penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama ...bertujuan untuk membangun kerangka penyebaran keilmuan...
TRANSCRIPT
PENYEBARAN KEILMUAN MELALUI JARINGAN ULAMA TAREKAT NAQSABANDI
DI KEPULAUAN RIAU
MUHAMMAD FAISAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
brought to you by COREView metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
provided by UTHM Institutional Repository
i
PENYEBARAN KEILMUAN MELALUI JARINGAN ULAMA
TAREKAT NAQSABANDI DI KEPULAUAN RIAU
MUHAMMAD FAISAL
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
SEPTEMBER 2017
iv
UNTUK AYAH, IBU, ISTERI, ANAK DAN DEDIKASI KOLEKTIF
Suatu bentangan berupa medium itu tentu berbatas dan terukur, bagaimanapun
rumitnya. Lahir maupun bathin terujudkan. Lekaran liuk lentur dan segempita larik
suasana melatari. Diktum penyempurnaan meski tetap terupaya namun tetap juanya
sebagai matlamat yang terhad, agar dedahan sedemikian bukan setakat sekatan yang
disulam rapi, namun selusur risauan yang menyisipkan jarum lalu jarum kelindan
sedemikian terhindari, lalu ditatah menuju kelapangan hati.
Waba’duhu, Sebermulanya dapat melihat bulan dan matahari, kedua orang tua, ayah
dan bunda itulah permulaan kami. Untuk itu lembaran khas ini dipatikan, Ungkapan
setulus hati “Jazakumullah khairan kasyiran”. “Alloohummaghfirlii waliwaalidayya
war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”. Merekamkan ungkapan dedikasi dan
rasa terima kasih yang tiada terhingga kepada yang terutama Yang Mulia Ayahnda
kami H. Abdul Aziz Ahmad beserta Ibunda kami Allahyarhamah Hj. Sutirah Ahmad.
Terimakasih juga kepada mertua Ayahanda H.Abdul Manan Asngari dan Hj. Hartati.
Kepada isteri tercinta Nurhidayu yang setia mendampingi dan memberikan semangat
serta motivasi dan curahan jiwanya, tuk permata hati dua puteri kami iaitu Nabila
Nurfitriyah, Nayla Nurauliya, ponakan Muhammad Fadhli, wabil khusus buat
Allahyarham DR. Rafiudin Afkari selaku bekas penyelia utama kami yang telah
mengantarkan untuk pada taraf akhir penulisan tesis ini, juga kepada isteri beliau
Marpuah serta seterusnya segenap kaum kerabat yang tidak dapat disebutkan satu
demi satu. Atas dorongan, pengertian, doa yang diberikan dimana penulis telah dapat
menyelesaikan program Doktoral di UTHM Malaysia menghadirkan tesis ini, dan
lebih-lebih lagi merupakan motivasi yang kuat bagi penulis untuk terus berbuat
sekuat dapat.
v
PENGHARGAAN
Alhamdullah, dengan kurnia, taufiq dan hidayah-Nya, selawat dan salam kepada
junjungan Nabi Besar Muhamad SAW, sehingga tesis ini dapat juga diselesaikan.
Selama dalam penulisan tesis ini sudah jelas banyak pihak yang telah
memberikan bantuan. Kepada penyelia Prof. Dr. Noraini Kaprawi atas budi baik dan
motivasinya.
Terima kasih banyak juga kepada Prof. Dr. Datuk Moh. Nuh Dalimin, Prof
Dr. Wahid Razally, Prof. Madya Dr. Razali Bin Hasan, Prof. Madya Dr. Muhd Arif
bin Agam, Prof. Madya Dr. Kamarulzaman, Prof. Emiritus Dr. Jailani Md Yunos,
Prof. Dr. Wan Rashid, dan Allahyarham. Dr. Rafiuddin Afkari. Terima kasih penuh
gembira kepada Dr. Alias Masek, (Alm) Drs. H. Razali Jaya, M.Sy dan kepada para
pakar, murshid dan pengikut tarekat Naqsabandi yang terlibat dalam kajian ini.
Tidak dapat terlupakan peran kawan-kawan seperjuangan selama di UTHM
Dato Dr. Hardi S. Hood, Khaerudin Said, Said Maskur, Pauzi, Erizal, Marpuah serta
segenap civitas akademika STAIN Sultan Abdurrahman, serta doa adik beradik
kami, mereka adalah Dian Utami Andayani, Muhammad Rizal, Bambang Hadi
Sutrisno, Sri Hidayati, Abdul Khalid dan Amhar Saputra.
Batu Pahat, Malaysia, Ogos 2017
Muhammad Faisal
vi
ABSTRAK
Tarekat Naqsabandi merupakan tarekat yang memiliki jaringan terluas di dunia Islam
dan memberikan pengaruh besar bagi perkembangan dan corak masyarakat Islam di
nusantara khususnya di Kepulauan Riau. Pesatnya perkembangan jaringan tarekat ini
tidak lepas dari adanya salāsilaḥ sebagai hubungan guru-murid yang membentuk
jaringan ulama yang khas. Jaringan ulama ini terkandung keilmuan yang penting
bagi hala tuju dan pengajaran tasawuf dan syari'at di Kepulauan Riau. Kajian ini
bertujuan untuk membangun kerangka penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau. Ada lima masalah pokok dalam kajian ini,
iaitu tentang bentuk jaringan, corak jaringan, wujud hubungan guru-murid,
penyebaran keilmuan dan kerangka penyebaran. Kajian ini menggunakan reka
bentuk pendekatan kualitatif. Data diperoleh melalui temu bual, kajian dokumen dan
pemerhatian, dimana kesahan data menggunakan teknik triangulasi. Teknik Analisis
data melalui tiga tahap, iaitu pengurangan data, penyajian data dan penarikan
kesimpulan. Ada lima dapatan dalam kajian ini, iaitu: pertama, jaringan ulama
tarekat naqsabandi terbentuk melalui hubungan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi
Haramaian, nusantara dan Kepulauan Riau. Kedua, ada tiga corak jaringan tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau iaitu; Khalidi, Muzhari dan Qadiriah Naqsabandi.
Ketiga, hubungan keilmuan guru-murid terbentuk melalui pengajaran tarekat di
masjid ataupun rumah suluk, dengan kaedah halāqah, talaqqi, hafalan dan bahsul
masāil dan menghasilkan hubungan dalam bentuk salāsilaḥ dan ijāzah serta
diperkuat dengan pemahaman kewalian dan guru kammil mukammil. Keempat,
kandungan keilmuan yang berkembang memiliki ajaran dalam bentuk bai'at, rabitah,
tawajjuh, suluk, zikir dan khatam. Kandungan keilmuan ini memiliki kecenderungan
sufi baru yang berbentuk telaah hadis, sangat berpahamkan syari'at dan bersifat aktif
untuk kemajuan zaman dan pembangunan insan. Kelima, kerangka yang dihasilkan
dari penyelidikan ini mampu menjadi rujukan mengenai penyebaran keilmuan
melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
vii
ABSTRACT
Tarikat Naqshbandi has the largest network in the Islamic world and give great
influence to the development of society and patterns of Islam in the archipelago,
especially in Kepulauan Riau. The rapid development of network is inseparable from
their salāsilaḥ as teacher-student relationships that form a typical network of
scholars. These scholars are contained scientific network that is important to aim and
teaching of Sufism and Shari'ah in Kepulauan Riau. This study aims to awaken the
framework of the transmission network of scientific of ulama tarekat Naqsabandi in
Kepulauan Riau. There are five main issues in this study, namely the form of
network, the pattern of the network, the form of teacher-student relationship, the
spread of science and the framework of the spread. The study used a qualitative
approach. Data obtained through the interviews, document review and observations,
where validity and reliability of data using triangulation techniques. Data analysis
technique through three stages, namely reduction, data presentation and conclusion.
There are five acquired in this study, namely: first, the network of ulama tarekat
Naqsabandi formed through the relationship of science scholars between connection
of ulama of Haramaian, nusantara and Kepulauan Riau. Secondly, there are three
characteristics of network of Naqsabandi in Kepulauan Riau; Khalidi, Muzhari and
Qadiriah Naqsabandi. Third, science teacher-student relationship is formed through
the teaching of tarekat in the mosque or rumah suluk, the method of halāqah, talaqqi,
memorization and bahsul kutub and produce salāsilaḥ and ijāzah and reinforced with
an understanding of sainthood and teachers of kammil mukammil. Fourth, the
growing scientific content have teachings in the form of bai'at, rabitah, tawajjuh,
zikir and khatam. The content of this science has a tendency of neo-sufism tradition,
shari'ah oriented and activism for the civilization and human development. Fifth, the
framework resulting from the investigation is expected to be a reference to the
transmission of scientific of network of ulama tarekat Naqsabandi in Kepulauan
Riau.
viii
KANDUNGAN
TAJUK I
PENGESAHAN TESIS ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN V
ABSTRAK vi
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xix
SENARAI ISTILAH xx
SENARAI SINGKATAN xxiv
SENARAI LAMPIRAN xxv
SENARAI TRANSLITERASI xxvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
ix 1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Kerangka Konsep Kajian 11
1.10 Operasional Terminologi 13
1.11 Rumusan 15
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Tasawuf Dan Tarekat Dalam Islam 17
2.2.1 Asas dan Matlamat Tasawuf 17
2.2.2 Perkembangan Tasawuf 22
2.2.3 Asas dan Matlamat Tarekat 27
2.2.4 Keilmuan Tarekat 32
2.2.5 Tarekat Naqsabandi 35
2.3 Jaringan Ulama Dalam Tarekat 39
2.4 Tarekat Naqsabandi dan Tradisi Keugamaan di
Kepulauan Riau
44
2.5 Perspektif Teori Penyebaran Keilmuan 54
2.5.1 Teori Perkembangan Ilmu Pengetahuan 55
2.5.2 Teori Realiti Sosial 57
2.5.3 Teori Jaringan Sosial 60
2.5.4 Teori Perubahan Sosial 61
2.5.5 Teori Sufi : Hubungan Kepulauan Melayu-
Nusantara Dengan Timur Tengah
62
2.6 Rumusan 72
x
BAB 3 METODOLOGI 73
3.1 Pengenalan 73
3.2 Reka Bentuk Kajian 73
3.3 Sumber Data 74
3.4 Lokasi Kajian 78
3.5 Teknik Pengumpulan Data 81
3.5.1 Temu Bual Mendalam 81
(a) Proses Pembinaan Protokol Temu Bual 82
3.5.2 Kajian Dokumen 83
3.5.3 Pemerhatian 84
3.6 Pembolehubah Kajian 85
3.7 Prosedur Menjalankan Kajian 86
3.8 Kesahan Data 88
3.9 Teknik Analisis Data 90
3.10 Rumusan 94
BAB 4 ANALISIS DATA 95
4.1 Pengenalan 95
4.2 Profil Responden 95
4.3 Data Temu Bual 98
4.3.1 Terbentuknya Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
98
a) Terbentuknya Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Haramaian dan Kepulauan
Riau
99
b) Hubungan Guru-Murid Dalam Jaringan 100
xi
Ulama Tarekat Naqsabandi Haramaian
c) Kandungan Keilmuan yang Berkembang
Dalam Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Haramaian
102
d) Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Haramaian
104
4.3.2 Corak Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
di Kepulauan Riau
105
a) Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
106
b) Penyebaran Corak Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
106
4.3.3 Wujud Hubungan Guru – Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
108
a) Terbentuknya Hubungan Keilmuan
Guru-Murid Dalam Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
108
b) Aktiviti Keilmuan Guru-Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
109
c) Bentuk Hubungan Guru-Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
110
4.3.4 Penyebaran Keilmuan Dalam Jaringan Ulama 112
xii
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
a) Penyebaran Ajaran Dalam Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
113
b) Penyebaran Kecenderungan Sufi Baru
Dalam Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
116
4.3.5 Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
117
a) Kerangka Penyebaran Keilmuan
Melalui Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
117
b) Pandangan Pakar Tentang Kesahan
Kerangka Penyebaran Keilmuan
Melalui Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
119
4.4 Data Dokumen 120
4.4.1 Terbentuknya Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
120
a) Terbentuknya Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Haramaian dan Kepulauan
Riau
120
b) Hubungan Guru-Murid Dalam Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi Haramaian
121
xiii c) Kandungan Keilmuan yang
Berkembang Dalam Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi Haramaian
123
d) Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Haramaian
125
4.4.2 Corak Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
di Kepulauan Riau
125
a) Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
126
b) Penyebaran Corak Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
127
4.4.3 Wujud Hubungan Guru – Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
128
a) Terbentuknya Hubungan Keilmuan
Guru-Murid Dalam Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
128
b) Aktiviti Keilmuan Guru-Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
129
c) Bentuk Hubungan Guru-Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
130
4.4.4 Penyebaran Keilmuan Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan
132
xiv
Riau
a) Penyebaran Ajaran Dalam Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
132
b) Penyebaran Kecenderungan Sufi Baru
Dalam Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
134
4.4.5 Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
135
a) Kerangka Penyebaran Keilmuan
Melalui Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
135
4.5 Data Pemerhatian 137
4.5.1 Corak Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
di Kepulauan Riau
137
4.5.2 Wujud Hubungan Guru – Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
138
4.5.3 Penyebaran Keilmuan Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan
Riau
141
4.5.4 Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
143
xv 4.6 Rumusan 144
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 145
5.1 Pengenalan 145
5.2 Perbincangan 145
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 145
5.2.1 Terbentuknya Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
145
5.3.2 Corak Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
187
5.3.3 Wujud Hubungan Guru – Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
193
5.3.4 Penyebaran Keilmuan Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan
Riau
206
5.3.5 Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
227
5.4 Novelty dan Implikasi Penyelidikan 245
5.5 Kesimpulan 248
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 249
5.7 Penutup 250
RUJUKAN 251
LAMPIRAN 262
VITA 271
xvi
SENARAI JADUAL
4.2.1 Profil Responden Mengikut Gelaran dan Jawatan 96
4.2.2 Profil Responden Mengikut Pengalaman Kepakaran 96
4.2.3 Profil Responden Ahli Tarekat Mengikut Jantina, Umur,
Ijazah Akademik dan Pengalaman Mengikuti Tarekat
97
4.3.1.1 Analisis Temu Bual Terbentuknya Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi Haramaian dan Kepulauan Riau
99
4.3.1.2 Analisis Temu Bual Hubungan Guru-Murid Dalam
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di Haramaian
101
4.3.1.3 Analisis Temu Bual Kandungan Keilmuan yang
Berkembang Dalam Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
di Haramaian
102
4.3.1.4 Analisis Temu Bual Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Haramaian
104
4.3.2.1 Analisis Temu Bual Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
106
4.3.2.2 Analisis Temu Bual Penyebaran Corak Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
107
4.3.3.1 Analisis Temu Bual Terbentuknya Hubungan Keilmuan
Guru-Murid Dalam Jaringan Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
108
4.3.3.2 Analisis Temu Bual Aktiviti Keilmuan Guru-Murid
Dalam Jaringan Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
109
4.3.3.3 Analisis Temu Bual Bentuk Hubungan Keilmuan Guru-
Murid Dalam Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
110
xvii
4.3.4.1 Analisis Temu Bual Penyebaran Ajaran Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
113
4.3.4.2 Analisis Temu Bual Penyebaran Kecenderungan Sufi
Baru Melalui Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
116
4.3.5.1 Pembangunan Kerangka Penyebaran Keilmuan Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
118
4.3.5.2 Analisis Temu Bual Kesahan Kerangka Penyebaran
Keilmuan Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
119
4.4.1.1 Analisis Dokumen Terbentuknya Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi Haramaian dan Kepulauan Riau
120
4.4.1.2 Analisis Dokumen Hubungan Keilmuan Guru-Murid
Dalam Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Haramaian
123
4.4.1.3 Analisis Dokumen Kandungan Keilmuan yang
Berkembang Dalam Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
di Haramaian
124
4.4.1.4 Analisis Dokumen Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Haramaian
126
4.4.2.1 Analisis Dokumen Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
127
4.4.2.2 Analisis Dokumen Penyebaran Corak Jaringan Ulama
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
128
4.4.3.1 Analisis Dokumen Terbentuknya Hubungan Keilmuan
Guru-Murid Dalam Jaringan Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
129
4.4.3.2 Analisis Dokumen Aktiviti Keilmuan Guru-Murid
Dalam Jaringan Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
130
4.4.3.3 Analisis Dokumen Bentuk Hubungan Keilmuan Guru-
Murid Dalam Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
131
xviii 4.4.4.1 Analisis Dokumen Penyebaran Ajaran Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
133
4.4.4.2 Analisis Dokumen Penyebaran Kecenderungan Sufi Baru
Melalui Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau
136
4.4.5.1 Pembangunan Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
137
4.5.1 Analisis Pemerhatian Corak Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau
139
4.5.2 Analisis Pemerhatian Hubungan Guru-Murid Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
140
4.5.3 Analisis Pemerhatian Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
143
4.5.4 Pembangunan Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui
Jaringan Ulama Tarekat Nasabandi di Kepulauan Riau
146
xix
SENARAI RAJAH
1.9.1 Kerangka Konsep Kajian 13
3.3.1 Kriteria Responden 74
3.3.2 Responden Pakar 75
3.3.3 Responden Murshid dan Pengikut Tarekat 75
3.4 Peta Kepulauan Riau 79
3.8 Teknik Pengujian Kesahan Data 90
3.9 Langkah Kerja Analisis Temu Bual, Dokumen dan Pemerhatian 92
3.10 Model Analisis Data 93
5.3.5.1 Kerangka Penyebaran Keilmuan Melalui Jaringan Ulama 232
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
5.3.5.2 Salāsilaḥ Guru-Murid dalam Penyebaran Keilmuan Melalui 234
Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
5.3.5.3 Penyebaran Keilmuan Melalui Jaringan Keilmuan Ulama 236
Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
xx
SENARAI ISTILAH
Barzākhi - Hubungan dalam istilah tarekat yang
terjadi melalui komunikasi keruhanian
antara seorang salik dan seorang yang
dianggap sebagai gurunya
Al-Haqīqat - Istilah ini menunjukkan hakikat yang
esensi segala sesuatu kebenaran Ilahi
Bai'at - Ikrar atau ritus masuk organisasi
tarekat sufi. Ikrar ini, yang
sesungguhnya ialah ikrar antara Allah
dan hamba-Nya, sentiasa mengikat
murshid dan murid secara bersama-
sama
Dhouq - Cita rasa atau pengalaman spiritual
yang merupakan tahap pertama dalam
pengamalan pengungkapan diri
Fanā' - Suatu konsep tentang peniadaan diri,
yakni hilangnya batas-batas
perseorangan menjadi satu dengan
Tuhan.
Ijāzah - Lesen atau pengakuan bahawa
seseorang sudah berhak mengajarkan
ajaran tarekat yang diterima dari
gurunya
Isnād - Sebuah rangkaian yang menentukan
dalam proses penyebaran sebuah
tradisi hadis
xxi Kamil Mukāmmil - Secara harfiah bererti sempurna. Istilah
ini untuk merujuk bahawa seorang
salik sudah mencapai tingkat sempurna
dalam pengetahuan tasawuf
Khālifah - Gelar bagi seorang murid yang
dianggap telah lulus dalam
mempelajari ilmu hakikat, dan berhak
mengajarkan ajaran tarekat yang
diterimanya
Khanāqah - Semacam bangunan untuk pengajaran
kesufian
Khirqah - Baju (jubah) yang dikenakan oleh
murshid kepada murid menjadi simbol
bagi bahwa murid sudah masuk tarekat
Al-Ma'rifat - Pengetahuan Ilahi, yakni pengetahuan
hakiki yang datang melalui
penyingkapan (kasyf) dan penyaksian
(musyahadah)
Maqōmat/ maqōm - Kedudukan-kedudukan spiritual yang
harus dilalui salik menjadi dasar guna
mewujudkan kesempurnaan manusia
Murāqobah - Istilah bagi seorang hamba yang penuh
kekhusukan dengan kesedaran untuk
merasakan kedekatan dengan Allah
Murid - Pencari hakikat dibawah bimbingan
murshid
Murshid - Sheikh, pembimbing spiritual yang
diyakini para muridnya sebagai
pewaris sejati ajaran Nabi
Sufi Baru - Jenis tasawuf yang telah dikemas kini,
terutama dihilangkan dari sisi
kandungan filosofisnya dan diganti
dengan dalil-dalil syari'at
xxii Mu'tabarah - Secara harfiah bererti diakui
Ribāt - Semacam bangunan yang digunakan
oleh para sufi untuk berbagai macam
keperluan, seperti belajar, berzikir dan
sebagainya
Sālik - Sang penempuh jalan keruhanian,
umumnya murid disebut juga dengan
salik
Sheikh - Guru keruhanian
Salāsilaḥ - Mata rantai keruhanian melalui garis
keguruan dalam tarekat yang
menjelaskan tentang hubungan guru-
murid
Sulūk - Perjalan keruhanian, istilah ini
kemudian berkembang menjadi aktiviti
murid dalam sebuah rumah khusus
bertujuan melatih diri untuk
mengamalkan ajaran tarekat
Tawajjuh - Konsentrasi keruhanian yang terjadi
antara murshid dan murid
Uwaisi - Sama dengan makna barzakhi. Istilah
ini mengacu kepada nama Uwais al-
Qarni, seorang Yaman pada masa Nabi
yang tidak pernah bertemu Nabi ketika
Nabi masih hidup, tetapi dipercaya
bahwa ia telah diislamkan oleh ruh
Nabi setelah beliau wafat
Wahdatul wujūd - Istilah dalam ilmu tasawuf yang
merujuk kepada pemikiran Ibnu Arabi
tentang kesatuan wujud alam, hanya
ada satu yang wujud
Wahdatul shuhūd - Istilah dalam ilmu tasawuf yang
merujuk kepada pemikiran al-Shirhindi
xxiii
tentang kesatuan jiwa, bukan kesatuan
ontogis
Dhikir khāfi - Bentuk zikir dalam tarekat yang
diucapkan dalam hati
Dhikir jāhr - Bentuk zikir dalam tarekat yang
diucapkan dengan lisan dan
mengeluarkan suara
xxiv
SENARAI SINGKATAN
UU - Undang-Undang
UUD - Undang-Undang Dasar
MUI - Majelis Ulama Indonesia
UIN - Universitas Islam Negeri
YDMR - Yang Dipertuan Muda Riau
TQN - Tarekat Qadiriah wa Naqsabandi
STAI - Sekolah Tinggi Agama Islam
SWT - Subhanahu Wata’ala
Kemenag - Kementerian Agama
RI - Republik Indonesia
MAZQ - Al-Manhāli al-Adhbi li-Zikri al-Qalbi
JUTN - Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
Nusantara Abad XVII dan XVIII
TQ - Tanwīr al-Qulub
RWST - Risālah al-Wafaid al-Wāfiat fi Syarah Ma'na
al-Thahiyat
KZAT - Kaifiyah al-Zikir ‘ala Thariqah an-Naqsabandi al-
Mujaddidah al-Ahmadiyah
RMDI - Rencana Mudah Pada Mengenal Diri yang Indah
PK - Pakar
MT - Murshid tarekat
PT - Pengikut tarekat
xxv
SENARAI LAMPIRAN
A Protokol Temu Bual Responden Pakar 264
B Protokol Temu Bual Responden Murshid
Tarekat
265
C Protokol Temu Bual Responden Pengikut
Tarekat
266
D Semaan Dokumen 267
E Pemerhatian Aktiviti Jamaah Tarekat 268
F Senarai Responden Temu Bual 269
G Borang Rekom Majelis Ulama Indonesia
Kepulauan Riau
270
H Borang Rekom Kementerian Ugama Republik
Indonesia Kantor Wilayah Kepulauan Riau
272
xxvi
SENARAI TRANSLITERASI
Ť ط ‘ ء
Ź ظ b ب
‘ ع t ت
Gh غ th ث
F ف j ح
Q ق h ح
K ك kh خ
L ل d د
M م dh ذ
N ن r ر
H ه z ز
W و s س
Y ي sy ش
ah- ة sh ص
-Al لل ď ض
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Kehadiran tarekat dalam sejarah Islam tidak dapat dipisahkan daripada pembangunan
dan pemahaman tentang tasawuf. Tasawuf dalam amalan Islam dapat diertikan
sebagai kesungguhan dan semangat keyakinan Islam, serta difahami sebagai bagian
penting dalam kerangka ajaran Islam iaitu ihsan, disamping Iman dan Islam. Ihsan
termasuk semua tingkah laku muslim, baik dari segi tindakan zahir ataupun batin,
serta dalam ibadah ataupun mu'amalah. Hal ini kerana ihsan merupakan jiwa atau roh
dalam Iman dan Islam. Iman sebagai asas yang ada pada jiwa seseorang hasil dari
pada perpaduan antara ilmu dan keyakinan, kewujudannya berupa tindakan zahiriah
disebut Islam. Perpaduan antara iman dan islam pada diri seseorang akan melahirkan
peribadi dalam bentuk akhlak al-karīmah atau disebut ihsan (Madjid:1995). Dalam
dimensi yang lebih luas, usaha membentuk akhlak al-karīmah ini menjadi penting
bagi pembangunan modal insan kerana ianya merupakan teras utama pembangunan
masyarakat dan negara dalam usaha meningkat dan memperkukuhkan jati diri dan
kualiti peribadi (Suhid: 2006).
Usaha untuk membentuk akhlak al-karīmah melalui peningkatan kualiti
ruhani dalam beribadah dan berugama sebagaimana telah ditunjukkan oleh Baginda
Nabi, dikembangkan oleh kaum sufi melalui jalan kesufian atau tarekat. Hal ini
terangkumi dalam kefahaman kaum sufi sebagai syari'at, tarekat, hakikat dan
makrifat. Menurut mereka, syari'at untuk menambah baik amalan-amalan lahir,
tarekat untuk menambah baik amalan-amalan batin (hati), hakikat untuk
mengamalkan segala yang ghaib, sedangkan makrifat ialah tujuan akhir untuk
mengenal hakikat Allah baik dari segi zat, sifat mahupun perbuatan-Nya (Atjeh:
1993). Beberapa sufi awal kemudian mengembangkan kandungan jalan kesufian ini,
2 seperti ditunjukkan oleh Dzun Nun al-Misri (w.245H/794M) dengan konsep
maqōmat, iaitu suatu tingkatan tertentu untuk mencapai darjat ruhani beribadah
kepada Allah melalui bimbingan; dan ahwāl, iaitu suatu tingkatan yang didapati
mencapai darjat ruhani melalui keyakinan diri dan bersifat psiko-gnostik (Siregar:
2000). Dengan berjalannya masa, maka jalan kesufian ini diinstitusikan dengan nama
tarekat yang didalamnya memiliki kandungan keilmuan tasawuf yang dikemas secara
dinamik, sebenar, berterusan, sangat responsif terhadap perubahan masa bahkan bisa
menjadi dakwah keislaman, seperti tarekat Qadiriah, Syatariah, Sammaniah serta
Naqsabandi (Mulyati: 2011).
Khusus di kepulauan Melayu-nusantara sebagaimana kajian Arifin (2013),
pembangunan Islam pada abad ke-13 Masehi dan selanjutnya, sebagian besar ialah
atas usaha kaum tarekat sehingga tidak hairan apabila pada masa itu banyak
pemimpin-pemimpin negeri di nusantara umumnya ialah pengikut tarekat. Ketika
orang pribumi nusantara mula menganut Islam, corak pemikiran Islam diwarnai oleh
tasawuf, pemikiran para sufi besar seperti Ibn al-Arabi dan Abu Hamid al-Ghazali
sangat berpengaruh terhadap amalan-amalan umat Islam pada masa itu. Justeru
kerana tasawuf itulah penduduk nusantara mudah memeluk ugama Islam, apalagi
ulama tersebut mengikuti sebuah tarekat atau lebih. Pada abad ke-16 Masihi ketika
masyarakat nusantara mula memantapkan diri memeluk Islam, corak pemikiran
Islam sedang dalam puncak kejayaan tarekat. Abad-abad pertama Islamisasi
kepulauan Melayu-nusantara bersamaan dengan masa berkembangnya tasawuf pada
abad pertengahan dan pertumbuhan tarekat. Dengan demikian, dalam perjalanan
Islam di nusantara, tarekat sejak awal telah memainkan peranan yang penting. Hasil
kajian John (1961), Azra (1994) dan Arifin (2013) menunjukkan bahawa peranan
tarekat boleh dilihat dalam dua proses besar penyebaran Islam, iaitu Islamisasi dan
intensifikasi Islam. Apabila yang pertama dilihat pada awal perkembangan dan
persentuhan Islam dengan masyarakat nusantara, di mana hampir semua kaum sufi
penyebar Islam ialah pengikut tarekat. Sedangkan yang kedua, terjadinya
pengukuhan nilai-nilai keIslaman di negeri-negeri Islam nusantara, dimana tarekat
bersekutu dengan penguasa setempat guna pengembangan ajaran Islam dalam
konteks pembangunan sosial dan moral masyarakat.
Sebagai sebuah organisasi dalam dunia tasawuf, tarekat dijumpai pada
banyak kawasan di nusantara ini, terutama tarekat Naqsabandi. Tarekat Naqsabandi
merupakan salah satu dari tarekat-tarekat yang perkembangannya sangat luas di
3 dunia dan nusantara, termasuk di Malaysia dan Indonesia. Penyebaran jaringan
tarekat Naqsabandi ini hampir merata di seluruh wilayah nusantara, seperti Sumatera,
Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Madura, Nusa Tenggara Barat termasuk di Kepulauan
Riau dengan pelbagai variasi dan kekhasannya. Jaringan tarekat Naqsabandi ini telah
mengalami persentuhan, pergolakan dan pengaruh yang besar sehingga membentuk
dinamik yang khas bagi perkembangan Islam di Kepulauan Riau.
Pesatnya perkembangan tarekat Naqsabandi ini tidak lepas dari adanya
salāsilaḥ sebagai bentuk hubungan guru-murid dan kesahan secara berterusan ajaran
yang dimilikinya (Faturrahman:2008). Terdapat saling silang antara salāsilaḥ yang
melibatkan hubungan guru-murid dalam penyebaran keilmuan Islam dan
berkembang secara berterusan sehingga membentuk suatu jaringan ulama tarekat
(Azra:1994). Jaringan ulama ini mempunyai kandungan keilmuan yang menjadi
bagian penting dalam penyebaran jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan
Riau.
Pemahaman tentang penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau secara universal akan memberi suatu pengetahuan
dan gambaran secara utuh dan terperinci mengenai penyebaran, kreativiti dan
kredibiliti ulama tarekat dalam keilmuan Islam melalui institusi ini dari masa ke
semasa. Untuk itu kajian mengenai hal ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan
mendalam.
Kandungan bab ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, pernyataan
masalah, matlamat kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan skop
kajian, kerangka konsep, operasional terminologi dan rumusan.
1.2. Latar Belakang Masalah
Penyebaran keilmuan merupakan bidang kajian penting dalam sejarah sosial
intelektual dan menjadi asas pembentukan pola pikir dan corak komuniti suatu
masyarakat. Berbeza dengan banyaknya kajian mengenai penyebaran ilmu
pengetahuan seperti dilakukan oleh Gabrieli (1970), Berkey (1992) ataupun Watt
(1997) mengenai penyebaran keilmuan Islam di Eropah; demikian pula kajian yang
dilakukan oleh Azami (1977), Schacht (1979) ataupun Juynboll (1983) mengenai
penyebaran keilmuan melalui isnād hadith; kajian mengenai penyebaran keilmuan
melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi belum mendapat perhatian yang
4 semestinya dari para penyelidik. Kurangnya literatur yang membahas tentang
keilmuan dalam jaringan tarekat Naqsabandi menyebabkan kajian ini hanya terlantar.
Padahal tarekat Naqsabandi sebagaimana kajian John (1961), Azra (1994)
dan Arifin (2013) diakui mempunyai jaringan terluas di dunia Islam dan memberikan
pengaruh besar bagi perkembangan dan corak komuniti masyarakat Islam di
nusantara termasuk Kepulauan Riau. Pengaruh tersebut misalnya boleh dilihat dalam
perjalanan Islam di nusantara, bahawa tarekat Naqsabandi telah memainkan peranan
yang penting dalam proses penyebaran Islam dan pengukuhan bagi kehadiran
masyarakat Islam di nusantara. Hal ini disokong dengan fakta sejarah dan
perkembangan terkini bahawa tarekat Naqsabandi yang ditubuhkan oleh seorang
pemimpin tasawuf terkenal, iaitu Muhammad bin Muhammad Bahauddin al-Uwais
al-Bukhari al-Naqsabandi (717H/1318M-791H/1389M) (Ensiklopedia Islam
Indonesia: 1992), pertama kali berada di Asia tengah kemudian berkembang secara
meluas dan mempunyai cawangan hampir di semua penjuru dunia. Kajian
Bruinessan (1998) dan Mulyati (2011) menunjukkan bahawa jaringan tarekat
Naqsabandi ini asalnya dari Asia tengah kemudian meluas ke Turki, Syria,
Afghanistan, India, Yugoslavia, Mesir bagian barat, Cina bagian timur dan nusantara,
seperti: Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara,
Madura serta Malaysia dengan pelbagai dinamiknya. Di Malaysia, kajian Shagir
(1991) dan Abdullah (1997) menunjukkan bahawa tarekat Naqsabandi juga
berkembang di Terengganu, Batu Pahat, Perak, Selangor dan Kedah.
Pesatnya perkembangan tarekat Naqsabandi ini tidak lepas dari adanya
salāsilaḥ sebagai bentuk hubungan guru-murid dan kesahan berlanjutnya ajaran yang
dimilikinya (Faturrahman: 2008). Hubungan guru-murid yang terbentuk ini menjadi
bagian penting dalam proses penyebaran keilmuan Islam yang berkembang secara
berlanjut sehingga membentuk suatu jaringan ulama tarekat (Azra: 1994). Jaringan
ulama tarekat Naqsabandi ini mempunyai kandungan keilmuan yang disebarkan
melalui hubungan guru-murid tersebut.
Pembangunan penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi Kepulauan Riau melibatkan proses-proses yang amat kompleks.
Terdapat saling silang antara ulama yang terlibat hubungan guru-murid dalam
jaringan tarekat, sebagai hasil dari proses keilmuan yang mereka miliki. Kajian atas
wujud hubungan, karya-karya dan kandungan keilmuan yang dihasilkan serta
pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran tarekat Naqsabandi,
5 mendedahkan banyak perkara tentang terbentuknya jaringan keilmuan dan corak
jaringan tersebut yang disebarkan dari pelbagai dunia Islam sehingga menjadi asas
bagi pembangunan dan pengukuhan pengajaran tarekat di Kepulauan Riau.
Kedudukan penting Kepulauan Riau dalam sejarah Melayu dan Indonesia kerana
secara geografi daerah ini pernah menjadi pusat politik, pendidikan dan budaya
Melayu serantau serta peradaban Islam nusantara (Hamidi:1982). Terdapat hubungan
yang kuat antara Haramain (Mekkah Madinah) dan nusantara lain dengan Kepulauan
Riau yang memberikan pengaruh terhadap tumbuh dan berkembangnya keilmuan
Islam di Kepulauan Riau. Keadaan ini berbeza dengan pendapat Geertz (1960) yang
menyatakan bahawa nusantara dan kepulauan Melayu secara umumnya tidak
mempunyai akar tradisi keilmuan ugama yang kukuh, dan dianggap kepulauan
Melayu bukan Islam yang sebenarnya kerana sudah bercampur dengan budaya
tempatan. Islam di nusantara memang berbeza dengan Islam di timur tengah, namun
untuk menyatakan Islam di nusantara tidak ada hubungannya dengan Islam di timur
tengah, menurut Azra (1994) dan Arifin (2015) ialah suatu kesilapan.
Hubungan yang kuat antara Haramain dan Kepulauan Riau ketika itu yang
disokong dengan jamaah haji, mendorong pertemuan sejumlah ulama dan para
penuntut ilmu yang pada masanya menciptakan suatu jaringan keilmuan di antara
mereka dan menghasilkan wacana ilmiah yang unik. Pengharmonian pemahaman
tasawuf dan syari’at serta dorongan untuk bersyari'at melalui jalan tarekat ini
merupakan ciri khas dalam wacana keilmuan jaringan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau. Ini tentunya memberikan warna baru bagi pemahaman keislaman,
seperti apa yang disebut Fazlurrahman (2003) sebagai suatu bentuk kecenderungan
sufi baru.
Kajian Sham (1984), Bruinessan (1998) dan Mulyati (2011) menunjukkan
bahawa tarekat Naqsabandi pernah memainkan peranan penting dalam memupuk
intelektualiti komuniti masyarakat Islam di Kepulauan Riau, terutama pada masa
kerajaan Riau Lingga. Dengan telah terjadinya kemerosotan entiti politik yang
berakibat pada dimansukhkannya kerajaan Riau Lingga ketika itu (Hamid: 1982),
memberi kesan pada terputusnya jaringan ulama tarekat Naqsabandi yang pernah
berkembang di Kepulauan Riau. Keadaan ini kemudian disokong dengan
berkembangnya gerakan puritan wahabi di Haramain pada era tahun 1920an hingga
sekarang yang berakibat pada pengharaman ajaran semua tarekat - termasuk tarekat
Naqsabandi - menyebabkan hubungan keilmuan guru murid yang sudah terjalin
6 antara Haramain dan Kepulauan Riau dalam jaringan keilmuan tersebut menjadi
terputus (Mulyati: 2011).
Namun, kemunculan pusat-pusat tarekat Naqsabandi di beberapa tempat di
Kepulauan Riau hari ini seperti di masjid-masjid dan rumah-rumah sulūk dengan
corak masing-masing memberikan pandangan baru terhadap kewujudan jaringan
tarekat Naqsabandi (MUI Kepri: 2010). Bahawa hubungan keilmuan guru-murid
melalui pengajaran tarekat berbentuk halāqah atau talaqqi yang menghasilkan
sejumlah ajaran dalam bentuk wirid, istighāsah, tawassul, dhikir dengan pola tertentu
dan sebagainya, dianggap merupakan bagian daripada penyebaran keilmuan tarekat
yang berkembang dan masih berjalan serta memberikan pencerahan bagi komuniti
masyarakat Islam di Kepulauan Riau. Pengembangan lebih lanjut dari proses ini
dilakukan oleh para ulama tarekat yang berperanan sebagai penyebar keilmuan
sehingga membentuk jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan
Riau. Dinamik ajaran dan pengajaran tarekat ini juga memberikan sumbangan yang
besar bagi komuniti sosial dan moral masyarakat serta pembelaan kepada kaum yang
tertindas, dengan munculnya gerakan-gerakan keugamaan berasaskan ajaran tarekat
(Madjid:1992 dan Isnaini:2012). Pada batas tertentu boleh membangkitkan kesedaran
akan nilai-nilai kehidupan di masyarakat (Arifin: 2013). Dengan demikian, tarekat
Naqsabandi merupakan bagian penting daripada corak keberugamaan masyarakat
Islam di Kepulauan Riau yang diakui mempunyai nilai-nilai religi, intelektualiti dan
perekat kehidupan umat (MUI Kepri: 2010).
Disisi lain, pandangan pada masyarakat muslim tertentu, tarekat masih
dianggap sebagai salah satu polemik dan kontroversi (Madjid:1995 dan Fuad:2005).
Hal ini dipicu oleh pandangan masyarakat tentang tarekat yang terpolakan kepada;
pertama, kelompok yang menolak dengan alasan bahawa tarekat dipandang sebagai
gejala kebodohan umum dan tidak sesuai dengan kemodenan. Kedua, kelompok
yang menganggap bahawa amalan tarekat sebagai hubungan guru-murid merupakan
aktiviti menyimpang atau bid'ah dari ajaran Islam yang sebenar, tidak berpahamkan
syari'at dan tiada hubung kait dengan perkembangan Islam di Haramain. Ketiga,
kelompok yang bersikap antara menolak dan menerima atau membiarkan tanpa
peduli bahkan mengikuti tradisi-tradisi ritual tarekat secara fanatik. Tarekat juga
dianggap sebagai gejala pelarian dari pada tanggung jawab sosial dan politik,
berpahamkan kepada urusan ukhrawi daripada duniawi (Nasr:1975, Azra:1999 dan
Ni'am:2014).
7
Ketiadaan kerangka penyebaran yang menjadi rujukan menyebabkan
berlakunya perbezaan pandangan tentang tarekat Naqsabandi dan kandungan
keilmuan di dalam jaringan tersebut. Untuk itu, diperlukan suatu kajian secara utuh
dan terperinci tentang penyebaran keilmuan jaringan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau. Apabila kajian ini tidak dilakukan, maka bentuk, corak, wujud
hubungan guru-murid serta keilmuan yang terkandung di dalamnya tidak boleh
dikenali dengan pasti. Ini tentunya akan membawa kepada kemiskinan pengetahuan
ugama, menurunkan citra lembaga pendidikan kesufian yang telah berkembang
dalam tradisi Islam serta semakin menjauhkan umat Islam daripada kemajuan zaman
yang terus berubah. Dalam batas-batas tertentu akan menumbuhkan sikap ekslusif
kumpulan tarekat dan membentuk sikap taklid, kejumudan pola pikir dan pendapat
yang boleh merosakkan pikiran dan akhlak generasi Islam hari ini dan akan datang
(Madjid:1995 dan Syams:2013). Bahkan boleh jadi peranan-peranan yang telah
dimainkan tarekat untuk mengukuhkan masyarakat Islam dalam sejarah akan
terhapus dengan sendirinya seiring dengan berjalannya waktu (John:1961, Azra:1994
dan Arifin:2013).
1.3. Pernyataan Masalah
Kajian terhadap penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau menjadi penting kerana hubungan guru-murid dalam jaringan
tersebut mempunyai kandungan keilmuan yang menjadi asas bagi bentuk ajaran dan
pengajaran tarekat (Azra: 1994) khususnya yang berkembang di Kepulauan Riau.
Isu tentang keilmuan yang berkembang melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau telah menimbulkan pelbagai pandangan di
masyarakat, ada yang menyokong (Madjid:1995, MUI: 2010, Arifin: 2013) dan ada
yang menolak (Madjid: 1992, Azra: 1995, Amin: 2003), sehingga mengakibatkan
kesangsian terhadap hala tuju pengajaran tarekat di Kepulauan Riau. Kesangsian
terhadap hala tuju ini akan membawa cabaran pada menurunnya citra lembaga
pendidikan kesufian yang telah berkembang dalam tradisi Islam, kemiskinan
pengetahuan ugama, serta semakin menjauhkan umat Islam daripada kemajuan
zaman yang terus berubah. Dalam batas-batas tertentu akan menumbuhkan sikap
ekslusif kumpulan tarekat dan membentuk sikap taklid, kejumudan pola pikir dan
pendapat yang boleh merosakkan pikiran dan akhlak generasi Islam hari ini dan akan
8 datang (Madjid:1995, Syams: 2013). Boleh jadi peranan-peranan yang telah
dimainkan tarekat untuk mengukuhkan masyarakat Islam dalam sejarah akan
terhapus dengan sendirinya seiring dengan berjalannya waktu (John:1961,
Azra:1994, Arifin:2013).
Ketiadaan kerangka penyebaran yang menjadi rujukan menyebabkan
berlakunya perbezaan pandangan tentang tarekat Naqsabandi dan kandungan
keilmuan di dalam jaringan tersebut. Oleh itu, suatu kajian perlu dilaksanakan secara
mendalam dan sistematik sehingga didapati pemahaman secara universal dan
gambaran secara utuh dan terperinci berkenaan dengan penyebaran, kreativiti dan
kredibiliti ulama tarekat Naqsabandi dalam keilmuan Islam di Kepulauan Riau dari
masa ke semasa. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka penyebaran
keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau, sehingga
bentuk, corak, wujud hubungan guru-murid serta penyebaran kandungan keilmuan
dalam jaringan ulama tersebut boleh dikenali dengan pasti.
Dari latar belakang kajian di atas, didapati ada lima masalah yang perlu
dilakukan penyelidikan, iaitu bagaimanakah terbentuknya jaringan ulama tarekat
Naqsabandi Kepulauan Riau, bagaimanakah corak jaringan keilmuan ulama tersebut,
bagaimanakah wujud hubungan guru-murid dalam jaringan ulama tersebut,
bagaimanakah penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi serta
bagaimanakah kerangka penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tersebut di
Kepulauan Riau. Kesemua masalah di atas menjadi persoalan utama kajian yang
akan dijawab dalam tesis ini.
1.4 Objektif Kajian
Masalah-masalah yang telah dihuraikan pada bagian latar belakang masalah
seterusnya dipertegas pada bagian pernyataan masalah. Pada pernyataan masalah
didapati lima persoalan penting dalam kajian ini. Maka untuk fokusnya penyelidikan,
ada lima objektif kajian dalam penyelidikan ini, iaitu :
(i) Mengenal pasti hasil penerokaan terbentuknya jaringan keilmuan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
(ii) Menganalisis corak jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau.
9 (iii) Menganalisis wujud hubungan guru-murid dalam penyebaran keilmuan
jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
(iv) Menganalisis penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau.
(v) Membangunkan kerangka penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
1.5 Persoalan Kajian
Sesuai dengan matlamat kajian diatas, maka fokus perbincangan kajian ini berkisar
pada lima persoalan utama kajian, iaitu :
(i) Bagaimanakah hasil penerokaan terbentuknya jaringan keilmuan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau ?
(ii) Bagaimanakah corak jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau ?
(iii) Bagaimanakah wujud hubungan guru-murid dalam jaringan keilmuan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau ?
(iv) Bagaimanakah penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau ?
(v) Bagaimanakah kerangka penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau ?
1.6 Kepentingan Kajian
Setelah didapati persoalan kajian di atas, maka kepentingan kajian sebagai maklumat
penting bagi kajian ini. Ada lima kepentingan kajian ini, iaitu:
(i) Hasil penyelidikan ini dapat memberikan sumbangan pemikiran dalam
memperkaya khazanah intelektual dan menambah buku yang ditulis
mengenai tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
(ii) Hasil kajian ini dapat menjadi sumber rujukan bagi institusi tarekat
Naqsabandi, majlis ulama indonesia ataupun institusi pengajian tinggi Islam
mengenai penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau sehingga boleh menghapuskan andaian yang salah tentang
10
tarekat Naqsabandi dan pendapat yang boleh merosakkan pikiran dan akhlak
generasi Islam.
(iii) Hasil kajian ini dapat menjadi asas dalam pengambilan kebijakan oleh
kementerian ugama dan pemerintah provinsi Kepulauan Riau dalam
pembangunan, pengukuhan keilmuan, pengetahuan dan pengajaran ugama di
Kepulauan Riau.
(iv) Bermanfaat kepada pihak tertentu khususnya orang awam yang ingin
mengetahui lebih mendalam tentang ajaran tarekat Naqsabandi dan dengan itu
dapat menentukan sama ada ia lebih sesuai untuk amalan ataupun tidak.
(v) Kajian ini juga dapat dimanfaatkan bagi kerajaan Indonesia khususnya pihak
provinsi Kepulauan Riau dan dan menyelamat naskah-naskah khususnya
naskah ugama sebagai warisan khazanah bangsa sehingga ianya dapat
dihayati oleh generasi sekarang, terlebih lagi oleh generasi yang akan datang.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada pakar, murshid dan pengikut tarekat Naqsabandi Kepulauan
Riau yang dianggap boleh memberi keterangan mengenai penyebaran keilmuan
melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
1.8 Skop Kajian
Skop kajian yang dijalankan terdiri daripada beberapa sumber premier dan sekunder.
Sumber premier merupakan data utama yang diperoleh melalui temu bual kepada
pakar, murshid dan pengikut tarekat; kajian dokumen naskah atau buku mengenai
tarekat Naqsabandi serta pemerhatian aktiviti jamaah tarekat Naqsabandi. Sumber
sekunder merupakan data pendukung, seperti naskah atau tulisan tentang tarekat
Naqsabandi. Ada lima fokus kajian, iaitu penerokaan terbentuknya jaringan keilmuan
ulama tarekat Naqsabandi, corak jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi, wujud
hubungan guru-murid dalam jaringan ulama tarekat Naqsabandi, penyebaran
keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi dan kerangka penyebaran
keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
11 1.9 Kerangka Konsep
Dalam kajian ini, kerangka konsep yang dikembangkan bermula dari jaringan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau. Hubungan antara ulama satu dengan ulama
lain dalam jaringan ulama ini mewujudkan komuniti intelektual yang berkaitan
dengan keilmuan Islam. Keilmuan inilah yang disebarkan kerana didalamnya
terkandung pengetahuan ugama berupa ajaran tarekat dan kecenderungan sufi baru.
Penyebaran keilmuan dimaksudkan ialah suatu proses yang dihasilkan akibat
terjadinya hubungan guru-murid dalam jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi
di Kepulauan Riau.
Ada lima pembolehubah yang menjadi persoalan kajian utama dalam
penyebaran keilmuan ini, iaitu pertama terbentuknya jaringan ulama tarekat
Naqsabandi Kepulauan Riau. Persoalan tentang bagaimanakah jaringan ulama ini
terbentuk merupakan masalah yang perlu dijawab agar jaringan tersebut menjadi
jelas. Jawapan dari persoalan ini akan menjadi asas bagi persoalan kajian seterusnya.
Untuk menjawab persoalan ini diperlukan temu bual kepada pakar untuk penerokaan
lebih dalam dan dikukuhkan melalui analisis dokumen. Analisis terhadap persoalan
pertama berupa dapatan daripada pakar dan dokumen diselarikan dengan teori sufi
(Azra:1994 dan Bruinesan:1998) tentang penyebaran tarekat ke dunia Islam dan teori
penyebaran keilmuan (Kuhn: 1970) yang menyatakan bahawa penyebaran ilmu yang
dilakukan oleh ahli sains melalui naskah atau tulisan selalu ada hubung kait dengan
keadaan tempatan. Untuk mengukuhkan kajian juga diselarikan dengan sorotan
literatur yang berkaitan dengan persoalan ini.
Kedua, corak jaringan keilmuan ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan
Riau. Untuk menjawab persoalan kajian kedua ini diperlukan temu bual kepada
murshid dan pengikut tarekat Naqsabandi, serta dikukuhkan melalui analisis
dokumen dan pemerhatian. Analisis terhadap persoalan kedua berupa dapatan
daripada murshid, pengikut tarekat, dokumen dan pemerhatian ini diselarikan dengan
konsep ajaran tarekat (al-Kurdi: 2013) dan teori realiti sosial (Berger & Luckmann:
1990) yang menyatakan bahawa masyarakat ialah sebuah kenyataan objektif yang
didalamnya terdapat proses pelembagaan yang dibina diatas pembiasaan, di mana
terdapat tindakan yang selalu diulang-ulang sehingga kelihatan coraknya dan terus
diterbitkan semula sebagai tindakan yang difahaminya. Jika pembiasaan ini telah
berlangsung maka terjadilah pemendapan dan tradisi. Keseluruhan pengalaman
12 manusia tersimpan dalam kesedaran, mengendap dan akhirnya dapat mengetahui
dirinya dan tindakannya didalam konteks sosial kehidupannya dan melalui proses
pentradisian. Akhirnya pengalaman yang terendap dalam tradisi diwariskan kepada
generasi penerusnya. Untuk mengukuhkan kajian diselarikan juga dengan sorotan
literatur yang berkaitan dengan persoalan ini.
Ketiga, wujud hubungan guru-murid dalam jaringan keilmuan ulama tarekat
Naqsabandi Kepulauan Riau. Untuk menjawab persoalan kajian ketiga ini diperlukan
temu bual kepada murshid dan pengikut tarekat Naqsabandi serta dikukuhkan
melalui analisis dokumen dan pemerhatian. Analisis terhadap persoalan ketiga
berupa dapatan daripada murshid, pengikut tarekat, dokumen dan pemerhatian ini
diselarikan dengan teori jaringan sosial (Sukmana: 2005), yang menyatakan bahawa
suatu jaringan merupakan hubungan yang teratur atau hubungan sosial yang sama
antara individu-individu atau kelompok-kelompok. Untuk mengukuhkan kajian
diselarikan juga dengan sorotan literatur yang berkaitan dengan persoalan ini.
Keempat, penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat Naqsabandi di
Kepulauan Riau. Untuk menjawab persoalan kajian keempat ini diperlukan temu
bual kepada murshid dan pengikut tarekat Naqsabandi serta dikukuhkan melalui
analisis dokumen dan pemerhatian. Analisis terhadap persoalan keempat berupa
dapatan daripada murshid, pengikut tarekat, dokumen dan pemerhatian ini
diselarikan dengan teori perubahan sosial (Horton dan Hunt: 1980) yang menyatakan
bahawa perubahan sosial merupakan perubahan dalam segi struktur dan hubungan
sosial. Untuk mengukuhkan kajian diselarikan juga dengan sorotan literatur yang
berkaitan dengan persoalan ini. Hasil akhir daripada kajian merupakan persoalan
kajian kelima, iaitu didapatinya kerangka penyebaran keilmuan melalui jaringan
ulama tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau. Kerangka penyebaran ini dibina
daripada dapatan keempat persoalan kajian sebelumnya dari pakar, murshid,
pengikut tarekat, dokumen dan pemerhatian. Untuk mencapai matlamat akhir
daripada kajian ini, maka diperlukan kesahan kerangka penyebaran dari pakar.
Kajian ini berusaha untuk membina semula kejadian masa lalu secara
kronologi melalui pendekatan sejarah sosial intelektual, iaitu suatu kajian atau
analisis terhadap faktor yang mempengaruhi terjadinya peristiwa sejarah dari masa
ke semasa (Azra: 2002 dan Faturrahman: 2008). Untuk melihat gambaran kerangka
konsep dengan lebih jelas, rujuk rajah 1.9.1 di bawah ini:
13
Terbentuknya Jaringan
Kerangka Penyebaran
Keilmuan Melalui Jaringan
Ulama Tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau
Corak Jaringan
Wujud Hubungan Guru-Murid
Penyebaran Keilmuan
Rajah. 1.9.1: Kerangka Konsep Kajian
Sumber: Azra, 2002; Sukmana, 2002; Faturrahman, 2008 (yang telah diubah suai)
1.10. Operasional Terminologi
Operasional terminologi termasuk hal-hal penting dalam kajian yang memerlukan
penjelasan dan menggambarkan ciri-ciri pembolehubah yang digunakan dalam
penyelidikan ini, iaitu: penyebaran keilmuan, jaringan ulama tarekat Naqsabandi,
corak jaringan, wujud hubungan guru-murid dan Kepulauan Riau. Untuk jelasnya
seperti di bawah ini:
1.10.1. Penyebaran Keilmuan
Penyebaran keilmuan atau penyebaran ilmu pengetahuan dari satu generasi ke
generasi tidak sahaja melalui tulisan, atau lisan, tetapi juga gambar atau benda yang
dimungkinkan untuk diteliti dan dikembangkan. Penyebaran keilmuan sebagaimana
kajian Thomas S.Kuhn (1970) tidak lepas dari peranan ahli sains itu sendiri, kerana
setiap ahli sains selalu menulis apa yang mereka dapati dan selalu mengaitkan dan
mengembangkannya dengan keadaan tempatan. Dalam hubungannya dengan kajian
ini, penyebaran keilmuan dimaksudkan ialah suatu proses yang dihasilkan akibat
terjadinya hubungan guru-murid berupa keilmuan, didalamnya terkandung ajaran
tarekat dan kecenderungan sufi baru yang disebarkan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau.
Jaringan Ulama Tarekat
Naqsabandi Kepulauan Riau
Penyebaran Keilmuan
14 1.10.2. Jaringan Ulama Tarekat Naqsabandi
Jaringan ditakrifkan sebagai hubungan antara sejumlah orang dengan sifat tambahan
yang ciri-ciri dari hubungan ini sebagai keseluruhan dan digunakan untuk
mentafsirkan tingkah laku sosial dari individu-individu yang terlibat (Sukmana:
2005). Ulama sebagaimana ditakrifkan dalam musyawarah antara pimpinan Ma'had
'Ali al-Islam seluruh Indonesia di Jakarta (Ma'had Ali:1988) ialah jamak (plural) dari
perkataan 'alima yang bermaksud seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan,
luas dan mantap. Di Indonesia, istilah ulama atau alim ulama memiliki hubungkait
dengan keilmuan Islam. Walaupun demikian, ulama mempunyai ciri khas yang tidak
boleh dilepaskan, iaitu ilmu pengetahuan yang dimiliki dan diajarkan terkandung
makna khasyyah (adanya rasa takut atau tunduk) kepada Allah swt. Oleh kerananya,
seorang ulama mesti orang Islam. Seseorang yang baru mempunyai ilmu keugamaan
(keIslaman) seperti ketimuran (orientalis) tidak boleh dikatakan ulama (Dasuki:
1994). Tarekat Naqsabandi, merupakan salah satu organisasi dalam tasawuf yang
ditubuhkan oleh seorang ahli tasawuf terkenal, iaitu Muhammad bin Muhammad
Bahauddin al-Uwaisi al-Bukhari Naqsabandi (717H/1318M-791H/1389M). Tarekat
ini mempunyai ramai pengikut dan cukup berpengaruh di Asia, nusantara dan
Kepulauan Riau (Ensiklopedia Islam Indonesia:1992).
Dalam kajian ini, jaringan ulama tarekat Naqsabandi dimaksudkan sebagai
suatu hubungan keilmuan antara ulama satu dengan lainnya dalam penyebaran
keilmuan tarekat Naqsabandi berupa ajaran tarekat dan kecenderungan sufi baru
secara berterusan.
1.10.3. Corak Jaringan
Corak ditakrifkan sebagai warna atau sesuatu yang memiliki sifat yang khas (KBBI:
2016). Corak jaringan dimaknai sebagai hubungan yang khas antara sejumlah orang
dengan sifat tambahan yang ciri-ciri dari hubungan ini sebagai keseluruhan dan
digunakan untuk mentafsirkan tingkah laku sosial dari individu-individu yang terlibat
(Sukmana: 2005). Dalam kajian ini, corak jaringan dimaksudkan sebagai suatu
hubungan keilmuan yang khas antara ulama dalam penyebaran keilmuan tarekat dan
menghasilkan jalur keilmuan tersendiri namun tetap berpunca dari jaringan ulama
tarekat Naqsabandi yang sama.
15 1.10.4. Wujud Hubungan Guru-Murid
Wujud ditakrifkan sebagai rupa atau bentuk dari segala sesuatu (KKBI: 2016).
Wujud hubungan guru-murid ditakrifkan sebagai suatu bentuk dari hasil hubungan
keilmuan antara guru sebagai pengajar dan murid sebagai penerima ajaran. Dalam
kajian ini, wujud hubungan guru-murid dimaksudkan sebagai suatu bentuk hubungan
keilmuan antara guru dan murid dalam penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama
tarekat Naqsabandi, berupa isnād hadith, salāsilaḥ, ijāzah serta kewalian.
1.10.5. Kepulauan Riau
Kepulauan Riau merupakan suatu wilayah dalam negara Republik Indonesia yang
mempunyai pulau-pulau, secara geografi mempunyai sempadan secara langsung, dan
secara etnografi mempunyai akar budaya Melayu yang sama dengan dengan negara
serumpun Singapura dan Malaysia, yang dulunya masuk ke dalam wilayah kerajaan
Johor-Riau, Riau-Johor dan Riau-Lingga. Batasan lokasi Kepulauan Riau dalam
kajian ini ialah provinsi Kepulauan Riau Indonesia yang didalamnya pernah ada
kerajaan Riau-Lingga (Pemrov. Kepri: 2014). Fokus kajian Kepulauan Riau ialah di
pulau Penyengat, Daik Lingga dan Batam. Tempat ini merupakan pusat penyebaran
tarekat Naqsabandi.
1.11. Rumusan
Sebagai rumusan, bab satu ini telah menerangkan pernyataan masalah, objektif dan
persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan skop kajian, kerangka konsep dan
operasional terminologi sebagai asas pemikiran awal untuk melakukan kajian
selanjutnya.
Pada bab dua akan menjelaskan tentang landasan teori dan sorotan literatur
yang digunapakai sebagai analisis terhadap penyebaran keilmuan jaringan ulama
tarekat Naqsabandi di Kepulauan Riau.
Bab tiga akan menerangkan metodologi penelitian, yang meliputi reka
bentuk kajian, sumber data, teknik pengumpulan data, prosedur menjalankan kajian,
kebolehpercayaan dan kesahihan data serta teknik analisis data.
16
Bab empat akan membentangkan analisis data, berupa data profil responden
dan dapatan kajian berupa lima data yang diperoleh melalui temu bual, kajian
dokumen dan pemerhatian.
Bab lima merupakan bab akhir akan didapati rumusan dan penemuan kajian,
sumbangan kajian, implikasi kajian dengan teori kajian sebelumnya, kesimpulan dan
cadangan kajian lanjutan.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1. Pengenalan
Bab ini membincangkan kajian literatur yang berkaitan dengan tasawuf, tarekat dan
juga teori-teori yang berkaitan. Bab ini juga membentangkan kajian-kajian lepas
yang berkaitan, dikumpulkan menjadi asas analisis dan pembangunan dalam
penyelidikan tentang penyebaran keilmuan melalui jaringan ulama tarekat
Naqsabandi di Kepulauan Riau.
2.2. Tasawuf dan Tarekat Dalam Islam
Dalam bagian ini, terdapat lima perkara yang diterangkan berdasarkan kepada
literatur tasawuf dan tarekat dalam Islam, iaitu; asas dan matlamat tasawuf,
perkembangan tasawuf, asas dan matlamat tarekat, keilmuan tarekat dan tarekat
Naqsabandi.
2.2.1. Asas dan Matlamat Tasawuf
Terdapat beberapa pendapat tentang makna tasawuf secara bahasa atau lughāwi.
Menurut al-Kalabadzi (tt), perkataan tasawuf atau sufi berasal dari kata shāf yang
bermaksud saf atau baris. Ini dimaksudkan kerana para sufi sentiasa berada pada
baris pertama dalam sholat, juga berasal dari perkataan shuffāh atau shuffāt
al-masjid, anjung masjid, iaitu sebuah bilik bersebelahan masjid Nabawi yang
dikhaskan untuk para sahabat Nabi dari golongan pendatang. Ini dimaksudkan kerana
para sufi sentiasa hidupnya dekat dengan masjid. Sehingga penghuni shuffāh
dipanggil ahl as-shuffāh. Kajian Valiudin (1987) memberikan sokongan lebih lanjut
dengan menyatakan bahawa ianya bisa berasal dari perkataan shāfā (bersih), kerana
18
kaum sufi hatinya sentiasa berhadapan kehadhirat Allah, sebagai bentuk jamak shāffi
bukan shūfi.
Pendapat yang berbeza diungkapkan oleh Arberry (1979). Dalam kajiannya
menunjukkan bahawa istilah sufi ini berasal dari bahasa Arab bermakna bulu, pada
mulanya dikaitkan dengan Abu Hashim ibn Syarik Kufah yang meninggal dunia
kira-kira tahun 160 H/776M. Kemudian semasa Abdul Wahid bin Zaid, di Basrah
ditubuhkan tempat pertama bagi sufi yang memakai pakaian berbulu (ash-Shuffiyah).
Pendapat ini disokong oleh kajian Ali (1987), yang menyatakan bahawa perkataan
sufi berasal dari perkataan suf yang bermakna bulu. Bahkan ia juga mengembangkan
lebih jauh bahwa bisa juga perkataan itu sama dengan perkataan shopos (Greek)
bermaksud hikmah (kebijaksanaan), kerana para sufi sentiasa menekankan
kebijaksanaan. Namun menghubungkan sufi dengan pakaian yang berbulu
sebenarnya sudah dibantah sejak lama oleh Ibn Khaldun (tt: 370-371). Beliau
menyatakan bahawa sufi itu lebih kepada intipati ruhani atau sifat yang muncul dari
peribadi kerana akhlak dan ilmunya, bukan kepada formaliti atau simbol tertentu
seperti berpakaian bulu (suf) sehingga seseorang dipanggil sufi. Beliau
mencontohkan Ibn Sirin (w.110H/728M) yang telah mengharamkan penggunaan
bulu kerana pengaruh zahid-zahid tertentu semasa Nabi Isa. Selari dengan Ibn
Khaldun, al-Qushairi (tt: 279) juga berpendapat bahawa menghubungkan perkataan
tasawuf dengan simbol-simbol tertentu merupakan sebuah sebutan sahaja (laqab).
Oleh itu kata-kata ini tidak ada yang hampir sama dengan bahasa Arab.
Walaupun demikian, al-Qusyairi (tt, 280) bersetuju bahawa kata tasawuf
dalam bahasa Arab ditulis dengan tashawwuf (تصوف), tashawwafa, mutashawwif
yang setanding dengan kata taqāmmasa yang berarti memakai baju gamis.
Berkenaan dengan penisbahan kata sufi tersebut, al-Qusyairy menyebutkan empat
kata yang boleh dihubungkan kepada penamaan tasawuf, iaitu:
(i) Shuf (صوف) kain yang diperbuat daripada bulu (bulu). Tasawuf di sini dipakai
dengan arti memakai kain wol, sebagaimana halnya dengan kata taqāmmus
digunakan dalam arti memakai baju gamis. Bulu yang dipakai kaum sufi ialah
bulu yang kasar sebagai lambang dari kesederhanaan. Walau demikian,
al-Qushairi menegaskan bahawa kaum sufi tidak menyifatkan dirinya dengan
memakai pakaian dari wol.
19
(ii) Shuffāh (صفة). Kata ini diertikan dengan serambi Masjid Baginda Rasulullah
saw. yang menjadi tempat orang-orang yang disebut ahl al-shuffāh. Mereka
ialah orang-orang yang ikut berhijrah bersama Nabi dari Mekkah ke Madinah
dan tidak lagi memiliki harta benda. Tidur mereka berbantalkan pelana yang
disebut shuffāh. Mereka ialah orang-orang yang mempunyai jiwa yang bersih,
berhati mulia dan tidak tergoda oleh kemewahan dunia. Demikian itu ialah
salah satu sifat orang-orang sufi.
(iii) Safā' (صفا) yang mempunyai erti kesucian atau suci. Orang-orang sufi
memang setiap saat selalu berupaya mensucikan diri dengan pelbagai amal
dan riyādhah.
(iv) Shāf (صف) yang bererti barisan sebagaimana halnya barisan pertama dalam
sholat. Orang-orang sufi berada di barisan depan dalam mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
Dari beberapa pendapat tentang perkataan tasawuf diatas, memunculkan
beberapa pengertian tentang tasawuf. Kajian Haeri (1993) menunjukkan bahawa
banyak istilah yang muncul dalam memberi penjelasan tentang tasawuf. Seperti
menurut Abu al-Hasan ash-Shadhili (1258M), seorang sufi terkenal dari Afrika
Utara, bahawa tasawuf ialah amalan-amalan dan latihan kepada seseorang untuk
memulihkan diri mereka kepada menyembah Allah. Demikian pula dengan Ahmad
Zarruq (1494M) dari Maghribi, mengatakan tasawuf sebagai ilmu yang boleh
mengatur dan menyelaraskan hati dan membuat ia istimewa bagi Allah, dengan
menggunakan pengetahuan ugama Islam, khususnya tentang undang-undang, yang
kemudiannya mengaitkan pengetahuan itu untuk meningkatkan kualiti perbuatan dan
menjaga diri dari terhad dalam undang-undang Islam dengan harapan kebijaksanaan
baru muncul di dalam dirinya. Sedangkan menurut Nasution (1973) tasawuf ialah
kesedaran adanya komunikasi dan dialog langsung antara manusia dan Tuhannya.
Menurut al-Taftazani (1979), tasawuf merupakan suatu pandangan falsafah hidup
yang bertujuan untuk membangunkan akhlak, jiwa manusia boleh dicapai melalui
latihan praktikal tertentu (riyādiyyah al-'amāliyah al-mu'ayyanah) yang
menyebabkan pembubaran perasaan ruhani di alam (al-haqīqah al-asmā).
Pendekatan yang digunakan cenderung rasa (dzauq) yang menghasilkan kebahagiaan
ruhani (ash-shā’dah ar-ruhīyah). Pengalaman yang tidak dapat ditunjukkan secara
normal kerana ia ialah emosi dan perseorangan (wujdaniyyah ath-tahābi' wa
20
dhātiyah). Dari beberapa pengertian di atas, dapat difahami bahawa tasawuf
merupakan upaya membersihkan diri dari sifat-sifat tercela menuju sifat-sifat terpuji
melalui proses pembinaan yang dikenal dengan riyādhoh (latihan) dan mujāhadah
(bersungguh-sungguh).
Tujuan hakiki dari tasawuf ialah ingin tersingkapnya penghalang (hijab) dari
yang zahir menuju yang batin. Kerana pada dasarnya Allah ialah Yang Zahir dan
Yang Batin. Sebagaimana dimaksud oleh Nasr (1982), bahawa dunia ini dan seluruh
isinya merupakan pancaran dan alamat daripada nama-nama dan sifat-sifat Tuhan,
maka semua realiti mempunyai aspek zahir dan batin. Nasr memperkuat pendapatnya
dengan menghubungkannya pada al-Qur'an surat al-Hadid ayat 3 :
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dalam Islam, dimensi batin dari wahyu ini sebagian besar berkaitan dengan
tasawuf dalam upaya pembentukan moraliti. Sehingga tasawuf merupakan bagian
dari syari’at Islam, yakni wujud dari ihsan. Tasawuf merupakan bagian penting
dalam kerangka ajaran Islam, iaitu ihsan disamping iman dan Islam. Iman sebagai
asas yang ada pada jiwa seseorang hasil dari perpaduan antara ilmu dan keyakinan,
kewujudan mereka yang berupa tindakan zahiriah disebut Islam. Ihsan meliputi
semua tingkah laku muslim, baik dari segi tindakan zahir ataupun batin, serta dalam
ibadah ataupun mu'amalah. Perpaduan antara iman dan Islam pada diri seseorang
akan melahirkan peribadi dalam bentuk akhlak al-karīmah atau disebut ihsan
(Madjid: 1995).
Dengan demikian, tasawuf bertujuan membina dorongan-dorongan terdalam
manusia, iaitu dorongan untuk mewujudkan diri secara penuh sebagai makhluk yang
secara hakiki ialah bersifat ruhani dan kekal. Awal mula proses pada pembentukan
akhlak al-karīmah dapat dilihat pada kehidupan Baginda Nabi dan para sahabat.
Dalam kajian Haykal (1967) menunjukkan bahawa setiap bulan ramadhan
sebelum diangkat menjadi Nabi, Baginda selalu menyendiri di Gua Hira,
bertahannūs dan berkhālwat, mengelakkan keramaian, mengurangkan tidur, mencari
ketenangan jiwa dan kebersihan hati, berupaya mencari petunjuk dan merenungi
wujud alam semesta. Ini semua membuat kalbu beliau menjadi jernih yang
mengantarkankannya menuju kenabian, sehingga malaikat Jibril menyampaikan
21
wahyu pertama surat al-'Alaq ayat 1-5. Kehidupan awal Baginda Rasulullah di Gua
Hira ini merupakan cikal bakal kehidupan yang nantinya dihayati oleh para zahid
ataupun sufi, dimana mereka meletakkan dirinya sendiri dalam bentuk latihan-latihan
keruhanian untuk penyucian jiwa dan pemurnian ibadah kepada Allah swt. Mengenai
intensiti ibadah Baginda Rasulullah yang lain, sebagaimana diriwayatkan bahawa
'Aishah ra berkata kepada beliau sewaktu dilihatnya beliau begitu lama mengerjakan
sholat malam hingga kedua telapak kaki beliau bengkak-bengkak. Aishah ra
bertanya: "Wahai Baginda Rasulullah saw, mengapa ini Engkau lakukan, bukankah
Allah telah mengampuni segala dosamu, baik yang lalu ataupun yang akan datang?
Baginda Rasulullah menjawab, tidakkah patut aku bersenang menjadi seorang hamba
yang bersyukur?" (HR. Bukhari dan Muslim). Diriwayatkan oleh 'Aishah bahawa
dalam sepuluh hari terakhir bulan ramadhan, sampai beliau meninggal dunia, beliau
selalu beri’tikāf di masjid. Haykal (1967) lebih lanjut menghubungkan pendapatnya
tentang akhlak Nabi dengan al-Qur'an surat al-Qalam ayat 4 dan at-Taubah ayat 128:
1TDan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yan 1Tg amat mulia (al-Qalam; 4) 1TSesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman (At-Taubah: 128)
Haykal (1967) juga memperkuat pendapatnya dengan hadith yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi berdo'a: "Allahumma ya Allah, kepada
Engkau aku menyerahkan diriku, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku
bertawakal, kepada Engkau aku menuju dan dengan Engkau aku melawan segenap
penghalangku (Riwayat Bukhari Muslim)".
Keteladanan tersebut juga tampak dalam kehidupan para sahabat beliau.
Kajian Ni'am (2014) menyebutkan bahawa para sahabat beliau yang terkenal, seperti
Abu Bakar ash-Siddiq, sebagai orang terdekat dengan Baginda Rasulullah dan laki-
laki dewasa yang pertama masuk Islam. Dia yang paling banyak memberikan
pengorbanan, baik kepada Nabi mahupun kepada umat Islam. Abu Bakar sentiasa
mendampingi Baginda Rasulullah, baik ketika hijrah maupun ketika dalam
22
menghadapi kafir Quraish. Sikap yang ditunjukkan Abu Bakar merupakan teladan
bagi kaum sufi. Demikian juga dengan Umar ibn al-Khattab ialah sahabat terdekat
dan setia kepada Baginda Rasulullah. Kecerdasannya dalam berfikir dan memahami
syari’at Islam diakui oleh Baginda Nabi. Bahkan beliau sebagai salah seorang
sahabat yang dijamin masuk syurga. Dikenali sebagai khulafa al-Rasyidin yang
kedua namun mempunyai kesederhanaan hidup yang melebihi kaumnya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau pernah terlambat datang ke masjid,
sehingga lewat pula dilaksanakan sholat fardhu secara berjamaah kerana biasanya
beliaulah yang menjadi imam. Salah seorang bertanya kenapa terlambat datang.
Umar menjawab: kain saya sedang dicuci dan tidak ada kain lagi yang lain. Dari
unsur sahabat lain seperti Usman ibn 'Affan yang dikenal dengan zun nur'ain, sebab
beliau dinikahkan dengan Rugayyah dan Umi Kalsum, kedua-duanya putri Baginda
Rasulullah. Beliau juga termasuk salah seorang sahabat yang diberi kabar gembira
iaitu dijanjikan masuk syurga. Demikian juga Ali ibn Abi Talib yang rela
mengorbankan jiwanya untuk menegakkan ugama Islam, seperti pada peristiwa
hijrah Nabi. Lebih lanjut Ni'am (2014) memperkuat kajiannya tentang keteladan
kehidupan sahabat pada zaman Nabi dengan al-Qur'an surat at-Taubah ayat 100 :
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
2.2.2. Perkembangan Tasawuf
Tasawuf sebagai salah satu aspek ajaran Islam, intipati ajaran dan amalan-amalannya
sudah ada semenjak zaman Baginda Rasulullah saw, para sahabat, dan tabi'in.
Namun pada masa ini belumlah disebut dengan tasawuf. Ibnu Khaldun (tt)
mengungkapkan bahawa ilmu tasawuf termasuk ilmu syari’at Islam yang datang
kemudian. Ini berdasarkan kepada anggapan bahawa amalan-amalan masih tetap
sama seperti yang dilakukan oleh generasi muslim pertama; masa sahabat, tabi'in dan
23
juga orang-orang yang sesudah mereka yang mengikuti jalan hidayah menuju
kebenaran.
Pesatnya perkembangan tasawuf sebagai salah satu budaya Islam,
mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Kajian Nicholson (1966)
menunjukkan bahwa ada tiga latar belakang berkembangnya tasawuf. Pertama,
sebagai reaksi terhadap sikap hidup yang sekular dan penuh kemewahan dari
kumpulan elit dinasti istana ketika itu. Di antara tokohnya ialah Hasan al-Basri
(w.110H/669M) dengan ajaran zuhud (dorongan untuk beribadah kerana takut
melanggar perintah Allah) dan khouf al-Rojā' (takut melanggar perintah Allah).
Kemudian Rabiah al-Adawiyah (w.185H/744M) dengan ajaran al-hubb al-ilāhi atau
al-mahabbah (cinta kepada Allah). Kedua, timbulnya sikap tidak ambil peduli
sebagai reaksi dari gerakan radikal kaum khawarij dan bentuk politik yang
ditimbulkannya. Hal demikian melahirkan ajaran 'uzlah (mengasingkan diri dari
kemewahan kehidupan dunia) yang dipegang oleh Surri al-Saqathi (w.253H/802M).
Ketiga, kerana corak pemikiran hukum Islam dan perdebatan kalam yang rasional
kurang bermotivasi pada akhlak sehingga berlaku kehausan ruhani dalam beribadah
dan berugama.
Pertumbuhan tasawuf dimulai dengan amalan kehidupan zuhud oleh para sufi
dengan intensiti ibadah yang tinggi, penuh ketaatan kepada Allah, mengelakkan
kehidupan bermewah-mewah dan tidak terpedaya oleh harta dan kehidupan duniawi,
meninggalkan maksiat, dan hidup berkhālwat untuk beribadah. Kehidupan seperti ini
dilakukan oleh sebagian besar sahabat dan muslim pertama (salāf). Kajian Ali
(1987) menyebutkan bahawa pada abad pertama Hijriyah kecenderungan umat
terhadap kehidupan zuhud semakin tinggi, kerana selain al-Quran dan sunnah
menuntut dan memberikan tuntunan untuk itu, pada sisi lain keadaan sosial politik
juga mencetuskan untuk suburnya kehidupan zuhud. Perang saudara yang
berpanjangan di bawah Dinasti Bani Umayyah, kezaliman para penguasa dan
menurunnya perilaku moral. Kehidupan yang demikian itu telah menjadi tenaga yang
menggerakkan kehidupan zuhud di tengah-tengah umat. Diantaranya seperti yang
ditunjukkan oleh seorang sufi terkenal Hasan Basri, pandangannya memberikan
kesan yang cukup besar terhadap para sufi. Di antara ungkapannya ialah: "Juallah
hidup duniamu untuk memperoleh hidup akhirat, pasti keduanya engkau peroleh.
Tapi jangan jual hidup akhiratmu untuk memperoleh hidup dunia, pasti kedua-
24
duanya akan lenyap dari tanganmu. "Dan banyak lagi tokoh-tokoh zuhud yang
mencerminkan keluhuran Islam, seperti Ibrahim bin Adham, Rabi'ah al-Adawiyah
dan lain-lain. Para sufi zuhid itu berkeyakinan bahawa untuk mendapatkan
kesejahteraan yang abadi dan kelangsungan rahmat Ilahi, seorang harus
membebaskan dirinya daripada kurungan dunia dan senang serta harap akan
kehidupan akhirat. Mereka berpandangan, jika menginginkan kesejahteraan, ucapkan
selamat tinggal kepada dunia ini, dan jika menginginkan rahmat, kumandangkan
takbir kepada akhirat, yakni kedua-duanya ialah tempat-tempat yang menabiri
(tempat-tempat yang mencegah dari melihat Tuhan).
Dilihat dari realiti perkembangan zuhud dan motivasinya, maka sufi zuhud
boleh dibahagikan kepada dua golongan. Kajian Nasution (1973) menyatakan ada
dua golongan sufi zuhud. Pertama, sufi yang melaksanakan dan mengamalkan
kehidupan zuhud, meninggalkan kehidupan materi dan kesenangan duniawi. Ia hidup
semata-mata hanya untuk beribadah kepada Allah SWT kerana di dorong oleh rasa
takut akan azab Allah di akhirat. Kedua, sufi yang mengamalkan zuhud kerana
didorong oleh rasa cinta. Tuhan dalam pandangannya ialah zat yang harus dicintai
dan didekati. Abad pertama dan kedua Hijriyah ialah masa pertumbuhan tasawuf
yang terkenal dengan kehidupan zuhud sebagai cikal bakal tasawuf. Awal abad
ketiga ialah masa peralihan dari zuhud kepada tasawuf. Sebutan zahid dan zuhud
tidak lagi popular, justeru sebutan tasawuf lebih dikenali.
Pada abad ketiga Hijriah, ajaran tasawuf mulai terjadinya persentuhan dengan
pengaruh luar. Kajian Siregar (2000) mengungkapkan bahawa salah satu pengaruh
luar yang muncul ialah falsafah, baik falsafah Yunani, India dan Parsi. Ini ditandai
dengan munculnya tokoh sufi Abu Yazid al-Bustami (w.260H/809M) dengan doktrin
al-ittihād melalui fanā, iaitu beralihnya sifat kemanusiaan seseorang ke dalam sifat
ke-Ilahian sehingga terjadi penyatuan manusia dengan Tuhan. Semenjak kemunculan
doktrin fanā dan al-ittihād ini membuat dunia tasawuf mulai ramai dibincangkan.
Akhir abad ketiga Hijriah, tokoh sufi lainnya seperti al-Karraj (w.277H/826M) dan
al-Junaid (w.297H/876M) menawarkan konsep tasawuf yang berupaya
menggabungkan ajaran fanā dan syari’at. Pada abad keempat Hijriah ini pula,
tasawuf mulai memiliki gaya falsafah dengan munculnya Abu Mansur al-Hallaj
(w.343H/922M) dengan konsep al-hulūl dan Ibn Masarrah (w.381H/960M) dengan
konsep makrifat sejati yang bercorak Neo-Platonis.
253
RUJUKAN
Abdul Hadi, WM (1985). Sastra Sufi. Jakarta: Penerbit Firdaus.
Abdullah, A.R.H. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia, Sejarah dan Aliran. Jakarta:
Gema Insani.
Al-Attas, Syed Naquib, (1969). Preliminary Statement on a General Theory of the
Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Al-Attas, Syed Nequib (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu,
Kuala Lumpur, Univesiti Kebansaan Malaysia
Al-Bukhari, Imam Abi Abdillah Muhammad ibn Ismail, (tt). Shohih al-Bukhāri,
Beirut: Dar al-Ma‟rifah
Al-Hasani, Abd. Qadir al-Jailnai (tt). al-Ghunyā li Thālibi Thariq al-Haq fi
al-Akhlāq wa al-Tasawuf wa al-Adāb, juz II, al-Maktabah al-Sya‟biyah
Ali Haji, Raja. (1304). Samatul Muhimmah. Lingga: Cap Office Gobermen.
Ali Haji, Raja. (1982). Tuhfat al-Nafis, (ed) Virginia Matheson. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bhakti.
Ali, Raja Kelana. (1344). Ini Rencana Mudah Pada Mengenal Diri yang Indah.
Singapura: Percetakan al-Ahmadi
Ali, Yunasril. (1987). Pengantar Ilmu Tasawuf. Jakarta: Pedoman Ilmu Jaya.
Al-Kalabadzi, Abu Bakar Muhammad (tt). Al-Ta‟āruf li Mazāhib Al-Tasawuf.
Kairo: Maktabah Al-Kulliyah Al-Azhariyah,
Al-Khamaskhanawi, Diyaudin Ahmad Muafa al-Khamashkhanawi (tt). Jāmi‟
al-Uṣūl fī al-Awliyā‟.Surabaya: Matba„ah al-Haramayn.
Al-Kurdi, Muhammad Amīn. (1996), Tahzīb al-Mawāhib al-Sarmadiyah fī Ajlā‟i
al-Sādah al-Naqshabandiyah, Dimasq: Dar Hira.
Al-Kurdi, Muhammad Amin. (2013), Tanwīr al-Qulub fi Mu'amalah 'Allām
al-Ghuyūb, Kairo: Syirkah Nur al-Aziz.
Al-Qusyairi, Abu Qasim Abdul. (tt). Risālah al-Qusyairiyyah. Beirut : Dar el Qolam.
254
Al-Sakandari, Ibn „Atā‟illāh (tt). al-Ḥikām. Mir: Maktabah waMaba„ah Muammad
„Alī ābih wa-Awlādih,.
Al-Taftazani, Abu al-Wafa' al-Ghanimi. (1979). Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islām.
Kairo: Dar Thaqofah.
Al-Zawawi, Muhamad Shalih (1312). Risālah al-Fawāid al-Wāfiat fi Syarah Ma‟na
Tahiyat. Pulau Penyengat : Penerbit Mathba‟ah Ahmadiyah.
Al-Zawawi, Muhamad Shalih (1313) Kaifiyah al-Dhikir „ala Thariqah an
Naqsabandiyah al-Mujaddidatul Ahmadiyah. Pulau Penyengat : Penerbit
Mathba‟ah Ahmadiyah.
Amin, Samsul Munir. (2009), Sayyid Ulama Hijaz, Biografi Syaikh Nawawi
al-Bantani,Yogyakarta: LKiS Pelangi Aksara.
Andaya, L.Y. (1975). The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political
Development. Kuala Lumpur : Oxford University Press.
Anwar, Syamsul (1991). Konsep Negara Di Dunia Melayu : Kajian Terhadap
Pemikiran Raja Ali Haji. Tesis IAIN Yogyalkarta.
Aqib, Kharisudin. (1998), al-Hikmah, Memahami Teosofi Tarekat Qadiriyah wa-
Naqsyabandiyah, Surabaya: Dunia Ilmu
Arberry, A.J. (1979). Sufism and Account of The Mystics of Islam. (London: Unwin
Poperbacks.
Arifin, Miftah. (2013). Sufi Nusantara: Biografi, Karya Intelektual & Pemikiran
Tasawuf. Yogyakarta: Ar-Ruz Media.
Arifin, Miftah. (2015). Wujudiah di Nusantara: Kontiunitas dan Perubahan.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Arikunto, Suharsimi. (2006). Prosedur Penelitian: Suatu Pendekatan Praktik.
Jakarta: PT Rineka Cipta
Arnold, T.W. (1935). The Preaching of Islam, A History of Propagation of The
Muslim Faith. London: Luzac & Company.
Atjeh, Abu Bakar. (1993). Pengantar Ilmu tarekat: Kajian Historis Tentang Mistik.
Solo: Ramadhani.
Asrori, KH. Ahmad al-Ishaqy. (2010). Al-Iklil. Surabaya : Jamaah al-Khidmah.
Ayi, Sofyan. (2010). Kapita Selekta Filsafat, Bandung : Pustaka Setia
Azami, A.M. (1977). Studies in Early Hadits Methodology and Literature. Indiana
Polis: American Trust Publications.
255
Azra, Azyumardi (1994). Jaringan Ulama Timur Tengah Dan Kepulauan Nusantara
Abad XVII dan XVIII. Bandung: Penerbiat Mizan.
Azra, Azyumardi (1999). Islam Reformis: Dinamika Intelektual dan Gerakan .
Jakarta: Raja Grafindo Persada
Azra, Azyumardi (2002). Islam Nusantara: Jaringan Global dan Lokal. Bandung:
Penerbiat Mizan.
Bagir, Haidar. (2001). Buku Saku Tasawuf, Bandung: Penerbit Mizan
Bandur, Agustinus. (2014). Metode Penelitian Kualitatif. Jakarta : Penerbit Mitra
Wacana Media.
Bari, Abbās Husain. (1996). al-Mużakkirah al-Zahabiyyah fī al-Ṭarīqah
al-Naqshabandi. „Idpo: Awlad al-Ghanimi
Basrowi dan Sukidin. (2002). Metode Penelitian Perspektif Mikro: Grounded theory,
Fenomenologi, Etnometodologi, Etnografi, Dramaturgi, Interaksi Simbolik,
Hermeneutik, Pembangunan Sosial, Analisis Wacana, dan Metodologi
Refleksi, Surabaya: Insan Cendekia.
Berger, Peter L. & Thomas Luckmann (1990). Tafsir Sosial atas Kenyataan: Risalah
tentang Sosiologi Pengetahuan (diterjemahkan dari buku asli The Social
Construction of Reality oleh Hasan Basari). Jakarta: LP3ES.
Berkey, Jonathan (1992). The Transmission of Knowlegde in Medieval Cairo:
A Social History of Islamic Education, Princeton University Press.
Bogdan, Robert C., & Biklen, Sari Knopp. 1982. Qualitative Research for Education
, An Introduction to Theory and Methods. Boston: Allyn and Bacon.
Borhan. Zainal Abidin. ( 1984). Peranan Orang Laut di Selat Melaka: Satu Catatan
Awal. Kuala Lumpur: United Selangor.
Brown, C.C. (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur, Oxford
University Press.
Bruinessan, M.V. (1998). Tarekat Naqsabandi di Indonesia. Bandung : Penerbit
Mizan.
Bruinessen, M.V. (1995). Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat: Tradisi-Tradisi
Islam di Indonesia. Bandung: Mizan.
Buehler, Arthur F. (1998). Sufi Heirs of The Prophet; The Indian Naqshabandiyya
and The Rise of The Mediating Sufi Shaykh. Colimbia: University of South
Carolina Press
Bukhari (1988). Shahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ilmi.
256
Bungin, Burhan. (2001). Metodologi Penelitian Sosial. Surabaya: Airlangga
Bungin, Burhan. (2007). Penelitian Kualitatif. Jakarta : Kencana.
Burhanuddin, Asep. (2005). Ghulām Aḥmad, Jihad Tanpa Kekerasan.(Yogyakarta:
Lkis
Byrne, M. 2001. Interviewing as a Data Collection Method. Association of
Operating Room Nurses. AORN Journal
Carey, Iskandar (1976). Orang asli: The Original Tribes of Peninsula Malaysia.
Oxford University Press.
Creswell, J. W. 1998. Qualitatif Inquiry and Research Design. Sage Publications,
Inc: California
Dahlan, Aziz (2002). Islam dan Masyarakat Betawi, Jakarta julius.
Dasuki, Hafi. (1994) Ensiklopedia Islam. Jakarta : Ichtiar Baru van hoove
Denzin, Norman (1978). Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks ; Sage
Publications.
Dhofier, Zamakhsyari. (1994). Tradisi Pesantren : Studi Tentang Pandangan Hidup
Kyai. Jakarta : LP3ES.
Djaelani, Abdul Qodir. (1994). Peran Ulama dan Santri Dalam Politik Islam
Indonesia. Surabaya; Bina llmu Surabaya.
Djalaluddin (tt). Sinar Keemasan, Dalam Mengamalkan Keagungan Kalimah
Laailaaha Illallah, jilid 1 dan 2, Surabaya: Terbit Terang
Djayadiningrat, R.H, (1982). Kesultanan Aceh, penerj. T.Hamid, Banda Aceh
Departemen P&K
Effendi, Tenas. (tt). Pantun Sebagai Media Dakwah dan Tunjuk Ajar Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Effendy, Uchjana Onong. (2004). Ilmu Komunikasi Teori dan Praktek. Bandung :
PT.Remaja Rosdakarya.
Emzir. (2010). Metodologi Penelitian Kualitatif: Analisis Data. Jakarta: PT Raja
Grafindo Persada
Fadhli, Ahmad, (2011). Ulama Betawi. Jakarta: Penerbit Man-Halun Nasyi.
Faisal, Muhammad. (2009). Pemilihan Walikota Batam 2006: Mengindentifikasi
Penggunaan Simbol-Simbol Agama. Jurnal Penamas vol.XXII No.2
Faisal, Sanafiah. (1990). Penelitian Kualitatif: Dasar-Dasar dan Aplikasi. Malang:
YA3
257
Faturrahman, Oman. (2003). Tarekat Syattariyah di Minangkabau. Jakarta: Pranada
Media Group.
Fazlurrahman. (2003), Islam. Bandung: Penerbit Pustaka.
Fuad Said. (2005). Hakekat Tarekat Naqsandiyah. Jakarta : Penerbit Al-Husna Zikra.
Gabrieli (1970). The Transmission of Learning and Literary Influences to Western
Europe. Cambridge: Cambridge Univerity Press.
Geertz, C. (1960). The Religion of Java. New York: Fress Press.
Glassē, Cyril. (1999). Ensiklopedi Islam Ringkas. Jakarta: PT. Raja Grafindo,
Hadi, Sofyan. (2011). Dinamika dan Polemik Tarekat Naqsabandiyah di Sumatera
Barat. UIN Jakarta. Tesis.
Haeri, Shaikh Fadhalla. (1993). The Elements of Sufism. USA: Element, Inc.
Hamidi.U.U. (1982). Riau Sebagai Pusat Bahasa dan Sastra. Pekanbaru : Penerbit
Bumi Pustaka.
Hamka. (1970). Tasauf Modern. Jakarta: Panjimas.
Hashim, M.Y (1984). Hubungan Melaka-Johor-Siak-Sukadana Dari Tradisi Siak.
Kuala Lumpur: United Selangor
Hashim, M.Y (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Sejarah Melayu
Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasjmi, A. (1990). Sejarah Kebudayaan Islam di Indonesia. Jakarta: Bulan Bintang.
Haykal, M.H. (1967). Hayah Muhammad. Kairo: Dar al-Ma'arif.
Herdiansyah, Haris. (2010). Metode Penelitian Kualitatif. Jakarta : Penerbit Salemba.
Hill, A.H (ed) (1960). Hikayat Raja-Raja Pasai, JMBRAS
Horikoshi, Hiroko. (1987). Kyai dan Perubahan Sosial. Jakarta: LP3M.
Hurgronje, C. Snouck (2007). Mekka in The Latter Part of The 19th Century: Daily
Life, Customs and Learning, the Moslims of the East-Indianarchipelago,
Leiden: Koninklijke Brill N
Ibn Arabi. (tt). Fusūs al-Hikām. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.
Ibn Manshur. (1970). Lisān al-'Arab al-Muhit. Beirut: Dar Lisan al-Arab.
Ibnu Khaldun. (tt). Al-Muqaddimah. Kairo: al-Nahiyah.
Ibnu Kasir, (1988). Tafsir al-Qur‟anul Azhim. Beirut: Dar al-Ilmi.
Iskandar. (2008). Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitaif dan
Kualitatif). Jakarta: Gaung Persada Group
Ismail, Sheikh (1245). Al Manhāli al-Adhbi li-Dhikri al-Qalbi. ditulis di rumah
suluk Riau.
258
Isnaeni. (2012). Doktrin Agama Syekh Abd Karim Al-Bantani Dalam Pemberontakan
Petani Banten 1888. Jakarta : Penerbit Kreasi Cendekia Pustaka.
Jalaluddin (1950). Rahasia Mutiara al-Ṭarīqah al-Naqshabandiyah, Bukittinggi:
Partai Politik Umat Islam (PPTI).
John, A.H. (1961). "Sufism as a Category in Indonesian Literature and History",
JSEAH,2,II,10-23.
Junus, Hasan. (1988). Raja Ali Haji: Budayawan di Gerbang Abad XX. Pekanbaru:
Universitas Islam Riau Press.
Juynboll, G.H.A (1983). Muslim Tradition: Studies in Chronology, Provennance,
and Authorship of Early Hadits. Cambridge: Cambridge University Press.
Kabbani, M.H (2004), Classical Islam and The Naqshbandi Sufi Tradition.
Oakland: Islamic Supreme Council of America (ISCA).
Kartodirdjo, Sartono (1984), Pemberontakan Petani Banten, 1888: Kondisi, Jalan
Peristiwa, dan Kelanjutannya: Sebuah Studi Kasus Mengenai gerakan Sosial
di Indonesia, Jakarta: Pustaka Jaya, Sadikin, ”Perlawanan Petani, Konflik
Agraria, dan Gerakan Sosial” Jurnal Analisis Sosial, Vol. 10 No 1, (Januari
2005)
KBBI. (2016). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Kemendiknas.
Kerlinger. (2006). Asas-Asas Penelitian Behavorial. Yogyakarta: Gadjah mada
University Press.
Khuluq, Lathiful (2000). Fajar Kebangunan Ulama. Jakarta : Penerbit Kreasi
Cendekia Pustaka.
Kuhn, Thomas, (1970). The Structure of Scientific Revolutions. Chicago :
University of Chicago Press
Laluan Sutera, “Sheikh Abdul Azhim al-Manduri Mursyid Tarekat Naqsyabandiah”.
http://laluansuteraulamaknusantara.blogspot.com/2009/02/sheikh-abdul-
azhimal-manduri.html (Diakses, 10-11-2015).
Lambton.K.S. (1981). State and Goverment in Medieval Islam. An Introduction to
the Studi of Islamic Political Theory. The Jurist. Oxford University Press.
Lapidus, Ira M. (2002). A History of Islamic Society. Cambridge University Press.
Latif, Yudi. (2005). Intelegensia dan Kuasa : Geneologi Inteligensia Muslim
Indonesia. Bandung : Mizan.
Leur, J.C. Van. (1955). Indonesian Trade and Society, Den Hag van hoove
259
Lincoln, Y.S & Guba. E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. Beverly Hills : Sage
Publications.
Luthfi, Amir. (1992). Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan : Pelaksanaan
Hukum Islam di Kesultanan Melayu Siak 1940-1942. Pekanbaru: IAIN Susqa
Press.
Luthfi, Muchtar. (1976). Sejarah Riau. Pekanbaru: Setwilda Tk.I Riau.
Madjid, Nurcholish (1992). Doktrin Islam dan Peradaban. Jakarta: Yayasan Wakaf
Paramadina.
Madjid, Nurcholish. (1995). Konstekstualisasi Doktrin Islam Dalam Sejarah.
Jakarta; Penerbit Paramadina.
Ma'had Ali (1988). Musyawarah Antar Pimpinan al-Ma'had 'Ali al-Islam Seluruh
Indonesia. Jakarta: Pusat Haji Indonesia.
Majelis Ulama Indonesia Kepulauan Riau (2010). Laporan Tahunan.
Tanjungpinang: MUI Kepri.
Ma'luf. Louis. (1986). Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A'lam. Beirut: Dar al-Masyrik.
Mas'ud, Abdurrachman. (2004). Intelektual Pesantren: Perhelatan Agama dan
Tradisi. Yogyakarta: LKiS
Miles, M. B dan Huberman, A. M. 1984. Qualitative Data Analysis: A Sourcebook of
New Methods. California: Sage
Milner. (1989). Islam dan Martabat Raja Melayu. Jakarta: Penerbit LP3ES.
Mufid, Ahmad Syafi‟i. (2006). Tangklukan, Abangan, dan Tarekat: Kebangkitan
Agama di Jawa. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia
Muhyar, Funani (2007). Pudarnya Pesona Ilmu Agama, Yogyakarta : Pustaka
Pelajar.
Mujieb, Abdul & Ahmad Isma‟il, (2009), Syafi‟ah, Ensiklopedi Tasawuf Imam
al-Ghazalī; Mudah Memahami dan Menjalani Kehidupan Spritual, Jakarta:
Hikmah PT. Mizan Publika
Mulia, Todung gelar Sutan Gunung. (1959), India, Sejarah Politik dan Pergerakan
Kebangsaan. Jakarta.
Mulyati, Sri, (2010). Peran Edukasi Tarekat Qadiriyah Naqsyabandiyah Dengan
Referensi Utama Suralaya, Jakarta: Kencana
Mulyati, Sri. (2011). Tarekat-Tarekat Muktabarah di Indonesia. Jakarta: Predan
Media Group Press
260
Mutalib, Hussin. (1995). Islam dan Etnisitas: Perspektif Politik Melayu. Jakarta:
Penerbit LP3ES.
Napiah, Othman. (2005), Kebersamaan Dalam Ilmu Tasawuf .Kuala Lumpur:
Universiti Teknologi Malaysia
Nasr, S.H. (1982). Living Sufism. London : Paperback
Nasr, S.H. dkk, (Ed), (2003), Warisan Sufi, Warisan Sifisme Persia Abad
Pertengahan (1150-1500) Jilid II ,Depok: Pustaka Sufi
Nasr. S.H. (1975). Islam and The Plight of Modern Man. London: Longman.
Nasution, Harun. (1973). Falsafah dan Mistisisme Dalam Islam. Jakarta: Bulan
Bintang.
Netscher, E, (1854). "De Twaalf Spreukgedichten" (Gurindam Dua Belas): Eene
Maleisch gedicht door Radja Ali Hadji van Riouw. Museum Djakarta T.B.G.
2th.
Neuman, W Lawrence. (2000). Social Research Methods Qualitative and
Quantitative Approaches. 4th.ed. Boston : Allyn and Baccon.
Ni'am, Samsun. (2014). Tasawuf Studies: Pengantar Belajar Tasawuf. Yogyakarta:
Ar-Ruzz Media.
Nicholson, R.A. (1966). The Mystics of Islam. London : G.Bell and Ltd
Nizami, K.A. (1997). Ensiklopedi Tematis Spritualitas Islam: Manifestasi. Bandung:
Mizan.
Nock, A.D. (1933). Convension : The Old and The New in religion From Alexander
The Great to Augustine in Hippo. Oxford : Oxford University Press.
Noer, Kautsar Azhari. (1995). Ibnu Arabi : Wahdat al-Wujud Dalam Perdebatan.
Jakarta: Paramadina Press.
Otman, Muhammad Taib. (1983). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pabali, (2008). “Latar Belakang Sosial Politik Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah Ahmad Khatib Sambas (1802-1878)", UIN Syarif
Hidayatullah Jakarta, Ph.D
Patilima, Hamid. (2011). Metode Penelitian Kualitatif. Bandung : Penerbit Alfabeta.
Patton, M.Q. (1987). Qualitative Evolution and Research Methodology. Thousand
Oak Prespektive. Adult Education Quartelly. JB.21-36.
Pemko Batam. (2015). Laporan Tahunan. Batam
Pemprov Kepulauan Riau. (2014). Laporan Tahunan. Tanjung Pinang.
261
Penyengat. (2013). Koleksi Naskah Balai Maklumat Melayu. Tanjungpinang.
Pimpinan Ar-Rahman (1992), al-Qur‟an Mushaf Malaysia Rasm Utshmani. Kuala
Lumpur: Penerbit Darul Ilmi.
Poloma M.M. (1994), Sosiologi Kontemporer. Jakarta: Penerbit Raja Grafindo
Persada
Pujiono, Abd. Hamid. (2003). Manusia Menyatu Dengan Tuhan: Telaah Tentang
Tasawuf Abu Yazid al-Bushtami; al-Fana', al-Baqa' & al-Ittihad. Surabaya:
Target Press.
Putuhena, M. Shaleh. (2007), Historiografi Haji Indonesia, Yogyakarta: LkiS
Rasjidi, Lily & I.B.Wyasa Putra (1993). Bandung : Hukum Sebagai Sistem. PT
Remaja Rosdakary
Reid, Anthoni. (1988). Souheast Asia in the Age of Commerce 1450-1680, volume
one: The lands below the winds, new haven & London; Yale University
Press.
Ricklefs, M.C. (1990). A History of Modern Indonesia. London : MacMillan.
Ritzer, George. (2007). Teori Sosiologi Modern. Jakarta: Kencana.
Ronkel, Van. (1901). Bustan Al Katibin. Museum Djakarta: T.B.G. Djilid 44
Saghir, H.W.A. (1991). Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara Jilid I. Kuala
Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Saleh, Siti Hawa. (1970). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur, University
of Malaya Press
Samuel, Hanneman, (1993), Perspektif Sosiologis Peter Berger. Jakarta : Pusat
Antar Universitas Bidang Ilmu-ilmu Sosial Universitas Indonesia.
Sardar, Zianuddin. (2002). Thomas Kuhn dan Perang Ilmu Jogyakarta: Jendela.
Schacht (1979). The Origins of Muhammadan Jurisprudence. Oxford: Clarendom
Press.
Schimmel, Annemarie, (2000), Dimensi Mistik dalam Islam. Jakarta : Penerbit
Pustaka Firdaus
Schoun, Fritjof. (1998). Islam dan Filsafat Perennial. Bandung: Mizan.
Schrieke, B.J.O. (1955). Indonesian Sosiological Studies, Den Hag dan Bandung van
Hoeve.
Shaghir, H.W.A. “Manaqib Hijrah: Syeikh Nawawi Al-Bantani”.
http://mohdshahrulnaim.blogspot.com/2009/12/manaqibhijrahsyeikh-nawawi-
al-bantani.html (Diakses, 8-11-2015).
262
Sham. Abu Hasan. (1984). Karya-Karya yang Berlatarbelakangkan Islam Dari
Pengarang Melayu Riau-Johor Sehingga Awal Abad Kedua Puluh. Kertas
Kerja Seminar Kebudayaan Melayu. Tanjungpinang.
Shamad, Duski, (2003), Tradisionalisme Islam di Tengah Modernisme; Kajian
Tentang Kontiniutas, Perubahan dan Dinamika Tarekat Di Sumatera
Barat.Tesis Ph.D.
Shellabear. W.G. (1975). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bhakti
Sdn.Bhd
Sholihin, M. (2005). Melacak Pemikiran Tasawuf di Nusantara. Jakarta : Raja
Grafindo Persada
Siregar, H.A.Rivay. (2000). Tasawuf Dari Sufisme Klasik Ke Neo Sufisme. Jakarta:
Rajawali Press.
Steenbrink, Karel A. (1984). Beberapa aspek Tentang Islam di Indonesia Abad ke
19, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Steenbrink, Karel A. (1994). Pesantren Madrasah Sekolah : Pendidikan Islam
Dalam Kurun Modern. Jakarta: LP3ES.
Sugiyono. (2013). Metode Penelitian Pendidikan Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif
dan RD. Bandung : Alfabeta.
Suhid, Asmawati. (2006). Pengajaran Adab & Akhlak Islam Dalam Membangunkan
Modal Insan. Jurnal Pengajian Umum. Bil.8
Sukmana, Oman. (2005). Sosiologi dan Politik Ekonomi. Malang: Universitas
Muhammadiyah Malang.
Suminto, Aqib. M (1985). Politik Islam India Belanda. Jakarta: LP3ES.
Sunyoto, Agus, Retno Suffatni. (2004). Suluk Malang Sungsang: Konflik dan
Penyimpangan Ajaran Syaikh Siti Jenar. Yogyakarta: LkiS Pelangi Aksara
Sutopo, H.B. (2002). Metodologi Penelitian Kualitatif. Surakarta: UNS Press.
Syam, Nur. (2013). Tarekat Petani, Jakarta: Penerbit LKiS.
Syukur, Amin dan Masyharuddin (2002) Intelektualisme Tasawuf: Studi
Intelektualisme Tasawuf al-Ghazali, Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Syukur, Amin. (2000). Pengantar Studi Islam, Yogyakarta: Pustaka Nuun
Syukur, Amin. (2005). Menggugat Tasawuf (Sufisme dan Tanggung Jawab Sosial
Abad 21), Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Tim Penulis UIN Syrif Hidayatullah:, Ensiklopedi Tasawuf Jilid II, 683-688.
263
Todd, D.Jizk. (1979). Qualitative Methodology. Administrative Sciense Quarterly.
Vol. 24. No.4
Tohir, Ajid. (2002). Gerakan Politik Kaum Tarekat; Telaah historis Gerakam Politik
Antikolonialisme Tarekat Qadiriyah Naqsyabandiyah di Pulau Jawa,
Bandung: Pustaka Hidayah
Trimingham, J.Spencer (1971). The Sufi Orders in Islam. Oxford: Clarendon Press.
Triton, A.S. (1957). Materials on Muslim Education in The Middle Eges. London :
Luzac.
Umar, Ibnu Mahalli Abdullah. (2000). Perjalanan Ruhani Kaum Sufi. Yogyakarta:
Kreasi Wacana.
Wahyu. (2005). Perubahan Sosial dan Pembangunan. Jakarta; HEcca Publishing,
Valiuddin, Mir. (1987). Tasawuf Dalam al-Qur'an. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Voll, John Obert. (1994). Islam as A Special World System. Jounal of World History.
University of Hawaii Press. Vol. 5 No.2
Watt, William Montgomery (1997). Islam dan Peradaban Dunia: Pengaruh Islam
Atas Eropa Abad Pertengahan. Jakarta: Gramedia.
Weismann, Itzchak. (2007). The Naqshbandiyya: Orthodoxy and Activism in a
Worldwide Sufi Tradition, New York: Routlege is an imprint of The Taylor
&Francis Group
Winstendt, R.O. (1932). "A Malay History of Riu and Johore" (Tuhfat Al Nafis)
JMBRAS. Vol. X: II.
Yunus, Abd. Rohim. (1995). Posisi Tasawuf dalam Sistem Kekuasaan di Kesultanan
Banjar Pada Abad ke-19. Jakarta : INIS.
Yunus, Mahmud. (1973). Kamus Arab-Indonesia. Jakarta: Yayasan Penyelenggara
Penterjemah al-Qur'an.
Zaprulkhan. (2016). Ilmu tasawuf: Sebuah Kajian Tematik. Jakarta: Raja Grafindo
Persada.
Zulkifli, (2002). Sufism in Java: The Role of Pesantren in The Maintenance of Sufism
in Java. Jakarta: INIS.