note 15 air-conditioning regular preventive maintenance

21
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME C - 010 - 2 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT 10.09 CHECK OPERATING CONDITION OF THE MACHINES 10.10 CHECK THE SERVICES CONTROL SYSTEM 10.11 CHECK & SERVICE THE WIRING LAY-OUT 10.12 CHECK & SERVICE THE MOTOR & BLOWER FAN OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE CHECK AND SERVICE EVERY PART OF THE AIR- CONDITONING UNIT IT‟S FUNCTIONING AS REQUIRED BY USING PROPER METHODS SO THAT THE MACHINES ARE FREE FROM ANY BREAKDOWN NO. KOD / CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka : 1 Drpd : 22 TAJUK : PENGUJIAN DAN PENYELENGARAAN UNIT PENYAMAN UDARA TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan 1. Tujuan pengujian dan penyelenggaraan 2. Teknik-teknik pengujian dan penyelengaraan 3. Kaedah pengujian berdasarkan carta psikrometrik

Upload: shafizi-shafie

Post on 28-Nov-2014

2.452 views

Category:

Education


18 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME

C - 010 - 2 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING

NO DAN TAJUK

MODUL / MODULE NO

AND TITLE

M15 – AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE

MAINTENANCE

NO. DAN

PERNYATAAN

TUGASAN / TASK(S)

NO. AND STATEMENT

10.09 – CHECK OPERATING CONDITION OF THE

MACHINES

10.10 – CHECK THE SERVICES CONTROL SYSTEM

10.11 – CHECK & SERVICE THE WIRING LAY-OUT

10.12 – CHECK & SERVICE THE MOTOR & BLOWER

FAN

OBJEKTIF MODUL /

MODULE OBJECTIVE

CHECK AND SERVICE EVERY PART OF THE AIR-

CONDITONING UNIT IT‟S FUNCTIONING AS

REQUIRED BY USING PROPER METHODS SO THAT

THE MACHINES ARE FREE FROM ANY BREAKDOWN

NO. KOD / CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka : 1 Drpd : 22

TAJUK : PENGUJIAN DAN PENYELENGARAAN UNIT PENYAMAN UDARA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan

1. Tujuan pengujian dan penyelenggaraan

2. Teknik-teknik pengujian dan penyelengaraan

3. Kaedah pengujian berdasarkan carta psikrometrik

Page 2: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 2 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Pengenalan : - Pengujian dan penyelenggaraan keatas unit penyanyaman udara dilakukan setelah kerja-kerja pemasangan selesai. Pengujian yang dijalankan kesemua bahagian termaksuklah pengujian keatas bahagian mekanikal dan elektrikal unit berkenaan. Pengujian dan penyelenggaraan unit penghawa dingin haruslah dilakukan secara berjadual supaya kecekapan unit berkenaan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Tujuan Pengujian dan penyelenggaraan

1. Memastikan unit dapat beroperasi dengan cekap dan selamat untuk digunakan. 2. Memastikan keselesaan pengguna 3. Mengurangkan kos baik pulih unit penyaman udara 4. Memastikan operasi unit penghawa dingin lebih lancar

Bahagian-bahagian yang perlu diuji dan diselenggara.

Cooling coil

Condensing unit

Bahagian kawalan elektrik dan elektronik

Persekitaran. Pengujian dan penyelenggaraan bahagian "Cooling Coil". Cooling coil atau lebih dikenali sebagai penyejat berfungsi untuk menyerap kandungan haba yang terdapat pada sesuatu ruang. Jika kecekapan berkurangan, jumlah haba tidak dapat dikeluarkan dari ruang berkenaan dengan sempurna. Ini akan menyebabkan ruang berkenaan tidak dapat dinyamankan oIeh unit penghawa dingin. Selain itu juga, masalah yang mungkin timbul pada bahagian penyejat akan menyebabkan keselesaan penggunaan tidak dapat diwujudkan.

BIL PERKARA ILUSTRASI

1.

Periksa penyaring udara yang terdapat digegelung kipas anda setiap 3-4 minggu. Bersihkan atau ganti penyaring udara jika perlu. Jika anda menggunakan penyaring guna semula (reusable filter), pastikan bahawa penyaring tersebut benar-benar kering sebelum anda memasang semula.

2.

Bersihkan gegelung dalaman dengan alat pembersih vakum dengan menggunakan attachment yang mempunyai berus yang lembut. Buangkan sebarang habuk yang terdapat pada bahagian atas dan bawah gegelung tersebut.

3.

Gunakan tuala lembab yang bersabun untuk menbersihkan alat pendingin hawa. JANGAN sesekali menuang air kedalam unit. JANGAN gunakan petrol, larutan atau serbuk penggosok kerana bahan-bahan ini hanya akan merosakan unit pendingin hawa.

Page 3: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 3 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Pengujian dan penyelenggaraan bahagian "Condensing Unit" Condensing unit berperanan untuk menyingkirkan haba yang diperangkap oleh evaporator. Haba ini disingkirkan melalui medium udara yang dihasilkan oleh kipas penghembus. Jika lapisan fin condensing diliputi oleh bendasing. Kadar penyingkiran hababterbabit akan berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan keupayaan unit penghawa dingin berkenaan akan terjejas. Diantara sintom-sintom yang berlaku ialah tekanan bahagian discharge akan meningkat seterusnya pemampat akan mengalami beban lampau. Untuk membersihkan sirip/fin berkenaan, terdapat dua kaedah yang dicadangkan iaitu :-

o Pancutan Air bersih o Semburan Aircond Coil Cleaner

Pancutan Air bersih

Kaedah pancutan air bersih ini lebih selamat dan ekonomi untuk digunakan. Semburan air menggunakan water pump bertindak untuk menyingkirkan bendasing yang menutupi fin/sirip condensing. Sekiranya anda ingin mempraktikkan kaedah ini, pastikan bahagian elektrik ditebat dan saluran masukan condenser ditutup supaya air tidak dapat memasukinya. Semburan Aircond Coil Cleaner (Alkaline 922)

Kaedah semburan kimia menghakis merupakan salah satu kaedah untuk menyingkirkan bendasing yang meliputi sirip/fin condenser coil. Tindakbalas kimia akan berlaku apabila campuran bahan berkenaan bertindakbalas dengan logam. Wasap putih akan terhasil apabila cecair kimia berkenaan mangenai fin/silip condenser coil.

Pastikan langkah-Iangkah keselamatan diutamakan semasa melaku aktiviti ini. Ini adalah kerana sifat bahan kimia yang beracun dan menghakis menyebabkan kulit dan anggota badan kita mungkin mengalami kesan sampingan dan kecederaan.

Untuk menggunakannva, campurkan bahan kimia Alkaline 922 bersama air bersih mengikut nisbah 1 : 5 hingga 10. Semburkan pada fin/sirip condenser biarkan seketika, Tindakbalas kimia akan berlaku, tunggu sehingga tindakbalas berkenaan tamat.

Campuran Alkaline 922 bersama-sama air bersih mestilah dilakukan dalam bekas yang tertutup. Anda boleh melakukannya pada balang alat semburan mengikut sukatan yang ditunjukkan. Sila baca arahan-arahan yang terdapat pada bekas bahan kimia Alkaline 922.

Page 4: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 4 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Bahagian kawalan elektrik dan elektronik

a) Uji pusingan kipas o arah pusingan kipas boleh dilihat pada

tanda anak panah yang terdapat pada sesebuah unit penyaman udara.

o Dalam sesetengah kes, kipas dikehendaki berpusing pada arah berlawanan supaya jumlah aliran udara yang kecil dapat dihasilkan.

o Sekiranya kipas berkenaan berpusing pada arah yang salah, anda boIehlah menguji sambungan wayar pada terminalnya. Dengan menterbalikkan wayar sambungan, arah pusingan kipas juga akan bertukar.

b) Uji kadar kebisingan dan gegaran yang luar biasa pada unit.

o Gegaran dan kebisingan adalah perkara normal pada sebuah alat penyaman

udara. Tetapi keadaan berlainan sekiranya kadar kebisingan dan gegaran menjadi luar biasa.

o Lakukan pengujian secara visual dengan mencari bahagian-bahagian yang menghasilkan bunyi atau gegar tersebut.

o Alas unit dengan getah penyerap gegaran atau ketatkansemula tambatan skru atau nut pada unit sekiranya keadaan berterusan.

c) Uji voltan bekalan

o Voltan bekalan hendaklah diuji supaya unit

penyaman udara memperolehi jumlah voltan mencukupi untuk beroperasi.

o Voltan bekalan haruslah memenuhi syarat sebanyak ±10% dari jumlah voltan asalnya.

d) Pastikan thermostat berfungsi dengan baik

o Laraskan pada julat suhu terkecil unit dan tunggu sehingga cooling coil mencapai suhu yang dilaraskan tadi. Unit akan “Cut Off” pada bahagian outdoor unit. Ini menunjukkan thermostat berfungsi dengan baik.

o Kemudian uji dengan genggaman tangan anda atau air yang panas pada bahagian thermostat yang sejuk tadi. Outdoor unit akan beroperesi kembali, ini menunjukkan thermostat berfungsi dengan baik.

Page 5: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 5 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

e) Uji / ukur arus larian (Running current)

o Operasikan unit penyaman udara, dapatkan nilai arus pada saat operasi unit berkenaan.

o Pastikan arus larian tersebut kurang daripada 110% dari julat asal arus lariannya (pengoperasian yang normal)

o Sekiranya arus mula melebihi julat tersebut, „Overload Current Relay‟ akan berfungsi.

f) Ukur suhu pada bahagian "point" tertentu.

o Sekiranya beza bacaan ukuran suhu udara mengalir sebelum dan selepas condenser dan evaporator melebihi 80C (46.4°F), maka kapasiti penyejukan adalah baik.

g) Pastikan peratatan kesefamatan seperti "high pressure switch" berfungsi.

o Uji injab tekanan tinggi pada unit penyamanan udara

berkenaan. Unit akan berhenti beroperasi pada kedua-dua bahagian utama Indoor dan Outdoor.

o Sekiranya overload yang berfungsi, maka ini menunjukkan "high pressure switch" gagal berfungsi.

h) Rekod data operasi unit.

o Segala bacaan ukuran dan ujian hendaklah dinyatakan didalam Rekod Pengujian untuk dijadikan rujukan pada masa-masa yang akan datang.

Page 6: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 6 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

i) Terangkan kaedah operasi dan selenggara penyaman udara pada pelanggan.

o Apabila kerja-kerja pengujian dan ujian larian selesai, terangkan kepada pelanggan anda kaedah mengguna/operate unit dengan betul berdasarkan manual unit berkenaan.

Menguji komponen elektrik

1. Menguji galangan ketebatan

o Bacaan pengujian ketebatan yang terbaik ialah 2MΩ kerintangan ketebatannya.

2. Menguji ketebatan kabel bekalan

elektrik o Kepit/clamp wayar bumi “ground”

dengan wayar Life, kemudian lakukan pengujian ketebatan.

o Kepit/clamp wayar bumi “ground” dengan wayar Neutral, kemudian lakukan pengujian ketebatan

3. Menguji ketebatan pada Indoor unit

o Kepit/clamp plat aluminium fin atau tiub kuprum dengan terminal wayar bumi “ground”.

4. Menguji ketebatan pada Outdoor unit

o Kepit/clamp pada bahagian logam pada outdoor unit dengan terminal skru terminal bekalan kuasa

5. Mengukur rintangan ketebatan pada

perkakasan elektrik. o Tanggalkan sambungan/disconnect

semua sambungan wayar pada terminal skru seperti plug, kapasitor dan sebagainya. Lakukan pengujian ketebatan

o Sila rujuk Iitar skematik.

Page 7: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 7 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Bahagian pengukuran Pengukuran hendaklah dilakukan pada bahagian penting unit penyaman udara untuk menentukan speksifikasi pemasangan itu betul. Antara bahagian-bahagian yang perlu dijalankan pengukuran ialah :-

1. Voltan bekalan dan arus larian unit.

2. Tekanan o Discharge pressure o Suction Pressure

3. Suhu o Suhu yang dijana pada condenser dan evaporator unit penyaman udara o Suhu udara yang melalui condenser dan evaporator o Suhu bahan pendingin pada bahagian discharge o Suhu bahan pendingin pada bahagian suction o Suhu bahan pendingin sebelum expansion valve

Page 8: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 8 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Berdasarkan kepada gambarajah, semua bacaan dan ujian hendaklah direkod pada sebuah rekod penyelenggara adalah bertujuan memudahkan mekanik meneliti dan mengemaskini rekod supaya kerja-kerja penyelenggara tidak bertindih dengan yang lain. Disamping itu juga, rekod ini boleh dijadikan rujukan jika unit penghawa dingin berkenaan mengalami kerosakan.

Page 9: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 9 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Page 10: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 10 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

PENGUJIAN BERDASARKAN CARTA PSIKROMETRlK

Pengenalan

Psikrometri adalah kaedah yang digunakan untuk mengkaji sifat-sifat udara. Dalam sistem penyamanan udara, kaedah psikrometri melibatkan pengiraan dan penentuan sifat udara Iuar dan udara yang dibekalkan kedalam bilik yang didinginkan. Psikrometri dapat menjadikan keadaan udara lebih.selesa dengan penggunaan penyamanan udara. Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, pendinginan,pelembapan, penyahlembapan,kitaran dan pembersihan udara. Taksiran Pengujian berdasarkan Psychrometric Chart

Psikometri Sains dan amalan berhubung dengan sifat-sifat udara dan cara-cara mengawalnya adalah sangat komplek. Dalam penyamanan udara, Psikometric merangkumi pengukuran dan penentuan sifat-sifat udara luar dan udara yang ada didalam bangunan atau bilik yang dinyamankan. Psikometrik juga menentukan keadaan udara yang selesa untuk penyamanan udara. Definisi Udara Udara adalah sesuatu yang menepati ruang. Udara disekeliting kita mengandungi 21% oksigen, 78% nitrogen dan 1% gas nadir. Udara terbahagi kepada 3 bahagian :- Udara kering - udara yang tidak mengandungi lembapan. Kelembapan mutlaknya ialah 0%

Udara basah - udara yang mengandungi kandungan lembapan, iaitu mengandungi

campuran udara kering dengan stim.

Udara Tepu - udara mengandungi kandungan stim tetapi terhad. Sekiranya kandungan

stim berlebihan, maka stim akan bertukar kepada titik air. Kelembapan nisbi

udara tepu ialah 100%.

Page 11: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 11 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Sifat-sifat udara.

1. Udara adalah campuran beberapa jenis gas. lanya tidak berbau, Udara dapat dilihat,

tiada citarasa dan hanya dapat dirasai sahaja oleh kulit manusia. 2. Komposisi udara dalam isipadu ialah 18% nitrogen, 21% Oksigen, 1% Argon dan

0.03% - 0.04% karbon. 3. Komposisi ialah campuran oksigen dan nitrogen 4. Campuran tersebut lebih kurang sama sahaja diseluruh dunia. 5. Udara disekeliling kita ialah campuran udara kering dan wap air yang disebut

kelembapan (humidity). Bidang Psikrometri Bidang psikrometri mempunyai hubungan dengan carta psikrometer, iaitu menerangkan dengan jelas tentang perkara-perkara berikut :-

a) Berat lembapan b) Entalpi c) Takat embun d) lsipadu tentu e) Suhu tepu f) Suhu bebuli kering g) Suhu bebuli basah h) Kelembapan i) Kelembapan tentu j) Kelernbapan nisbi (kelembapan bandingan)

SBK / DB (Suhu Bebuli Kering / Drier Bulb) Suhu udara yang disukat/diukur oleh rasa suhu dalam keadaan udara kering. Pada Carta Psikometrik, skala SBK ditunjukkan di bahagian bawah iaitu garisan bawah mengufuk sepanjang tapak carta psikometrik. SBB / WB (Suhu Bebuli Basah / Wet Bulb) Suhu yang diukur oleh rasa suhu dalam keadaan udara basah. Pada kebiasaannya, suhu bebuli basah lebih tinggi daripada suhu bebuli kering. Garisan SBB ialah diatas carta psikometrik dimana ianya hamper dengan garisan entalpi. la menegak ke bawah dan garisan lengkung tepu.

Page 12: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 12 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Kandungan kelembapan (Humidity )

Kandungan wap air yang berada didalam udara. Kandungan wap air dalam udara bergantung pada suhu udara dimana kita ketahui udara panas boleh menyerap lebih banyak haba dan udara sejuk. Kelembapan Nisbi (Nisbi Humidity) Kelembapan nisbi ialah jumlah sebenar lembapan dalam udara berbanding dengan jumlah atau maksimum lembapan dalam udara yang dikandung. Untuk menghitung kelembapan nisbi formula berikut boleh digunakan :

Berat tentu udara basah Berat tentu udara tepu

Unit kelembapan nisbi ialah dalam % Berat tentu pula diperolehi dengan menggunakan formula berikut :

Berat lembapan lsipadu udara basah

Unit berat tentu ialah dalam kg/m3

Jumtah Kandungan kelembapan didalam udara yang sedia ada dan dibandingkan denqan jumlah maksima udara tersebut. Boleh menyerap kelembapan pada suhu yang diberikan. Kefembapan nisbi disebut didalam peratus. Skala kelembapan Nisbi bermula daripada gatisan lengkung tepu dan nap-flap gafisan bertambah sebanyak 10%. Kelembapan Tentu Kelembapan tentu ialah berat lembapan yang dikandung oleh udara. Formula kelembapan tentu ialah:

__stim______ Udara kering

Unit kelembapan tentu ialah kg/kg

Page 13: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 13 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Titik embun (Dew point) Dew point ialah suhu dimana kandungan lembapan berada pada titik tepu atau kelembapan nisbi mencapai 100%. Diatas carta psikometlik, garisan lengkung tepu menunjukkan skala suhu titik embun. Suhu titik embun ini boleh dicari dengan menggunakan garisan mengufuk dan suhunya boleh dibaca pada lengkungan tepu iaitu bersamaa SBB. Dengan kata lain, takat embun ialah suhu apabila wap air mula memeluwap atau suhu apabila kelembapan nisbah 100%.

Suhu Tepu Suhu tepu ialah takat apabila stim mula memeluwap lsipadu tentu lsipadu tepu ialah jumlah isipadu udara basah yang terkandung didalam 1 Kg udara kering dimana unitnya ialah m2/kg. Formula untuk menghintung isipadu tentu :

lsipadu udara basah 1 Kg udara kering

Page 14: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 14 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Enthalpi Enthalpi ialah jumlah kuantiti haba. Enthalpi sangat mustahak untuk menentukan jumlah haba yang ditambah atau disingkirkan daripada udara dalam sesuatu proses penyamanan udara. Enthalpi boleh dicari diatas carta psikometrik dengan merujuk pada garisan terletak diatas garisan SBB. Garisan ini akan melintasi garisan lengkung tepu dan terus ke skala enthalpy. Formula untuk menghitung entalpi

Entalpi udara basah 1 kg udara kering

Unit entalpi ialah kJ/kg

Berat Lembapan Berat lembapan ialah jumlah kandungan lembapan seberat 1 gm pada setiap 1 kg udara kering.

Page 15: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 15 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Page 16: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 16 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Kaedah penggunaan carta prikrometer a) Suhu bebuli basah dan bebuli kering diberi. Contoh :-

Dengan menggunakan carta prikrometer, cari kelembapan nisbi jika suhu bebuli kering 400C dan suhu bebuli basah 250C.

Penyelesaian : -

Page 17: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 17 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

b) Suhu bebuli kering, suhu bebuli basah dan kelembapan nisbi diberi Contoh :- Diberi suhu bebuli kering 360C, kelembapan nisbi 50% dan suhu bebuli basah 270C dengan menggunakan carta prikrometer cari suhu takat embun. Penyelesaian :-

Page 18: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 18 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Comfort Zone (Julat suhu dan kelembapan nisbi yang selesa) Suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi tidak akan memberi keselesaan yang dikehendaki. Kelembapan nisbi yang rendah membenarkan haba disingkirkan daripada tubuh manusia secara penyejatan. Ini disebabkan kelembapan yang rendah adalah nisbi yang kering dan bersedia untuk menyerap lembapan. Kelembapan nishi yang tinggi memberi kesan yang berbeza,iaitu memperlahankan proses penyejatan dan mengurangkan kecepatan penyingkiran haba secara penyejatan.

Suhu badan manusia ialah 370C dan julat suhu yang selesa ialah diantara 10 hingga 150C, dengan suhu udara yang dinyamankan. lni bermakna suhu yang sesuai ialah antara 200C hingga 250C begitu juga dengan kelembapan nisbi udara yang selesa iaitu antara 30% hingga 70% KN

Page 19: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 19 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Latihan :

1. Kira kelembapan nisbi udara yang mempunyai suhu bebuli kering dan bebuli basah seperti berikut.

Suhu bebuli kering Suhu bebuli basah

170C 100C 100C 50C 260C 210C 300C 240C 13°C 80C

2. Cari nisbi bebuli kering udara yang mempunyai suhu babuli basah dan kelembapan

nisbi seperti berikut.

Suhu bebuli basah Kelembapan nisbi

210C 80% 40C 10% 230C 55% -10C 18% 160C 60%

3. Cari suhu bebuli basah udara yang mempunyai suhu bebuli kering dan kelembapan

nisbi seperti berikut.

Suhu bebuli kering Keiembapan nishi

350C 45%

280C

28"C

50%

25CC 60%

150C 80%

50C 75%

4. Cari takat embun (dew point) dan kandungan lembapan yang mempunyai suhu bebuli kering dan suhu bebuli basah seperti berikut.

Suhu bebuli keling Suhu bebuli basah

500C 300C

420C 19.50C

370C 250C

180C 110C

60C 10C

Page 20: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 20 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)

Page 21: NOTE 15 AIR-CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

NO. KOD /CODE NO C-010-2/LG 15/LE 02/IS 01 Muka: 21 Drpd: 22

Modul 15– Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)