penggunaan enzim transglutaminase sebagai fiqh halal...

20
The current issue and full text archive of this journal is available at http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat Journal of Muwafaqat Vol. 4, No. 1, 2021, pp. 29-40 Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Sumber Makanan Halal menurut Kerangka Maqasid Syariah The Use of Transglutaminase Enzyme as a Halal Food Source in the Light of Maqasid Shariah Framework WAN MASLUKMA WAN ZAHARUDIN (Corresponding Author) FAKHRI SUNGIT NURZATIL ISMAH AZIZAN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bangi Selangor [email protected], [email protected], [email protected] SAHILAH ABD. MUTALIB Jabatan Sains Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK Kemajuan teknologi telah membawa pelbagai cabaran kepada masyarakat Muslim dalam isu produk makanan halal. Percampuran bahan haram kini tidak berlaku dalam bentuk konvensional dan mentah, malah ia diproses dan membentuk bahan yang baharu seperti penghasilan enzim Transglutaminase (TGase). Kajian ini bertujuan untuk merungkai prinsip halal dan haram dalam produk makanan TGase dari perspektif Maqasid Syariah. Metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif melalui kaedah literasi kepustakaan dengan meneliti sumber-sumber bacaan seperti kitab-kitab turath, tesis dan artikel jurnal bagi mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan. Kajian ini dianalisis menggunakan analisis secara deduktif. Kajian ini mendapati bahawa, terdapat lima prinsip yang terhasil iaitu prinsip sumber asal, prinsip tidak memudaratkan dan pemeliharaan kepada ad-dharuriyyat, prinsip sembelihan menurut syarak, prinsip istihalah sahihah dan prinsip kebersihan. Penghasilan kelima-lima prinsip ini diharap membantu dalam penentuan hukum penggunaan TGase dalam produk makanan. Keperluan bagi kajian akan datang menggabungkan pelbagai prinsip bagi penghasilan penentuan hukum yang lebih komprehensif terhadap penggunaan enzim dalam produk makanan. Kata Kunci: Halal, Haram, Maqasid Syariah, Enzim, Transglutaminase (TGase) Fiqh Halal & Sains Makanan 61 _______________________ Submitted: 23 March 2021 Revised: 28 April 2021 Accepted: 29 April 2021 E-Published: 30 April 2021

Upload: others

Post on 29-Jul-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

Journal of Muwafaqat

Vol. 4, No. 1, 2021, pp. 29-40

Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai

Sumber Makanan Halal menurut Kerangka

Maqasid Syariah

The Use of Transglutaminase Enzyme as a Halal Food

Source in the Light of Maqasid Shariah Framework

WAN MASLUKMA WAN ZAHARUDIN

(Corresponding Author)

FAKHRI SUNGIT

NURZATIL ISMAH AZIZAN

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bangi Selangor

[email protected], [email protected],

[email protected]

SAHILAH ABD. MUTALIB

Jabatan Sains Makanan

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK

Kemajuan teknologi telah membawa pelbagai cabaran kepada masyarakat

Muslim dalam isu produk makanan halal. Percampuran bahan haram kini tidak

berlaku dalam bentuk konvensional dan mentah, malah ia diproses dan

membentuk bahan yang baharu seperti penghasilan enzim Transglutaminase

(TGase). Kajian ini bertujuan untuk merungkai prinsip halal dan haram dalam

produk makanan TGase dari perspektif Maqasid Syariah. Metodologi yang

digunakan ialah kajian kualitatif melalui kaedah literasi kepustakaan dengan

meneliti sumber-sumber bacaan seperti kitab-kitab turath, tesis dan artikel jurnal

bagi mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan. Kajian ini dianalisis

menggunakan analisis secara deduktif. Kajian ini mendapati bahawa, terdapat

lima prinsip yang terhasil iaitu prinsip sumber asal, prinsip tidak memudaratkan

dan pemeliharaan kepada ad-dharuriyyat, prinsip sembelihan menurut syarak,

prinsip istihalah sahihah dan prinsip kebersihan. Penghasilan kelima-lima prinsip ini

diharap membantu dalam penentuan hukum penggunaan TGase dalam produk

makanan. Keperluan bagi kajian akan datang menggabungkan pelbagai prinsip

bagi penghasilan penentuan hukum yang lebih komprehensif terhadap

penggunaan enzim dalam produk makanan.

Kata Kunci: Halal, Haram, Maqasid Syariah, Enzim, Transglutaminase (TGase)

Fiqh Halal &

Sains Makanan

61

_______________________ Submitted: 23 March 2021

Revised: 28 April 2021

Accepted: 29 April 2021

E-Published: 30 April 2021

Page 2: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

62

ABSTRACT

The advancement of technology brings various challenges to muslim community

in the aspect of halal food products. The mixture of haram sources today is neither

in the form of conventional nor raw materials only but rather from processing

method that could form new substances such as transglutaminase (TGase)

enzyme. This study aims to explore the principle of halal and haram of TGse food-

based products in the perspective of Maqasid Syariah. This study employs

qualitative method via library research by reviewing documented sources such as

traditional literatures, thesis and article journals to collect relevant data and

information. This study is analysed deductively. The results show five principles are

developed namely source of origin principle, no harm principle and preservation

from ad-dharuriyyat principle, slaughter according to syarak principle, Istihalah

sahihah principle and cleanliness principle. It is hoped that these five principles

shall help in determining the ruling process of using TGase in food products. The

need of future research might integrate various principles in determining the hukm

comprehensively towards the usage of enzyme in food products.

Keywords: Halal, Haram, Maqasid Syariah, Enzyme, Transglutaminase (TGase)

PENGENALAN

Makanan adalah merupakan keperluan fisiologi utama kepada badan manusia.

Tenaga yang diperoleh dari makanan membantu manusia dalam menjalankan aktiviti

seharian dan meneruskan kehidupan seperti pembiakan, pembelajaran, menjalankan

proses berfikir dan sebagainya.

Manakala, menurut perspektif Islam makanan bukan sekadar memenuhi keperluan

fizikal malahan ia berperanan penting dalam kelangsungan hubungan seorang

hamba dengan Tuhannya. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang

baik (iaitu yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan

bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepadaNya.

(Al-Baqarah, 2:172)

Dalam memenuhi kesyukuran serta ketaatan hamba kepada Tuhannya, Islam telah

menggariskan dua syarat tertentu dalam pemilihan makanan iaitu halal dan tayyib. Di

Malaysia, konseptual halalan tayyiban dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam

Malayasia (JAKIM) melalui piawaian halal dan penguatkuasaan pensijilan halal bagi

memastikan semua Muslim memperoleh makanan halal (Sungit et al. 2020).

Namun begitu pemilihan makanan halal lagi tayyib memberi cabaran besar kepada

Muslim di zaman kontemporari ini kerana sejajar dengan perkembangan teknologi

yang membangun pesat, industri penghasilan makanan mempunyai permintaan yang

tinggi bagi menghasilkan produk makanan yang berkualiti (Mohamad et al. 2012).

Page 3: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

63

Oleh yang demikian, bagi memenuhi permintaan tersebut, produk makanan yang

terhasil berkemungkinanan besar terdedah kepada pelbagai bahan campuran

makanan seperti plasma darah, gelatin, transglutaminase dan lain-lain (Sahilah et al.

2016).

TRANSGLUTAMINASE (TGase)

Jika disoroti sejarah, enzim telah dipraktis secara meluas dalam komuniti masyarakat di

negara Malaysia. Walaupun begitu, penggunaannya tidak diberi nama secara spesifik.

Sebagai contoh, daun betik yang digunakan bertujuan untuk melembutkan daging.

Kaedah yang digunakan ialah dengan meletakkan daun betik ke atas hirisan

kepingan daging atau menyuntik terus enzim papain ke dalam kepingan daging

tersebut. Daun betik mengeluarkan enzim papain yang memberi tindak balas

penguraian terhadap ikatan protein dalam daging dan menatijahkan kesan daging

atau ayam yang lebih lembut (Adler-Nissen 1993; Mohamad et al. 2012)

Lanjutan itu, Transglutaminase atau singkatannya sebagai TGase merupakan salah satu

bahan tambahan makanan yang bertindak sebagai gam daging serta mampu

melakukan proses tindak balas seperti pemindahan asil dan nyahmida, selain dari

pembentukan ikatan silang (Jong & Koppelman 2002; Sahilah et al. 2016). TGase yang

juga dikenali sebagai enzim glutamina berfungsi sebagai pemangkin ikatan silang bagi

mengubah suai ciri-ciri berfungsi makanan protein contohnya seperti protein gandum,

soya, gluten, myosin, serta aktomysin (Mohamad et al. 2012).

Selain itu, TGase juga turut memberi perubahan, pengubahsuaian serta

penambahbaikan kepada tekstur produk makanan yang mampu melindungi amino

asid, meningkatkan kestabilan serta fleksibiti sesuatu produk, daya mengikat air (water

holding capacity), dan terhasil makanan berprotein tinggi serta melalui ikatan silang

protein yang berbeza serta berlainan sekaligus memperbaik struktur mekanikal dan

tekstur produk makanan protein (Sahilah et al. 2016).

Page 4: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

64

Rajah 1: Reaksi yang dimangkin oleh TGase

(a) Pemindahan asil. (b) Ikatan silang antara glutamin dan lysine dalam protein atau peptida.

Keputusan hubungan tersebut dipanggil ε-(γ-glutamyl)lysine (G- L) bond.

(c) Deamidasi

(Sumber: K. Yokoyama et.al 2004)

Sumber Enzim Transglutaminase

Enzim TGase diperoleh dari haiwan mamalia, tumbuhan dan mikroorganisma. Pada

asalnya, ia diperoleh dari tisu atau plasma darah haiwan mamalia. Namun, wujud

kajian terbaru menyatakan bahawa enzim ini boleh didapati dari sumber

mikroorganisma dan ia telah digunakan dalam pelbagai jenis produk makanan yang

berfungsi sebagai menambah baik tekstur dan meningatkan kualiti sesuatu produk

makanan (Ando et al. 1989; Bourneow et.al 2012; Mirzaei 2011).

Page 5: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

65

Rajah 2: Sumber enzim TGase yang diperoleh dari haiwan mamalia (babi), tisu tumbuhan, tisu

ikan dan mikroorganisma

(Sumber: Amirdivani et al. 2018)

Kegunaan Transglutaminase dalam Industri Makanan

TGase atau MTGase boleh memperbaiki struktur daging dengan mengikat semula

kepingan daging kecil. Penggunaan TGase dalam penyediaan maknaan

memungkinkan ikatan blok daging tanpa melalui proses pemanasan dan

penambahan garam atau fosfat. (Rajah 3) Fosfat bertanggungjawab bagi

meningkatkan daya penyerapan air oleh tisu otot bagi meminimumkan kebocoran

lemak yang bertujuan untuk pengikatan ciri-ciri produk daging. Pengurangan

pertambahan garam atau fosfat kepada produk daging sosej contohnya

menghasilkan produk yang mempunyai daya penyerapan air yang rendah serta

mengurangkan konsistensi dan tekstur terhadap produk daging. Penambahan TGase

merupakan salah satu alternatif dalam teknologi penghasilan produk daging selain

dari penghasilan daging yang lebih ‘sihat’ (Yokoyama et.al 2004; Kieliszek & Błażejak

2016).

Page 6: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

66

Rajah 3: Aplikasi MTGase ke atas kepingan daging kecil yang disusun semula

(Sumber: Yokoyama et. al 2004)

Dalam penghasilan produk daging, kajian juga mendapati TGase berperanan penting

bagi memperbaiki struktur daging PSE (pucat, lembut dan meleleh) apabila ia

ditambah semasa pemprosesan daging tersebut (Jong & S.J.Koppelman, 2002).

TGase juga digunakan dalam penghasilan produk ikan. Sepertimana kegunaannya

dalam produk daging, ia digunakan dalam penghasilan produk isi ikan tiruan atau

surimi. Surimi ialah produk makanan yang terhasil dari isi ikan yang telah dibentuk

semula. Contohnya seperti kek ikan (fish cake), pasta ikan, burger ikan, bebola ikan

dan sebagainya. TGase digunakan berfungsi bagi peningkatan tekstur dan

pengekalan bentuk produk makanan yang berasaskan ikan (Shleikin et al. 2011). Zhu et

al. (1995) menyatakan bahawa kekuatan gel terhasil dalam produk ikan makarel

apabila ditambah TGase.

Selain itu, TGase digunakan dalam industri produk tenusu seperti yogurt. Kajian

mendapati bahawa penggunaannya samada sebelum, atau semasa proses

penapaian telah menghasilkan peningkatan dalam kekuatan gel serta kelikatan

produk tersebut selain dari membantu dalam peningkatan kepada daya mengikat air

(water holding capacity) (Kuraishi et al. 2001). Dalam penghasilan ais krim pula, ia

menjadikan ais krim tersebut tidak berais dan mudah dilengkungkan.

MAQASID SYARIAH

Maqasid adalah terdiri dari dua ungkapan yang saling terkait. Maqasid adalah dari

kata akar ‘qasd’ قصد . ‘Qasd’ memberi makna ‘maksud, kehendak tujuan dan objektif

(al-Ba‘albaki,1988; Sazelin Arif 2012). Maksud lain bagi Qasd’ ialah al-I’timad yang

bermaksud jalan yang lurus (Ibn Manzur 2010). Maksud ini boleh dilihat dari surah an-

Nahl, ayat ke sembilan (QS An-Nahl, 16:9). Secara kesimpulannya, dapat difahami

bahawa makna yang pertama lebih dekat dengan maksud maqasid iaitu maksud

atau kehendak tanpa mengetepikan maksud yang lain iaitu jalan yang lurus kerana

maqasid syariah adalah menjurus manusia kepada jalan yang lurus (Al-Yubi 1998)

Manakala, as-syariah pula berasal dari syara’ شرع yang bermaksud sumber air yang

tidak pernah putus dan terus mengalir selain juga merujuk makna jalan yang teragung

(Ibrahim Anis et al. 2004; Ar-Razi 2010). Selain itu, (Ar-Razi 2010) menyatakan bahawa

as-syariah adalah pensyariatan Allah swt kepada hambaNya yang terdiri dari

pensyariatan solat, puasa, haji, dan keseluruhan amalan kebaikan. Menurut istilah, (Al-

Jurjani 2011) berpendapat, شرع ialah menjelaskan atau menerangkan sesuatu, dan

berterusan untuk sentiasa melaksanakan ibadah dan ketataan kepada Allah swt.

Page 7: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

67

(Al-Ghazali (2008) telah membahagikan perbincangan Maqasid Syariah kepada

pemeliharaan lima aspek utama kehidupan yang meliputi agama, diri, akal, keturunan

serta harta seseorang individu atau masyarakat. Sesuatu perbuatan atau perkara yang

memelihara kelima aspek ini adalah disebut sebagai maslahah manakala jika

sebaliknya, disebut sebagai mafsadah.

Bagi ulama terkemudian seperti (Wahbah az-Zuhaili 1985), beliau menjelaskan bahawa

tujuan syariat adalah bagi memenuhi keperluan umum manusia iaitu kebahagiaan,

pemeliharaan peraturan dan memakmurkan dunia. Begitu juga, (Ahmad ar-Raysuni

1995) menyatakan bahawa Maqasid Syariah adalah tujuan yang ditetapkan oleh

syarak untuk dicapai bertujuan bagi memelihara kepentingan seseorang hamba Allah.

Berdasarkan takrif yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan Maqasid Syariah

adalah suatu matlamat yang mahu dicapai yang membawa maslahah dan menolak

kemudaratan di dunia serta akhirat kepada keseluruhan manusia samada dalam

kelompok yang umum atau khusus. Kaedahnya, adalah dengan memelihara aspek-

aspek pensyariatan iaitu agama, diri serta nyawa, akal, keturunan dan harta.

Dharuriyyat

Ad-Daruriyat adalah objektif yang menjadi tunjang kepada pembangunan kehidupan

dunia serta akhirat bagi seseorang manusia. Tanpa asas ini, kehidupan manusia

menjadi pincang dan maslahah dunia tidak akan dicapai secara berterusan, malah

akan berlaku kerosakan dalam menjalani proses kehidupan di dunia begitu juga

akhirat (as-Syatibi 2008). Ulama menetapkan bahawa pemeliharaan lima aspek iaitu

agama, diri dan nyawa, akal, keturunan dan harta disusun menurut tertib iaitu aspek

pemeliharaan agama terletak paling utama berbanding jiwa, akal, keturunan dan

harta. Diikuti aspek jiwa yang lebih dahulu berbanding akal. Manakala, aspek akal

lebih diutamakan berbanding keturunan manakala keturunan berada lebih utama

berbanding harta (Muhammad al-Said 1997; Mohammad Fuad Mohd Rozib et al. 2016)

Pemeliharaan Agama

Manusia telah diiktiraf sebaik-baik kejadian. Namun begitu, ia boleh menjadi serendah-

rendah kejadian apabila cenderung untuk tidak beriman dan melaksanakan kebaikan.

Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang

sebaik-baiknya. 5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang

serendah-rendahnya (neraka), 6. kecuali orang-orang yang beriman dan

mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-

putusnya.

(At-Tin, 95: 4-6)

Page 8: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

68

Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan bahawa penciptaan manusia pada awalnya

merupakan sebaik-baik penciptaan, kemudian ia dikembalikan kepada kedudukan

yang paling rendah. Hanya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan sahaja

dapat meningkatkan kedudukannya sebagai sebaik-baik penciptaan (Nurzatil Ismah

et al. 2018). Oleh yang demikian, penghasilan produk makanan TGase perlu selari

dengan tuntutan agama yang telah digariskan bukan sekadar mengejar keuntungan

dunia.

Penggunaan enzim TGase memberi kesan kepada pencabulan terhadap aspek

agama jika pengusaha atau pengeluar tidak mempedulikan sensitivi agama dengan

mencampurkan produk makanan TGase yang diambil dari sumber yang tidak halal

atau menggunakan medium pertumbuhuhan yang bercampur dengan agen

pertumbuhan yang haram (Mohamad et al. 2012).

Pemeliharaan diri dan nyawa

Agama Islam amat mementingkan kepada pemeliharaan diri dan nyawa. Ia jelas

dilihat terhadap larangan seseorang individu untuk membunuh individu yang lain

kecuali dengan alasan yang benar sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah

(membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan

barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah

memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu

melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang

yang mendapat pertolongan

(Al-Isra’, 17:33)

Ibn Kathir (2003) menyatakan bahawa ayat ini adalah larangan pembunuhan

terhadap satu jiwa kecuali dengan sebab yang tertentu bertepatan dengan syariat.

Oleh itu, ummat Islam yang berminat untuk mengambil kebaikan daripada produk

makanan yang berada di pasaran, harus bijak memilih agar ia mendatangkan

manfaat yang lebih banyak berbanding mafsadah kepada nyawa dan diri mereka

(Tahir & Kashim 2017). Contohnya, produk makanan tenusu yang menggunakan

MTGase. Produk tersebut mesti dipastikan tidak memberi mudarat kepada diri sehingga

berkemungkinan membawa diri ke arah kebinasaan iaitu kematian.

Dalam penentuan hukum produk TGase, ia perlu dilihat samada memenuhi standard

yang telah ditetapkan dalam konsep pengurusan makanan MS 1500: 2019. Aspek yang

perlu diberi perhatian ialah kebersihan makanan (food hygiene), keselamatan

makanan (food safety) dan kesesuaian makanan (food suitability) selain dari

memastikan bahawa ia tidak memberi mudarat seperti mendatangkan penyakit dan

sebagainya kepada pengguna. Ketiga-tiga aspek ini perlu diambil serius dalam

memastikan penggunaan produk MTGase selari dengan salah satu tujuan

pensyariatan iaitu pemeliharaan diri. Hal ini selari dengan kaedah fiqhiyyah yang

menyatakan bahawa:

Page 9: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

69

الضرر ي زال

Kemudaratan mesti dihapuskan (Ibn Nujaym 1999)

Pemeliharaan akal

Akal adalah merupakan nikmat Allah Talala yang bernilai kepada seseorang manusia.

Oleh sebab itu, pemeliharaan adalah amat kritikal bagi memastikan ia sentiasa waras,

sihat dan sempurna bagi menjalankan fungsi yang sebaiknya sebagai hamba dan

khalifah yang telah ditetapkan oleh syarak. Sehubungan itu, Islam melarang

ummatnya memakan sesuatu makanan yang boleh menjejaskan fungsi akalnya seperti

arak atau dadah (Wahab et al. 2019).

Dalam penghasilan produk makanan TGase, harus dipastikan bahawa ia terhindar dari

sumber bahan yang menjurus kepada kerosakan akal walaupun berkemungkinan ia

bercampur dengan sumber bahan yang halal. Hal ini bertepatan dengan kaedah

fiqhiyyah:

إذا اجتمع الحلال والحرام فغلب الحرام Jika berlakunya percampuran antara sumber yang halal dengan yang

haram, maka yang haram akan lebih dominan

(As-Suyuti 1983)

Pemeliharaan keturunan

Tidak dinafikan, bahawa wujud kebaikan dalam perkembangan bidang bioteknologi

makanan moden kerana makanan yang terhasil memiliki sifat lebih tahan penyakit,

bertahan lebih lama, rintang terhadap serangga yang sekaligus ia memberi kebaikan

kepada kelahiran generasi yang akan datang (Tahir and Kashim 2017).

Namun demikan, perlu diperhatikan sumber makanan terutama makanan TGase

samada ia terdedah kepada sumber yang tidak halal. Perhatian serius perlu diambil

bagi ummat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh dan musleh di masa hadapan

kerana kelalaian kepada aspek ini akan memberi kecacatan kepada generasi yang

terlahir kelak (Salma Mat Yasim 2011).

Pemeliharaan Harta

Pembangunan kehidupan dunia dan akhirat yang baik kepada seseorang individu

memerlukan kepada harta. Keperluan asas kepada kehidupan meliputi makanan,

minuman, pakaian kesemunya memerlukan kepada harta. Apabila aspek ini tidak

diendahkan akan wujud kepincangan yang akan memberi mudarat dalam kehidupan

seseorang individu (Abdul Halim Ibrahim 2017; Al-Yubi 1998).

Pada tahun 2014, terdapat kajian oleh (Kieliszek & Misiewicz 2014) mendapati produk

makanan TGase memberi kebaikan kepada harta dan ekonomi apabila kos

penyediaan enzim tersebut lebih murah berbanding menggunakan bahan yang lain

bagi dicampur ke dalam penghasilan produk makanan. Oleh itu, enzim ini digunakan

Page 10: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

70

dalam hampir kesemua industri penghasilan produk makanan. Ini kerana, ia mampu

mengurangkan kos penghasilan sekaligus membantu pengguna dalam

mengurangkan kos kehidupan seharian kerana produk makanan dapat dibeli dengan

harga yang lebih murah (Tahir and Kashim 2017).

Hajiyyat

Keperluan yang diperlukan oleh manusia yang bertujuan bagi menghilangkan

kesukaran dan memudahkan kehidupan disebut al-hajiyyat. Namun, jika ia hilang atau

tiada perkara tersebut tidak memberi kemusnahan besar dalam kehidupan

sebagaimana ad-dharuriyyat tetapi memberi kesukaran kepada seseorang individu

dalam menjalani kehidupan yang lebih baik (Ahmad ar-Raysuni 2010; Al-Yubi 1998; as-

Syatibi 2008; Mohd Anuar et al. 2016; Wahbah az-Zuhaili 1985). Antara maqsad (tujuan)

kepada maqasid al-Hajiyyat adalah bagi mengangkat kesusahan kepada mukallaf

dalam perlaksanaan ibadah disamping pemeliharaan kepada aspek

ad-dharuriyyat (Al-Yubi 1998).

Tahsiniyyat

Maqasid yang lebih menjurus kepada kehendak untuk berpegang kepada keindahan

adat dan kemuliaan akhlak dipanggil at-Tahsiniyyat (as-Syatibi 2008). Keperluannya

tidak sampai kepada ad-dharuriyyat dan al-hajiyyat tetapi bergantung kepada sejauh

mana keperluan untuk memperindah serta memudahkan kehidupan. Jika ia tiada,

tidak memberi kemusnahan sebagaimana ad-dharuriyyat malah tidak memberi

kesukaran sebagaimana al-hajiyyat namun memberi gambaran yang kurang elok

dalam kehidupan seorang manusia yang berakal (Al-Yubi 1998; Ramli et al. 2016).

Lanjutan dari penjelasan di atas, ketiga-tiga kepentingan ini tidak bertentangan dan

berpisah malah, ia menyempurnakan antara satu sama lain. Iaitu, at-tahsiniyyat

menyempurnakan al-hajiiyyat, manakala al-hajiyyat menyempurnakan ad-dharuriyat.

Justeru itu, berdasarkan peringkat kepentingan ini maka hukum Islam yang memelihara

ad-dharuriyyat perlu lebih diutamakan berbanding pemeliharaan al-hajiyyat dan at-

tahsiniyyat (as-Syatibi 2008).

Begitu juga dalam penentuan status halal sesuatu makanan TGase, pemeliharaan

kepada lima aspek asas ad-dharuriyyat perlu diutamakan berbanding keperluan (al-

hajiyyat) dan kemewahan (at-tahsiniyyat) kerana wasilah bagi tercapai maslahah di

sebalik pensyariatan maqasid syariah adalah dengan mengutamakan pemeliharaan

kepada lima perkara tersebut. Tidak menjadi kemestia jika sesuatu makanan itu

bermanfaat maka ia harus dimakan. Malah, perlu dilihat jika ia lebih membawa

mafsadah kepada individu atau masyarakat maka ia tidak harus dimakan (Sazelin Arif

2012).

Page 11: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

71

PRINSIP HALAL DAN HARAM DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH DALAM PENENTUAN

HUKUM PRODUK MAKANAN TRANSGLUTAMINASE (TGase)

Asal Sesuatu Adalah Harus Sehingga Ada Dalil yang Mengharamkannya

Prinsip ini adalah asas dalam penentuan hukum terutama hukum yang berkaitan

makanan. Ia adalah berdasarkan kaedah الثحريم على الدليل يدل حتى الاباحة الأشياء في الأصل yang

bermaksud asal segala sesuatu perkara adalah harus sehingga wujud dalil yang

mengharamkannya (Ibn Nujaym 1999). Apa yang difahami dari kaedah ini ialah

apabila tiada dalil yang menyatakan tentang keharaman suatu makanan, maka ia

dihukum berdasarkan hukum asalnya iaitu mubah (harus).

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bahawa sesuatu yang dihukumkan haram

telah jelas dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya dan dinyatakan pula oleh

NabiNya, justeru apa yang tidak dinyatakan atau disenyapkan kembali kepada hukum

asal, iaitu harus. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith saw:

الل رضي الفارسي سلمان من عن الس عن وسلم عليه الل صلى الل رسول سئل ( : بلفظ ، عنه س وما ، ف كتابه الل حرم ما والحرام ، ف كتابه الل أحل ما الحلال : ف قال والفراء عنه والجبن كت

( فهو ما عفا عنه Rasullah saw ditanya berkaitan dengan lemak dan keju. Baginda saw

bersabda: Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah SWT di

dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah SWT

di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka

ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.

(Sunan at-Tirmidzi, Kitab Pakaian, hadith 1726)

Hadith ini memberi penjelasan berkaitan dengan jenis makanan yang telah disebutkan

hukumnya samada halal atau haram di dalam kitabNya dan apabila ia termasuk

dalam kategori hadith yang ‘disenyapkan’ maka ia menjadi salah satu kaedah

kepada pensayariatan untuk menghalalkan sesuatu perkara (As-Sindi 1996).

Dalam mengaplikasi hukum makanan yang mengandungi TGase perlu diperhati proses

pembuatanya samada ia diambil dari sumber yang jelas halal atau sebaliknya kerana

menurut (Sazelin Arif 2012), makanan yang telah mengalami proses teknologi, hukum

asalnya tidak boleh disandarkan kepada makanan tersebut secara mutlak. Apabila

enzim TGase digunakan dalam makanan sebagai bahan tambahan makanan, maka

wujud keperluan untuk meneliti sumber, kesucian, kebersihan serta kesan mudarat ke

atas fizikal manusia. Jika sumbernya dari haiwan mamalia, adakah dari haiwan yang

halal. Jika sumbernya adalah dari tumbuhan, jarang diragui kehalalannya kecuali perlu

diteliti samada ia dari tumbuhan yang beracun atau tidak manakala, jika ia dari

sumber mikroorganisma, perlu diteliti berkaitan dengan medium yang digunakan. TGse

terutama yang didapati dari proses penklonan dan manipulasi genetik perlu

diperhatikan sumber genetik yang dihasilkan kerana apabila sesuatu mikroorganisma

Page 12: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

72

berjaya diklon, ia memerlukan kepada proses fermentasi untuk menghasilkan enzim

TGase dan proses tersebut memerlukan kepada medium pertumbuhan yang juga

halal.

Tidak mengandungi bahan yang memudaratkan serta memelihara maslahah

ad-dharuriyyat al-khams

Asas dalam penentuan halal dan haram adalah berdasarkan kepada manfaat dan

mudarat makanan tersebut. Jika sesuatu makanan yang mendatangkan manfaat

melebihi mafsadah, maka ia adalah halal manakala jika mudarat atau bahaya lebih

besar berbanding manfaat maka ia adalah haram (Sazelin Arif 2012).

Harus diingatkan, bahawa pengharaman yang ditetapkan pasti mengandungi

mafsadah serta mudarat samada ia akan menjejaskan dharuriyyat al-khams manusia

secara mutlak (mafsadah khalisah) atau dominan (mafsadah ghalibah). Ia adalah

suatu prinsip fiqh bagi mengharamkan suatu makanan yang memberi mafsadah

kepada orang ramai (Mohd Hapiz Mahaiyadin & Suhaimi 2019). Suatu kemudaratan

perlu dihapuskan sebagaimana kaedah fiqh:

الضرر ي زال

Kemudaratan mesti dihapuskan (Ibn Nujaym 1999)

Kandungan produk makanan TGase perlu dipastikan bahawa ia tidak mendatangkan

mudarat kepada pengguna dan memelihara ad-dharuriyyat al-khams yang telah

ditetapkan kerana peraturan yang ditetapkan oleh Allah Taala adalah bagi memberi

kebaikan kepada manusia dalam kesemua aspek kehidupan. Walaupun ia mungkin

berbeza dengan maslahah menurut neraca manusia, namun ia disebabkan oleh

keterbatasan manusia dalam memahami kehendak wahyu (Saadan & Haron 2018).

Walaupun enzim TGse dikategorikan sebagai Generally Recognized As Safe (GRAS)

oleh Food and Drug Administration (FDA) namun begitu, (Matthias et al. 2016 dan

Aaron & Torsten (2019) menyatakan bahawa penggunaan enzim TGse menjurus

kepada penyakit seliak (celiac disease), iaitu penyakit yang berkaitan dengan

autoimun. Walaupun ia berkemungkinan hanya berlaku kepada segelintir individu,

namun dalam pertimbangan maslahah dan mafsadah hal ini tetap perlu diberi

penekanan.

Mestilah disembelih dengan aspek sembelihan yang mengikut syarak

TGase boleh diperoleh dari tisu haiwan mamalia. Oleh yang demikian, jika ia diambil

dari tisu haiwan, perlu dipastikan dari haiwan yang halal dimakan serta tidak

memudaratkan manusia. Selain itu, aspek sembelihan juga perlu ditititkberatkan

(Sazelin 2012). Jika ia disembelih menepati kriteria yang ditetapkan oleh syarak maka ia

halal dimakan namun jika tidak disembelih mengikut syarak maka ia adalah haram

dan termasuk dalam kategori bangkai sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Page 13: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

73

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging

hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang

terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali

yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang

disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib

dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah

kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk

(mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada

mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan

untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku,

dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa

terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Maidah, 5:3)

Penyembelihan adalah suatu proses penyucian dari sebarang najis dan kekotoran

dengan melukakan bahagian tertentu pada leher seekor haiwan oleh orang tertentu

dengan menggunakan alatan tertentu. Penyembelihan yang menepati syarak harus

untuk memutuskan empat perkara. Pertama, urat halkum, iaitu saluran pernafasan

manakala kedua, urat marai (saluran makanan) dan juga dua urat yang berada di kiri

dan kanan leher haiwan (al-Qardhawi 2012). Aspek ini perlu diambil kira dalam

penghasilan enzim TGase yang diambil dari haiwan (Mohamad et al. 2012).

Bertepatan dengan aplikasi istihalah sahihah

Antara metod purifikasi alternatif untuk menyelesaikan isu variasi bahan campuran

dalam produk makanan ialah kaedah istihalah. Istihalah adalah salah satu proses

purifikasi yang ditetapkan oleh syarak bagi menukarkan suatu bahan yang hukum

asalnya adalah haram atau najis kepada bahan yang lain yang mana hukumnya halal

serta suci dengan menggunakan metodologi serta proses yang tertentu (Mohammad

Aizat et al. 2011). Oleh itu, metod ini digunakan dalam penentuan hukum makanan

TGase kerana ia melibatkan bahan akhir iaitu produk makanan samada halal atau

haram yang melalui proses tertentu.

Sesuatu bahan yang berubah dengan Istihalah dikira suci

Secara umumnya, para fuqaha yang terdiri dari mazhab Hanafi (Al-Kasani 2003), Maliki

(Al-Dusuki 2015), Shafie (Al-Nawawi 2008), Hanbali (Al-Bahuti 2015 2015) dan (Ibn

Taimiyah 2004) menerima kaedah istihalah sebagai metod purifikasi. Namun,

perbezaan pendapat hanya berlaku dalam aspek kaedah mengaplikasi kaedah

tersebut sahaja.

Pendapat golongan pertama yang dipelopori oleh mazhab Hanafi, (Al-Kasani 2003; Ibn

Nujaym 1997), Maliki (Al-Dusuki 2015), dan (Ibn Taimiyah 2004) menyatakan bahawa

sesuatu bahan yang asal hukumnya najis berubah menjadi suci dengan purifikasi

istihalah.

Page 14: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

74

Al-Kasani (2003) menyatakan bahawa sesuatu bahan yang telah berlaku perubahan

atau pertukaran terhadap ciri serta bentuknya dan tidak kembali bersifat dengan sifat

najis maka, ia adalah suci. Selain itu, (al-Haskafi 2000) menyokong pendapat tersebut

dan menambah kenyataaan bahawa apabila sesuatu bahan bertukar kepada bentuk

atau ciri-ciri bahan yang lain, maka ciri-ciri najis juga hilang justeru hukumnya adalah

suci. Apabila lemak yang diambil dari binatang yang najis, kemudian ia diproses dan

bertukar menjadi sabun, maka hukumnya adalah suci kerana perubahan yang berlaku

adalahkepada suatu hakikat kepada hakikat yang lain (Ibn Abidin 2003). Bagi

golongan ini, jika najis telah hancur dan tidak memberi kesan kepada warna, bau dan

rasa terhadap bahan yang baru maka bahan tersebut tidak lagi dihukum sebagai

najis.

Jelaslah, bahawa ulama mazhab Hanafi (Al-Kasani 2003), Maliki (Al-Dusuki 2015) serta

(Ibn Taimiyah 2004) menerima serta bersetuju menyatakan bahawa teori istihalah

adalah metod perubahan sesuatu bahan dari najis kepada suci. Proses tersebut

berlaku samada dengan cara semulajadi seperti arak yang berubah menjadi cuka

atau tidak semulajadi iaitu dengan percampuran manusia seperti pembakaran atau

pengewapan.

Suatu bahan yang bernajis tidak menjadi suci dengan istihalah

Pendapat golongan kedua pula yang dipelopori oleh ulama dalam kalangan mazhab

Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa suatu bahan yang asalnya najis tetap tidak

dikira suci walaupun telah melalui proses perubahan kecuali dalam beberapa

keadaan sahaja iaitu apabila arak bertukar cuka atau kulit binatang yang disamak (Al-

Nawawi 2008; as-Sharbini 1994).

Jika proses perubahan yang melibatkan campuran sesuatu benda lain seperti cili atau

bawang contohnya, maka cuka yang terhasil dari perubahan arak dikira najis Sharbini

1994; al-Bahuti 2015). Ini kerana, berlaku percampuran bendasing lain dalam proses

perubahan tersebut. Namun, jika kulit haiwan yang disamak ia dihukum suci kerana

tidak wujud sebarang percampuran bahan lain di awal proses perubahan dan najis

yang asalnya terdapat di kulit haiwan tersebut telah hilang.

Ulama dari mazhab Hanbali iaitu (Ibn Qudamah 1994), menyokong konsep istihalah

sebagaimana yang telah dikemukakan oleh ulama sebelum ini, namun menghadkan

kepada proses istihalah yang berlaku jika arak menjadi cuka sahaja dan ia dihukum

suci. Jika perubahan tersebut berlaku disebabkan oleh proses lain yang bersama

seperti pembakaran, percampuran dengan bahan lain atau apa sahaja percampuran

maka ia dikira tidak suci.

Setelah meneliti penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa konsep istihalah

diterima oleh jumhur para ulama dari kesemua mazahib utama yang terdiri dari Hanafi

(Ibn Nujaym 1997; al-Haskafi 2000; Al-Kasani 2003), Maliki (al-Dusuki 2015), Shafie (al-

Nawawi 2008; al-Sharbini 1994), Hanbali (al-Bahuti 2015; Ibn Qudamah 1994) serta (Ibn

Taimiyah 2004) sebagai satu metod purifikasi yang merubah asal sifat dan zat bahan

kepada zat yang baru sekaligus memberi kesan kepada perubahan hukum yang

menatijahkan hukum yang baru terhadap bahan tersebut.

Page 15: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

75

Pandangan yang pertama dipilih dalam penentuan hukum makanan TGase iaitu suatu

bahan yang berubah dengan istihalah dikira suci samada dengan cara semulajadi

atau bukan semulajadi. Ia dilihat sebagai pandangan yang releven disebabkan wujud

sedikit kelonggaran iaitu meraikan modifikasi dalam proses perubahan kerana

realitinya pada masa kini, keperluan untuk menjalani ujian makmal bagi memastikan

istihalah benar-benar berlaku terhadap ain atau zat bahan tersebut. Hal ini disebabkan

kerana mata kasar tidak mampu untuk mengenalpasti samada pertukaran zat telah

betul-betul berlaku atau sebaliknya (Mohd Izhar Ariff 2017).

Dalam pembahagian struktur istihalah menurut (Mohammad Aizat & Che Wan 2009),

istihalah terbahagi kepada dua struktur utama. Istihalah sahihah dan istihalah fasidah.

Istihalah sahihah ialah hilang ain najis di dalam bahan akhir yang terhasil dari proses

percampuran. Sifat perubahan yang terjadi dalam proses istihalah sahihah yang

bermula dari bahan asal, kemudian melalui proses percampuran dengan agen

perubahan yan halal, dan terhasil bahan akhir yang halal. Proses perubahan yang

berlaku adalah bersifat kulliyah (total) dan bukan juziyyah (sebahagian) (Rajah 4)

(Maslukma 2018; Mohammad Aizat & Che Wan 2009; Nuryani & Mohd Izhar Ariff 2014).

Maka, bahan akhir yang terhasil adalah halal. Bagi istihalah fasidah, perubahan yang

berlaku dari bahan asal ke bahan akhir adalah bersifat juziyyah (sebahagian) sehingga

menatijahkan hukum bahan akhir yang haram (Nuryani & Mohd Izhar Ariff 2014).

Rajah 4: Struktur Istihalah Sahihah

(Sumber: Mohammad Aizat & Che Wan 2009; Nuryani & Mohd Izhar Ariff 2014)

Gambarajah di atas merupakan struktur istihalah sahihah yang bermula dari bahan

asal yang halal dan melalui proses percampuran dengan agen perubahan yang halal

sehingga menghasilkan bahan akhir yang juga halal. Contohnya, dalam penghasilan

bebola daging. Penggunaan enzim TGase rekombinan dicampur bersama doh

(bahan asal) yang halal. Enzim ini adalah sebagai agen perubahan dan mengalami

proses perubahan yang menghasilkan bahan akhir yang halal iaitu bebola daging

yang bermutu tinggi.

Bersih dan suci sepanjang proses pengendalian

Aspek kebersihan amat dititkberatkan sepanjang rantaian proses pengedalian dan

penghasilan produk makanan TGase. Ia meliputi aspek kebersihan diri, pakaian,

kawasan pemprosesan atau tempat pengedalian serta alatan. Makanan yang halal

secara zahir tidak memenuhi piawaian halal yang sebenar. Malah, ia perlu memberi

kebaikan (tayyib) serta tidak mendatangkan mudarat. Oleh yang demikian, aspek

kebersihan harus dijaga sepanjang rantaian proses pengendalian produk makanan.

Proses

Percampuran

Bahan asal

(Halal)

Agen Perubahan

(Halal)

Bahan akhir

(Halal)

Proses

Perubahan

Page 16: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

76

Bagi memastikan pihak pengeluar mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan,

pemantauan dan pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan terhadap pemprosesan serta

pengurusan produk makanan yang melibatkan seluruh rantaian penghasilan bermula

dari sumber asas sehingga sampai kepada pengguna. Antara aspek yang perlu diteliti

ialah tempat atau kilang pemprosesan makanan TGase perlu terhindar dari sebarang

najis atau haiwan perosak, dan juga bahan-bahan yang digunakan tidak diletakkan di

atas lantai yang kotor, pengangkutan bahan makanan yang bersih dan tidak

bercampur dengan bahan yang haram. Selain itu perlu diteliti juga peralatan yang

digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu makan TGase. Ia hendaklah bersih

dan tidak tercampur dengan peralatan yang digunakan untuk makanan haram. Selain

itu, kawasan kilang perlu mempunyai sistem saliran yang baik bagi menjamin

kebersihan sehingga terhasil produk makanan TGase yang terpelihara dan memenuhi

piawaian serta standard halal yang ditetapkan (Sazelin 2012).

KESIMPULAN

Makanan bukan sekadar memberi kesan kepada fizikal, emosi, intelek malah spirtual

iaitu hubungan seseorang hamba dengan Tuhannya. Dalam penentuan hukum

makanan halal, setiap penggunaan bahan yang baru memerlukan kepada prinsip

yang tertentu dalam penetapan hukum berasaskan kepada kaedah halal haram yang

ditetapkan oleh Islam. Ia amat penting bagi menjamin pemeliharaan terhadap

kesemua aspek kehidupan yang meliputi agama, diri, akal, keturunan dan harta

seseorang individu bagi menjamin kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan

lebih penting di akhirat.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Aaron, Lerner, and Matthias Torsten. 2019. “Microbial Transglutaminase: A New Potential

Player in Celiac Disease.” Clinical Immunology 199(Ferbruari): 37–43.

https://doi.org/10.1016/j.clim.2018.12.008.

Abdul Halim Ibrahim. 2017. “Teknologi Bayi Tri-Induk Menurut Bioetika Islam Berasaskan

Maqasid Al-Shariah.” Universiti Malaya.

Adler-Nissen, Jens. 1993. “Proteases.” In Enzymes in Food Processing, 159–203.

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/B9780080571454500141.

Ahmad ar-Raysuni. 1995. Nazariyyah Al-Maqasid ‘inda Al-Imam Al-Syatibi. al-Ma’had al-

Alami lil Fikr al-Islami.

———. 2010. Madkhal Ila Maqasid As-Syariah. Kaherah: Dar al-Kalimah. Dar.

Al-Bahuti, Mansur bin Yunus. 2015. Kashaf Al-Qina’ “an Matn Al-Iqna.” Beirut: al-Mazra’h

Binayatul Iman.

Page 17: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

77

Al-Dusuki, Syamsuddin Syaikh Muhammad Arfah. 2015. “Hasyiyah Al-Dasuqiy ’ala Al-

Syarh Al-Kabir.”

Al-Ghazali, Muhammad Abu Hamid. 2008. Al-Mustasfa Min Ulum Al-Usul. syarikat al-

Madinah al-Munawwarah li at-Tiba’ah.

Al-Jurjani, Ali bin Muhammad. 2011. “At-Ta’rifat.”

Al-Kasani, ’Alauddin Abi Bakr bin Mas’ud. 2003. Badai’ Ash-Shonai’ Fi Tartib Asy-Syarai’.

Beirut-Lubnan: Darul Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Nawawi, Abi Zakariyya Muhyiddin. 2008. Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab. Maktabah

al-Irsyad.

al-Qardhawi. 2012. Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam. Dar Kitab al-Misriyyah.

Al-Yubi, Muhammad Saad bin Ahmad. 1998. “Maqasid Al-Syariah Wa Alaqatuha Bi Al-

Adillah Al-Syarieyyah.”

Alexander G Shleikin, Nicolai P Danilov, and Grigori V Ternovskoy. 2011. “Modification of

Food Products Properties by Use of Transglutaminase.” Italian Oral Surgery 1: 1568–

72. http://dx.doi.org/10.1016/j.profoo.2011.09.232.

Amirdivani, Shabboo et al. 2018. “Effects of Transglutaminase on Health Properties of

Food Products.” Current Opinion in Food Science 22: 74–80.

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S2214799318300080 (May 4, 2019).

Ando, Hiroyasu et al. 1989. “Purification and Characteristics of a Novel

Transglutaminase Derived from Microorganisms.” Agricultural and Biological

Chemistry 53(10): 2613–17.

Ar-Razi, Muhammad Abu Bakar Abdul Qadir. 2010. Mukhtar As-Sihah. Maktabah

Lubnan.

As-Sindi, Abi Hussain al-Hanafi. 1996. “Sunan Ibn Majah Bi Syarah As-Sindi.”

As-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. 1983. Al-Ashbah Wa an-Nazair Fi Qawaid Wa Furu’

Fiqh Syafie. Darul Kutub al-Ilmiyyah.

as-Syatibi, Abi Ishaq Ibrahim Musa. 2008. Al-Muwafaqat. Dar Ibn Affan.

Bourneow, Chaiwut, Benjakul Soottawat, and H-Kittikum Aran. 2012. “Hydroxamate-

Based Colorimetric Method for Direct Screening of Transglutaminase-Producing

Bacteria.” World Journal Biotechnology 28: 2273–77.

Ibn Abidin, Muhammad Amin. 2003. Radd Al-Mukhtar Ala Dar Al-Mukhtar Syarah Tanwir

Al-Absar. Dar Alim al-Kutub.

Page 18: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

78

Ibn Kathir, Ismail. 2003. Lubab At-Tafsir Min Ibni Katsir. Cetakan ke. Bogor, Indonesia:

Pustaka Imam as-Syafie.

Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad bin Mukram. 2010. “Lisanul Arab.”

Ibn Nujaym, Zainuddin Ibrahim Muhammad. 1999. Al-Ashbah Wa an-Nazair Ala

Madzhab Abi Hanifah an-Nu’man. 1st ed. Beirut-Lubnan: Darul Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn Taimiyah, Taqiyuddin. 2004. Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah. Madinah al-

Munawwarah: Majmu’ Fahd.

Ibrahim Anis, Abdul Halim Muntasir, Atiyyah, and Muhammd Khalfullah Ahmad. 2004.

Mu’jam Al-Wasit. Maktabah as-Syuruq ad-Duwaliyyah.

Jong, G.A.H. De, and S.J. Koppelman. 2002. “Transglutaminase Catalyzed Reactions:

Transglutaminase Catalyzed Reactions: Impact on Food Applications.” Journal of

Food Science 67(8): 2798–2806.

K. Yokoyama, N. Nio, and Y. Kikuchi. 2004. “Properties and Applications of Microbial

Transglutaminase.” Applied Microbiology and Biotechnology 64(Januari): 447–54.

Kieliszek, Marek, and Stanisław Błażejak. 2016. “Microbial Transglutaminase and

Applications in Food Industry.” In Microbial Enzyme Technology in Food

Applications, 180–98.

Kuraishi, Chiya, Katsutoshi Yamazaki, and Yasuyuki Susa. 2001. “Transglutaminase: Its

Utilization in the Food Industry.” Food Reviews International.

Maslukma, Wan. 2018. “Aplikasi Prinsip-Prinsip Syarak Dalam Penentuan Hukum Plasma

Darah Dalam Makanan.” Universiti Kebangsaan Malaysia.

Matthias, T, P Jeremias, S Neidh, and A Lerner. 2016. “The Industrial Food Additive

Microbial Transglutaminase, Mimics the Tissue Transglutaminase and Is

Immunogenic in Celiac Disease Patients.” Autoimmunity Reviews.

http://dx.doi.org/10.1016/j.autrev.2016.09.011.

Mirzaei, Mahta. 2011. “Microbial Transglutaminase Application in Food Industry.” Trends

in Food Science & Technology.

Mohamad, Abdul Basir Bin et al. 2012. “The Use of Transglutaminase Enzymes in Food: Is

There Any Issue of Lawful and Unlawful in Islam?” Research Journal of Applied

Sciences 7(1): 48–53.

Mohammad Aizat, Jamaludin et al. 2011. 17 2nd International Conference on

Humanities, Historical and Social Sciences Istihalah: Analysis on the Utilization of

Page 19: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

79

Gelatin in Food Products.

Mohammad Aizat, Jamaludin, and Jasimah Che Wan. 2009. “Teori Istihalah Menurut

Perspektif Islam Dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan Produk

Makanan.” Jurnal Syariah 17(1): 169–94.

Mohd Anuar, Ramli, and Md Ariffin Saiful Islam Nor, Mohd Zulkarnain Mohammad Fuad,

Mohd Rozib Mohd Farhan. 2016. “Pemakaian Maqasid Al-Shari’ah Sebagai

Seismograf Dalam Penilaian Isu Semasa.” In Maqasid Al-Shari`ah: Konsep Dan

Pendekatan, 111–36.

Mohd Hapiz Mahaiyadin, and Roshaimizam Suhaimi. 2019. “Model Penggunaan Produk

Farmasuetikal Tidak Halal Ketika Darurah.” Journal of Muwafaqat 2(2): 1–17.

Mohd Izhar Ariff, Mohd Kashim. 2017. “Istihalah Dan Kesannya Kepada Makanan

Menurut Perspektif Islam.” e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 12(2):

102–11.

Nuryani, Ahmad, and Mohd Kashim Mohd Izhar Ariff. 2014. “Istihalah Dalam Pandangan

Islam.” Fikiran Masyarakat 2(1): 19–27.

Nurzatil Ismah, Azizan, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, and Nazneen Ismail. 2018.

“Pembentukan Jati Diri Remaja Dalam Aspek Ruhiyah Menurut Perspektif Al-Quran:

Analisis Terhadap Ikon Remaja Dalam Al-Quran.” Jurnal Pengajian Islam 11(1): 64–

74.

Saadan, Mohd Kamarul Khaidzir, and Mohammad Sabri Haron. 2018. “Teori Maslahah

Dalam Sistem Pewarisan Harta Orang Islam.” Journal of Muwafaqat 1(1): 1–17.

Sahilah, A. M. et al. 2016. “Halal Authentication in Malaysia Context: Potential

Adulteration of Non- Halal Ingredients in Meatballs and Surimi Products.”

International Food Research Journal 23(5): 1832–38.

Salma Mat Yasim. 2011. “Makanan Halal: Kepentingannya Menurut Perspektif Islam

Salma Binti Mat Yasim Universiti Teknologi Malaysia.”

Sazelin Arif. 2012. “Konsep Halalan Tayyiban Dari Perspektif Maqasid Al-Shariah Dan

Aplikasinya Dalam Prosedur Penentuan Makanan Halal di Malaysia.” Universiti

Malaya.

Sungit, Fakhri et al. 2020. “Concepts and Practices of Halalan Tayyiban in the Islamic

Manufacturing Practice (IMP): An Analysis from Syariah Perspective.” ESTEEM

Journal of Social Sciences and Humanities 4: 214–29.

Tahir, Sharif Mohd, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 2017. “Maqasid Shariah in

Modern Food.” International Journal of Islamic Studies 6(1): 10–18.

Page 20: Penggunaan Enzim Transglutaminase sebagai Fiqh Halal ...journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-4/21-5...Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

The current issue and full text archive of this journal is available at

http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat

80

Wahab, Nor Azlina Abdul, Norafifah Abd Hamid, Norajila Che Man, and Siti Nurul Izza

Hashim. 2019. “Konsep Hifz Al-’Aqal Dalam Aktivti Pelancongan: Satu Kajian Awal.”

Journal of Muwafaqat 2(2): 73–92.

Wahbah az-Zuhaili. 1985. Nazariyyah Ad-Dharurah Asy-Syari’yyah. Muassasah ar-

Risalah.

Zhu, Y., A. Rinzema, J. Tramper, and J. Bol. 1995. “Microbial Transglutaminase-a Review

of Its Production and Application in Food Processing.” Applied Microbiology and

Biotechnology 44: 277–82.