science - kvt sem2

19
1 ) The Importance of Eating Nutritious Food a. Weight control b. Blood sugar control c. Heart healthy d. Deceased cancer risk 2 ) The Proper Practice of Eating a. Make a list of allowed foods and another list of foods to avoid b. Cook healthy food in a variety of ways c. Involve everybody in meal planning d. Have a wife variety of nutritious foods in the house e. Eat regular meals f. Go for healthy snacks 3 ) Planning of Balanced Diet 4 ) Generous Distribution of Food to the Underprivileged / Needy

Upload: anis-najwa

Post on 05-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Science - Kvt SEM2

1 ) The Importance of Eating Nutritious Food

a. Weight controlb. Blood sugar controlc. Heart healthyd. Deceased cancer risk

2 ) The Proper Practice of Eating

a. Make a list of allowed foods and another list of foods to avoidb. Cook healthy food in a variety of waysc. Involve everybody in meal planningd. Have a wife variety of nutritious foods in the housee. Eat regular mealsf. Go for healthy snacks

3 ) Planning of Balanced Diet

4 ) Generous Distribution of Food to the Underprivileged / Needy

Page 2: Science - Kvt SEM2
Page 3: Science - Kvt SEM2
Page 4: Science - Kvt SEM2
Page 5: Science - Kvt SEM2

KOLEJ VOKASIONAL TAIPING PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

NAMA :MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN ABD GHANIKURSUS :TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARASEMESTER : SEMESTER 2PENSYARAH : Pn. Shahirah Binti Saidin

Page 6: Science - Kvt SEM2

ISI KANDUNGAN

No Perkara M/s

1.0 Pendahuluan

2.02.12.2

DefinisiMaksud Pemeliharaan Alam SekitarMaksud Pemuliharaan Alam Sekitar

3.03.13.2 3.3

Isi KandunganPunca-punca Pencemaran Alam SekitarKesan PencemaranLangkah-Langkah

4.0 Kesimpulan

5.0 Rujukan

6.0 Lampiran

Page 7: Science - Kvt SEM2

1.0) Pendahuluan

Alam Sekitar boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek

yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi. Alam sekitar boleh

dilihat sebagai semua komponen semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan

berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Keseimbangan ekosistem telah

terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti

pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan spesis dan lain-

lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara bersama bagi

memperbaiki kualiti alam sekitar. Salah satu tindakan yang telah dipersetujui adalah

perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang berkesan bagi

meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

Page 8: Science - Kvt SEM2

2.0) Definisi

2.1) Maksud Pemeliharaan Alam Sekitar

Tindakan melindungi sumber-sumber di bumi tersebut supaya dapat

mengekalkan keadaan semula jadinya .

2.2) Maksud Pemuliharaan Alam Sekitar

Cara penggunaan , pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk

mengelakkan kerugian dan pembaziran. Pemeliharaan dan pemuliharaan

sumber dapat memastikan kesinambungan sumber alam untuk generasi

akan datang.

Page 9: Science - Kvt SEM2

3.0) Isi Kandungan

3.1) Punca-punca pencemaran alam sekitar

Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri

yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti

perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan

pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida,

hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan

kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas

pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang

mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan

sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa

perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya

partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah

dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas

panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang

mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak

penglihatan.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui

penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti

sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas

Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu

menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah

seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan

pencemaran udara.

Page 10: Science - Kvt SEM2

3.2) Kesan Pencemaran ke atas

Kesihatan Manusia

Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya

respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia

memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu

tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan

pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses

penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan

dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya

menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran

darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Habitat dan Alam Semulajadi

Akan berlakunya hujan asid secara semulajadi dan ia adalah

berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung

dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di

atmosfera. Juga akan berlaku Jerebu. Jerebu adalah merupakan

zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun

wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia yang berpunca

dari asap kilang, asap kenderaan dan asap pembakaran terbuka.

Pembakaran secara terbuka juga akan menyebabkan suhu

meningkat. Suhu meningkat boleh menipiskan lapisan ozon yang

mampu menyebabkan pemanasan global yang boleh dirasai oleh

seluruh dunia. Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan kehidupan

akuatik juga mungkin mati akibat daripada kesan tumpahan

minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.

Bau buruk juga akan terhasil akibat daripada sampah sarap yang

tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. 

3.3) Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara

Page 11: Science - Kvt SEM2

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak

mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-

kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar

masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di

sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar

seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa

sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu,

untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam

sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media

massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,

komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan

penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini

perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam

sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen

adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau

individu di setiap negara. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu

perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan

perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.

Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang

isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu

mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan

internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut

berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam

sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintai lah

sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-

kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam

sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa

pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen

kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-

bahan yang boleh di kitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-

cermat dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam

sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan

membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok

bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat

mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan

betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Page 12: Science - Kvt SEM2

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah

melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga

syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara

formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat

menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat

pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-

guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat

cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan

perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di

sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar

perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai.

Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan

cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini.

Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden.

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan

mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya

teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan

tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan

teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan

buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan

bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran

yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan

teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan

cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas

karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar

pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin

meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap

individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam

sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan

dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-

badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting

dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang

berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus

tercemar.

Page 13: Science - Kvt SEM2

4.0) KesimpulanSelagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti

pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya tidak akan

dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya

masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting.

Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan

Page 14: Science - Kvt SEM2

tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama,

kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang

lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan

memulihara alam sekitar.

5.0) Rujukan

1) http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-

pencemaran-alam.html

2) http://www.melvister.com/2014/07/faktor-punca-

pencemaran-udara-tugasan-geografi-pt3-2014.html

Page 15: Science - Kvt SEM2

3) http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-

geografi-pt3-2014-konsep-punca.html

6.0) Lampiran

Page 16: Science - Kvt SEM2