perkhidmatan pembaca, penggunaan bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/ka4(2)1985-a2.pdfsatu...

5
Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan Rujukan Malaysiana dan Keperluan Pembaca di Perpustakaan Undang-undang oleh Sharipah Hanon Bidin" Abstract: Reference service is one of the many services provided by the University of Malaya Law Library to its users. Owing to the special nature of Malaysian legal materials, readers often encounter difficulties in retrieving information, especially statutes, cases and articles published in journals. To assist retrieval, the Library indexes Malaysian Acts, Ordinances and subsidiary legislation, law reports and journals on cards. This article attempts to give the background and the usage of published and unpublished indexes. Tujuan perkhidmatan pembaca ialah membantu para pengguna perpustakaan mendapatkan bahan-bahan yang mengandungi maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengajaran ataupun penyelidikan mereka. Se- suatu perkhidmatan yang dibcri kan kepada para peng- guna perpustakaan pada kebiasaannya perlu mencapai suatu taraf kepuasan di mana bahan-bahan diperolehi daripada keseluruhan koleksi perpustakaan dengan kadar yang segera. Tetapi kadangkala ini tidak ter- capai hanya dengan daya ingatan atau keseringan me- rujuk. Apa yang diperlukan ialah terdapatnya suatu sistem pencarian maklumat yang boleh membantu da- lam usaha mendapat maklurnat-rnaklurnat tersebut Suatu cara yang didapati berkesan ialah dengan rneng- indeks semua bahan-bahan yang diterima oleh perpus- takaan terutamanya bahan-bahan terbitan berkala se- perti Warta Kerajaan, majalah dan laporan perun- dangan. Para pengguna Perpustakaan Undang-undang ada- lah terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar Fa- kulti Undang-undang selain dari pensyarah dan pelajar dari fakulti lain di Universiti ini. Di samping peng- guna-pengguna dalam kampus, perpustakaan juga di- gunakan sebagai koleksi rujukan oleh para peguam dan pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun yang profesyen mere ka berkaitan dengan bidang perundangan. 8agi para pembaca 'dalaman' mungkin kerana se- ringkali merujuk kepada bahan-bahan di dalam ko- leksi perpustakaan jarang sekali meminta bantuan perkhidmatan pembaca dan tidak begitu sering me- *Pegawai Perpustakaan, Perpustakaan Undang-undang. rujuk kepada kad-kad indeks atau bahan-bahan ruju- kan yang berupa indeks. Mereka yang datang me- minta perkhidmatan pustakawan adalah terdiri dari mereka'yang mendaftar sebagai ahll luar; dan ini tidaklah dapat dinafikan kerana mereka tidak dapat menentukan di manakah susunan bahan-bahan yang diperlukan mala han susunan sesuatu koleksi adalah berbeza dari satu perpustakaan dengan yang lain. Artikel ini tidak akan menyentuh tentang urutan/ susunan atau bagaimana mengkelaskan bahan/koleksi undang-undang. Penulisan ini hanya ditumpukan ke- pada indeks bahan-bahan berkala Malaysiana, dengan sedikit rujukan kepada bahan rujukan yang telah di- terbitkan. Koleksi Perundangan Malaysiana Statut merupakan sumber utama koleksi perundangan di samping laporan undang-undang. Kedua-cua sumber ini adalah sebenarnya bah an rujukan yang ter- penting. Sumber kedua/sampingan .ialah majalah pe- rundangan, buku-buku teks, bahan-bah an audio- visual, mikrofom, kertaskerja persidangan dan semi- nar serta kertas-kertas projek, tesis atau dissertasi. Statut Statut Malaysia adalah terdiri dari-Akta-akta, Ordinan dan Perundangan Kecil bagi Persekutuan, dan juga Enakmen, Ordinan dan Perundangan kecil bagi keti- gabelasan Negeri-negerl di Malaysia. Kesemua ini di- cetak oleh J abatan Cetak Kerajaan di dalam Warta Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri-negeri. Artikel 'Mengindeks Warta Kerajaan' oleh Nooraini 6

Upload: vuongkhanh

Post on 18-Mar-2018

220 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/KA4(2)1985-A2.pdfsatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian & Singaporean Legal Periodicals oleh Siti Hanifah

Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan RujukanMalaysiana dan Keperluan Pembaca di

Perpustakaan Undang-undangoleh

Sharipah Hanon Bidin"

Abstract: Reference service is one of the many services provided by the University ofMalaya Law Library to its users. Owing to the special nature of Malaysian legal materials,readers often encounter difficulties in retrieving information, especially statutes, casesand articles published in journals. To assist retrieval, the Library indexes MalaysianActs, Ordinances and subsidiary legislation, law reports and journals on cards. This articleattempts to give the background and the usage of published and unpublishedindexes.

Tujuan perkhidmatan pembaca ialah membantu parapengguna perpustakaan mendapatkan bahan-bahanyang mengandungi maklumat yang diperlukan bagitujuan pengajaran ataupun penyelidikan mereka. Se-suatu perkhidmatan yang dibcri kan kepada para peng-guna perpustakaan pada kebiasaannya perlu mencapaisuatu taraf kepuasan di mana bahan-bahan diperolehidaripada keseluruhan koleksi perpustakaan dengankadar yang segera. Tetapi kadangkala ini tidak ter-capai hanya dengan daya ingatan atau keseringan me-rujuk. Apa yang diperlukan ialah terdapatnya suatusistem pencarian maklumat yang boleh membantu da-lam usaha mendapat maklurnat-rnaklurnat tersebutSuatu cara yang didapati berkesan ialah dengan rneng-indeks semua bahan-bahan yang diterima oleh perpus-takaan terutamanya bahan-bahan terbitan berkala se-perti Warta Kerajaan, majalah dan laporan perun-dangan.

Para pengguna Perpustakaan Undang-undang ada-lah terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar Fa-kulti Undang-undang selain dari pensyarah dan pelajardari fakulti lain di Universiti ini. Di samping peng-guna-pengguna dalam kampus, perpustakaan juga di-gunakan sebagai koleksi rujukan oleh para peguamdan pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanunyang profesyen mere ka berkaitan dengan bidangperundangan.

8agi para pembaca 'dalaman' mungkin kerana se-ringkali merujuk kepada bahan-bahan di dalam ko-leksi perpustakaan jarang sekali meminta bantuanperkhidmatan pembaca dan tidak begitu sering me-

*Pegawai Perpustakaan, Perpustakaan Undang-undang.

rujuk kepada kad-kad indeks atau bahan-bahan ruju-kan yang berupa indeks. Mereka yang datang me-minta perkhidmatan pustakawan adalah terdiri darimereka'yang mendaftar sebagai ahll luar; dan initidaklah dapat dinafikan kerana mereka tidak dapatmenentukan di manakah susunan bahan-bahan yangdiperlukan mala han susunan sesuatu koleksi adalahberbeza dari satu perpustakaan dengan yang lain.Artikel ini tidak akan menyentuh tentang urutan/susunan atau bagaimana mengkelaskan bahan/koleksiundang-undang. Penulisan ini hanya ditumpukan ke-pada indeks bahan-bahan berkala Malaysiana, dengansedikit rujukan kepada bahan rujukan yang telah di-terbitkan.Koleksi Perundangan MalaysianaStatut merupakan sumber utama koleksi perundangandi samping laporan undang-undang. Kedua-cuasumber ini adalah sebenarnya bah an rujukan yang ter-penting. Sumber kedua/sampingan .ialah majalah pe-rundangan, buku-buku teks, bahan-bah an audio-visual, mikrofom, kertaskerja persidangan dan semi-nar serta kertas-kertas projek, tesis atau dissertasi.

StatutStatut Malaysia adalah terdiri dari-Akta-akta, Ordinandan Perundangan Kecil bagi Persekutuan, dan jugaEnakmen, Ordinan dan Perundangan kecil bagi keti-gabelasan Negeri-negerl di Malaysia. Kesemua ini di-cetak oleh J abatan Cetak Kerajaan di dalam WartaKerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri-negeri.Artikel 'Mengindeks Warta Kerajaan' oleh Nooraini

6

Page 2: Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/KA4(2)1985-A2.pdfsatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian & Singaporean Legal Periodicals oleh Siti Hanifah

Act 265- ~

Employment Act, 1955Semakan (Revised -1981)

h Kuatkuasa w.e.f. 18.2.82

an-pindaan Amendments

1. A61 0/84 - Amendment of Sec. 37 and 1st Sch. ofAct. w.eJ.-

Employment Ordinance 1955 (F.M. Ord. 38/1955)superseded.

Ismail yang telah diterbit di dalam Kekal Abadi, J il.2, bil. 4 (Dis., 1983) menerangkan lebih lanjut ten-tang Warta Kerajaan, begitu juga dalam arti kel olehShai kha Zakaria, •Legal documentation and infor-mation retrieval in Malaysia', Malayan Law Journal,7979 (2), cxlvii-c1i.

Bahan rujukan bagi statut yang telah diterbitkansetakat ini dan terdapat dalam koleksi PerpustakaanUndang-undang adalah sang at terhad. Indeks perun-dangan yang terawal bagi negara ini ialah Kyshe'sIndex to the Law of the Straits Settlement yang di-terbitkan dalam 2 jilid pada 1882 dan 1883. Beriku-tan beberapa indeks lagi telah diterbitkan bagi me-rangkumi tahun-tahun yang terkemudian. Indeks

Contoh 1 : Akta

JudulTahun

Tarik

Pinda

gitu, indeks tersebut masih belurn lengkap keranatidak memasukkan maklumat-maklumat yang pen-ting seperti tarikh kuatkuasa, atau seksyen akta yangdipinda ataupun akta yang dimansuhkan, seperti yangterdapat di dalam kad-kad indeks di PerpustakaanUndang-undang lContoh J .

Usaha mengindeks Warta Kerajaan ini masih dite-ruskan. Hasil dari proses mengindeks ini, Perpustaka-an. menerbitkan Senarai Undanq-ondanq Malaysia danSingapura yang di keluarkan secara bulanan. Sehinggakini semua keluaran senarai telah dijilid dan merupa-kan bah an rujukan yang penting. Senarai ini walau-bagaimanapun lebih merupakan senarai semasa.

Nombor Akta

Pi ndaan seksyen

Akta yangdimansuhkan

Contoh 2: Perundangan Kecil

tama Employment Act, 1955 (Act 265)mbor)

P.U.(A) 333/83

Employment Regulations, 1957.semakan (Revised - 1983)

w.e.I. 15.9.83

Revised Subsidiary Legislation No. 16.Supersedes L.N. 226/1957

Akta U(dan no

TajukTahun

Catitan

yang scring dirujuk adalah General index of Acts,Enactments, Ordinances, etc., yang mengandungisenarai Akta-akta, ordinan, enakmen termasukpindaan-pindaan mengikut kronologi dan senaraimengi kut abjad. Senarai semasa ini telah disemakmengandungi akta yang berkuatkuasa sehingga30/4/83. disusun olch S. Sivaswamy. Namun be-

BilanganPerundangan kecil

Tarikh Kuatkuasa

Kad-kad indeks yang difailkan di laci katalogmcngikut susunan berabjad mengandungi butiran se-mua akta-akta dan ordinan termasuk pindaan-pindaanyang berkuatkuasa samada di peringkat Persekutuanatau Negeri-negeri. Perundangan kecil Persekutuandan Negeri juga diindeks untuk kemudahan para pern-baca. Tetapi memandangkan usaha mengindeks ini

7

Page 3: Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/KA4(2)1985-A2.pdfsatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian & Singaporean Legal Periodicals oleh Siti Hanifah

bermula dari 1975 sahaja, maka agak sukar mencarimaklumat yang lebih awal. Pada masa ini usaha meng-indeks kebelakangan statut pra 1975 sedang dilaku-kan dan pihak perpustakaan menjangkakan dapatmelengkapkan indeks ini meliputi masa sebelum1957. Proses mengindeks statut ini diharapkan akanmenghasilkan suatu penerbitan yang lengkap kernu-diannya.

Bagi perundangan Singapura boleh dirujuk kepadaTables of Written Laws of Singapore, 1819-1977disusun oleh Elizabeth Srinivasagam diterbitkan olehMalaya Law Review, University of Singapore, Singa-pore, 1972 dan Tables of Written Laws of the Re-public diedit oleh Molly Cheang, diterbitkan olehMalaya Law Review, University of Singapore, 1982.Senarai ini dibahagi kepada 2 bahagian yang masihberkuatkuasa(sehingga 1 J ulai 1982}.

I. Alphabetical index to unrepealed Acts andOrdinances.

II. Index to unrevoked subsidiary legislation.

Laporan Undang-undangLaporan Undang-undang adalah laporan kes-kes yangtelah diputuskan di Mahkamah Persekutuan danMahkamah Tinggi di Malaysia. lanya adalah sumberutama selain dari statut dan perundangan dan jumlahnaskahnya melebihi jumlah statuto Keperluan meru-juk kepada kes-kes adalah menjadi lebih penting me-mandangkan terdapat kaitan an tara keputusan-keputusan lepas dengan undang-undang yang diamal-kan.

Indeks kepada laporan perundangan Malaysianayang diterbitkan oleh Malaysian Law Publishers,Kuala Lumpur pada 1984 walaupun tidak menyelu-ruh, sangat berfaedah kepada perkhidmatan pembacadi Perpustakaan Undang-undang, berjudul Malaysia &Singapore Cases - Citation 1966....:1982 oleh Hamid.Ibrahim & Nasser Hamid. Indeks ini dibahagi kepada2 bahagian;

I. Senarai kes-kes dengan susunan nama ber-abjad.

II. Senarai kes mengikut perkara.Walaupun laporan perundangan yang rneljputi kes-kesmahkamah di Malaysia & Singapura diterbitkan olehMalayan Law Journal sejak 1932 lagi, namun masihbelum ada indeks yang merangkumi kes-kes bagi jang-ka masa tersebut hingga kini. Projek untuk indeks se-demikian walau bagaimanapun sedang diusahakanoleh Datin Shaikha Zakaria, bekas PustakawanUndang-undang; dan akan diterbitkan tidak lama lagi,meliputi tahun-tahun 1932-1983.

Indeks bagi kes-kes yang lebih awal terkandung didalam Mallal's Digest of Malaysian and SingaporeCase Law oleh Bashir Mallal, edisi ke-3, Singapore,

Malayan Law Journal, telah terbit dalam 4 jilid adalahmerangkumi jangka masa dari 1808-1976. Jilid-jiliddibahagikan mengikut perkara; [ilid I-III, terbit an-tara 1967-1969 & Jilid IV pada 1978 adalah dieditoleh Profesor Ahmad Ibrahim.

Rujukan yang lain bagi laporan perundangan, anta-ranya Digest of Cases, 1808-1911 oleh Pallonjee,Digest of Reported Cases 1897-1925 oleh McCabeRealy, Federated Malay States f!!gest oleh H.C.Willan, Malayan Digest 1807-1936 oleh WithersPayne.

Kad-kad indeks yang terdapat di PerpustakaanUndang-undang pula adalah merupakan indeks kepa-da kes-kes dari laporan perundangan bagi MalayanLaw Journal, Malaysian Current Law Journal danJernal Hukum. Indeks kes-kesvang dilaporkan di dalamMOlayan Law Journal, dan MafaysTiin Current LawJournal adalah dibahagi kepada 2 bahagian - rnengi-kut nama kes dan perkara. Jerna! Hukum walaupunmasih baru keluarannya melaporkan kes-kes Mah-kamah Syariah dan perlu diindeks untuk rujukanpara pernbaca. Selain dari itu indeks kepada kes-kesMah kamah kin i Digest of Current Malaysian Judqmentjuga telah dicetak. Indeks ini adalah bagi kes-kes per-bicaraan yang belum lagi dilaporkan di mana-manapenerbitan pun. Indeks ini dikeluarkan oleh FakultiUndang-undang dan salinan kes-kes tersebut disimpandi Perpustakaan.

Indeks kepada Industrial Court Awards (AwardMahkamah Perusahaan] pula adalah dari tahun 1967dan difailkan mengikut susunan bilangan award/tahundan juga nama. Walaubagaimanapun, laporan ini telahpun diterbitkan berjudul Malaysian Labour LawReports, 1965-1972 mengandungi award yang telahdiputuskan oleh Industrial Arbitration Tribunal danMahkamah Perusahaan juga keputusan-keputusanMahkamah Tinggi, dan Mahkamah Persekutuan yangberkaitan dengan perhubungan perusahaan. Pener-bitan tersebut diusahakan.oleh Pendaftar, MahkamahPerusahaan Malaysia, Kuala Lumpur. Satu lagi lapo-ran yang masih dalam bentuk mimeograph ialah la-poran kes-kes Tribunal Perkhidmatan Awam daritahun 1978 hingga kini. lanya walaupun tidak di-indeks lagi, adalah laporan yang penting. Empat pe-nerbitan yang penting sebagai rujukan bazl kes-kesMahkamah Perusahaan ialah:

I. ANG, Linda Poh Geok, and 'John R. Guru-samy, cornp., Citations of Industria! Court1965 - July 1976. Kuala Lumpur [n.p.,19'76].

II. AYADURAI, Dunston, Awards of MalaysianLabour Arbitration Courts and Tribunals,1965-1975. Ph. D. theisis, Universityof Malaya, 1982.

8

Page 4: Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/KA4(2)1985-A2.pdfsatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian & Singaporean Legal Periodicals oleh Siti Hanifah

III. J EY ASEGARAM, David Gerald and R.Theyvendrarn, Industrial ArbitrationCourt Awards Digest (1960-1979).Singapore, The Authors, 1980.

IV. SNG, Yoke Fong, (ed.], 'An Index to theA wards Published in the Singapore Go-vernment Gazette Industrial RelationSupplements,' 1960-1970, compiled bythe Staff of Law Library, University ofSingapore. Singapore. Malayan LawJournal, 1978.

JurnalJurnal merupakan sumber kedua bagi koleksi perun-dangan, mengandungi makalah-makalah yang berkai-tan dengan perkara-perkara tertentu dalam bidangperundangan.

Di dalam koleksi Perpustakaan Undang-undang ter-dapat sembi Ian tajuk jurnal perundangan Malaysianayang diterbitkan dan jika dibandingkan dengan kese-luruhan tajuk jurnal di Perpustakaan Undang-undangadalah sangat sedikit. Berikut ialah tajuk-tajuk yangterdapat dalam Koleksi Malaysiana:1. ADIL/Keadilan, jurnal Persatuan Pegawai-pegawai

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan(judicial and Legal Service Officers Associ-ation) mula diterbitkan pada 1980 (dengan ke-luaran khas).

2. INSAF, journal of the Malaysian Bar, mula diter-bitkan pada 1976, oleh Bar Council, KualaLumpur.

3. [ernal Hukum, diterbitkan oleh Bahagian Ugama,Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur; mulaiJil. 1 [1401H)/1980-81. .

4. [urnal Undang-undang (Journal of Malaysian andComparative Law) diterbitkan oleh FakultiUndang-undang, Universiti Malaya, mulai v.1,1974-

5. Malaya Law Review diterbitkan oleh Faculty ofLaw, National University of Singapore, mulaiv. 1, 1959-

6. Malaysian Tax Journal diterbitkan oleh InlandRevenue Officers Union (I ROU) PeninsularMalaysia; mulai dengan keluaran khas 1974 dandikeluarkan 2 isu setahun, Jan/jun., 1975-

7. Survey of Malaysian Law, diterbitkan oleh FakultiUndang-undang, Universiti Malaya, dari tahun

1977.8. The Summons, diterbitkan oleh The Advocate

Association of Sarawak, pada tahun 1981.9. The WRIT, journal of the Sabah Law Association,

mulai penerbitan, v. 1, 1978-

Malayan Law Journal walaupun lebih terkenal ke-

rana laporan kes-kes mahkamah juga mengandungiarti kel-arti kel yang merangkumi bidang_perundan_gan.Begitu juga dengan Malaysian Current Law Journal[terbitan Malaysian Law Publishers, Kuala Lumpur).

Setakat ini arti kel-arti kel dalam jurnal-jurnal ter-sebut belum lagi diindeks dengan sewajarnya. Hanyasatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian &Singaporean Legal Periodicals oleh Siti HanifahMustapha diterbitkan oleh Malaysian Law Publishers,Kuala Lumpur, 1982; yang mengindeks artikel-artikelyang terdapat di dalam Malayan Law Journal, MalayaLaw Review dan [urnal Undang-undang (Journal ofMalaysian and Comparative Law) dari jilid 1 hinggabulan Disember 1979 sahaja. Panduan ini membuatpembahagian mengikut perkara dan susunan berabjadbagi pengarang/judul.

Fakulti Undang-undang, Universiti Singapura jugatelah menerbitkan Malaya Law Reivew Index tovolumes 1-21, disusun oleh Sng Yoke Fong (Pusta-kawan Undang-undang Universiti tersebut], padatahun 1981. Bagi penerbitan tahun-tahun selanjut-nya, Perpustakaan Undang-undang telah mengindeksartikel-artikel Malaya Law Review atas kad-kad kata-log dan difailkan mengikut abjad pengarang/judul.Indeks yang tersebut di atas sering digunakan olehpembaca oleh kerana penyusun telah menyusunindeks mengikut pengarang dan juga perkara; selaindari senarai kes-kes dan statut yang berkaitan. Usahamengindeks di Perpustakaan Undang-undang dibuattanpa penganalisaan perkara memandangkan pihakMalaya Law Review ada menerbitkan indeks yangsedemikian.

Index to Foreign Legal Periodicals dan Index toCommonwealth Legal Periodicals juga ada menyena-rai kan arti kel-arti kel yang terkandung di dalamMalaya Law Review dan Malayan Law [ournal:Artikel-artikel daripada Insaf, [ernal Hukum dan[urnal Undang-undang juga disenaraikan di dalamIndeks Majalah Malaysia, terbitan Perpustakaan Ne-gara Malaysia.

Indeks kepada jurnal-jurnal selain dari yang telahditerbitkan, ada' diindeks di Perpustakaan ini di ataskad-kad katalog. Oleh kerana proses mengindeks di-buat apabila jurnal diterima, maka pengguna-peng-guna perpustakaan mendapat faedah dari merujuk ke-pada kad-kad tersebut yang mengandungi maklumat-maklumat yang terkini dan semasa.

Lain-lainProjek mengindeks kertas-kertas kerja persidangan/seminar/bengkel bidang perundangan sedang diusaha-kan, begitu juga Perbahasan Parlimen dan senaraikertas-kertas projek, yang kesemua ini adalah berfae-

9

Page 5: Perkhidmatan Pembaca, Penggunaan Bahan-bahan …eprints.um.edu.my/8901/1/KA4(2)1985-A2.pdfsatu penerbitan berjudul A Guide to Malaysian & Singaporean Legal Periodicals oleh Siti Hanifah

dah kepada pembaca memandangi<an maklumat-maklumat yang terdapat di dalam bahan-bahan ter-sebut tidak diterbitkan. Usaha ini diharap dapat mem-bantu pembaca dalam penyediaan bahan untuk menu-lis arti kel atau pun tujuan penvelidi kan dan pengaja-ran.

MasalahWalaupun tujuan perkhidmatan pembaca adalah ber-kait rapat dengan keperluan pembaca dan prosesrnengindeks, masalah yang perlu diatasi ialah bagai-mana .cara mendidi k pembaca supaya menggunakansumber rujukan yang tersedia atau yang telah diterbit-kan.

Pembaca seringkali ingin merujuk kepada bahan-bahan perundangan tanpa mempunyai senarai sumberyang tepat. Mereka samada terus bertanya di bahagianperkhidmatan pembaca/ruju kan atau membuat'browsing' di stak-stak.

Pendekatan cara sedemikian sangat menyulitkanmungkin secara tidak langsung melewatkan kerja-kerja penyelidikan/rujukan. Panduan yang tepat ada-lah dengan menggunakan kad-kad indeks ataupunindeks yang telah diterbitkan.

Pertanyaan-pertanyaan yang sering dimajukaningin tahu samada perpustakaan ada menyimpan se-suatu akta,_sama~a akta-akta !elah_IDpinda, tari khberkuatkuasa, pemansuhan seksyen dll. Tanpa

mengetahui nornbor atau nama akta, tentulah rnak-lumat yang diperlukan tidak diperolehi. Untuk tujuanitu, kad-kad indeks bagi statut Malaysia dapat mem-bantu; oleh kerana maklumat yang selengkapnya di-catit di dalam kad-kad tersebut.

Masalah mencari maklumat mengikut cara sistema-tik boleh diatasi melalui rancangan pendidikan pern-baca. Cara pelajar-pelajar baru diberi penerangan ring-kas mengenai perpustakaan di minggu pertama mere-ka di Universiti melalui 'Haluan Perpustakaan' tidakberkesan. Rancangan pendidikan pembaca perlu lebihmenekankan cara menggunakan bahan-bahan rujukandan katalog termasuk indeks dengan sistemati k (teru-tama kepada pelajar tahun 3 yang menyediakan kertasprojek).

Rujukan1. Dane, Jean and Philip A Thomas, How to Use a

Law Library. London Sweet and Maxwell, 1979.2. Mallal, Bashir A., 'Law and law reporting in Ma-

laya', University of Malaya Law Review, Vol. 1,No.1 (July 1969), pp. 71-86.

3. Moys, Elicabeth M. (ed.), Manual of Librarianship:the Use and Organization of Legal Literature.London: Andre Deutsch, 1976.

4. Zakaria, Shaikha, 'Legal documentation and infor-mation retrieval in Malaysia',Malayan Law Journal,1979 (2), pp. cxlvii-eli.

10