rekabentuk grafik
TRANSCRIPT
REKABENTUK GRAFIK
1.1: Pengenalan Merupakan seni yang berkaitan dengan komunikasi dan kadangkala bernilai komersial Perkataan grafik berasal dari Bahasa Greek iaitu Graphikos yang bermaksud boleh melukis dan menulis. Rekaan grafik boleh dihasilkan dalam bentuk 2D dan 3D.
1.2: Contoh GrafikIlustrasi grafik pada paper bag
Ilustrasi grafik pada pembalut makanan Ilustrasi grafik pada kulit buku
Ilustrasi grafik pada kad jemputan
1.3: Bidang-Bidang GrafikRekabentuk Media Digital Rekabentuk Korporat
Rekabentuk Cetakan Iklan dan Komunikasi
Bidang GrafikRekabentuk Penerbitan Umum Rekabentuk Pembungkusan Rekabentuk papan tanda dan iklan persekitaran
1.4: Logo Ialah lambang atau tanda bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab dan persatuan. Merupakan tanda perniagaan (trademark) bagi sesebuah syarikat. Pereka bentuk perlu menghasilkan rekabentuk yang menunjukkan sifat-sifat keteguhan, kekuatan dan mempunyai konsep dan ciri-ciri syarikat tersebut.
a) Logo Huruf
b) Logo Representasi Dikenali sebagai pictorid logos atau pictogram. Rekabentuknya berdasarkan objek alam sekeliling.
Menggunakan huruf atau muka taip untuk menghasilkan imej logo. Terdapat jenis: - logo perkataan
Jenis-Jenis Logo
c) Logo Kombinasi huruf dan imej - logo huruf ringkas Menggabungkan muka taip dan imej.
Prinsip Rekabentuk Logo
Ringkas dan tepat
Mewakili sesebuah syarikat, badan atau organisasi.
Menggunakan warna yang minimum
Mengikut ciri-ciri asas seni reka dan prinsip rekaan.
Mempunyai mesej yang jelas dan tepat.
Kemas, teliti dan bersih.
1.5: Simbol Ialah rekabentuk grafik yang diringkaskan daripada imej-imej figura manusia, haiwan, alam dan benda. Tujuan untuk menerangkan dan memberikan maklumat mengenai sesuatu keadaan atau aktiviti. Simbol sudu, piring dan garfu menerangkan restoran. Figura lelaki dan wanita simbol tandas. Visual rokok dan palang simbol larangan merokok.
Jenis-Jenis Simbol
a) Simbol Sukan Lambang figura manusia dalam aktiviti sukan dan alat sukan.
b) Simbol Amaran Digunakan untuk memaklumkan sesuatu larangan atau tegahan.
c) Simbol Maklumat Digunakan untuk memberikan maklumat umum kepada masyarakat.
Perbezaan Logo dan Simbol Logo - menunjukkan identiti atau lambang kepada sesuatu aktiviti, perniagaan, pertubuhan atau perkumpulan. Simbol merupakan reka rupa untuk memberikan maklumat kepada pengguna.
Ciri-ciri simbol yang baikRingkas dan tepat Penyampaian mesej yang tepat Penggunaan warna yang minima
Mengaplikasikan prinsip dan asas seni reka
Kemas dan bersih
1.6: Maskot Adalah satu objek yang dikenali dan disukai oleh penduduk tempatan dan dijadikan lambang sesuatu secara rasmi. Maskot juga tergolong sebagai salah satu hasil seni reka fesyen dalam kategori kostum. Sukan Komanwel di Kuala Lumpur menggunakan Maskot WIRA iaitu simbol binatang orang utan.
Ciri-Ciri Maskot
Bukan untuk komersial dan tidak dipakai seharian
Direka untuk sesuatu majlis rasmi Penggunaan gabungan pelbagai fabrik Sumber ilham daripada haiwan dan sumber alam Tidak menyerupai maskot di tempat lain Menampilkan identiti sesuatu tempat dan mengekalkan keasliannya.
1.7: Tipografi Bermaksud seni memilih dan mengatur muka taip. Kesan visual yang berbeza pada muka taip terletak pada penggunaan tipografi. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekabentuk grafik menggunakan muka taip untuk memberikan makna dan maklumat.
TIPOGRAFI
Kategori Muka Taip
a) Muka Taip Peraga
b) Muka Taip Teks
Sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo atau iklan. Tujuan untuk paparan atau peragaan (billboard)
Sifatnya kecil dan jenis muka taip yang mudah dibaca dan dikenali. Tujuan untuk teks bacaan umum seperti buku, surat khabar
Jenis Muka Taipa) Muka Taip Serif (Old Style Roman)Muka taip yang awal, tulisan English, Italian dan Dutch Design. Tulisannya berekor dan mudah dibaca. Contoh : Times New Roman.
b) Muka Taip TradisionalBerbentuk serif. Sesuai untuk majalah, surat khabar dan buku. Contoh : Baskerville dan century. ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVabcdefghijklmnopqrstuvwxyz
c) Muka Taip San SerifMuka taip ini tidak berekor atau tidak ada serif. Sesuai untuk membuat poster, papan tanda, petunjuk jalan, tajuk dan bahan grafik. Contoh : Gill, Comic San, Arial
d) Muka Taip Roman Moden
Pada muka taipnya seakan tradisional tetapi terdapat perbezaan pada garis melengkung yang tersendiri. Tidak sesuai untuk teks akhbar atau majalah kerana ianya sukar dibaca. Contoh : Bodoni
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVabcdefghijklmnopqrstuvwxyz
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
e) Muka Taip Egyptian Slab Serif
f) Muka Taip Skrip atau Kursif
Muka taip ini mempunyai ciri-ciri serif tetapi ganjarnya lebih besar. Sesuai untuk membuat tulisan poster, atau tajuk besar akhbar. Contoh : Rockwell
Tulisan berbentuk tulisan tangan. Huruf muka taip ini bersambung dan paksi huruf adalah condong. Paling sesuai untuk membuat kad jemputan. Contoh : Monotype Corsiva
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
g) Muka Taip Dekoratif
Muka taip ini sesuai untuk kad jemputan dan cenderamata tetapi tidak sesuai untuk teks bacaan. Contoh : Calibri
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
Anatomi Muka Taip- Muka taip dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: a) asender (bahagian atas) b) badan (bahagian tengah) c) desender (bahagian bawah) - Bukan semua huruf mempunyai asender dan desender. Huruf a,s,o,u tidak mempunyai asender dan desender. asender badandesender
abcdefgh
- Rupa huruf boleh dipersembahkan dalam pelbagai gaya untuk menimbulkan kesan visual yang tertentu iaitu a) biasa (regular), b) sederhana (medium) c) tebal (bold).
Rupa huruf Sampel Sampel Sampel Sampel
Sebutan khas Regular Italic Bold Bold Italic
Saiz Muka Taip- Saiz sesuatu muka taip disebut poin (points). - Poin digunakan untuk mengukur kedalaman atau ketinggian huruf. - Saiz muka taip yang sering digunakan adalah antara 6 hingga 72 poin.9 poin
20 poin
58 poin
36 poin
48 poin
72 poin
1.8: Poster Ialah satu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan rekaletak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster juga dikatakan sebagai satu alat komunikasi visual yang mudah dan berkesan.
Ciri-ciri Poster
Rekabentuk yang boleh memberikan daya tarikan kepada audien (pelanggan)
Menyatakan mesej yang efektif dan mudah
Menarik perhatian audien (pelanggan)
Mesej yang ringkas dan mudah difahami
Elemen-elemen penting dalam Postera) Topografi - Untuk penerangan atau memberikan maklumat kepada orang ramai. Ilustrasi bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej pada poster. - Pemilihan sesuatu ilustrasi, mesej, lakaran atau gambar foto yang menarik akan memberikan kesan kepada penontonnya. c) Warna - Dapat memberikan mood kepada pemerhati. - warna boleh digunakan dalam 4 fungsi: i) menarik perhatian ii) tumpuan perhatian iii) penyampaian maklumat iv) memberikan kesan lebih mendalam
b)
d)
Rekaletak - kedudukan dan susun atur tipografi dan ilustrasi dalam satu gubahan seperti pembungkusan, kulit majalah, poster mengikut prinsip rekaan.
Jenis Poster
dekoratif
Kreatif, abstrak dan artistik
Sukan
Perkhidmatan awam
Hiburan
Pameran, pertandingan dan ekspo
Iklan dan promosi
Media dan teknik percetakan
Proses Reka Bentuk Grafik
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)
Menentukan tema dan tajuk Mewujudka idea dengan mengumpulkan bahan-bahan. Membuat sebanyak mungkin lakaran kecil Memilih lakaran yang paling baik Mengorganisasikan dalam bentuk yang lebih besar Memilih muka taip, ilustrasi atau gambar foto. Menyusun dan membuat reka letak yang sesuai. Mewarna Kemasan.
1.9: Ilustrasi Ialah gambaran atau lakaran untuk memperjelaskan sesuatu keterangan, mesej dan sebagainya. Ilustrasi boleh dihasilkan dalam pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, fotografi, pengisian komputer, cetakan dan sebagainya.
Fungsi Ilustrasi
Menggambarkan dekoratif atau unsur seni tampak.
Memberikan maklumat tentang sesuatu objek secara mudah, cepat dan berkesan.
Menyampaikan komentar atau penerangan kepada umum atau kumpulan sasaran tertentu.
Jenis-Jenis Ilustrasia) Ilustrasi Fesyen Menggambarkan fesyen pakaian dan perhiasan diri semasa. b) Ilustrasi Alam Menggambarkan alam dengan teknik lukisan dan catan untuk merakamkan gambaran alam yang sebenar seperi gambar sejarah, tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan.
c) Ilustrasi Perubatan Menggambarkan anatomi tubuh badan manusia luar dan dalam untuk keperluan bidang perubatan d) Ilustrasi Teknikal Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan rekabentuk hasil ciptaan industri dan untuk promosi barangan.
e) Ilustrasi Maklumat Digunakan untuk memberikan maklumat kepada pelanggan seperti peta, carta pai, graf dan sebagainya.
f) Ilustrasi Penerbitan Berguna dalam bidang penerbitan termasuklah ilustrasi dalam cerpen, majalah, akhbar, kulit buku dan sebagainya.
g) Ilustrasi Perindustrian
Merupakan gambaran idea terhadap bentuk rekaan yang akan dihasilkan oleh pereka.
Ciri-ciri Ilustrasi
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)
Kemantapan dan kehalusan gaya melukis Keaslian karya Reka letak yang menarik. Imej yang jelas dan dapat disampaikan kepada pelanggan Penggunaan alat dan bahan dengan betul Kreativiti Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan Kesesuain antara ilustrasi dan teks.
1.10: Grafik Persekitaran Ialah rekabentuk grafik yang melibatkan persekitaran kehidupan harian biasanya dalam bentuk pengiklanan dan maklumat kepada pengguna.
Jenis-Jenis Grafik Persekitarana) Papan Iklan atau Papan Peraga (Billboard) Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. b) Iklan persinggahan (Iklan Transit) Suatu bentuk iklan yang menggunakan kenderaan awam untuk mengiklankan sesuatu. c) Tanda Jalan Merupakan maklumat haluan kepada orang awam. Digunakan untuk membantu arah tuju ke sesuatu destinasi.
Ciri-ciri Grafik Persekitaran
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)
Senang di pandang dan boleh dibaca dengan mudah Bahasa yang mudah dan betul Kesesuain warna muka taip dengan latar belakang dan pemilihan warna yang sesuai. Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk Saiz yang sesuai dengan penglihatan orang ramai Lokasi yang sesuai Keaslian dan mempunyai identiti tersendiri Gambar atau ilustrasi disediakan adalah menarik dan mudah difahami Reka bentuk yang kreatif dan menarik
1.11: Pembungkusan Pembungkusan barangan perlu untuk memelihara kesegaran, mengelakkan pencemaran dan melindunginya daripada sebarang kerosakan.
Fungsi Pembungkusan
1) 2) 3) 4) 5) 6)
Mempromosi keluaran Melindungi mutu barangan Melindungi atau mengawal keadaan fizikal barangan. Memudahkan penyimpanan barangan Memberikan maklumat barangan kepada pengguna Mudah dibawa dan disimpan.
Jenis-Jenis Pembungkusana) Pembungkusan Tradisional Pembungkusan yang menggunakan bahanbahan alam sebagai pembungkus barangan.
b) Pembungkusan Moden Pembungkusan yang menggunakan bahanbahan seperti kertas, plastik, kaca, kayu atau logam.
Elemen-Elemen Rupa Bentuk Pembungkusan
Muka taip
Ilustrasi
Bentuk
Warna
Proses Menghasilkan Reka Bentuk PembungkusanSebelum sesuatu pembungkusan direka bentuk, perkara-perkara berikut perlu diambil kira: 1) Jenis barangan sama ada makanan, hiasan, barang permainan dan sebagainya. 2) Kualiti dan kuantiti barangan. 3) Menentukan sasaran pengguna. 4) Menentukan bentuk pembungkusan yang bersesuaian. 5) Menentukan reka letak 6) Reka letak yang sesuai dan kemas 7) Saiz dan warna muka taip yang menarik dan sesuai 8) Ilustrasi yang menarik dan sesuai 9) Reka cipta logo atau identiti syarikat pada kedudukan yang sesuai 10) Penerangan dan maklumat seperti ramua, bahan, berat, cara penggunaan, dan tarikh luput.