN:

     Pengarah

    TINDAKAN: Unit Audit

    LANTIK JAWATANKUASA PELAKSANA

    TINDAKAN:

     Koordinator

    TINDAKAN:

     Unit Promosi

     Unit Latihan

  • 8/19/2019 Modul5S

    30/33

     Amalan 5S   30 

    6.0 KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S

    Kejayaan Amalan 5S bagi sesebuah organisasi bergantung kepada perkara berikut:

    Rajah 9 : Kunci Kejayaan 5S

    7.0 PENUTUP

    Konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota serta tidak melibatkan kos

    yang banyak dan memberi manfaat kepada penambahbaikan menyeluruh

    organisasi di mana setiap orang dapat menyumbang dan ianya juga adalah satu

    proses yang dinamik. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi.

     Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan menjadi

    pencetus serta penggalak kepada usaha kreatif dan inovasi serta dapat

    meningkatkan rasa tanggungjawab dan sayang dikalangan anggota organisasi.

    organisasi.

    Wujudnya StrukturPengurusan Amalan 5S

    WujudnyaKomunikasiang Berkesan

    Latihan Amalan5S kepada Warg

    KerjaProjek Perintis

     Amalan 5S

    Perkongsian Amalan Terbaik

    5S

    PelanPelaksanaan Amalan 5S

    Sokongan danKomitmen

    engurusan Atasan

    KUNCIKEJAYAAN

    5S

  • 8/19/2019 Modul5S

    31/33

     Amalan 5S   31 

     Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan

    selamat. Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan

    semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S. Amalan

    5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaianperkhidmatan organisasi yang cemerlang.

  • 8/19/2019 Modul5S

    32/33

     Amalan 5S   32 

    RUJUKAN

    1. 5S Guidebook

    Step-by-step Implementation, National Productivity Implementation, 2006, daripada

    http://.npc.org.my

    2. Modul Amalan 5S Sektor Awam Panduan MAMPU, 2010.

    3. Modul Amalan 5S, Institut Kemahiran Mara Beseri.

    http://.npc.org.my/http://.npc.org.my/

  • 8/19/2019 Modul5S

    33/33

    Lampiran

    CONTOH - BORANG PENILAIAN AUDIT

    KATEGORI  NO.  PERKARA DIAUDIT MARKAH

    CATATAN 5 4 3 2 1

    Lantai

    1. Tidak berdebu dan kemas

    2.Tiada sampah-sarap di sudut atau di bawahperalatan perabot

    3. Tiada berlubang/pecah/terkoyak dsb

    4. Ada tempat buang sampah yang khas

    Susun AturPeralatan

    5. Kemas dan tersusun dengan rapi

    6.Cara menyusun boleh mewujudkan suasanayang selesa dan mempunyai sistem yang baik

    7.Teknik susunan juga boleh memendekkanmasa memproses sesuatu kerja dilaksanakandan mewujudkan suasana yang mesra

    Peralatan

    8. Berkeadaan baik dan sentiasa boleh digunakan

    9. Tidak berdebu, bersih dan kemas

    10. Alatulis kelihatan tidak berselerak di atas mejaatau dalam rak simpanan

    11. Tidak terdapat peralatan rosak

    12. Menggunakan tanda/label bagi bahan yangtersimpan dalam perabot

    13.Disusun dengan teratur dengan menggunakantanda/label/abjad supaya mudah diperolehi

    SusunanFail

    14.Disusun dengan teratur dengan menggunakantanda/label/abjad supaya mudah diperolehi

    15.Terdapat notis board/papan putih yangdigunakan dengan baik

    16. Fail-fail lama, disusun mengikut system

    Suis lampu/kipas/kepalasoket

    17.Disusun dengan teratur dengan menggunakantanda/label/abjad/warna supaya mudah

    digunakan

    Bahagian Pentadbiran

    Jumlah Markah

    Markah Penuh 85