power point kump 7(1)-edited

Upload: upsi2011

Post on 06-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    1/65

    KPS 4043

    SEKOLAH DAN MASYARAKAT

    FUNGSI PENDIDIKAN

    Disediakan oleh :

    Nakirah Bt Md Lazim L20111006512

    Huril-Ain Marinda Bt Hussaini L20111006488

    Tan Li Chin L20111006516

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    2/65

    FUNGSI PENDIDIKAN :

    PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    3/65

    DEMOKRASI:

    Definisi umum: berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-

    cracy. Demo' bererti rakyat atau masyarakat

    dan `cracy' bererti pemerintahan atauundang-undang.

    bermaksud pemerintahan atau undang-undang yang dibuat oleh rakyat. semua rakyat boleh buat sebarang atau

    keputusan yang penting tentang polisiawam .

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    4/65

    DEFINISI DEMOKRASI MENURUTTOKOH-TOKOH:

    Robert A.Dahl (seorang tokoh dalambidang sains politik);

    - demokrasi adalah suatu sistem yangmemberi peluang kepada rakyat jelata

    untuk melibatkan diri dalam pembuatan

    keputusan atau pembentukan dasar.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    5/65

    C.F. Strong

    -Demokrasi sebagai suatu corak

    kerajaan yang bergantung kepadapersetujuan dan keengganan ramai.Rakyat turut mengambil bahagian didalam pemerintahan melalui wakil danrakyat yang mempunyai kedaulatan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    6/65

    Abraham Lincoln

    - demokrasi merupakan kerajaan yang

    dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yangmeliputi undang-undang kebebasan

    bersuara dan juga setiap individu

    mendapat hak yang sama.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    7/65

    PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN:

    Definisi::::::: Pendemokrasian yang berasaldaripada perkataan demokrasi

    Menurut Shaik Mohd. Noor Alam S.M.

    Hussain (1993) terlalu banyak pengertiantelah diberikan oleh ahli kaji politik dansosiologi sehinggakan istilah demokrasimenimbulkan lebih banyak kekeliruandaripada menampilkan suatu kepastian

    pengertian yang perlu ada pada sesuatudoktrin yang boleh dijadikan asas sertapenentuan bukan sahaja bagi pembentukankerajaan tetapi juga sebagai satu rangkabudaya pentadbiran sesebuah negara.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    8/65

    KONSEP PENDEMOKRASIANPENDIDIKAN

    konsep pendemokrasian pendidikan diMalaysia dilihat dari skop yang lebih luas.

    Pendemokrasian pendidikan yangdimaksudkan bukanlah sekadarpendemokrasian sahaja tetapi ialahpersamaan hak yang sama rata dari segi

    peluang mendapat pendidikan yang bermutu(democratization of access to qualityeducation).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    9/65

    KEPENTINGAN ISU PENDEMOKRASIANPENDIDIKAN

    isu pendemokrasian pendidikan adalah pentingkepada semua lapisan masyarakat, antaranya:

    Kepada para pengurus pendidikan, isu inipenting untuk dijadikan asas dan sandarandalam membuat perancangan.

    Para pengurus atau pentadbir pendidikan

    perlu merancang bagaimana matlamat yangtelah ditetapkan dapat dicapai dengan jelas.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    10/65

    Matlamat pendidikan mestilah jelas keranabagi merealisasikan segala dasar-dasar yangterkandung dalam Falsafah PendidikanNegara.

    Selain itu,supaya Perancangan danpenyelenggaraan sumber-sumber secaraberkesan dan saksama dapat dilaksanakanbagi memastikan agenda pendemokrasian

    pendidikan diteruskan seadilnya dari segipeluang dan pendidikan mutu di semuaperingkat pendidikan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    11/65

    Kepada masyarakat umum isu ini pentingdalam memberi kesedaran tentangkepentingan dan keperluan pendidikan

    terutamanya dalam aspek pendemokrasian. Ini bertujuan untuk meningkatkan

    keprihatinan mereka terhadapperkembangan terkini dan seterusnya

    menimbulkan minat terhadap pendidikansecara amnya dan khususnya terhadappendidikan anak-anak mereka.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    12/65

    Dengan ini adalah diharapkan agar wujudnyaperkongsian idea dalam menangani pelbagaimasalah pendidikan.

    Dalam konteks pendemokrasian pendidikan,guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawakewujudan mereka adalah bukan sekadarmengajar tetapi yang utama ialah menyediakanpeluang kepada anak didik mereka untuk

    menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengirabatas-batas sosio-ekonomi, sempadan-sempadangeografi ataupun perbezaan politik.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    13/65

    Untuk itu, haruslah timbul kesedaran dikalangan para pendidik untuk :- terus mengemaskini ilmu pengetahuan,

    - meningkatkan kepekaan,- sentiasa berusaha memperbaiki sertamenyesuaikan metodologi pengajaran selarasdengan keperluan masyarakat dan tuntutan

    semasa khasnya, dalam arus perkembangan teknologimaklumat yang semakin kuat melanda duniapada hari ini.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    14/65

    Isu pendemokrasian pendidikan jugaadalah penting kepada para pelajar.

    khususnya dalam menimbulkan kesedarandalam jiwa mereka tentang peluang yangluas yang disediakan oleh sistempendidikan negara.

    diharapkan dengan kesedaran tersebutmereka akan berlumba-lumba untukmencapai kecemerlangan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    15/65

    PENDEKATAN & PELAKSANAANPENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

    Menurut Wan Mohd. Zahid bin Mohd.Noordin (1993) menegaskan bahawa:

    "Reformasi Pendidikan juga telahmenyediakan ruang untuk kita

    melaksanakan pendemokrasian pendidikan.(Pendidikan Profesional, 1993 hal.2)

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    16/65

    sistem pendidikan kita telah mengalamibeberapa kali reformasi terutamanyaselepas negara mencapai kemerdekaan.

    Sejak sistem kebangsaan yang dibentukberasaskan perakuan-perakuan PenyataRazak (1956), Penyata Rahman Talib (1960)dan Akta Pelajaran (1961), beberapa

    perkembangan telah berlaku sehingga kajiansemula perlu dibuat ke atas sistem tersebutdari semasa ke semasa.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    17/65

    Sistem pendidikan yang berwibawa danresponsif mestilah bersifat dinamis iaitusentiasa berkembang dan berada di dalam

    keadaan terkini selaras dengan peredaranmasa dan keperluan zaman.

    tujuan reformasi adalah untuk memperbaiki

    dan meningkatkan lagi kemampuan sistempendidikan untuk memenuhi keperluansemasa dan cabaran masa muka.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    18/65

    Apakah telah wujud apa yang dikatakanpendemokrasian pendidikan di dalamsistem pendidikan di negara kita?

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    19/65

    ramai pakar yang terlibat dengan sistempendidikan mengakui bahawapendemokrasian pendidikan sememangnyatelah wujud.

    Isu pendemokrasian pendidikan diMalaysia khususnya dari segi peluang dan

    mutu atau kualiti pendidikan dapat dilihatatau dikesan beberapa aspek pendekatan,perlaksanaan dan amalan seperti berikut:

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    20/65

    sistem pendidikan negara dapat dikategorikankepada beberapa peringkat.

    Peringkat-peringkat tersebut adalah peringkatRendah yang memakan masa enam tahun,

    peringkat Menengah yang dibahagikan kepadaperingkat Menegah Rendah selama tiga tahun,peringkat Menengah Atas selama dua tahun danperingkat Tingkatan Enam selama dua tahun.

    diikuti dengan peringkatPendidikan Tinggi yangterdiri dari dua jenis institusi iaitu maktab dan

    universiti.

    Sistem Pendidikan

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    21/65

    Peringkat-peringkat pendidikan tersebut boleh

    diklasifikasikan atau dipecahkan lagi kepada beberapa jenis.

    Pendidikan Rendah contohnya terbahagi kepada tigakumpulan iaitu (1) Sekolah Kebangsaan; (2) Sekolah Rendah

    Kebangsaan; dan (3) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

    (Cina) dan (Tamil).

    Begitu juga dengan Pendidikan Menengah juga dapatdibahagi kepada berberapa kategori iaitu Sekolah

    Menengah Biasa,dan Sekolah Menengah Teknik dan

    Vokasional.

    Disamping itu juga, dalam sistem pendidikan Malaysiaterdapat institusi-insitusi pendidikan swasta dan kini ianya

    meliputi semua peringkat pendidikan. Sistem pendidikan di

    Malaysia juga membenarkan penubuhan Sekolah Agama

    Rakyat.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    22/65

    PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

    dari segi pendekatan dan pelaksanaannya sistempendidikan di Malaysia sememangnya diwujudkan untuksemua,

    iaitu merangkumi segenap golongan masyarakat tanpamengira batas sosial, ekonomi, politik ataupunperbezaan geografi;

    Menurut Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin(1993):

    " ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasianpendidikan dengan makna bahawa setiap anak bangsakita, khususnya anak-anak daripada keluarga miskin danberpendapatan rendah, anak-anak di luar bandar danpendalaman, memperolehi pendidikan berkualiti.

    (Pendidikan Profesional, 1993 hal. 2)

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    23/65

    PENDIDIKAN SARWAJAGAT

    Pendidikan sarwajagat adalah berkaitandengan had umur seseorang kanak-kanakuntuk mendapat pendidikan formal.

    had umur bagi setiap individu untukmendapat pendidikan formal semakindiperluaskan.

    Buktinya,pada tahun 1965 telahdilaksanakan sistem pendidikankomprehensif.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    24/65

    Semua pelajar secara automatis meningkatdari diperluaskan dari enam tahun kepadasembilan tahun ,tetapi telah di perluaskan

    lagi-dari Ting 3 ke Ting 5. Iaitu hingga ke Tingkatan Tiga di manaPeperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)atau Lower Certificate of Education (LCE)

    dan kini dikenali sebagai Penilaian MenengahRendah (PMR) sekolah rendah ke TingkatanSatu.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    25/65

    KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR

    tidak boleh wujud perbezaan yang ketara diantara sekolah berasrama penuh dengansekolah-sekolah biasa dan khususnya di

    antara sekolah-sekolah di bandar dan di luarbandar.

    Seperti kemudahan-kemudahan untuk proses

    pengajaran dan pemelajaran, asrama,PusatSumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar

    yang berkualiti, sukan dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    26/65

    KESIMPULAN

    Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segipendekatan, pelaksanaan serta amalanpendemokrasian pendidikan di Malaysia berada dilandasan yang betul, kita tidak harus cepat berpuas

    hati. Kerana pendidikan adalah sesuatu yang bersifat

    dinamis,iaitu sentiasa berubah-ubah. Disamping kitahidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran danpersaingan.

    Dalam konteks negara, persaingan tersebut ialahantara bandar dan luar bandar dan antara kaum.Tugas kita ialah memastikan bahawa kitamenggunakan peluang-peluang yang disediakandengan sebaik mungkin.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    27/65

    Namun begitu, kita haruslah memperluaskanskopnya kerana:Daya saing yang mesti ada pada kita bukan

    sekadar daya saing atau competitiveness dikalangan kita sama sendiri. Daya saing ituharus diperluas dalam konteks kawasan,dalam konteks rantau, dan dalam konteksdunia yang menjadikan persaingan itu global

    sifatnya, iaitu persaingan yang adahubungkaitnya dengan competitiveadvantage negara kita dengan negaranegaralain.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    28/65

    FUNGSI PENDIDIKAN :TENAGA KERJA

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    29/65

    PENGENALAN Malaysia memacu ke arah mengoptimumkan

    penggunaan sumber-sumber ekonominya, terutamasumber manusia untuk mencapai status negara majumenjelang 2020. Di samping memiliki sumber-

    sumber sedia ada, negara yang maju dengan ekonomiberteraskan pengetahuan memerlukan tenaga kerja

    yang kompeten. Belia perlu dibangunkan secaraberterusan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan

    tingkahlaku positif untuk meningkatkan produktiviti,memacu perindustrian, menjana kemajuan teknologi,menarik pelaburan langsung asing seterusnyaberupaya memperkukuhkan lagi daya saing Malaysia

    di pasaran global.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    30/65

    Bagi merealisasikan matlamat Malaysia untukmenjadi sebuah negara maju menjelang tahun2020, tenaga kerja yang berkemahiran amatdiperlukan dalam menjana pertumbuhan danpembangunan ekonomi negara. Sektor pembuatanpula merupakan sektor utama yang memberi

    sumbangan kepada pendapatan negara disampingsektor perkhidmatan dan pembinaan yang turutmemberi sumbangan tersebut. Misi Nasional yangdiperkenalkan seiring dengan Rancangan Malaysia

    Kesembilan (RMK-9) memberi penekanan terhadappeningkatan keupayaan dan pengetahuan, memupukminda kelas pertama dan mengupayakan belia untukmasa hadapan (Malaysia, 2006).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    31/65

    Ini jelas menunjukkan bahawa tenaga kerja yangberkemahiran di kalangan belia adalah diperlukanuntuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan

    negara dalam persaingan global terutamanya dalamsektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    32/65

    DEFINISI

    TENAGA KERJA

    Seluruh penduduk berusia 18 tahun dan ke

    atas yang mempunyai kekuatan yangmembolehkan seseorang membuat sesuatu(berpotensi menghasilkan sebarang bentukproduk atau perkhidmatan).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    33/65

    PERANAN PENDIDIKAN DALAMMENYEDIAKAN TENAGA KERJA

    (SAINS & TEKNOLOGI)

    Di sinilah peranan dan tanggungjawab utama kita dalammenyedia dan melengkapkan barisan belia Malaysiamenerajui kepimpinan masa depan bangsa dan negara.Generasi muda dilihat sebagai golongan yang bersikapterbuka. Mereka masih boleh dilentur dan dicorakkan.Pokok pangkalnya adalah acuan mana yang hendakdigunakan. Kita seharusnya malu apabila sebilangan anakmuda hari ini terlibat dengan gejala yang tidak

    berfaedah menjadikan kehidupan mereka sia-sia dantidak menyumbang kepada pembangunan negara malahmembebankan pula. Statistik penyalahgunaan dadah,rempit, bohsia dan sebagainya dijuarai oleh bangsaMelayu. Inilah yang membimbangkan kita pada hari ini.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    34/65

    Oleh itu, golongan hari ini yang akan memainkanperanan utama dalam menjayakan wawasan2020 ialah para pelajar yang masih berada di

    bangku sekolah yang akan menjadi sumbertenaga utama pada tahun 2020. Mereka iniperlu didedahkan dengan pengetahuan sains danteknologi dengan lebih meluas. Malaysia

    memerlukan lebih banyak ahli sains, doktor, jurutera dan tenaga professional lain bagimencapai hasrat wawasan 2020 ini.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    35/65

    KEPENTINGAN TENAGA MAHIR(SAINS & TEKNOLOGI)

    Malangnya, fenomena yang terjadi sekarang ialahwujudnya kekurangan pelajar yang mengambilbidang sains dan teknologi di institusi-institusi

    pengajian tinggi (IPT). Oleh itu, peranan pendidikansains kini menjadi semakin penting dalam membantu

    negara mencapai status negara maju yangmemerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidangini. Penguasaan sains dan teknologi akanmembolehkan Malaysia membina kekuatan untukberdaya saing dengan negara-negara majusetanding dengan negara maju yang lain sepertiAmerika Syarikat,United Kingdom dan Jepun.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    36/65

    Sehubungan itu, kurikulum sains hendaklahseiring dan besifat futuristik dan konteksglobal. Mata pelajaran bersifat reka cipta,

    teknikal dan R&D diperbanyakkan, KementerianPelajaran perlu sedar dan sentiasa proaktifterhadap segala aspek berkaitan pendidikansains dan teknologi, disamping merancang

    strategi-strategi untuk masa sekarang danmasa mendatang.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    37/65

    LANGKAH DIAMBIL

    1. Strategi dan perlaksanaan polisi peningkatanbilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologidi peringkat sekolah menengah.

    2. Penggubalan Dasar Pendidikan Sains Dan TeknologiDi Sekolah Menengah.

    3. Peningkatan kualiti Proses Pengajaran DanPembelajaran Sains.

    4. Meningkatkan kualiti dan profesinalisme guru-gurusains.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    38/65

    KEKANGAN

    1. Tenaga Pengajar

    2. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

    3. Keberkesanan kurikulum Sains

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    39/65

    PERANAN PENDIDIKAN DALAMMENYEDIAKAN TENAGA KERJA

    (VOKASIONAL & TEKNIKAL) Kajian yang dilakukan oleh Psacharopoulos

    (1997), pendidikan vokasional dan latihan yang

    berterusan merupakan mekanisme sosial bagimencapai objektif pertumbuhan ekonomi,mengurangkan kadar pengangguran danmemberi faedah daripada globalisasi ekonomi.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    40/65

    KEPENTINGAN TENAGA MAHIR(VOKASIONAL & TEKNIKAL)

    Ia juga diakui oleh Ahamad (2001) di manapendidikan vokasional dan teknikal amatdiperlukan dalam pertumbuhan sesebuah negara

    namun pendidikan dan latihan kemahiran iniberhadapan dengan cabaran dalam isu global.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    41/65

    Sepanjang tempoh RMK-8 dan perlaksanaanRMK-9 yang baru diperkenalkan, pelbagaiprogram latihan kemahiran telah dilaksanakan

    bagi membangunkan golongan belia untukmemenuhi kehendak pasaran. Selain daripadapenubuhan pusat pengajian tinggi, penubuhaninstitut latihan kemahiran yang semakin

    bertambah sepanjang tempoh rancangan turutdijalankan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    42/65

    KEKANGAN

    Namun keadaan yang berlaku kini dan menjadipersoalan adalah ketakupayaan golongan beliauntuk memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini

    adalah kerana kurangnya kemahiran atauperlunya kursus-kursus yang baru dan terkiniagar ianya seiring dengan keperluan dankehendak pasaran permintaan buruh semasa.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    43/65

    Ia diakui oleh beberapa kajian yang telahdilakukan oleh penyelidik-penyelidik sepertiScott (1984), Azmi (1988), Lee Kiong Hock(1989), Malaysia (1991b), Wan Aziz (1995) danRamli Mustapha (1999) di mana program latihankemahiran di institusi-institusi latihankemahiran awam tidak fleksibel dan kurangberupaya memenuhi kehendak pasaran. Justeru

    itu, analisis potensi permintaan amat diperlukanbagi meningkatkan keberkesanan latihan yangdiberikan kepada golongan belia.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    44/65

    Rekabentuk program latihan yang berasaskanpenawaran semata-mata tidak lagi relevan masakini, tanpa merujuk kepada kehendak majikan

    (Gray, Warrender, Davis, Hurley & Manton1996; ILO 2003; Velilla 2004, Worldbank1993).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    45/65

    LANGKAH DIAMBIL

    1. Kerjasama antara institusi latihan dan majikanatau antara penawaran dan permintaandiperlukan untuk mengelak ketaksepadanan

    tenaga kerja berkemahiran yang dihasilkan yang membazirkan sumber-sumber ekonomi(Adams, Middleton & Ziderman 1992;Bertrand 2004; Boswell, Stiller& Straubhaar

    2004; ILO 2003; Velilla 2004).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    46/65

    Tenaga kerja yang diperlukan di masa hadapanpula perlu diunjurkan. Pendekatan klasikmenggunakan unjuran jangka sederhana

    permintaan tenaga kerja berkemahiran (3- 4tahun) yang menggunakan teknik anlisis input-ouput yang diasaskan oleh Leontief(1986)menekankan kuantiti tenaga kerja yang

    diperlukan di masa hadapan (Psacharopoulos1991; World Bank 1993) masih relevan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    47/65

    UNJURAN DILAKUKAN DENGAN CARA:

    1. Membuat unjuran-unjuran output berasaskanekonomi semasa.

    2. Unjuran output mengikut sektor dan subsektor.

    3. Unjuran bilangan tenaga buruh yang diperlukanuntuk menghasilkan unjuran output.

    4. Unjuran tenaga buruh yang diperlukanditerjemahkan kepada bidang latihan yang diperludisediakan untuk menghasilkan tenaga kerjaberkenaan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    48/65

    2. Pendekatan Panel Penasihat Majikan juga bolehdigunakan untuk mengumpul maklumat kehendakpasaran buruh berkemahiran sama ada menerusitemubual kumpulan terfokus atau sebagai panelpenasihat yang terdiri daripada wakil pelbagai sektor

    yang mengemaskini kurikulum latihan.

    3. Hollister & Kam (dalam Gray, Warrender,Davies,Hurley & Manton 1996) menyarankanpendekatan strategi industri sasaran (Industrialtargeting strategy) juga boleh digunakan apabilasektor atau subsektor tertentu dipilih untukmemberikan maklumat kehendak pasaran. Maklumatkeperluan tenaga kerja berkemahiran masa hadapansebagai petunjuk keperluan pasaran (Castley 1996).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    49/65

    4. Pendekatan analisis fungsi pekerjaan turut bolehdigunakan merancang keperluan tenaga kerja dimasa hadapan (Blackmore 2000). Pendekatan ini

    akan meneliti fungsi pekerjaan itu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan fungsipekerjaan berkenaan. Majikanlah merupakanpemberi maklumat utama yang lebih mengetahuikemahiran yang diperlukan untuk pekerjanya

    (Castley 1996; Gray, Warrender, Davies,Hurley &Manton 1996).

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    50/65

    LANGKAH YANG PERLU DILAKUKANUNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT

    ANALISIS PEKERJAAN IALAH:a) Mengenalpasti jenis pekerjaan disektor dan

    subsektor yang memerlukan tenaga kerjaberkemahiran.

    b) Analisis proses kerja utama untuk mengetahuikemahiran-kemahiran ditempat kerja.

    c) Merekabentuk latihan kemahiran berasaskan kerja.

    d) Menyediakan kaedah penilaian dan persijilanlatihan.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    51/65

    FUNGSI PENDIDIKAN :BUDAYA

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    52/65

    BUDAYA

    Merujuk kepada ciri-ciri danhasilan tingkah laku yang

    dipelajari oleh sekumpulanmanusia daripada persekitaransosialnya.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    53/65

    BUDAYA

    Budaya sebagai warisan sosialmanusia, cara pemikiran, perasaandan aksi yang dipindahkan dari

    generasi ke generasi.

    Wujud dalam 2 bentuk :

    i) Budaya materialii) Budaya nonmaterial

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    54/65

    Budaya Material

    - Wujud dalam bentukmaujud atau artifak

    fizikal.

    Batu Gangsa Keris

    Pakaian

    Kereta Bangunan sekolah

    Budaya Nonmaterial

    - Merupakan ciptaan-ciptaan abstrak.

    Nilai Norma Kepercayaan

    Adat

    Adab Institusi

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    55/65

    Komponen-komponenbudaya

    Simbol

    NilaiNorma

    Bahasa

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    56/65

    Norma menjadi peraturan sosial yangsecara khusus menetapkan perangai yang sesuai dan tidak sesuai dalam

    situasi tertentu.

    Nilai merupakan idea-idea mengenai apayang dikehendaki, betul dan baik yangdikongsi bersama oleh sebahagian besaranggota masyarakat.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    57/65

    Simbol mewakili makna objek dansubjek.

    Bahasa merupakan sistem sosialberstruktur yang berdasarkan corakbunyi yang mempunyai makna khusus dan

    arbitrari dalam budaya masyarakattertentu.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    58/65

    PEMBUDAYAAN DI SEKOLAH

    dilaksanakan menerusi :

    i) Kurikulum formalii) Kurikulum tidak formal

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    59/65

    Kurikulum formal Kurikulum tidakformal

    Menentukan bidangakademik yang sesuaiuntuk membentukbudaya kerjaMalaysia.

    Kegiatankokurikulum sepertipersatuan, kelab danunit beruniformdibentuk secaraformal.

    Berlangsung apabilasekolah mengadakanaktiviti sepertigotong-royong, hariasrama, majlispenyampaian hadiahdll.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    60/65

    MAKSUD BUDAYA SEKOLAH

    Sekolah merupakan sebuah institusisosial yang wujud dengan adanya paraguru dan pelajar. Guru dan pelajarberinteraksi dalam menyampai,menyumbang dan menimba ilmupengetahuan. Proses P&P tersebut

    telah melahirkan suatu budayasekolah.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    61/65

    JENIS BUDAYA SEKOLAH

    Tiga jenis budaya yang menunjukkan corakkehidupan dalam budaya sekolah ialah :

    a) Budaya Instrumental

    b) Budaya Ekspresif

    c) Budaya Moral

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    62/65

    BUDAYA INSTRUMENTAL

    Tujuannya ialah pengumpulanpengetahuan, kemahiran dan sikap yangdiperlukan untuk lulus di dalampeperiksaan di samping menghasilkanpelajar dan warganegara yang baik dansempurna.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    63/65

    BUDAYA EKSPRESIF

    Tujuannya ialah untuk memuaskankehendak kreatif dan seni para pelajar .

    Aktiviti diadakan untuk merekamenghilangkan ketegangan , sertameluahkan tenaga tanpa sebarang kawalandaripada kakitangan sekolah.

    Contoh aktiviti ialah seperti menari,melukis, atau bermain muzik mengikut

    kecenderungan dan minat masing-masing.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    64/65

    BUDAYA MORAL

    Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajarbermoral yang berkemampuan membuatpertimbangan tentang beberapa tindakan

    atau tingkah laku yang betul atau salah.

    Sekolah menghukum setiap kesalahan dan

    memberikan ganjaran seperti hadiahkepada yang betul atau baik.

  • 8/3/2019 Power Point Kump 7(1)-Edited

    65/65

    SEKIAN,TERIMA KASIH