nurul nazieha binti mohumad nazi
TRANSCRIPT
i-WIN Library
Perpustakaan Internasional Waqaf Illmu Nusantara
Office: Centre for Policy Research and International Studies (CenPRIS)
Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia 11800
E-mail: [email protected]
Visit us at: https://www.waqafilmunusantara.com
Title : Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Masyarakat Melayu
Tradisional
Author(s) : Nurul Nazieha Binti Mohumad Nazi
Institution : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Category : Article, Competition
Topics : History
KERAJAAN DAN MASYARAKAT MELAYU
TAJUK:
STRUKTUR POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DALAM
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NAZIEHA BINTI MOHUMAD NAZI
1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Apabila membicarakan tentang struktur masyarakat Melayu tradisional, ianya
merupakan satu perbincangan pensejarahan atau satu bentuk kehidupan masyarakat
yang tidak dapat dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sejarah awal kemunculan zaman ini adalah disebabkan oleh kewujudan sebuah kerajaan
yang mampu membentuk sebuah masyarakat melayu yang mempunyai sistem serta
struktur tersendiri. Malah, apa yang menarik lagi adalah apabila terdapat sebahagian
daripada sistem tersebut yang masih lagi diguna dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Secara amnya, masyarakat Melayu tradisional ini merupakan satu istilah. Jadi,
pendefinisiannya haruslah merujuk kepada maksud siapa itu orang Melayu dan zaman
tradisi yang diwakilinya. Orang Melayu menurut Andaya dalam “A History of
Malaysia” adalah mereka yang beragama Islam dan juga bertutur menggunakan bahasa
Melayu.1 Manakala menurut Muhammad Yusoff Hashim dalam bukunya, “Kesultanan
Melayu Melaka” berpendapat bahawa orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan.
Dimana kumpulan pertama adalah merupakan bumiputera Melayu atau orang Melayu
tempatan yang sememangnya berasal dari Melaka. Manakala kumpulan kedua adalah
mereka yang dari Nusantara.2 Oleh itu, mereka yang berasal dari Kalimantan,
Kepulauan Indonesia dan Filipina juga termasuk sebagai orang Melayu.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan menarik dalam makalah “Commerce and
Social Change Among Nusantara Malays” oleh Abdul Maulud Yusof yang berpendapat
bahawa;
“Nusantara Malays are the indigenous groups which have populated the
present Malay Penisula, Kalimantan, the Islands of Indonesia and the Philippines.
Before the arrival of the Hindu, Islamic and Christian faiths, the Nusantara Malays
were a cultural entity, thriving in ports and inland settlements”.3
Selain itu, pembuktiaan terawal berkenaan masyarakat Melayu ini juga dapat
dilihat melalui penemuan di dalam catatan Ptolemy yang menyatakan bahawa penutur
bahasa Austronesia telahpun mengisytiharkan diri mereka sebagai “Melayu” sejak awal
abad ke-2 Masihi lagi. Malah, penemuan ini juga telah membuktikan bahawa bangsa
Melayu sebenarnya telah bertapak sejak dahulu lagi dan masih kekal lagi sehingga ke
hari ini. Tambahan, menurut sejarawan barat iaitu Robert Hein van Geldernlah, beliau
berpendapat bahawa telah berlaku dua fasa penghijrahan dalam pembentukan
1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, A History of Malaysia, London: Macmillan Press Ltd., 1982, hlm.3. 2 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.275. 3 Abdul Maulud Yusof, “Commerce and Social Change Among Nusantara Malays”, Malaysia in History, Jil.23, 1980, hlm.113.
masyarakat di Kepulauan Melayu.4 Dimana pada peringkat pertama merangkumi
perpindahan dalam kalangan nenek moyang orang asli ke Kepulauan Melayu sejak 2500
tahun yang lalu. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai etnik seperti Sakai, Terniar,
Jakun dan Seman dimana mereka ini juga dikategorikan dalam golongan Melayu-Proto.
Manakala dalam peringkat kedua pula iaitu golongan Melayu-Deutro, penghijrahan
berlaku apabila nenek moyang orang melayu telah berpindah ke Kepulauan Melayu
sekitar 1500 tahun yang lalu.
Walaubagaimanapun, ciri-ciri utama berkenaan indentiti masyarakat Melayu itu
adalah merupakan satu bangsa yang beragama Islam, menuturkan bahasa Melayu
sebagai alat berkomunikasi dan mengamalkan kehidupan masyarakat Melayu yang
penuh dengan adat dan peraturan.5 Oleh itu dapat disimpulkan bahawa masyarakat
melayu tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang
mengamalkan adat istiadat yang telah sebati dan kekal secara turun-temurun dalam
kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan
perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain juga, perubahan diterima dengan
penyesuaian keadaan setepat. Dengan ini unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi
dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.
2.0 POLITIK MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
2.1 KONSEP POLITIK TRADISIONAL
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, sultan mempunyai kuasa
yang mutlak dan sentiasa berada di kedudukan yan tertinggi. Rakyat akan sentiasa akur
serta patuh dengan menjunjung kedaulatan raja. Ini kerana raja dianggap sebagai wakil,
bayangan atau jelmaan tuhan di muka bumi ini. Misalnya dalam Sejarah Melayu, raja
disebut sebagai “dzi Allah fil’alam”. Konsep ini sebenarnya adalah kesinambungan
daripada zaman Pra-Islam di Alam Melayu yang menyatakan bahawa raja itu
‘dewasakhti atau devaraja’.6 Malah konsep ini juga ada diceritakan dalam cerita
penglipurlara Melayu iaitu Hikayat Malim Dewa ;
"Bukan teluk parang-parang
Anak ketam di dalam padi
Telutuk dilepuh-lepuh
Erayang dibalik rumah
Bukannya makhluk hak sebarang-barang
4 Mohammed anwar omar Din, The Malay Origin: Rewrite Its History, Jurnal Melayu, Vol 7(2011), hlm.4. 5 Mohd. Taib Osman,1989, Masyarakat Melayu: struktur, organisasi dan manifestasi, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 11.
6 Heine Geldern, 1944, Conception of state and kingship in Southest Asia, JMBRAS, Kuala Lumpur, hlm 22.
Cucu Adam sepian Nabi
Turun dari langit yang ketujuh
Jadi khalifah kepada Allah"
Jelaslah disini bahawa masyarakat pada ketika itu terlalu menyanjungi serta
mentaati akan pemerintah mereka. Tambahan pula, asas dalam hubungan politik
Melayu ini sebenarnya telah berteraskan kepada satu perjanjian. Perakuan ini berlaku
antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Si Perba yang mewakili
raja atau pemerintah. Perjanjian dan perakuan tersebut berbunyi :
“Adapun Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan menjadi hamba ke bawah duli
yang dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika ia
berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista dengan kata-kata
yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jika berlaku pada hukum syarak.”
– Demang Lebar Daun.
“Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada
anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’ – Sang Si Perba.
“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dulu mengubah ia, maka anak cucu
patik pun mengubahkannya.” – Deman Lebar Daun.
“Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”7 – Sang Si Perba.
Inilah perjanjian awal yang telah mengikat kesetiaan daan memberi
perlindungan antara pemerintah dan rakyat. Walaupun kedua-dua mereka merupakan
pemimpin pada ketika itu tetapi sikap tolak ansur Deman Lebar Daun telah memberi
laluan kepada Sang Si Perba. Tambahan, persetiaan atau perjanjian ini sekaligus telah
memberi kebenaran kepada raja untuk memerintah dan golongan yang perlu
mendaulatkan raja itu adalah rakyat. Apabila rakyat menerima kedaulatan raja, maka
rakyat perlu menerima pemerintahan dan sistem perundangan yang diletakkan oleh raja.
Raja pula tidak boleh mengaibkan, menista, mengkeji atau memalukan rakyat. Dapat
kita lihat, satu hal yang menarik ialah seandainya ada pihak yang mengubah persetiaan
ini maka kedua-dua pihak akan menerima hukum Allah. Jelaslah bahawa perjanjian ini
tidaklah bersifat berat sebelah kepada mana-mana pihak.
2.2 PEMBAHAGIAN UNIT POLITIK
Terdapat tiga unit politik yang telah diwujudkan bagi melicinkan sistem
pentadbiran tradisional ini. Antara unit politiknya adalah :
i) Peringkat Negeri
Peringkat ini merupakan unit politik yang paling besar. Jadi dari segi politiknya,
raja atau sultan yang akan menjadi pemerintah dalam peringkat ini. Memandangkan
7 A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019, hlm.25.
sultan berada di kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan maka
bagindalah yang akan menjadi menjadi ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak
dan rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat juga perintah sultan yang boleh dijadikan sebagai undang-
undang. Bahkan, selain daripada menggubal undang-undang, baginda juga boleh
menjatuhkan hukuman termasuklah hukuman bunuh serta berhak juga untuk
mengampunkan pesalah.
Dalam aspek politik juga, sultan berhak menentukan hubungan diplomatik. Hal
ini kerana sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar. Oleh kerana itu,
perjanjian dengan kuasa-kuasa asing itu tidak akan sah jika tidak ditandatangani oleh
sultan. Sebagai contoh, Parameswara merupakan antara pemerintah yang sangat aktif
dalam menjalankan hubungan diplomatik seperti bekerjasama dengan kerajaan China.
Namun, walaupun peringkat ini diketuai oleh raja atau sultan tetapi golongan
pembesar juga bertanggungjawab dalam membantu untuk melicinkan segala urusan
pentadbiran negeri. Sesebuah negeri adalah tertakluk di kawasan muara sungai yang
besar. Jadi, bagi pembahagian kawasan, ianya ditentukan melalui sempadan negeri
melalui faktor geografi dan juga sungai pada ketika itu. Oleh itu, kuala sungai pada
ketika itu telah dijadikan sebagai ibu negeri masing-masing. Kedudukan yang strategik
ini dipilih kerana ianya sangat berguna bagi membolehkan seseorang pemerintah itu
mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar.
ii) Peringkat Daerah
Peringkat ini terletak jauh sedikit dari ibu kota dan pusat pentadbiran sesebuah
negeri. Daerah juga merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebgai
alat perhubungan. Sesebuah daerah berkemungkinan merangkumi satu atau kedua-dua
bahagian tebing sungai negeri itu. Ianya dikawal oleh seorang pembesar tempatan yang
digelar Dato’ dan turut dibantu oleh beberapa orang penolong yang terdiri daripada
kerabatnya sendiri. Sempadan daerah ini telah ditentukan oleh sempadan sungai.
Pembesar dalam peringkat daerah ini juga berfungsi dalam menjalankan
pentadbiran daerah atau tempatan. Selain itu, mereka ini juga bertanggungjawab
menjaga keamanan daerah masing-masing, memungut cukai, menjadi utusan raja serta
menjadi orang perantaraan antara golongan pemerintah dengan rakyat. Jadi, sekiranya
terdapat sebarang titah perintah dari sultan di istana maka golongan inilah yang akan
menyampaikan berita tersebut kepada rakyat biasa.
iii) Peringkat Kampung
Unit politik pada peringkat ini merupakan unit yang paling kecil.
Pentadbirannya terletak di dalam kawasan pedalaman dan juga pinggir-pinggir sungai
ataupun laut. Penghulu atau penggawa merupakan orang yang dipertanggungjawabkan
untuk memerintah dan mengetuai dalam peringkat ini. Mereka ini ditadbir oleh para
pembesar tetapi dilantik oleh sultan dari keluarga yang baik-baik dan dianugerahkan
juga surat tauliah kepada mereka. Penghulu ini pada dasarnya juga merupakan rakyat
biasa sahaja tetapi mempunyai status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Malah,
mereka ini boleh dikatakan mempunyai tugas dan fungsi yang sama seperti pembesar
tetapi konteks tugasnya yang lebih kecil sedikit iaitu hanya tertumpu dalam penduduk
kampung sahaja.
Penghulu berkuasa penuh kepada anak buahnya. Kadangkala, penghulu
diarahkan untuk membekalkan dan menyedia tenaga buruh kepada pembesar atau
sultan. Tujuannya adalah bagi mengendalikan kerja-kerja membuat istana, membina
jalan, mengerjakan sawah dan lain-lain. Malah, penghulu juga bertanggungjawab untuk
mengerah dan mengumpul rakyat bagi tujuan peperangan. Selain itu, penghulu juga
berperanan memastikan seluruh penduduk kampung di bawah jagaannya memberi taat
setia kepada sultan, di samping menjaga keselamatan kampung.
2.2 HUBUNGAN DIPLOMATIK
Apabila bercerita tentang hal-hal politik, sudah tentu tidak asing lagi bagi kita
mendengar tentang hubungan diplomatik yang diadakan oleh sesuatu kerajaan yang
terlibat. Begitu juga yang berlaku pada zaman masyarakat Melayu tradisional pada
suatu ketika dahulu. Dapat kita lihat bahawa Melaka merupakan sebuah negeri
berkerajaan Melayu yang mempunyai pentadbiran sangat sistematik. Oleh itu ia juga
mempunyai pemerintah yang bijaksana dalam menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
Misalnya, pemerintah Melaka iaitu Parameswara pada suatu ketika dahulu merupakan
seorang pemerintah yang bijak dalam menyusun strategi bagi memajukan negeri yang
ditadbirnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila Parameswara mula mendapatkan
perlindungan dari kuasa besar seperti China melalui hubungan diplomatik yang
diadakan dengan negara tersebut. Pada asalnya, hubungan diplomatik itu diadakan bagi
mengelakkan Melaka diserang oleh ancaman Siam.8
Hubungan diplomatik antara Parameswara dan kerajaan China ini bermula
semasa kedatangan rombongan kerajaan Ming yang singgah di Melaka. Rombongan
tersebut diketuai oleh Laksamana Ying Ching dan akhirnya bersetuju untuk meletakkan
Melaka di bawah tanah naungannya. Berikutan itu, Parameswara telah pun mendapat
pengiktirafan sebagai Raja Melaka daripada Maharaja Ming Cheng Zu (Yu Lo). Bukan
itu sahaja, Maharaja Ming Cheng Zu juga turut merasmikan sebuah bukit sebagai tiang
seri negeri dengan menegakkan sebuah batu bersurat yang dikirimkan di atasnya
melalui kiriman surat pada tahun 1405 Masihi.
Selain itu, dikirimkan juga beberapa alat kebesaran seperti cop mohor dan
pakaian kepada Parameswara. Menurut Abdul Haji Hj. Hassan; 1986:166, kerajaan
Ming juga turut mengirimkan beberapa alat kebesaran diraja seperti cop mohor dan
sepersalinan pakaian diraja untuk kegunaan dalam pemerintahan Parameswara. Oleh
itu, hubungan antara negeri Melaka dan Kerajaan Ming menjadi semakin baik dan
akrab. Buktinya, kedua-dua kerajaan tersebut saling menjaga kepentingan antara satu
sama lain. Contohnya, Maharaja Cheng Zu (Yung Lo) pernah memberikan bantuan
8 Asmad, (ed), 1983, Dokumentasi: SeminarSejarah Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, hlm 27.
perlindungan kepada pemerintahan Parameswara apabila Melaka diserang oleh Siam
dengan cara menghantar Laksamana Cheng Ho (Zheng He) ke Siam untuk memberi
amaran supaya tidak menganggu Melaka lagi.
Semasa pemerintahan Parameswara, beliau juga pernah menghantar sebanyak
lima perwakilan ke China, tidak termasuk dirinya sendiri pada tahun 1411 Masihi. Tiga
daripada perwakilan tersebut diketuai oleh Abdullah Kasim (A-pu-la-chia-hsin) pada
tahun 1409, Seri Samalan Jaya (Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya) iaitu anak saudara perempuan
Parameswara pada tahun 1412 dan pada tahun 1413 dihantar pula Seri Diraja (Sai-li-la-
che) iaitu anak Parameswara sendiri. Tujuan perwakilan ini dikatakan bagi mengeratkan
lagi hubungan antara Melaka dengan China sekaligus bagi memajukan urusan
perdagangan anatara kedua negeri tersebut. (W. Gungwu; 1968:48)
Putera Raja Melaka, Mu-ka-sa-yu-ti-er-sha, telah menghadap ke istana, dan
menjelaskan tentang kemangkatan ayahandanya pa-li-mi-su-la. Satu perintah
telah dikeluarkan yang mengatakan Mu-kan-sa-yu-er-sha akan menggantikan
ayanhandanya sebagai raja dan hadiah-hadiah berupa emas, perak, kain
bersulam emas, sutera halus, tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam
dengan benang emas telah dianugerahkan.
(Wang Gungwu; 1968:48)
Mengikut catatan China, pada tahun 1435 Masihi satu rombongan dari Melaka
yang dipimpin oleh Megat Iskandar Syah, anak Parameswara telah sampai ke China.
Kedatangan rombongan tersebut adalah untuk memberitahu tentang berita kemangkatan
ayahandanya. Seraya mendengar berita tersebut, Megat Iskandar Syah telah ditabalkan
untuk menjadi pemerintah di Melaka bagi menggantikan tempat ayahandanya sebagai
raja. Selain itu, beberapa hadiah seperti emas, perak, kain bersulam emas, sutera halus,
tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan emas telah diberikan kepada
Megat Iskandar Syah sebagai penganugerahan daripada China.
2.3 PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA
Antara faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat politik yang terkenal
ialah melalui pembentukan undang-undangnya. Undang-undang atau sistem
perundangan adalah satu cara bagi menyelesaikan pelbagai bentuk masalah dan
kekecohan dalam masyarakat termasuklah bangsa asing yang tinggal mahupun menetap
di Melaka. Kerajaan Melayu Melaka misalnya ketika itu telah menggubal undang-
undang dalam usaha bagi memastikan kestabilan politik dan melancarkan pentadbiran
negara. Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka iaitu undang-
undang di daratan dan undang-undang di lautan. Ianya juga dikenali sebagai Hukum
Kanun Melaka. Undang-undang darat Melaka ini juga merangkumi peraturan yang
harus diikuti oleh semua masyarakat dan bertujuan untuk mengawal keselamatan serta
keamanan.
Pada asalnya Hukum Kanun Melaka ditetapkan berdasarkan hukum dan adat
yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat. Namun, semasa zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, undang-undang ini ditukarkan berdasarkan
hukum hudud. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun
Melaka ;
“…Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka
kenalah denda akan dia setengah harganya… Adapun pada hukum Allah orang
yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan potong tangannya”.
Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh agama Islam di Melaka
pada waktu itu. Oleh itu, undang-undang Islam ini hanyalah dilakukan kepada orang
Islam sahaja manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-
masing. Sebagai contoh, jikalau seseorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang
perempuan Cina. Jadi hukuman yang dijatuhkan kepada lelaki tersebut adalah
berdasarkan undang-undang Islam manakala perempuan tersebut pula akan dihukum
mengikut adab dan agamanya.
Walaubagaimanapun, peraturan umum bagi kesalahan seperti mencuri,
merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa termasuklah bangsa
asing yang ada di Melaka. Ini menunjukkan sikap pemerintah Melaka yang sangat
bertoleransi dan adil terhadap rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang
benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Perkara ini telah menarik bangsa lain seperti
pedagang yang datang dari China, Gujerat serta bangsa lain untuk datang dan menetap
di Melaka.
Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai “Undang-undang Laut Melaka”
atau “Adat Pelayaran Melaka”. Teks ini juga diterjemahkan sebagai “The Maritime
Laws of Malacca”. Selain itu, antara kandungan yang termaktub dalam undang-undang
tersebut adalah merangkumi tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukun jenayah
di kapal, larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.
Secara ringkasnya, Undang-undang Laut Melaka ini diwujudkan untuk
melancarkan dan melicinkan segala urusan pedagangan di Selat Melaka. Berikutan ini
juga, ianya sekaligus dapat menggalakan kedatangan pedagang asing dari luar untuk
terus berdagang di Melaka. Undang-undang ini juga dilaksanakan berdasarkan hukum
syarak. Misalnya hukuman potong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang
tertangkap. Malah ianya juga telah mendatangkan kebaikan kerana Melaka telah
menjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga berjaya muncul sebagai pusat
politik di Nusantara.
3.0 EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
3.1 KONSEP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU
Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi
yang teratur. Mereka ini melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi berasaskan kepada lokasi
dan geografi sesebuah kerajaan.9 Masyarakat yang tinggal di kawasan laut akan
9 Paul Wheatly, 1967, The Golden Khersones, JMBRAS, Kuala Lumpur, hlm 99-106.
menjalankan aktiviti-aktiviti melibatkan kelautan seperti menangkap ikan dan hasil laut.
Masyarakat yang tinggal di kawasan daratan pula akan melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti ekonomi seperti bercucuk tanam, menternak haiwan dan mengutip hasil hutan.
Secara amnya, kegiatan ini bermaksud aktiviti ekonomi yang dijalankan untuk
mendapatkan bahan, makanan dan lain-lain hasil bagi memenuhi keperluan harian
masyarakat itu sendiri. Tujuannya juga adalah bagi menjamin kestabilan ekonomi,
kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Dalam eri kata lain, keperluan asas yang
diperlukan mereka adalah hanya untuk keperluan hidup dengan menyara keluarga
sendiri sahaja. Malah, aktiviti ekonomi sebegini juga tidak menghasilkan lebihan
produk bagi tujuan pemasaran.
Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat negeri Melaka sebagai asas
kegemilangan ekonomi di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Malah dalam
‘Sejarah Melayu’ juga turut melukiskan tentang kebesaran dan kekayaan Melaka seperti
berikut ;
“Adapun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang
pun berkampung; maka dari Ayer Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan
lagi, dari Kampung Kelinang datang ke Kuala Penajoh ini pun tiada berputusan; jika
orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa lagi, barang di mana berhenti di
sana adalah rumah orang; dari sebalah sini hingga datang ke Batu Pahat demikian
juga, kerana masa itu rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang di dalam
negeri juga.”
Selanjutnya Sejarah Melayu menyatakan juga,
“Maka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap, kerana pada masa itu
orang Melaka ratalah berkapal belaka.”
“Bendahara Seri Maharaja pula begitu kaya hingga anak cucunya bermainkan
serbuk emas dan beliau tidak mengenali hambanya kerana hambanya
berpakaian agak mahal.”
Jelaslah kenyataan-kenyataan ini adalah merupakan bukti yang menunjukkan
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Selain daripada karya melayu,
kegemilangan dan kekayaan ekonomi Melaka juga dapat dibuktikan melalui karya
Barat seperti penulisan Tom Pires di dalam bukunya, ‘The Suma Oriental of Tome’
yang menyatakan ;
“Whoever is lord of Malacca has hand on the throat of Vennice.”
(Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menguasai Venice)
Beliau juga telah menulis,
“… in the port of Malacca very often eighty-four languages have been found
spoken, everyone distinct…”
(… di pelabuhan Melaka lazimnya terdapat lapan puluh empat bahasa
dipertuturkan, tiap-tiap satu berlainan…)
Berdasarkan apa yang diperkatakan dalam karya-karya sejarah tersebut, jelaslah
bahawa Kesultanan Melaka sememangnya merupakan sebuah kerajaan yang teragung
dan mewah. Oleh itu, sudah tentu ia juga memiliki kestabilan ekonomi yang mantap.
Jika tidak, masakan pedagang datang dengan begitu ramai dan rakyat juga hidup begitu
mewah. Malah, pedagang-pedagang yang datang dari jauh dan dekat hingga terdapat 84
jenis bahasa yang dipertuturkan ini sudah tentu merasakan bahawa keadaan ekonomi di
Melaka sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti perdagangan.
3.2 JENIS KEGIATAN EKONOMI
i) Bertani
Masyarakat Melayu tradisional sememangnya terkenal dengan aktiviti pertanian
dalam aspek ekonominya sejak dulu lagi. Malah, kegiatan pertanian ini juga turut
dikaitkan dalam teks Sulalatus Salatin. Misalnya telah dihikayatkan di dalam Sulalatus
Salatin bahawa Bukit Siguntang adalah merupakan kawasan penanaman padi huma
yang sangat subur.
“Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas,
Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada
anak cucu Raja Sulan juga. Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada
sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah
sungai, Melayu namanya. Adalah dalam dalam sungai itu ada satu bukit
bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu
padang bernama Padang Penjaringan. Maka ada dua orang perempuan balu
berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan
seorang namanya Wan Malini. Maka terlalu jadi padinya. Tiada dapat
diperkatakan; telah hampir akan masak padinya itu.”
Secara amnya ianya memberikan kita gambaran tentang masyarakat yang hidup
bersederhana dan kemudiannya berubah menjadi mewah dengan kedatangan Keturunan
Raja Melayu iaitu Nila Pahlawan, Kriysna Pandita dan Nila Utama. Jelaslah disini
bahawa punca pendapatan masyarakat kampung pada masa dahulu adalah berasakan
daripada kegiatan pertanian. Tambahan ia juga menceritakan bahawa kita perlulah
sentiasa berbuat baik dengan semua orang dalam mencari rezeki supaya memperolehi
rezeki yang halal. Misalnya, pertolongan yang diberikan oleh Wan Empuk dan Wan
Malini kepada ketiga-tiga anak raja itu mendatangkan keajaiban apabila ketiga beradik
itu menukarkan tanaman padi tersebut kepada berbuah emas, berdaun perak dan
berbatangkan suasa.
ii) Perniagaan dan Perdagangan
Setelah bergiat aktif dalam bidang pertanian, terdapat juga perkembangan unsur
ekonomi yang berkait dengan perniagaan dalam masyarakat Melayu tradisional. Tetapi
masyarakat Melayu yang terlibat dalam kegiatan perniagaan ini hanyalah dalam skala
yang kecil sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila aktiviti perdagangan pada ketika itu
kebanyakannya dijalankan oleh pedagang Arab. Namun, disamping mampu
meningkatkan pendapatan para pedagang, ia juga sebenarnya telah membantu dan
memberi peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup
samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Misalnya, Sultan Mahmud pernah
mengarahkan Hang Nadim supaya membeli 40 jenis kain. Setiap jenis kain
mengandungi 40 jenis warna diikuti juga dengan 40 jenis corak dari India. Malangnya,
titah itu tidak dapat ditunaikannya kerana kapal Hang Nadim telah tenggelam dipukul
ribut dan badai yang kuat. Namun begitu, peristiwa ini telah membuktikan bahawa
Melaka telah menjalankan kegiatan import dengan negara lain demi memenuhi
keperluan hidup.
Selain itu, kedudukan Melaka yang strategik juga turut menjadikannya masyhur
dan sekaligus menjadi punca wujudnya perkembangan ekonomi kepada aktiviti
berasakan perniagaan. Melaka menjadi pusat pertemuan segala dagang. Ramai juga
yang mengenali Melaka dengan panggilan ‘Malakat’ iaitu himpunan para dagang.10
Menurut Duarte Barbosa, seorang pengarang Portugis mengatakan bahawa Melaka
adalah sebuah pelabuhan yang tersibuk dan mempunyai bilangan pedagang serta jumlah
kapal yang paling banyak sekali pada waktu tersebut.11 Bukti kesibukan di pelabuhan
Melaka ini dapat dilihat melalui catatan Tome Pires yang mengatakan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal-kapal
kecil datang ke pelabuhan Melaka pada setiap tahun. Berikutan itu, kuasa Portugis
menjadi iri kepada Melaka dan sanggup memerangi hingga berjaya menawan Melaka.
Tom Pires juga pernah mengatakan bahawa di pelabuhan Melaka biasanya terdapat 84
bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan itu adalah berbeza.
Walaubagaimanapun, negeri Melaka juga turut dikatakan berperanan sebagai
pelabuhan entrepot, iaitu mengumpul dan mengagihkan barangan dari India, Cina,
Timur Tengah dan Kepulauan Melayu. Hal ini adalah kerana Melaka merupakan sebuah
pelabuhan yang mengamalkan dasar perdagangan serta pelabuhan yang bebas. Bukti
perdagangan bebas yang dijalankan adalah apabila Melaka menyediakan kemudahan-
kemudahan perkapalan untuk para pedagang asing dan tempatan, keselamatan para
pedagang juga turut dijamin, sistem mata wang dan timbangan yang digunakan pula
adalah seragam serta sistem kehakiman yang dijalankan sangatlah adil kepada semua
pihak.12 Jadi, kesemua kemudahan ini dipercayai akan mendatangkan keuntungan yang
tinggi untuk aktiviti perdagangan yang berlaku di Melaka.
iii) Bekerja di istana
Sumber ekonomi yang dapat diperolehi pada zaman masyarakat melayu
tradisional juga adalah melalui pekerjaan di istana. Sebagai contoh pekerjaan yang
ditawarkan di istana adalah sebagai dayang, pembesar, laksamana dan juga pengawal.13
10 Zulhilmi Paidi, Rohani Abdul ghani, 2003, Pendidikan Negara Bangsa, Bentong: PTS Publications & Distributors, hlm 143. 11 Abdul Halim Saad, Hj. Abdul Halim, Ab. Rahman,1994, Malaysia Kita. Cet.2, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm 134. 12 Abdullah haji Jaafar,1985, “Al-Imam”, dalam Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 93. 13 Raja.Mohd Affandi, Perbandaran dan Orang Melayu, 1977, Kuala Lumpur: Utusan Melayu. Hlm 55-56.
Bekerja di istana juga boleh dianggap satu kelebihan kepada individu atau golongan
yang terlibat kerana dapat menjamin kehidupan sendiri dan keluarga. Contohnya, dapat
kita lihat bagaimana Hang Tuah dan Badang yang pada asalnya hanyalah merupakan
masyarakat yang biasa sahaja tetapi telah dilantik menjadi laksamana oleh sultan.
Berkat dari pekerjaan tersebut mereka telah diberikan persalinan, wang, kedudukan dan
juga dihormati oleh semua masyarakat.
3.2 PERANAN SULTAN/RAJA DALAM ASPEK EKONOMI
Dari segi ekonomi pula, sultan berkuasa sepenuhnya ke atas segala sumber
ekonomi di bawah pemerintahannya. Baginda mengambil bahagian dalam perniagaan
dan mendapat keuntungan yang sangat lumayan. Selain itu, baginda juga berkuasa
dalam hal berkaitan hasil pertanian, buruh dan perdagangan serta memungut cukai. Oleh
itu, baginda bertanggungjawab menyelaras sistem cukai dalam pemerintahannya
sekaligus mempunyai hak sepenuhnya untuk memperolehi hasil pungutan cukai
tersebut.
Misalnya, Sultan Pahang memperolehi cukai import yang dikenakan ke atas
muara Sungai Pahang yang berjumlah $50,000 setahun. Selain itu, Sultan Abdul Samad
juga turut menerima hasil pungutan cukai bijih timah dari daerah Kelang daripada Raja
Mahadi. Jika dilihat dari segi pertanian pula, sultan atau raja juga mempunyai hak untuk
mengerahkan rakyatnya bertani. Tetapi baginda hanya mewakilkan sahaja urusan
tersebut kepada para pembesar negeri.
Namun begitu, jelaslah bahawa sultan juga berkuasa melaksanakan sistem
kerah. Maksud sistem kerah ini adalah rakyat perlu melaksanakan sesuatu pekerjaan
atau tugasan bagi pihak sultan tetapi tidak akan dibayar sebarang upah dalam jangka
masa yang ditetapkan. Sebagai contoh jenis pekerjaan yang terlibat adalah membina
istana, membina jambatan, menjadi tentera dan lain-lain.
Lazimnya, sistem kerah ini hanya dilakukan ke atas rakyat atau golongan
bawahan sahaja. Golongan bangsawan atau rakyat biasa yang mempunyai kelas sosial
yang tinggi akan dikecualikan. Di Kedah, antara golongan yang dikecualikan daripada
sistem kerah ini adalah yang terdiri daripada golongan baik-baik seperti haji, penghulu
dan juga syed (keturunan nabi). Jelaslah disini dapat kita lihat terdapat jurang dan
perbezaan yang sangat ketara dalam kalangan rakyat pada masa tersebut.
3.3 PERANAN PEMBESAR DALAM ASPEK EKONOMI
Dari segi ekonomi, pembesar sebenarnya lebih berkuasa daripada sultan. Hal ini
dapat dibuktikan apabila kebanyakan para pembesar menguasai hasil perlombongan
bijih timah sekaligus menjalankan kegiatan perlombongn ini melalui sistem serah dan
kerah. Jadi tidak hairanlah golongan pembesar ini sering memperolehi sumber
pendapatan yang lumayan. Berikutan itu, terdapat juga golongan pembesar yang kaya
raya dan mempunyai bilangan hamba yang sangat ramai berbanding sultan. Misalnya
adalah Tun Mutahir yang pada suatu ketika dahulu sangat terkenal sebagai seorang
pembesar yang kaya dengan harta serta hamba.
Selain itu, pembangunan ekonomi negeri juga dipertanggungjawabkan kepada
golongan pembesar. Mereka ini berperanan untuk memastikan segala urusan
perdagangan dalam negeri berjalan dengan lancar dan teratur. Malah, mereka juga
berhak menentukan timbangan dan sukatan dalam urusan perdagangan. Mereka juga
turut menjalankan urusan perdagangan tetapi hanya dengan izin sultan. Meskipun
begitu, keterlibatan mereka dalam urusan perdagangan ini bukanlah secara langsung
kerana mereka hanyalah menjadi pihak yang menyumbangkan modal sahaja. Oleh itu,
segala urusan perdagangan mereka itu akan diuruskan oleh wakil-wakil mereka yang
dilantik.
Sistem cukai dalam aspek ekonomi dalam masyarakat melayu tradisional juga
sebenarnya turut melibatkan pihak pembesar. Walaupun sultan dikatakan berhak
menguasai keseluruhan hasil pungutan cukai tetapi golongan pembesar yang
bertanggungjawab memungut semua hasil tersebut. Tugas tersebut hanya dapat
dilaksanakan sekiranya mereka telah memperolehi surat tauliah dari sultan. Jadi adalah
menjadi tugas mereka untuk memastikan masyarakat dan rakyat biasa ini untuk
membayar cukai bagi pihak sultan. Lazimya, sebahagian daripada hasil pungutan cukai
akan disimpan oleh pembesar manakala bakinya akan diserahkan kepada sultan sebagai
lambang kesetiaan.
3.2 PERANAN MASYARAKAT DALAM ASPEK EKONOMI
Menariknya tentang masyarakat melayu tradisional, semua bentuk kegiatan
perniagaan mahupun perdagangan dijalankan sendiri oleh mereka sendiri. Ini
bermaksud mereka menjadi pengeluar, penjual dan juga bertanggungjawab
memperdagangkannya untuk ke pasaran luar. Misalnya dalam penjualan hasil
pertanian, para petani yang mempunyai lebihan padi atau beras akan menjualkannya
kepada penduduk tempatan atau kepada pembeli yang datang dari luar. Kemudian
barulah padi ini akan diperdagangkan keluar seperti di kawasan nelayan yang tidak
mengerjakan bendang. Konteks ini berlaku dalam kawasan setempat yang masih berada
dalam sebuah kerajaan yang sama.
Terdapat juga perdagangan yang melibatkan antara sebuah kerajaan dengan
sesebuah kerajaan yang lain. Misalnya Kerajaan Melayu Kedah terkenal dengan
keluasan sawah padi yang dimilikinya. Oleh sebab itu, mereka akan memperdagangkan
hasil lebihan pertanian padi tersebut kepada kerajaan luar seperti Kerajaan Melayu
Perak. Hal ini juga dipengaruhi oleh faktor kedudukan geografi kedua-dua kerajaan
tersebut yang berada tidak jauh antara satu sama lain. Begitu juga dengan kerajaan-
kerajaan lain seperti Kerajaan Melayu Patani yang mengeluarkan hasil garam dan
ternakan lembu serta kerbau. Jadi, mereka juga akan memperdagangkan hasil tersebut
kepada Kerajaan Melayu Perak mahupun kerajaan-kerajaan lain.
Demikian juga terdapat catatan terdahulu yang menyatakan bahawa masyarakat
Melayu ini juga merupakan pedagang dan pelaut yang terkenal. Buktinya, mereka
bukan sahaja menjadi pedagang tempatan dan persisiran pantai malahan mereka juga
pernah dikatakan pernah sampai ke peringkat dunia.
4.0 SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
4.1 KONSEP SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Secara umumnya, perkataan “sosial” dari segi kebudayaan membawa maksud
yang sangat jelas merangkumi segala aspek yang berkait dengan masyarakat. Tetapi
“sosial” dalam konteks ini meliputi sistem sosial, struktur sosial, perhubungan antara
anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan. Dalam konteks
masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum
menerima pengaruh peradaban Barat.
4.2 HIERARKI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Hierarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk
pentadbiran. Hierarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok
dalam masyarakat. Bagi masyarakat melayu tradisional, sistem sosial atau hierarkinya
bersifat feudal. Ini bermaksud raja atau sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi
dalam sistem sosial. Malah, sistem sosial masyarakat melayu tradisional dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat serta
kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi, kedudukan
masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, pangkat, reka bentuk
rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.14 Terdapat dua golongan
dalam masyarakat Melayu tradisional ini iaitu golongan yang memerintah dan golongan
yang diperintah.15
GOLONGAN YANG MEMERINTAH
i)Raja/Sultan/Yang Dipertuan
Pada zaman melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang mulia
dan sangat berdaulat. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.
Melalui pengagungan raja ini maka muncullah konsep ‘Daulat dan Derhaka’. Menurut
konsep ini, sesiapa yang ingkar kepada arahan raja, akan dihukum bunuh. Misalnya
boleh kita lihat dalam kisah Tun Hussein iaitu seorang pembesar yang telah dijatuhkan
hukuman bunuh kerana dikatakan telah menderhaka kepada sultan. Namun, Tun
Hussein pada ketika itu hanya bertindak atas dasar kemanusiaannya yang cuba untuk
menuntut bela atas kematian ayahandanya.
Secara dasarnya, sultan atau raja ini berperanan dalam tiga aspek utama iaitu
politi, ekonomi dan sosial. Tetapi dari segi sosial, baginda berperanan sebagai
penyelesai masalah rakyat. Bagi menjalankan tanggungjawab ini, baginda perlulah
14 Muhammad Yusoff Hasyim, 1990, Kesultanan melayu Melaka, Kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 45-50. 15 Zainal Kling,1977, Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur, hlm 22.
menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyatnya. Atas dasar ini
jugalah sultan menjadi simbol perpaduan dalam pemerintahannya.
ii)Keluarga dan Kerabat Diraja
Dalam hierarki sosial masyarakat melayu tradisional, golongan anak raja atau
kerabat diraja menduduki di kedudukan kedua tertinggi selepas sultan. Golongan ini
merupakan golongan yang mempunyai perkaitan darah antara dan jurai keturunan
dengan sultan yang memerintah. Bagi putera atau puteri raja, mereka juga mempunyai
keistimewaan yang sama seperti sultan. Namun demikian, keistimewaan yang diberikan
kepada anak-anak raja ini tidaklah melebihi keistimewaan sultan sebagai ketua
kerajaan. Antara keistimewaan golongan anak raja ini adalah mempunyai payung putih
dan juga menggunakan ‘bahasa dalam’.
iii)Pembesar
Selain itu, golongan pembesar pula merupakan masyarakat yang paling hampir
dengan pihak bangsawan. Pada awalnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan
sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, Laksamana dan juga Syahbandar.16
-Bendahara
Bendahara merupakan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta
benda negara dan raja. Malah, bendahara juga dikenali sebagai ketua kepada semua
pembesar-pembesar yang lain dan oleh sebab itu, taraf bendahara dikatakan lebih tinggi
berbanding pembesar-pembesar lain. Buktinya, bendahara mempunyai hak untuk
memangku tugas dan tangguungjawab sultan semasa ketiadaan baginda. Tetapi
bendahara juga turut dibantu oleh Seri Nara Diraja atau lebih dikenali sebagai Penghulu
Bendahari dan Seri Bija Diraja. Secara keseluruhannya, bendahara ditugaskan untuk
menjadi ketua turus angkatan tentera, ketua tentera dan ketua hakim. Kedudukan
bendahara ini sebenarnya dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung
istana, dimana beliau duduk di sebelah kanan sultan. Tambahan, bendahara juga turut
dianugerahkan usungan untuk bersiar-siar. Keistimewaan bendahara ini dapat dilihat
dalam Sejarah Melayu yang dikatakan seperi berikut ;
“…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (bendahara) duduk di balai, jikalau anak-
anak raja dating, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan
maka turuninya; dan jikalau bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan
dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka bendahara pulang, dan segala orang
besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar bendahara kembali ke
rumahnya…”
Dalam jawatan bendahara, tiada sistem yang kekal dalam perlantikan jawatan
ini. Oleh kerana itu, bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang
16 Bahasa Othman, 1989, Melaka: Sejarah awal negara kita, Marwilis Publishers, Kuala Lumpur, hlm 39-40.
mempunyai susur galur yang kuat dengan sultan. Malah, kebiasaanya bendahara adalah
merupakan bapa saudara kepada sultan itu sendiri.
-Penghulu Bendahari
Penghulu bendahari menduduki tempat kedua selepas bendahara dalam
golongan pembesar. Umum mengetahui bahawa tugas penghulu bendahari ini adalah
untuk memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Di bawahnya juga terdapat
beberapa pembesar-pembesar lain yang berada dalam bidang kuasaanya. Antara
pembesar-pembesar tersebut adalah bendahari-bendahari, syahbandar, pemegang hasil
negeri dan hamba-hamba raja. Penghulu bnedahari sebenarnya merupakan ‘menteri
kewangan’ dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti
daripada kawasan taklukan kerajaannya. Selain itu, penghulu bendahari juga boleh
diperintahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang bagi menyerang negeri
asing.
-Temenggung
Temenggung merupakan pembesar yang ketiga. Jawatan temenggung ini
berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Temenggung juga menjadi menghakimi
perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang
melakukan jenayah, membaiki keadaan pasar serta pekan dan ketua perancang bandar
dan jalan raya. Tugas ini bukanlah mudah dan keadaan sesebuah negeri akan menjadi
kucar-kacir sekiranya temenggung cuai dalam menjalankan tugasnya. Buktinya, tugas
temenggung ini juga pernah diperkatakan dalam ‘Undang-undang Melaka’ seperti
berikut ;
“Adapun hukum yang diserahkan kepada temenggung itu barang yang dihukumkan di
dalam negeri seperti tuhafus-mentafahus dan seperti tangkap-menangkap orang yang
jahat di dalam negeri.”
Kebiasaannya, temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-
pembesar itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka
adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.
-Laksamana
Jawatan ini merupakan jawatan yang keempat dan juga terakhir dalam sistem
pembesar empat lipatan dalam hierarki sosial masyarakat melayu tradisional. Sebelum
ini, Hulubalang Besar yang memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Tentera Laut.
Malah, jawatan ini merupakan jawatan yang dimonopoli oleh Orang Melayu Bentan
atau lebih dikenali sebagai Seri Nara Diraja. Tokoh yang terkenal dalam jawatan ini pila
ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup.
Pada awalnya, jawatan ini dipegang oleh Laksamana Hang Tuah apabila mula
diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Shah. Jawatan ini sebenarnya sama sahaja dengan
jawatan temenggung tetapi akhirnya menunjukkan sedikit demi sedikit perubahannya
pada akhirnya. Antara bukti kedua-dua jawatan ini hampir sama adalah apabila
laksamana dan temenggung ditugaskan untuk menjaga dan mengawal keselamatan
bendahara dalam acara pencercaan dan pembesar-pembesar ini juga
dipertanggungjawabkan untuk membunuh rakyat yang biadap kepada bendahara.
Selain berperanan menjadi ketua organisasi angkatan laut, tugas laksamana
sebgai pembawa utusan diraja menjadi pengawal peribadi kepada bendahara. Jawatan
ini diganti mengikut susur kekeluargaan. Misalnya, Laksamana Khawaja Hassan iaitu
menantu kepada Laksamana Hang Tuah telah menggantikan tempat beliau dan dituruti
oleh menanu beliau yang lain iaitu Laksamana Hang Nadim. Tetapi yang menariknya,
jawatan Laksamana ini juga turut menerima anugerah seperi bendahara dengan
menerima usungan.
-Syahbandar
Selain daripada golongan pembesar empat lipatan, syahbandar juga merupakan
antara pembesar yang terpenting dalam masyarakat melayu tradisional. Maksud
syahbandar ialah ‘pemerintah pelabuhan’ yang berasal dari perkataan Parsi. Oleh itu,
syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan juga wakil kepada saudagar-
saudagar asing. Tambahan, jawatan syahbandar ini diletakkan di bawah kuasa penghulu
bendahari. Menurut catatan Tom Pires, kemunculan empat orang syahbandar di Melaka
menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.
Boleh dikatakan bahawa jawatan laksamana dan syahbandar pada ketika itu
hanyalah kerana tuntunan semasa sahaja. Hal ini kerana punca ekonomi pada masa itu
bergantung terhadap kegiatan laut terutamanya dari aspek perdagangan dan perniagaan.
Jadi, laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut dan syahbandar pula
perlu memastikan kelancaran di kawasan pelabuhan bagi memudahkan setiap urusniaga
yang dijalankan. Keadaan ini sekaligus telah menjadi punca yang menyifatkan
laksamana adalah ‘raja laut’ dan syahbandar pula ‘raja pelabuhan’.
-Ulama
Ulama merupakan golongan yang juga terpenting dalam masyarakat melayu
tradisional. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai dan alim ulama yang sangat
mahir dalam hal ehwal agama Islam. Golongan ini sebenarnya hanyalah daripada
masyarakat kebanyakan sahaja tetapi akhirnya telahpun diangkat darjat mereka dalam
susun lapis masyarakat berikutan daripada kepentingannya. Kebanyakan golongan ini
adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai keturunan Arab-Melayu daan digelar
sebagai maulana, kadi dan makhdum. Malah golongan ini juga mempunyai
keistimewaan tersendiri apabila turut mempunyai ‘gelaran kebesaran’ seperti Maharaja
Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan juga Imam Maharaja.
Kepentingan golongan ini dalam masyarakat melayu tradisional mula disedari
apabila tersebarnya Islam ke Nusantara. Bidang pengajaran yang hanya bermula dengan
asas agama Islam juga mula dikembangkan dengan pengajaran ilmu-ilmu lain seperti
tasawwuf, hadis dan tafsir. Selain itu, sultan juga telah melantik golongan ulama ini
untuk menjadi kadi, guru dan menasihati baginda dalam hukum syarak. Berikutan ini,
boleh dikatakan juga bahawa golongan ini juga mempunyai hubungan yang baik dan
rapat dengan sultan pada ketika itu.
Selain daripada ulama, masyarakat melayu tradisional juga mempunyai
golongan pendeta. Pendeta berperanan dan sangat pakar dalam bidang kesenian,
kebudayaan, kesusasteraan, salasilah raja dan adat istiadat. Walaupun golongan ini
merupakan golongan minoriti namun mereka masih menjadi rujukan terutama sultan
dan golongan istana kerana turut menjadi perawi sultan.
GOLONGAN DIPERINTAH
i)Rakyat
Rakyat adalah lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem
sosial masyarakat melayu. Malah, rakyat ini juga merupakan golongan majoriti dalam
masyarakat. Dari segi mental, fizikal dan tradisi, fungsi utama rakyat adalah untuk
menyokong dan mentaati kepada institusi raja serta pembesar. Kebanyakan golongan
ini terdiri daripada orang melayu, orang asing dan juga Orang Laut yang terlibat dalam
kegiatan ekonomi sebagai pendagang, peniaga dan senteri yang menyebarkan agama
Islam. Lazimnya, rakyat menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja
sebagai hulubalang. Mereka ini juga terlibat dalam apa jua jenis perang yang melibatkan
kerajaan secara langsung.
ii)Orang Asing
Sebuah lagi golongan yang terdapat dalam hierarki masyarakat melayu
tradisional adalah golongan asing. Dalam ‘Sejarah Melayu’ juga ada menyebut bahawa
orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Sayyid Ahmad dan
Naina Ishak. Selain dikenali sebagai orang asing, mereka juga dikenali senagai ‘orang
dagang’ dan ‘orang perantau’ yang terdiri terbahagi kepada dua jenis utama. Pertama
adalah golongan yang berkait dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera
upahan yang kebanyakannya berasal dari Pasai dan Jawa. Kedua pula, adalah mereka
yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehinggalah menjadi
pemborong dan peniaga yang besar.17 Golongan ini juga mempelopori kerja-kerja mahir
seperti pelombongan bijih timah yang dikuasai oleh golongan Cina.
Konklusinya, ‘orang asing’ ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah mereka yang menetap terus di Tanah Melayu manakala
kumpulan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung untuk tujuan perdagangan
dan perniagaan. Antara golongan ‘orang asing’ pada ketika itu adalah orang Cina,
Keling (Tamil), Gujerat, Ghori, Parsi, Siam andandandan suku-suku dari Arab.
Kewujudan institusi perhambaan ini adalah daripada akibat pengaruh keperluan
dan kepentingan ekonomi massyarakat melayu. Sistem perhambaan ini berhubung rapat
dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab, sekaligus wujudnya sistem kasta dalam
kepercayaan Hindu. Golongan ini berperanan untuk menyediakan sumbangan dalam
bentuk tenaga kerja bagi menjalankan pelbagai kerja dan menyokong golongan
17 Ahmad Jelani Hakimi, 2008, Sejarah dan tamadun bangsa Melayu, Utusan Publications, Kuala Lumpur, hlm 77-78.
pemerintah.18 Malah golongan ini juga penting kerana dikatakan mampu meningkatkan
taraf hidup pemilik mereka. Ini kerana, semakin ramai bilangan hamba yang dimiliki
oleh seseorang pada ketika itu, semakin tinggilah taraf hidup dan semakin kukuh
ekonominya. Misalnya, Tun Mutahir antara pembesar yang mempunyai ratusan hamba
dan dinaikkan darjatnya sebagai orang terkaya dalam masyarakat. Hamba terbahagi
kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja.
Hamba biasa merupakan golongan orang suruhan khas atau sememangnya dari
keturunan hamba. Golongan ini diperolehi melalui pembeliaan atau apabila berlaku
pertukaran tuan dan menjadi hak tuannya seumur hidup. Hamba biasa ini terbahagi lagi
kepada beberapa kumpulan seperti hamba abdi, hamba hulur dan juga hamba serah.
Seterusnya terdapat juga hamba berhutang. Hamba ini berasal daripada orang yang
merdeka. Tetapi disebabkan mereka gagal membayar hutang dalam tempoh yang
ditetapkan, maka mereka terpaksa menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang
berkenaan. Akhir sekali adalah hamba raja. Hamba ini lazimnya terdiri daripada orang
yang merdeka juga dan secara turun temurun. Mereka masih boleh dibebaskan dengan
kerelaan dan budi bicara raja. Hamba ini juga boleh terdiri daripada tawanan perang
atau banduan.
4.3 MOBILITI SOSIAL
Kehidupan masyarakat melayu tradisional pada masa dahulu bukanlah berbentuk statik
atau mendatar sahaja. Terdapat juga perubahan apabila berlakunya anjakan dari segi
mobiliti sosialnya. Konsep mobiliti sosial ini dapat ditakrifkan kepada proses seseorang
individu berubah dari kedudukan asal mereka ke satu tahap yang lain. Proses ini juga
boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sama ada dengan menaik atau menurun status
mereka. Antara punca berlakunya perubahan kedudukan dalam masyarakat ini adalah
disebabkan oleh perubahan dari segi pangkat, kekayaan, penglibatan dalam politik,
perubahan status hubungan kekeluargaan, kegiataan bermoral atau tidak bermoral dan
sebagainya.
4.3.1 Taraf Sosial Menaik
Dalam Sejarah Melayu, kisah Badang menunjukkan berlakunya mobiliti sosial dalam
masyarakat Melayu tradisional pada suatu ketika dahulu. Buktinya, pernah diceritakan
bahawa Badang telah menjadi Panglima Singapura dan Pembesar Utama Negeri dengan
gelaran “Orang Kaya Sayung”.19 Kenaikan taraf sosialnya ini adalah setelah berjaya
mengharumkan nama Raja Singapura. Pada asalnya, Badang hanyalah merupakan
seorang hamba yang mengejarkan ladang milik tuannya sahaja. Tetapi beliau mula
memperoleh kekuatan luar biasa setelah memakan muntah hantu yang ditangkapnya.
Berkat kegagahan yang dimilikinya itu, Badang kemudian dimerdekakan oleh tuannya.
Berita tentang kekuatan Badang ini mula tersebar hingga ke Singapura dan diangkat
menjadi hulubalang Singapura oleh Seri Ratna Wikrama. Antara bukti bahawa Badang
telah mengharumkan nama raja Singapura apabila beliau berjaya mengalahkan
18 Ibid, , hlm 78-80. 19 A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019, hlm.49.
hulubalang dari Benua Keling iaitu Nadi Bijaya Niakra. Disebabkan kemenangan
berpihak kepada Badang, harta sebanyak tujuh buah isi kapal seperti yang dijanjikan
oleh raja Keling menjadi milik raja Singapura. Selain itu, Badang juga pernah beradu
kekuatan dengan Benderang, hulubalang Perlak. Kesan dari mobiliti sosial ini,
Sinagapura mula dikenali dek kerana kegagahan yang dimiliki oleh Badang. Malah,
hubungan antara Singapura dengan Perlak juga semakin erat kerana Tindakan badang
yang tidak mahu malukan raja Perlak sekiranya Benderang tewas.
4.3.2 Taraf Sosial Menurun
Selain daripada kisah Badang, dapat dilihat juga turut beraku penurunan taraf sosial
dalam masyarakat Melayu tradisional. Misalnya, Demang Lebar Daun iaitu pembesar
kerajaan Palembang telah memberi laluan kepada Seri Teri Buana untuk menjadi Raja
di kerajaannya.20 Tindakannya itu adalah sebagai penghormatan kerana Seri Teri Buana
dari keturunan baik-baik iaitu berketurunan Nabi Adam, Iskandar Zulkarnain dan Raja
Benua Keling, Raja Suran. Selain dari faktor rasa hormat dan ketokohan, Demang Lebar
Daun juga menurunkan takhtanya kerana perasaan belas kasihannya melihat Seri Teri
Buana tiada kerajaan besar seperti saudaranya kandung yang lain iaitu Nila Pahlawan
(Raja Daerah Minangkabau) dan Krisyna Pandita (Kerajaan Tanjung Pura).
Mobiliti sosial menurun ini berlaku kepada Demang Lebar Daun kerana Kerajaan
Palembang masih belum mempunyai raja pada ketika itu. Beliau adalah selaku
‘Demang’ iaitu pemerintah bertaraf pembesar dan mahu supaya kerajaannya juga turut
mempunyai seorang raja yang setara dengan kerajaan lain seperti kerajaan
Minangkabau dan Tanjung Pura. Oleh disebabkan itu, Demang Lebar Daun
menurunkan tarafnya daripada seorang pemerintah utama Palembang (bertaraf raja)
kepada pembesar yang mewakili rakyat Palembang dan memberi taat setia kepada Seri
Teri Buana.
Selain itu, berlaku juga mobiliti sosial dalam kalangan orang asing yang kemudiannya
menjadi hamba di Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut Sulalatus Salatin, ada
seorang watak yang dikisahkan, Si Kitul namanya. Beliau ini dikatakan berhutang sekati
emas dengan seorang kaya yang bernama Raja Mendaliar dan sukar untuk membayar
hutangnya itu. Kebetulan, Si Kitul dan Raja Mendeliar merupakan orang asing yang
datang dari Keling. Jadi bagi melangsaikan hutangnya kepada Raja Mendaliar, Si Kitul
dijadikan sebagai hambanya.
Namun, Si Kitul ini bijak bagi melepaskan dirinya dari membayar hutang tersebut.
Beliau mengambil kesempatan dengan menceritakan perjumpaan sulit antara Nina Sura
Dewana dengan Bendahara Seri Maharaja.21 Dikatakan pada ketika itu, berlaku sedikit
perselisihan faham antara Raja Mandaliar dengan Nina Sura Dewana. Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, kedua-dua mereka berjumpa dengan Bendahara Seri
Maharaja tetapi disuruhnya pulang dahulu kerana hari sudah lewat petang. Akibat risau
akan keputusan Bendahara Seri Maharaja pada kesokan harinya, Nina Sura Dewana
20 Ibid, , hlm 23. 21 Ibid, , hlm 255-256.
telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja pada
malam itu juga.
Tujuan Nina Sura Dewana sebenarnya adalah untuk ‘membeli’ Bendahara Seri
Maharaja. Disebabkan percaya bahawa pemberian yang dibawa oleh Nina Sura Dewana
merupakan hadiah, jadi Bendahara Seri Maharaja menerimanya tanpa berfikir panjang.
Malangnya perjumpaan tersebut diketahui oleh Si Kitul lalu memberitahu perkara
tersebut kepada Raja Mandaliar. Lalu Raja Mandaliar mengoyak surat hutang Si Kitol
dan membuat keputusan untuk menghalalkan hutang Si Kitul sebanyak sekati emas itu
dunia akhirat. Akhirnya, Si Kitul berjaya menjadi rakyat asing yang merdeka seperti
asalnya kembali.
5.0 KESIMPULAN
Secara umumnya, pembentukan negara bangsa pada hari ini adalah berakar
umbi dari kewujudan masyarakat Melayu tradisional sejak dahulu lagi. Mereka juga
dilihat sebagai sebuah masyarakat yang unik serta sangat berdikari dalam semua hal.
Buktinya, masyarakat Melayu tradisional inilah yang bertanggungjawab dalam
mencorakkan struktur politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan sehingga ke hari ini.
Selain itu, sikap saling memerlukan atau timbal balik yang ditunjukkan dalam
masyarakat ini juga membuktikan bahawa mereka telah memainkan peranan dan tugas
masing-masing sehingga mampu membentuk sebuah masyarakat yang hebat. Jelaslah
tanpa sumbangan dan peranan masyarakat Melayu tradisional ini, sudah tentu kita tidak
dapat mencapai tahap negara bangsa yang sangat membanggakan pada hari ini. Apa
yang lebih menarik lagi adalah apabila elemen tradisional seperti sosio-politik
tradisional ini masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini malah tidak terjejas walaupun
terdapat asimilasi dengan budaya baharu. Namun begitu, elemen tradisional ini akan
hilang dan lenyap sekiranya masyarakat moden kini tidak menghargainya atas dasar
kemodenan yang dipegang.
5.0 RUJUKAN
A. Samad Ahmad, 2019, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Dewan Bahsa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Ahmad Jelani Halimi, 2006, Sejarah dan tamadun Bangsa Melayu, utusan Publications,
Kuala Lumpur.
Bahasa Othman, 1989, Melaka: Sejarah awal negara kita, Marwillis Pub;ishers, Kuala
Lumpur.
Barbara Watson Andaya And Leonard y. Andaya, 1991, A History Of Malaysia,
Macmillan Education Ltd, London.
Mohammed Anwar Omar Din, 2011, The Malay Origin: rewrite its history, Jurnal
Melayu, Vol. 7(2011) : 1-82
Mohd. Taib Osman, 1989, Masyarakat Melayu: struktur organisasi dan manifestasi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Muhammad Yusoff Hashim, 2015, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Paul Wheatley, 1966, The Folden Khersonese: Studies in the Historical Geography of
the Malay Peninsula before A.D 1500. Kuala Lumpur: University Malaya Press.
Raja.Mod Affandi, 1977, Perbandaran dan Orang Melayu, Kuala Lumpur ; Utusan
Melayu.
Zainal Kling, 1977, Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, Kuala
Lumpur.
Heine Geldern, 1944, Conceptions of state and kingship in Southest Asia, JMBRAS
Kuala Lumpur.
Muhammad Haji Salleh, 2011, Hikayat Hang Tuah, Institut Terjemahan Negara
Malaysia Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
R.O Winstedt 1953, Sejarah Melayu, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Ahmad Dahlan, 2017, Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Asbol Mail, 2011, Kesultanan Melayu Tradisional : satu analisis ke atas peranan sultan
dalam kegiatan ekonomi, Jurnal Darussalam, Vol6(32) : 1-53
Bazrul Bahaman, 2015, Konsep rakyat san peranannya dalam negara, Jurnal peradaban
Melayu, Vol 10 : 123-134