problem solving full
TRANSCRIPT
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN
YANG BERKESAN
(PENDEKATAN PENGAJARAN)
Disediakan Oleh
Nur Khairina Bt Abd Manaf (D20081032206)
Nur Akma Bt Makhtar (D20081032217)
Nur Farhana Bt Daglon Dol Hamid (D20081032214)
Siti Nor Afaf Bt Mahasan (D20081032219)
Atiqah Bt Mohd Azmi (D20081032227)
Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan
kepada pelajar
1. Apakah masalah tersebut?
Masalah tersebut ialah guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada
pelajar. Guru hanya mengajar untuk menghabiskan silibus mata pelajaran tanpa mengambil
kira tahap pelajarnya.
2. Mengapa wujudnya masalah itu?
Masalah ini terjadi kerana guru tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk
menyampaikan pengajarannya mengikut kaedah yang sesuai. Ini menyebabkan guru tidak
berjaya untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, dan
menyebabkan pelajar mengalami pembelajaran yang membosankan, seterusnya pelajar tidak
memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-pelajar tidak mahu masuk ke kelas.
NUR KHAIRINA BT ABD MANAF
D20081032206
KelemahanGuru perlu merancang dengan lebih awal agar aktiviti dapat berjalan lancar.Guru perlu mengambil masa yang lama untuk merancang dan menjalankannya.
Langkah 2 : Menggunakan aras pengajaran yang sesuai.Langkah 1 : Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai.
KelebihanMenjadikan sesuatu pengajaran itu menarik.Memberi ruang kepada pelajar untuk bergiat secara aktif.Membuatkan sesi pembelajaran tidak jemu dan bosan.
KelebihanPelajar yang cerdik tidak akan merasa bosan dan pelajar yang lemah tidak merasa ketinggalan.Pelajar yang cerdik dapat membimbing pelajar yang lemah.Guru dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran.
KelemahanGuru mengambil masa untuk menyusun pelajar sebelum sesi pengajaran.Guru perlu mengambil masa yang lama untuk merancang dan menjalankannya.
Masalah: Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada pelajar
Langkah 1 : Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai.Langkah 2 : Menggunakan aras pengajaran yang sesuai.
Penyelesaian terbaik
Langkah yang terbaik adalah dengan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai.Dengan kepelbagaian kaedah pengajaran diharapkan dapat memberi menarik minat pelajar untuk belajar.Guru juga dapat memikirkan teknik atau kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar yang cerdik mahupun lemah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran.
GURU TIDAK MENGAMBIL KIRA ARAS KEFAHAMAN
PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Apakah masalah tersebut?
Masalah di atas bermaksud guru mengajar sesuatu topik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi mengabaikan aras kefahaman pelajar terhadap penerimaan topik
tersebut. Guru mengandaikan bahawa semua pelajarnya telah memahami sesuatu topik
dan terus mengajar topik yang seterusnya yang mempunyai kaitan dengan topik-topik
sebelum ini.
2. Mengapa wujudnya masalah itu?
Masalah ini terjadi kerana guru ingin cepat menghabiskan sukatan pelajaran sebelum
peperiksaan diadakan. Seperti yang kita ketahui, guru bukan sahaja terlibat dalam
pengajaran di dalam kelas sahaja, tetapi terpaksa menghadiri mesyuarat, program-
program ko-kurikulum, dan sebagainya. Hal-hal seperti inilah yang menyebabkan guru
banyak meninggalkan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang diajarnya.
Jadi, apabila sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan seperti yang diperuntukkan
NUR AKMA BT MAKHTAR
D20081032217
LANGKAH 1:Guru perlu mengajar bertumpukan individu iaitu setiap pelajar mengikut tahap dan kadar masing-masing.
KelebihanGuru dapat mengajar berdasarkan aras pengetahuan pelajar.
KelemahanGuru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesuatu topik.Guru perlu menumpukan perhatian kepada setiap seorang pelajarnya.
dalam rancangan pengajaran tahunan, guru ini akan cepat-cepat menghabiskan sukatan
pelajarannya lantas mengabaikan tahap kesesuaian kefahaman pelajarnya.
LANGKAH 2: Guru perlu sentiasa membuat penilaian selepas proses p&p
Kelebihan
Guru dapat mengetahui aras pengetahuan seseorang pelajarnya.Guru dapat mengenalpasti kelemahan atau kesilapan pelajar semasa proses p&p.
Kelemahan
Guru perlu lebih masa untuk membuat penilaian kemudiannya menyemak latihan untuk setiap pelajar.
LANGKAH 1:Guru perlu mengajar bertumpukan individu iaitu setiap pelajar mengikut tahap dan kadar
masing-masing.
LANGKAH 2: Guru perlu sentiasa membuat penilaian
selepas proses p&p.
Penyelesaian Terbaik
Langkah penyelesaian terbaik untuk isu ini ialah guru perlu membuat penilaian selepas sahaja mengajar sesuatu topik.Guru bukan sahaja memberi kerja untuk pelajar habiskan, tetapi guru juga perlu menyemak setiap satu jawapan yang ditulis oleh pelajar. Jadi, guru akan mengetahui perkembangan pelajaran setiap pelajarnya. Guru akan mengetahui jenis kesilapan dan kesalahfahaman konsep oleh pelajarnya.Penilaian yang dibuat diharap dapat membantu guru untuk mengenalpasti aras kefahaman pelajarnya.
KUALITI PENGAJARAN
1. Apakah masalah tersebut?
Kualiti pengajaran ini adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru
untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Masalah ini adalah kritikal kerana apabila
seseorang guru itu gagal dalam memberikan pengajaran yang berkesan, maka para
pelajarnya akan terabai sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang telah
disediakan. Masalah kualiti pengajaran ini timbul sebelum, semasa dan selepas
pengajaran.
2. Mengapa wujudnya masalah ini?
Masalah yang timbul sebelum pengajaran adalah persediaan mengajar guru itu sendiri
sebelum pengajaran dilaksanakan. Kebanyakan guru gagal dalam persediaan mengajar ini
dan telah mengakibatkan guru gagal memberikan pengajaran yang lebih berkesan.
Masalah semasa pengajaran pula datangnya dari sikap guru itu sendiri. Mengajar sambil
lewa, syok sendiri, tidak bersedia atau tidak berpengetahuan dan tidak berkemahiran
dalam bidangnya, serta tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menyebabkan
pelajar mudah bosan dengan pengajaran guru tersebut, objektif pengajaran tidak dapat
NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID
D20081032214
dicapai sepenuhnya dan pelbagai lagi masalah yang akan timbul dalam memberikan
pengajaran yang lebih berkesan.
Masalah selepas pengajaran adalah membuat refleksi proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan guru tidak menilai diri sendiri sama ada pengajaran
yang telah dilaksanakan berkesan ataupun tidak. Ini amat penting dalam mengetahui
keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka dan penting bagi guru untuk merancang
pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap pelajar.
MASALAH: MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI
PENGAJARAN YANG BERKESAN: KUALITI PENGAJARAN
LANGKAH 1: Guru perlu bersedia dengan persediaan mengajar dari segi ABM, rancangan
mengajar serta menetapkan objektif yang perlu dicapai semasa pengajaran dilaksanakan.
Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti
berikut:
Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara
eksplisi.t
Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim
matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
Kelebihan Kelemahan
1. Dapat membantu guru menganggar
masa yang diperlukan oleh setiap
tajuk yang akan diajar dengan lebih
baik.
2. Guru dapat mengajar dengan yakin
dan akan menyampaikan segala
maklumat yang ingin disampaikan
1. Gagal memberikan pengajaran yang
berkesan
2. Guru gagal mengajar dengan
sistematik dan yakin
LANGKAH 2: Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu
konsep.
Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan yang untuk menguasai sesuatu
kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dikalangan
pelajar.
Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti
luar kelas.
Kelebihan Kelemahan
1. Pelajar tidak akan mudah bosan
dengan pengajaran guru.
2. Objektif pengajaran akan tercapai.
3. Dapat meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pembelajaran
mereka.
1. Kaedah pengajaran dengan
menggunakan komputer tidak dapat
dilaksanakan kerana kekurangan
bahan sokongan di sekolah.
LANGKAH 3: Guru perlu membuat refleksi proses pengajaran dan pembelajaran.
Kebiasaannya pada masa sekarang, tidak ramai guru yang mengenang kembali proses
pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan menilai diri sendiri sama ada
pengajaran yang telah dilaksanakan itu berkesan mahupun tidak. Ini amat penting dalam
mengetahui keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini juga penting bagi guru untuk
merancang pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap
pelajar.
Refleksi ini juga digunakan untuk guru melihat perkembangan diri sendiri dalam poses
pengajaran ini. Refleksi dapat dibuat dengan guru merenung kembali proses pengajaran dan
pembelajaran selepas selesai pengajaran, menulis kekuatan dan kelemahan proses pengajaran
dan pembelajaran serta menulis strategi untuk mengatasi kelemahan diri sendiri. Ini akan
mendorong guru tersebut dalam memperbaiki diri sendiri serta meningkatkan keupayaan guru
tersebut dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.
Kelebihan Kelemahan
1. Sebagai rujukan guru.
2. Guru dapat menilai diri mereka sama
ada mereka telah melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan
baik mahupun tidak.
3. Dapat merangka kaedah yang lain
sekiranya kaedah yang digunakan
sebelum ini gagal setelah
dilaksanakan.
1.
Berdasarkan ketiga-tiga langkah yang telah dikemukakan, langkah yang terbaik untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mencapai pengajaran yang berkesan
khususnya dalam aspek kualiti pengajaran adalah:
Langkah 2 : Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
Penyelesaian terbaik adalah dengan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan:
Pelajar tidak mudah bosan dengan pengajaran guru.
Pelajar dapat belajar dengan sama rata walaupun perbezaan tahap pembelajaran
Guru mendapat kepuasan mengajar apabila pelajarnya memahami maklumat atau
pengajaran yang disampaikan olehnya.
Pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik.
Diharapkan agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk tujuan yang
lebih baik. Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai diharap dapat membantu pelajar
dalam memahami sesuatu konsep pelajaran serta memudahkan mereka dalam
pembelajaran.
Mengajar yang berkesan adalah agenda utama bagi seseorang guru tersebut.
Keberkesanan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada
Penyelesaian Terbaik:
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
kemampuan dan kebijaksanaan guru untuk mentafsir, merancang dan menyampaikan
kandungan pelajaran serta kemampuan guru tersebut untuk membimbing pelajar hingga
tercapai objektif pengajaran yang telah ditentukan.
INSENTIF
Insentif pengajaran (What is the problem?)
Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripada
pelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-
buku teks dan lain-lain. Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul adalah tentang apakah
peranan guru matematik dalam penerapan nilai kepada pelajar. Nik Azis (1996) dalam kajian
Mohd Uzi Bin Dollah (2007), menegaskan tentang peranan guru di bilik darjah yang boleh
mempengaruhi pelajar.
SITI NOR AFAF BT
MAHASAN
Untuk memenuhi tuntutan di atas, guru perlu meneliti apakah masalah yang berlaku
dalam pendekatan pengajaran yang berkesan. Antara masalah yang berlaku ialah penggunaan
insentif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan intensif
yang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang
mereka lakukan. Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar
untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang di beri oleh guru. Penggunaan intensif
yang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang
mereka lakukan. Contoh kajian menunjukkan pencapaian pelajar lebih tinggi jika guru
memeriksa kerja rumah yang diberi berbanding dengan pelajar yang kerja rumahnya tidak
disemak (Cooper,1989).
Punca-punca (Why is there a problem?)
Mengenali ciri-ciri pelajar yang lemah matematik akan membantu guru memahami masalah
yang mereka hadapi dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran tersebut.
Pengalaman menunjukkan ciri-ciri pelajar yang saya maksudkan sebagai lemah matematik
bertepatan dengan hasil kajian Mercer (1997). Oleh itu, adalah amat penting bagi guru
mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaran
matematik pada masa yang sama dapat melaksanakan pengajaran yang berkesan.
Antara punca-punca yang menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran itu kurang
berkesan ialah melalui sikap guru itu sendiri. Guru tersebut tidak mempunyai kemahiran-
kemahiran untuk membina keyakinan diri. Kebanyakan guru pada masa kini tidak mempunyai
peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan yang wujud
dalam diri mereka.
Terdapat juga segelintir daripada golongan guru yang mempunyai kekurangan yang
ada pada diri sendiri untuk menanangi dan menghadapi seseuatu masalah atau cabaran
sebagai seorang pendidik. Terdapat juga kajian oleh Uzi Bin Dollah (2007) yang
menunjukkan bahawa amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi pelajar dalam
pembelajaran matematik (Rohaty & T. Subahan, 1993), Kajian Rohaty dan T. Subahan (1993)
KelebihanAkan melahirkan seorang guru yang berdedikasi dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sungguh-sungguh.
Kelemahan
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
MASALAHBagaimanakah guru mampu mengatasi masalah yang berlaku dalam pendekatan pengajaran yang berkesan yang berkaitan dengan insentif.
LANGKAH PENYELESAIAN 1Guru perlu mempunyai semangat dan kesungguhan dalam dunia pendidikan. Abrami Leventhal (1982)
KESAN
Sikap pelajar itu sendiri yang tidak ingin memotivasikan diri mereka sendiri.
ke atas guru pelatih (pelajar) mendapati bahawa sahsiah dan tingkah laku pendidik
mempengaruhi pembelajaran pelajar. Marzita Puteh (2002) pula melaporkan dapatan kajian
bahawa, apabila guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran matematik,
boleh menjadikan pelajar tidak berminat terhadap subjek dan kurang berkeyakinan terhadap
kemampuan diri.
Antara punca lain yang sering berlaku dalam pengajaran oleh seseorang guru ialah
kegunaan bahan dan alat bantu mengajar sehingga memperlihatkan ketidakcekapan
pendidik dan kemerosotan pencapaian dan penerimaan pelajar dalam kelas matematik.
Kaedah pengajaran juga tidak dipelbagaikan dengan hanya menggunakan kaedah lama iaitu
pengajaran berasaskan guru iaitu ‘chalk and talk’. Melalui kaedah ini pelajar akan mudah
bosan dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan. Pembelajaran seperti ini juga
menyebabkan pelajar kurang aktif di dalam kelas.
LANGKAH PENYELESAIAN 2
Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat bantu mengajar.
Kelemahan
Sekolah di kawasan pedalaman mempunyai masalah dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Kelebihan
Penggunaan insentif bahan bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.
KESAN
LANGKAH PENYELESAIAN 3
Guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.
Penyelesaian terbaik
Semua jalan penyelesaian adalah yang terbaik, tidak kira dari segi insentif penggunaan bahan bantu mengajar, motivasi dan dorongan kepada guru dan pelajar, memberi ganjaran atau sebagainya. Persoalannya, adakah guru itu sendiri mampu melaksanakan hasil pengajaran yang berkesan dalam pengajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru merupakan pendokong utama dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilmu di dada sahaja tidak cukup untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai minat dan kesungguhan dalam pengajaran. Guru perlulah mempunyai semangat kecintaan dalam dunia pendidikan lantas mampu untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam dunia pendidikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak bangsa.
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
MASA
Apakah masalah tersebut?
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.
Pengurusan masa yang berkesan merupakan cirri penting dalam gaya hidup manusia.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk
merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut
bertujuan untuk meningkatkan eberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat
penting bagi membantu remaja terutamanya pelajar mengurus dan mengendalikan masa
dengan bijak dan bertanggunajawab.
Masa pengajaran dan pembelajaran (p&p) bermaksud masa yang cukup untuk pelajar
mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru di
pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihak
sekolah kepada guru–guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time–on-
ISUKegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
(p&p) yang kurang berkesan
TAJUK
Pendekatan Pengajaran
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
ATIQAH BT MOHD AZMI
D20081032227
task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa
yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Kajian oleh The Beginning Teacher Evaluation Study (1998) menunjukkan masa yang
di peruntukan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar
apabila masa itu diukur pada peringkat kelas (Marliave, Fisherdan Dishaw, 1978). Kajian
tentang engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di
dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik (Kavweit, 1989).
Mengapa masalah tersebut berlaku?
Masalah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan adalah disebabkan kegagalan
daripada guru menguruskan masa dengan betul. Guru tidak memahami keadaan murid iaitu
guru tidak mengetahui sama ada p&p guru dan kaedah yang telah digunakan oleh guru pada
hari tersebut membuatkan murid faham atau tidak. Sekiranya murid tidah memahami
pembelajaran pada hari tersebut, maka guru terpaksa mengulang kembali p&p pada kelas
yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut Sabri
Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Masalah seterusnya adalah guru mahu menghabiskan silibus tanpa menyedari tahap
kefahaman murid. Keadaan ini berlaku kerana guru tidak mahu membuat kerja lebih masa
sekiranya silibus yang mereka ajar tidak habis. Bagi guru adalah menghabiskan silibus
sebelum tarikh peperiksaan. Menurut Rohaida bt Mat Rasat (2005), kadangkala kita
merasakan subjek ini terlalu mudah bagi kita dan tidak memahami mengapa pelajar-pelajar
tidak dapat memahami apa yang telah kita cuba sampaikan berkali-kali.
Masa yang diperuntukkan untuk mengajar juga adalah sedikit. Menurut Lai Kim
Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), guru kekurangan masa dalam pelaksanaan
aktiviti berpusatkan pelajar dan guru-guru juga mempunyai masa yang terbatas untuk
memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar terutama pelajar yang lemah dalam masa yang
singkat. Keadaan ini mungkin berlaku kerana terdapatnya beban tugas sampingan seperti
tugas pengkeranian yang terpaksa disiapkan seterusnya membataskan masa dan fokus guru
terhadap penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kelebihan :Guru akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan tidak hanya terikat pada kaedah chalk and talk sahaja.
Pengajaran lebih tersusun dan sistematik. Pengajaran dapat tercapai sekiranya guru mengajar secara sistematik. Pelajar lebih memahami sekiranya guru mengajar daripada aras mudah, sederhana dan yang terakhir adalah susah
Pengajaran yang menarik dapat dihasilkan. Tidak semua pengajaran perlu menggunakan komputer. Sekiranya guru merancang pengajaran dengan sesuai dan menarik, kaedah chalk and talk sahaja sudah memadai.
Langkah 1 : Merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar
Kelemahan :Pengajaran yang dirancang kadang-kala tidak disokong oleh pentadbiran sekolah. Guru kanan matematik tidak percaya dengan kaedah yang dirancang oleh guru dan mengatakan kaedah-kaedah ini hanya membunagkan masa.
Perancangan ini juga boleh terhalang sekiranya kelengkapan yang terdapat di sekolah kurang daripada yang dijangkakan. Keadaan ini bertambah buruk sekiranya guru mengajar di sekolah pedalaman yang kebanyakkannya tidak mempunyai kemudahan ICT.
Guru tidak cukup masa menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar.
Penggunaan komputer akan menarik minat pelajar tetapi penyediaan sebagai alat bantu
mengajar amat sukar dan memerlukan masa yang lama kerana guru perlu belajar terlebih
dahulu dan cekap dalam menggunakan komputer. Menurut Norhayati Abd Mukti (2000)
dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati
bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna
yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas.
Masalah : Kegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang kurang berkesan
Kelebihan :Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif adalah kemahiran membuat keputusan secara kreatif. Sebagai contoh sekiranya masa yang tinggal hanya sedikit, latihan yang sepatutnya diberikan di kelas boleh diberikan sebagai kerja rumah.
Sekiranya guru dapat menbuat keputusan dendan kreatif dah tepat maka pengajaran dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan atau mungkin akan lebih cepat daripada dijangkakan. Keadaan ini akan membuatkan guru mempunyai masa yang lebih dan boleh mengulangkaji pelajaran sebelum menjelangnya peperiksaan.
Langkah 2 : Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif
Kelemahan :Tidak semua manusia mempunyai kemahiran yang begitu tinggi dalam membuat keputusan yang betul dan tepat dalam masa yang pendek.
Kadang-kala kita tidak boleh menghalang masalah yang dihadapi di sekolah contohnya terdapat latihan kebakaran yang membuatkan kelas guru tertangguh.
Kelebihan :Kebanyakkan guru perlu menghadiri kursus dan dibebani oleh kerja-kerja selain daripada mengajar. Jadi sekiranya guru mempunyai masa yang lapang, guru harus menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan.
Sekiranya tugasan-tugasan tersebut telah disiapkan, maka guru mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan pengajaran yang menarik atau menggunakan perisian Matematik. Ini kerana perisian Matematik perlu menggunakan masa yang lama untuk memahaminya.
Langkah 3 : Menghapuskan tabiat “tangguh dan tunggu”
Kelemahan :Kebanyakkan guru sudah bekerluarga, jadi kebanyakkan masa mereka telah dipenuhi dengan aktiviti keluarga.
Kebanyakkan guru lebih berminat untuk berehat daripada menghabiskan masa mereka memahmi perisian Matematik atau mencuba kaedah pengajaran yang lain. Mereka anggap bahawa semua itu hanya membuang masa.
KESIMPULA
LANGKAH 1 : Merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar
LANGKAH 3 : Menghapuskan tabiat “tangguh dan tunggu”
LANGKAH 2 : Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif
PENYELESAIAN
Langkah penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah ini adalah dengan merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar. Pemilihan ini adalah berdasarkan:
Guru dapat mengurangkan masa kerana pengajaran yang tidak sesuai bukan sahaja membuatkan murid tidak faham malah memakan masa kerana guru terpaksa mengulang semula pengajaran tersebut.
Pelajar guru tidak akan bosan sekiranya guru menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan dan pelajar akan yakin dengan guru tersebut kerana berjaya membuatkan mereka memahami pembelajaran pada hari tersebut.