raja nong chik raja zainal abidin

7
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Chairman, Ninebio Sdn Bhd Career History Managing Director/Founder Rasma Corp Sdn Bhd, PRESENT PresidentBumiputra Manufacturer & Servc, PRESENT ChairmanNinebio Sdn Bhd, PRESENT Minister:Federal Territories(Mys)Ministry of Federal, UNKNOWN- 5/2013 ChairmanTechnology Park Malaysia Coll Sdn Bhd, 1/2006-12/2008 Various PositionsFederation of Malaysia, 1971-2005 Director General:EPUFederation of Malaysia, FORMER ;////mberships Board Memberships Rasma Corp Sdn BhdBoard Member, PRESENT Icapital Biz BhdBoard Member, PRESENT Ninebio Sdn BhdChairman, PRESENT 107 Blok B Pusat DaganganBoard Member, PRESENT Kurnia Outdoor Sdn Bhd Board Member, PRESENT Kumpulan Rza Sdn BhdBoard Member, PRESENT Astra Capital Sdn BhdBoard Member, PRESENT Lion Industries Corp Bhd Board Member, 8/2013-PRESENT Pharmaniaga Bhd Board Member, 9/1999-4/2009

Upload: veganantha

Post on 12-Feb-2016

340 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

profile

TRANSCRIPT

Page 1: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinChairman, Ninebio Sdn Bhd

Career History Managing Director/Founder Rasma Corp Sdn Bhd, PRESENT

PresidentBumiputra Manufacturer & Servc, PRESENT

ChairmanNinebio Sdn Bhd, PRESENT

Minister:Federal Territories(Mys)Ministry of Federal, UNKNOWN-5/2013

ChairmanTechnology Park Malaysia Coll Sdn Bhd, 1/2006-12/2008

Various PositionsFederation of Malaysia, 1971-2005

Director General:EPUFederation of Malaysia, FORMER

;////mbershipsBoard Memberships

Rasma Corp Sdn BhdBoard Member, PRESENT

Icapital Biz BhdBoard Member, PRESENT

Ninebio Sdn BhdChairman, PRESENT

107 Blok B Pusat DaganganBoard Member, PRESENT

Kurnia Outdoor Sdn Bhd Board Member, PRESENT

Kumpulan Rza Sdn BhdBoard Member, PRESENT

Astra Capital Sdn BhdBoard Member, PRESENT

Lion Industries Corp Bhd Board Member, 8/2013-PRESENT

Pharmaniaga Bhd Board Member, 9/1999-4/2009

Technology Park Malaysia Coll Sdn BhdChairman, 1/2006-12/2008

Big Tree Outdoor Sdn Bhd Board Member, FORMER

Page 2: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Other Memberships

Chartered Inst of Management AccountantsFellow

Chartered Inst of AccountantsMember

Malaysia Innovation CouncilMember

British Malaysia InstBoard Member

Institute of Chartered Secretaries and AdministratorsMember

‘/.Malaysian Institute of AccountantsMember

..

Kumpulan RZAProfil

Kumpulan RZA Sdn Bhd (RZA) (No. Syarikat 48009-V) telah ditubuhkan pada 8 Jun 1979 dan merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra.

Aktiviti utama perniagaanya adalah pelaburan didalam hartanah dan pasaran saham.Selain daripada itu RZA mempunyai beberapa anak syarikat yang menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk membekal peralatan-peralatan pejabat, cenderamata dan alat-alat bantuan mengajar serta alat tulis dan juga ubat-ubatan kepada kerajaan Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggi serta Syarikat pengangkutan (forwarding) dan gudang awam berlesen.

RZA juga ingin mengambil peluang yang ada bagi meluaskan perniagaan dengan menceburi segala bidang bagi membantu menjanakan ekonomi negara.

Maklumat SyarikatAktiviti Utama:  Pelaburan didalam pasaran saham serta hartanah.

Tarikh Penubuhan:  8 Jun 1979No. Pendaftaran Syarikat:  48009-V

Modal Dibenarkan:  RM 2,500,000.00Modal Berbayar:  RM 2,100,001.00

Ahli Lembaga Pengarah:

 

Raja Dato' Zainal Abidin Bin Raja Haji TachikDatin Che Nazlee @ Nazli Binti Datuk Mustapha AlBakriRaja Datuk Sharifuddin Hizan Bin Raja Dato' Zainal AbidinRaja Datuk Zaharaton Binti Raja Dato' Zainal AbidinRaja Noor Ainin Badariah Binti Raja Dato' Zainal AbidinRaja Noor Ainon Zabariah Binti Raja Dato' Zainal AbidinDatin Nafesah Raja Nong Chik AbidinRaja Zubaidah Binti Raja Zainal Raffik Najmuddin

Setiausaha Syarikat:

 

TACS CORPORATE SERVICES S/BUnit No. 203, 2nd Floor,Block C, Damansara Intan,No. 1, Jalan SS 20/27,47400 Petaling Jaya.

Juruaudit Syarikat:

 

ZALGHANI & CO.C5-1, 1st Floor,Jalan Selaman 1,Dataran Palma,68000 Ampang,Selangor Darul Ehsan

Bank:  MAYBANKC8-C10 Jalan SS15/4D,

Page 3: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

47500 Subang Jaya, Selangor.Acc No: 0064494015

RHB BANK BERHADNo. 48-50, Jalan SS 15/4D,47500 Subang Jaya, Selangor.Acc No: 21211635004307

Ahli Lembaga Pengarah

Raja Dato' Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik Datin Che Nazlee @ Nazli binti Mustapha AlBakri Raja Datuk Sharifuddin Hizan bin Dato' Raja Zainal Abidin Raja Datuk Zaharaton binti Raja Dato' Raja Zainal Abidin Raja Noor Ainin Badariah binti Raja Dato Raja Zainal Abidin Raja Noor Ainon Zabariah binti Raja Dato Raja Zainal Abidin Datin Nafesah Raja Nong Chik Abidin Raja Zubaidah binti Raja Zainal Raffik Najmuddin

Pemegang Saham

Raja Dato' Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik (11.5%) Datin Che Nazlee @ Nazli binti Mustapha AlBakri (11.5%) Raja Datuk Sharifuddin bin Raja Dato' Zainal Abidin (11%) Raja Datuk Zaharaton binti Raja Dato Zainal Abidin (11%) Raja Dzahiruddin bin Raja Dato' Zainal Abidin (11%) Raja Noor Ainon Zabariah binti Raja Dato' Zainal Abidin (11%) Raja Noor Ainin Badariah Raja Dato' Zainal Abidin (11%) Raja Dato' Nong Chik Najmuddin bin Raja Dato' Zainal Abidin (11%) Nor Akmar binti Datuk Mohd Jarjis (11%)

Bagi tokoh ini, segalanya bermula di Lembah Pantai, baik dari segi peribadi mahupun politik.Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin atau lebih mesra dengan panggilan RNC di kalangan teman-temannya, adalah seorang anak jati Lembah Pantai.

Beliau dibesarkan di rumah keluarganya di Lorong Limau Manis 2, Bangsar. Ayah beliau, Dato' Raja Zainal Abidin bin Raja Tachik merupakan bekas Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan sewaktu pentadbiran Perdana Menteri ke-2 Tun Abdul Razak. Setelah bersara pada tahun 1974, ayahnya menceburkan diri dalam perniagaan dan berjaya mengembangkannya ke beberapa bidang perusahaan. Malah, walau usia mencecah 96 tahun, Raja Zainal Abidin masih lagi gigih ke pejabat hingga ke hari ini!

Semasa di bangku sekolah, RNC juga pernah dibesarkan oleh nenda di sebelah ibunya, Dato Hj Mustapha Albakri, suatu masa dulu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan juga merupakan Pengerusi Pertama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Nendanya juga adalah salah seorang wakil delegasi ke London menuntut kemerdekaan dari British pada tahun 1956.

Latar belakang perkhidmatan awam ayah dan datuknya telah membuka mata anak kecil itu tentang komitmen tinggi yang dituntut bila bertugas demi rakyat dan negara.

Page 4: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

"Datuk adalah seorang yang tegas, menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Lebih-lebih lagi pada waktu itu, negara masih muda dan begitu besar harapan rakyat melihat Malaysia membangun. Ayah juga begitu dia mengajar saya bahawa sesuatu tanggungjawab bukan sahaja perlu dilakukan dengan ikhlas tetapi tatacaranya perlu cermat dan teliti. Bila saya dewasa dan mula bekerja, etika kerja mereka saya jadikan panduan untuk diri sendiri," kata Raja Nong Chik.

Tidak hairanlah, di Lembah Pantai, RNC dikenali ramai sebagai seorang yang tekun bekerja dan mementingkan etika bila berkhidmat. Jelas cara politik RNC bukanlah yang mahukan populariti atau sensasi mudah tetapi beliau mementingkan objektif dan keputusan.

Selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan dan juga Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai beliau gigih mentadbir urusan Wilayah Persekutuan (merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) namun masih giat menangani keperluan dan masalah yang berlaku di Lembah Pantai – sebuah kawasan parlimen yang didiami lebih 70,000 pengundi.

Di tengah pancaroba kehidupan Lembah Pantai, rumah keluarga di Lorong Limau Manis 2 memberi seribu kenangan manis kepada RNC. Di sini beliau dibesarkan dan di sini jugalah beliau menamatkan zaman bujang apabila dinikahkan dengan isterinya, Nafesah. Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Raja Hamzah dan Raja Farhana. 

Masa Depan Negara Bermula Dengan Komuniti

Daripada karier awal sebagai seorang akauntan muda di sektor korporat hinggalah mencipta nama sebagai usahawan, RNC memahami cabaran ekonomi dan pembangunan negara. Beliau memahami hubungan antara ekonomi negara berkait rapat dengan ekonomi dalam kelompok komuniti.

"Membina ekonomi dan masa depan Malaysia harus bertitik tolak dari akar umbi. Keluarga dan komuniti adalah batu asas dalam membina sesuatu negara dan tamadun." Maka, inilah sebabnya kesejahteraan keluarga dan komuniti menjadi teras perjuangan beliau untuk melihat Malaysia terus maju.

Di Lembah Pantai pula, RNC telah bergerak secara aktif dalam khidmat masyarakat sejak awal 1980-an lagi. Katanya, "Ramai yang telah lupa, tetapi Lembah Pantai dahulu dipenuhi rumah-rumah setinggan, di mana banjir dan kebakaran adalah lumrah."

"Hari ini Lembah Pantai adalah kawasan yang maju. Secara peribadi, saya merasa sangat berbangga menjadi saksi dan terlibat sama dalam peristiwa penting yang mengubah Lembah Pantai," tambah Raja Nong Chik.

"Abad ke-21 membawa cabaran tersendiri buat Lembah Pantai. Pembangunan infrastruktur, rumah, sekolah dan lain-lain pesat dijalankan Kerajaan. Namun, kita harus imbangi dengan pembangunan modal insan dan memupuk kesejahteraan kehidupan yang holistik." 

Page 5: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Tambah beliau lagi, "Melalui wawasan Greater KL, saya ingin terus memperkasakan penyelesaian kepada isu keselamatan, alam persekitaran dan kesejahteraan bandar."

Cara Inovatif Selesaikan Keperluan Rakyat

Sememangnya, RNC gigih mencari pendekatan baru kepada isu warga kota seperti perumahan, kemiskinan dan sebagainya. Kejayaannya mencetuskan inisiatif baru seperti Skim Pembiayaan Khas Penjualan PPR MTEN dan PADBKL, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia dan Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan telah membuat ramai menganggap RNC sebagai seorang innovative problem-solver (penyelesai masalah cara inovatif).

"Dunia semakin global dan nilai kita berubah. Saya percaya kita perlukan penyelesaian inovatif untuk isu rakyat hari ini. Kita tidak boleh anggap wang dapat menyelesaikan semua masalah - malah penyelesaian termudah juga tidak semestinya penyelesaian terbaik dalam kesan jangka masa panjang." 

"Dalam hal pembangunan semula Flat 4 tingkat Kg Kerinchi, masalah rakyat di situ bukan mencari wang bangunkan semula kawasan mereka. Ramai pemaju berebut-rebut tawarkan diri untuk tanggung biaya. Tetapi kita mahu penyelesaian pembangunan yang mewujudkan persekitaran paling sejahtera untuk penduduk asal dan juga sekitar Bukit Kerinchi."

Dalam kemelut politik negara, Raja Nong Chik mengaku beliau tidak punya masa untuk bermain kata dan 'wayang' semata-mata.

Kata Raja Nong Chik, "Dalam politik, saya berpegang pada komitmen dan etika kerja. Ada yang anggap politik begini old fashioned (gaya lama) tetapi dalam sejarah, tamadun tak dibina dengan bicara saja tetapi dengan komitmen dan kecekapan pentadbiran."

"Kita jangan bercakap tentang perjuangan besar, kalau rakyat kecil tidak dibela nasibnya terlebih dahulu. Perjuangan negara bukan bermula di demo jalanan tengah kota, tetapi dengan tindak-tanduk harian kita mendengar masalah, membantu dan memperkasakan insan dalam komuniti.Selanjutnya, kita serahkan kepada Allah SWT, sama ada kita terus berpeluang untuk berkhidmat atau tidak."

Raja Nong Chik menegaskan pendiriannya: "Setiap insan dan keluarga di Lembah Pantai adalah batu asas untuk perjuangan rakyat kita iaitu Malaysia yang lebih gemilang."

Latar BelakangDato Raja Nong Chik berusia 60 tahun, lahir di Perak pada tahun 1953. Mendapat pendidikan awal di Methodist Boys School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution dan Maktab Tentera Diraja.

Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari University of Wales, beliau adalah seorang

Page 6: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

akauntan bertauliah dan ahli UK Chartered Institute of Management Accountants. RNC juga adalah seorang setiausaha syarikat bertauliah dan ahli Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Beliau memulakan kerjaya awal di FELCRA dan FIMA sebelum bergelar usahawan. Sebagai usahawan, RNC telah berjaya mengembangkan perniagaannya dalam bidang logistik, pengilangan, kejuruteraan dan beberapa lagi sektor.

Aktif dalam pembangunan keusahawanan, RNC pernah menjadi ahli Majlis Inovasi Negara dan memegang jawatan presiden dalam Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia.

Beliau menjadi Ahli Dewan Negara pada April 2009 dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

wikipwdia

Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin is a Malaysian politician and the former Minister of Federal Territories and Urban Well-being. He is a Senator from the United Malays National Organisation (UMNO) in the Dewan Negara, the upper house of the Malaysian Parliament.

background

Raja Nong Chik was born in the state of Perak in 1953 to a family of civil servants. His grandfather, Mustafa Albakri was the first chairman of the Election Commission of Malaysia and also Keeper of the Rulers' Seal during the premiership ofTunku Abdul Rahman. His father, Raja Zainal Abidin Raja Tachik was secretary-general in the Ministry of Health under second prime minister Abdul Razak Hussein.[1]

He attended Methodist Boys' School, Kuala Lumpur and later Victoria Institution before studying at the Royal Military College. He obtained his Bachelor of Economics from the University of Wales and is a certified accountant.[1]

Raja Nong Chik began his career as an entrepreneur at the Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) in 1978. He eventually rose to become executive director at a manufacturing company. As a prominent member in the Malaysian corporate scene, Raja Nong Chik became president of the Bumiputra Manufacturers' and Service Industry Association and also a member of the Malaysia Innovation Council.[1]

He is currently the Patron of Kuala Lumpur FA.

Political career

Raja Nong Chik is a member of UMNO from the Lembah Pantai division. He became a Senator in the Dewan Negara in April 2008, and was appointed Federal Territories and Urban Well-being Minister by new prime minister Najib Tun Razak.[2] He resigned from the Dewan Negara in April 2013 to contest in Lembah Pantai constituency in the 13th Malaysian general election, which he lost to incumbent MP Nurul Izzah Anwar, daughter of former deputy prime minister and opposition leader Anwar Ibrahim.

Page 7: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Personal details

Born 14 February 1953 (age 61)

Perak, Malaysia

Political party United Malays National Organisation (UMNO)

part of Barisan Nasional

Spouse(s) Nafesah Raja Nong Chik

Children Raja Farhana

Raja Hamzah

Alma mater University of Wales

Occupation Accountant