moral approach

22
Pendekatan Moral atau Sudut Etika Perbezaan antara pendekatan agama dengan pendekatan moral/etika.

Upload: ahmad-khalilul-hameedy-nordin

Post on 02-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

slide falsafah HFA 101

TRANSCRIPT

  • Pendekatan Moral atau Sudut EtikaPerbezaan antara pendekatan agama dengan pendekatan moral/etika.

  • Dipetik dari Dialog Plato yang bertajuk Euthyphro

    Socrates: Is what is morally good commanded by God because it is morally good, or is it morally good because it is commanded by God?

  • From EuthyphroPerbezaannya adalah berikut:Tindakan X adalah baik kerana Tuhan berkata demikian. (Ataupun)Tindakan X adalah baik dan sebab itulah Tuhan memerintahkan kita untuk melakukannya.*) Secara umum (1) merupakan pendekatan dari sudut agama dan (2) adalah dari sudut moral/etika.

  • From EuthyphroPerkara 2 bermaksud kebaikan itu terdapat dalam perbuatan itu. Ia adalah suatu sifat dalam perbuatan itu. Ia tidak bergantung kepada hal atau pihak yang terdapat di luar perbuatan itu.Perkara 1 bermaksud kebaikan itu bergantung kepada Tuhan dan BUKAN kepada sifat atau ciri dalam perbuatan itu.

  • Pendekatan (atau Sudut) MoralSuatu tindakan yang dilakukan kerana nilai intrinsiknya (an action that is done for its own sake). (i)Tindakan itu mempunyai nilai sendirinya, dan (ii)kita melakukan perbuatan itu kerana nilai itu. *) Ini andaian yang terdapat dalam sudut/pendekatan moral.

  • Pendekatan (atau Sudut) MoralKita bukan melakukan perbuatan itu untuk mencapai suatu objektif tertentu.Kita bukan melakukan perbuatan itu untuk kepentingan diri sendiri atau self-interest (sebenarnya kepentingan diri sendiri merupakan musuh yang penting dalam semua sistem moral yang wujud).

  • Pendekatan (atau Sudut) Moral3) Ia juga bukan dilakukan untuk mencapai sebarang objektif yang lain, seperti menolong keluarga saya, menolong kawan saya, menolong komuniti saya, dan lain-lain. Ini semua tindakan praktik, dan bukan perbuatan moral.4) Kita melakukan perbuatan itu hanya kerana nilai perbuatan itu atau nilai intrinsik perbuatan itu. Kita menghargai perbuatan itu, kerana ia perbuatan yang baik itu sahaja.

  • Konfusius (Confucius)Menurut D.C. Lau (pengulas atau commentor karya The Analects):Dalam kegiatan dan perbuatan moral, kita tidak dapat menjamin kejayaannya, atau ganjaran [dari perbuatan itu], dan oleh itu kita harus melakukan sesuatu perbuatan moral kerana (dan hanya kerana) nilainya. Hal ini merupakan mesej pokok dalam ajaran Konfusius

  • Konfusius (Confucius)Perbuatan moral bukan dilakukan untuk mendapat sebarang ganjaran (atau sebarang keuntungan). (not for profit or gain)Jadi perbuatan moral bukan dilakukan untuk tujuan kepentingan diri sendiri (not for self-interest).Sebenarnya perbuatan moral tak boleh menjamin ganjaran ataupun kepentingan diri sendiri.

  • Konfusius (Confucius)Perbuatan yang sama, jika dilakukan untuk ganjaran atau kepentingan diri sendiri bukan lagi suatu perbuatan moral.Contoh: Saya memberi wang kepada orang miskin kerana saya rasa itu perbuatan yang betul, maka perbuatan saya itu perbuatan moral.Tapi, jika saya memberi wang kepada orang miskin untuk mendapat keuntungan politik (supaya mereka boleh mengundi saya dalam pilihanraya), maka ia bukan lagi suatu perbuatan moral.Jika saya memberi wang kepada orang miskin untuk mendapat nama dan imej yang baik (selepas perbuatan saya dipalorkan dalam surat khabar), maka ia bukanlah suatu perbuatan moral lagi.

  • Konfusius (Confucius)5) Kita ambil satu perbuatan lagi. Saya memberikan 5 ringgit kepada seorang pengemis.a)Jika saya berbuat demikian kerana saya anggap itu sebagai perbuatan yang betul (dan tiada sebab lain) maka perbuatan saya tetap perbuatan yang moral.b)Jika saya berbuat demikian untuk mendapat satu nama dan imej yang baik, maka perbuatan saya bukanlah perbuatan yang moral.c)Jika saya berbuat demikian untuk berasa puas hati ini juga bukan perbuatan moral (kerana berasa puas merupakan sejenis kepentingan diri atau self-interest).

  • Konfusius (Confucius)Ini bermaksud perbuatan moral bergantung kepada TUJUAN anda. Ia bergantung kepada OBJEKTIF anda. Dan bukan bergantung hanya kepada perbuatan itu.Ini juga morality tidak boleh mengambil kira kepentingan diri sendiri (self-interest). Kepentingan diri sendiri adalah bertentangan dengan perbuatan moral (morality).

  • Konfusius (Confucius)1) Satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Konfusianisme merupakan pendekatan moral dan bukan pendekatan agama.2) Dalam karya Analects, seorang pengikut (pelajar) Konfusius bertanya tentang dewa-dewi. Konfusius berkata, Awak masih belum memahami dunia orang hidup, mengapa bercakap tentang dunia dewa-dewi. Maksud Ajaran Konfusius bukan berkenaan dengan dunia metafizik, tetapi berkenaan dengan hal moral di dalam dunia ini. Dia tidak peduli tentang dunia metafizik.

  • Konfusius (Confucius)D.C. Lau (Confucius: The Analects), 1979, p. 20:Of all the things that are likely to distort a mans moral judgement and deflect him from his moral purpose, self-interest is the strongest, the most persistent, and the most insidious. Confucius was well aware of this. That is why he said, more than once, that at the sight of profit one should think of what is right (XIV.12, XVI. 10, XIX.1)

  • Peter SingerPeter Singer, Practical Ethics, 1979, p. 12:In accepting that ethical judgements must be made from a universal point of view, I am accepting that my own interests cannot, simply because they are my interests, count more than the interests of anyone else. Thus my very natural concern that my own interests be looked after must, when I think ethically, be extended to the interests of others.

  • Peter SingerPeter Singer, Practical Ethics, 1979, p. 31:Racists violate the principle of equality by giving greater weight to the interests of the members of their own race when there is a clash between their interests and the interests of those of another race. White racists do not accept that pain is as bad when it is felt by blacks as when it is felt by whites.

  • Kebaikan Moral (Moral Virtues)Ren Humanism. Sikap penyayang terhadap manusia lain. Kemurahan hati. Boleh tunjuk simpati terhadap penderitaan orang lain.Yi Righteousness. Kewajaran atau keadilan. Membolehkan kita menilai antara perbuatan yang bail dengan yang salah.

  • Kebaikan Moral (Moral Virtues)3) Li Ritual or Rites. Upacara; perlaksanaan upacara termasuk tingkah laku atau tabiat bersopan santun. (Semua perbuatan yang mengikut sopan dan santun boleh dikira sebagai Li).4) Xiao Filial Piety. Menghormati ibu dan bapa; dan menunjukkan taat setia kepada ibu dan bapa. Memenuhi tanggung jawab fizikal sebagi seorang anak, dan kasih sayang terhadap bapa dan ibu.

  • Kebaikan Moral (Moral Virtues)4) Asas xiao (filial piety) ialah reciprocity (to reciprocate). Oleh kerana ibu dan bapa telah melahirkan anda, melindungi anda semasa anda kecil, menyokong anda semasa kecil, memberi pendidikan kepada anda, dll, maka mesti membalas perbuatan baik mereka. Anda tunjuk hormat kepada mereka, mempunyai kasih sayang yang sebenar untuk mereka, dan menyokong mereka secara fizikal.

  • Kebaikan Moral (Moral Virtues)5) Konsep Xing (dari Mencius) Sifat Semulajadi Manusia, atau human nature.*)Untuk Mencius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang baik (or human nature is good).*)Bukti Mencius Anda bertemu dengan seorang kanak-kanak yang hampir nak jatuh ke dalam sebuah perigi, walaupun kanak-kanak itu ialah anak musuhnya (baca dari buku.m.s. 22).

  • Moral Virtues5) (*) Jadi kalau kita melakukan sesuatu yang baik, perbuatan itu adalah selaras dengan sifat semulajadi kita.dan jika melakukan sesuatu yang jahat atau buruk, itu memang bertentangan dengan sifat semulajadi kita.

  • Peter Singer (Practical ethics, 1979, p.11)[Philosophers] agree that the justification of any ethical principle cannot be in terms of partial or sectional group. Ethics takes a universal point of view. This does not mean that a particular ethical judgment must be universally applicable. Circumstances may alter causes. What it does mean is that in making ethical judgments we go beyond our likes and dislikes. From the ethical point of view the fact that it is I who, say, a more distribution of income and you, say, who lose by it, is irrelevant. Ethics requires us to go beyond I and you to the universal law, the universal judgment, the standpoint of the impartial spectator or ideal observer, or whatever you choose to call it.