rang kalan sumber maklumat untuk...

6
RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN* Oleh Norpishah Mohd. Noor" & Yatimah Yaakub*** ABSTRACT This paper discusses the needfor the set up of a system networking of information resources in education. The present scenario of cooperation Gild networking among libraries isfurther elaborated to ernphasise the urgent need TO meet rhe user's requirement and 10 keep abreast with thefas, developing informatiolllechnology. PENGENALAN P erkembangan nega ra di alafbaru (Abad Kedua Puluh Satu) memerlukan ketrampilan pekerja berilmu (knowledge workers) untuk menghadapi dan mengatasi cabaran era maklumat (in/ormation age), Mereka yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan dapal menggunakannya dengan bijak akan berjaya. Salah sa tu institusi yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyediakan kumpulan pekerja ini ialah institusi pendidikan. Generasi pelajar masa kini, merupakan tenaga pekerja alaf baru. Oleh itu , budaya cimakan ilmu dan penggunaannya itu perlu dilerap di kalangan pelajar dan tenaga pengajar di kampus kolej, universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang digubal juga perlu melatih para pelajar ket rampilan dalam mendapatkan s umber maklumal dan rujukan di perpustakaan bagi menimba ilmu pengetahuan dan tidak hanya bergantung kepada nota dan syarahan sema ta- mala. Sesi pencarian maklumat perlu dibefi penekanan dalam kurikulum seko lah , ko lej dan universiti dan perpustakaan peflu memainkan pefanan utama dalam aktiviti ini. Sclain daripada maklumal atau ilmu yang merupakan sumber yang amal penting dalam menguru skan aktiviti harian, budaya teknologi maklumat juga perlu diberi penekanan. Ini kerana akses kepada maklumat kini boleh dieapai melalui penggunaan teknologi maklumat ya ng eangg ih . Maklumat boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk, khususnya dalam bentuk pangkalan data atas talian, hasil dari penggunaan teknologi maklumat ini. Ia juga boleh diakses dari merata tempat asalkan kemudahan perkakasan talian dan peri sian disediakan. Bagi membolehkan pengguna mengakses dan merujuk maklumat tersebut dengan mudah, seb uah tempat khusus untuk meng umpuI , menyimpan dan menyebar maklumat pef lu disediakan. Tempat ya ng dikenali sebagai perpustakaan merupakan pusat s umber maklumal tersebut. Oi instilUsi pengajian, ia seharusnya dijadikan pusat rujukan utama kepada para pelajar dan komunitinya yang memerlllkan makllimaL Para pelajar perlu menggunakan kemudahan perpustakaan dengan sepen uhnya. PERPUSTAKAAN SEBAGAI PUSAT SUMBER MAKLUMAT IImu pengetahuan dan maklumat yang terkini merupakan dua faktor penting sebagai sumbe r rujukan dan sumber penyelidikan dalam pro ses pembelajaran , pen ye lidikan dan pembangunan. Oleh yang demikian, setiap institusi pengajian perlu menyediakan kemudahan perpuslakaan yang membolehkan para pelajar mengguna dan merujuk kepada pelbagai su mber maklumat. Bagi memudahkan para peJajar mengakses maklumat , se mua bahan rujukan perlu diurus secara sistematik dan mempunyai kemudahan pengaksesan yang terkini. Dengan kellludahan teknologi komputer. perkara ini dapat dilaksanakan dengan mudah. Walau bagaimanapun adalah pentingjuga perpuslakaan me mpunyai koleksi yang mencukupi untuk keperluan pelajar dan tenaga pengajar, sepe rti yang disyorkan dalam penerbitan Standard For Private College Libraries lerbilan Persatuan Perpustakaan Malaysia, 1999 . • Kenas kerja dibentangkall di Seminar On Organising Libraries/or Private EdIl C(jfioll, Pewling Jaya. 6 Oktober /999 . •• Pengarah 8ohogitm PemhallgllJlolI. Perpusrakooll NegaT(l Malaysia . ••• P,lstakawafl, Bahagiall PemballgwJan. Perpllstakllall Negara Malaysia. ==============================. Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*

Oleh

Norpishah Mohd. Noor" & Yatimah Yaakub***

ABSTRACT

This paper discusses the needfor the set up of a system networking of information resources in education. The present scenario of cooperation Gild networking among libraries isfurther elaborated to ernphasise the urgent need TO meet rhe user's requirement and 10 keep abreast with thefas, developing informatiolllechnology.

PENGENALAN

Perkembangan negara di alafbaru (Abad Kedua Puluh Satu) memerlukan ketrampilan pekerja berilmu

(knowledge workers) untuk menghadapi dan mengatasi cabaran era maklumat (in/ormation age), Mereka yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan dapal menggunakannya dengan bijak akan berjaya. Salah satu institusi yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyediakan kumpulan pekerja ini ialah institusi pendidikan. Generasi pelajar masa kini, merupakan tenaga pekerja alaf baru. Oleh itu , budaya cimakan ilmu dan penggunaannya itu perlu dilerap di kalangan pelajar dan tenaga pengajar di kampus kolej, universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang digubal juga perlu melatih para pelajar ket rampilan dalam mendapatkan sumber maklumal dan rujukan di perpustakaan bagi menimba ilmu pengetahuan dan tidak hanya bergantung kepada nota dan syarahan semata­mala. Sesi pencarian maklumat perlu dibefi penekanan dalam kurikulum sekolah , ko lej dan universiti dan perpustakaan peflu memainkan pefanan utama dalam aktiviti ini.

Sclain daripada maklumal atau ilmu yang merupakan sumber yang amal penting dalam menguru skan aktiviti harian, budaya teknologi maklumat juga perlu diberi penekanan. Ini kerana akses kepada maklumat kini boleh dieapai melalui penggunaan teknologi maklumat yang eanggih . Maklumat boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk, khususnya dalam bentuk pangkalan data atas talian, hasil dari penggunaan teknologi maklumat ini. Ia juga boleh diakses dari merata tempat asalkan kemudahan perkakasan talian dan peri sian disediakan.

Bagi membolehkan pengguna mengakses dan merujuk maklumat tersebut dengan mudah, sebuah tempat khusus untuk mengumpuI , menyimpan dan menyebar maklumat peflu disediakan. Tempat yang dikenali sebagai perpustakaan merupakan pusat sumber maklumal tersebut. Oi instilUsi pengajian, ia seharusnya dijadikan pusat rujukan utama kepada para pelajar dan komunitinya yang memerlllkan makllimaL

Para pelajar perlu menggunakan kemudahan perpustakaan dengan sepen uhnya.

PERPUSTAKAAN SEBAGAI PUSAT SUMBER MAKLUMAT

IImu pengetahuan dan maklumat yang terkini merupakan dua faktor penting sebagai sumber rujukan dan sumber penyelidikan dalam proses pembelajaran , penyelidikan dan pembangunan. Oleh yang demikian, setiap institusi pengajian perlu menyediakan kemudahan perpuslakaan yang membolehkan para pelajar mengguna dan merujuk kepada pelbagai sumber maklumat. Bagi memudahkan para peJajar mengakses maklumat, semua bahan rujukan perlu diurus secara sistematik dan mempunyai kemudahan pengaksesan yang terkini. Dengan kellludahan teknologi komputer. perkara ini dapat dilaksanakan dengan mudah.

Walau bagaimanapun adalah pentingjuga perpuslakaan mempunyai koleksi yang mencukupi untuk keperluan pelajar dan tenaga pengajar, seperti yang disyorkan dalam penerbitan Standard For Private College Libraries lerbilan Persatuan Perpustakaan Malaysia, 1999 .

• Kenas kerja dibentangkall di Seminar On Organising Libraries/or Private EdIlC(jfioll, Pewling Jaya. 6 Oktober /999 .

•• Pengarah 8ohogitm PemhallgllJlolI. Perpusrakooll NegaT(l Malaysia .

••• P,lstakawafl, Bahagiall PemballgwJan. Perpllstakllall Negara Malaysia.

==============================.

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

Sumber maklumat perlu diperolehi dalam pclbagai formal dan tidak tcrhad kepada buku alau media cetak sahaja tetapi juga meliputi bahan media lain sepcrti di sket, pangkaJan data dalam talian dan CD-ROM yang bolch digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan Lepa!.

Adalah tidak dapat dinafikan, tidak ada pcrpustakaan yang mampu l11enyediakan sumber fujukan yang serba Jengkap. Peruntukan yang di sediakan perlll diagih ­agihkan kepada aktiviti lain sepcni penyelenggaraan bahan, bekalan dan pelbagai Jagi. Olch itll, peruntukan untuk membe li bah an bacaan amat terhad sekali. lni paling ketara dimasa negara mengalami kegawatan ekonomi. Semua perpustakaan peril! mengurangkan kos penguru,<,annya sen a peruntukan untuk pembeliao koleksi dikurangkan dcngan drastiknya. Oleh itu. salah satu langkah untuk mengatasi kekurangan sumber rujukan/ bacaan ialah dengan berkongsi slllllber (resourc;e-slwring). Bagi mcmpenn udahkan perkongsian sllmber ini , suatu sistem rangkaian slImbcr maklumat yang dinamik pcrlulah wujud diikuti dcngan sistem pembckalan bah an yang cekap dan cepat. Menycdari hakikat ini , perpustakaan di Malaysia khusllsnya Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan uni versiti tcmpatan telah mewlljudkan pelbagai rangkaian di pcringkat kebangsaan termasuk yang diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, perpuslakaan universiti. dan pcrpuslakaan lain.

RANGKAIAN SUMBER MAKLUMAT OJ MALAYSIA

lstilah rangkaian melibatkan jalinan hubungan samH ada di antara kumpu lal1 individu atau kelompok komputer bagi tujuan bcrtllkar-tukar maklumat. Dalam dunia moden sekarang istilah ini lebih menekankan kcpada rangkaian komunikasi iailU "0 group of devices slich as fermillal.\· alld printer.\· flim are interconnected H,"th a central compUler allowing the rapid alld simple transfer of data " (seperti Local Area Ne/IVork, Wide Area Ne/IVork, LOllg Haul Network) atau rangkaian komputer iaitu "(I shared use of series of inrercOIl11ected computet: peripherals and terminaLs" dan yang tidak asing bagi pustakawan istilah rangkaian maklumat atall ';illformatiol1 network" iailll "nulIlber oj databases linked rogethel; II .wally llsing telephone lines and modems, ai/olVing a large amOllll1 of data 10 be accessed by a \Vider /lumber of users".

Oi Malaysia, rangkaian antara plIstakawan telah wujud sek ian lama. Tujuan ulama rangkaian mltara pcrpuslakaan dan para pustakawan ini diwujudkan adalah unluk bcrkongsi maklumaL pengetahuan dan pengalaman untuk kepentingan bersama. Oi antara rangkaian ini ialah Persidangan Perpuslakaan Negara Ocngun Perpustakaan Universiti di Malaysia at au PER PUN.

PER PUN yang dianggotai oleh Ketua Pustakawan scmua perpustakaan universiri dan Kellin Pengarah Pc rpustakaan Negara Malaysia, serin g rncngadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah yang dihadapi, berkongsi maklumut dan mewujudkan projck kerjasama anlara pcrpusmkaan. Oi antara projek kerjasarna yang dijalankan di bawah PERPUN Lermasuklah projek MALMARC (Malay.,iall Machille Readable Caraloglle). pembelian CD-ROM secara berkumpulan. rangkaian CD-ROM. katalog induk CD-ROM dan kaLalog induk terbita n bers iri.

Pangkalan Data Bibliografi (Projek MALMARC)

Illi siatif awal ke arah menjalinkan rangkaian makilimal di Malaysia bermula di akhir tahun 70an lagi atall dengan lebih tepaL dalam Lahun 1978. Projek usahasama di antara Perpustakaan Negara Malay sia dengan 5 perpuslakaan universiti di Malaysia dijalin untuk mewujudkan suatu pangkalan data katalog induk yang mengandungi maklumat katalog Perpu stakaan Negara Malaysia dan perpustakaan lIni vers iti. Dengan banlllan kcwangan dan kepakaran pihak Une~co, suatu sistem pengkatalogan daLa seca ra perkongsian (shared cataloguing) dapat dilancarkan. Tujuan lItama projek ini ialah:

Untuk melllban tu perpustakaan ke arab penggllnaan leknologi maklumat berllluia dengan akti viti mengkatalog .

Untuk membantll mempe rccpatka n aktiviti mengkatalog Illelalui copy c:ara/ogl/illg atau perkongsian maklumat kaLalog di kalangan institus; pescrla.

Untuk membantu perpustakaan ITlCngcsan ballan yang ada di perpustakaan institusi pe~erta melalui suaLu katalog induk.

Oi bawah projek ini. instilllsi peserta diminta rncnyumbang sebanyak Icbih kurang RM22,OOO.OO untuk memproses 8,000 rekod , kcpada pihak Universiti Sains Malaysia, sela hl institusi penyclaras yang berlanggungjawab terhadap rnengedit, Illcnginput dan menyilllpan sena menyelenggara maklumat katalog institusi peserta dan sClerusnya membekalkan in ~t itu s i

peserla dengan senarai katalog masing-Illasing dalam bcntuk mikrofis. Satu ~aJinan Katal og lnduk Juga dibekalkan kepacla sem lla inslirusi peserta.

Master tape Katalog Induk ini disimpan di Pusat Komputer. Universiti Sains Malaysia yang relah dilanlik menjadi Institusi Penyelaras. memandangkan kemudahan Illemproses dan menyilllpan data serta kcpakaran bcrkaitan terdapat di Universiti tc rsebur pad a waktu itll. Projek ini Lc lah berjaya membina pangkalan data

0===============================

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

katalog negara yang terbesar di Malaysia di mana 480,000 entri rekod terdiri dari katalog Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan universiti yang menyertai projek ini dapat dibina dan diakses oleh pengguna Perpustakaan Negara Malaysia dan perplistakaan universiti tempatan.

Walau bagaimanapun, projek ini dapal bcrtahan sehingga akhir tahun 1990 sahaja. Selepas tahun ini dan dengan perkembangan tcknologi yang pes at, perpustakaan yang mengambil bahagian dalam projek ini mula mendapatkan sistem applikasi perpustakaan bersepadu mereka sendiri. Perpustakaan Univcrsiti Putra Malays ia memperolehi sistem applikasi bersepadu Virgillia Tech Library System (VTLS) bersama-sama Pcrpuslakaan Negara Malaysia, sementara Perpllstakaan Universiti Sains Malaysia memperolehi sistem DOBIS/LIBIS diikuti o leh Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Perpustakaan universiti lain juga tumt mempero1ehi sistem berscpadu sendiri. Hasil dari pcnggunaall sistcm bersepadu, tiap~tiap perpustakaan ini dapal mcnyediakan perkhidmatan katalog dalam talian atau Online Public Access Catalog (OPAC) masing-masi ng. Memandangkan penyelcnggaraan sistem melibatkan kos yang tingg i, maka institusi yang terlibat dengan MALMARC mula menarik diri dari menyerLainya. Dengan itll projek katalog berpusa! (MALMARC) ditamatkan dengan rasminya. Ekoran dad ini liap-liap institusi dibekalkan dengan pangkalan data maklumat katalog masing-masing untuk simpanan.

Pangkalan Data Indeks

Pad a tahun 1985, Perpustakaan Negar. Malaysia telah mengorak langkah setapak lagi ke arah membina pangkalan data sumber maklumat untuk diakses oleh orang ramaL Dcngan menggunakan sistem peri sian MINISIS yang diedarkan secara perc lima oleh pihak illiemational Development Research Corporalion (IDRC), Perpustakaan Negara Malaysia telah bcrjaya membina sislem pengindeksan secara berkomputer. Dengan kerjasama Hewlett Packard Sales (Malaysia) Sdn. Bhd., Perpustakaan Negara Malaysia telah membina pangkalan data lndeks Majalah Malaysia dan 1l1deks Persidangan Malaysia mulai tahun 1984. Melalui kerjasama ini, pad a masa itu, pangkalan data pelbagai indeks disimpan di dalam server di Ibu Pejabat Syarikat Hewlelt Packard Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. Pcrpuslakaan Negara Malaysia menginput data indeks ini ke dalam server di Hewlett Packard Salcs (Malaysia) Sdll. Bhd. menggunakan 2 unit komputer peribadi leased lines dan modem" Peri sian MINlSlS digunakan pad a masa tersebut berdasarkan 2 faktor:

la percuma.

Ia mempunyai sistem pengindeksan dan ciri pengaksesan maklumat Onformation retrieval system) yang canggih pad a masa itl1.

Semua art ikel dalam maja\ah dan kertas kerja seminar atau persidangan yang diadakan di Malaysia diindeks dan pangkalan data berkenaan dimuatkan ke dalam sistem komplIler Syarikat Hewlett Packard (Malaysia) Sdn. Bhd. lersebut.

Dalam tahun 1987, Perpustakaan Negara Malaysia mempero lehi sistem applikasi pcrpustakaan bersepadunya sendiri (VTLS) bcrsama dengan perkakasan Hewlctt Packard. Memandangkan sistem MINISIS berfungsi alas perkakasan dan Sislem Operasi (MPE) yang digunakan dalalll sistcm Hewlett Packard, sistem perisian MINISIS tcrus digunakan di Perpustakaan Ncgara Malaysia untuk tujuan mengindeks. PCllggunaan server di Syarikal Hewlell Packard (Malaysia) Sdll. Bhd. d iberhentikan.

Berdasarkan kejayaan aktiviti !ndeb Majalah Malaysia dan !ndeks Persidallgan Malaysia, penggunaan perisian MINISIS dipanjangkan kcpada aktiviti !Ildeks Surcllkhabar Malaysia. Sebanyak 4 judul suratkhabar diindeks iaiLu Utusan Malaysia, The New Slraits Times, Malay Mail dan The Star. Penggunaan peri sian MINIS IS ini berjalan sehingga awal 1997 dengan jumlah entri sebanyak 206,587 rckod. Pangkalan data indeks in1 mula boleh dicapai secara dalam talian dad komputer Perpuslakaan Negara Malaysia mulai 1984. Pada tahun 1997, pangka\an data indeks ini juga diperolehi dalam beilluk CD-ROM. Kesemua kerja pemprosesan untut indeks ini kCllludian ditukar ke sistem VTLS pad a lahun 1997 setelah Perpustakaan Negara Malaysia beJjaya mcmperolehi modul indeks.

Pangkalan Data Bibliografi

Dengan perolehan perkakasan sendiri dan perisian applikasi VTLS, Pcrpustakaan Negara Malaysia telah dapat memuatkan data kataJog dari penyertaannya dalam projek MALMARC ke dalam sislcm VTLS dan data katalog ini dinamakan pangka\an data BlNAR. Sehingga kini jumlah entri rekod bibliografinya ialah 277,050.

Perolehan sistern VTLS juga telah membolehkan Perpuslakaan Negara Malaysia mewujudkan pangkalan data Bibliografi Negara Malaysia untuk diakses oleh pengguna perpustakaan. Pangkalan data mengandungi mak lumat bibliografi bahan-bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan diserah kcpada Perpustakaan Negara Malaysia mengikut peruntukan Akla Penyerahan Bahan Perpuswkaan 1986.

PROJEK JARINGAN ILMU

Walaupun sumber maklumat Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan universiti boleh diakses secara dalam Lalian melalui sislcm OPAC masing-masing, namun ia terhad kepada pengguna yang berkunjung ke

===============================.

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

perpustakaan sahaja. Penggunaan dari luar agak sukar dan memerlukan kos yang tinggi. Perkembangan teknologi mak lumat yang pes at dan ditambah pula dengan perkembangan bidang telekolTIunikasi yang canggih dan pengenalannya ke Malaysia, relah rnengubah senari o perpustakaan dan maklumat. Dengan kemudahan berangkaian yang disediakan oleh pihak In slilut Sisrem Mikro Elektronik Malaysia (M IMOS) melalui rangkaian "Joint Advanced Research Integrated Networkin.g (JA RI NG), Perpuslakaan Negara Malaysia dan perpustakaan khusus di Iabatan Kerajaan serta PerplIslakaan Awam Negeri telah berjaya dirangkaikan dalam satu jaringan maklumat yang dipanggil Jaringan IImu (Know/edge Network). Sehingga kini leb ih kurang 60 buah perpuslakaan termasuk Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan awam negeri, perpustakaan KementerianlJabatan dan perpustakaan akademik Lelah dirangkaikan di bawah projek Jaringan IImu .

Perpustakaan khusus juga telah mula memanfaatkan perkembangan teknologi ini dengan memperolehi perkakasan teknologi maklumal dan peri sian applikasi perpustakaan masing-masing, sama ada mengikut modul atau seeara integrasi bersepadu. Pangkalan data katalog dan indeks mula dibina dan ini memperkayakan lagi su mber maklumat untuk kegun aan orang ramai, sa rna ada penuntut, pellyelidik atau orang perscorangan yang memerlukan maklumaL tentang bahan bacaan dan penyelidikan yang terdapat di perpuslakaan berkenaan. Pelancaran Jaringan IImu telah diadakan pad a 26 Januari 1994. Objektif Jar ingan lImu adalah untuk:

Mewujudkan rangkaian sistem perpustakaan dalam ncgara melalui penggunaan tcknologi maklumat;

Menggalakkan perpustakaan membentuk pangkalan data mengenai perpustakaan secara grafik, teks dan bibliografi;

Mellyelaras usaha-usaha bagi menggalakkan pewujudan pangkalan data awam tempatan (local public domain databases);

Membangunkan infrastruktur makluJ11at negara.

Bagi menjayakan projek ini Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan perkakasan, perisian, talian komun ikasi dan yuran kcahlian JARING selama setahun kepada Perpuslakaan Awam Negeri dan perpustakaan khusus labatan/Kementerian di bawah Skim Gunasama Perpustakaan.

PERKEMBANGANINTERNET

Dengan perkembangan yang berlaku scterusnya dalam era teknologi maklumat ini sepcrti perkcmbangan

Internet, usaha ke arah mewujudkan rangkaian sllmber maklumat di antara pcrpustakaan semakin mudah dan berkesan. Semua katalog atas talian bolch diakses melalui Laman Web perpustakaan masing-masing. Kalau projek Jarin gan T1mu mcrangkaikan secara fizikal komputer dari pelbagai jenis perpustakaan dan membolehkan pengguna mengakses pangkalan dara kata log dalam talian (OPAC) sahaja, perkembangan dan kcmaj uan dalam bidang rangkaian Internet pula mcmbolchkan akses bukan sekadar untuk mendapatkan maklumat bibliografi alau teks sahaj a, lelapi juga dalam pelbagai bentuk multimedia, iaitu pengaksesan serentak kepada leks, gam bar (warna-warni) dan bunyi-bunyian serta dalam benluk 3D (three dimensions), jika diperlukan.

Bagi inslitusi yang menyediakan kemudahall hyper/ink dengan laman web lain, kcmudahan car'ian, skop dan s umber maklumat dapat diperlu askan untuk pcnggunanya. Co nloh yang baik adalah Laman Web Perpustakaan Un iversiti Multimedia. Carian kepada katalog perpustakaan Universiti ini telah dipermudahkan untuk pengguna. Sclain daripada itu, kcmudahan hyper/ink telah juga disediakan bagi memperluaskan sumber carian. Perpustakaan Negara Malaysia sendiri juga turut menyediakan hyperlink sedem ikian. Begitu juga dengan perpuslakaan lain.

PROJEK JARINGAN MASYARAKAT BERILMU (CONNECTED LEARNING COMMUNITY)

Perkembangan rangkaian internet ini amat menakjubkan. Keupayaannya dalam merangkaikan maklumat dari scluruh dunia tidak ada hadnya, dan sekiranya digunakan dengan bijaksana, manfaat yang diperolehi amat ban yak sekali. Rerdasarka n keupayaan ini , projek Jaringan Masyarakat Berilrnu Malaysia dilanearkan pad a 17 Mei 1999. Projek Jar in gan Masyarakal Berilmu merupakan peningkatan kepada projek Jaringan lImu dalam usaha berkongsi Illaklumal. Objektif Jaringan Masyarakat Berilmu ialah:

Untuk menggalakkan penycrtaan komuniti dan stakeholders dalam proses pendidikan sepanjang hayat selaras dengan misi Sekolah Bistari iaitu untuk memberi kemudahan pcngaksesan makl umat yang sama rata dan saksama kepada semua golongan masyarakat untuk bclajar.

Un tuk menggaiakkan pelajar menjadi penuntut yang aktif dan dinamik.

Untuk menggaiakkan penggunaan tek nol og i yang optima dalam pendidikan.

lni merupakan projck perkongsian pi ntar di antara Perpustakaan Negara Malaysia, Syarikat Microsoft (Malaysia), MlMOS Bhd., Hewlett Packard Sales

.1=============================

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

(Malaysia) Sdn. Bhd. In stitusi yang terlibat dalam mcnjayakan projek perintis Jaringan Masyarakat Berilmu Malaysia:

Perpu stakaa n Negara Malaysia

14 buab perpustakaan awam negeri

Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdu l Aziz Shah

SIR1M Bhd.

Guru-guru

lbu bapa

Melalui kerjasama ini, pihak Hewlett Packard Sales (Malaysia) Sdn. Bhd . telah me nyumbang kan sebuah komputer kepada seliap Perpustakaan Awam Negeri, manakala Perpustakaan Ncgara Malaysia menerima 7 buah komputer multimed ia dall sebuah peJayan (server) . Pihak Microsoft pula menyumbangkan peri sian kepada semua perpustakaan dan MIMOS menyediakan 3 unit pelayan.

Bagi menjayakan projck ini beberapa si d lati han juga telah diatur oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia dan Microsoft, te rmasuk latihan kepada pe n gurus sistem, pengendaJi laman web dan pus takawan rujukan dari Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri.

Di antara s trateg i pelaksanaallnya ial a h untuk " mc mbangu nkan s umb er maklumat digital di perpustakaan dan sekolah untuk me nggalakkan pelajar dan orang awam berkongsi ilmu dan sumbe r makJumat serta bekerjasama dan be rinte raksi seem·a g lobal".

PENUTUP

Perpustakaan Negara Malaysia be rsama PERPUN tclah merinti s jalan ke aTah pen gwujudan rangkaian mak1umat y an g mantap . terutama dalam m e mbekal alau me ll yed iakan kemudahan prasarana rallgkaian de nga n kerjasama pihak yang terbabit dan pakar dalam bidang ini . Oleh itu , adalah menjadi la nggungjawab liap-li ap perpu stakaan atau inst itu s i Ulllllk menyu mbangka n maklumat masing-masin g untuk diakses oleh semua.

Perpustakaan dan in stitus i ma klumat perlu mengambil Jangkah ke arah mewujudkan pe rpustakaan multimedia di gi ta l. [ni bermakna semu a perpustakaan perlu me mpun ya i rancangan jangka pe ndek dan panjang bagi men ukar format maklum at dad bentuk leks atau bibliografi sahaja kepada bentuk multimedia digital supaya mak lumat yang di capai oleh pengguna le bih \engkap dan berkesan. Oalam sis lem pendidikan , ia akan me nyumbang ke arah s is te m pe mbelajaran yang berkesan dan menyeronokkan .

Pe rpus ta kaan Negara Malaysia akan tefll S mc mbcri galakan dan sokongan ke arah penubuhan perpus takaan multimedia digital ini .

Pe ngguna perpu stakaa n pula pe ril! diberi tunjuk ajar melalui program pendidikan pengguna bagaimana untuk mengakscs rangkaian sumber maklumat ini menggunakan tekno logi maklumat le rkini. Sekiranya perpustakaan me mpunyai kemudahan leknologi yang canggih ini tetapi tidak di gu naka n di sebabkan kctiadaan kepakaran ini amat merugikan dan pe ngwujudan rangkaian ini tidak bermakna.

==============================.

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: RANG KAlAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENDIDIKAN*myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1757/1/Sekitar_1999_29_1.pdf · universiti. sekolah dan sebagainya. Sistem pendidikan yang

RUJUKAN

Colin. S.M.H. Dictionary of computing: Middlesex Peter Colin Publi shing. 1988.

National Library oj Malaysia: deve/upmefll IOIVards llle year 2000. Kuala Lumpur Perpustakaan Ncgara Malaysia, 1991 .

Norkbayati Hashim. Jaringan flmu .- ke orall pel-I'ujudan perpuswkaall elektronik di Malaysia. Kuala Lumpur: Pcrpustakaan Negara Malaysia, 1998.

Norkhayati Hashim. Implementin g a nationwide network (4 multimedia digital libraries for life-long learning and e1l1ertainmenl : past, presenl and future pLan. Paper presented at International Conference and Workshop o n Multimedia Digital Library: Global Access & National Identity, 16 - 18 August 1999. Kuala Lumpur: Perpustakaan Neg.ra Malaysia, 1999.

Shahar Banlln Jaarar. Strategic plan for the development of nationwide multimedia digifalhbraires in Malaysia. Kertas kerja dibcntangkan di Persidangan Kcbangsaan Perpu slakaan Multimedia Digital: Memenuhi Kepcrluan Maklumat Negara Menjelang Abad ke 21, 19 - 22 November 1996, Kuala Lumpur.

Standards Jor privare college libraries. Kuala Lumpur: Persatuan Pu stakawan Malaysia, 1999.

h tID :III i brary.ull i te I e. ed u.m y/e-I i b. hIm

Perpustakaan Sultanah Zanariah : the Digital Library of Universili Tekllologi Malaysia.

http://www. p~z. utm . my/

e===============================

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 - Perpustakaan Negara Malaysia